Komen 'Sweet-sweet' Dari Anon

Assalamualaikum. Hai!


Kebelakangan ni kan, aku selalu je dapat komen dari anon-anon yang sangatlah sweet talker. Kekadang macam lawak je baca komen dari dorang tu. Dah la sebarangan je komen nye kat entri-entri aku. Lepas tu langsung tak berkaitan dengan isi-isi entri. Entah dari celah mana dorang datang lepas tu tersesat kat blog ni tak tahu la. Menyemak sangat. Rasa macam nak cepuk-cepuk je. Haha.


Ini adalah sebahagian komen-komen sweet dari dorang. Memang sweet sesangat. Kekadang ada la jugak rasa terharunye. Meh usha meh!

It is not my first time to visit this web page, i am browsing this web page daily and take good data from here daily.

I used to be able to find good advice from your articles.

Μy brother ѕuggеsted I mіght like this wеb site. He waѕ once totally right. Τhis put up truly mаdе my dаy. You сann't consider just how a lot time I had spent for this information! Thank you!

Ѕpot on with this write-up, I honestly belіeve this amazing site needs a great dеal mοre attentіon. І'll probably be back again to see more, thanks for the information!

Hеllo, yes thiѕ агtiсle is reallу nice anԁ I hаve learned lοt of things from it about blogging. thanks.

Hi mу loved one! I want to ѕay that this post is awesome, nice ωritten anԁ incluԁe аlmоst all sіgnificant infos. I'd like to see extra posts like this.

I am actuallу pleased to rеad this ωeb sіte posts whiсh incluԁes tons οf useful infοrmation, thankѕ foг ргоviԁing ѕuch information.

Wow, amаzing blοg layout! How long have yоu beеn blogging for? you maԁe blogging look easу. The ovеrall look οf youг wеbsite is excellent, аs well аs the content!

Great site you have here.. It's hard to find quality writing like yours nowadays. I truly appreciate individuals like you! Take care!!

You ought to take part in a contest for one of the best sites on the net. I'm going to recommend this blog!

I do not even κnow hoω Ι ended up here, but I thought thіs pоst was great. Ι do not knoω who you are but definitеlу you're going to a famous blogger if you are not already ;) 


Itulah antaranya dari beratus-ratus. Cukup la share sikit je. Semua pakat speaking you. Yang paling tak tahan tu, 3 komen yang last tu. Melambung-lambung puji aku. Kemain lagi tau! Terharu betoi dibuatnya. Ada jugak yang sudi kata PENULISAN AKU BERKUALITI. Siap nak rekomen masuk kontes sebagai BEST SITES ON THE NET lagi tu. Pehtu wish aku JADI PEMES BLOGGER. Kah kah kah. Lawak betoi rasa.


GOOGLE search image. :P

Err..jangan salah sangka. Aku bukanlah blogger famos amos sampai berduyun anon nak singgah blog aku membaca dan tinggalkan komen ye. Kuikuikui. Gimik je lebih. Sebenarnya, komen-komen yang aku dapat ni adalah dari anon-anon  yang tak dikenali dan tak tahu dari ceruk mana dorang datang bersama dengan link-link yang merepek meraban. Inilah yang dinamakan SPAM! Haaa..serius. Kebelakangan ni memang banyak sangat dapat komen spam ni. Berduyun-duyun masuk. Tensen. (-_-")


Mujurlah aku set komen-komen yang masuk kat blog aku ni perlu di 'filter' terlebih dahulu. Jadi boleh la aku pantau mana-mana komen yang spam tu. Sebab kadang-kadang die tak masuk kat bahagian SPAM COMMENT tapi sekali beratur dengan komen-komen dari member blogger yang belum aku publish. Sakit hati betoi. Tu ada agenda tersembunyi nak menjahanamkan blog aku dengan link-link yang merapu tu la tu. Ceh! Belasah jugak dorang ni kang. Huh!


Rasanya blogger lain pun mesti pernah jugak kena macam aku ni kan? Jadinya aku nak rekemen, kalau boleh bahagian komen tu korang set la untuk pantau/review terlebih dahulu sebelum publish. Lebih selamat. Takde la spam sesuka hati je berlegar-legar kat blog korang nanti disebabkan korang allowed komen tu publish secara otomatik kat blog. Bahaya oi. Tu yang kekadang blog boleh kena suspek ada spam tetiba. Inilah salah satu puncanya. Dapat komen merapu yang disertakan dengan link spam. Kedengki betol! 


Jadi itulah tips yang aku nak share untuk hari ni. Sila check setting untuk komen kat blog memasing ye. Apa-apa pun, aku nak berterima kasih la kat anon-anon yang bagi komen sweet-sweet itu. Terharu sangat! Haha.


Bisik-bisik :: Baru-baru ni ramai blogger yang tetibe blog dorang kena remove tanpa notis dan dapat emel pemberitahuan kan? Tahu-tahu je dah hilang. Kesian. Jahat jugak blogger.com ni. Hish! Tak baik tau...(-_-")

15 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Tahu takpe Cik Sha. Sebab tu kena wat approval comment. Banyak sangat spam yang masuk. Ini yang buat google remove blog2 ni semua. Saya pernah kena dulu. Lepas saya dapatkan semula blog, saya terus buat comment approval.

    BalasPadam
  2. kak pun selalu dapat shahada. kak tak layan, delete je. kak takut bila buka depa hantar virus..tak pasal2..

    BalasPadam
  3. Awww famous amos nye byk cik anon komen. hewheww. kite tak penah kena pulak lagi >.<

    BalasPadam
  4. @FarhanaDr :: tu la kan Doc Hana..penting untuk kite set comment approval tu..kalau tak jadi mcm yang Doc Hana kena tu kan?

    BalasPadam
  5. @ANIM :: akak pun selalu eh? saya pun takut jugak nak bukak dan approved komen macam tu..bahaya je..selalu memang virus tu kak..

    BalasPadam
  6. @alia azmi :: awww! pemes sangat! kui3..

    waaahhh..untung la kamu tak pernah kena..

    BalasPadam
  7. selalu dapat.. saya pun memang tak auto publish.. bkn sebab takut komen kritikkan membunuh tp sebab komen2 spam mcm ni la. setakat nak kutuk tahap puaka tu.. den approve jer.

    BalasPadam
  8. lately nie mmg byk komen cm tue...akak delete je terus..

    BalasPadam
  9. hahahahah! kak sha! same lah..spam suka merpermainkan perasaan i tauu!!!

    BalasPadam
  10. @Asfan Ash :: aku buat semua komen yang masuk aku kena approved dulu untuk publish..sonang..kui3..

    BalasPadam
  11. @THE LEKAT LEKIT STORY :: tu la kan mummy..setakat kena kutuk ape ade hal..ecewah..kui3..

    BalasPadam
  12. @Zura Zue :: tu la kan kak..berlambak sekarang ni..saye pun delete je terus..

    BalasPadam
  13. @Cik Nathrah :: kannnnnnnn? hahahaha.. kekadang seronot jugak kena puji2..tapi hampeh je rupanya spam..ceh!

    BalasPadam
  14. banyak sangat spam nya pun !! siapa punya kerja lah tu. nak spam pun panjang melebar gitu plak. hehe. namee kalau comment mesti nak monitor dulu. kalau tak, entah apa2 lah yang datang comment. hehe

    BalasPadam
  15. @Namee Roslan :: hehehe..tu la..banyak betul..dah la berjela2..tah malaun mane punye kerja tah..saya pun monitor jugak dulu komen yg masuk..risau dpt spam je nnt tak pasal2 blog ade malware..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan