Sunday, 28 January 2018

Tips Rawat Pusat Baby Berair



Assalamualaikum. Hai!


Selalunya tali pusat baby akan tertanggal sendiri paling cepat dalam tempoh seminggu lepas kelahiran. Tapi ada jugak yang lagi cepat dan lambat. Kena jaga elok-elok je la kan. Kena pastikan cuci dengan ubat cuci pusat yang hospital bekalkan secara konsisten 2 kali sehari selepas tiap kali mandikan baby. Kendian kena pastikan pusat baby tu kering la. Tak boleh tutup rapat dengan pampers ke barut ke selagi belum tertanggal. Bimbang nanti timbul masalah lain pulak macam pusat berair.



Cakap pasal pusat berair ni, CikSha nak share la pengalaman CikSha. Buat panduan pembaca blog ni dan coretan kenangan sendiri. Dah 3 kali beranak, anak yang ketiga ni baru first time CikSha kena hadap masalah pusat anak. Gabra la jugak. Memula ingat nak buat senyap je. Last-last ter-report kat suami dengan mak mertua. Paten manja kuat mengadu memang cam gini. Mana boleh simpan-simpan. Hihi.


Si princess ni lahir dengan tali pusat yang gemok amat tau. Seriau sangat nak jaga sisa tali pusat yang tergantung kat pusat dia tu. Sebab tali pusat gemok sangat dan lubang pusat dalam. Masa tali pusat duk tergantung lagi tu, lubang pusat dia kat dalam tu pernah berair, dah kekuning-kuningan dan ada bau sikit. Mujur tak kena infection je. Alhamdulillah. Huhu. Masa tahu tu dah risau amat hati ni. Takut ada problem lain yang kita tak tahu. Tapi nurse yang datang check kat rumah cakap takde apa-apa. Nurse cuma suruh cuci dengan ubat pusat lagi kerap. Dan pastikan lubang pusat dia betul-betul kering.


Tali pusat si princess ni ambik masa dalam dua minggu jugak la baru tertanggal sendiri. Pastu bila tali pusat dia dah tertanggal, CikSha hepi la sebab dah mudah nak uruskan dia. Sampai terlupa nak check dah lubang pusat dia tiap kali lepas mandikan. Bajet yang dalam pusat tu dah kering betul. My bad. Terlupa sangat yang dalam lubang pusat dia tu pernah berair masa duk ada tali pusat tergantung lagi. Huhu.


Nampak tak tu dalam pusat tu berair? 


Cukup 40 hari umur dia, tetiba masa nak mandikan dia, CikSha terperasan macam ada cecair kuning pucat keluar dari pusat dia. Alamak! Terus runsing kepala otak. Siap mandikan dia CikSha terus kelebet la lubang pusat dia korek dengan cotton bud. Cuci cecair yang keluar tu dan letak ubat pusat yang ada lagi tu.


Malam tu puas gugel cari kenapa pusat baby boleh berair. Runsing kejap baca artikel yang memacam bagi CikSha lagi risau. Lepas tu gugel lagi camna nak rawat. Moden sangat ha main gugel je. Bukan apa, nak ikhtiar dulu sebelum bawak pi klinik. Sebab dia tak demam pun. Selalunya kalau dah infection, baby akan demam.


Gugel punya gugel, CikSha terjumpa satu blog kongsi petua titikkan air susu badan ibu dalam pusat yang berair tu. CikSha pun try la. Titikkan setitik dua lepas tu biarkan jap baru dap dap bagi kering pusat nya. 2 hari CikSha ikhtiar buat macam tu. Alhamdulillah berkesan. Pusat si princess dah tak berair lagi sampai hari ni.


Kalau ada yang hadapi masalah macam CikSha ni, harapnya artikel ni membantu. Cuci bersih-bersih pusat baby dengan ubat pusat baru titikkan susu badan. Biarkan kejap lepas tu keringkan betul-betul pusat baru pakaikan baju. Tapi kena make sure dulu yang baby tak demam tau baru boleh ikhtiar cara ni. Kalau baby demam, tu maksudnya pusat dia dah dijangkiti kuman. Takyah tangguh lagi. Bahaya kalau baby dah demam bila pusat dia berair. Cepat-cepat bawa check kat klinik/hospital tau. Jangan biar.


Bisik-bisik :: Memang susu ibu ni miracle sangat kan?  Anugerah dari Allah yang terlalu berharga. Syukur Allah bagi rezeki air susu badan pada CikSha untuk anak-anak. Alhamdulillah.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 27 January 2018

Team Mokyam Power Yang Awesome



Assalamualaikum. Hai!


Entry ni CikSha nak perkenalkan teammate CikSha yang sama-sama cari rezeki dengan jadi pengedar produk Women Desiree. Kami semua pengedar berdaftar Adleesya Beauty under stokis Perak iaitu Siti Mariam Arifin a.k.a Mokyam. Saja nak kongsi rezeki dengan depa semua. Mana tahu ada yang gugel cari pengedar berdekatan dengan tempat tinggal. Kan ada yang tak minat beli online sebab nak tunggu pos takut lambat. Depa semua ni boleh COD kan kat hangpa si gojes WD dan si seksi VH dengan sepantas kilat. Jangan segan-segan roger depa eh.

PERAK

Roszy  011 3253 5131
Area COD : Kampar, Gopeng, Malim Nawar,  Tanjung Tualang

Aziela Adnan  017 500 9012
Area COD : Tapah,  Tapah Road,  Bidor,  Kampar,  Langkap

Noor Sharmiza 010 378 4298
Area COD : Kuala Kangsar,  Padang Rengas,  Sauk, Kati,  Manong,  Sungai Siput

Noraffiza Mat Piah  016 743 0049
Area COD : Teluk Intan

Syazarwana Enterprise  019 943 5006
Area COD : Seri Iskandar

Nazirah Johar  013 464 0959
Area COD : Langkap,  Chenderong Balai

Emma  017 580 4566
Area COD : Teluk Intan,  Kampung Gajah,  Changkat Lada

Dila Daud (Kak Dd)  014 706 7944
Area COD : Batu Gajah,  Tesco Seri Iskandar,  Tesco Station 18

Nor Rehan Johor  018 575 6955
Area COD : Mambang Di Awan, Kampar,  Temoh,  Air Kuning

Nurain Ismail  012 433 5976
Area COD : Batu Gajah, Station 18 dan kawasan sekitar

Norhizati Mohd Sofian  012 580 4419
Area COD : Gopeng, Simpang Pulai



SELANGOR

Ummu Salma  010 890 2828
Area COD : Klang,  Banting,  Shah Alam

Nor Suhana  019 437 3298
Area COD : Hulu Selangor,  Kalumpang, Tanjung Malim

Siti Rohana Marsom  019 578 9263
Area COD : Kapar dan kawasan sekitar

Eizan Adnan  012 906 6631
Area COD : Shah Alam, Subang, Damansara, Sungai Buloh

Suhanah  013 237 3036
Area COD : Banting,  Batu Caves,  Bangsar,  Pantai Dalam

Kak Suzana  017 336 6858
Area COD : Kajang,  Bangi,  Semenyih,  Serdang,  UPM,  Putrajaya dan kawasan berdekatan

Ema 018 350 6629
Area COD : Puchong, Shah Alam


MELAKA

Ainsyah  013 630 9563
Area COD : Asahan,  Jasin,  Tangkak,  Nyalas

Ct Khadijah  012 683 2985

Mastura Yaakop  017 631 6673
Area COD : Semabok,  Duyong,  Ayer Molek,  Bandar Hilir,  Melaka Raya,  Bukit Baru,  Bukit Piatu,  Bukit Katil,  Padang Temu,  Permatang Pasir






PULAU PINANG

Kamariah Ahmad Ulawi  012 513 0496

Nurul Aisyah Isahak  011 1442 7719
Area COD : Seberang Jaya,  Bukit Mertajam, Butterworth

Kamsiah Ishak (FB : Kamsiah Eiya)  012 580 8846
Area COD : Sekitar Penang Island


KEDAH

Yy @ Wai Wai  019 542 2542
Area COD : Kulim,  Kuala Ketil, dan kawasan sekitar

Yasmin  019 470 2920
Area COD : Kulim,  Alor Setar


KUALA LUMPUR

Ruzana Abd Rahman  010 512 0746

Faten Raihanah  013 985 4659
Area COD : Kem Perdana Sungai Besi,  TBS,  Lakefields dan kawasan sekitar 
Politeknik Sultan Azlan Shah,  Behrang Stesen,  Behrang 2020

Kak Ana  012 290 3049
Area COD :KLCC,  Tesco Ampang


PAHANG

Qaseh Wan Ros  011 1578 8679
Area COD : Kuantan,  Gambang,  Chini

Dila  017 247 1670
Area COD : Kuantan

Salsabilla   016 448 9967
Area COD : Kuantan,  Jengka,  Temerloh


TERENGGANU

CikSha   012 574 5051
Area COD : Kuala Berang dan kawasan sekitar

Azhieeda  019 362 0844
Area COD : Chukai,  Kemaman

Khairunnisa Rashid  014 833 1296
Area COD : Kuala Terengganu

Kak Bie 019 904 0031
Area COD : Marang,  Kuala Terengganu 


KELANTAN

Kho  019 988 1245


LABUAN

Siti Zawiah  013 850 1807


JOHOR

Samsiah Aris  011 2764 5644
Area COD : Kulai

Hana  012 578 2007
Area COD : Gelang Patah,  Nusajaya,  Kulai,  Senai,  Sekitar Johor Bahru


NEGERI SEMBILAN

Noraslin Taipor  016 609 0764
Area COD : Lukut,  Port Dickson dan kawasan sekitar


Ni sebahagian dari team yang sudi share contact depa untuk CikSha warwar kan. Semoga murah rezeki depa semua. Ini je la CikSha mampu buat untuk depa. Buat amal jariah sikit. Bagi marketing free untuk depa. Mana tahu rezeki depa, ada orang cari nak COD kat kawasan depa. InsyaAllah.


Bisik-bisik :: Kongsi rezeki takkan pernah rugi.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Thursday, 25 January 2018

Impian Nak Travel Obersi



Assalamualaikum. Hai! 


Sebenarnya kan, CikSha ni sejenis yang suka travel jugak tau. Dulu masa muda remaja tak kawen lagi, rajin la pergi travel. Tapi setakat dalam Malaysia je la. Luar negara tak pernah lagi berkesempatan nak pergi. Ongkos tak berapa nak mandang. Hihi. Yang dalam Malaysia pun jenuh ikat perot kumpul duit gaji tetiap bulan tau.  Takpa la. InsyaAllah mana tahu ada rezeki dapat pi travel luar negara dengan kesayangan CikSha. Dapat pi Singapura pun ok dah. Brunei ke. Indonesia pun best jugak. Mudah-mudahan. Kemain wishlist nak pi travel obersi CikSha hangpa. Berangan dulu tak salah kan? 


Comei gambar ni. Hasil carian gugel.


Dulu kalau travel CikSha lebih suka naik train tau. Ntah. Macam lagi adventure gitu. Tapi belah pantai barat je la boleh naik train kan. Kadang naik bas. Tu kalau hala ke pantai timur. Naik kereta pun ada jugak kekadang. Ni kalau pi dengan famili atau bespren. Tengok tempat yang nak pi berjimba jugak la kiranya. Dulu masa bujang kekadang travel pun lone ranger je. Main redah je la. Apa nak kisah kan.


Sekarang kalau nak pi travel memana, CikSha kena plan betul-betul. Dari segi tempat nak pergi. Bajet perjalanan, penginapan, pengangkutan, makan-makan, shopping lagi. Maklum la sekarang ni dah berkeluarga. Anak pun dah kederet. Bajet kompom la banyakkkk nak kena guna. Wajib la kena plan dengan teliti dari a to z kan?


Sebab tu kekadang CikSha suka ushar online jugak. Tambah-tambah tiket flight. Mana tahu ada promosi kan? Sebab ada plan nak bawak anak-anak pergi travel ke Sabah dengan Labuan. Saja nak throwback masa zaman study dulu. Tempat jatuh lagi kan di kenang, inikan pulak tempat bertemu jodoh. Gituuuu. Hahaha. 


Cantiknyaaaaa pemandangan! 


Sebenarnya saja nak bawak anak-anak pergi jenjalan makan angin kat tempat mak pak depa jumpa dan jatuh cinta. Ewahhh. Lagipun masa study kat sana dulu CikSha takdan pun nak jelajah tempat menarik kat Sabah. Maklum la orang tak kaya. Duit yang ada memang guna untuk belajar je la. Cuti semester kalau tak dapat balik Semenanjung, duduk terperuk je la kat kampus. Sempat gi jelajah pun tempat menarik kat Labuan je. Jadinya tu yang plan nak pi travel kat Sabah dengan suami dan anak-anak pulak.


Masa study dulu duk ulang alik Labuan-Penang, ofkoz la naik flight kan? Takkan nak berenang rentas Laut China Selatan tu. Hahaha. CikSha hangpa start merapu dah. Layankan je. Jadinya,  kalau nak pi travel naik flight ni CikSha lebih prefer Air Asia la. Dah terbiasa gitu naik Air Asia. Pernah jadi pelanggan tetap katakan. Ewahhh. Buat macam flight Air Asia tu personal jet pulak. Hihi.


Tapi memang puas hati pun dengan perkhidmatan Air Asia walaupun kekadang flight delay kalau ada problem macam hujan lebat ke apa kan. Biasa la tu. Lagipun harga tiket Air Asia ni berpatutan. Maklum la penerbangan tambang murah kan. Memang berbaloi la kiranya.


Banyaknya tempat menarik kat Sabah. 


So, dalam duk survey harga tiket flight nak ke Sabah tu CikSha baru tahu yang kita boleh book airasia airline melalui portal Traveloka selain direct kat web Air Asia sendiri. Kat portal Traveloka kalau kita book tiket boleh dapat lagi murah tau kalau kena time kita nak book tu ada promosi. Wahhhhhh. Teruja gila CikSha rasa. Macam impian nak berjimba pergi travel kat Sabah dengan kesayangan bakal jadi kenyataan dalam masa terdekat je ha. Terus rasa nak book lelaju tiketnya. 


Lepas ni, kalau ada plan nak pi travel obersi pulak boleh terjah portal Traveloka je la. Sebab memacam boleh book melalui portal tu selain tiket flight. Nak book hotel pun boleh. Senang kerja sekali harung je book. Best tu! Boleh dah la CikSha menabung dari sekarang untuk plan travel ke obersi. Yeay!  Teringin nak pi travel kat pulau tercantik kat Indonesia tu. Lupa pulak nama tempatnya. Bestnya kalau dapat pi. InsyaAllah one day. Sekarang ni nak tunaikan dulu impian nak travel ke Sabah dengan famili tercinta. 


Bisik-bisik :: Misi penuhkan tabung travel switch on! Hihi.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 14 January 2018

Tersenarai Dalam List Blog Pilihan Tahun 2018 di Blog HasrulHassan.com



Assalamualaikum. Hai!


Dah lama CikSha tak aktif menulis blog. Paling banyak entri tertulis pun masa tahun 2010 &  2011. Ada la ratus-ratus jugak entri. Masa tu memang aktif gila menulis. Macam-macam topik ada. Lepas tu makin slow down dah. Bila dah kawen lagi la. Ada tak sampai 10 pun entri tertulis. Bila sindrom M dah sebati kan. Hihi. Tapi tiap tahun ada la jugak menulis. Cuma kuantiti entri dah kurang. Kira comei jugak la arkib entri CikSha. Tiap tahun ada senarai entri. Tak lopong tertinggal tahun.


Awal tahun ni, ada la tanam azam nak kembali aktif menulis. Rindu sangat. Rasa bila menulis tu berkembang sikit otak ni ha. Maklum la sejak kawen dan dah tak kerja, dah tak banyak sangat mikir yang berat-berat. Fokus kat suami dengan anak-anak je. Buat kerja harian surirumah. Buat kerja freelance design. Itu je la rutin CikSha. Sampai ke hari ni. Tahun ni macam mana pun nak cari jugak ruang menulis kat blog walaupun padat jadual harian.


Hari tu masa tuan Hasrul Hassan offer siapa nak dia shortlisted dalam 100 blog pilihan dia, CikSha saja la cuba nasib. Walaupun blog masih sendu tak berupdate. Renovation pun belum siap sepenuhnya. Kita redahkan aje. Hihi.


Kat nombor doblas blog comel ni. 


Tapi tak sangka pulak terpilih. Alhamdulillah. Terima kasih tuan sebab sudi senaraikan blog sendu saya ni jugak. Harapnya makin ramai la pengunjung mai menjengah blog CikSha yang comel ni. Jadi pembaca dan pengikut setia omelan CikSha. Eceh. Hang ingat best sangat ka penulisan hang CikSha oi. Hihi.


Takpa la. Taste membaca orang lain-lain. Ada yang suka baca penulisan serius dan skema. Ada yang suka baca penulisan santai. Macam CikSha ni tergolong dalam penulisan santai kot. Tak berapa sangat ayat-ayat skema ni. Macam tak mesra gitu. Konon. Tapi harapnya ramai la suka baca penulisan CikSha.


Kalau ada advertiser yang nak berkolaberasi dengan CikSha untuk buat review secara penulisan santai, boleh la risik-risik kat CikSha no. Memang ada duk buat servis review ni dari dulu. Pada pandangan CikSha, orang lebih suka baca yang santai tapi isi sampai dengan jelas dari yang skema-skema ni.


Bisik-bisik :: Semoga blog comel ni makin naik la pageview nya lepas ni. InsyaAllah.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Voucher dari Printcious.com



Assalamualaikum. Hai!


Sebenarnya voucher dari Printcious.com ni CikSha dapat lama dah. Masa join vote web depa untuk pertandingan SITEC dalam bulan 8/2017. Satu voucher tu bernilai RM50. CikSha dapat 2 voucher. Satu atas vote dari CikSha. Satu lagi atas vote encik CH. So, dapat la nak shopping kat Printcious.com dengan nilai RM100. Hihi.


Tapi punya la peram voucher tu, dah last minit baru nak redeem. Last boleh redeem 31/12/2017. Masa tu baru terhegeh-hegeh nak pilih gift apa. Nak design camna. Mujur jugak la adik yang request CikSha vote tu bagi reminder. Kalau tak hangus gitu je la voucher nye. Dasar urat dah banyak putus memang camgini. Semua benda nak lupa. Tetiba nak salahkan urat putus. Ekeke.


Punya la cerewet gila, nak pilih gift apa pun jenuh. Memula ingat nak ambik canvas frame. Tapi sayang voucher tu mana leh gabung harga. Sebabkan banyak nak kena topup jugak kalau still ambik canvas frame pakai satu voucher, spesis kedek macam CikSha ni memang fikir banyak kali la. Lastly cancel pilih gift tu ambik gift puzzle. Boleh dapat dua dengan dua voucher.  Kena topup sikit je dalam 3 ringgit lebih untuk satu voucher.


Dapat puzzle dengan printed gambar.

Dalam seminggu camtu parcel sampai kat opis Gdex Kuala Berang. Dapat mesej kena pi ambik sendiri. Mungkin sebab orang depa call CikSha nak hantarkan, tapi CikSha tak pick up. Dasar paranoid nak jawab call dari unknown number. Hihi.


Alhamdulillah. CikSha agak puas hati dengan kualiti puzzle tu walaupun comel je saiz dia. Separuh kertas a4 camtu. Yang penting cantik. Nanti boleh framekan puzzle tu. Best pulak dapat voucher. Rasa nak lagi. Boleh shopping lagi kat Printcious.com takyah keluar pitis bebanyak. Hihi. Dasar tamak!


Oh ye, kalau rasa nak bagi gift spesel lain dari yang lain kat yang tersayang, boleh try pi skodeng Printcious.com. Memacam ado. Pilih aje nak yang mana berkenan di hati sesuai dengan bajet. Boleh design sendiri apa yang kita nak print kat gift tu. Kompom puas hati sebab unik.


Bisik-bisik :: Baru tahu perasaan orang yang selalu dapat voucher. Hihi.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Demam Masa Berpantang



Assalamualaikum. Hai!


CikSha masih dalam pantang lagi ni sebenarnya. Hari ni dah hari 37 kalau tak silap. Tu sebab tak berupdate sangat blog ni. Idea tu banyak. Tapi tu la nye, bila rasa nak update blog tetiba terhanyut sekali dengan baby. Hihi. Normal la tu kan.


Ni CikSha baru je kebah dari demam. Masa hari ke 34 diserang virus selesema, batuk sekali pakej dengan demam. Memang bisa habes la badan. Seram sejuk jeee. Lain macam penangan bila demam dalam pantang ni. Kisahnya, semua dalam rumah ni pun demam. Pak mertua dulu demam. Pastu berjangkit habes la serumah. CikSha orang yang last sekali kena. Ingat dah selamat la kunun. Bajet virus tu tak mandang orang dalam pantang ni. Memang tak la kan. Dah sedut udara yang sama dalam rumah ni. Mendapat la jugaknye.


Selalu dengar orang cakap kalau masih dalam hari berpantang ni demam, bahaya kan? CikSha ada la jugak gugel baca pendapat orang lain kat blog depa. Tapi mostly cerita demam pasal bentan. Bentan ni jadi sebab terlanggar pantang la gitu lebih kurang. CikSha tak arif sangat la pasal bentan-bentan ni. Sepanjang dah berpantang 3 kali ni alhamdulillah tak pernah lagi kena. Nauzubillah.


Langgar pantang macam mana yang boleh kena bentan tu? Dari pembacaan CikSha, katanya sebab tak jaga pemakanan. Main harung ja makan semua yang patutnya tak boleh makan masa dalam tempoh berpantang. Lagi satu sebab terlebih rasa diri tu gagah perkasa sangat buat semua kerja rumah even yang berat-berat. Tak jaga langkah bila berjalan sampai ibu jari kaki tersepak benda keras pun boleh sebabkan bentan jugak. Ada lagi tapi 3 sebab ni antara yang banyak ditulis kat blog yang CikSha baca.

Hasil carian abam gugel. Kredit to iLuvIslam. com


CikSha ni demam selsema ja. Alhamdulillah takda apa-apa yang mudarat. Cuma air hidung duk meleleh  dengan batuk je la yang rimas sikit. Nak makan ubat bebanyak jenis sian jugak kat baby duk menyusu. Dia yang mabuk lebih asyik tidur. Ekeke.


Baby tak jangkit sekali ke demamnya? Kena jugak. Demam sehari ja dia. Suhu dalam 37.8 paling tinggi. Tak bawak pun pi klinik. Sebab kalau pi pun bukan dapat ubat. Kecik lagi kan. Baru sebulan umurnya. Pantau sendiri kat rumah. Alhamdulillah demam dia tak melarat. Tu pentingnya kena ada termometer kat rumah kalau ada anak kecik ni. Nanti la CikSha kongsi pasal jaga anak kecik yang demam.


Lagipun sekarang ni cuaca duk sejuk je kan. Hujan kadang tak berhenti. Tu yang mudah kena demam selsema dengan batuk ni. Kena extra care la sikit. Memang musim demam sekarang ni. Jangankan orang yang dalam pantang. Orang yang duk sihat walafiat pun tetibe je boleh demam.


Bisik-bisik :: Demam pun salah satu cara Allah nak kurangkan dosa-dosa kecil kita kan?


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 3 January 2018

Welcome Back Shahada!



Assalamualaikum. Hai!


Lama menyepi dari menulis kat belog busuk kesayangan CikSha ni ha. Duk la tanam azam konon nak konsisten balik menulis. Tapi harommmmm. Ke laut azamnye ha. Berapa ribu kali dah duk pumpang pumpang nak aktifkan blog balik. Camtu jugaknye la. Sunyi sepi. Dasar tin kosong betol. Hihi.


Sebenarnya kan, kalau diikutkan hati dan jari memang banyakkkkk sangat kisah yang nak dikongsikan dalam blog ni. Nanti-nanti boleh menelaah balik. Maklum la kan CikSha ni spesis suka baca blog sendiri. Hihi. Banyak dah moment yang dah terlepas nak dicoretkan. Tapi takpe la. Slow slow CikSha tulis mana yang ingat. Mana la tahu kan, pengalaman hidup sendiri boleh jadi panduan kat orang lain. Who knows? Aiseh. Speaking gitu.


Dah masuk tahun 2018 dah kite kan. Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa untuk terus bernafas dan meneruskan kehidupan. Semoga diizinkan Allah untuk terus istiqamah memperbaiki diri dan iman yang banyak lagi lobang sana sini sebelum dijemput pergi. Biasa la kan. Kita ni manusia yang lemah imannya. Ada naik turun. Huhu. Harapnya masa diseru nanti dalam keadaan yang baik-baik la hendaknya.




Tahun ni, ahli keluarga CikSha dah bertambah tau. Bulan doblas tahun 2017 yang lalu, CikSha selamat lahirkan seorang puteri cinonet penyeri keluarga kecil kami. Ada geng dah CikSha ni ha. Takhta 'only me the princess'  kat hero-hero dah terpadam. Sekarang dah ada dua princess hero-hero kena tatang bagai minyak yang penuh. Ekeke. Nanti CikSha kongsikan eh pasal si puteri cinonet ni.


Harapnya lepas ni makin rajin la diri ni menulis. Blog cari makan ni kot dari dulu. Duk ingat nak start balik buat servis review sesambil buat kerja design dan bisnes online jual produk Women Desiree pujaan hati tu. Cari income lebih sikit. Maklum la anak dah bertambah. Yang sulung tak lama lagi dah nak sekolah. 


Hai la..ni le cabaran hidup di dunia sementara. Kan? Hadap je la dulu sebelum Allah 'panggil'. Semoga dipermudahkan segala urusan kita sementara masih bernyawa ni.


Bisik-bisik :: Selamat Tahun Baru 2018 uols!



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com