Saturday, 28 April 2012

# RBPP 1 :: Restoran Al-Araby



Assalamualaikum. Hai!


Rasa macam nak buat segmen khas untuk edisi restoran makan yang best kat Pulau Pinang ni. Sebelum ni pernah tulis satu entri pasal satu restoran tu. Tapi itu bukan yang terbaik ye. Itu entri perli je sebab macam rasa geli dengan konsep restoran tersebut. Mintak maaf la kalau ade yang rasa tertipu dengan entri tersebut disebabkan tajuknya. Huhu. Ampun..ampun. Tapi kali ni tak tipu dah. Ini memang betul-betul punya review. RBPP tu maksudnya Restoran Best di Pulau Pinang oke. Kalau aku pergi makan kat mana-mana restoran yang best kat sekitar Pulau Pinang ni, aku akan buat review khas untuk korang.


Seperti kebiasaan, bila tiba hujung bulan time dah dapat gaji, aku akan ajak kakak teman pergi beli barang-barang hantaran. Opss! Terbocor rahsia pulak. Err..jangan salah faham. Belum masanya lagi. Ini adalah persediaan awal sahaja untuk orang susah macam aku dan encik CH. Nak beli barang pun kena catu satu-persatu. Satu barang satu bulan. Cenggitu la. Jangan risau. Tiba masa nanti kami akan umumkan pada semua. Waseh! Feeling macam artis pulak kan? Hak3.


~Picture credit from this blog. Tenkiu Cik Sufi!~


Oke la. Abaikan pasal tu. Meh aku nak review pasal Restoran Al-Araby ni. Lepas dah selesai agenda tadi tu, kami pun dah rasa kebulur. Maklum la tak makan dari pagi. Tetiba kakak suggest nak cuba makan kat restoran ni. Restoran Al-Araby terletak di dalam Tesco Extra Seberang Jaya. Sebenarnya tetiap bulan memang kami akan pergi ke Tesco ni untuk shopping barang-barang dapur. Tunggu aku dapat gaji la. Sebab aku yang keluarkan belanja beli barang-barang dapur stok sebulan untuk rumah ni. 


Sebelum ni tak pernah pulak terlintas nak try makan kat situ. Mungkin sebab motif pergi situ nak beli barang dapur je kot. Tapi hari ni, aku dengan kakak gigih pergi ke Tesco semata-mata nak try makan kat situ. Barang dapur lain kali baru pergi sebab kena usung big momma sekali. Kang merajuk pulak die shopping barang dapur tak bawa die. Ehehe. 


Wokeh! Aku tulis review dalam bentuk point la eh? Kang tulis macam karangan jadi berjela-jela pulak. Ini review aku pasal Restoran Al-Araby :
  • Interior design : Sangat mabeles! Restoran ni nampak eksklusif sangat. Cantik, kemas dan tersusun.
  • Makanan : Dari nama restoran pun korang boleh tahu tentulah konsep die makanan ala-ala Arab. Aku ambil Beriyani Ayam tadi sebab aku memang tak makan kambing. Tak lalu! Hehe. Kakak try Mandy Lamb. Aku punya memang sedap. Kakak pun kata makanan dia sedap. Pendek kata memang sedap la. Tapi nasi die sangat banyak! Satu pinggan boleh makan 2 orang. Haiyo. Jenuh nak menghabeskan. Tapi naseb baek la perot kami berdua tadi memang kosong dan lapo tak hengat. Boleh habes tu satu pinggan sorang makan. Buruk lantak benau rupanya. Haha. Oh ya. Set roti yang kakak order untuk anak die Iqbal pun sedap. Roti die lembut sangat tapi kuah ayam cicah die tu pedas nak mampos! Terbako lidah, bibir dan lelangit aku dengan kakak. Kih3.
  • Harga : Standard la makan kat restoran. Aku punya RM14.90 kalau tak salah. Kakak pulak RM16.90. Yang set roti tu tak ingat pulak berape. Tapi harga berbaloi dengan rasa yang sedap dan kuantiti makanan yang melimpah ruah tu. Makan kenyang sampai esok. Haha.
  • Layanan : Ok sangat dan mesra pelanggan. Suka tengok sebab pekerja perempuan pakai jubah. Sweet! Lagi satu, order tunggu tak lama pun. Sekejap je tunggu. Boleh kata agak cepat jugak la servis dorang walaupun masa kami pergi tu agak ramai jugak pelanggan.


~Kakak, Iqbal dan Aku~


Itu review aku untuk 4 aspek utama yang perlu ada pada sesebuah restoran. Dari 10 bintang aku boleh bagi 9.5 bintang. Aku harap restoran ni boleh kekalkan prestasi terbaik dorang. Semoga bisnes dorang lebih maju dan boleh buka cawangan kat negeri lain pulak. InsyaAllah. Kalau korang nak tahu restoran ni hanya ada satu cawangan kat Pulau Pinang je tau. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh pergi kat link website restoran ni. Dorang ada website sendiri tau. Nah link -> Laman Web Restoran Al-Araby


Peniaga melayu macam ni la yang kita nak. Menjaga kualiti restoran dan kepuasan pelanggan. Semoga Allah memberkati rezeki kamu. Amin. Eh! Korang kalau datang Penang, try la pergi kat restoran ni tau. Kat area tanah besar je. Bukan kat area island. Senang je nak cari Tesco ni. Ehehe. Sekian sahaja review tak berbayar dari aku. Nak tolong sesama Islam. (^_^)



Bisik-bisik :: Bila meniaga makanan, kena jujur dan ikhlas serta menjaga kualiti. InsyaAllah murah rezeki nanti.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 22 April 2012

Lari Dari Kewajipan? Insaflah. Hutang Itu Wajib Dibayar!



Assalamualaikum. Hai!


Tulisan kali ni mungkin agak 'berat' sikit dan panjang berjela. Mulanya nak ignore je walaupun sebenarnya dah lama teringin nak menulis pandangan. Tapi hari ni rasa terpanggil pulak nak tulis secara tertib pasal isu yang tengah hangat meletop-letop sekarang ni. Sebelum ni sekadar post status sahaja di ruangan fesbuk nak menyampaikan suara hati dan buah fikiran. Tak sangka dapat pulak banyak pandangan dari rakan-rakan yang lain. Ada yang menyokong. Ada yang menentang. Biasa la tu. Manusia kan? Kita semua ada pandangan masing-masing. 


Sebelum aku ulas lebih lanjut, berikut adalah kronologi status aku di fesbuk berhubung isu ini. Tujuan meluahkan rasa tersebut adalah kerana jemu mendengar rungutan dan berita yang asyik menyampaikan isi penyampaian yang sama saje. Tiada niat lain selain itu. Jadi harap maaf jika mungkin ayat yang tertulis itu ada yang sedikit kasar dan keras bunyinya.


*Maaf kerana bahasa yang sedikit kasar..masa ni tengah hangen sangat..huhu..T_T*






Itulah luahan rasa hati aku. Maaf sekali lagi jika bahasa nya agak kasar. Sekarang biar aku ulas dengan lebih lanjut. Maaf kalau terlalu panjang berjela ulasannya. Tujuannya supaya korang senang nak paham apa yang aku cuba sampaikan. Kalau korang tak boleh terima pandangan aku, itu hak korang. Aku takde hak nak bantah. Terpulang atas penerimaan masing-masing. Semua bijak pandai terpelajar. Boleh berfikir secara rasional. Bukan terlalu emosional.


# Situasi yang buat aku rimas tentang isu ini.
  1. Ramai yang sudah bekerja, merungut tak mampu nak bayar hutang PTPTN tapi bergaya dengan kereta dan berjoli itu ini sesuka hati. Siap ada yang pakai kad kredit lagi. Bukan la semua. Tapi kebanyakkannya. Hmm.
  2. Ramai yang bising, takde kerja sebab susah nak dapat kerja. Maka mereka tak boleh bayar PTPTN. Jadi nak sangat ia dihapuskan supaya tidak terbeban lagi. Sedangkan dalam dorang bising susah nak dapat kerja tu, ramai pulak orang asing yang bekerja kat negara kita ni ye. Kenapa begitu? Terlalu demand dan memilih kerja ya? Hmm.
  3. Pelajar yang tak habes belajar pun berkobar-kobar nak hapuskan PTPTN. Kononnya ditindas. Terpaksa ambil PTPTN. Tiada pilihan lain. Taknak bila dah habes belajar nanti terbeban nak bayar semula. Jadi mahu dihapuskan. Hmm.
  4. Semua yang berkobar-kobar nak hapuskan PTPTN ni, berbahas mahukan pendidikan percuma. Katanya memang tanggungjawab kerajaan untuk sediakan kemudahan tersebut. Jadi hutang-hutang dorang tu kena dihapuskan jugak sebagai ganti pendidikan percuma yang sepatutnya dorang dapat tapi tak dapat. Hmm.
  5. Telah dipolitikkan. Kononnya memberontak sebab tanda protes ada menteri yang boleh dilupuskan hutangnya begitu saja. Kerajaan corrupt. Kerajaan membazir. Jadi digunakan alasan ini mahu hutang sendiri pun dihapuskan juga. Biar adil kononnya. Hmm.

Terus terang, aku cukup rimas dengan situasi-situasi di atas. Pelbagai alasan yang diberikan oleh mereka-mereka ini untuk melepaskan diri dari tanggungjawab melunaskan hutang masing-masing. Ye aku faham  seandainya perjuangan korang tersebut kerana nak menyatakan ketidakpuasan hati terhadap dividen yang dikenakan. Tapi nak buat macam mana. Itu syarat yang telah dinyatakan dari seawal sebelum kita bersetuju menandatangani surat perjanjian dengan mereka. Kita perlu akur. Lagipun masa itu kita tidak dipaksa pun. Cuma korang je bagi alasan kata terpaksa dan tiada pilihan lain kan?


Dah nama pun pinjaman. Sama juga macam kita membuat pinjaman dengan pihak bank. Nak beli kereta, nak beli rumah, nak buat pinjaman peribadi, pinjaman kahwin. Ada percentage dividen yang dikenakan. Tapi kita tetap bersetuju juga kan? Situasinya sama sahaja. Ada yang cakap dividen = riba'. Sebab cukai pentadbiran itu boleh dikatakan riba'. Sepatutnya berapa yang kita pinjam, jumlah itulah yang perlu kita bayar. Haram kita membayar riba'. Maaf. Soal ni aku tidak layak untuk menentukan halal haramnya. Ilmu agama aku masih cetek lagi. Tapi aku bersangka baik. Mungkin dividen yang dikenakan tersebut adalah untuk membayar gaji pekerja di situ. Wallahualam. Itu antara dorang dengan Yang Maha Esa sahaja yang tahu.


Aku pelik kenapa ramai yang membangkitkan isu pendidikan percuma. Ok. Memang kita dah sedia maklum yang pendidikan percuma sudah diberikan di peringkat rendah iaitu peringkat sekolah. Yang dituntut ni adalah pendidikan percuma untuk peringkat tertinggi iaitu di universiti. Sebelum ulas isu yang ni biar aku jelaskan dulu tentang pendidikan percuma ni ye. Siapa kata tiada pendidikan percuma kat Malaysia ni? Aku rasa macam banyak je kerajaan dah sediakan. Siap dapat duit poket bulanan lagi.


Contohnya seperti Giat Mara. Yes. Mungkin ia diperingkat sijil sahaja. Tapi boleh consider di peringkat tinggi jugak tu sebab bukan sekolah lagi. Cumanya bukan di universiti je la. Tapi percuma kan? Dapat elaun bulanan pulak. Lepas tu dapat ilmu kemahiran lagi yang mana lebih berharga untuk pasaran kerja yang memerlukan kemahiran. Kenapa ramai yang kejar nak belajar tinggi tapi hanya dapat teori tanpa kemahiran, kalau tahu tak mampu nak tanggung kos pembelajaran di universiti? Ada pilihan untuk dapatkan pendidikan percuma yang memberikan kemahiran kan?


Nak belajar tinggi di universiti sebabkan nak ada sijil ijazah/diploma/master/phd untuk mudah dapat kerja? Alahai. Kalau setakat ada semua tu, tapi kerja praktikal haram langsung tak boleh buat, apa guna? Sekadar ada semua tu tak cukup. Oh! Sebab dengan adanya semua tu boleh demand kerja hebat dan gaji yang besar ye? Hmm. Kalau begitu, memang kamu bukan pekerja yang berkualiti sebenarnya. Ilmu teori saja tak cukup dalam bidang pekerjaan ye. Memang perlu ada teori. Tapi kamu perlu juga ada kemahiran yang praktikal untuk melaksanakan tugas kamu.


