Monday, 30 January 2012

~Perbuatan Pelik Yang Pernah Korang Buat dengan Rambut~



Assalamualaikum. Hai!


Rasanya semua dah tahu kot keputusan AJL-26 ye dok? Yang tak tengok pun boleh tahu dah keputusan akhir anugerah tu rasanye. Maklum le dah ramai wartawan tak berbayar update kat fesbuk, twitter dengan belog. Ngeh3. Lepas ni ada pulak laporan mengenai persembahan, pakaian artis, decoration stage, vokal dan bla bla bla macam-macam lagi la. Mana taknye, kebanyakan dari kita ni kan suka benau jadi juri profesional free. Jangan marah kalau ade yang terasa. Hehe. Gurau je tu. ;p


Berbalik pada topik penulisan asal entri. Sebenarnye terfikir nak tulis pasal ni sebab tempoh hari selak-selak rambut, terjumpa sehelai rambut sekerat putih sekerat perang. Omaiii. Aku dah beruban ke? Sedihnye la hai rasa. Macam dah makin tua pulak. Hakikatnye memang begitu pun. Uhuk! Tapi kata kazen aku itu rambut tak cukup vitamin namanya. Rambut tak sehat. Kui3. 


Agaknye la kot sebab aku agak kurang rajin nak syampoo rambut setiap hari. Jimat syampoo la kononnye. Lagipun aku kan bertudung. Jarang aku basah rambut bila nak pakai tudung. Taknak bau kepam rambut basah. Euuuww. Tak selesa pakai tudung dengan rambut yang lembab. Aku cuma basah rambut bila waktu malam lepas balik kerja je. At least masa time cuti baru basuh rambut 2 kali sehari.


Cakap pasal rambut ni, bukanlah bermakna aku nak tayang aurat aku yang satu ni pulak. Tak pernah-pernah aku tempek gambar tak pakai tudung kat memane. Gile hape?! Korang pun tak payah la nak imaginasi rambut aku pendek ke panjang ke lurus ke kerinting ke beralun ke. Anggap je la aku ni kepala botak tak berambut ye. Haha. Mengade pulak nak bayang-bayangkan rambut orang. Penumbuk kang! 


Lagipun aku bukan nak bercerita pasal rambut aku kat entri ni. Yang pasal uban tu cuma penambah rasa entri ni je. Aku sebenarnya nak kongsi dengan korang beberapa perbuatan yang mungkin korang pernah buat yang ada kaitan dengan rambut korang tu. Tapi aku rasa menda ni orang perempuan je pernah buat kot. Lelaki wallahualam. Rasanya takde sebab lelaki kan rambut pendek. Memang tak boleh nak buat menda ni. Hanya mereka yang berambut panjang je mampu buat. Perbuatan apa tu? Haa..meh kite ushar satu persatu.


~Pergghhh..Style gilos rambut budak kecit ni!~
 *Imej sedut dari carian Google*


#1 : Rambut gatal

Siapa yang pernah ade habit cabut rambut sendiri yang kononnye rambut tu rambut gatal? Cabut tak berhenti-henti. Kekadang boleh mengakibatkan satu kawasan tu hampir macam nak botak sebab asyik sangat mencabut sampai tak sedar. Kononnye rambut gatal tu banyak sangat atas kepala. Lepas cabut pergi lekat-lekat pulak akar rambut tu kat cermin.

Rambut gatal ni rambut yang bile kite pegang rasa kasar dan berkedut-kedut. Rambut gatal terjadi sebab hormon gatal menghela tengah meningkat naik secara mendadak dalam diri seseorang. Lagi gatal lagi banyak. Kononnye la. Entah sape la yang mulakan dan definisikan rambut gatal macam tu rupa bentuknye. Ish3. Sabor je la. Dulu aku pernah ade habit cabut rambut gatal ni. Sampai kena marah dengan mak. Kui3. Padan muka! Korang pernah?


#2 : Rambut penentu jantina bakal anak

Yang ini aku tak tahu la idea manusia mana. Macam mana dia boleh terfikir kaedah ni aku pun kurang pasti. Caranya korang kena tarik sehelai rambut. Kalau boleh pastikan rambut tu licin dan lurus. Lepas tu letak kat bahagian tengah lengan tangan dan kepitkan rambut tu kat tengah-tengah. Then, tepuk-tepuk bahagian siku 3 kali kot sambil baca surah ape ntah aku tak ingat. Selawat kot 3 kali. Serius dah tak ingat langsung.

Biar dalam seminit dua kendian buka lipatan lengan dan ambil rambut tu. Tengok keadaan rambut tu jadi camne. Kalau kekal macam awal-awal maknanya dapat anak perempuan. Kalau jadi berkedut-kedut maknanya dapat anak lelaki. Apakah betul? Aduhai. Nostalgia zaman kanak-kanak betul. Hahaha. Rasa nak  gelak guling-guling pulak bila ingat pasal ni. Aku pernah buat dulu. Mudah betul terpengaruh aku ni masa kecik-kecik. Aishoo. (-_-")


#3 : Rambut penentu kahwin umur berapa

Ini lagi satu teori pelik ciptaan siapa tak tahu. Ambil sehelai rambut, ikat rambut kat cincin emas. Sediakan segelas air yang tak sampai setengah diisi. Celupkan cincin emas yang diikat dengan rambut tadi. Baca selawat 3 kali kendian tarik perlahan-lahan ke atas. Lepas tu kira berapa kali cincin yang tergantung tu terkena pada tepi gelas sampai dia terberhenti sendiri dari bergoyang.

Yang ini pun aku pernah buat jugak. Aiyaya. Yang aku ingat dulu aku buat menda ni, aku akan berkahwin masa umur 28 tahun. Ahaha. Lawak betul rasanya. Camne la aku boleh buat menda-menda ni semua dulu masa tak baligh lagi. Siapa la yang ajar aku menda pelik ni semua ha? Aku tak ingat dah siapakah gerangan kawan-kawan yang ajak aku buat menda pelik ni. Kalau ingat aku nak seligi dorang. Ade ke ajar buat bukan-bukan camni. Sabar je la.


Aha. Siapa yang pernah terbuat 3 perkara di atas? Mengaku cepat! Aku rasa kan bebudak lahir tahun 80-an ni memang idea nye merepek-repek je semedang. Entah hape-hape je idea yang boleh direka dan terkeluar dari kepala hotak memasing. Pelik-pelik betul. Haha. Aku cuma ingat yang tiga ni je yang berkaitan dengan rambut. Ke ada lagi eh? Kalau ade cuba korang nyatakan di bahagian komen. Nak tahu jugak. Kot aku terlepas pandang sebab dah terlupa. Jom kita remind sesama sendiri kenangan perangai pelik masa kecik-kecik.



Bisik-bisik :: Mood teringat perangai pelik zaman hingusan! ;p


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 27 January 2012

~Bas Buruk dan Vandalisme~



Assalamualaikum. Hai!


Al-kisahnye, petang Khamis kelmarin lepas balik kerja aku straight pergi merayap kat mall nak membeli mata palsu aku yang dah takde stok. Kang rosak pulak mata aku yang cun ni ha pakai mata palsu expired dah. Lepas sejam merewang seorang diri kat mall dan dah dapat apa yang dicari, aku pun beransur pulang. Eh? Macam buat karangan pulak aku ni. Ehehe.


On the way nak balik tu, sampai kat satu simpang ni aku terpaksa la berhenti sebab ada sebuah bas cilok jalan nak keluar simpang. Sabau je la. Mementang la die beso gedabak. Lepas die setel je keluar dari simpang tu, aku pun ikut je la kat belakang die. Masa tu aku tak perasan lagi ada something weird kat belakang bas tu. Aku cuma membontoti bas tersebut dengan perasaan agak tensen sebab die kentot asap hitam. Begitulah nasib seorang penunggang motorsikal seperti aku. Pasrah je la. (-_-")


Lama sikit lepas follow belakang bas tu, baru aku perasan yang ada tulisan-tulisan agak lucu tercoret kat badan bas tu. Aku pun baca tulisan-tulisan tersebut satu persatu. "BAS INI SANGAT BURUK!" Erk?  Hehe. Aku tergelak sensorang. Macam lucu pulak ayat tu. Kena habes dengan bas tu. Memang bas tu nampak buruk pun. Dengan berhabuk tebal nak mampos. Siap boleh tulis-tulis pulak tu. Tak pernah cuci gamaknye. Pemalas betol. Tambang je nak kutip.


Aku sambung lagi baca. "NOMBOR 4D UNTUK DITIKAM. 7645 2817......" Banyak le lagi nombor-nombor yang tertulis. Aku tak ingat pun. Yang tu aku maen bedal je tulis. Ahaha. Apakah? Sapa la yang kaki nombor pergi conteng kat bas tu. Ish3. Sambung baca lagi. " JANGAN NAIK BAS INI. SANGAT BURUK MACAM B*T*H!" Mak oi. Mencarot la pulak dah. Aishoo. Sabau je la. Aku yang membaca ni pun termencarut jugak la kirenye. Apa ni! Hish.


~Imej disedut dari carian Google~


Tapi sepanjang perjalanan nak balik rumah tu, aku tersenyum sensorang sambil drive motor kesayangan bile teringatkan ayat yang pertama sekali aku baca tu. Hadoi la. Memang ngam habes. Cuma yang aku pelik tu, manusia mana la yang mempunyai ketinggian yang amat maksimum setinggi bas tu untuk menconteng. Gamaknye deme memanjat dengan tangga kot. Kalau kerusi macam mustahil je. Tapi boleh jadi jugak la kalau orang tu tinggi. Hehehe.


Nampak macam perlakuan vandalisme je kan? Tapi sebenarnye dorang conteng tu bukan guna marker ke cat sembur ke. Tak pun. Cuma melakar atas habuk dan debu tebal yang tertempek kat bas tu je. Kira macam protes dengan kekotoran bas yang macam berpuluh tahun tak berbasuh tu. Serius memang kotor nak mampus dan nampak sangat buruk. Aku rasa kalau korang manjat nak jenguk dalam bas pun tak nampak kot sebab cermin pun dah tak rupa macam cermin. Kotor gila!


Aku rasa sejak aku sekolah lagi bas tu memang macam tu kot. Kotor! Dulu aku pergi sekolah memang naek bas jenis tu sebab sekolah aku jauh. Nak pergi bandar pun naek bas tu jugak. Walaupun dah berbelas tahun aku tak naek bas tu, selalu jugak la aku nampaknye. Tapi kondisi bas tu dari dulu sampai sekarang macam tak pernah di'upgrade' je. Nampak lagi 'worst' ade la. Padahal setiap hari orang naik dan bayar tambang bas. Camne tu? At least cuci kasi bersih pun dah ok kot kan? Entah la.


Persoalannya, perbuatan yang menconteng atau melakar tu dikira vandalisme ke tidak? Siapa yang bersalah sebenarnye? Pihak yang melakukan 'arts' melakar atas habuk tu ke atau pihak syarikat bas yang bersalah? Sila lah jawab. Ini soalan khidmat masyarakat dari aku. Nak tengok sikit pembaca belog ni orang jenis macam mana pemikiran nye. Amboi. Ko ingat diri tu psychologist ke cik sha oi. Nak tengok pemikiran orang kunun. Kih3. Selamat menjawab la ye.




Bisik-bisik :: Kadang-kadang kita dapat belajar 'sesuatu' dan tahu mentaliti orang lain dengan memerhatikan keadaan sekeliling kan?


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Thursday, 26 January 2012

~Luahan Cinta 'On Air'~



Assalamualaikum. Hai!


Sebenarnye kan, menda ni dah lama sangat-sangat dah aku nak luahkan rasa ketidakpuasan hati. Ecewah. Bunyi macam dengki je kan. Bukan dengki la. Masalahnya aku rasa semak gila bila dengar. Serius. Sejak aku mula suka dengar radio zaman sekolah-sekolah dulu lagi menda ni dah wujud. Maknanya memang dah lama gila la terpendam kat dasar hati aku ni ha tak terluah-luah. Semalam tetiba 'gunung berapi' meletop. Ahaha.


Aku ni bila malam-malam buta suka dengar online radio kononnya nak bagi mood untuk mendesign atau buat ape-ape je la kerja lain. Dan pilihan radio yang menjadi fevret aku mestilah Suria.fm sebab lagu-lagu kat radio tu bile time syahdu camni mesti best-best. Tambah-tambah lagu lama. Memang syok je layan. Tapi masalahnye bila time tetengah malam buta ni, cuma ada segmen cintan-cintun je. Dah tu lagu-lagu dalam segmen tu la yang syoknye. Tapi bila datang part orang call luah rasa cinta atau deejay baca sms cinta terus rasa tak syok. Geli geleman rase. Terus blur nak buat kerja. (-_-")


Satu menda aku masih tertanya-tanya, selain radio suria ni kan, radio lain pun ade jugak ke buat segmen luahan cinta geli-geli camni eh? Sebab kawan aku semalam komen kat status fesbuk aku cakap macam ade je radio lain yang buat segmen yang sama. Aku jarang dengar radio lain jadi aku tak berapa nak tahu. Dulu time sekolah aku suka dengar radio muzik. Siaran radio tu la yang ade jugak segmen camni. Skang tak tahu ade lagi ke tak sebab dah jarang dengar. Memang semua stesen radio kat Malaysia ni WAJIB ade eh segmen luahan cinta geli-geli? Oh mai..boleh pengsan kalau begini. Amboi cik sha. Nak hiperbola je ayatnye. Ahaha.




Serius aku memang tak paham betul la kenapa ade manusia yang suka buat call dan 'on air' luahkan rasa cinta dorang kat kekaseh masing-masing di corong radio. Yang suka call ni selalunya yang baru bercinta sebulan dua, setahun dua. Alahai..baru sangat tempoh bercinta nye. Kenal pun belum sepenuhnye pasangan tu. Tapi meluah rasa tu kemaen lagi. Macam boleh mati kalau tak ucap-ucap rasa cinta. Bercinta tu berpada-pada je cukup la. Bukan kompom jadik pasangan sehidup semati pun. Meluah rasa tu macam dah lupa dunia. Tengah mabuk bercinta yang amat sangat kot. 


Entah le. Bagi aku macam tak berbaloi je buat cenggitu. Membazir la hoi. Bukan cas kalau call radio ni mahal ke? Hotline le katakan. Tak ke membazir kalau call, lepas tu semangat kemaen luah rasa cinta 'on air'. Sayangnye bukan kekasih korang dengar pun luahan korang tu. Belum kompom die dengar pun radio time tu. Entah-entah die tengah sedap membuta ke ape ke kan. Korang kemaen syahdu susun ayat jiwang, luah dengan penuh perasaan romantis, suara macam dalam kelambu. Tapi kekasih korang tengah asyik turn on dengkuran die. Zzzzzz.


Apa la salahnye terus je call direct kat kekasih memasing dan luahkan je secara personal kalau dah cinta yang amat sangat. Lagi 'value' kot. Tak boleh ke? Kenapa nak 'on air' jugak? Oh..lupe pulak. Nak bagitau seantero Malaya yang korang seorang kekasih yang sangat romantis. Euwww. Pelissss la. Perlu ke? Telinga aku ni rasa macam nak gugur je kalau dengar luahan cinta kat radio ni. Gelis oke. Dengan suara manja ala-ala macam berbisik dalam kelambu tu. Haiyo. Memang tak boleh masuk betol. Sebabkan nak dengar lagu best je terpaksa pekakkan telinga.




Bisik-bisik :: Aku pun bercinta jugak. Lagi lama. 7 tahun kot. Takde pun buat menda 'nonsense' camni. Okay la. Aku bukan seorang yang romantik. *Krik krik* (-_-")


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 25 January 2012

~ PORTFOLIO : Blog Saudara Ariff Sham ~



Assalamualaikum. Hai!


Ini adalah kali pertama aku nak buat entri portfolio hasil kerja aku. Sebelum-sebelum ni main tulis je. Semua hasil kerja sumbat dalam satu entri. Punya la kuat membebel dan tak profesional betul. Haha. Kali ni biar aku tulis secara tersusun. Setiap portfolio akan ditulis dalam satu entri. Baru kemas sikit ye dak? Customer nak, tapi contoh hasil kerja taknak tulis kemas-kemas. Perangai huduh betul aku ni kan? Kui kui kui.


Ok la. Ini adalah belog kedua yang aku design. Dah ada peningkatan sikit la sebab dah ade pengalaman edit belog sendiri sampai nak buta mata. Amboi, propa betul. Hehe. Kali pertama dulu masa design belog kakak aku, pengalaman tak berapa nak ada. Hasil pun takde la hebat mane sangat. Macam cincai pun ade jugak aku tengok. Ish3. Tapi kali ni, alhamdulillah. Banyak jugak la peningkatan dari yang sebelumnya. 


Terima kasih kepada sedara Ariff Sham sebab sudi menggunakan khidmat tangan kayu aku yang sangat sakti ni. Hehe. Alhamdulillah hasilnye memuaskan hati beliau. Aku kerah kepala otak nak cari design yang betul-betul bersesuaian sebagai identiti belog beliau tu. Maklum le beliau serahkan bulat-bulat pada aku untuk design sendiri mengikut kepala hotak berkarat aku ni. 


Seperti biasa bila mendesign ni aku memang jadik burung hantu la. Tak tidur malam. Nasib baik la time cuti. Kalau tak, mahu ting tong pale otak. Kerja kat opis pun tak jalan nanti. Ehehe. Ok la. Banyak pulak aku ni membebel. Memang dah habit betul. Hehe. Sori sori. Meh la tengok hasil kerja aku. Aku fully design belog ni dari zero. Kira pakej lengkap la. Template, header, footer, banner flash, watermark, signature, button page. Nampak je simple. Tapi nak mengerah otak cari idea tu memang boleh pengsan le. Jom tengok!


-Watermark-


-Full Template-


Abaikan icon shoutbox dan yang sebagainye yang kat tepi tu. Menda alah tu memang statik. Hehe. Design adalah hasil kreativiti aku sendiri yang tak berapa nak kreatif ni. Mungkin tak secantik macam orang lain yang dah memang pakar bab design mendesign ni. Apa-apa pun aku sangat-sangat berterima kasih kepada sedara Ariff Sham kerana sudi melaburkan duit untuk mengupah aku. Customer pertama dari orang yang aku tak kenal in reality. 


Next portfolio design belog kakak encik CH pulak yang dah tertangguh lama nak mampuih. Mentang-mentang le kenal kan. Sesaje buat lambat-lambat. Keh3. Sori bakal kak ipar. Bakal adik ipar mu ni memang sengaja je buat lambat. Nak buat yang terbaik untuk impress bakal kak ipar. Ecewah! Kalau ada yang berminat nak upah aku jangan segan-segan contact kat email oke. I will serve you the best as much as i can. Gracias!



Bisik-bisik :: Alhamdulillah..rezeki makin murah. Boleh buat belanje kawen. Hua hua hua.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 22 January 2012

~Rahsia Dalam Kelambu~



Assalamualaikum. Hai!


Err..terlebih dahulu nak mintak maaf sebab entry perbincangan aku kali ni agak censored sedikit. Hew hew hew. Sebenarnye kan, aku agak konpius sebab tempoh hari masa aku tengah sebok menempek tengok anak mak angkat aku berinai, tetibe aku kena halau keluar dari situ. Makcik nye yang tolong pakaikan inai kata nak cakap benda rahsia orang kahwin. Aku pun dengan blur-blur ayam bangun keluar le sebab dah kena halau kan. Baru ingat nak menempek pakai inai sesame. Sekali kena halau daa. Sedih. T_T


Lepas dari insiden tu kan, aku asyik terfikir-fikir. Memang wajib ke pengantin dapatkan tips malam pertama dari orang-orang yang berpengalaman? Err..tak segan ke dengar orang-orang itu bercerita pengalaman dorang tu? Err..orang yang bagi tips tu pun tak rase malu ke cerita 'Rahsia Dalam Kelambu' dorang pada orang lain? Err..ke aku je yang agak konservatif hal-hal macam ni? Err..entah la weh. Yang aku tahu memang aku ni sensitif sikit bab-bab macam ni ye. Macam malu je tau nak share-share pengalaman orang. Perlu ke ha? (-_-")


Disebabkan asyik terfikir, aku sampai men'google' la semalam sebab nak tahu perlu ke berkongsi 'rahsia dalam kelambu' dan dapatkan tips malam pertama. Kot la terjumpa artikel agama yang menerangkan dan mengatakan benda ni sebenarnye salah di sisi agama serta haram dikongsi-kongsi dengan orang. Gigih gile. Sayangnye apa yang aku cari tak jumpa. Yang aku jumpa longgokan tips, e-book dan forum perbincangan tentang hal tu. 


Pengsan membaca ayat orang yang ramainye tak segan silu menyebut dan mencanang-canangkan pengalaman masing-masing. Tak kurang jugak yang gatal tangan menaip dan bertanya soalan tentang hal itu. Anak dara pulak tu. Wuu. Yang lagi nak pitam tu ramai gila yang 'horny' nak mampos taip ayat bukan-bukan dan lucah. Hadoi la. Boleh buat aku koma betol. Aku takde la baca habes. Baca sepintas lalu pun dah boleh agak dah perbincangan dorang tu memang berkisarkan hal yang tu je la.




Bercakap tentang hal ini, tetiba aku terfikir. Dari pemerhatian aku, kebanyakan yang suka berkongsi hal 'rahsia dalam kelambu' ni adalah dari golongan wanita. Err..ke mana la hilangnye rasa malu dorang eh? Golongan lelaki pulak aku kurang pasti. Mungkin mereka yang rasa diri mereka 'hebat' saja yang akan seronok mencanang-canangkan 'kehebatan' mereka. Lelaki kan ego. Takkan nak tunjuk 'kelemahan' sendiri pulak kan? Kalau yang wanita ni, kebanyakan nye sesedap rasa je berkongsi tak kesah die 'hebat' ke 'lemah' ke. Semua nak cerita. Pelik betol.


Aku bukanlah nak tunjuk aku ni baik sangat. Cumanya aku tak boleh la terima orang suka berkongsi 'rahsia dalam kelambu' ni secara terbuka. Sebab aku yang rasa malu tahu tak? Ok la. Jujur aku katakan, bukan aku takde kawan-kawan yang suka cerita hal macam ni. Ada. Dorang selalunye akan sebut 'Ilmu la ni weh. Ko kena ambil tahu jugak'. Tapi takde la aku pergi sound dorang depan-depan walaupun aku tak berapa gemar dengar dorang bercerita. Kang tak pepasal pulak bergaduh. Aku buat rileks je. Aku cuma akan bereaksi 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'. Macam tu je la mampu aku buat.


Dulu kan, aku pernah mengadu kat encik CH sebab dah penat nak dengar kawan-kawan aku cerita hal 'rahsia dalam kelambu' dorang. Nak tahu ape encik CH tempelak aku? "Nanti kita dah kawen jangan jadi macam dorang pergi canang 'rahsia dalam kelambu' kite kat orang lain. Kalau rasa nak kena 'bedal' buat la." Aku pun terus speechless. Tapi memang aku takkan buat pun. Gile hape?! Memang bukan aku la kalau buat camtu. Mungkin aku dah gile ke masa tu kalau aku ade buat kan. Kui kui kui.


Entah la weh. Mungkin bagi korang menda ni biase je kot kan. Tapi pada aku tidak. Ikut suka korang la kalau nak hentam aku ni konservatif ke, kolot ke, katak bawah tempurung ke, tak open-minded ke. Pedulik hape aku. Dah memang aku cenggitu pun. Ahaha. Bab-bab ni memang aku 'tertutup' sikit ye. Harap maaf. Sekian saje perbincangan kite yang agak 'censored' kali ni. Sebarang pendapat sila kemukakan di ruangan komen di bawah. Tapi jangan tulis menda lucah-lucah ye. Aku hempuk korang kang. Haha. Mekaseh.



Bisik-bisik :: Rasa macam tebal je pipi aku time menaip entri kali ni. (-_-")


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Thursday, 19 January 2012

~Rancangan Mengarut Lagi Menyesatkan~



Assalamualaikum. Hai!


Aku tengah blur dan jadi sedikit tak rajin nak buat kerja. Maklum la sekarang ni aku tinggal sensorang je kat opis. Yang lain semua dah cabut. Dari 4 orang tinggal aku sorang. Syahdu je rase. 2 orang cabut sebab dapat better offer. Gaji lagi up. Sorang lagi sebab pergi sambung belajar. Aku? Dalam proses cari kerja yang better jugak. Sedih la kerja sensorang. Walaupun ade orang yang akan replace tempat dorang tu, tapi aku rasa nak cabut jugak la. Nak cari environment kerja baru pulak.


Sebenarnye nak menulis tentang ni dah lama dah. Sebab meluat gila tengok iklan kat tv asyik ulang tayang sedutan rancangan ni. Ingat best ke? Aku rasa pelik camne la produser rancangan tu boleh terfikir nak terbitkan rancangan cenggitu. Takde faedah betol. Rancangan ape yang aku maksudkan? Inilah rancangan-rancangan mengarut yang sangat mengarut dan terlalu mengarut serta tidak mustahil boleh menyesatkan golongan yang cetek ilmu agama.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

#1 : Rancangan Mencari Hantu

Alahai. Rancangan Seekers tu la. Entah apa faedah pergi cari hantu-hantu tu pun aku tak tahu. Dah takde kerja sangat ke? Nak dibuat ape pergi mencari hantu tu? Die duduk kat alam die senyap-senyap tak ganggu kite, yang kite nak pergi kacau die tu watpe la? Lepas tu guna manusia sebagai perantara kononnya nak berinteraksi dengan hantu tu. Biar hantu tu masuk dalam tubuh manusia. Apakah? Syok sangat ke bagi hantu merasuk masuk dalam badan tu? Tak faham betul.

Memang makhluk halus tu wujud kat sekeliling kita ni. Dalam al-quran pun ada huraikan. Jin dan syaitan memang ada. Kita menghuni bumi ni memang berkongsi dengan menda tu semua. Cuma berbeza alam la. Habes yang sebok sangat nak explore alam menda alah tu watpe la? Pergi explore ilmu agama lagi bagus.




#2 : Rancangan Membongkar Amalan Mistik

Ini rancangan baru aku rasa. Hari tu ternampak iklan die. Tajuk rancangan tu Khurafat. Siaran tv mana yang tayang aku dah lupa. Yang ini lagi buat aku bertambah-tambah tak faham. Apa la 'rajin' sangat pergi selongkar cari kaedah-kaedah amalan mistik yang dah tahu terang-terang khurafat tu? Lepas tu tayang kat tv pulak nye. 

Apalah tujuan nya? Nak bagi pengajaran kat orang ramai supaya jangan pergi buat benda khurafat macam tu? Dah kalau tayang gitu ingat takde ke orang yang akan 'berminat' nak cuba? Orang yang 'buta agama' takdenye nak fikir benda tu elok ke tak nak dibuat. Dah dalam tv tayang, macam bagi dorongan untuk dorang pergi mencuba. Alahai. Dah la sekarang ni makin ramai  yang 'buta agama'. Sedih betul aku rasa.


#3 : Drama Menyelitkan Unsur Perbuatan Khianat Menggunakan Khidmat Sihir Tok Moh

Ini dalam kebanyakan drama mesti ade selit sikit-sikit. Walaupun tak semua drama la. Drama paling kerap selit elemen ni tentulah drama slot seram-seram tu. Ala..yang kat tv3 tiap Khamis malam Jumaat tu. Kalau drama-drama biase jarang ade cuma dalam Tentang Dhia hari tu memang terang-terang elemen ni ade. Santau la, ape-ape je la. Aku tak tahu.

Walaupun ade jugak selit elemen keagamaan macam ustaz ubatkan penyakit angkara perbuatan sihir tu, tapi rasa-rasanye takkan ade ke orang yang nak terpengaruh dengan perbuatan tu? Tak mustahil ade kan? Macam huraian kat atas tadi. Orang yang 'buta agama' takkan fikir benda tu salah. Malah bagi idea pulak kat die untuk melakukan perkara yang sama pada orang yang die khianat. Make sense?

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Hmm..setakat ni cuma tiga rancangan ni je la yang kerap aku nampak kat iklan tv. Itu belum filem. Filem sekarang pun dah makin berlambak-lambak yang genre seram hantu-hantu ni. Asal keluar filem baru je filem seram. Tak filem seram filem cinta. Balik-balik yang itu je la. Bosan gile. (-_-")


Aku bukan la nak memperlekehkan produser atau sesiapa saje yang terlibat dalam menerbitkan rancangan ni. Cumanya pada pandangan aku, lambakan rancangan-rancangan macam ni langsung tak bermanfaat. Entahlah. Mungkin pada orang lain atau korang, rancangan tu ada bagi pengajaran atau manfaat. Tapi pada aku, dah memang tahu benda tu salah di sisi agama Islam, takkan lah tak tahu kan? 


Eh..lupa pulak. Tadi aku sendiri yang cakap ramai orang 'buta agama' sekarang ni. Tapi kalau betul 'buta agama' pergilah belajar agama. Bukan tengok rancangan mengarut macam ni. Alahai. Pelik-pelik betul la orang sekarang ni. Kenapa suka sangat dengan benda bukan-bukan camni. Seronok je syaitan berpesta ria bertepuk tangan sebab ramai manusia terpedaya dengan 'rancangan halus' die. (-_-")



Bisik-bisik :: Cari Hantu, Perubatan Mistik, Sihir, Tok Moh semua tu salah di sisi agama Islam. Bertaubatlah!


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 15 January 2012

~Aib Tersebar. Siapa Yang Bersalah?~



Assalamualaikum. Hai!


Aku dah lama perhatikan fenomena 'aib-mengaib' ni. Semakin hari semakin berleluasa. Tambah-tambah kat dunia maya ni. Bukan bermaksud kat dunia realiti takde menda ni berlaku. Memang ada cuma tak berapa terkesan mungkin sebab tersebar pun dalam lingkungan kecil saje. Maksudnya hanya yang ade berdekatan saje yang tahu. Ye la penyampaian cuma dari mulut ke mulut. 

Contoh - Perbualan Senah dengan Jenab.
Senah : Ko nak tahu Jenab, Si Melah tu nampak je cantik kat luar. Tapi...
Jenab : Tapi apa Senah?! Cepat la kabo ke aku.
Senah : Kalau ko nak tahu Si Melah tu pengotor nak mampus. Bilik die Ya Rabbi bersepah-sepah. Baju berterabur sana-sini. Kadang-kadang berminggu-minggu tak basuh. Dia main pakai je. Pastu sembur perfume banyak-banyak.
Jenab : Ye ke Senah. Mana ko tahu? Jangan buat cerita. Kang jadi fitnah la pulak. Aku taknak tanggung dosa memfitnah.
Senah : Betul la Jenab. Ko ni lupe ke aku ni duduk serumah dengan dia.
Jenab : Ye tak ye jugak. Lupa pulak aku aku ko serumah dengan die. Patut la aku sebatu pun dah boleh bau perfume dia. Rupanya pakai baju tak basuh. Ntah-ntah yang dalam-dalam pun macam tu eh? Ee..pengotor nye Melah ni. Ni nak kena bagitau kawan-kawan lain ni.

Maka, aib Si Melah yang pengotor pun tersebar. Pengotor tu boleh dikategorikan aib ke eh? Lantak le. Aku tak reti bab nak bagi contoh aibkan orang ni. Sori. Hentam je la eh. Ehehe. Apa yang aku cuba sampaikan ni cuma nak tegaskan yang aib pun boleh tersebar dari mulut ke mulut. Bermula dari orang yang terdekat yang tahu pasal kite. Sebab dah menyampah sangat, terus disebarkan kat orang lain.


Kalau di dunia maya ni pulak, aib boleh tersebar seantero dunia. Mana taknye, dari segi penulisan, gambar atau video yang tersebar, tak mustahil satu dunia boleh tahu bukan? Bagi seorang yang dikenali, mungkin dalam masa sesaat je boleh menjadi 'hit'. Bagi yang kurang dikenali pula, mungkin ambil sedikit masa untuk menjadi 'hit'. Melainkan sesuatu yang dia buat tu terlalu mendatangkan kebencian orang. Maka semua orang pakat 'bekerjasama' menyebarkan aib dia bagi menyatakan rasa meluat mereka.


Tapi apa yang dimaksudkan dengan 'aib yang tersebar' ni? Aib tu apa sebenarnya? Macam mana aib boleh tersebar? Siapa yang mulakan dan siapa yang bersalah dalam hal ni? Banyak sangat persoalan yang boleh dikemukakan tentang hal ni. Sampai kadang-kadang tak tahu berpunca dari mana. Pening kan?




Aib membawa maksud sesuatu perbuatan yang memalukan dilakukan oleh seseorang tanpa disengajakan atau dengan niat oleh orang itu sendiri. Aib boleh tersebar melalui 2 cara saja. Diri sendiri yang mendedahkan aib dia atau orang yang terdekat yang menyebarkan aib dia. Kemudian tanpa disedari, aib tersebut semakin tersebar dengan meluas sebab ramai yang 'berkongsi'. Semuanya bermula disebabkan diri sendiri atau orang terdekat yang mendedahkan. Jadi, siapa yang harus dipersalahkan?


Aku pernah dengar hadis tentang aib ni yang lebih kurang begini bunyinye, "Tutuplah aibmu kerana Allah telah menutupnya" dan "Jangan disebarkan aib orang kelak aibmu pula akan tersebar". Maaf kalau kurang tepat sebab aku tulis dengan bahasa aku sendiri yang aku faham maksudnya dari penyampaian hadis tersebut. Tapi begitulah lebih kurang maksud hadis tersebut. 



Kadang-kadang ada ramai yang suka menjawab tanpa berfikir bila aib tersebar. Diri sendiri yang menyebarkan menegaskan, "Gambar aku. Aku punya suka la nak share pun. Aku telanjang ke, tak pakai tudung ke, seksi ke, kau pedulik ape. Kubur masing-masing la weh!" atau "Video peribadi aku. Aku upload untuk tatapan aku dan kekasih aku. Lantak le gedik ke, lucah ke. Sape suruh kau tengok. Kau tu yang dengki. Busuk hati!". Dia terlupa yang dunia maya ni luas. Sekali dah upload walaupun untuk tatapan sendiri, semua orang boleh tengok. Walaupun itu salah diri dia sebab menyebarkan aib sendiri, dia tetap berkeras mempertahankan perbuatan dia yang kononnya itu hak dia.


Yang menyebarkan cakap, "Dia sendiri yang dedahkan aib dia, aku cuma nak berkongsi untuk bagi pengajaran pada orang lain. Bukan salah aku sebab sebarkan. Memang padan la muka dia. Sape suruh gedik sangat. Perangai macam @%&#*. Padan muka!" atau "Aku benci gila kat dia ni. Biar dia tahu sikit rasa malu tu macam mana. Siapa suruh share kat aku rahsia dia. Bodoh!". Mereka terlupa yang perbuatan mereka itu boleh mengundang banyak dosa dari orang lain yang turut serta untuk caci maki.


Entahlah. Kadang-kadang aku rasa benda ni terlalu kompleks untuk dihuraikan. Bagi pendapat aku, jika kita tahu kita pernah melakukan sesuatu yang mengaibkan, eloklah simpan sahaja pada diri sendiri. Kemudian menginsafi diri dan memohon kemaafan pada Allah minta dilindungi. Tidak perlu didedahkan atau diceritakan pada orang lain. Sebab kemungkinan untuk disebarkan pula pada orang lain memang tinggi. 


Pada yang mengetahui aib orang pula, eloklah dinasihatkan orang itu secara peribadi. Tak perlu disebarkan pada orang lain dengan niat mahu memalukan dia. Semua tentang dia disebut-sebut. Nama, gambar, video, disebarkan. Tak perlu buat begitu. Perbuatan tu namanya khianat. Cukuplah dengan menasihat secara peribadi. Kalau dia taknak dengar lantak le kat die. Yang penting kita dah tunaikan tanggungjawab kita sesama muslim.


Sebenarnya, dunia penulisan belog ni kadang-kadang menjadikan ramai manusia seperti 'lupa diri' dan 'terlepas laku'. Menulis sesedap rasa. Terlupa yang tanpa sengaja telah menyebarkan aib orang. Nak menjadi keyboard warior kononnya. Aku pun kadang-kadang terfikir, sepanjang aku menulis ni pernah ke aku buat salah dengan mengaibkan orang? Takut terlepas laku tanpa disedari. Jika ada, aku mohon maaf pada mereka yang terlibat.


Kita semua pernah buat silap. Kadang-kadang kita tak sedar kita juga pernah buat sesuatu yang memalukan. Tapi kerana Allah sayangkan kita, aib kita tersebut dilindungi olehNya. Jadi seeloknya, kita menginsafi kekhilafan kita tersebut dan jangan terus mengulanginya.



Bisik-bisik :: Selalu muhasabah diri sendiri dan menginsafi jika pernah berbuat khilaf.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 13 January 2012

~Perangai 'hodoh' penunggang motorsikal~



Assalamualaikum. Hai!


Orang cakap, kalau nak tengok perangai sebenar seorang manusia tu camne, tengok masa die memandu. Sebabnye perangai 'hantu' seorang manusia tu mesti ter'publish' masa tu. Tak kira la die tu samseng jalanan ke atau tidak. Kekadang orang yang berpewatakan alim sekalipun, bila atas jalanraya terus jadi lain perangainye masa memandu. Kenyataan yang pahit untuk diakui, kan?


Kenapa jadi macam tu? Entah la. Aku sendiri pun tak pasti. Mungkin gamaknye dorang nak lepaskan perasaan kot. Maklum le kat dunia realiti dorang kena behave. Menjaga segala adab di hadapan semua orang di sekeliling. Kang jatuh le martabat kan? Jadi nak tak nak 'terpaksa' juga menjaga tingkah laku. Masa masuk je kenderaan masing-masing terus perangai tu jadi auto-tune bertukar secara tiba-tiba. Tu yang kadang-kadang kite nampak, pakai serban tapi bawak kereta sikit punye ganas tak peduli orang keliling dah. Betul tak?

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Tapi kali ni aku nak cakap pasal perangai hodoh penunggang motorsikal sebabnye aku ni kan gadis rempit ayu. Bhahaha. Seriously, sepanjang gigih merempit ni, macam-macam jenis penunggang motorsikal yang dah aku jumpa dan dah bermacam-macam situasi yang agak membengangkan aku hadapi. Bab situasi yang menyampah tu aku dah pernah tulis dulu dalam entri pantang larang masa drive moto. Jadi kali ni nak tulis pasal perangai penunggang moto yang agak membengangkan pulak. Meh kite lihat, apakah perangai hodoh tersebut.


#1 : Meludah sesuka hati.

Ohoi..yang ni dah banyak kali aku terkena. Hampeh betol! Geli woi terkena air ludah orang. Tambah kalau diiringi dengan kahak. Huwarghhh. Tensen nak mati kalau kena. Rasa macam nak terus pergi mandi wajib dan samak sampai hilang rase geli. Uhuk! 

Dorang ni ingat dorang ludah tu terus jatuh kat jalan ke? Tak pikir ke yang angin bayu akan membawa percikan ludahan dorang tu. Lepas tu penunggang di belakang dorang yang terkena. Arghh..tensen tahap tertinggi betol dibuatnye. (-_-")


#2 : Merokok sesedap rasa

Yang ini lagi satu kepantangan aku. Kekadang rase macam nak pecut laju-laju pergi sebelah die pastu sidekick moto die bagi die tergolek bersama-sama dengan moto. Tapi tak mampu nak buat memandangkan sedar diri yang kaki ni pendeks. Uhuk! Tapi aku memang hangen betol la kalau ikut belakang penunggang moto yang sesedap rase merokok sambil menunggang moto ni. 

Tak cukup ke sedut angin dengan asap kenderaan je? Nak jugak hisap rokok. Lepas tu hembus sesuka hati. Tak pikir ke asap yang dorang hembus tu akan berlalu bersama angin bayu pastu orang belakang terpaksa sedut sekali? Dah la kena sedut asap kenderaan yang lain sama. Bengang betol. Dah le aku pemalas nak pakai mask sebab rimas. Hadoi.

~Erk? Sila jangan tiru aksi ini. (-_-") ~


#3 :  Merempit laju macam jalan tu die sorang je yang guna

Satu lagi spesis penting diri punye orang. Die fikir die sorang je kot yang guna jalanraya. Rempit dan menyelit sana sini sesuka hati die je. Gilos punye orang. Tempoh hari aku terkena. Dah tahu laluan motorsikal tu tak berapa nak lebar. Tapi nak jugak menyelitnye. Dah la masa tu hujan dan jalan agak licin. Aku tengah nak pintas pakcik kat depan aku sekali ade mamat rempit datang nyelit kat sebelah. Dah jadi 3 motor beriringan bersama-sama meredah hujan. Kerjasama betol. 

Entah dari celah mane die datang aku pun tak perasan. Masa aku nak pintas tu rasa macam takde motor pun. Die pun jauh lagi kat belakang masa tu. Sekali tetibe menyelit kat sebelah. Siap hoi-hoi kat aku lagi. Aku sikit punye gabra masa tu. Dah terhimpit kat tengah-tengah. Sian jugak kat pakcik tu. Mesti die pun terkejut. Nasib baek tak eksiden beramai-ramai. Ngek je mamat tu. Die ingat die sorang je yang terpaksa redah hujan ke? Hish!


#4 : Suka tekan brek tetiba dan tak reti bagi signal

Ada jugak yang pesyen sikit-sikit nak tekan brek. Takde ape-ape kat depan die pun nak tekan brek. Dah tu tetibe pulak nye. Kite yang ikut kat belakang die ni kalau tak alert memang 'selamat' la langgar bontot moto die. Maklum le tak sempat nak tekan brek. Entah pesyen ape ntah suke beno tekan brek tetibe. 

Lagi satu yang jenis tak reti nak bagi signal bila nak masuk simpang. Susah sangat ke nak tekan lampu signal nye? Ini main rodong je masuk simpang tetiba. Time tu la nak brek tetiba pastu masuk simpang tak bagi signal. Buat terkejut orang yang kat belakang. Apa la salahnye kalau malas nak tekan signal, angkat je sebelah tangan tu macam masa belajar ambil lesan moto dulu. Takkan dah lupe kot? Hadoi la. Tak pikir ke perbuatan dorang tu boleh membahayakan penunggang moto lain yang berada kat belakang? 


#5 : Beriringan sambil bersembang mesra

Pernah jumpa penunggang yang jenis macam ni? Yang ni selalunye dorang merempit beramai-ramai dengan geng nak pergi ke sesuatu tempat. Alahai. Tak boleh ke tunggu dah sampai kat tempat yang dituju baru bersembang? Sebok beno nak bersembang atas jalan raya. Menggangu lalu lintas penunggang motor yang lain tahu tak? Aiyaya.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Hah! Itulah antara perangai hodoh penunggang motorsikal yang aku sempat observe dari pengalaman aku sendiri yang menjadi mangsa terkena ni. Kesian kat penunggang yang berhemah macam aku. Selalu je jadi mangsa keadaan. Sedih betol. Siapa antara korang yang pernah kena macam ni? Takpun ade lagi ke perangai hodoh penunggang moto yang korang pernah alami selain yang kat atas ni. Cube kongsi sikit dengan aku.


Tapi ade lagi satu benda yang aku perasan tau sepanjang menjadi pemerhati sambil menunggang moto ni. Penunggang moto lelaki kan, ade 3 style cara duduk bawak moto. Kekadang aku tergelak sensorang atas moto bile perhati. Lawak. Ahaha. Korang nak tahu jugak ke? Nanti aku cerita eh. Kuikuikui. ;p



Bisik-bisik :: Jadilah penunggang motor yang berhemat. Sebab risiko penunggang motor untuk menjadi mangsa kemalangan sangat tinggi. Be careful! Ingatlah orang yang tersayang.
*peringatan untuk diri sendiri juga*


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 7 January 2012

~Buku Bajet~



Assalamualaikum. Hai!


Hari ni nak tulis topik santai-santai je. 'Berat' jugak kepala otak bila menulis topik yang agak serius. Maklum la sebab sebelum menulis tentang sesuatu isu, aku akan menjadi seorang makhluk yang sangat banyak berfikir. Mula mengkaji dan meneliti pendapat-pendapat dari pelbagai sudut. Kemudian baru mula menulis untuk menyampaikan pendapat aku pula. Semasa menulis tu pun akan mengambil masa yang terlalu lama kerana memikirkan ayat yang relevan supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak. 


Ya. Itulah kaedah yang digunakan bila aku menulis. Tak pernah lagi aku menulis sesedap rasa dan sesuka hati sahaja tanpa membuat pembacaan dan penyelidikan terlebih dahulu bila mahu mengulas isu yang 'berat'. Dan tak pernah lagi aku menyatakan pendapat dengan melanggar syarak dan melampaui batas. Aku cuma mahu menyampaikan sudut pandangan aku buat pembacaan semua. Mungkin ada yang tidak bersetuju. Itu terpulang kepada individu dan aku terima itu juga sebagai pandangan dari mereka. Kita semua berhak menyatakan pendapat selagi tidak tersasar dari landasan Islam.


Baiklah, berbalik pada tajuk entri. Kalau korang nak tahu, memandangkan aku ni kan kedekut orangnye, jadi setiap perbelanjaan yang telah aku keluarkan, akan ditulis dalam sebuah 'BUKU BAJET'. Bukan Bajet Hot ke Bajet Alim ke. Ini adalah Buku Bajet Perbelanjaan. Senang cakap Buku Kewangan la. Hoho. Aku mula mencatat perbelanjaan dalam buku bajet ni masa gaji pertama aku terima tahun 2010 yang dulu. Sekarang ni dah masuk buku bajet yang kedua. Boleh jadi Menteri Kewangan ni. Ahaha.


Dalam buku bajet tu, segala apa sahaja yang aku beli atau belanja akan dicatit secara details berserta dengan jumlah wang dibelanjakan. Tak cukup dengan tu, aku kepilkan sekali semua resit-resit perbelanjaan. Sampai tulisan kat resit tu tak nampak dah pun aku simpan jugak. Punya sayang nak buang. Sampai tahap tu. Ish3. Buku bajet aku pun biase-biase je sebenarnye. Pakai notebook/buku log je. Tak perlu buku yang cantik-cantik sangat pun.


~Inilah BUKU BAJET PERBELANJAAN aku.~


Kenapa aku memerlukan buku bajet? Sebab senang nak pantau aliran keluar masuk duit gaji aku la. Setiap bulan aku akan peruntukan sejumlah wang dari gaji aku untuk simpanan tetap dalam BSN. Wajib! Kalau ada duit lebih di hujung bulan, baru aku akan tarik lebihan duit tu dan masukkan dalam simpanan alternatif aku pula dalam akaun Bank Muamalat. Sebabnya, kedua-dua akaun bank ni aku takde kad. Jadi possibility aku nak mengeluarkan duit dari akaun tu memang takkan terjadi la.


Jadi lebihan duit gaji yang lain selepas tolak duit simpanan tetap, aku belanjakan mengikut keperluan. Apa yang aku rasa perlu beli, baru aku beli. Kalau takde keperluan, aku cuma memandang sepi je la walaupun teringin sebenarnye. Dari lebihan duit gaji tersebut tu jugak aku peruntukkan sejumlah wang untuk perbelanjaan dapur rumah mak aku. Dah aku tinggal dengan die. Jadi kena la keluar duit belanja dapur. Takkan nak duduk saje je kot. Dah le menumpang rumah mak. Kena la sedar diri sikit ye dak?


Aku juga memperuntukkan gaji aku untuk membayar bil berukben, pinjaman PTPTN dan lain-lain perbelanjaan macam belanja makan, bayar tol, isi minyak moto. Semua tu aku perincikan dalam buku bajet tau. Takde tinggal seketol pun. Aku tulis semuanya. Nampak sangat kedekut tak? Siap ada perancangan kewangan lagi tu. Punye kedekut nak keluar duit sesuka hati. 'Bernasib baik' la bakal suami bila kawen dengan aku nanti. Aku nak jadi bendahari rumahtangga pantau kewangan keluarga. Hoho.


Pada aku, bagus sebenarnya ada Buku Bajet ni tak kira la kedekut ke tak. Sebab boleh didik diri supaya tak sewenang-wenang berbelanja macam diri tu tukang cop duit. Bila ada buku bajet, kita akan tahu ke mana duit kita habeskan. Takde la tetibe 'meroyan' kata duit mengalir macam air paip la, duit missing in action la, dan apa saje la. Itu korang la tu. Hehe.


Siapa di antara korang yang ada habit macam aku ni? Tahniah aku ucapkan sebab korang antara yang pandai mengatur kewangan peribadi. Ecewah. Memandai je kan. Takde la. Tapi pada hemat aku, orang yang suka catit perbelanjaan dia ni seorang yang bijak mengurus kewangan. Amboi..macam nak puji diri sendiri je Cik Sha? Ahaha. Bukanlah. Apa la korang ni! (-_-")




Bisik-bisik :: Elakkan pemborosan! *Ayat apakah ini? Ehehe.*


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 6 January 2012

~Suara Dari Seorang Ex-Mahasiswa~



Assalamualaikum. Hai!


Baru sudah meneliti AUKU 1971 dengan sangat gigih walaupun panjang berjela-jela. Teringin nak belek jugak? Nah pergi jengah kat sini. Kenapa aku sebok dan beriya-iya benar belek setiap inci isi dalam AUKU tu? Sebab aku pelik dan tak faham dengan perjuangan 'mahasiswa' yang sibuk sangat berdemonstrasi nak suruh 'mansuh' kan AUKU. Dah lama nak berhujah, tapi baru kali ni berpeluang.


Sebelum kamu semua melatah, suka aku maklumkan di sini bahawa ini adalah pandangan peribadi aku setelah membuat pembacaan dan meneliti hujah dari penulis-penulis blog yang lain, samaada mereka menyokong atau membantah mengenai isu tersebut. Setiap perincian komen dari pembaca-pembaca mereka juga aku teliti, samada yang mengecam atau menyokong atau yang tak tahu apa pun yang mereka komen. Barulah aku 'keluar' dengan menulis pendapat aku pulak di ruangan belog peribadi aku ini. Tiada sebarang prejudis terhadap hujah dan komen mereka. Yang mana baik aku ambil, yang mana buruk aku cuba fahami maksud mereka. Jadi sila berfikiran terbuka untuk membaca pandangan peribadi aku pula.


Kenapa hendak dimansuhkan AUKU? Sudah meneliti setiap isi kandungan yang terkandung dalam Akta tersebut? Kalau takde, jangan sibuk sangat nak berjuang tanpa selidik dulu. Konon memperjuangkan 'kebebasan akademik'. Sekadar tak puas hati dengan Seksyen 15 dalam Akta tu dah berkobar-kobar nak suruh mansuh AUKU?


Perkataan 'mansuh' sangat tidak bersesuaian digunakan hanya disebabkan tidak berpuashati dengan Seksyen 15 yang 'melarang keras' pelajar-pelajar di universiti/kolej terlibat dengan politik negara. Setelah aku meneliti keseluruhan Akta tersebut, pada pendapat aku, AUKU sangat tidak relevan untuk dimansuhkan kerana segala yang terkandung di dalamnya adalah undang-undang untuk penubuhan sesebuah universiti/kolej. Jika mahu, mungkin Seksyen 15 yang menjadi 'perdebatan' itu boleh dipinda. Mansuh kesemuanya? Perkara itu adalah sesuatu yang sangat 'membinasakan' jika terjadi.


Kalau takde AUKU ni sesedap rasa je la orang yang 'berduit' nak tubuhkan universiti/kolej sendiri. Sebab dah tak payah terikat dengan Undang-undang. Dalam dok ada undang-undang ni pun masih ade jugak kolej swasta yang ditubuhkan secara sesuka hati dan semakin bercambah. Lepas tu yang 'bijak pandai' pergi masuk, bila dah habes belajar mintak kerja, sijil/ijazah yang diterima tu tak sah, bising pulak kata kena tipu. Dah tu nak suruh mansuh AUKU? Tak faham betul aku apa yang dorang ni fikir. (-_-")


Yang aku nampak jelas sekarang ni cuma Syeksen 15 dalam Akta tersebut sahaja yang cuba 'diperjuangkan' oleh mahasiswa yang gila berpolitik dan mahukan kebebasan bersuara dalam menyatakan pendapat dan pendirian mereka dalam dunia politik negara. Itu sahaja. Ini bukan perjuangan 'kebebasan akademik' seperti yang diwar-war kan. Ini adalah lebih kepada perjuangan  untuk 'berpolitik dan kebebasan bersuara lantang'. Sangat jelas!

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Sebagai seorang yang pernah belajar di universiti dan bergelar mahasiswa satu masa dulu, ini adalah pendapat aku mengenai isu yang sedang hebat diperkatakan kini. Sila baca dengan hati dan pemikiran yang terbuka. Jangan terlalu jumud sehingga menghentam aku kembali disebabkan pendapat dari seorang yang 'bukan sesiapa pun' seperti aku. Kata nak memperjuangkan 'kebebasan bersuara'. Jadi benarkanlah aku menyatakan 'suara' aku mengenai isu ini. Boleh kan?



# Salahkah jika mahasiswa mahu berpolitik? 

Pasti ada yang akan menempelak seperti ini. "Mahasiswa adalah 'golongan cerdik pandai' yang bakal mentadbir negara. Takkan nak suruh mat rempit pulak yang berpolitik dan mentadbir negara. Jadi mahasiswa berhak terlibat dalam politik! Suara mahasiswa harus 'didengar'. Kami antara mahasiswa yang bakal menjadi pemimpin negara.".

Ya. Aku faham. Memang golongan cerdik pandai bergelar mahasiswa yang akan menjadi 'pemimpin' dalam negara satu hari nanti. Tapi kena ingat, kalau 'gagal' adakah masyarakat akan memandang kita dan melantik kita menjadi pemimpin mereka sedangkan kita tidak menunjukkan kredibiliti diri yang hebat? Mungkin pada mulanya ada. Tapi setakat bersuara lantang dan tiada kredibiliti, takkan selamanya orang akan menyokong.

Tidak salah untuk mahasiswa berpolitik. Dalam kampus sendiri kita turut terdedah dengan suasana politik. Masa bila? Masa pilihanraya kampus untuk memilih perwakilan pelajar. Masa bergiat aktif dengan pelbagai persatuan dan pertubuhan yang tertubuh dalam kampus. Itu sudah mendedahkan mahasiswa dengan politik bukan? Tapi tidaklah secara meluas. Cuma di dalam kawasan kampus sahaja. Di antara pelajar-pelajar dan pentadbiran universiti/kolej. Jadi siapa kata mahasiswa tidak boleh berpolitik?  

Mahasiswa cuma 'dilarang keras' untuk terlibat dalam dunia politik negara semasa masih bergelar pelajar. Kenapa? Pada yang bergelar mahasiswa, masih ingatkah kamu semua semasa mula-mula menjejakkan kaki di universiti/kolej, kamu telah mengangkat ikrar dan menandatangani SURAT AKU JANJI PELAJAR? Masih ingatkah kamu isi kandungan dalam Surat Aku Janji tersebut? Mesti tidak kan? Sebabnye masa tu kamu sendiri tak pernah pun ambil kisah isi kandungannya. Mungkin baca pun tidak dan terus je tandatangan. Betul atau tidak?

Suka aku ingatkan, dalam setiap Surat Aku Janji Pelajar yang dikeluarkan oleh mana-mana universiti/kolej ada dinyatakan mengenai Seksyen 15 secara jelas. Dan kamu sendiri yang bersetuju dengan menandatangani Surat Aku Janji tersebut. Jadi kenapa memberontak? Jika mahu kebebasan bersuara dalam politik, jangan tandatangan, tak payah belajar di universiti dan pergilah libatkan diri dalam parti politik. Boleh terima?



# Jadi, apa hak kami untuk bersuara sebagai mahasiswa jika tidak boleh terlibat dengan politik dan menyuarakan pandangan kami terhadap kepincangan pentadbiran negara?

Semua rakyat berhak menyatakan apa sahaja pendapat/pandangan/pendirian mereka sekiranya mereka sudah layak mengundi. Ada salurannya. Terpulang atas diri masing-masing untuk melibatkan diri dengan parti politik mana sekalipun yang kamu yakin dan percaya boleh menyampaikan 'suara' kamu dalam parlimen. 

Setiap tempat ada perwakilan yang diamanahkan. Jangan lupa yang itu. Kamu sendiri yang mengundi perwakilan kamu. Jadi berjumpalah dengan mereka. Jangan sibuk cakap takde saluran yang betul untuk menyuarakan pendapat. Habis apa gunanya wakil rakyat yang kamu lantik? Jika benar mereka berjuang untuk kamu, bukankah mereka yang sewajarnya menyampaikan 'suara' kamu di dewan rakyat? 

Pada yang masih bergelar pelajar/mahasiswa, sila habiskan dulu pengajian kamu. Jika sudah berjaya menjadi seorang yang hebat, libatkanlah diri dalam politik. Perjuangkanlah 'suara' kamu yang telah lama terpendam selama mana kamu bergelar pelajar/mahasiswa dan terikat dengan Surat Aku Janji yang telah kamu sendiri tandatangani. Jangan sia-siakan masa depan kamu sebagai pelajar dengan memberontak tanpa hala tuju yang jelas.



# Akademik Malaysia 'suck'! Kami mahukan 'kebebasan akademik'!

Boleh aku tahu, 'kebebasan akademik' apa yang kamu semua mahukan? Sangat kurang jelas 'perjuangan' yang ini. Adakah 'kebebasan akademik' yang kamu maksudkan itu adalah kamu boleh buat apa sahaja seperti :
  • Tiada jadual kuliah dan tak perlu adakan sesi kuliah.
  • Boleh ponteng/tidak hadirkan diri ke kuliah sesuka hati dan tidak dikenakan tindakan tatatertib.
  • Tidak ada sekatan jika tidak mahu menduduki exam tapi boleh lulus dan mendapatkan sijil/ijazah.
  • Tidak perlu buat thesis/projek/assignment tapi boleh lulus dan mendapatkan sijil/ijazah.
  • Boleh berpakaian sesuka hati dalam kawasan kampus dan ketika menghadiri kuliah. Contoh : pakai skirt/seluar pendek, baju takde lengan, baju yang jarang, baju yang selekeh, baju yang seksi. *Walaupun ada juga yang berbuat begitu juga sekarang ni.
Dan apa-apa lagi yang kamu maksudkan dengan 'kebebasan akademik' yang kamu perjuangkan. Jika ini yang kamu perjuangkan atas nama 'kebebasan akademik', sememangnya kamu tidak layak langsung untuk bergelar mahasiswa. Tak payah la susah-susah buat permohonan nak masuk belajar di universiti dari awal. Kan senang cerita tu. 

Kenapa bila dah berpeluang melanjutkan pengajian, kamu sia-sia kan dengan memperjuangkan sesuatu yang nonsense seperti ini? Ramai lagi yang mendambakan tempat untuk belajar di universiti tapi tak dapat. Lebih baik bagi peluang pada mereka-mereka itu.

"Eleh! Setakat dapat sijil/ijazah tu aku tak hadap la. Bukan ada apa-apa pun. Sekeping kertas yang takde nilai pun. Itu bukan pengukur kejayaan seseorang." Iya. Aku terima pendapat kamu itu. Betul ia hanya sekeping kertas dan bukan pengukur kejayaan seseorang. Orang yang tak berpelajaran pun boleh membina kejayaan dan aku tidak nafikan kenyataan itu. 

Tapi hormatlah dan berilah peluang kepada mereka yang ingin belajar mencari ilmu di universiti. Jika kamu tidak memandang 'kertas yang tiada nilai' itu, tak perlu menempelak begitu. Hormatlah pendidikan yang ditawarkan untuk anak bangsa yang mengejar ilmu. Dan sekiranya kamu mahukan 'kebebasan akademik' seperti yang dinyatakan di atas, berhentilah dari belajar di universiti. Jangan lupa yang setiap universiti/kolej juga ada undang-undang tersendiri.

Jika 'kebebasan akademik' yang dimaksudkan ialah akademik peringkat universiti di Malaysia tidak perlu bersandarkan 'exam-oriented' pula, boleh aku tanya kamu sesuatu? Bagaimana hendak menilai 'kebijaksanaan' dan 'kefahaman' kamu terhadap apa yang kamu pelajari dan menganugerahkan sijil/ijazah tersebut pada kamu? Kriteria apa yang wajar untuk menggantikannya supaya kamu dapat dinilai? Jadi apa gunanya kamu belajar di universiti jika tidak mahu dinilai begitu? Hmm. Sungguh tak faham.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Aku juga pernah belajar di universiti. Pernah bergelar mahasiswa. Pernah bergiat aktif dengan pelbagai persatuan. Pernah melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti di universiti. Pernah berurusan dengan pihak atasan universiti. Pernah 'cari pasal' dengan seorang pensyarah kerana mempertahankan hak aku sebagai seorang pelajar. Pernah 'berdebat' dengan pensyarah-pensyarah aku. Pernah bersahabat dengan perwakilan pelajar (MPP). Pernah bergaul dengan pro-mahasiswa. 


Mungkin realitinya nampak aku macam seorang yang pendiam. Tapi itulah kehidupan yang aku jalani sepanjang menjadi seorang mahasiswa dulu walaupun aku bukan siapa-siapa dan tidak berjawatan semasa di universiti. Kini dah hampir tiga tahun aku tinggalkan dunia mahasiswa aku. Sudah bergelar graduan. Sudah memiliki sekeping kertas yang dipanggil Ijazah. Dan sudah memiliki kerjaya walaupun hanya berkhidmat dengan pihak swasta. 


Terima kasih kepada pihak universiti kerana telah menawarkan aku tempat untuk melanjutkan pelajaran. Terima kasih kepada kerajaan yang memberikan aku pinjaman pendidikan untuk aku menampung kehidupan di universiti walaupun kena bayor balik. Kui kui kui. Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar dan memberi ilmu pada aku. Terima kasih di atas undang-undang di universiti yang telah menjadikan aku seorang yang lebih berdisiplin. Terima kasih pada mak yang telah menjadi 'pensyarah' terhebat dengan mendidik anaknya ini supaya menjadi manusia yang lebih beretika dan berfikiran rasional.


Kamu silap kalau menyangka aku penyokong kerajaan. Sebab aku masih belum pernah mengundi lagi dalam pilihanraya. Tapi jangan mudah menghukum aku dengan mengatakan aku tiada hak untuk menyuarakan pandangan sebab tidak pernah mengundi. Untuk pengetahuan kamu semua, aku telah lama mendaftarkan diri sebagai pengundi yang layak. Cuma masih belum berpeluang untuk mengundi kerana pilihanraya sebelum ini aku masih bergelar seorang mahasiswa. Tanggungjawab aku pada masa itu adalah menunaikan amanah aku sebagai seorang pelajar yang mencari ilmu. Kena ingat, bukan semua mahasiswa yang terlalu taksub untuk berpolitik. 


Dan inilah 'suara' aku yang cuba aku sampaikan pula pada kamu semua. Jangan melatah jika tidak bersetuju. Bukankah kita semua ada hak untuk 'menyuarakan' pandangan kita? Tapi bukan bermaksud aku tidak menerima pula pandangan kamu. Realitinya kita semua ada pandangan tersendiri dalam sesuatu isu. Dan tidak menjadi masalah untuk kita 'berdebat'. Berbeza pandangan bukan bermaksud kita perlu bergaduh. Silakan beri pandangan tapi biarlah secara berhemah tanpa sebarang perkataan yang 'kasar' dan 'penuh emosi'. Suarakanlah pendapat kamu dengan pemikiran yang rasional dan 'bijak'. Boleh?




Bisik-bisik :: Jika kamu seorang mahasiswa/bekas mahasiswa yang bijak, kamu tidak akan sekali-kali mengeluarkan kata-kata provok dan berjuang tanpa hala tuju yang jelas.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 4 January 2012

~Gila Gadget Versi Handphone~



Assalamualaikum. Hai!


Masuk hari ni dah seminggu henpon aku masuk wad. Entah bile nak siap la gamaknye. Betulkan ribbon pun lama ke ha? Huwaaa. Ingatkan hantar kat center die cepat la sikit siapnye. Ni lama bebenor. Henpon tu ori oke. Tak main la beli yang ciplak punye. Nak repair yang ori walaupun hantor kat center memang lama ke eh? Nasib baek la henpon yang lama tu elok lagi boleh guna. Ada la jugak pengganti sementara. Tapi tu la nye. Contact takde. Semua dalam henpon yang rosak tu. Dalam simcard takde store number. Aiyak!


Kesian kat aku kan? Itulah akibatnya suke sangat panggil henpon sendiri henpon cap ayam. Gamaknye die merajok tu yang die protes buat perangai tu. Henpon pun ade perasaan eh? Dalam tengah elok tetibe ribbon rosak pulak. Tapi henpon jenis slide ni memang cepat sikit die nak kena masalah ribbon rosak. Ye la dah asyik tolak-tolak screen nye nak buka keypad balas mesej. Tanggung je la risikonye. Naseb baek masih ada waranty. Baru 8 bulan guna. Uishh..ganas jugak aku ni ghopenye. Ehehe.


Bila dah bercerita pasal henpon ni, terasa la nak menaip tentang topik gila gadget. Tapi entri gila gadget versi henpon je la. Gadget kan ade macam-macam kategori. Henpon, kamera, lappy dan sebagainye. Jadi entri aku ni cuma nak fokus bab henpon. Sekarang ni kan makin canggih manggih henpon yang keluar. Touchscreen la, smart phone la, ape-ape je la. Aku pun bukan ambik port sangat keluaran henpon yang terbaru ni. Aku kan old school. Pakai henpon pun jenis biase-biase je. Eceh. Merendah diri konon. Padahal tak mampu nak beli. Kui kui kui.


Realitinye aku memang bukan seorang yang gila gadget pun. Kalau nak kate tak mampu tu tipu sangat la kot. Bebudak sekolah pun dah boleh beli kan. Lagi satu sebabnye aku ni memang kedekut nak mampos. Dah banyak kali dah kot aku kabo. Huahuahua. Jadi kecenderungan untuk aku menjadi gila meroyan demi memiliki gadget terkini tu memang zero. Aku boleh buat muke boring kalau dengar orang cerita pasal gadget oke. Sangat membosankan dengar orang membebel pasal menda yang aku tak berminat. Soriii. :D




Aha. Apakata meh kite skodeng dulu henpon-henpon yang telah aku guna sepanjang 10 tahun sejak first time aku guna henpon bermula tahun 2001. Setakat ni cuma 6 ketol henpon je yang aku pernah guna seperti yang tertera dalam gambar di atas. Sikitnye! Henpon-henpon yang aku pakai ni kan, aku rasa cuma 2 ketol je kot aku beli guna duit sendiri. Yang lain kakak yang sponsor. Beruntungnye dapat kakak baik hati yang suke sponsor adik die yang kedekut nak mampos ni. Hoyeahh!


Di antaranya 6 ketol henpon ni, yang nombor 3 dengan 6 aku beli guna duit sendiri. Tapi yang nombor 6 tu kakak tolong topup sikit. Fully guna duit sendiri yang nombor 3. Tapi dah kena copek dengan mat indonesia masa dalam komuter. Kurang asam betol! Jahat nak mampos sesuke hati copek aku. Sedih tau. Dah la beli sendiri henpon tu. Wuu. Korang perasan tak, mostly henpon aku pernah guna ialah Sony Ericsson. Memang aku in love dengan henpon Sony Ericsson. Suggest la aku henpon jenama lain. Sebelah mata pun aku tak tengok dan takkan terpengaruh dengan pujukan. Apatah lagi nak jatuh hati. Bazir air liur korang je. Ehehe.


Korang punye henpon mesti lagi canggih manggih dari aku kan? Ada yang pakai iphone la, samsung Galaxy S la, memacam lagi le. Aku pun tak reti nak sebut. Maklum le tak pernah ambil tahu. Iklan pun tengok sekilas pandang je. Entah kenapa la aku tak berminat. Mungkin sebab sifat kedekut aku yang melampau tu agaknye. Bagus jugak ade sifat kedekut ni eh. Tak membazir duit aku beli benda yang bukan-bukan dan tak bagi faedah pun kat aku. Dah nye aku guna henpon pun untuk sms dan calling je. Baik la guna henpon biase-biase je. Ye dak?


Sebenarnye, tak salah pun kalau nak gila gadget. Yang penting mampu dan gadget tu digunakan dengan sepenuhnye. Bukan sekadar membeli saje. Membazir namanye tu. Dah tahu takde kepentingan tapi galak jugak nak beli. Mengade betul. Saje nak eksyen dan menunjuk kat orang ke? Tak baik oo. Riak, takabur dan suka menunjuk-nunjuk tu sikap yang sangat hodoh oke. Ehehe. Tapi ada je orang yang jadikan hobi suka mengumpul gadget-gadget terkini  ni kan? Wahhh..kaya sungguh orang tu.




Bisik-bisik :: Korang jenis gila gadget tak? Selain henpon, gadget ape yang korang gila sangat-sangat?


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Monday, 2 January 2012

~Hantaran Perkahwinan~



Assalamualaikum. Hai!


Sebenarnye aku tengah cuti seminggu skang ni. Ambil cuti tahunan tahun 2011 yang masih berbaki lagi 10 hari. Tapi tak ambil semua la. Simpan lagi 6 hari untuk tahun 2012 ni. Carry forward cuti la kiranye. Mana nak tahu azam aku nak kahwin tahun ni tercapai. Boleh ambil cuti honeymoon lama sikit. Hak hak hak. Berangan tak hengat nampak cik sha. Biase. Kan hobi aku tu. :D


Disebabkan cuti tahun baru ni sampai hari Isnin, jadi kakak usung aku folo die balik rumah suami die kat nogori 9. Memang dah rutin tu kalau akak aku nak balik nogori 9 usung aku. Sebab aku kena pegang anak die si budak banyak akai tu, Iqbal yang ensem. Bertolak dari Penang pagi Sabtu. Petang tu keluar pergi Nilai 3. Haaa..ini le yang aku nak ceritanye ni.


Kakak bawak aku pergi ushar barang-barang perkahwinan kat sana. Ekceli aku ni seorang yang amat kedekut piang. Ehehe. Sebab tu kakak bawak aku pergi sana. Saje nak perli aku la tu. Siyesli aku rasa macam membazir je tau nak beli menda-menda tu semua untuk majlis perkahwinan yang cuma sehari je. Sebab aku rase kehidupan sepanjang perkahwinan tu lagi penting. Lagi banyak duit nak kena guna. Hoho. Padahal dah dasar kedekut tu kedekut la jugak. Alasan betul!


Tapi betul la weh. Aku ushar harga beg kertas, beg non-woven, bekas telur, semua tu macam tak berbaloi je. Membazir! Sampai aku berkira-kira kalau nak bagi jugak aku buat sendiri je la. Haha. Melampau-lampau kedekutnye. Itu belum masuk doorgift lagi. Adudui. Malas nak cakap pasal doorgift. Dulu dah pernah cakap dah. Kalau rasa nak baca, klik entri ni





Kali ni aku nak cakap pasal hantaran perkahwinan. Pasal dulang hantaran tau. Bukan pasal wang hantaran. Yang itu nanti kite kupas topiknye dalam entri yang lain. Masa pergi tu ade jugak ushar-ushar bekas hiasan hantaran perkahwinan. Bapak mahal nak mampus oi! Nasib baik la aku ni ade jugak bakat semulajadi bab-bab benda kreatif gitu. Eceh! Nanti nak decorate sendiri je hantaran perkahwinan. Just beli barang then guna kederat sendiri je hias-hias tu. Walaweh..cakap berdegar-degar macam dah tak nyabo nak kawen je aku ni ha. Hiu hiu hiu.


Sebenarnye, aku dah set awal-awal barang ape yang aku taknak ade dalam hantaran aku dari pihak lelaki. Bukan nak demand. Tapi aku rasa menda tu aku dah tak perlu terima dah. Buat membazir je. Jadi kirenye pihak lelaki dah boleh jimat duit dari beli benda-benda yang tak sepatutnye aku terima dah tu. Nak tahu ke ape menda nye? Ini ha senarai barang yang tak perlu ada dalam hantaran aku:
  • Telekung dan Sejadah
  • Kenapa tak perlu? Sebab aku dah ade 3 telekung. 1 bawak pergi kerja, 1 untuk pakai kat rumah dan 1 lagi untuk bawak pergi travel mane-mane. Dah cukup banyak telekung aku. Lagipun aku memang jenis solat. Lain la kalau jenis tak solat dan suami nak bagi hint suruh bini solat. Itu memang patut bagi telekung. Sejadah pulak dah ade berlambak kat rumah. 
  •  Al-Quran/Tafsir Quran
  • Dua-dua aku tak perlu sebab aku dah ada. Aku sayang walaupun 2-2 dah lunyai aku guna. Nak ganti yang baru? Tak perlu kot ganti yang ada tu. Masih boleh digunakan lagi kedua-duanya.

Rasanya dua menda ni je kot. Kenapa aku hi-lite 2 benda ni je? Sebab banyak orang lalai bab-bab bagi benda keagamaan ni sebagai barang hantaran. Bagi kalau digunakan tak jadi masalah. Sesetengah orang, bagi tapi benda tu sebagai penyeri hantaran je. Lepas tu dorang guna ke tak belakang kira. Percaya atau tidak, yang jenis tak mengaji dan tak solat pun still bagi menda ni sebagai hantaran. Kendian bukan dorang guna pun. Jadikan hiasan je dalam lemari. Dak pun tak tahu dorang letak mana dah barang tu lepas selesai majlis. Betul tak?


Tapi bile aku taknak benda ni ada dalam hantaran aku, bukan la bermaksud aku nak barang-barang lain yang high demand. Tak tak. Nanti bila tiba masa aku nak kawen, aku akan tetapkan 3@5 dulang je yang pihak laki perlu bagi. Tak payah nak berdulang-dulang banyak sangat. Elakkan pembaziran. Ecewah. Dan aku akan sediakan list barang apa yang perlu letak dalam hantaran tu. Bhahaha. Boleh pulak aku yang tetapkan apa yang bakal suami nak kena bagi ek? Lantak le. Aku yang nak guna kan? Kui kui kui.


Aha. Bila dah sebut pasal hantaran perkahwinan ni kan, dari dulu aku selalu tertanya-tanya. Sampai sekarang tak jumpa lagi kot jawapannye. Korang ade jawapan tak? Kenapa eh hantaran tu kena bagi jumlah nye ganjil? Dan kenapa hantaran dari pihak perempuan kena lebih 2 dulang dari pihak lelaki? Kenape ye? Siapa ade jawapan? Sila jelaskan pada aku. Tolong rungkaikan persoalan yang dah lama bermain-main di fikiran aku ni. Dah puas Google tetap tak jumpa jugak jawapan.



Bisik-bisik :: Tapi bagi hantaran tu sebenarnye adat je kan? Hadiah dari pihak suami untuk pihak isteri dan sebaliknye. Betul tak?


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 1 January 2012

~Azam Tahun Baru. Perlu ke?~



Assalamualaikum. Hai!


Entri pertama di tahun baru 2012. Selamat tahun baru buat semua. Semoga tahun 2012 ni membawa lebih kebahagiaan, kegembiraan dan segala macam lagi kebaikan untuk kita semua. Semua dah pakat update belog sempena tahun baru eh? Aku je lambat sikit. Biasa le tu. Ekeke. Mesti ramai yang dah mula berazam macam-macam kan sempena tahun baru ni? Aku? Err..azam aku tahun ni nak jadi isteri orang. Boleh? Hak hak hak.


Apa pun azam korang, semoga semuanye akan tercapai dengan jayanye. Jangan memula je berazam, lepas tu non hado korang nak berusaha untuk capai semua azam-azam korang tu. Memang harapan le nak tercapai. Usaha itu perlu oke. Jangan duduk saje melangut tunggu azam jatuh gedebuk tercapai. Pemalas beno la korang ni. Ish ish ish. Yang penting, hari-hari cube berazam untuk capai azam tahun baru korang tu ye. Eh? Ayat ape la aku taip ni? Konpius lak. Haish.


Cakap pasal azam ni, tetibe aku terfikir. Kenapa setiap kali tiba tahun baru, mesti semua sibuk nak pasang azam? Perlu ke eh? Memang setiap kali macam tu ke prosedur nye? Eh..siap prosedur bagai pulak aku ni. Ahaha. Tapi itulah nye, asal lagi sipi-sipi masa nak berganjak ke tahun baru, orang dah sebok tanye, "Apa azam tahun baru ko nanti?" Betul tak?


http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/393990_312279415478318_100000887868022_976023_836969900_n.jpg
~Hasil kreativiti adik sedara aku. Nice kan?~

Sebenarnye, perlu atau tidak untuk kita mempunyai azam? Bagi aku, terpulang pada diri masing-masing. Berazam la banyak mana pun korang nak. Asalkan tidak melanggar syarak dan melampaui batas-batas agama. Itu yang penting. Ade ke yang berazam benda yang bukan-bukan? "Azam tahun baru aku tahun ni nak jadi perogol." "Azam tahun baru aku nak jadi pelacur." Ade yang berazam macam tu? Gilos gamaknye orang tu. (-_-")


Sebagai seorang Islam, sepatutnye setiap kali tahun baru Hijriah tiba kita perlu berazam. Tidak semestinye kena tunggu tahun baru Masihi tiba baru kita nak pasang azam. Tahun baru Hijriah hari tu ade tak korang tanam azam? Berazam untuk menjadi hamba Allah yang lebih beriman. Berazam untuk menjauhi larangan-larangan Allah. Berazam untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah. Berazam untuk berbuat baik dengan semua orang. Dan macam-macam lagi la. Korang sendiri boleh fikir. Ada tak? Takde? Lor..nape takdenye? Apa la korang ni.


Jadi, salah ke kalau kami nak berazam masa tahun baru Masihi ni? Tak salah la sayang-sayangku sekalian. Aku pun takde kata salah kan? Awal-awal tadi aku dah mention, nak berazam tu boleh je. Cuma jangan melebihi batas agama. Get it! Lagi satu yang penting, jangan lupa untuk berusaha ye. Aku doakan semoga semua azam dan impian korang tu tercapai hendaknye. Amin.



Bisik-bisik :: Hari-hari remind diri pasal azam dan berusaha untuk capai oke!


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com