Wednesday, 17 May 2017

TIPS CANTIK DENGAN DAUN PEGAGA

Assalamualaikum. Hai.


Siapa suka makan ulam? Meh nak gimme 5 sikit. Hihi. CikSha memang sukaaaaa sangat makan ulam. Bagi la ulam apa pun, yang tak pernah makan pun CikSha akan cuba. Janji nama dia ulam.


Sejak duk dengan mertua ni, ulam tak payah nak beli-beli dah. Balik je dari kebun mesti mak mertua bawak balik ulam. Macam-macam ada. CikSha hangpa ni tinggai melahap ja. Hihi. Heaven sungguh. Bertambah awet muda la diriku ini. Tambah dengan duk mencalit WD. Berganda-ganda awet muda.


Daun pegaga ni memang salah satu ulam peberet CikSha. Selalu makan mentah gitu ja dengan budu. Kadang mak mertua buat kerabu. Sedapppp. Jus ja CikSha tak pernah try. Nanti nak cuba la.


Sebenarnya kan, pegaga ni banyak khasiat untuk orang perempuan terutamanya. Ye la..orang perempuan kan in love sangat dengan kecantikan. Dapat tahu pulak petua nak cantik dan sihat dengan petua alami yang tak susah pun nak amalkan. Mesti la suka kan? 






Nak tahu tak apa khasiat daun pegaga ni? Meh CikSha share dengan hangpa.


HILANGKAN BINTIK HITAM
Bintik hitam ni selalunya suka bertempek kat hidung. Rimas kan? Macam mana pegaga boleh membantu? Kita buat macam masker.


Ambil dalam 10 helai daun pegaga dan cuci dengan sesudu air garam. Lepas itu tumbuk sampai halus. Bubuh  air garam sikit, bedak sejuk dan air suam secukupnya. Jadikan macam pes. Lepas tu apa tunggu lagi, kasi tempek kat hidung la. Nak sapu satu muka sampai berlemoih pun boleh je. Tempek waktu malam je tau. Tido le dengan muka kehijauan sat. Esok bangun Subuh basuh la muka tu. Hihi.


Buat tetiap malam kalau rajin. Yang penting konsisten. InsyaAllah nanti hilang bintik hitam tu. Kena sabar banyak. Sebab petua alami ni kesan lambat tau. Tapi selamat. Tak sabar kaluuu pi drugstore beli hat biore pore ape ke namanye tu.


NAIKKAN SERI WAJAH
Yang ni mesti ramai suka. Siapa tak suka wajah dia berseri-seri kan? Amalkan daun pegaga je boleh menyerikan wajah. Bestkan? Caranya dengan minum jus pegaga je.


Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya. Rebus dengan 2 gelas air sampai jadi segelas. Lepas tu tapis air rebusan tadi. Biar dia sejuk sat. Dah sejuk boleh la minum. Panas-panas minum sat lagi lecoq lidah pulak. Jenuh. Hihi.


Air rebusan ini boleh diminum sekali sehari je tau. Minum la lepas makan malam atau sebelum tido. Amalkan 3 kali dalam seminggu. InsyaAllah, berseri-seri muka tu nanti.



Kalau ikutkan banyak lagi khasiat pegaga ni. Cukup la 2 je CikSha kongsi. Cuba la try petua kat atas ni. Tapi kalau hari-hari dapat makan ulam pegaga lagi best. Cecalit pulak WD. Kompom menten awet muda walau umur dah kertu. Hihi.



Bisik-bisik :: Petua lama ni jangan dipandang sepi je tau. Banyak manfaat.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com