Wednesday, 30 January 2013

~Komen 'Sweet-sweet' Dari Anon~



Assalamualaikum. Hai!


Kebelakangan ni kan, aku selalu je dapat komen dari anon-anon yang sangatlah sweet talker. Kekadang macam lawak je baca komen dari dorang tu. Dah la sebarangan je komen nye kat entri-entri aku. Lepas tu langsung tak berkaitan dengan isi-isi entri. Entah dari celah mana dorang datang lepas tu tersesat kat blog ni tak tahu la. Menyemak sangat. Rasa macam nak cepuk-cepuk je. Haha.


Ini adalah sebahagian komen-komen sweet dari dorang. Memang sweet sesangat. Kekadang ada la jugak rasa terharunye. Meh usha meh!

It is not my first time to visit this web page, i am browsing this web page daily and take good data from here daily.

I used to be able to find good advice from your articles.

Μy brother ѕuggеsted I mіght like this wеb site. He waѕ once totally right. Τhis put up truly mаdе my dаy. You сann't consider just how a lot time I had spent for this information! Thank you!

Ѕpot on with this write-up, I honestly belіeve this amazing site needs a great dеal mοre attentіon. І'll probably be back again to see more, thanks for the information!

Hеllo, yes thiѕ агtiсle is reallу nice anԁ I hаve learned lοt of things from it about blogging. thanks.

Hi mу loved one! I want to ѕay that this post is awesome, nice ωritten anԁ incluԁe аlmоst all sіgnificant infos. I'd like to see extra posts like this.

I am actuallу pleased to rеad this ωeb sіte posts whiсh incluԁes tons οf useful infοrmation, thankѕ foг ргоviԁing ѕuch information.

Wow, amаzing blοg layout! How long have yоu beеn blogging for? you maԁe blogging look easу. The ovеrall look οf youг wеbsite is excellent, аs well аs the content!

Great site you have here.. It's hard to find quality writing like yours nowadays. I truly appreciate individuals like you! Take care!!

You ought to take part in a contest for one of the best sites on the net. I'm going to recommend this blog!

I do not even κnow hoω Ι ended up here, but I thought thіs pоst was great. Ι do not knoω who you are but definitеlу you're going to a famous blogger if you are not already ;) 


Itulah antaranya dari beratus-ratus. Cukup la share sikit je. Semua pakat speaking you. Yang paling tak tahan tu, 3 komen yang last tu. Melambung-lambung puji aku. Kemain lagi tau! Terharu betoi dibuatnya. Ada jugak yang sudi kata PENULISAN AKU BERKUALITI. Siap nak rekomen masuk kontes sebagai BEST SITES ON THE NET lagi tu. Pehtu wish aku JADI PEMES BLOGGER. Kah kah kah. Lawak betoi rasa.


GOOGLE search image. :P

Err..jangan salah sangka. Aku bukanlah blogger famos amos sampai berduyun anon nak singgah blog aku membaca dan tinggalkan komen ye. Kuikuikui. Gimik je lebih. Sebenarnya, komen-komen yang aku dapat ni adalah dari anon-anon  yang tak dikenali dan tak tahu dari ceruk mana dorang datang bersama dengan link-link yang merepek meraban. Inilah yang dinamakan SPAM! Haaa..serius. Kebelakangan ni memang banyak sangat dapat komen spam ni. Berduyun-duyun masuk. Tensen. (-_-")


Mujurlah aku set komen-komen yang masuk kat blog aku ni perlu di 'filter' terlebih dahulu. Jadi boleh la aku pantau mana-mana komen yang spam tu. Sebab kadang-kadang die tak masuk kat bahagian SPAM COMMENT tapi sekali beratur dengan komen-komen dari member blogger yang belum aku publish. Sakit hati betoi. Tu ada agenda tersembunyi nak menjahanamkan blog aku dengan link-link yang merapu tu la tu. Ceh! Belasah jugak dorang ni kang. Huh!


Rasanya blogger lain pun mesti pernah jugak kena macam aku ni kan? Jadinya aku nak rekemen, kalau boleh bahagian komen tu korang set la untuk pantau/review terlebih dahulu sebelum publish. Lebih selamat. Takde la spam sesuka hati je berlegar-legar kat blog korang nanti disebabkan korang allowed komen tu publish secara otomatik kat blog. Bahaya oi. Tu yang kekadang blog boleh kena suspek ada spam tetiba. Inilah salah satu puncanya. Dapat komen merapu yang disertakan dengan link spam. Kedengki betol! 


Jadi itulah tips yang aku nak share untuk hari ni. Sila check setting untuk komen kat blog memasing ye. Apa-apa pun, aku nak berterima kasih la kat anon-anon yang bagi komen sweet-sweet itu. Terharu sangat! Haha.


Bisik-bisik :: Baru-baru ni ramai blogger yang tetibe blog dorang kena remove tanpa notis dan dapat emel pemberitahuan kan? Tahu-tahu je dah hilang. Kesian. Jahat jugak blogger.com ni. Hish! Tak baik tau...(-_-")


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 22 January 2013

#IKLAN : Kuih Tradisional Memang Tak Luput Di Telan Zaman



Assalamualaikum. Hai!


*Ini adalah entri pengiklanan*
Bila tiba musim raya je, kompom banyak orang mula bertungkus lumus buat kueh raya yang bermacam-macam jenis. Ada yang buat untuk makan sendiri je. Ada jugak yang buat untuk tujuan meniaga. Maklum la, zaman moden serba canggih sekarang ni memang tak ramai orang yang rajin nak buat kueh raya sendiri. Semua lebih selesa beli kueh tunjuk-tunjuk je. Walaupun sebenarnya, rasa kueh sama je yang berbeza cuma nama dan rupa bentuk kueh. Tapi hentam je beli asalkan variasi gitu bila nak hidangkan pada tetamu.


Macam aku, kalau kueh raya moden-moden ni aku kurang gemar sangat nak makan. Tak taste gitu. Maklum le lidah kampung. Hehe. Selalu kalau teringin yang kueh-kueh moden pun aku buat sendiri je kalau rajin. Kalau tak rajin, pergi beraya rumah orang aku sapu le makan buat rasa kat lidah tak kempunan. Huahuahua. Tapi selalunya, kueh moden ni memang akan kalah kalau tuan rumah ada hidangkan jugak kuih tradisional. Kompom aku sapu kueh tradisional tu la. Fuhhhh. Memang feveret sepanjang zaman.


Kueh tradisional yang paling aku suka ialah kueh mazolla, kueh batang burok, kueh lidah buaya, dengan kueh kapit. Perghhh. Tengah taip entry ni pun terbayang-bayang. Macam nak meleleh ayaqliuq. Haha. Tapi serius la. Memang tak luput di telan zaman la kueh-kueh tradisional ni. Sedap. Bagi aku yang tekak retro sikit ni la. Kalau tekak orang moden tak tau la nak kata camna kan?


Salah satu kueh tradisional fevret aku : Kueh Kapit.

Sebenarnya, nak buat kueh-kueh tradisional ni memang sedikit rumit dan susah. Betul tak? Selalunya yang terer buat kueh tradisional ni orang lama-lama je. Orang zaman sekarang ni tak ramai yang gemar dan rajin nak buat kueh rumit-rumit cenggini. Dorang lebih selesa buat kueh moden-moden je. Tapi aku respek dengan orang yang masih mengekalkan tradisi buat kueh tradisional ni. Bukan senang tau.


Macam kawan aku sorang ni. Dia jalankan bisnes keluarga secara kecil-kecilan buat kueh tradisional ni. Kueh kapit yang telah di 'branding' dengan nama Crunchy Kapit. Siyesli memang crunchy habes. Sedap! Langsung tak lemau tau. Aku dah rasa dah sample yang kawan aku bagi. Habes satu bekas aku dengan ofismate hentam. Bosan ngadap kerja, capai kueh ni ngap2 krup krap makan sambil bergosip. Haha!


Kalau dulu, kita hanya boleh makan kueh ni masa musim raya je. Sekarang ni dah tak payah nak tunggu raya lagi. Hari-hari biasa pun boleh makan jugak. Ni yang terbaek ni. Hehe. Jadi buat korang yang teringin nak rasa kueh kapit yang crunchy buatan famili kawan aku ni, korang bolehlah roger-roger untuk buat tempahan dengan beliau di talian : 019 520 4882 / 019 552 8934 [Encik Syamil].



Sample kueh yang aku dapat hari tu. Gile banyak beliau bagi. Free pulak tu. Kui3.


Kueh ni sesuai je dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga @ hidangan untuk tetamu yang datang rumah @ sebagai souviner untuk doorgift tunang/kahwin/besday dan macam-macam lagi event. Ikut suka korang la kan. Bagi area Penang boleh COD je untuk ambil kueh ni. Kalau di luar Penang boleh jugak kalau nak tempah dan penghantaran akan dibuat secara pos. Apa-apa pun, korang deal je dengan Encik Syamil ye dengan nombor contact yang aku dah bagi tu. Jangan deal dengan aku pulak. Aku nak buat kueh ni pun tak reti woi! Haha.


Aku doakan semoga bisnes keluarga Encik Syamil ni akan terus berkembang maju. Biar bermula secara kecil-kecilan. InsyaAllah satu hari nanti pasti akan ada imbuhannya dan perniagaan bertambah besar. Yang penting dalam berniaga ni kena ikhlas dan jujur. Lepas tu jangan mudah give up. Yang lagi penting kena rajin promosi. Hehe. InsyaAllah. Semoga diberkati Allah hendaknya.



Bisik-bisik :: Kepada sesiapa yang berminat nak guna khidmat saya untuk promosi/iklan barangan anda boleh contact saya anytime ye. Syarat-syaratnye nanti kita deal. Mekaseh! (^_^)


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 15 January 2013

~Perjalanan Kasih Itu~



Assalamualaikum. Hai!


Alhamdulillah. Bulan ni bakal genap 3 bulan menjadi tunangan encik CH. Kejap je masa berlalu. Erm...Rasanya tak pernah lagi kot aku cerita permulaan kisah cinta aku dan encik CH dalam blog kan? Maklum la. Aku kan pemalu orangnya. Cit..pirahh! Haha. Tapi memandangkan dah tak lama lagi je dah nak tawen dengan beliau, maka aku pun dengan tebal muka nak kongsi la dengan korang kisah cinta kami walaupun malu. Wasehhh. :P


Diam tak diam, rupanya perjalanan cinta kami ni dah hampir 8 tahun terjalin. Tahun 2005 adalah detik pertemuan kami berdua.  Perkenalan bermula di dalam library di universiti tercinta UMS tempat kami sama-sama menimba ilmu. Masa tu ada group discussion untuk projek pertama subjek multimedia. Sebenarnya masa nak form group dalam kelas, aku tak kenal pun lagi ahli-ahli group yang lain. Sebabnya aku main terjah je tegur sorang budak pompuan yang duduk sebelah aku masa tu untuk join group die. Masa tu aku tak kenal sape-sape lagi dan baru nak 'buat' kawan. Hehe.


Malam masa nak meeting dengan ahli group tu la baru aku kenal siapa ahli group aku. Sebabkan aku sampai awal, maka aku kena la tunggu sorang demi sorang sampai. Beliau paling last sampai. Rupanya beliau adalah salah sorang dari group aku. Masa aku ternampak je beliau masuk library, terus rasa macam kena syot karen dan jantung ni berdegup-degup super laju. Berdebar wei! Pasal apa tak tau la. Jatuh cinta pandang pertama mungkin. Yang aku ingat, masa tu aku marah diri sendiri dan cakap kat hati "Woi! Jangan ngada-ngada la nak debar-debar. Sila fokus! Ko datang sini nak belajo bukan nak bercinta!" Monolog sendirian macam orang gila. Haha.


Lepas perjumpaan pertama tu kami saling tukar nombor phone sesama ahli group. Dan beliau yang memulakan langkah dengan send mesej kat aku. Seronok melampau jugak la aku rasa masa tu sebab dapat mesej dari beliau. Macam boleh rasa je apa yang aku rasa. Perasan tahap tertinggi. Kui3. Sepanjang nak siapkan projek multimedia tu la kami saling berhubung berbalas mesej. Pernah beliau cuba usik aku dengan guna nombor lain konon nak berkenalan. Tapi aku still boleh cam yang itu beliau sebab dah macam terbiasa dengan style mesej beliau.  Kenangan Sizuka dengan Bezita yang takkan pernah aku lupakan. Roomate aku tahu kisah ni. Hehe.


Itulah permulaan kisah kami. Sejujurnya, aku sendiri tak tahu sejak bila hati kami bertaut. Sebab kami tak pernah declare as a couple secara official macam orang lain yang siap ada tarikh anniversary. Dia pun takde propose aku bagi bunga ke candle light dinner ke cakap 'would u be my girl?' whatsoeva. Memang takde. Sendiri faham hati masing-masing. Cumanya dia pernah cakap masa awal-awal kenal, aku sudi tak jadi ibu anak-anak dia satu hari nanti. Err..itu kira macam propose ke? Haha.


Walau apa pun, tahun 2005 adalah tahun istimewa buat kami berdua. Tahun perkenalan kami. Alhamdulillah perkenalan di tahun tersebut berlanjutan sehingga kini. Dan insyaAllah hubungan kasih yang dah terjalin di antara kami akan di'halal'kan tak lama lagi. Yeay! Dah nak jadi kekasih halal buat beliau. Lama gila dah tunggu ni. Akhirnya ada sinar bahagia yang menanti berkat kesabaran aku menunggu. Ecewah. Terima kasih Allah kerana memelihara rasa kasih ini sehingga tiba saatnya. Terima kasih juga kerana melindungi kami berdua. Alhamdulillah.


Sepanjang kami ber'kawan', memang jarang ambil gambar sama-sama. Yang ada dalam simpanan aku pun sikit je. Err..dah 8 tahun kenal takde banyak gambar sama-sama. Huehuehue. Takpe la. Nak buek camno. Masing-masing tak gila bergambar. Ok. Itu tipu. Dia je tak gila bergambar. Aku 'hantu'. Haha. Tapi gambar berdua memang jarang dan tak banyak. Nanti dah kawen kami ambik gambo bebanyak ye.  Jadi inilah yang ada dalam simpanan aku yang boleh share dengan korang. Gambar dari tahun 2005-2012. Untuk 2013 tunggu kami kawen nanti la eh. :P


2005
Satu-satunya gambar yang ada pada tahun ni. Biasa la. Baru-baru lagi. Masih malu-malu nak ambil gambar sesama berkoyan-koyan. Tu la ade sekeping je. Kui3. Ni pun kawan yang tetiba nak snap rasanya. Terus posing cenggini. :P

2006
Raya sama-sama kat kampus. Masa ni pergi Jamuan Raya anjuran pihak kolej. Sedondon gitu. Tak ingat pulak kebetulan ke tidak pakai baju sedondon ni. Aiyak! Lupa la.

2007
Join pertandingan congkak masa kat kampus. Sekali kena lawan dengan beliau daa. Sempat lagi tu peace. Hoho.

2008
Surprise birthday party untuk beliau. Terima kaseh kat besfren aku dan besfren beliau yang sama-sama jayakan rancangan aku nak surprise kan beliau ni. Hehe. Tangan sape tah yang bergegor amik gambo ni. Sabo je la. (-_-")

2009
Hari bersejarah buat kami berdua. Konvo sama-sama. Sanggup extend sebab beliau extend. Sebab memang impian aku nak sama-sama naik pentas tu ambil scroll. Tapi kami extend sebab nak fokus kat final year project je sebenarnya. Subject lain dah habes ambik pun. Takde kerja betol. Haha.

2010
First time jumpa lepas dah habes belajar sebab LDR. Masa ni besday beliau kot.

2011
Erk? Kenapa Iqbal? Kenapa bukan aku? Haha. Tahun ni memang takde gambar kami berdua. Masa ni aku pergi jumpa beliau dengan adik beradik aku. Terlupa nak ambil gambar berdua. Sebab eksaited dapat jumpa walaupun sekejap. First time jumpa di tahun 2011 lepas berbulan-bulan tak jumpa. Masa ni sehari sebelum besday beliau. Pernah aku tulis kat entri ini.

