Saturday, 25 February 2012

~Bakal Businesswoman Berjaya. Yeay!~



Assalamualaikum. Hai!


Perempuan perasan busy dah kembali nak membebel. Rindu pulak nak menulis tetiap hari macam dedulu. Masa kat opis pun sempat lagi nak menulis belog busuk ni. Asal tensen dengan kerja je curi tulang update belog. Kuikuikui. Tapi sekarang ni? Memang harapan la kalau dah kerjanya berlambak-lambak kat opis. Aishoo. Kekadang rasa macam robot pun ade jugak. Cover kerja untuk 2 orang kot. Err..memang boleh la consider macam robot. (-_-")


Tapi itulah, nama pun tanggungjawab dan amanah kerja kan? Nak tak nak kena la buat walaupun beban kerja tu semakin bertambah-tambah. Biasa la tu kerja dengan NGO. Tak ramai pekerja jadi kena la multitask. Lagipun kerja ni la yang bagi rezeki kat aku. Ada gaji bulan-bulan nak membayar hutang PTPTN, nak bagi belanja dapur kat mak, nak simpan untuk kahwin dan nak guna untuk macam-macam lagi keperluan. Kena la bersyukur sikit. Ye dak?


Kalau nak bercakap pasal kerja ni memang takkan habes le sampai bila-bila. Tapi kali ni update bukan nak cerita pasal kerja aku pun. Sebenarnya nak menyampaikan berita gembira sebab aku dah ade syarikat sendiri. Waseh! Syarikat la sangat. Hahaha. Berangan betul. Tapi takpe. Mana tahu angan-angan aku ni akan jadi kenyataan satu hari nanti. Mana nak tahu kan? Hehe.


Sebenarnya aku dah daftarkan nama perniagaan dengan SSM tempoh hari. Maklumla, kan ke aku sedang buat bisnes design mendesign ni. Rasa tak sedap pulak buat bisnes tapi macam tak sah sebab tak berdaftar. Rasa macam buat kerja haram je. Jadinya, aku telah mengambil inisiatif daftarkan bisnes aku tu. Lepas ni, takde la rase bersalah nak ambil job orang bagi. Mudah-mudahan lepas ni makin bertambah-tambah la job yang aku dapat. Amin. Ehehe.


Mesti ada yang macam heran dengan tindakan aku ni kan? Ye la. Buat bisnes design mendesign je. Design pun header belog, makeover belog, bisnes card, multimedia flash dan yang seangkatan dengannya. Nak kata design tu hebat sampai tahap pro tu pun idok jugak. Tahap amatur je. Tapi kenapa nak pergi daftarkan jugak? Nak tahu jawapan nye meh baca reason aku kat bawah ni.


~Bakal bisneswomen berjaya dengan gigi rabbitnye. Hahaha..~


#1 : Apa tujuan daftar bisnes cikai aku tu?

Sebab itu yang sepatutnya perlu dilakukan oleh individu yang buat bisnes melibatkan duit dan keuntungan. Memang la untung yang aku dapat takde lebat mana sebab upah aku ambil pun ciput. Tapi, bila dah ada urusan jual beli dengan pelanggan, itu boleh consider sebagai perniagaan. Aku jual servis, orang beli servis aku. Betul tak? So, kena la proper sikit. Daftarkan perniagaan tersebut. Baru income yang dapat halal.


#2 : Tak rasa rugi ke? Bukan tetiap masa dapat upah.

Eh..tak rugi la. Aku rasa puas dan berbaloi je bila dah daftarkan tu. Rasa macam halal je segala kerja yang aku dah buat sebelum ni. Lagipun aku buat bisnes ni untuk suka-suka sebab memang aku minat bab design mendesign. Ada bisnes ke takde bisnes itu belakang kira. Ada rezeki ada la. Aku daftarkan nama bisnes tu pun hasil dari upah yang aku dapat dari job design aku pernah buat. Terima kasih la kepada mereka-mereka yang pernah upah aku tu. Duit anda semua saya salurkan pada jalan yang betul. Besar sangat jasa dorang kat aku. Terhutang budi rasa. Lepas ni sesiapa yang nak upah aku tu jangan la risau ye. Korang upah orang yang buat bisnes secara halal. Hehe.


#3 : Apa nama bisnes yang didaftarkan tu?

Oh ye! Lupa lak nak announce nama syarikat kecit aku tu. Aku daftarkan dengan nama RSCreative Enterprise. Smart tak nama tu? RS tu singkatan dari RieSha, gabungan nama aku dengan encik CH. Saje guna nama tu. Macam trademark la kan. Belog aku ni pun nama Riesha Ariesha jugak ape. Misal kata kalau bukan jodoh aku dengan encik CH pun, RS tu boleh kire dari nama aku jugak. Noor Shahada. Ambik huruf R dengan S kat tengah-tengah tu ha. Takde masalah pun. Hoho.


#4 : Kenapa guna nama tred? Kenapa tak daftar guna nama sendiri je?

Ye aku tahu. Guna nama sendiri murah lagi bayaran pendaftaran dan tahunan. Kalau guna nama tred ni mahal sikit. Alahai. Takde la mahal mana sangat. Namploh hengget je pun untuk perniagaan milikan tunggal. Bukan bukak syarikat beso pun. Syarikat kecik je. Persendirian punye. Untung rugi aku yang tanggung sendiri. Lagipun mana la nak tahu bisnes ni boleh bertahan lama sampai aku dah tua ganyut nanti. Boleh waris kat anak cucu pulak. Haha. Nama bisnes ni pun aku daftar dengan jenis bisnes yang lain-lain jugak yang mungkin satu hari nanti terdetik nak buat. Cuma buat masa ni guna untuk bisnes yang related dengan graphic design je la.


#5 : Dah berdaftar ni maksudnye cas pun makin mahal la eh? Maklum le dah berdaftar. Mesti la kena demand, kan?

Opss..nanti dulu. Jangan buat assumption awal-awal. Takde maknanye la aku nak cas memahal. Still macam biasa jugak seperti sebelumnya. Cuma kalau ade dapat job dari company tu aku mungkin la demand sikit. Macam ada la kononnye kan? Berangan boleh. Haha. Tapi dengan korang-korang yang individu ni kira cincai je. Harga kawan-kawan. Aiseh! Baik hati sungguh aku ni. Betul kata kawan aku yang aku ni kedekut tapi pemurah. ;p


Itu lah persoalan yang aku sendiri ajukan bagi pihak korang, dan aku sendiri jugak yang jawab. Haha. Impian aku nak ade bisnes sendiri dah tercapai. Alhamdulillah. Walaupun mungkin secara kecil-kecilan, at least aku dah berjaya realisasikan impian aku nak jadi seorang usahawan. Yippie! Next step ialah mengembangkan bisnes aku ni sampai berjaya mencapai target yang sepatutnya. InsyaAllah. Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya.


Ok la. Nak pergi sambung design belog customer yang dah tertunggak agak lama sebab kebizian kerja tahap melampau 2-3 minggu ni. Kesian tuan empunya belog dah lama menunggu. Hehe. Mintak maap le. Ingatkan nak siapkan time malam lepas balik kerja. Tapi dalam mimpi je la. Terbungkang nye awal kemaen. Maklum le otak letih sebab tekanan kerja. Jangan marah ha. Ehehe.



Bisik-bisik :: Kegembiraan yang tak tergambar lagi sebab impian dah tercapai nak daftarkan bisnes sendiri. Semoga cita-cita nak jadi bisneswomen berjaya akan terlaksana satu hari nanti. Yeay!


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 18 February 2012

~Merajuk? Apa ubat paling mujarab?~



Assalamualaikum. Hai!


Aishoo. Rasa nak muntah sebab membaca tanpa henti dari malam tadi. Semua entri belog yang aku follow, aku hentam baca. Maklum la seminggu yang lalu busy sampai tak sempat nak jengok belog dorang baca update baru. Semalam sebab merajuk, aku khatamkan semua yang tertinggal. Rasa ngantok aku masuk tido. Tinggal laptop ni ternganga sensekor die. Bangun Subuh sambung tido balik. Pukul 9 baru bangun. Dengan tak mandi sambung baca lagi. Perangai memang tak senonoh. Hehe. Tapi setakat membaca je la. Tak tinggalkan komen. Sebab terlalu banyak sangat entri yang dibaca. Dah habes baca semua baru pegi mandi. Dah puas merehatkan otak, sekarang nak membebel pulak. ;p


Semua orang mesti pernah mengalami fasa merajuk kan? Lelaki ke pompuan ke mesti pernah alami. Tipu la kalau cakap merajuk ni orang pompuan je suke. Lelaki tak main la merajuk-merajuk. Amboi. Nampak beno nipunye. Kalau lelaki tu tak pernah merajuk, gamaknye die tak berapa nak normal la tu. Kena pergi buat check-up dengan kadar yang segera. Ahaha.


