Perjalanan Kasih Itu

Assalamualaikum. Hai!


Alhamdulillah. Bulan ni bakal genap 3 bulan menjadi tunangan encik CH. Kejap je masa berlalu. Erm...Rasanya tak pernah lagi kot aku cerita permulaan kisah cinta aku dan encik CH dalam blog kan? Maklum la. Aku kan pemalu orangnya. Cit..pirahh! Haha. Tapi memandangkan dah tak lama lagi je dah nak tawen dengan beliau, maka aku pun dengan tebal muka nak kongsi la dengan korang kisah cinta kami walaupun malu. Wasehhh. :P


Diam tak diam, rupanya perjalanan cinta kami ni dah hampir 8 tahun terjalin. Tahun 2005 adalah detik pertemuan kami berdua.  Perkenalan bermula di dalam library di universiti tercinta UMS tempat kami sama-sama menimba ilmu. Masa tu ada group discussion untuk projek pertama subjek multimedia. Sebenarnya masa nak form group dalam kelas, aku tak kenal pun lagi ahli-ahli group yang lain. Sebabnya aku main terjah je tegur sorang budak pompuan yang duduk sebelah aku masa tu untuk join group die. Masa tu aku tak kenal sape-sape lagi dan baru nak 'buat' kawan. Hehe.


Malam masa nak meeting dengan ahli group tu la baru aku kenal siapa ahli group aku. Sebabkan aku sampai awal, maka aku kena la tunggu sorang demi sorang sampai. Beliau paling last sampai. Rupanya beliau adalah salah sorang dari group aku. Masa aku ternampak je beliau masuk library, terus rasa macam kena syot karen dan jantung ni berdegup-degup super laju. Berdebar wei! Pasal apa tak tau la. Jatuh cinta pandang pertama mungkin. Yang aku ingat, masa tu aku marah diri sendiri dan cakap kat hati "Woi! Jangan ngada-ngada la nak debar-debar. Sila fokus! Ko datang sini nak belajo bukan nak bercinta!" Monolog sendirian macam orang gila. Haha.


Lepas perjumpaan pertama tu kami saling tukar nombor phone sesama ahli group. Dan beliau yang memulakan langkah dengan send mesej kat aku. Seronok melampau jugak la aku rasa masa tu sebab dapat mesej dari beliau. Macam boleh rasa je apa yang aku rasa. Perasan tahap tertinggi. Kui3. Sepanjang nak siapkan projek multimedia tu la kami saling berhubung berbalas mesej. Pernah beliau cuba usik aku dengan guna nombor lain konon nak berkenalan. Tapi aku still boleh cam yang itu beliau sebab dah macam terbiasa dengan style mesej beliau.  Kenangan Sizuka dengan Bezita yang takkan pernah aku lupakan. Roomate aku tahu kisah ni. Hehe.


Itulah permulaan kisah kami. Sejujurnya, aku sendiri tak tahu sejak bila hati kami bertaut. Sebab kami tak pernah declare as a couple secara official macam orang lain yang siap ada tarikh anniversary. Dia pun takde propose aku bagi bunga ke candle light dinner ke cakap 'would u be my girl?' whatsoeva. Memang takde. Sendiri faham hati masing-masing. Cumanya dia pernah cakap masa awal-awal kenal, aku sudi tak jadi ibu anak-anak dia satu hari nanti. Err..itu kira macam propose ke? Haha.


Walau apa pun, tahun 2005 adalah tahun istimewa buat kami berdua. Tahun perkenalan kami. Alhamdulillah perkenalan di tahun tersebut berlanjutan sehingga kini. Dan insyaAllah hubungan kasih yang dah terjalin di antara kami akan di'halal'kan tak lama lagi. Yeay! Dah nak jadi kekasih halal buat beliau. Lama gila dah tunggu ni. Akhirnya ada sinar bahagia yang menanti berkat kesabaran aku menunggu. Ecewah. Terima kasih Allah kerana memelihara rasa kasih ini sehingga tiba saatnya. Terima kasih juga kerana melindungi kami berdua. Alhamdulillah.


Sepanjang kami ber'kawan', memang jarang ambil gambar sama-sama. Yang ada dalam simpanan aku pun sikit je. Err..dah 8 tahun kenal takde banyak gambar sama-sama. Huehuehue. Takpe la. Nak buek camno. Masing-masing tak gila bergambar. Ok. Itu tipu. Dia je tak gila bergambar. Aku 'hantu'. Haha. Tapi gambar berdua memang jarang dan tak banyak. Nanti dah kawen kami ambik gambo bebanyak ye.  Jadi inilah yang ada dalam simpanan aku yang boleh share dengan korang. Gambar dari tahun 2005-2012. Untuk 2013 tunggu kami kawen nanti la eh. :P


2005
Satu-satunya gambar yang ada pada tahun ni. Biasa la. Baru-baru lagi. Masih malu-malu nak ambil gambar sesama berkoyan-koyan. Tu la ade sekeping je. Kui3. Ni pun kawan yang tetiba nak snap rasanya. Terus posing cenggini. :P

2006
Raya sama-sama kat kampus. Masa ni pergi Jamuan Raya anjuran pihak kolej. Sedondon gitu. Tak ingat pulak kebetulan ke tidak pakai baju sedondon ni. Aiyak! Lupa la.

2007
Join pertandingan congkak masa kat kampus. Sekali kena lawan dengan beliau daa. Sempat lagi tu peace. Hoho.

2008
Surprise birthday party untuk beliau. Terima kaseh kat besfren aku dan besfren beliau yang sama-sama jayakan rancangan aku nak surprise kan beliau ni. Hehe. Tangan sape tah yang bergegor amik gambo ni. Sabo je la. (-_-")

2009
Hari bersejarah buat kami berdua. Konvo sama-sama. Sanggup extend sebab beliau extend. Sebab memang impian aku nak sama-sama naik pentas tu ambil scroll. Tapi kami extend sebab nak fokus kat final year project je sebenarnya. Subject lain dah habes ambik pun. Takde kerja betol. Haha.

2010
First time jumpa lepas dah habes belajar sebab LDR. Masa ni besday beliau kot.

2011
Erk? Kenapa Iqbal? Kenapa bukan aku? Haha. Tahun ni memang takde gambar kami berdua. Masa ni aku pergi jumpa beliau dengan adik beradik aku. Terlupa nak ambil gambar berdua. Sebab eksaited dapat jumpa walaupun sekejap. First time jumpa di tahun 2011 lepas berbulan-bulan tak jumpa. Masa ni sehari sebelum besday beliau. Pernah aku tulis kat entri ini.

2012
First time jumpa di tahun 2012 sebagai tunang. Lain sikit 'rasa' dia. Rasa macam berharga gitu. Kui3. Maklum la. Punya lama aku tunggu beliau masuk minang aku. Konon lepas belajar dan kerja setahun nak tunang. Ekeke. Tapi perancangan Allah kan lebih hebat. Alhamdulillah. Dengan izin Allah, bertunang jugak kami akhirnya. (^_^)


Itulah serba sikit kronologi kisah kami. Waseh! Siap kronologi bagai tak menahan tu. Gambar aku semua renyih tayang gigi. Haha. Yang aku perasan, beliau maintain je selim. Aku pulak makin berkembang, berkembang dan berkembang dengan jayanya. Huarghhhhhhhh. Kena gigih diet untuk mengurangkan ketumpatan isipadu tubuh badan sebab dah nak kawen tak lama lagi. Jenuh!


Dalam percintaan, mestilah ada pasang surut kan? Gaduh-gaduh manjew tu biasalah. Ombak badai yang menggoyah hubungan pun dah bermacam-macam ditempuh. Menipu sangat la kalau tak pernah. Lagi la dengan tempoh yang panjang macam ni. Lapan tahun bukan sekejap. Lama oi. Kalau awal-awal perkenalan terus kawen dah boleh dapat berduyun anak dah ni. Anak sulung pun dah darjah satu. Erk? Hehe. :P


Apa kan daya, semua ni dah ketentuan Allah. Tahun ni baru jalan buat kami terbuka luas nak mengikat ikatan suami isteri yang sah. InsyaAllah. Terima kasih kepada yang selalu doakan terbaik untuk kami. Terima kasih pada keluarga yang merestui hubungan kami. Terutamanya mak aku, ayah beliau dan ibu beliau. Kalau takde restu rasanya tak bertahan kot sampai ke hari ni. Huhu.


Aku masih ingat lagi masa awal-awal perhubungan kami, ayah beliau pernah tanya kat aku samada aku sanggup ke tidak tunggu beliau lama-lama sebab beliau ada tanggungjawab dan adik-adik masih sekolah.  Jawapannya...tentulah aku sanggup sebab aku sayang kat beliau. Tapi yang tu aku jawab dalam hati je la. Kat ayah beliau aku senyum-senyum je. Malu-malu kucing gitu nak bagitau. Kui3. Tapi betullah. Baru aku perasan. Dari adik beliau yang bongsu tu sekolah rendah sampai dah habes sekolah menengah, aku masih setia tunggu beliau. Uiyooo. Tetiba kagum dengan diri sendiri. Setia rupanya aku ni. *puji diri sendiri* Haha.


InsyaAllah. Mengikut perancangan nya dalam beberapa bulan lagi kami akan menjadi yang halal. Sedang gigih buat persiapan ni. Hujung bulan ni baru tergedik-gedik nak pergi kursus kawen. Lepas tu nak setel macam-macam lagi perkara. Aiyak! Banyaknye nak kena buat. Okeh. Memang kena mula dari sekarang. Kalau buat last minit boleh mengundang stress. Takmo takmo. Semoga Allah permudahkan dan lancarkan perancangan kami berdua. Korang doakan yang terbaek untuk kami jugak eh. Tenkiu~~~.



Bisik-bisik :: Bismillahirahmanirrahim. Semoga niat kami untuk menjadi yang halal direstui Allah. (^_^)

21 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. woowwww nampak kurus banyak lah hehe..apa pun tahniah atas pertunangan..cepat2 kawin..tunang ni byk dugaannya

    BalasPadam
  2. wahhhh lamanya. usah ditunggu lagi. cepat2 kahwin ! hehe. riesha comelnya !!!

    BalasPadam
  3. tips x stress menjelang nak kawen, tak payah pening kepala sgt nak pikir majlis gedebuk gedebak.. buat apa adanya & seadanya.. tips ni saya guna masa nak kawen sbb kami decide nak kawen sebulan sblm kawen. sebulan bayangkan apa yg sempat prepared?? Tp kami buat je apa yg patut & sempat.. Sy pun tak tau bila declare couple sbb sblm kapel kita kawan2 jer.. serius x smpai setahun lepas tu kawen je. jd aniversary yg kami ada cuma tarikh nikah je la.. tarikh kenal tu x tau tp tarikh kali pertama mata bertentang mata sy igt sbb ms tu hr 1st sy kt opis baru.. 2 march 2009.. masa tu 1st meeting sy dgn bos & staff2 kt situ..masa tu jugak asben pandang kita x kelip mata.. dan 28 april 2010 kita kawen.. 20 aug 2011 lala keluar.. amboi jd 1 entri la komen kita kat sini.. hahahaha

    BalasPadam
  4. Wahhh. Lama gilaaa akak dengan diaaa! Bagi semangat ni! Hehe. Kawen jgn lupa jemput syaz *tetiba*

    :)

    BalasPadam
  5. woww, tahniah lah sebab bf awak handsome. wait wait, tu bf ke suami? hehe :)

    Jk jk, BW here,dear :)

    BalasPadam
  6. @Kumbang Jingga :: ko perli aku ke? hahaha..kurus hape ke menda nya..

    terima kaseh..semoga Allah melindungi kami berdua..

    insyaAllah lagi beberapa bulan nak kawen nye..kursus pun tak pi lagi ni..kui3..

    BalasPadam
  7. @kartikel.com :: terima kaseh..insyaAllah..semoga Allah beri jalan..(^_^)

    BalasPadam
  8. @Namee Roslan :: hehe..tu la..lama betoi..insyaAllah..nnt sampai masa saya jemput namee..comel ke? comot ada la kot..hehe..:P

    BalasPadam
  9. @THE LEKAT LEKIT STORY :: hehe..mekaseh mummy beri tips..tapi mmg tak fikir pun majlis nak buat beso2..cuma fikir pasal prosesnye tu..banyak jugak saya nak kena setel..bab wali terutamanya..sebab mmg takde wali..kena pohon wali kat mahkamah..huhu..

    wahhh..comelnye kisah mummy..hehe..mesti masa tu hubby mummy dok aim nak tackle mummy..tu mata tak kelip2 memandang tu..:P

    BalasPadam
  10. @Syazana Nazri :: Lama eh? hehe..mekaseh bagi semangat..insyaAllah..nnt akak jemput ye..^_^

    BalasPadam
  11. @Miss A :: bukan bf..bukan suami..tapi tunang dan bakal suami..hehe..:P

    tenkiu sebab sudi singgah kat sini..

    BalasPadam
  12. @Shahada Fauzi kalau gaya camtu bkn nk perasan la tp memang tau dia nak ngorat. dia penah ckp.. masa tu dh terdetik dlm hati dia, yg sy ni mesti akan jd makwe dia. Sy lak ms tu x terdetik & terfikir lngsg nk kapel apatah lg kawen dgn dia. Yg ada menyampah.. yelah, pandang2 mcm tu. rasa nak cocok je bijik mata. Tp dh tertulis perjalanan & jodoh kami.. Tak sangka dr usya2 tak kelip mata tu.. skrg dh ada lala pun. Yg sblm ni semua x jd.. last kapel tu 3 thn jugak.. tp xde jodoh la kan?? jodoh nk dgn org yg x lama pulak kita kapel.. hope jodoh ni berpanjangan. Op's kalau nak budget cr brg2 kawen maiden ler... hahaha. kita dulu last minute prepared cr kt maiden jer. semua ready made

    BalasPadam
  13. Selalunya orang yang bersabar pasti ada bahagia yang menanti

    ;)

    BalasPadam
  14. Insyaallah...moga semua dipermudahkan...

    BalasPadam
  15. SETTLEKAN CEPAT2 SHA..NTI XDELAH PENING KEPALA...

    BalasPadam
  16. gambar tu kan sha, makin lama makin tembam, efek kamera ke mcm mana?

    BalasPadam
  17. @THE LEKAT LEKIT STORY :: hehe..sweet je kisah mummy..naseb baek mummy tak cocok mata hubby tu..kalau tak jadi kasem selamat le die..:P

    alhamdulillah..akhirnya dah nak masuk 3 tahun dah usia perkahwinan mummy dengan hubby kan? insyaAllah semoga berkekalan sehingga ke syurga hendaknya..

    barang kawen saye dah beli dah sikit2 sejak awal tahun lepas lagi..memang tak risau dah bab tu..kih3..

    yg risau skang ni dgn prosuder tu la..macam saya cakap dalam komen ari tu..kena naik mahkamah untuk pohon wali..maklum le anak yatim dan takde waris yang boleh jadi wali..wuuuu..

    BalasPadam
  18. @GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr :: alhamdulillah..semoga bahagia terus menjadi milik saya, anyss dan semua..hehe..insyaAllah..aminn..

    BalasPadam
  19. @Z@i Z@mR33 :: aminnn..terima kasih kak zai..(^_^)

    BalasPadam
  20. @Zura Zue :: ye kak..tu la..tapi kursus kawen pun sha tak pi lagi ni ha...hahaha..

    BalasPadam
  21. @zulfikar hazri :: woi! sensitip dengar word tu..ahahahaha..

    berkias betol ko perli aku eh..hahaha..realitinya itulahnye pun..aku makin tembam! (-_-")

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan