Sunday, 17 June 2012

~Selamat Pengantin Baru Sahabat!~



Assalamualaikum. Hai!


Sedang merasa sangat bersalah dengan besfren aku, encik Amir sebab diri ini gagal menghadirkan diri ke majlis perkahwinan beliau semalam. Alahai. Camne la nak tebus balik rasa bersalah ni ye? Kompom beliau merajuk jap dengan aku sebab tengah malam lepas kenduri pun sempat lagi send mesej "SAMPAI HATI" kat aku. Uhuk!


Jadi entri kali ni ditulis khas untuk beliau dan isteri. Sebagai tanda mohon kemaafan dari hati tulus aku ni. Mintak maaf la sangat-sangat wahai encik Amir. Bukan sengaja tak nak pergi. Memang ada hal yang tak boleh nak dielakkan. Kena jumpa contractor yang sedang renovate rumah dan pergi survey kedai yang die cadangkan untuk deco rumah. Lepas tu kena ikut kakak as my WP pergi cari kain untuk baju 'ehem'. Memang tak sempat nak melarikan diri sekejap untuk memunculkan diri kat majlis hang. Sori sangat-sangat-sangat-sangat. My false! T_T


Hari kenduri sebelah isteri hang pun aku tak dapat nak hadir walaupun hang ajak singgah masa aku turun Shah Alam hari tu. Sori sangat. Masa tu memang kompom tak dapat pergi. Lagipun mana la aku tau jalan nak pergi sana. Kad kahwen pun hang tak kasik kat aku. Apa da. Ehehe. Turun sana pun sebab kebetulan ikut kazen aku pergi event Digi WWWOW Awards tu. Lepas tu menumpang rumah adik dan pinjam kereta die dan die sebagai driver pulak. Segan la sikit nak menyusahkan orang walaupun adik beradik. Huhu. Sorry again.


Cilok gambar dari OP Wedding hang. Ain cantik sangat! (^_^)
~Ada yang berminat nak hire Sam Rais Photography ni? Gambar-gambar beliau capture memang nice. Sila lah jenguk fesbuk beliau ini.~


Nanti ada peluang marilah kite berjumpa ye. Aku teringin sangat nak berkenalan dengan isteri hang. Gadis yang dah berjaya curik hati dan pandangan mata keranjang hang itu. Hehe. Janji nak kenalkan tapi sampai sekarang ni tak kenalkan lagi. Masa kenduri mana sempat nak berkenalan. Ecewah. Ayat nak cover salah diri sendiri sebab tak mampu tunai janji pergi kenduri hang. Jangan marah. Nanti kite jumpe oke? Nak tebus salah aku dengan hang dan isteri.


Maafkan aku eh? Lagipun gambar kawen hangpa berdua retis sangat hokay. Pose macam model profesional gitu. Sweet sangat. Terpancar kebahagiaan kat wajah hangpa berdua. Aku tahu besfren aku ni pun bahagia sangat dapat isteri yang cantik dan baik macam Ain. Muka berseri-seri. Aku layan gambaq hangpa je la eh sebab tak dapat tengok secara live kecantikan dan kehenseman hangpa berdua masa hari bahagia tersebut. 


Maaf sekali lagi dan lagi dan lagi. Aku tak kan henti-henti mintak maaf selagi hang tak cakap hang maafkan aku. Sorry. Hadui. Memang rasa bersalah menggunung tinggi yang amat sangat sebab hang satu-satunya besfren aku yang aku gagal hadir masa hari bahagia. Memang tak dapat nak elak bile hal berkaitan dengan family ni. Maaf sesangat. T_T


Walaupun tak dapat menghadirkan diri, tapi doa aku sentiasa mengiringi hang dan isteri. Semoga kalian berdua berbahagia sehingga ke hujung nyawa dan perkahwinan yang dibina berkekalan serta sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. Dan semoga hangpa dikurniakan bakal anak-anak yang soleh solehah sebagai penyeri rumahtangga. Hanya itu je yang mampu aku hulurkan sebagai tanda persahabatan kita. Hadiah nanti aku kasi kat hangpa berdua. Err..Nanti kenduri aku hang jangan pulak balas dendam tak mai eh? Tak baek tau dendam-dendam. ;p



Bisik-bisik :: SELAMAT PENGANTIN BARU buat sahabatku Amir Fahmi dan isterinya yang tercinta Nurul 'Ain. (^_^)



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 15 June 2012

~Nasib Kucing Terbiar Yang Sudah Terbela~



Assalamualaikum. Hai!


Lama tak menulis pasal kucing. Hari ni rasa nak menulis pasal kucing pulak la. Tajuk entri di atas adalah kesinambungan dari kisah kucing terbiar yang pernah aku kutip satu masa dulu. Memang nasib beliau dah terbela sangat dah sekarang ni ha. Badan besar kemaen. Dah jadi seekor kucing jantan dewasa. Nak merogol mana-mana kucing betina yang masih dara atau bukan dara yang beliau berkenan memang boleh sangat dah. Tapi sampai sekarang beliau masih lagi teruna. Hehe.


Err..bukan tak nak bagi Aboi keluar rumah dan mencari mangsa rogol. Tak bermaksud pun nak sekat nafsu dia. Tapi disebabkan keadaan mata dia itulah yang menyebabkan aku tak berani nak bagi die keluar merayau. Bimbang sangat-sangat. Sebab pernah sekali tu aku balik kerja, aku lepas dia main kat luar kejap. Konon nak tengok dia boleh bawak diri ke tidak dengan keadaan penglihatan dia tu. Sementara tu aku nak solat Asar la. Tapi tak sempat aku nak solat, mak tercinta dah menjerit-jerit panggil aku. Rupanya Aboi dah selamat terjatuh dalam longkang. Mengiau dengan kuat sebab nak naek balik tak reti dan tak nampak. Haishh. Jadi, camne la aku tak bimbang kan?


~Tidur pesyen meniarap~


Buat yang tak tahu, Aboi ni dalam kategori kucing kurang upaya. KKU tau, bukan OKU. Hehe. Die kekurangan upaya dari segi penglihatan. Memang die nampak. Tapi rasanye kabur-kabur dan kurang jelas. Anak mata dia dipenuhi dengan lapisan selaput putih. Jadi penglihatan dia agak terhad. Pernah rasa nak bawak die pergi bedah mata die tu. Tapi ade ke eh pembedahan mata untuk kucing? Kalau ada pun aku tak sanggup kot nak tengok die kena bedah mata. Kot nye jadi buta terus tak nampak lagi sedih. Huhu.


Jadi, cadangnye nanti aku nak bawak die pergi kasi je kot. Terpaksa la buat macam tu untuk kawal nafsu die. Nak bagi die rogol si Cik'ah, tapi si betina tu eksyen kemaen. Ade ke die pergi tampo Aboi bila Aboi datang cium dia. Mentang-mentang la Aboi mata tak berapa nak nampak. Tapi Aboi ensem ape? Huh! Berlagak nau Cik'ah tu. Sabar je la.


~Tidur pesyen kuak lentang~


Oh ye! Kalau korang nak tahu, Aboi ni ada kecacatan tulang belakang jugak tau. Tulang belakang tak lurus. Sebab tu die suka tidur fesyen kuak lentang dan meniarap macam dalam gambar di atas. Mungkin dia selesa tidur cenggitu gamaknye. Memang itu fesyen die tidur. Tak pernah ada gaya lain. Doktor haiwan yang rawat kucing adik aku yang bagi info ni sebab kucing adik aku pun suka tidur fesyen gitu. Tapi comel je kucing tidur macam tu kan?


Lagi satu perangai si Aboi ni, kalau die tak puas hati kan, die suka kentut dan melepaskan bau yang sangat la busuk kemaen. Serius. Macam menatang skunk yang ekor die boleh kuarkan bau busuk tu. Sabo je la. Agaknye ada kacukan skunk kot si Aboi ni. Pelik gak aku. Camne la die boleh ade kebolehan mengeluarkan bau busuk tu kalau tak puas hati. Hehe. Pelik beno kucing aku ni. Macam alien pulak.


~Anak sedara den yang dah terikut perangai den. Kih3.~


Tapi die sangat manja. Itu yang buat aku bertambah sayang kat die. Suka menyondol dan menjilat-jilat tangan aku. Tu tandanye nak mintak kena usap dan garu-garu bawah tengkuk die la tu. Mengade sikit die ni. Dan aku ade tebiat suka kiss mulut die. Macam gambar anak sedara aku yang tengah kiss Aboi seperti di atas tu. Kih3. Takpe. Die bersih oke. Hari-hari aku korek hidung dengan buang taek mata die. Mak pun selalu basuh bulu die sebab die suka tidur dengan mak. Mak duk marah-marah die pun die suka nempek kat mak.


Aku kalau nak pegi mana-mana kan, memang risau memikirkan siapa la nak tolong jaga Aboi aku ni. Dan sudah tentulah mak tercinta yang akan jadi mangsa untuk tolong aku jaga Aboi. Walaupun mak akan berleter bagaikan machine gun, konon taknak bagi makan la, taknak tengok la, nak buang la. Tapi die tetap akan jaga jugak. Kih3. Sayang mak lebih-lebih.


Itulah kisah si Aboi, kucing terbiar yang pernah aku kutip dulu. Mak dah warning, kalau aku kawen nanti Aboi dengan Cik'ah aku kena usung sekali kalau aku pindah ikut suami. Halamak! Tapi memang aku nak usung pun. Sayang kot kat menatang kucing 2 ekor tu. Dari deme kecik aku bela. Dah mintak izin kat encik CH dah. Nasib baek la beliau bagi aku usung. Woohoo! Mekaseh sayam. Awok bela lembu, saye bela kucen. Lembu awok wi duit, kucen saye abeskan duit. Ngam la tu kan? Haha.



Bisik-bisik :: Macam teringin je nak buka nursery untuk kucing. InsyaAllah satu hari nanti kalau ade rezeki lebih. (^_^)


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Monday, 11 June 2012

~Pengalaman pergi Digi WWWOW Awards 2012.~



Assalamualaikum. Hai!


Rasa macam mimpi je. Hari Sabtu ada kat Putrajaya, tetibe dah ade kat Penang dan datang bekerja hari ni. Err. Sekarang waktu kerja tapi nak curi tulang update belog jap sebab kat rumah tak sempat nak update memandangkan rumah dah macam kena ombak tsunami pecah sana sini. Nak tido pun ibarat merempat di dalam rumah sendiri. Sebenarnye rumah tengah ada renovation. Jadi memang tak nyempat la nak berblogging. Bilik pun takdo. *alasan kukuh untuk curik tulang..hehe..*


Oh. Untuk pengetahuan korang, hari Sabtu lalu (9 Jun) aku pergi Kolumpo temankan adik lelaki tersayang ke majlis DiGi WWWOW Awards 2012 kat Shah Alam. Adik aku tercalon dalam Top 5 Finalist dalam kategori MalaysiaKini : Photojournalist of the Year. Bukan kategori belog yang banyak sangat kontroversi katanye sebab blogger-blogger yang femes tak menang dan tercalon pun sebagai Top 5 finalist. Tapi aku pun macam terkujat la jugak masa announce Top 5 untuk kategori belog sebab sorang pun aku tak kenal dan tak pernah dengar. Kih3.


Lagipun memang aku tak ambil tahu pun pasal award ni sejak diperkenalkan tahun lepas. Lagi la nak masuk bertanding dengan belog tak semenggah aku yang entri banyak membebel dan berjela-jela je sampai orang nak baca pun muntah. Memang harapan la. Harapan, harapan menjadi layu. Tetiba nyanyi lagu tema Seindah Sakura. Haha. Aku bukan blogger pemes apatah lagi cun nak dapat vote bertubi-tubi kalau aku masuk bertanding. *mode sedar diri..;p*


Masa Event. Baru masuk hall dan orang tak ramai lagi yang hadir.


Kiri : My Lovely Adik. Kanan : Kakak die yang super cute. Kih3.
Adik lagi sorang yang ikut support takmo bergambar. Biarkan die. Hehe.



Memang satu pengalaman yang baru la dapat pergi event camtu. Mujur la adik aku tercalon. Kalau tak, memang tak merasa la nak pergi. Nampak la jugak blogger-blogger pemes dan artis-artis. Tengok dari jauh je. Memang idok la aku nak tegur. Saya gadis pemalu hokay. Tapi kitorang dapat seat belakang artis, orang-orang kuat yang sponsor award dan blogger-blogger pemes. Duduk seat selang 2 barisan je dari Maria Elena dan Hanis Zalikha tau. Tapi takde la aku nak terhegeh-hegeh pergi tegur dan amik gambo. Memang bukan aku la tu. Takat ushar je la. Hehe. *padahal segan kot nak tegur blogger pemes*


Apa pun, keputusan pemenang dah diumumkan malam tu. Walaupun agak ramai yang merungut dan tak berpuas hati, terutamanya dalam kategori blog. Tapi apakan daya dan apa nak dikata. Yang menang dah pun dapat hadiah. Redha je la. Mungkin bukan rezeki. Adik aku pun tak menang. Tapi takpe la. Itu satu pengalaman buat dia. Bertanding dengan photographer yang memang dah otai-otai dalam bidang fotografi. Itu kira satu bonus buat dia sebab tercalon sebagai Top 5 Finalist. Boleh masuk dalam portfolio dah. Good effort adik! Nanti cuba lagi oke!


Sayangnya, kitorang adik beradik tak puas hati sebab pihak penganjur tayangkan gambar yang salah masa dalam tayangan montaj. Ada ke patut? Tak semak dulu ke? Haish. Ada ke letak gambo adik aku dalam montaj. Bukan gambo yang die hantar untuk pertandingan. Glemer adik aku muke die beso gedabak terpampang kat skrin depan. Haha. 



Gambar adik aku terpampang besar kat screen. Montaj hancus! Tapi takpe. Adik saye yang ensem glemer buat seketika. Hehe.



Gambar sebenar yang adik aku pertandingkan. Die memang suka amik gambar street photo. 
Nak tengok yang lain sila pergi ke link fesbuk beliau ini.


Tapi, aku rasa memang banyak kureng la event ni hari tu. Kerusi tak banyak disediakan. Kitorang ni naik turun la dari bawah ke dewan tempat event berlangsung. Kat luar dewan takde sedia kerusi pun untuk orang yang hadir awal untuk duduk-duduk dan lepak sementara tunggu event start dan boleh masuk dewan. Yang ada booth-booth jualan je. Nak lepak kat tembok tepi pintu masuk hall memang idok la sebab ramai orang smoking kat situ. I don't like it! Lastly, aku dengan adik merempat tepi tembok kat area parking bawah menunggu event nak start.


Pastu kitorang kebulur. Nak pergi amik makanan pun macam was-was sebab nampak macam jualan makanan je bukan bagi free untuk tetamu yang hadir. Serius aku ingat dorang jual makanan kat situ. Haha. Dah masuk dewan, majlis start lambat pulak. Ingatkan punctual sebab yang selalu tak punctual ni majlis gomen je. Kih3. Apa-apa je la. Semoga dorang punye event manager study dari kesilapan yang berlaku masa event tu dan tak berlaku lagi perkara yang sama untuk event pada tahun akan-akan datang.


Walaupun begitu, saya bangga dengan pencapaian adik saya. Semoga beliau terus sukses pada masa-masa akan datang. I love u lah adik! Jangan putus asa oke. Banyak lagi peluang untuk serlahkan bakat yang ada tu. I will always support u!



Bisik-bisik :: Award yang paling best ialah kita berjaya cabar diri untuk memajukan diri dalam apa juga yang kite lakukan. From ZERO to HERO! 


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 8 June 2012

~Wedding Dress Cantik Untuk Hari Bahagia~



Assalamualaikum. Hai!


Buat bakal pengantin *pompuan sahaja, aku ada berita baik nak dikongsikan dengan korang. Aku kompom, mesti ada di antara korang tengah pening-pening lalat mikir nak cari baju yang bersesuaian untuk tema majlis korang kan? Ada yang tak berminat nak sewa kat butik, tapi nak beli baju siap punya atau yang ditempah khas. Mungkin sebab nak buat kenangan baju tu simpan dalam lemari atau nak lain dari yang lain. Jadi, aku ade penyelesaiannye. Ecewah. Dah macam promoter baju kahwen pulak aku ni. Hehe.


Sebenarnya, besfren aku mintak tolong aku promote baju kahwen die kat belog aku ni. Die nak jual wedding dress die. Pakej lengkap dengan tudung dan veil sekali. Memang cantik sangat attire wedding dress die ni. Aku pun tak pasti kenapa die nak jual. Tak pulak aku tanya. Dah die suruh promote, aku jalankan je la tugas promote aku ni. Takdenye nak tanye lebih-lebih kenapa die nak jual. Ada la tu sebabnya kenapa kan.


Jadinya, kepada bakal-bakal pengantin yang ada niat nak tempah sendiri baju pengantin yang mungkin akan mahal, baiklah beli je yang dah siap punye dari besfren aku ni. Ehehe. Oh ye. Kalau ade owner butik pengantin yang berminat nak dapatkan baju ni boleh jugak kot. Boleh la recycle banyak kali guna untuk pengantin-pengantin yang datang butik nak sewa baju. Untung banyak tu. Berikut aku lampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan mata korang. Mana tahu berkenan ke kan. Belek-belek la dulu.


*View penuh sambil berdiri*



318045_368063709924615_16385205_n.jpg (720×477)
*View masa pose duduk*


Oh..lupa pulak nak bagi details pasal attire ni. Besfren aku cakap kain yang die beli buat dress ni sangat berkualiti dan berharga dalam RM400. Baju ni penuh manik dari atas sampai la hujung kaki. Memang cantik! Sebab aku dah tengok sendiri dengan mata aku ni ha. Dah aku pergi kenduri die kan hari tu. Apa da! Lepas tu kata dia, tempahan jahit baju ni hampir mencecah RM1200. Pengsan aku dengar! >_< *Respon orang kedekut memang macam tu ye. Hehe.*


So, berikut adalah ringkasan maklumat jualan wedding dress besfren aku ni. Sila ambil perhatian.
Harga nak jual : RM850 sahaja.
Aksesori tambahan : Tudung dan Veil
Saiz : S atau M
*sesuai untuk majlis nikah dan sanding atau bertandang asalkan warna temanya putih+grey*


Kenapa aku yang tak beli eh? Sebab rasenye aku memang kompom tak muat baju mek ni. Beliau sangat ramping oke. Dah la pendek dari aku. Ececeh. Berlagak kemaen macam la diri tu tinggi sangat. Haha. Tapi betul la. Aku tinggi sikit je dari die. Lepas tu die ni badan memang kecik la sangat. Macam tak cukup zat. Hehe. Dulu aku ni tukang urut peribadi die tau. Asal sakit tulang lenguh-lenguh je mintak aku urutkan. Kekadang aku takut gak nak urut die. Takut tulang die patah. Haha. Eh? Termengata besfren sendiri pulak. Ampun semek! Mung kan sayang aku. Dop marah kan? I Love U lah. Hehe. ;p


Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak dapatkan wedding dress ni, boleh la roger-roger aku kat belog ni atau emel aku (noor_shahada@yahoo.com). Nanti aku hubungkan korang dengan besfren aku ni. Mana la tahu korang boleh kautim-kautim lagi ke dengan die mintak diskaun. Wokeh! Jangan malu-malu kontek aku ye. Korang yang dah baca tu, sila lah sebar-sebarkan entri aku ni ha. Mana tahu ade yang berminat. Mekaseh!

*UPDATE [4/10/2012] : SORI KEPADA YANG BERMINAT. BESFREN SAYA MAKLUMKAN YANG BAJU NI DAH DIBELI OLEH BUTIK. HARAP MAAF DAN HARAP MAKLUM. MEKASEH! 


Bisik-bisik :: Ada sesiapa lagi nak suruh aku promote barang atau ape-ape saje? Meh la kontek aku. Bayaran tak mahal pun nak suruh aku tulis iklan dan review. Ecewah. ;p


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 5 June 2012

~Mabruk! Barakallahulakuma..~



Assalamualaikum. Hai!


Seperti yang telah dijanjikan dalam entri yang lepas, hari ni aku update pasal hari gembira kazen aku tu oke. Selamat dah lagi sorang kazen aku menjadi isteri orang. Aku yang paling tua sekali ni ntah bila la. Asyik bagi yang muda-muda lepas dulu ni. Ekeke. Sabo la. Ada berita baik nanti aku war-war kan ye. Sekarang ni biarlah rahsia dulu. Tak molek kecoh awal-awal. Ecewah! Hehe. *bajet artis yang orang nak ambil tahu kisah hidup*


Dah 2 minggu berlalu dah kesah ni sebenarnye ye kawan-kawan. Tapi memandangkan aku ni pemalas yang amat nak menaip, maka terhasillah entri basi ini. Tak kesah la kan. Janji aku sudi jugak berkongsi dengan korang walaupun bukan pasal aku. Kazen aku ni muda 4 tahun dari aku. Seorang guru bahasa Arab kat sekolah di negeri Johor. Tu yang aku feeling tulis tajuk entri pun bahasa Arab. Wakaka. Suami dia pun seorang guru jugak tapi posting kat Sawarak. Kira buat sementara waktu ni, dorang terpaksa berhadapan dengan PJJ (perkahwinan jarak jauh). Jauhnya!


Hari Sabtu yang lepas kenduri kat belah Kelantan pulak. Suami kazen aku ni orang sana. Dalam family kazen aku ni, dia sorang je yang kawen orang jauh. Kakak sulung dan kakak kedua kawen orang dekat. Kawan satu sekolah gitu. Die ni je dapat orang jauh sikit. Kenal masa belajar kat kolej IPG kot. Dapat la sorang menantu orang luar MakCik aku. Nanti boleh la jalan-jalan kat Kelantan selalu. Hehe.


Taknak cerita panjang-panjang sangat. Just nak share gambar je la dengan korang. Tapi tak banyak la gambar yang aku snap. Sebab aku snap pakai henpon cap ayam aku je. Aku tak jadi wedding photographer dah macam untuk kakak die dulu. Yang jadi official wedding photographer untuk kazen aku ni, adik lelaki aku. Err..sebenarnya adik lelaki aku tu kazen aku jugak. Tapi sebab membesar sama-sama dan rapat sangat jadi consider adik la. Ehehe. Gambar yang cantik-cantik banyak kat die la. 


Ok lah. Jom layan gambar! Harap maaf kalau gambarnye kualiti agak kurang memuaskan. Maklum la snap pakai henpon cap ayam je. Hehe.


 Tunggu akad nikah. Masa ni tok kadi tengah bagi ceramah. Kih3. Cantik tak bunga tangan tu? Bunga hidup tu. Akak aku yang buat. Die ada bisnes yang arrange hantaran kawen, hand bouquet dan sebagainya. Akak aku wedding planner tau. Time aku kawen nanti semua akak aku yang akan arrange. Wohoo! Syoknye dapat sponsor dari kakak sendiri. 



 Masa ni pengantin laki nak bukak purdah tu. Tetibe kakngah kazen aku ni cakap gini, " Eleleh..malu-malu pulak. Macam tak biasa tengok. Buka je la." Tergelak orang kat situ. Tu pengantin pun gelak jugak tu. ;p



 Hantaran pihak perempuan untuk pihak lelaki. Sweet kan yang bantal tu?



 Masa hari kenduri esoknya. Cantik kan kazen aku ni? Macam aku jugak la. *perasan* Haha. Ni aku yang suruh dia posing camtu. Sekali kelabu pulak gambarnye. Hampeh betul henpon aku ni. Huh!



 Pengantin Lelaki  Pengantin Perempuan



Ini tentulah aku, kazen pengantin perempuan yang bajet cute. Haha! *aiyo..pipi ngembang dengan pesat! (-_-")*



Itu sajelah gambar yang aku nak share dengan korang. Malas nak upload bebanyak. Hehe. Oh ye. Cakap pasal adik aku tadi kan, nanti aku promote pasal business die kat korang. Die memang ade talent jadi jurufoto. Gambar yang die ambik memang cantik-cantik. Biasalah. Mewarisi bakat kakak die ni. Nak jugak tu puji diri sendiri. Haha. *muntah hijau* 




Bisik-bisik :: Tahniah ieta! Kak Shada doakan semoga perkahwinan kamu berdua berkekalan sehingga ke syurga dan diberkati Allah sentiasa. Semoga menjadi isteri yang baik dan solehah buat suami.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 1 June 2012

~Ngetest Kereta Orang Kaya~



Assalamualaikum. Hai!


Sebenarnye cerita ni dah basi tapi aku nak cerita jugak pengalaman aku ngetest naik kereta orang kaya. Err..rasanya 25hb Mei yang lalu kot peristiwa ni berlaku. Betul la tu. Hari Jumaat masa lunch time yang lama, sehari sebelum kazen aku nikah. 


Eh? Cakap pasal kazen menikah, nanti aku update pasal tu pulak eh. Saja nak kongsi peristiwa gembira yang berlaku dalam hidup aku, keluarga dan sedara mara tersayang dengan pembaca setia belog aku yang tak semenggah ni walaupun cerita dah lapuk. Perasan macam blogger hot ramai pembaca. Biasa la tu. Aku memang spesis perasan. Hehe.


Kembali kepada cerita asal. Memandangkan aku ni orang mesekin yang tak punyai duit berkoyan-koyan boleh sesuke hati je perabih dan memang non hado la nak mampu membeli kereta mewah-mewah, maka bila ada pameran kereta jenama luar negara yang hebat the vasss haruslah kita mencubanya bila ada Test Drive. Wohooo! Eh. Lupa pulak nak bagitau. Kereta yang aku dengan kakak test-drive tu semestinya KIA OPTIMA K5.


~Kereta Orang KAYA..(-_-")~


Err..tapi hari tu yang test drive nye kakak aku la. Sedih. Kalau aku yang drive mesti lagi seronok nak cerita pengalaman. Sayangnye masa tu tangan aku kiri kanan penuh pegang makanan. Aishooo. Memang dasar perot beso kuat makan betol. Nasib la. Jadi harapan nak ngetest drive tu terkubur begitu saje. Bagi chance la kat kakak aku. Pasrah~~


Jadinya, aku cuma dapat cerita pengalaman aku duduk sebagai big boss di seat belakang dengan memegang makanan lunch aku. Haha. Eh. Tapi kan korang, duduk kat belakang pun syok gilos. Selesa yang amat. Takde la terkepit-kepit kaki duduk kat belakang. Nak terkedang kaki luas-luas pun boleh. Luas oii! Pastu ekon pulak memang direct kena kat muka. Heaven. Memang boleh tidur dengan kerusi yang empuk dan selesa. Sebabnya ekon untuk bahagian belakang tu ade kat bahagian tengah yang orang suka letak barang tu. Natang ape tah panggil bahagian tu. Lupe pulak. (-_-")


~Inilah drebar a.k.a kakak saya. Kemaen lagi peace-peace. Kih kih kih.~


Pastu komponen dalam kereta tu semua pakai button. Punye la kecoh time sebelum kereta start jalan. Kakak aku la. Maklum le orang pendek. Kaki tak berapa nak sampai. Kena la adjust seat kan? Die nak cari button nak bagi seat ke depan sikit tak jumpa-jumpa. Asyik salah tekan button je. Punye la banyak button. Tanya kat salesgirl yang escort kami tu pun die tak tau tang mana button. Apa da! Nak promote kereta tapi tak study dulu pasal kereta. Sabo je la.


Kesimpulannya, memang best naik kereta tu. Maklum la kereta import kan. Jadinya korang yang setaraf dengan aku ni, kalau nak merasa naik kereta import yang mewah-mewah ni, sila pergi sua je muka kata nak test-drive kalau ada. Rugi oo tak try. Kalau nak beli memang tak mampu. Mahal nak mampos. 


Korang tahu tak lepas dah test-drive tu ada salesman sebok approach kata camni kat aku, "Belilah cik. Installment sebulan RM1500 je." RM1500 je? Yang JE tu yang aku tak tahan. Ko ingat aku kerja apa encik? Gaji aku pun tak lepas nak bayar. *pitam*



Bisik-bisik :: Dah dua jenis kereta jenama Kia aku pernah merasa naik. Masa zaman tok kaduk dulu pernah naik Kia Spectra. Kereta bapak teman tapi mesra zaman habes SPM. Haha. (-_-")


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com