PORTFOLIO :: Belog Kak Hanim

Assalamualaikum. Hai!


Dah lama aku senyap dari update portfolio terkini kan? Last update dalam entri [PORTFOLIO : Belog Puan Iezmierah] ni. Bulan 11 tahun lepas. Aiyoo. Lama sangat dah tu. Huhu. Job tu ada. Tapi nak buat nye tu sedikit selo melo la. Idea tak berapa nak muncul. Lepas tu sebok dengan aktiviti kehidupan seharian. Lagi satu sebab macam yang aku ceritakan kat dalam entri cincin ni. Tu yang berkurun je nak siapkannye pun. Aduhai. Maaf la buat customer yang tertunggu-tunggu.


Untuk portfolio kali ni, aku dapat job dari Kak Hanim. Sian beliau terpaksa tunggu lama. Mulanya aku janji nak publishkan wajah baru blog beliau sebelum 30 Disember sempena besday beliau. Tapi sayangnya tak kesampaian sebab minggu tu aku balik kampung encik CH kerana ada kenduri macam yang aku cerita dalam entri sebelum ni tu. Ada jugak aku cadang nak siapkan masa kat kampung. Tapi tak boleh online! Takdo line tenet langsung. Bodben aku tak dapat detect. Haha. Terpaksa la postpone. Sorry Kak Hanim.


Ok la. Meh tengok dulu screenshot wajah baru blog Kak Hanim. Aku tak amik fully. Tengah-tengah die aku cut supaya pendek sikit nak bagi korang tengok exactly wajah penuh dari kepala sampai kaki camno. Jadi badan terpaksa kerat sikit. Hehe. Dan inilah wajahnya. Retro kan? Sebab Kak Hanim request nak ala-ala cenggini sesuai dengan umur katanya. (^_^)




Amacam design kali ni? Cantik tak? Erk..terpuji diri sendiri pulak. Hehe. Mekaseh kat pengomen-pengomen tegar blog Kak Hanim yang sudi komen hasil kerja aku dalam entri Kak Hanim. Serius terharu orang cakap hasil kerja aku cantik dan kemas. Hanya ucapan terima kasih je la yang mampu diucapkan. Tenkiu semua.


Pakej design ini macam biasa la yang aku dok ulang tulis dalam semua entri portfolio. Bila baca balik post lama "Eh? Aku dah pernah tulis ayat cam gini rupanya. Sama pulak dengan entri baru." Cenggitu la aku. Tak perasan pun yang sebenarnya ayat tu sama je tak berubah-ubah. Macam copy paste pulak. Haha. Oh ye. Full template ini merangkumi header, footer, widget, signature, belek coding dan lain-lain. Berminat nak tengok belog Kak Hanim ni silalah berkunjung ke pautan ini : INILAH CERITAKU


Ada satu lagi belog yang dah siap. Tapi aku macam tak berapa nak puas hati. Rasa macam nak redesign. Tuan belog pun belum bagi respon lagi. Sebelum die bagi respon aku nak redesign balik. Hehe. Nanti aku update portfolio untuk belog tu pulak. Apa-apa pun terima kasih kat Kak Hanim sebab sudi upah aku untuk make over blog dia. Tenkiu kak! Tenkiu jugak sebab tak marah saya siapkan lambat. Seronok kerja dengan akak. Harap berpuas hati ye. (^_^)



Bisik-bisik :: Ada 2 lagi blog menanti. Dari bekas cikgu sekolah menengah dengan kawan masa sekolah rendah. Tunggu tau! Ambik masa sikit. Hehe. Terima kasih Allah untuk rezeki ini. Mudah-mudahan diberkati.

6 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. terima kasih atas doa dan komen..=)

    BalasPadam
  2. best nya ! eh nanti nak tempah kat riesha...berapa eh ? tp nami nak simple je. cuma namee nak tiap benda kat sidebar tu ada kotak sendiri. tu je. hehe :)

    BalasPadam
  3. rasa nak jugak lahhhhh,kasi meriah sikit blog onie tu,surammmmm je,hehehe... berapa duit ?hehehe

    BalasPadam
  4. @me in LDR :: sama2..semoga dipermudahkan ye..

    BalasPadam
  5. @Namee Roslan :: hehehe..meh tempah meh..insyaAllah tak mahai..nnt namee pm la saya..:P

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan