Sunday, 14 January 2018

Tersenarai Dalam List Blog Pilihan Tahun 2018 di Blog HasrulHassan.com



Assalamualaikum. Hai!


Dah lama CikSha tak aktif menulis blog. Paling banyak entri tertulis pun masa tahun 2010 &  2011. Ada la ratus-ratus jugak entri. Masa tu memang aktif gila menulis. Macam-macam topik ada. Lepas tu makin slow down dah. Bila dah kawen lagi la. Ada tak sampai 10 pun entri tertulis. Bila sindrom M dah sebati kan. Hihi. Tapi tiap tahun ada la jugak menulis. Cuma kuantiti entri dah kurang. Kira comei jugak la arkib entri CikSha. Tiap tahun ada senarai entri. Tak lopong tertinggal tahun.


Awal tahun ni, ada la tanam azam nak kembali aktif menulis. Rindu sangat. Rasa bila menulis tu berkembang sikit otak ni ha. Maklum la sejak kawen dan dah tak kerja, dah tak banyak sangat mikir yang berat-berat. Fokus kat suami dengan anak-anak je. Buat kerja harian surirumah. Buat kerja freelance design. Itu je la rutin CikSha. Sampai ke hari ni. Tahun ni macam mana pun nak cari jugak ruang menulis kat blog walaupun padat jadual harian.


Hari tu masa tuan Hasrul Hassan offer siapa nak dia shortlisted dalam 100 blog pilihan dia, CikSha saja la cuba nasib. Walaupun blog masih sendu tak berupdate. Renovation pun belum siap sepenuhnya. Kita redahkan aje. Hihi.


Kat nombor doblas blog comel ni. 


Tapi tak sangka pulak terpilih. Alhamdulillah. Terima kasih tuan sebab sudi senaraikan blog sendu saya ni jugak. Harapnya makin ramai la pengunjung mai menjengah blog CikSha yang comel ni. Jadi pembaca dan pengikut setia omelan CikSha. Eceh. Hang ingat best sangat ka penulisan hang CikSha oi. Hihi.


Takpa la. Taste membaca orang lain-lain. Ada yang suka baca penulisan serius dan skema. Ada yang suka baca penulisan santai. Macam CikSha ni tergolong dalam penulisan santai kot. Tak berapa sangat ayat-ayat skema ni. Macam tak mesra gitu. Konon. Tapi harapnya ramai la suka baca penulisan CikSha.


Kalau ada advertiser yang nak berkolaberasi dengan CikSha untuk buat review secara penulisan santai, boleh la risik-risik kat CikSha no. Memang ada duk buat servis review ni dari dulu. Pada pandangan CikSha, orang lebih suka baca yang santai tapi isi sampai dengan jelas dari yang skema-skema ni.


Bisik-bisik :: Semoga blog comel ni makin naik la pageview nya lepas ni. InsyaAllah.

Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Voucher dari Printcious.com



Assalamualaikum. Hai!


Sebenarnya voucher dari Printcious.com ni CikSha dapat lama dah. Masa join vote web depa untuk pertandingan SITEC dalam bulan 8/2017. Satu voucher tu bernilai RM50. CikSha dapat 2 voucher. Satu atas vote dari CikSha. Satu lagi atas vote encik CH. So, dapat la nak shopping kat Printcious.com dengan nilai RM100. Hihi.


Tapi punya la peram voucher tu, dah last minit baru nak redeem. Last boleh redeem 31/12/2017. Masa tu baru terhegeh-hegeh nak pilih gift apa. Nak design camna. Mujur jugak la adik yang request CikSha vote tu bagi reminder. Kalau tak hangus gitu je la voucher nye. Dasar urat dah banyak putus memang camgini. Semua benda nak lupa. Tetiba nak salahkan urat putus. Ekeke.


Punya la cerewet gila, nak pilih gift apa pun jenuh. Memula ingat nak ambik canvas frame. Tapi sayang voucher tu mana leh gabung harga. Sebabkan banyak nak kena topup jugak kalau still ambik canvas frame pakai satu voucher, spesis kedek macam CikSha ni memang fikir banyak kali la. Lastly cancel pilih gift tu ambik gift puzzle. Boleh dapat dua dengan dua voucher.  Kena topup sikit je dalam 3 ringgit lebih untuk satu voucher.


Dapat puzzle dengan printed gambar.

Dalam seminggu camtu parcel sampai kat opis Gdex Kuala Berang. Dapat mesej kena pi ambik sendiri. Mungkin sebab orang depa call CikSha nak hantarkan, tapi CikSha tak pick up. Dasar paranoid nak jawab call dari unknown number. Hihi.


Alhamdulillah. CikSha agak puas hati dengan kualiti puzzle tu walaupun comel je saiz dia. Separuh kertas a4 camtu. Yang penting cantik. Nanti boleh framekan puzzle tu. Best pulak dapat voucher. Rasa nak lagi. Boleh shopping lagi kat Printcious.com takyah keluar pitis bebanyak. Hihi. Dasar tamak!


Oh ye, kalau rasa nak bagi gift spesel lain dari yang lain kat yang tersayang, boleh try pi skodeng Printcious.com. Memacam ado. Pilih aje nak yang mana berkenan di hati sesuai dengan bajet. Boleh design sendiri apa yang kita nak print kat gift tu. Kompom puas hati sebab unik.


Bisik-bisik :: Baru tahu perasaan orang yang selalu dapat voucher. Hihi.

Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Demam Masa Berpantang



Assalamualaikum. Hai!


CikSha masih dalam pantang lagi ni sebenarnya. Hari ni dah hari 37 kalau tak silap. Tu sebab tak berupdate sangat blog ni. Idea tu banyak. Tapi tu la nye, bila rasa nak update blog tetiba terhanyut sekali dengan baby. Hihi. Normal la tu kan.


Ni CikSha baru je kebah dari demam. Masa hari ke 34 diserang virus selesema, batuk sekali pakej dengan demam. Memang bisa habes la badan. Seram sejuk jeee. Lain macam penangan bila demam dalam pantang ni. Kisahnya, semua dalam rumah ni pun demam. Pak mertua dulu demam. Pastu berjangkit habes la serumah. CikSha orang yang last sekali kena. Ingat dah selamat la kunun. Bajet virus tu tak mandang orang dalam pantang ni. Memang tak la kan. Dah sedut udara yang sama dalam rumah ni. Mendapat la jugaknye.


Selalu dengar orang cakap kalau masih dalam hari berpantang ni demam, bahaya kan? CikSha ada la jugak gugel baca pendapat orang lain kat blog depa. Tapi mostly cerita demam pasal bentan. Bentan ni jadi sebab terlanggar pantang la gitu lebih kurang. CikSha tak arif sangat la pasal bentan-bentan ni. Sepanjang dah berpantang 3 kali ni alhamdulillah tak pernah lagi kena. Nauzubillah.


Langgar pantang macam mana yang boleh kena bentan tu? Dari pembacaan CikSha, katanya sebab tak jaga pemakanan. Main harung ja makan semua yang patutnya tak boleh makan masa dalam tempoh berpantang. Lagi satu sebab terlebih rasa diri tu gagah perkasa sangat buat semua kerja rumah even yang berat-berat. Tak jaga langkah bila berjalan sampai ibu jari kaki tersepak benda keras pun boleh sebabkan bentan jugak. Ada lagi tapi 3 sebab ni antara yang banyak ditulis kat blog yang CikSha baca.

Hasil carian abam gugel. Kredit to iLuvIslam. com


CikSha ni demam selsema ja. Alhamdulillah takda apa-apa yang mudarat. Cuma air hidung duk meleleh  dengan batuk je la yang rimas sikit. Nak makan ubat bebanyak jenis sian jugak kat baby duk menyusu. Dia yang mabuk lebih asyik tidur. Ekeke.


Baby tak jangkit sekali ke demamnya? Kena jugak. Demam sehari ja dia. Suhu dalam 37.8 paling tinggi. Tak bawak pun pi klinik. Sebab kalau pi pun bukan dapat ubat. Kecik lagi kan. Baru sebulan umurnya. Pantau sendiri kat rumah. Alhamdulillah demam dia tak melarat. Tu pentingnya kena ada termometer kat rumah kalau ada anak kecik ni. Nanti la CikSha kongsi pasal jaga anak kecik yang demam.


Lagipun sekarang ni cuaca duk sejuk je kan. Hujan kadang tak berhenti. Tu yang mudah kena demam selsema dengan batuk ni. Kena extra care la sikit. Memang musim demam sekarang ni. Jangankan orang yang dalam pantang. Orang yang duk sihat walafiat pun tetibe je boleh demam.


Bisik-bisik :: Demam pun salah satu cara Allah nak kurangkan dosa-dosa kecil kita kan?

Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 3 January 2018

Welcome Back Shahada!



Assalamualaikum. Hai!


Lama menyepi dari menulis kat belog busuk kesayangan CikSha ni ha. Duk la tanam azam konon nak konsisten balik menulis. Tapi harommmmm. Ke laut azamnye ha. Berapa ribu kali dah duk pumpang pumpang nak aktifkan blog balik. Camtu jugaknye la. Sunyi sepi. Dasar tin kosong betol. Hihi.


Sebenarnya kan, kalau diikutkan hati dan jari memang banyakkkkk sangat kisah yang nak dikongsikan dalam blog ni. Nanti-nanti boleh menelaah balik. Maklum la kan CikSha ni spesis suka baca blog sendiri. Hihi. Banyak dah moment yang dah terlepas nak dicoretkan. Tapi takpe la. Slow slow CikSha tulis mana yang ingat. Mana la tahu kan, pengalaman hidup sendiri boleh jadi panduan kat orang lain. Who knows? Aiseh. Speaking gitu.


Dah masuk tahun 2018 dah kite kan. Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa untuk terus bernafas dan meneruskan kehidupan. Semoga diizinkan Allah untuk terus istiqamah memperbaiki diri dan iman yang banyak lagi lobang sana sini sebelum dijemput pergi. Biasa la kan. Kita ni manusia yang lemah imannya. Ada naik turun. Huhu. Harapnya masa diseru nanti dalam keadaan yang baik-baik la hendaknya.




Tahun ni, ahli keluarga CikSha dah bertambah tau. Bulan doblas tahun 2017 yang lalu, CikSha selamat lahirkan seorang puteri cinonet penyeri keluarga kecil kami. Ada geng dah CikSha ni ha. Takhta 'only me the princess'  kat hero-hero dah terpadam. Sekarang dah ada dua princess hero-hero kena tatang bagai minyak yang penuh. Ekeke. Nanti CikSha kongsikan eh pasal si puteri cinonet ni.


Harapnya lepas ni makin rajin la diri ni menulis. Blog cari makan ni kot dari dulu. Duk ingat nak start balik buat servis review sesambil buat kerja design dan bisnes online jual produk Women Desiree pujaan hati tu. Cari income lebih sikit. Maklum la anak dah bertambah. Yang sulung tak lama lagi dah nak sekolah. 


Hai la..ni le cabaran hidup di dunia sementara. Kan? Hadap je la dulu sebelum Allah 'panggil'. Semoga dipermudahkan segala urusan kita sementara masih bernyawa ni.


Bisik-bisik :: Selamat Tahun Baru 2018 uols!


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)





 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com