Dengan siapa korang merajuk, lantak korang le. Manusia ni kan ada macam-macam perangai. Kekadang takde sebab pun kita boleh tetibe nak merajuk. Entah apa-apa. Macam orang tak betul pun ada jugak. Tapi mostly merajuk sebab terasa hati dengan somebody yang close la. Dengan mak, ayah, kakak, adik, abang, kazen, besfren, pakwe, makwe, suami, isteri, atok, nenek. Pendek kata dengan yang memang dikenali secara rapat.


Ada ke yang merajuk dengan orang yang dia tak kenal langsung in personal? Eh. Memang ada. Jangan tak tahu pulak. Macam korang yang lelaki tu la. Admire gegila kat Lisa Surihani. Tetiba tup-tup dia umum kata nak kahwin dengan Yusri. Terus merajuk dengan dia. Mogok sekejap taknak minat dia. Padahal dia tak tahu pun korang merajuk dengan keputusan dia sebabnya korang pun dia tak kenal. Sian betol korang. Konon tak main merajuk-merajuk. Itu bukan ke merajuk jugak namanya. Ish3. ;p


*Imej disedut dari Google*


Aha. Bila dah merajuk ni, mesti la kena cari ubat kan? Takkan nak biar je berpanjangan rajuk tu. Kang bernanah pulak hati sebab merajuk lama sangat. Erk? Tapi macam mana diri sendiri nak mengubat rasa rajuk di hati tu eh? Sebenarnya benda ni terpulang atas diri memasing. Lain orang lain cara dia. Betul tak? Sesetengah orang, dia suka kalau ada orang pujuk dia. Contohnya pujuk dia dengan bagi hadiah ke, belanja makan ke, bawak pergi jenjalan ke, bagi ayat cair romantis habes ke, peluk-peluk ke (ini untuk family saje ye..pakwe makwe jangan gatal nak buat..lepuk kang!) dan sebagainya lagi cara. Memang dia suka habes la. Cepat sikit rajuk dia hilang.


Ada jugak yang bila dipujuk lagi mengada-ngada dia nak merajuk. Konon nak test orang memujuk tu ikhlas ke tak pujuk dia. Alahai. Yang ni selalunya spesis yang gedik plus mengada lebih. 'Diva' la kononnya. 'Cantik' sangat la perangai macam tu. Jenis ni kalau aku jumpa memang kena pelangkung je dengan aku. Takde nye aku nak pujuk-pujuk. Sebab aku memang tak pandai nak pujuk orang. Dah mengada sangat, terima je la pelangkung dari aku. Ahaha.


Ada orang pulak bila dia merajuk, dia paling pantang kalau ada orang pujuk. Memang tak boleh. Cara dia nak ubat rajuk dia tu, dia lebih selesa berdiam diri dan duduk senyap-senyap. Kalau tak tahan sangat dia menangis sorang-sorang dia tanpa ada orang perasan pun. Itu cara aku la tu. Aku lebih selesa berdiam pastu pencilkan diri kat tempat persembunyian aku. Itu ubat yang paling mujarab buat aku nak rawat rajuk di hati. Jangan ada orang tegur atau pujuk aku. Tak berkesan.


Siapa yang kenal aku, memang tahu la perangai aku yang satu ni. Kalau tengah elok-elok bersembang, tetiba aku diam tu tandanya aku terasa hati dan merajuk la tu. Jangan la tegur apa-apa dah. Memang aku akan buat keras je macam patung takde perasaan. Kekadang aku boleh mendiamkan diri tak bercakap dengan sesiapa pun selama beberapa hari. Setakat ni paling lama 3 hari kot. Ngehehe. Ye la. Kan ke berdosa 3 hari tak bertegur dengan orang. ;p


Dulu junior aku pernah komen pasal perangai aku yang satu ni. "Kak Sha ni kalau merajuk je muka jadi serius gila. Dah la tak mau bercakap langsung. Menakutkan. Jangan la buat muka camtu. Tak comel!" Amboi. Komen die. Kih kih kih. Masa tu aku tengah merajuk dengan Encik CH. Orang lain pun boleh terkena tempias rajukan aku tu walaupun dorang takda kaitan. Nasib la. Haha. 


Memang style aku begitu. Biarkan je aku dengan rajuk aku tu. Nanti aku akan pulihkan sendiri rajuk di hati dengan cara aku sendiri. Tak perlu ada orang pujuk pun.  Aku kalau merajuk memang tak suka orang pujuk sebab aku sendiri tak reti nak pujuk orang merajuk. Tapi sebenarnya aku tak suka dipujuk sebab nanti aku menanges. Cengeng gile! Ahaha. Pecah rahsia.


Haa..korang pulak tergolong dalam kategori yang mana bila merajuk? Pertama, suka dipujuk. Kedua, memang pantang kalau dipujuk. Meh kongsi ramai-ramai meh. Merajuk-merajuk pun, janganlah buat perangai sampai orang pula berkecil hati dengan kita. Ingat tu!



Bisik-bisik :: Normal kalau orang suka merajuk. Yang tak pernah merajuk tu adalah orang yang tak normal. Ada ke orang tak reti merajuk? Tipu!


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Monday, 13 February 2012

~Perlu ke memilih kerja?~



Assalamualaikum. Hai!


Hampir 2 minggu menyepi sebab sibuk tahap ultra dengan kerja. Tak menang tangan oi nak buat semua menda sensorang. Walaupun opismate baru dah masuk, tapi die kan baru lagi. Jadi nak tak nak aku kena la cover jugak kerja-kerja dia sementara dia nak biasa. Tambah-tambah lepas ni mungkin takde pengambilan staf baru dah. Cuma kami berdua je yang akan bekerja di opis ni. Maknanya kerja kena multi-task. Even jawatan aku cuma dalam IT still kena buat jugak admin punye kerja. Biasa la tu. Kerja dengan NGO kan. Berpadanan ke tak gaji dengan workload kerja dan tekanan dari pihak-pihak lain, itu risiko yang terpaksa dihadapi la walaupun boleh mengundang stress yang teramat. Syahdu je rasa. (-_-") 


Bercerita pasal kerja ni, tetiba teringat zaman lepas habes study dulu. Memang susah sangat nak cari kerja masa tu. Ramai jugak kawan-kawan yang tempelak aku. Sebabnya aku taknak keluar dari Penang ni ha cari kerja kat tempat lain. Tetap berpendirian teguh nak cari kerja di sekitar kawasan Penang je. Sebabnya course yang aku ambil, peluang pekerjaan kat Kolumpo memang berlonggok-longgok. Kalau mintak konfim senang nak dapat interview dan kerja. Tapi entah la. Aku memang tak berminat nak berhijrah ke Kolumpo. Lagipun, syok ape bertenggek celah ketiak mak. Haha.


Tapi, walaupun time tu aku menggangur, tak bermakna aku duduk saja makan tido je kat rumah ni. Aku ada jugak buat kerja sampingan. Ambil upah ajar anak-anak kawan mak aku. Buat home-tuition la kiranya. Kekadang dapat job mengajar kat pusat tuisyen sebagai part-time kalau cikgu sebenar tak dapat mengajar. Dan masa tu aku adalah jururawat sepenuh masa tak bertauliah yang kena jaga nenek aku yang dah uzur dan kerap masuk sepital. Oh! Mungkin sebab tu aku susah sikit nak dapat kerja masa tu kot. Allah nak bagi peluang aku berbakti dekat arwah nenek aku. Gamaknye la. Hehe.


Sebenarnye timbul idea nak tulis pasal ni masa opis aku buat temuduga untuk cari pengganti yang akan uruskan hal pentadbiran opis hari tu. Cuma tak berpeluang sebab kerja memang berlonggok-longgok nak kena cover sensorang. Tak sempat nak menulis. Time cuti pun aku pergi pejabat buat kerja. Malam memang terbungkang le sebab otak dah letih. Nak memerah idea menulis memang idok le. Jadi hari ni rasa stress kerja tu dah kurang sikit, boleh la nak luang masa menulis sekejap.


~Erk? Kalau meja opis aku macam ni mahu pengsan. Sekarang pun boleh tahan semak dah. (-_-")~
*Imej carian Google*


Masa aku sort semua resume yang dihantar tu, aku rasa bersyukur pulak sebab aku dah ada kerja tetap walaupun bekerja dengan NGO dan gaji  tak berapa nak besar. Sebabnya sangat la ramai calon yang hantar permohonan untuk jawatan tu. Hampir 50 orang untuk satu jawatan je. Dan kesemuanya adalah Melayu. Rupanya ramai jugak yang masih mengganggur dan takde kerja tetap. Hmm..kesian pun ade. Mungkin sebab bukan rezeki kan? Lagipun nak cari kerja sekarang ni bukan mudah. Banyak saingan. 


Hari tu aku pernah terdengar dalam berita kat ntv7 pasal ramai graduan Melayu yang mengganggur dan penyebabnya. Jobstreet buat kajian. Kebanyakannya sebab tak fasih berbahasa Inggeris. Dan lagi satu sebab terlalu memilih kerja. Haa..topik ni la yang aku nak bincangkan sebenarnya. Tapi mukadimah berjela kemaen. Haha. Jadi, perlu ke tidak kita memilih kerja? Maksudnya terlalu cerewet dalam memilih kerjaya. Mungkin ada yang begini sebab nak cari kerja berpadanan dengan kelulusan. Tapi ada jugak yang sesetengahnya 'memilih' kerana nak gaji besar walaupun tahu kelulusan tak berapa nak ada.


Hmm..agak rumit jugak kan bile fikir pasal ni? Sebenarnya jika kita memang ada kelulusan, aku rasa wajar nak memilih kerja yang berpadanan. Cuma perlu ukur jugak dari segi kemampuan samada kita mampu ke tak nak pikul tanggungjawab dengan kerja yang kita pilih tu. Kerja ni bukan setakat nak gaji beso je. Kerja adalah amanah dan tanggungjawab. Kerja jugak adalah ibadah. Jadi kita kena pegang amanah tu. Gaji nak beso tapi kerja tak sungguh-sungguh. Asyik ngulat je makan gaji buta. Memang tak amanah langsung. Tapi ramai kot spesis yang camni kan?


Sepatutnya kita jangan terlalu demand sangat dan mengharap gaji besar tapi taknak bermula dari bawah. Semua nak terus melonjak naik ke atas. Salah prinsip macam tu. Orang yang bermula dari bawah selalunya lebih berjaya dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab kerja dia. Pada hemat aku, boleh nak memilih kerja. Tapi jangan terlalu memilih sangat sampai berterusan jadi penggangur. Sementara nak dapat kerja yang berpadanan dengan kelulusan, kerjalah dulu apa-apa pun asalkan gaji yang diterima halal. Kalau jadi usahawan pun molek jugak. 


Aku sendiri ada cita-cita nak jadi usahawan. InsyaAllah mungkin bila dah berkahwin, aku akan berhenti kerja dan ikut suami kendian jadi usahawan. Memang itu perancangan aku dengan encik CH bila kami dah berkahwin nanti. Mudah-mudahan dipermudahkan Allah. Nak tahu kenapa aku nak jadi usahawan walaupun ada kelulusan ijazah? Nanti-nanti la aku cerita kat korang sebabnye eh. Sekarang aku nak tanya korang, perlu ke memilih kerja? Berikan sebab-sebabnya selain dari yang aku dah nyatakan dalam entri ni. Ecewah. Macam bagi soklan exam pulak. Ahaha.



Bisik-bisik :: Kerja sendiri ke, kerja swasta ke, kerja kerajaan ke, semuanya adalah ibadah. Kena amanah dan bertanggungjawab. Baru boleh jadi insan cemerlang dunia akhirat. (^_^)


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 1 February 2012

~Hati-hati! Kemalangan Memang Sukar Nak Dijangka.~



Assalamualaikum. Hai!


Aku rasa sesiapa pun di antara kita ni mesti tak gemar dengar berita tentang kemalangan maut kan? Bukan takat tak gemar, malah takut jika diri sendiri pula terlibat. Astaghfirullah. Minta dijauhkan la. Nauzubillahiminzalik. Aku ni lagi la seram bab kemalangan ni. Tambah-tambah aku ni penunggang tegar motorsikal. Maklum la pergi balik kerja, itu je la kenderaan aku. Hujan ke panas ke dengan kenderaan itu jugak la aku redah. Nak buat camne. Itu je la kenderaan yang mampu aku miliki buat masa ni.


Memang aku tahu bahaya. Pulak tu risiko untuk menjadi mangsa kemalangan memang luas terbentang jika terleka akibat kecuaian sendiri atau pemandu kenderaan lain. Tapi kalau nak cakap tunggang motorsikal ni bahaya, bawak kereta pun still jugak boleh berada dalam keadaan bahaya kan? Kalau kita yang berhati-hati tapi ada pemandu lain tak berhati-hati, kita tetap terdedah dengan risiko kemalangan juga. Lagi la kalau kita yang cuai. Memang menempah maut sendiri la. Pendek kata, benda ni kita sukar nak jangka. Kan?


Sebenarnya, aku terkejut bila sampai je rumah masa balik kerja petang Selasa kelmarin, mak bagitahu ada kemalangan maut berlaku di persimpangan masuk ke taman perumahan aku. Sebabnya masa aku balik tu hujan sangat lebat. Jadi tak nampak apa-apa tanda kemalangan pun masa aku membelok masuk simpang. Mak cakap budak tingkatan 4. Otak bersepai badan berkecai. Serius rasa seram bila dengar. Masa tu aku tak tahu mangsa tu perempuan atau lelaki.


~Kawasan kemalangan. Betul-betul dekat trafik light. Tak pasti mangsa nak membelok atau jalan straight.~
*Gambar dari FB Adun Penanti*


Then, sebelum tulis entri ni aku online jap fesbuk. Ternampak ada update pasal kemalangan tu kat wall. Terus la buka nak tengok gambar. Alahai..rasa macam nak pitam je tengok keadaan mayat. Hancur. Kesian dan simpati pada keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang dikasihi oleh Allah. Mungkin itu takdir yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Cara arwah 'pergi' begitu. Kita yang masih hidup ni tak tahu lagi macam mana caranya nyawa kita akan diambil. Takutnya!


Berbicara pasal kemalangan tu, aku tak pasti siapa yang bersalah sebab aku takde di tempat kejadian.  Jadi aku tak mahu la buat andaian sendiri macam pengomen-pengomen di gambar tersebut. Yang aku tahu, kemalangan yang berlaku melibatkan seorang gadis yang menunggang motorsikal dan sebuah lori yang sarat dengan muatan pasir. Dan kawasan kemalangan berlaku betul-betul di trafik light. Siapa yang bersalah wallahualam. Tapi dari komen-komen yang aku baca, ramai yang menempelak pemandu lori. Kemudian menyalahkan pihak polis, jkr, dan pihak-pihak berkuasa yang lain. Entah lah.


Cumanya, aku nak berpesan di sini. Buat adik-adik yang masih belum mempunyai lesen, elakkanlah dari menunggang motorsikal di jalan-jalan besar dan menjadi laluan utama kenderaan. Bahaya. Kalau nak meronda pun dalam kawasan taman perumahan je dah. Jangan cari nahas. Kalau dah terdesak sangat nak guna jalan besar tu sebab nak pergi stesen minyak ke, sekolah ke, rumah kawan kat kampung depan taman perumahan ke, sila pastikan keselamatan. Pakailah helmet. Jangan main redah je biar kepala tu dogol. Itu memang tempah maut. Beringat sikit. Jalan yang kita nak guna tu laluan utama kenderaan berat


Mak bapak pun kena alert jugak. Jangan sewenang-wenangnya je bagi anak-anak yang belum ada lesen gunakan motorsikal. Kena bertegas. Jangan bila sesuatu dah terjadi baru nak menyesal. Bila tak dapat terima kenyataan mula nak salahkan orang tu orang ni. Sedangkan benda berlaku sebab kecuaian sendiri jugak taknak bertegas dengan anak-anak dari awal. Dah tahu anak takde lesen dibiarkan jugak tunggang motorsikal tu dengan tak pakai helmet.


~Mangsa kemalangan yang hancur. Huhu. ~
*Gambar dari FB Adun Penanti*


Hmm. Entah la. Seriau jugak aku. Dah la tempat berlaku kemalangan tu memang laluan hari-hari aku. Walaupun ada trafik light, memang tak mustahil boleh berlaku kemalangan sebab memang ramai je pemandu yang penting diri. Nak kejar lampu hijau sebelum merah, pecut laju-laju. Bukannye trafik light tu takda kiraan masa. Kenapa la nak terkejar-kejar, aku pun tak pasti. Padahal tujuan trafik light tu dipasang untuk mengelakkan berlaku kemalangan supaya orang tak pecut sesuka hati. Tapi itulah manusia. Kononnya 'rules are made to be broken'.


Apa-apa pun, semoga keluarga arwah adik tersebut tabah menerima dugaan ni dan semoga pemandu lori tersebut mendapat hukuman yang sewajarnya jika betul dia yang bersalah. Para penunggang motorsikal, beringatlah ketika menunggang. Kenderaan besar ni kekadang bukan perasan pun kehadiran kita. Jangan fikir dorang pulak yang perlu berjaga-jaga ketika memandu sebabnya kita ni kecik. Sebaliknya kita ni yang kena berjaga-jaga sebab keselamatan diri kita sendirilah yang bertanggungjawab. *Pesanan untuk diri sendiri jugak.*



Bisik-bisik :: Cuak pulak rasa. Nak beli kereta! Tapi gaji tak mengizinkan. T_T


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com