Saturday, 10 March 2018

Sihat dan cantik dengan EllVita Premium Berry



Assalamualaikum. Hai!


Dah nak masuk 2 minggu CikSha minum susu kambing perisa strawberry dan buah beri ni. Sedap sangat uiii. Langsung tak muak tau. Tak rasa macam minum susu kambing pun. Serius. Memang sedap sangat!


CikSha pernah je minum susu kambing jenis serbuk macam ni. Tapi jenama lain la. First time try minum masa ngandung kan abang Adan. Rasanya masa tu susu kambing jenis serbuk ni ada perisa asli je. Tapi takleh pergi la. Tekak eksyen gila. Tu pun asyik skip minum. Hihi. Lepas dah beranak memang tak minum dah la. Masa ngandungkan si encem Iman dengan si princess Khayla lagi la langsung tak ambik terus susu kambing. Konon fobia. Hihi. Padahal tak kena dengan anak tekak.




Bila dapat peluang cuba susu kambing keluaran EllVita ni, first time minum terus rasa wowwww sedapnyaaaaa! Lain dari yang lain. Ingatkan kalau susu kambing ni bila dah diadun dengan perisa lagi muak nak minum. Tapi meleset jauhhh sangkaan CikSha.


CikSha pilih Premium Berry sebab dalam mindset duk pikiaq perisa yang lain mesti tak serasi dengan anak tekak. So CikSha ambik la perisa buah buahan. Memang kena selera. Mengada sangat anak tekak iols ni. Nak yang premium je. Hihi.




Bestnya Premium Berry ni sebab dia bukan je bagi manfaat yang baik untuk kesihatan tapi untuk kecantikan kulit jugak. Sebab ada 15 bahan premium semulajadi yang terbaik dan terpilih dari seluruh dunia dalam setiap sachet.


Boleh dibancuh untuk minum suam-suam atau pun sejuk. Sejuk tu tak kisah la nak letak ais ke atau bancuh dengan air masak sejuk buat shake shake. Dua-dua pun sedap. Buat pulak 2 sachet sekali bancuhan. Perrgghhhh. Mabeles! Jangan pi bancuh dengan air panas mendidih sudah. Hilang khasiat dia nanti.




Premium Berry ni sesuai diambil oleh lelaki dan perempuan tau. Seawal usia remaja 15 tahun ke atas. Tapi lebih afdal untuk yang dah kertu macam CikSha yang dah 3 series ni ha sebab kolagen dah makin berkurangan, imun badan pun dah sendu. InsyaAllah boleh membantu kita kekal sihat dan opkoz la awet muda.


Sepanjang 2 minggu dah amalkan minum Premium Berry ni apa yang CikSha dapat manfaat? 

❤️ Kekal bertenaga walaupun tak cukup tidur. Maklum la memalam buta CikSha jadi owl siapkan job design. Tidur lewat bangun awal. Siang duk urus anak kecik 3 ketol tu dengan buat housework. 

❤️ Lambat makan pun tak rasa longlai dan nak jadi mak ko ijo sebab dia macam mengenyangkan perot. Rileks je tengahari makan pukul 3 petang pun takpa walaupun pagi cuma sarapan minum Premium Berry je. 

❤️ Kulit pun nampak makin sihat dan gojes la sikit. Ye la gabungan minuman terbaik dengan penjagaan kulit yang elok kan. Bergabong, meletop la. Hihi.


Sedikit info CikSha nak kongsikan pasal Premium Berry ni. Cekidaut!



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas



Ni antara testimoni yang CikSha pilih dari pengguna yang dah consume Premium Berry pulak. Selebihnya boleh tengok kat sini





Memang tak rugi la consume Premium Berry ni. Dah la lazat. Banyak khasiat pulak tu. Hadiah terbaik untuk dirimu gitu. Maklum la sihat dapat, cantik pun dapat. Diformulasi oleh doktor perubatan tau. Produk berkualiti keluaran EllVita. Tasty, Tested, Trusted. 

Kalau ada yang berminat nak consume Premium Berry yang best ni, boleh je roger CikSha untuk order. No problemo.

Boleh juga dapatkan info lanjut di:

Hotline: 019-2020 911
Website: www.ellvita.com
FB & IG: ellvita HQ 


Bisik-bisik :: Dengan teknologi canggih manggih, boleh dah minum susu kambing dengan gembira sebab gerenti sedap macam susu kambing keluaran EllVita yang ada pelbagai perisa. Hihi. 


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

2 LOVE NOTES

  1. Memang sedap dan berkhasiat Premium Berry ni 👍👍👍

    ReplyDelete
  2. Wahhh tak pernah lagi rasa susu kambing perisa strawberry ni

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!

 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com