Sunday, 30 September 2012

~Bonus oh Bonus!~



Assalamualaikum. Hai!


Hmm..sebenarnya aku rasa benda ni tak perlu pun nak tulis. Common sense. Kalau ko ada otak yang berfungsi dengan waras, tentu boleh fikir kelogikan tentang perkara ni. Tapi nampak gayanya, ramai juga manusia yang gagal nak berfikir dengan baik. Hmm..sedih! Hanya kerana wang semua jadi 'tak berapa nak normal'.


Benda yang aku nak cakap kali ni adalah berkaitan dengan pemberian Bonus yang telah dibentangkan dalam  Bajet 2013 tempoh hari. Nah! Hadam dulu luahan akal waras aku malam kelmarin dekat fesbuk selepas 'sakit mata' menatap status kengkawan yang sangat ramai meroyan tentang BONUS kat wall memasing. 


Itu baru kengkawan aku sendiri. Orang lain yang aku tak kenal, berapa ramai lagi yang meroyan pasal ni aku tak tahu. Yang pasti kompom ramai. Siapa yang lepas baca aku punya status ni, terasa hati dengan aku, mintak maaf la sesangat ye. Takde niat di hati nak menyakiti hati sesiapa. Sekadar memberi nasihat dan pandangan.




Get it? Hmm..kalau tak faham jugak aku pun tak tau la nak cakap camne dah. Kalau tak boleh terima pandangan aku ni, terpulanglah. Kita kalau bagi pandangan atau pendapat, mana boleh paksa semua orang terima pandangan dan pendapat kita. Yang sependapat dengan kita mesti akan setuju. Yang jenis tak boleh terima pendapat kita, kompom-kompom la ada je yang die nak bangkang. Jadi, terpulanglah.


Setiap kali pembentangan bajet, topik yang paling 'hot' sekali tentulah pasal bonus. Yang paling tak puas hati tentang ni tentulah mereka yang tidak berkhidmat dengan sektor kerajaan. Semua pakat 'sakit hati' dan mulalah memprotes yang kononnya kerajaan tak adil. Berat sebelah. Meminggirkan mereka yang bekerja di sektor swasta. Yang kononnya sektor swasta pun banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Bukan yang bekerja di sektor kerajaan je yang berjasa memberi sumbangan kepada negara.


Ye. Memang betul. Semua yang ada kat Malaysia ni, masing-masing ada jasa dan bahagian masing-masing yang telah disumbangkan kepada pembangunan negara. Seorang pun tak terkecuali. Baik yang kerja sendiri, kerja swasta, kerja kerajaan, kerja kat bandar, kerja kat ceruk pendalaman, kerja kat rumah. Masing-masing ada sumbangan. Yang itu memang aku tak pernah nak pertikaikan.


Hmm..tapi mesti ada yang akan pertikai dan kaitkan hal pemberian bonus ni dengan bayaran cukai. Baiklah. Sekarang ni kita tolak tepi dulu perihal pembayaran cukai tersebut. Nanti aku huraikan dalam entri seterusnya. Sekarang kita lihat dari sudut pemberian bonus atas faktor pekerjaan. 


Memang SANGAT LOGIK kerajaan memberikan bonus kepada semua kakitangan yang berkhidmat dalam sektor kerajaan sebab kerajaan adalah majikan mereka. Macam aku dan korang yang berkhidmat dalam sektor swasta, maka yang layak bagi bonus kat kita tentulah majikan kita di syarikat/organisasi mana kita berkhidmat. Jadi, kenapa nak persoalkan kenapa kerajaan bagi bonus hanya kepada kakitangan kerajaan dan kakitangan swasta tak dapat. Tak boleh nak fikir logik kah? Takkan ko kerja dengan A tetibe nak mintak B yang bagi ko bonus. Hilang akal?


Bagi aku tak salah pemberian bonus tu diberikan oleh kerajaan kepada kakitangan kerajaan sebagai 'hadiah' untuk membuatkan pekerja-pekerja mereka 'seronok' dan rasa dihargai diatas sumbangan kerja mereka dengan majikan mereka. Kita yang kerja dengan swasta ni kalau nak merasa jugak dapat bonus, itu atas budi bicara majikan kita la. Am i right? Cuma harapnya kakitangan kerajaan yang terima bonus tu tingkatkan la produktiviti kerja masing-masing.


Kalau nak persoalkan pemberian bonus tu adalah duit rakyat, cuba fikir balik kita yang bekerja di syarikat/organisasi swasta ni, dari mana syarikat kita dapat duit? Tak ke sedikit sebanyak terselit juga duit rakyat yang menggunakan perkhidmatan kita? Bukankah sama je situasi nya tu?


Hmm. Berleter panjang pun soal ni, kalau ada yang tak puas hati dengan kerajaan tu, ada je la point yang akan dicari untuk menidakkan. Ikut suka la. Apa yang pasti, ini adalah sekadar pandangan peribadi aku sahaja. Jangan nak kaitkan dan kata aku ni orang bn la umno la apa la. Aku pun bukan kerja dengan gomen ye. Tak semestinya bila aku menyuarakan pandangan begini bermaksud aku ni penyokong kerajaan. Kalau yang dah lama ikut belog aku ni, tentu dah tahu aku seorang yang tidak berminat hal berkaitan politik. Sekian, terima kasih.



Bisik-bisik :: Rezeki kita datangnya dari Allah. Yang dapat bonus tu rezeki dari Allah la. Cumanya disampaikan melalui perantaraan iaitu majikan (kerajaan) yang mereka berkhidmat. Masing-masing ada rezeki tersendiri yang telah ditentukan oleh Allah. Jangan nak merungut je kerja. Faham?



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 14 September 2012

~Angkat angkat~



Assalamualaikum. Hai!


Dah macam menatang angkut-angkut lak tajuk entri aku kalau sekali lalu baca. Hehe. Kali ni nak tulis pasal budaya angkat mengangkat. Ala..macam adik angkat, kakak angkat, abang angkat, mak angkat, bapak angkat, famili angkat, anak angkat. Datuk angkat dengan nenek angkat pun boleh jugak la kot. Kui3. Jangan pakwe angkat, awek angkat, isteri angkat, dan suami angkat sudah la. Haiyooo~~~


Kebiasaannya, budaya ni paling glemer time sekolah-sekolah la. Betul tak? Elehh..jangan tipu la kalau kata tak pernah tahu pasal budaya ni masa korang sekolah dulu. Lagi-lagi yang sekolah asrama. Sekolah harian pun tak terkecuali. Tambah-tambah kalau ada yang hot-hot sikit kat sekolah tu. Comel, cantik, kacak, ensem, macho, atlit sukan, ketua pengawas, budak pandai. Cikgu angkat taknak pulak kan? Haha. 


Err..sebenarnya aku pun pernah je terjebak dengan budaya ni. Huehuehue. Masa zaman sekolah menengah dulu, ramai la jugak koleksi adik-adik angkat ni. Baik lelaki mahupun perempuan. Tapi yang pastinya, dorang yang ambil aku jadi kakak dorang. Maklum la, aku kan comels gitu. Ya ampunnn.. perasan nak mampos nye cik sha ni. Wakaka.


Lepas habes sekolah, aku aktif dengan aktiviti belia. Masa tu kumpul pulak abang angkat dengan kakak angkat. Seperti biasa, dorang jugak la yang ambil aku jadi adik angkat. Mungkin sebab aku ni nampak innocent sangat kot gamaknye. Aku rasa time tu aku ni kemaen comot lagi. Takde maknanye comel. Dah la hitam menghelit. Ish3. Pelik jugak bila ada yang berminat nak jadikan aku ni adik angkat. Haha.


Masuk zaman universiti pulak, ada la jugak dapat abang angkat. Abang senior yang aku sewa kereta dia nak pergi berjimba dengan kengkawan. Camno ntah dia boleh terberkenan nak jadikan aku adik dia. Kui3. Masa ni jugak aku dapat 2 buah famili angkat. Satu kat Labuan, satu kat Johor. Yang kat Labuan tu kenalan famili besfren aku. Yang kat Johor pulak famili kawan sekuliah kelas bahasa Jepun. Berkenalan dan mereka berkenan nak jadikan aku anak angkat. Terharu ada famili anggap aku sebagai anak dorang. Hehe.


Oh ye! Sebenarnya, aku ada lagi satu famili angkat kat area perumahan ni. Menempek dengan keluarga tu sejak umur 16 tahun bila berpindah ke Penang. Sayang sangat kat famili tu. Aku pun ada nenek angkat jugak tau. Singapore mari. Nenek besfren aku. Selain tu, bila umur dah meningkat dan ramai kawan-kawan yang dah kawen, aku kumpul pulak anak-anak angkat. Kih3.


~Comel pulak anak kucing ni angkat tangan. Rasa nak buat kucing angkat pulak. Wakaka.~
*Gambo takde kaitan dengan entri. ;p*


Erk? Agak ramai jugak kategori angkat-angkat yang aku ada eh? Macam duapertiga dari yang tertulis di awal perenggan entri je. Ish3. Baru aku perasan bila tulis entri ni. Haha. Semua yang angkat-angkat tersebut tu aku masih berhubung sehingga kini. Tali silaturrahim yang dah terjalin mesti la kena jaga kan? Tapi takde la kerap sangat. Bila teringat tu aku contact la tanya khabar. Walaupun jarang contact, tapi dorang sentiasa di ingatan aku. InsyaAllah.


Dalam kes aku ni, takde istilah angkat sampai terangkat. Never. Korang mesti tahu kan, yang perempuan kalau ade abang angkat je lepas tu mesti terangkat jadi gelpren pulak. Kebanyakan lelaki kalau cari adik angkat tu mesti ade agenda nak jadikan gelpren. Cehhh. Bersembunyi je disebalik title adik angkat dan abang angkat kononnye. Entah hape-hape je. Nasib la abang-abang angkat aku memang anggap aku ni adik dorang. Fuhhh.


Salah dan berdosa ke kalau ade angkat-angkat ni? Semuanya bergantung pada niat di hati. Bagi aku takde masalah kalau tujuannya baik untuk mengikat silaturrahim supaya lebih erat. Cumanya buat yang kategori melibatkan dua jantina berlainan tu, jagalah batasan. Walaupun dah anggap macam adik sendiri ke, abang sendiri ke, kakak sendiri ke, itu bukan tiket nak melampaui batas ye. Yang itu memang salah dan berdosa la. Melebih-lebih pulak. Cepuk kang baru tau! 


Tambah-tambah yang kategori adik angkat (perempuan) dengan abang angkat. Kalau boleh berkenalan jugak dengan keluarga mereka. Mak, bapak, dan adik-beradik. Seandainya dah kahwen, berkenalan pulak dengan isteri dan anak-anak. Lepas tu jangan menggedik melebih-lebih nak bermanja tak kena gaya. Bukan abang kandung engko pun. Berhubung bila perlu je cukup. 


Kekadang aku tak paham dengan pompuan yang lupa diri pergi kacau rumahtangga so-called abang angkat dorang tu. Tetibe pulak jatuh hati kat abang angkat bile kawan tu dah berkahwen. Yang abang angkat pun dah kahwen buat cara dah kahwen. Jangan nak test market dengan adik angkat tu kononnye nak uji dia syok kat hang ke tidak. Ngek hang! Perangai huduh betol. (-_-")


Bagi aku, kalau betul-betul ikhlas nak jalin silaturrahim 'kekeluargaan' takkan ada wujud perasaan lain dalam hati. Itu prinsip aku. Kalau korang aku tak tahu la. Masing-masing kenal diri sendiri. Hah! Korang ade jugak ke istilah angkat-angkat ni dalam kehidupan korang?



Bisik-bisik :: Jalinlah silaturrahim kerana Allah kasih pada hamba-hambaNya yang sentiasa menjalinkan silaturrahim dan menjaga hubungan persaudaraan sesama Islam lebih-lebih lagi di kalangan keluarga sendiri. Jangan bermusuh sudah le. Not good! 



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Thursday, 13 September 2012

~Warna Putih Jadi Pilihan Masa Nikah.~



Assalamualaikum. Hai!


Baru semalam tulis belog kata mood menulis makin suram. Tetiba rajin pulak tetiap hari nak menulis ni apahal tah? Cakap tak serupa bikin betol cik sha korang ni. Hak3. Ini lah padahnya bila dah membuta seawal jam 8 malam. Bila terjaga memang susah dah nak tidur balik. Segar bugar la jadinya. Huwaaa. Oleh yang demikian *tetiba tulis ayat surat rasmi* haruslah masa yang ada ni digunakan untuk mencoret sesuatu di belog dari terbuang begitu saje. Nak membelek fesbuk sangatlah membosankan. Asyik tengok gambar orang kawen je. Jeles mak noks. Huh!


Bile bosan tak tahu nak buat mende, tetibe jari ni gatal je pergi kelik-kelik skodeng album kawen orang kat fesbuk tu tadi. Cehhh..ngelat tu. Padahal memang hobi skodeng gambar kawen orang. Kui3. Cantik-cantik semuanya. Bila la nak sampai masa ni? Tak sabo dah ni nak merasa jugak jadi pengantin vouge. Eh? Tersasul pulak tetibe. Huehuehue.


Tapi kan ada sesuatu yang membelenggu aku dan persoalan ni terlintas di fikiran, KENAPA BAJU NIKAH MESTI WARNA PUTIH ye?  Err...mostly gambar kahwin yang aku tengok, masa nikah mesti pakai warna putih. Putih semuanya tau. Takde combine dengan kaler lain. Ada la jugak pakai kaler lain yang kaler light-light macam light grey, cream, light yellow semua tu. Kiranya warna pastel yang tak berapa nak menyerlah sangat. Ada jugak kot yang pakai warna striking kan? Cumanya jarang ditemui. Tapi first ranking tetap WARNA PUTIH. Apa reason die eh?


Amik gambo artis je sebagai contoh. Kih3. Comelnye shira. (^_^)


Tadi ade la jugak search kat Google. Gigih kau nak tahu sangat reason warna putih jadi kegemaran ramai orang masa nikah. Haha. Katanya sebab putih tu warna suci. Jadi bila nak dirikan sebuah perkahwinan yang suci, padanlah dengan warna putih tu. Ohhh..gitu rupanya eh? Kalau pakai warna lain selain putih agak kurang suci ke warna baju tu? Tak padan eh dengan kesucian perkahwinan yang dibina? Alaaa..sedihnya. Aku cadang nak pakai warna lain yang agak menyerlah gitu. Berangan! Eh? Hehe.


Ada jugak yang cakap itu adalah trend. Terikut-ikut style omputih. Dorang kan kawen je pakai kaler putih. Mungkin jugak la kot. Sebab time mak-mak kite kawen, ke'obses'an nak pakai kaler putih masa nikah ni takde lagi. Dorang hentam je pakai kaler ape-ape pun asalkan majlis berjalan lancar. Rasanya nye la. Mandai-mandai je aku ni. Haha. Err..korang ada idea lain tak kenapa putih jadi pilihan selain sebab 'suci' tu? Cuba explain sikit.



Bisik-bisik :: Tetiba nak bincang pasal baju nikah apsal ntah aku ni ha. Gilosss~~ ;p


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 12 September 2012

~Mood Menulis Semakin Suram~



Assalamualaikum. Hai!


Rasa macam nak update belog busuk ni. Tapi tak tahu nak cerita pasal apa. Sejak akhir-akhir ni otak macam tepu je ketandusan idea. Adakah sebab faktor umur? Oh..tidak mungkin. Rasanya sebab paling utama adalah MALAS. Sebab tu dalam tahun ni, satu bulan boleh kira berapa ketol je entri yang berjaya ditulis. Penulis blog yang boleh kata agak pemalas la jugak rupanya aku ni. Kalau ada award 'BLOGGER PEMALAS' rasa macam nak calonkan diri pulak. Hak3.


Sebenarnya teringin je nak tulis semua aktiviti harian share kat belog ni macam kawan-kawan blogger yang lain. Masalahnya, kehidupan harian aku takde yang menarik pun nak dikongsikan setiap hari. Agak membosankan la jugak. Maklum la hari Isnin-Jumaat, hari aku bekerja. Masuk waktu subuh terjaga-bangun-bersiap-pergi kerja-buat kerja-balik kerja-bersihkan diri-rehat-tengok tv-online kalau rajin-tido.  Esok ulang lagi rutin yang sama.


Hari Sabtu-Ahad kalau rajin, keluar pergi shopping barang-barang 'tet' secara berperingkat dengan kakak tercinta. Takpun melepok je kat rumah kalau takde agenda keluar. Nak cerita kisah dating dengan encik CH, memang takdo la sebab aku di sini dia di sana. Nak cerita kesah jenjalan serata alam seluruh ceruk Malaysia takdo jugak. Nak cerita pasal aku berfesyen, aku ni selekeh dan buta fesyen. Dah tu apa menda je la aku nak cerita. Bosan kan? Kesian kat diri sendiri. (-_-")


Konon simbolik 'ketandusan idea' la ni. Cehhh...;p
~Imej Carian Google~


Lagipun nak menulis ni memerlukan mood yang happy. Baru ade idea terbaek nak dicoretkan. Topik-topik penulisan pun berfaedah la sikit. Kalau mood takde memang hampeh la penulisan. Kompom merepek meraban. Macam yang aku tengah buat sekarang. Sian kat korang kena baca aku tengah meroyan tulis hape pun taktau macam takde hala tuju ni. Naseb korang la. Padan muka! Kih3.


Tapi sekali sekala selit entri santai yang kurang berfaedah camni menarik jugak eh. Idok la memanjang je nak serius. Nak tulis entri yang bermotip memanjang. Lepas tu stress sendirian sebab nak menulis tapi idea taknak muncul. Satu entri makan berhari-hari nak siap. Hahaha. Sadis sungguh!


Haii..entahlah. Sebenarnye banyak menda yang tengah aku fikirkan. Itu yang agak selow sikit aktiviti menulis belog ni. Selagi tak selesai dan masanya tak sampai-sampai, memang berat la pale otak aku ni memikir. Harap-harap segalanya dipermudahkan oleh Allah. Semoga segala perancangan yang telah dibuat dan sedang diusahakan berjalan dengan lancar dengan izin-Nya. Amin~~~



Bisik-bisik :: Konon takde idea. Tapi berjela jugak. Muehehe..;p


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 9 September 2012

~Relay ke Relationship?~



Assalamualaikum. Hai!


Contoh ayat bebudak pompuan yang sedang angau mabuk cinta :

"Hope relay kita berpanjangan dan berkekalan sampai bila-bila. I  U bie!"


Relay? Seriuosly? Benda ni kan, sebenarnya dah lama aku perhatikan. Selama ni aku sekadar jadi pemerhati je. Malas nak ambik port. Lantak kome la. Tapi bila dah selalu sangat membaca status adik-adik kat fesbuk atau belog dorang kalau terjengah, aku rasa macam annoying pulak bila terbaca perkataan tu dengan struktur ayat yang langsung tak kena. Chewahhh. Struktur ayat bagai. Macam cikgu bahasa melayu pulak aku ni ha. Kui3.


Kekadang rasa macam nak sembur-sembur je ayat power sakti aku tegur keghairahan bebudak ni menggunakan perkataan 'relay' tu. Tapi tahap kesabaran tu masih berada pada paras yang tertinggi. Maka aku simpan je la dalam hati. Tak jadi la nak tegur. Kang tak pepasal aku lak kena sembur kata busy bodi. Ekeke. 


Bila buat tak tahu tu, rasa macam geli tekak pulak bile tiap kali terbaca kadang-kadang. Jadinya, ni aku nak buat kelas terjemahan perkataan bahasa inggeris buat mereka yang selalu tersalah guna perkataan tersebut. Tujuannya supaya lebih jelas penggunaannya mengikut struktur ayat yang betul. Ewah-ewah. Tetibe feeling cikgu pulak. Hehe. Meh belajar meh adik-adik sekalian.





Sudah jelas dengan maksud 'relay' tersebut? Tak faham lagi? Alahai...kesiannya. Aku siap gigih lagi buat rajah kat atas tu ha. Ish3. Selow sangat. Tu la. Lain kali rajin-rajin selak dan baca kamus tu. Ini tidak. Main semberono je hentam sebut. Konon sedap dengar ye. Aduhai adik-adik. Lawak betol la korang ni.


Harapnye lepas ni kalau nak tulis something yang ada kaitan dengan hubungan cinta tu, sila guna perkataan RELATIONSHIP tau. Bukan 'relay'. Contohnye macam ni..."Hope relationship kita berpanjangan dan berkekalan sampai bila-bila. I  U bie!" Akak paham korang tengah angau dan korang memang 'terer' speaking omputih. Tapi jangan la memalukan diri sendiri dengan menampakkan kekurangan kecerdikan tu ha. Sekian sahaja kelas terjemahan bahasa inggeris kita. Mekaseh. ;p


Bisik-bisik :: Oh my english! Ekeke.



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Thursday, 6 September 2012

~Dapat Tawaran Belajar, Tapi Tak Minat Kursus.~



Assalamualaikum. Hai!


Dah masuk bulan September. Sekejap je kan? Dah tigaperempat dari dua belas bulan di tahun duaribuduabelas. Sekarang ni semua universiti sedang menerima kemasukan pelajar-pelajar baru. Tahniah diucapkan buat adik-adik yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Semoga peluang yang diterima ini dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk mengutip segala ilmu yang bakal dipelajari.


Bukan semua bertuah dapat melanjutkan pelajaran di IPTA. Korang antara yang terpilih. Ada ramai lagi yang teringin nak masuk IPTA tapi takde rezeki dan terpaksa sambung belajar di kolej atau IPTS yang mana memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Jadi bersyukurlah dengan nikmat tersebut oke. Jangan disia-siakan.


Kalau nak baca pengalaman aku pertama kali menjejakkan kaki ke menara gading 7 tahun yang lalu, boleh la jengah ke entri Nostalgia Pelajar Baru ini. Uiks? Dah 7 tahun berlalu kenangan itu rupanya. Maknanya aku dah kertu la ni? Huwaaa. Takpa takpa. Yang penting muka menten awet muda. *Sedapkan hati sendiri. Huhu.* Penulisan kali ni nak berkongsi pendapat tentang kursus pembelajaran yang ditawarkan pula buat yang berjaya masuk universiti tu.


Selalunya bila ditawarkan kemasukan ke IPTA ni, ada yang dapat kursus yang memang diminati dan ada pula yang dapat kursus yang langsung tidak dijangkakan. Tidak dijangkakan maksudnya dalam 8 pilihan yang diberikan semasa isi borang permohonan, itu adalah pilihan yang terakhir dan mungkin langsung dah tak ingat pun yang kursus tersebut tersenarai dalam pilihan. Betul tak? Bagi yang dapat kursus yang memang diminati tentulah beruntung dan seronok nak menempuh alam pengajian. Macam mana pula bagi mereka yang dapat kursus tidak diminati? Kompom-kompom la rasa sedih dan stress. Ye dak?


Walaubagaimanapun, *Skema tetibe. Macam tulis karangan pulak. Huehue.* sebenarnya bagi yang dapat tawaran kursus yang tidak diminati ni boleh buat 2 pilihan sebelum akur dengan keputusan yang bakal diambil. Sama ada terima tawaran dan meneruskan pengajian atau tolak tawaran dan pohon kursus yang diminati di kolej swasta atau IPTS. Tapi rugi la kan dah dapat masuk IPTA tapi tolak pulak. Jadi nak buat camne ni? Mesti sakit kepala nak berfikir sebelum buat keputusan yang bakal menentukan masa depan. Kan kan?


Kenangan Jadi Pembimbing Suai Mesra kat UMS masa kemasukan pelajar sesi 2007/2008. Ni kitorang on the way pergi kampus kat KK untuk berkursus sebelum ragging adik-adik junior masa dorang orientasi. Naik feri yang beso gedabak dari Labuan ke Menumbok. Cik Sha korang yang baju ijo muke paling burn sekali tu. Huehuehue. ;p


Jadinya, aku nak kongsikan sedikit pendapat dengan bakal-bakal pelajar baru ni. Sekadar nak bagi pandangan yang berbeza sedikit. Mungkin ada betulnye, mungkin juga tidak. Mungkin boleh diterima pakai, dan mungkin boleh di'reject'. Nak terima ke tidak pendapat aku ni terpulanglah. Tapi janganlah jadikan pendapat aku ni satu-satunye rujukan korang. Bertanya juga pada yang lebih arif untuk dapatkan nasihat dan pandangan yang lain. Jadi korang akan dapat lebih banyak informasi sebelum buat keputusan. Ok? Orait! Jom baca pandangan aku secara Q&A. Sendiri tanya sendiri jawab. Hehe.


# Dapat tawaran sambung belajar di IPTA, tapi tak minat kursus ditawarkan. Camne eh?

Terima tawaran tersebut. Itu jawapan aku yang paling muktamad. Sebab pada aku, minat tu boleh dipupuk. Jadi bila dah dapat tawaran tu, cuba buat research dulu berkenaan kursus tersebut. Tengok senarai subjek yang bakal dipelajari. Tujuannya supaya takde la terkejut berok nanti bila dah start kelas.

Tapi jika perasaan ragu-ragu tu sangat kuat sama ada nak terima atau tidak, buatlah solat istikharah (buat yang beragama islam). Kalau memang tak dapat jugak nak terima dan nak tolak tawaran, terpulanglah. Tapi fikir habes-habes dulu sebelum buat keputusan. Jangan nanti menyesal dengan tindakan sendiri pulak.


# Dah satu penggal belajar, tapi still tak boleh nak catch up dengan bidang kursus. What to do?

Masih gagal nak adapt dengan pembelajaran berkaitan bidang kursus tu? Hmm. Ini agak parah jugak. Mungkin korang tak memberi sepenuh hati untuk cuba pupuk minat terhadap kursus tersebut. Maklum la dalam kepala otak dah set awal-awal tak suka, benci, meluat dan tak minat. Memang sampai kesudah la takkan timbul minat dan cinta terhadap bidang tersebut.

Jadi hanya tiga pilihan yang boleh korang buat. Samada nak teruskan lagi dan cuba jugak pupuk minat atau buat permohonan tukar ke kursus lain atau berhenti belajar terus. Yang mana korang nak? Terpulang atas diri sendiri. Tapi aku sangat tak syorkan korang berhenti belajar. Sangat rugi. Rugi masa, wang dan tenaga. Jangan paksa diri jika tak mampu nak teruskan tapi jangan berhenti dan keluar dari IPTA. Aku lebih syorkan korang buat permohonan tukar kursus.


# Boleh ke buat permohonan tukar kursus?

Aku rasa kat mana-mana IPTA pun ada pilihan untuk pelajar membuat permohonan tukar kursus. Yang penting kursus tu ada ditawarkan di universiti tersebut dan kouta masih ada kosong untuk diisi. Cumanya proses nak buat permohonan tu rumit sikit la. Kena naik turun sana sini untuk isi borang, dapatkan sign, cop kelulusan dari atasan dan macam-macam lagi perkara yang perlu diselesaikan. Memang sangat leceh. Tapi kalau dah korang memang bertekad nak tukar kursus, wajib kena kuatkan semangat untuk buat jugak. 

Permohonan untuk diluluskan juga tidak dijamin seratus peratus. Mungkin dapat dan mungkin juga tak dapat. Jadi memang kena tawakal. Kalau dapat alhamdulillah. Kalau tak dapat pulak, hmmm..nak taknak terpaksa la pupuk juga minat untuk mendalami kursus tersebut. Tapi kalau bertekad juga untuk berhenti belajar, terpulanglah. Itu masa depan korang sendiri. Fikir masak-masak ye sebelum buat keputusan.


Ini cuma pendapat aku je la sebagai seorang yang pernah ada pengalaman belajar di IPTA dulu. Ada sebilangan kawan-kawan aku masa belajar hadapi simptom tak boleh terima bidang kursus yang dorang dapat. Jadi perkongsian aku ni ada sedikit sebanyak dari pengalaman kawan-kawan aku jugak. Jangan tak tahu ada yang sampai berhenti belajar terus sebab stress tak boleh nak catch up. Ada jugak yang sanggup berkorban tenaga naik turun pejabat pentadbiran universiti dan pusat pengajian sebab bertekad nak tukar bidang kursus.


Bagi diri sendiri pulak, aku memang dapat kursus yang aku minat. Alhamdulillah. Cuma tempat belajar je la jauh kemaen sampai kat Sabah. Tapi best ape dapat merantau kat negeri orang. Syok ooo stay kat sana. Bila dah habes belajar ni rasa rindu sangat nak jejak kaki lagi kat sana. Lagipun kat sana jugak la aku dapat jumpa dengan encik CH. Hehe. Apa-apa pun, harapnya ada la sedikit panduan dari entri aku ni buat yang baru masuk universiti tu. Buat adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran satu hari nanti pun semoga dapat sedikit input dari pembacaan entri ni.


Selamat menempuh kehidupan sebagai mahasiswa dan mahasiswi. Tuntut ilmu sebanyak yang mungkin. Bukan ilmu dalam buku je, ilmu kehidupan pun sama. Pandai-pandai bawa diri. Jauh dari keluarga bukan bermakna korang boleh bebas sesuka hati. Pegang amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa dengan jujur. Semoga anda semua bakal jadi seorang graduan yang berjaya untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. GOOD LUCK and ALL THE BEST!



Bisik-bisik :: Rindu zaman belajar! Biasa la bile dah kertu dan stress bekerja ni, ngengade la nak rindu-rinduan saat jadi student dulu. Kui3. ;p


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)





 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com