2012
First time jumpa di tahun 2012 sebagai tunang. Lain sikit 'rasa' dia. Rasa macam berharga gitu. Kui3. Maklum la. Punya lama aku tunggu beliau masuk minang aku. Konon lepas belajar dan kerja setahun nak tunang. Ekeke. Tapi perancangan Allah kan lebih hebat. Alhamdulillah. Dengan izin Allah, bertunang jugak kami akhirnya. (^_^)


Itulah serba sikit kronologi kisah kami. Waseh! Siap kronologi bagai tak menahan tu. Gambar aku semua renyih tayang gigi. Haha. Yang aku perasan, beliau maintain je selim. Aku pulak makin berkembang, berkembang dan berkembang dengan jayanya. Huarghhhhhhhh. Kena gigih diet untuk mengurangkan ketumpatan isipadu tubuh badan sebab dah nak kawen tak lama lagi. Jenuh!


Dalam percintaan, mestilah ada pasang surut kan? Gaduh-gaduh manjew tu biasalah. Ombak badai yang menggoyah hubungan pun dah bermacam-macam ditempuh. Menipu sangat la kalau tak pernah. Lagi la dengan tempoh yang panjang macam ni. Lapan tahun bukan sekejap. Lama oi. Kalau awal-awal perkenalan terus kawen dah boleh dapat berduyun anak dah ni. Anak sulung pun dah darjah satu. Erk? Hehe. :P


Apa kan daya, semua ni dah ketentuan Allah. Tahun ni baru jalan buat kami terbuka luas nak mengikat ikatan suami isteri yang sah. InsyaAllah. Terima kasih kepada yang selalu doakan terbaik untuk kami. Terima kasih pada keluarga yang merestui hubungan kami. Terutamanya mak aku, ayah beliau dan ibu beliau. Kalau takde restu rasanya tak bertahan kot sampai ke hari ni. Huhu.


Aku masih ingat lagi masa awal-awal perhubungan kami, ayah beliau pernah tanya kat aku samada aku sanggup ke tidak tunggu beliau lama-lama sebab beliau ada tanggungjawab dan adik-adik masih sekolah.  Jawapannya...tentulah aku sanggup sebab aku sayang kat beliau. Tapi yang tu aku jawab dalam hati je la. Kat ayah beliau aku senyum-senyum je. Malu-malu kucing gitu nak bagitau. Kui3. Tapi betullah. Baru aku perasan. Dari adik beliau yang bongsu tu sekolah rendah sampai dah habes sekolah menengah, aku masih setia tunggu beliau. Uiyooo. Tetiba kagum dengan diri sendiri. Setia rupanya aku ni. *puji diri sendiri* Haha.


InsyaAllah. Mengikut perancangan nya dalam beberapa bulan lagi kami akan menjadi yang halal. Sedang gigih buat persiapan ni. Hujung bulan ni baru tergedik-gedik nak pergi kursus kawen. Lepas tu nak setel macam-macam lagi perkara. Aiyak! Banyaknye nak kena buat. Okeh. Memang kena mula dari sekarang. Kalau buat last minit boleh mengundang stress. Takmo takmo. Semoga Allah permudahkan dan lancarkan perancangan kami berdua. Korang doakan yang terbaek untuk kami jugak eh. Tenkiu~~~.



Bisik-bisik :: Bismillahirahmanirrahim. Semoga niat kami untuk menjadi yang halal direstui Allah. (^_^)


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 13 January 2013

~RSCD In d House..(^_^)~



Assalamualaikum. Hai!


Walaupun aku ni takde la hebat tahap super dalam design job ni, tapi alhamdulillah macam tak sangka ada jugak rezeki yang datang untuk aku. Terima kaseh pada mereka-mereka yang sudi upah aku. Nak kata dapat banyak job tu idok la jugak. Tapi boleh la walaupun sikit. Dapat la jugak duit lebihan untuk aku kumpul buat kegunaan masa nak kawen nanti. Mudah-mudahan rezeki design job ni tak kan pernah putus la. InsyaAllah.


Disebabkan hasil design pun dah ada banyak, maka aku pun bukak la satu page khas kat facebook untuk publishkan semua hasil kerja aku kat situ. Tujuannya supaya senang orang nak tengok dan rujuk. Mana tahu ada yang berminat nak tengok hasil kerja aku tapi malas nak belek satu-satu kat belog aku ni. Maklumlah kalau dah update satu entri tu panjang berjela sampai cecah lantai. Padahal nak update pasal portfolio je. Kuikuikui. Jadi nak memudahkan, maka aku wujudkan la page ni.


Jadi, buat yang suka tengok dan berminat dengan hasil kerja aku, boleh jengah-jengah ke laman fesbuk tersebut. Kelik-kelik la LIKE sama eh. Haha. Paksa orang pulak ko ni Shahada. Cepuk kang! Kalau ada yang baik hati nak share link page ni kat orang lain pun bagus jugak tu. Alhamdulillah. Semoga Allah murahkan jugak rezeki korang sebab tolong promote aku. Hehe. Inilah link page nye.


LIKE la kalau sudi. Tenkiuuuu~~~ (^_^)


Sebabkan dah macam official sikit, maka aku pun create la satu 'trademark' untuk bisnes aku ni. Tu yang macam terhasil kat bawah tu. Simple je kan? Hehe. Takpe la asalkan ada identiti sendiri. Saje aku just guna huruf RSCD tu untuk mudah ingat. RSCD stand for RSCreative Design. Sebenarnya ambil sempena nama bisnes yang aku dah daftarkan iaitu RSCreative Enterprise dengan SSM tahun lepas. Bulan dua ni cukup dah la setahun. Nak kena renew dah tu. Alhamdulillah. Tak sangka dah nak masuk setahun rupanya. Hehe.


TRADEMARK bisnes design aku. (^_^)


COVER PHOTO kat page fesbuk. (^_^)

Selama nak hampir setahun bergerak ni, income tu takde la besar mana sampai nak cecah ribu. Baru ratus-ratus je kot. Takpun ada la nak dekat seribu mungkin. Setahun baru dapat banyak tu je Cik Shahada? Sikitnye? Memang la sebab aku ambil upah pun murah je. Tak sampai hati nak kenakan cas mahal-mahal. Huhu. Takpe la sikit pun. Aku buat job ni sebab memang aku suka.


Kalau dapat lebih, aku tak belanja untuk diri sendiri je. Ada jugak hulur sikit kat pihak-pihak yang memerlukan bantuan. Itu je la yang aku mampu buat nak bantu orang. Buat job ni dan dapat upah, kendian share dengan orang sikit. Semoga ada keberkatan la dari situ. Memang niat asal buat design job ni untuk kumpul duit buat belanja majlis kawen sendiri dan bantu anak-anak yatim sebenarnya. Tapi sebab income tak besar, sikit je la dapat salurkan bantuan. Jadi la dari takde kan? Hehe.


Apa-apa pun, semoga niat dan kerja aku ni dirahmati dan diberkati Allah hendaknya. Huhu. Terima kaseh pada yang selalu support aku. Ramai jugak kawan blogger yang selalu bagi sokongan kat aku macam Kak Zura dan Mummy Suria. Depa dua orang ni memang rajin dan suka promote aku. Hehe. Tenkiu~~ Eh? Jangan lupa LIKE eh page tu kalau sudi. (^_^)


Bisik-bisik :: Alhamdulillah. Terima kasih pada Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang sebab beri aku tangan yang kreatif dan ilham.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

~PORTFOLIO :: Belog Kak Ecah~



Assalamualaikum. Hai!


Nak update lagi pasal portfolio. Maaf la berturut-turut pulak. Hehe. Kali ni portfolio untuk kakak encik CH. Sebenarnya dari bulan 2 tahun lepas lagi aku dah design belog ni. Tapi tak siap sepenuhnya. Aku tinggalkan dan hold dulu. Tapi punya la lama aku abaikan blog tu. Huhu. Sebabnya kakak encik CH pun tak update sangat tahun lepas. Tu yang aku biarkan dulu. Dok biar sekali dah nak masuk setahun daa. Jadinya aku siapkan jugak la touch up blog tu lepas siapkan blog customer sebelum ni. Hehe.


Blog ni sebenarnya encik CH yang daftarkan untuk kakak beliau. Lepas tu beliau dah malas nak tengok sebab tak tau nak design camne bagi cantik, beliau upah la cik tunang dia ni ha. Tapi masa tu tak jadi tunang lagi. Masih cik awek. Haha. Naseb baek dapat upah jugak. Dengan penuh semangatnya aku pun design la belog ni. Nak ambik hati bakal kak ipar kononnya. Tapi sekerat jalan je buatnya. Apa pun tak boleh. Kuikuikui. Yang lagi bestnya, masa aku bagi link blog ni memula dulu kat kakak encik CH, dia boleh cakap cantik masa dia tengok walaupun tak siap lagi. Hehe. Ok la. Meh tengok hasil lepas aku touch-up balik dari yang sebelumnya. Inilah hasilnya.


Capture entri pasal hari pertunangan aku dengan encik CH. Huehuehue. :P


Pakej design macam biasalah. Malas nak ulang taip dah banyak-banyak kali. Korang pun kang muntah nak baca ayat yang sama je. Haha. Kalau nak tengok lebih jelas, silalah ringankan jari kelik mouse pergi kat pautan belog ni : ISHAHCREATIVE STORE. Blog ni adalah blog peribadi+bisnes kecil-kecilan kakak encik CH. Sebab tu nama blog ni camtu. Hehe.


Nak rehat sat malam ni dari buat design. Tengah kering idea. Esok nak kerja cuci rumah pulak. 'Rumah tak siap lagi' bak kata anak sedara aku yang kiut miut si Iqbal dah siap dah sepenuhnya. Jadi esok kena gotong royong dengan mak dan kakak untuk bersihkan la. Dah nak masuk balik rumah sendiri. Yeay! I miss my home sweet home. Enam bulan wei numpang rumah orang. Seronoknya rumah dah siap. Aku dapat satu bilik. Kata kakak dengan mak, bilik bakal pengantin. Huahuahua. Nanti aku update pasal rumah yang punye la lama nak siapnye tu eh. Renovate sampai nak masuk 7 bulan. Gila betol.



Bisik-bisik :: Sesiapa yang berminat nak rasa hasil design blog dari tangan sakti aku ni jangan memalu contact eh! (^_^)


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 12 January 2013

~PORTFOLIO :: Belog Sedara Reson~



Assalamualaikum. Hai!


Hari ni nak kongsi lagi portfolio yang seterusnya. Untuk blog ni la yang aku cakap dalam entri portfolio sebelum ni aku tak puas hati dengan design yang mula-mula aku buat. Hoho. Ini yang aku dah redesign. Dah rasa puas hati. Jadi barulah nak publishkan dalam portfolio. (^_^)


Alhamdulillah. Setelah berhempas pulas cari idea camno la nak design belog Sedara Reson ni, akhirnya berjaya jugak. Tapi setelah dua kali design. Design pertama rasa macam hancus je. Design kali kedua ni aku dah rasa sedap mata nak memandang. Pada pandangan mata aku la. Harapnya pada pandangan mata orang lain pun oke jugak la. Huhu. Oh ye. Meh tengok hasil design aku untuk blog beliau. Tadaaaa.




Untuk design blog ni, beliau request nak tema hitam emas. Camna rupa bentuk yang nak terhasil, terpulang kat aku camna nak design. Jadi, itulah hasilnya. Design blog ni adalah full template dilengkapi header, footer, widget, signature, lain-lain dan belek coding. Itu pakej yang aku buat untuk design full template blog. Macam biasa la kan. Hehe. Kalau korang berminat nak tengok sendiri blog beliau, boleh la berkunjung ke blog ini di : WHITE SAPOLL.


Sebenarnya, bila nak design blog orang lelaki ni, aku rasa macam blur sikit. Haha. Sebab aku kan kalau design nak gegirl gegirl je. Tu la pasalnya. Aiyaya. Design yang pertama tu aku masih belum dapat respon dari tuan empunya blog sebenarnya. Dia pun macam tak online je. Bila aku dok bukak dahsboard blog dia untuk buat kerja design pun takde update terkini. Mungkin sebab tu dia tak respon. Jadi aku ambil kesempatan la ubah design baru. Harapnya outcome kedua ni beliau puas hati la dan respon. Sila respon ye sedara. Saya sedang tunggu ni.


Lepas entri ni, ada lagi satu entri portfolio. Blog kakak encik CH yang dah lama gila aku tangguh nak touch-up lepas design memula dulu. Kui3. Dah siap dah pun touch-up. Naseb baik la bakal kakak ipar. Dia takde komplen apa-apa pun. Lepas ni bila dia buka blog, mesti terkejut rupa blog dia dah lain. Hehe. Ni ada lagi 2 blog menanti. Malam kang la aku start design balik. Mahu mencari idea sebentar. 



Bisik-bisik :: Hari cuti pun aku kena buat kerja jugak tau. Kerja part time design ni la. :P


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 11 January 2013

~Tipu pelanggan. Tak puas hati betul!~



Assalamualaikum. Hai!


Sebenarnya cerita ni jadi hari Jumaat minggu lepas. Masa aku tengah cuti lagi. Tetiba teringat. Petang tu lepas kazen lelaki aku balik solat Jumaat, pinjam jap kereta kancil dia nak keluar dengan mak tercinta dan anak sedara tersayang. Mak ajak pergi C4 (carrefour) sebab dia nak pergi farmasi kat situ. Dah alang-alang pi masuk kat C4 tu aku pun nyinggah-nyinggah la kat bahagian wanita. Ada la 'sesuatu' yang nak dibeli. 


Dok belek-belek satu-satu jenama sekali sampai kat satu jenama ni. Memang tahu jenama tu agak mahal. Tapi bile dah belek die lipat 3 helai sekali dengan harga yang terpampang kat atas tu macam murah je, aku pun hambik la. Gila dengan harga tu dapat 3 helai. Mesti la nak. Memang konfiden 3 helai harga yang tu sebab masa belek-belek yang lain, akak tu cakap yang lain tu harga lagi mahal dan untuk sehelai. Aku pun tak belek la yang lagi 2 helai kat dalam tu.


Sekali masa bayar kat kaunter, cashier tu asingkan dan scan harga sehelai demi sehelai. What? Dah terkejut dah masa tu. Dalam hati dah rasa macam nak marah sebab rasa tertipu. Tapi 'hold' dulu. Takpe. Kita bayar. Bukan takde duit pun. Lepas dah selesai bayar, aku masuk balik pergi kat bahagian tu. Cari-cari jugak akak promoter tu. Tapi die dah takde kat situ. Tanya kat promoter yang sebelah punya jenama katanya pergi rehat. Takkan la aku nak tunggu dia habes rehat kan? Jadi aku pun 'sembur' promoter yang ada kat situ la. Haha. Sakit hati woi! Rasa macam kena tipu.


Cenggini kot expression muka aku masa tu. Gamaknye la. Haha.

Ini perbualan aku dengan promoter yang tak bersalah itu.

Aku : Nak tanya. Yang ni kira macam mana? Sehelai dengan harga ni ke atau 3 helai dengan harga ni?

Promoter : Ohh..yang ni kira sehelai harga macam ni.

Aku : Habes tu kenapa lipat sekali 3 helai macam ni? Mana boleh macam ni. Ini dikira menipu pelanggan. Pelanggan akan assume 3 helai dengan harga yang macam ni. *angkat mende tu tunjuk-tunjuk harga paling atas*

Promoter : Dia memang lipat macam tu. Kalau lipat sehelai-sehelai, nanti penat nak susun. Customer suka bagi sepah.

Aku : Tak boleh la macam ni. Kalau nak lipat 3 sekali kena la letak harga untuk 3 helai kat bahagian atas. Pelanggan akan tengok harga yang nampak paling atas sebab dah lipat 3 helai sekali. Kalau buat macam ni menipu pelanggan la.

Promoter : Err..kalau cik taknak boleh tukar kat kaunter ambik balik duit.

Aku : Bukan masalah yang itu. Bukan saya takda duit nak bayar. Tapi tak boleh buat macam ni. Tipu pelanggan namanya. Hmmm. Takpe la ye. Terima kasih.


Dah puas sembur promoter yang tak bersalah tu aku pun blah. Sian pulak kat die. Tetiba kena sembur dengan aku. Padahal yang salahnya orang lain. Hehe. Maaf lah. Memang geram sangat. Ye. Aku asyik ulang perkataan 'tipu pelanggan' tu berkali-kali sebab memang rasa tertipu sangat. Mati-mati la ingatkan ada offer untuk 3 helai harga murah macam tu. Sebab ada simbol diskaun-diskaun tu. Haissshhh..sakit hati betul rasa masa tu. Memang salah aku jugak la sebab tak belek lagi 2 helai yang kat dalam lipatan tu. Sebab konfiden habes itu harga offer. Huhu. 


Aku bukanlah berkira sangat pun. Macam aku cakap tadi. Bukan takde duit nak bayar. Cuma bila kita nampak macam ada offer, mesti la kita nak grab kan? Jadi satu je la aku nak komplen. Janganlah buat taktik cenggitu. Kalau dah lipat 3 helai sekali, sila pastikan harga yang tertera di bahagian atas adalah harga untuk 3 helai sekali. Pelanggan kalau dah nampak lipat 3 helai sekali, dorang akan ambil dan tengok harga paling atas. Takdenye nak rajin belek lagi yang kat bahagian dalam. 


Tak baik tau tipu pelanggan! You know what? Customer is always right! But in some situation only. Contohnya macam kes aku kena ni la. Hahaha. Haiiiyaaa. Itulah cerita nye pun aduhai. (-_-")



Bisik-bisik :: Pandai-pandai la korang pikir natang ape yang aku beli tu. Tak koser nak sebut. Haha.



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Thursday, 10 January 2013

~PORTFOLIO :: Belog Kak Hanim~



Assalamualaikum. Hai!


Dah lama aku senyap dari update portfolio terkini kan? Last update dalam entri [PORTFOLIO : Belog Puan Iezmierah] ni. Bulan 11 tahun lepas. Aiyoo. Lama sangat dah tu. Huhu. Job tu ada. Tapi nak buat nye tu sedikit selo melo la. Idea tak berapa nak muncul. Lepas tu sebok dengan aktiviti kehidupan seharian. Lagi satu sebab macam yang aku ceritakan kat dalam entri cincin ni. Tu yang berkurun je nak siapkannye pun. Aduhai. Maaf la buat customer yang tertunggu-tunggu.


Untuk portfolio kali ni, aku dapat job dari Kak Hanim. Sian beliau terpaksa tunggu lama. Mulanya aku janji nak publishkan wajah baru blog beliau sebelum 30 Disember sempena besday beliau. Tapi sayangnya tak kesampaian sebab minggu tu aku balik kampung encik CH kerana ada kenduri macam yang aku cerita dalam entri sebelum ni tu. Ada jugak aku cadang nak siapkan masa kat kampung. Tapi tak boleh online! Takdo line tenet langsung. Bodben aku tak dapat detect. Haha. Terpaksa la postpone. Sorry Kak Hanim.


Ok la. Meh tengok dulu screenshot wajah baru blog Kak Hanim. Aku tak amik fully. Tengah-tengah die aku cut supaya pendek sikit nak bagi korang tengok exactly wajah penuh dari kepala sampai kaki camno. Jadi badan terpaksa kerat sikit. Hehe. Dan inilah wajahnya. Retro kan? Sebab Kak Hanim request nak ala-ala cenggini sesuai dengan umur katanya. (^_^)




Amacam design kali ni? Cantik tak? Erk..terpuji diri sendiri pulak. Hehe. Mekaseh kat pengomen-pengomen tegar blog Kak Hanim yang sudi komen hasil kerja aku dalam entri Kak Hanim. Serius terharu orang cakap hasil kerja aku cantik dan kemas. Hanya ucapan terima kasih je la yang mampu diucapkan. Tenkiu semua.


Pakej design ini macam biasa la yang aku dok ulang tulis dalam semua entri portfolio. Bila baca balik post lama "Eh? Aku dah pernah tulis ayat cam gini rupanya. Sama pulak dengan entri baru." Cenggitu la aku. Tak perasan pun yang sebenarnya ayat tu sama je tak berubah-ubah. Macam copy paste pulak. Haha. Oh ye. Full template ini merangkumi header, footer, widget, signature, belek coding dan lain-lain. Berminat nak tengok belog Kak Hanim ni silalah berkunjung ke pautan ini : INILAH CERITAKU


Ada satu lagi belog yang dah siap. Tapi aku macam tak berapa nak puas hati. Rasa macam nak redesign. Tuan belog pun belum bagi respon lagi. Sebelum die bagi respon aku nak redesign balik. Hehe. Nanti aku update portfolio untuk belog tu pulak. Apa-apa pun terima kasih kat Kak Hanim sebab sudi upah aku untuk make over blog dia. Tenkiu kak! Tenkiu jugak sebab tak marah saya siapkan lambat. Seronok kerja dengan akak. Harap berpuas hati ye. (^_^)



Bisik-bisik :: Ada 2 lagi blog menanti. Dari bekas cikgu sekolah menengah dengan kawan masa sekolah rendah. Tunggu tau! Ambik masa sikit. Hehe. Terima kasih Allah untuk rezeki ini. Mudah-mudahan diberkati.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 9 January 2013

~The Wedding~



Assalamualaikum. Hai!


Selamat tahun baru 2013! Err..dah 9 hari tahun 2013 berlalu. Aku baru terhegeh nak wish. Kui3. Alaaa..bukan penting pun kan? Lagipun aku tak sambut new year new year ni. Banyak lagi mende berfaedah boleh dibuat. Apa-apa pun, semoga setiap hari kita menjadi insan yang lebih baik. Tak payah tunggu tahun baru nak berazam macam-macam. Awal tahun je semangat. Dah tengah tahun azam tah melayang ke mana. Jadi marilah kita berazam tetiap hari ye. Hehe.


Entri ni bukan nak cerita pasal tahun baru atau azam. Kita mulakan entri pertama di tahun 2013 dengan cerita kawen-kawen. Sebenarnya nak share pengalaman aku menyebok masa persiapan kenduri kawen kakak encik CH hujung tahun lalu. Ye. Aku balik kampung encik CH kat Ganu Kite tu walaupun tengah musim banjir. Hehe. Gigih tak aku? Demi encik CH tunang tercinta, sanggup aku meredah banjir. Ecewah! Padahal time on the way balik tu tak banjir pun. Cuma hujan je sepanjang perjalanan.


Sebenarnya aku dah ambil cuti dari 24hb lagi. Semangat betol! Excited nak balik kampung kononnye. Total cuti aku ambik, 9 hari. Termasuk cuti-cuti umum, jadinya 2 minggu la aku bercuti. Seronotnyee cuti panjang. Haha. Aku balik kampung dengan kakak encik CH yang kerja nurse kat Penang ni. 26hb baru kitorang bertolak balik Ganu.


Sepanjang kat kampung memang sebok setiap hari buat persediaan. Sebabnya semua urus sendiri oleh famili. Cuma part masak-masak tu orang kampung la mai rewang masak. Aku part yang masak-masak untuk kenduri tu memang la aku tak nyebok. Aku kan pemalu bila berhadapan dengan ramai orang. Toya sangat! Haha. Aku cuma nyebok kat dapur tolong adik-beradik encik CH masak untuk famili makan je. Seronok la masak sama-sama dengan adik beradik. Tambah-tambah adik beradik encik CH kan ramai. Besttt!


Selain tu, aku tolong-tolong jugak part untuk majlis kawen macam buat pelamin, doorgift, bilik pengantin, bunga telur. Banyak wei nak kena buat. Memang tak cukup tidur jugak la 2-3 hari. Tapi seronok buat kerja ramai-ramai. Hehe.


Kakak encik CH menikah malam 28hb dan esoknya 29hb majlis resepsi. 31hb pulak majlis bertandang kat rumah pengantin lelaki. Kira macam berturut-turut jugak la majlisnya. Senang buat gitu ek. Sekali harung je. Penat pun dalam 2-3 hari tu je la. Tapi sesuai untuk pengantin yang dekat-dekat la lokasinya macam kakak encik CH dengan suami. Kalau time aku dengan encik CH nanti memang tak boleh la buat gini. Jauh weiii. Jenuh!


Panjang pulak mukadimah nye. Meh layan gambar-gambar pulak. Tapi gambar yang terpilih je la eh. Takkan nak sumbat semua. Masa hari kejadian, yang jadi official photographer adalah aku dengan encik CH. Malam menikah encik CH. Hari kenduri aku pulak take over. Sampai kena tegur dengan pak sedara encik CH. "Ambik gambar orang je, gambar sendiri bila pulak?" Erk! Hehe. Sabar ye pokcik. Tahun ni gambar kami pulak. :P


Alhamdulillah. Dah sah sebagai suami isteri. Gambar lepas akad nikah.


Masa majlis resepsi. Pengantin bersama mak ayah masing-masing. Comeinye bakal ayah mentua dengan mak mentua saya senyum duduk depan pelamin. Hehe. (^_^)


Pengantin perempuan bersama adik-beradik (tak semua ada), adik sedara dan bakal adik ipar (saya la tu..huehuehue..)

Masa majlis bertandang kat rumah lelaki. Terserlah 'ketembaman' aku kat sini. Aiyooo! Semakin membulat dengan jayanya. Kena mulakan program diet ni. Wuuuu~~

Inilah bakal kakak ipar dan abang ipar saye. Kih3. *haii..lambai-lambai tangan*


Bakal pengantin 2013. InsyaAllah. Hehe. Ambik kesempatan bergambar sama-sama lepas selesai majlis nikah. Mekaseh kat adik encik CH sudi snap gambar ini. :P


Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan lancar sepanjang hari kejadian. Masa kenduri kat sebelah pengantin perempuan cuaca elok je panas sepanjang hari. Malam sebelum tu masa akad nikah pun cuaca ok takde hujan. Cuma masa kenduri sebelah pihak lelaki je hari nye hujan pulak. Takpa la. Semuanya dah selamat pun. Syukur ke hadrat Allah kerana mengizinkan semuanya berjalan seperti yang telah dirancang.


Selamat pengantin baru diucapkan kepada Zana dan Zul. Semoga rumahtangga yang baru dibina akan terus kekal harmoni sehingga ke hujung nyawa. Semoga dirahmati dan diberkati Allah juga. Semoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan bakal anak-anak yang soleh solehah sebagai penyeri rumahtangga. Semoga kasih sayang di antara kalian terus mekar dan berpanjangan sehingga ke syurga. Mudah-mudahan. InsyaAllah.



Bisik-bisik :: Menanti saat orang pulak wish kat diri sendiri "Selamat Pengantin Baru". Tapi bila tu? Tungguuuu~~ Hehe. :P


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com