MyBigDay : Single To Married 310813

Assalamualaikum. Hai!


Hampir sebulan menghilang. Kesian belog ditinggalkan sepi. Soalan-soalan dari pembaca belog kat email dan facebook pun tak terbalas-balas. Job design pun menunggu untuk disiapkan. Request design dari customer pun terpaksa dibekukan. Huishh...punya la bizi tahap gaban! Ampun semuaaaaa~~ Huhu.


Sebenarnya bukan lah hilang pergi mana pun. Tapi bizi menyiapkan macam-macam kerja kawen. Ya ampunnnn...macam-macam hal aku nak kena hadap. Proses itu proses ini dan macam-macam lagi la. Hanya Allah je yang tahu perasaan aku nak menghadap semuanya. Dan hanya Dia je yang tahu kenapa aku diduga macam tu. Pasti ada hikmah disebaliknya kan?


Biasa la tu. Rasanya semua orang pun rasa. Cuma lain-lain dugaannya. Itulah namanya dugaan nak membina masjid. Lagipun masa tempoh bertunang rasanya takde la hadapi dugaan hebat. Cuma dugaannya nak ngumpul duit dan buat persiapan nak kawen je la. Lagi satu dugaan berjauhan susah nak berjumpa dengan tunang. Eh? Itu dugaan ke? Rasanya jauh-jauh masa bertunang dan tak dapat berjumpa tu sweet moment jugak tu. Bila tiba hari bersejarah rasa macam 'ohmai berdebarnyeeeee'. Maklum jarang jumpa masa tempoh bertunang. Ewah! Hehe.




Alhamdulillah. Pada 31 OGOS 2013 tepat jam 10.59 pagi seperti yang tertulis dalam surat akuan nikah, aku telah sah menjadi yang halal buat si dia yang tercinta dengan sekali lafaz. Bersyukur tak terkata. Hati tak henti-henti berdoa dan mengucapkan syukur pada Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Alhamdulillah dipermudahkan majlis akad nikah pagi tersebut. 


Berdebarnya tak payah cakap la. Muka aku langsung tak senyum oi masa encik CH duk ngadap tok kadi. Rosak gambar. Haha. Gila tak berdebar punya la lama wei sebab pagi tu ada dua pasangan pengantin. Aku dan encik CH kena second round pulak tu. Dah la kena dengar tarbiah pasal Merdeka mula-mula. Maklum pengantin merdeka katakan. Haha.


Lepas tu ada khutbah nikah pulak. Tu lah pasalnya. Aku ni dah menggeletar seluruh badan masa tu. Dengan mengantuk nya lagi sebab tidur jam 4 pagi bangun pulak 6 pagi. Ada hal sikit berlaku malam sebelum hari nikah tu. Ting tong pale otak aku tidur tak cukup. Uhuhu.




Tapi apa-apa pun, syukur ke hadrat Allah semuanya dah selamat berlangsung. Aku dah sah jadi isteri kepada encik CH. Hoyeay! Lompat-lompat bintang. Haha. Buruk perangai. Gembira sangat oi. 8 tahun menanti saat indah ni tau.


Terima kasih Allah kerana memelihara rasa cinta, kasih, rindu dan sayang yang wujud dalam hati untuk si dia sekian lama sehingga tiba saatnya. Terima kasih juga kerana memelihara diri kami berdua sehingga kami halal buat diri masing-masing. Alhamdulillah. Nikmat Allah yang sangat berharga buat diri aku dan si dia. 


Walaupun dah 8 tahun kenal, perjalanan kami baru bermula sebenarnya. Masih jauh. Dan banyak lagi yang perlu kami belajar. Semoga akan sentiasa dipermudahkan Allah, diberi petunjuk dan bimbingan untuk kami sama-sama mengemudi bahtera rumahtangga kami dengan baik. InsyaAllah.


Semoga segala rasa cinta, kasih, sayang dan rindu ini akan terus berkekalan sehingga hujung nyawa. Semoga hubungan kami berdua juga berkekalan sehingga ke syurga Allah hendakNya. Doakan yang baik-baik untuk kami berdua eh. Terima kasih atas doa kalian semua. Hanya Allah yang mampu membalasnya.



Bisik-bisik :: Boleh kumpul pahala berganda-ganda lagi. Yeay! (^_^)

12 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Barakallah fikum! selamat pengantin baru kak ^__^

    BalasPadam
  2. tahniah shada...lama tu 8 tahun..alhmdlah..

    BalasPadam
  3. tahniah shada...moga kekal hingga ke Jannah =)

    BalasPadam
  4. tahniah..selamat pengantin baru...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah~ tahniah ya.. hehe, sweet akhirnya menjadi isteri orang.. banyakkan sabar dan tolak ansur ya.. :) semoga Allh memberkti.. amin..

    BalasPadam
  6. sweetnya...selamat pengantin baru..:)

    BalasPadam
  7. TAHNIAHHHH!!

    semoga bahagia hingga ke syurgaaa.. =)

    BalasPadam
  8. wahhhh tahniah !!!! smoga kekal smpai jannah :)

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..terima kasih semua..semoga perkahwinan ini dirahmati Allah sehingga hujung nyawa hendaknya.. (^_^)

    BalasPadam
  10. Tahniah...moga bahagia hingga taman syurga...
    suka kaler baju nikah tu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan