Officially Become His Fiance
Shahada Fauzi
Tuesday, October 30, 2012
21 Comments
Assalamualaikum. Hai!
Seminggu menghilang sebab agak kebizian sepanjang minggu tersebut. Hari ni berkesempatan curi masa sikit kat opis nak update belog. Err..curik tulang kejap. Mood nak design web agak ke laut sebab takde idea. Rest otak kejap la. Boleh camtu? Hehe.
Sebenarnya ada berita gembira nak dikongsikan dengan korang semua. Alhamdulillah. Setelah 7 tahun berkawan dan menjalin kasih, akhirnya tanggal 28 Oktober 2012 bersamaan 12 Zulhijjah 1433H yang lalu aku telah selamat menjadi tunangan kepada encik CH secara rasmi. Saat yang dah lama aku nantikan. (^_^)
Masa tu aku kena kurung dalam bilik dan tak dengar pun macam mana perbincangan di antara famili encik CH dan famili aku. Kesian. Haha. Nasib baik ada kakak sepupu dan kucing kesayangan temankan aku dalam bilik tu. Kalau tak mesti kebosanan seorang diri. Dah selesai perbincangan baru aku kena panggil keluar untuk sesi sarung cincin. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar sepanjang majlis. Bersyukur tak terhingga.
![]() |
~Salah satu hantaran untuk encik CH. Cantik kan?~ |
Terima kasih kepada encik CH sebab sudi hantar rombongan famili wakilkan beliau untuk meminang aku jadi suri hidup beliau. Walaupun beliau tak dapat hadir sama masa majlis sebab perlu berkursus demi kerja dan masa depan beliau, aku tak kesah pun. Kehadiran seluruh ahli keluarga beliau dah cukup bagi aku. Mak, ayah dan 8 adik beradik beliau semua ada raikan aku. Terima kasih tak terhingga sebab semua sudi datang walaupun jauh. Terima kasih kerana sudi terima aku hadir dalam famili. Gembira plus terharu!
Aku rasa terhutang budi dengan semua yang bersusah payah jayakan majlis pada hari tersebut. Terutamanya pada famili tersayang yang banyak berkorban masa dan duit untuk majlis ni. Pada sedara mara yang hadir pun aku berterima kasih. Seronok tengok semua adik beradik mak berkumpul masa majlis pertunangan aku tempoh hari. Begitu jugak dengan sepupu-sepupu aku walaupun tak semua ada. Terima kasih semua.
Penghargaan paling tinggi tentulah untuk mak, kakak, maksu dan paksu aku yang merancang untuk buat kenduri ni walaupun pada mulanya aku request nak buat makan-makan biasa je untuk famili aku dan famili encik CH. Lastly the ideas comes out untuk buat kenduri tunang aku plus kenduri korban sekali. Jadinya, banyaklah persiapan yang perlu dibuat. Tu yang sebok tu. Hehe. Terima kasih famili tercinta!
![]() |
~Terasa gojes sangat masa hari ni. Maklum le tak pernah mekap. Hahaha.~ |
Sebenarnye kalau nak diceritakan, macam-macam dugaan dan kisah sukaduka yang dah aku dan encik CH tempuh sepanjang kisah cinta kami berdua ni. Maklum la, 7 tahun satu tempoh yang cukup lama. Tapi yang tu biarlah jadi rahsia aku dan encik CH. Tak perlu la aku ceritakan semuanya. Cukuplah korang tahu yang akhirnya kesabaran kami berdua terbalas bila perancangan kami untuk proceed ke peringkat seterusnya diizinkan Allah.
Alhamdulillah. Terima kasih dan syukur kepada Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang kerana mengizinkannya. Terima kasih kerana mendengar doa hambaMU ini Ya Allah. Semoga perancangan kami berdua untuk mengikat ikatan suci dan sah sebagai suami isteri dipermudahkan oleh Nya. InsyaAllah. Bila dah sampai masa nanti aku jemput korang jugak eh. Doakan yang terbaik untuk aku dan encik CH ye.
Oh ye. Aku share 2 keping dulu gambo la ye. Nanti rajin aku share gambar-gambar yang lain kat entri seterusnya sebab nak promote orang-orang yang buat aku jadik cantik, yang buat pelamin mini, yang ambil gambo aku tu semua. Dan nak kongsikan suasana sepanjang majlis jugak dengan korang. Heee.
Bisik-bisik :: 7 tahun saya setia tunggu awak tau encik CH! Hehe.