Baiklah. Sekalipun kamu mahu pengajian tinggi di universiti itu diberikan secara percuma, boleh. Di peringkat sekolah sila belajar bersungguh-sungguh dan capai keputusan yang cemerlang. InsyaAllah pelbagai sponsor yang bakal kamu miliki untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi. Bukan sahaja di dalam negara, malah jika mahu melanjutkan pelajaran di luar negara pun turut ditanggung. Jangan risau. Pendidikan percuma bakal jadi milik kamu. Tak perlu bising-bising lagi. Dan yang penting tak perlu buat pinjaman pelajaran. Mudah bukan?




Kita kena tahu. PTPTN adalah sebuah perbadanan. Bukan 100% hak milik kerajaan. Cuma dipantau sahaja oleh kerajaan. Mereka sebuah badan berkanun. Yang ada undang-undang sendiri. Mungkin sebab itu ada dividen dikenakan sebagai syarat pembayaran semula pinjaman. Ya, memang betul badan berkanun mendapat dana dan peruntukan dari kerajaan. Tapi mereka perlu urus sendiri kewangan mereka. Ada yang hentam aku kata, "Mahu faham sendiri la kan walaupun badan berkanun siapa yang pegang PTPTN". 


Baiklah. Saya faham kamu penyokong pembangkang. Saya hormat pendirian, sokongan dan ketaatan kamu terhadap parti kamu. Tapi jangan serang saya secara peribadi dengan isu politik secara membabi buta. Saya tidak mahu terlibat dengan isu politik. Saya masih belum bersedia untuk menyokong sesiapa. Pernah saya menyatakan pendirian saya terhadap dunia politik suatu ketika dahulu dalam entri ini. Saya mengaku saya adalah rakyat 'atas pagar'. Jadi, sila hormat pendirian saya sebagaimana saya hormat pendirian kamu.


Ya, memang kerajaan yang mengawalselia PTPTN. Even kalau pembangkang yang tadbir kerajaan nanti pun, PTPTN ni dorang jugak yang akan kawalselia. Takde isu di sini untuk menghentam PTPTN kerana mereka dibawah pentadbiran kerajaan. Kamu rasa andaikata pembangkang pegang kerajaan, dorang akan hapuskan ke PTPTN ni seperti yang diwar-warkan kalau dorang rasa ada untungnya mengawalselia PTPTN ni. Sendiri mahu faham juga ye. Jadi tolong jangan cakap pasal politik dengan saya. Saya tak berminat!


Bagi pendapat aku, pinjaman PTPTN tidak logik untuk dihapuskan. Sangat tidak relevan. Bukan semua dari kita ni terdiri dari golongan yang kaya berduit. Pinjaman pendidikan tidak salah sebenarnya. Apa salahnya kita melabur sedikit untuk mendapatkan ilmu? Bagi aku, investment untuk mendapatkan ilmu itu tidak menjadi masalah. Ini kerana kita akan menjadi seorang manusia yang lebih menghargai ilmu. InsyaAllah jika niat untuk mendapatkan ilmu itu kerana Allah.


Sedangkan yang berbayar ni pun ramai yang tidak bersungguh-sungguh belajar dan mensia-siakan ilmu. Inikan pula jika diberikan hanya percuma. Kelas ilmu agama di masjid pun ramai tak ambil kisah walaupun hanya diberikan secara percuma kan? Sebab apa? Sebab ramai dari kita ni sebenarnya tidak menghargai ilmu. Jangan nak nafikan pula. Itu kenyataan nya.


Masih mahukan pendidikan percuma untuk semua peringkat juga kononnya itu kewajipan kerajaan salurkan buat rakyat? Hmm. Boleh rasanya. Apa kata kita semua pun bekerja secara percuma juga. Anggap itu kewajipan kita yang perlu disalurkan untuk menjadikan negara kita sebuah negara yang sangat maju. Semuanya dari peringat apa sekalipun jawatannya. Menteri (tak kira orang kerajaan atau pembangkang), bos, kuli, dan sape-sape jela. Tak kira yang berkhidmat dalam sektor kerajaan atau swasta. Takde pengecualian.


Kita berkhidmat secara percuma. Biar duit gaji yang sepatutnya kita dapat tu, rolling gunakan untuk memberikan segala-galanya secara percuma. Pendidikan percuma, rawatan kesihatan percuma, minyak kenderaan percuma, naik pengangkutan awam percuma, penginapan percuma, lalu tol percuma, apa-apa saja la kemudahan semuanya percuma. Logik ke tidak ye? Dah kata nak semua percuma kan? Hmm. Nyawa kita ni pun pinjaman dari Allah juga. Terlupa agaknya kita ni kan?


hutang.jpg (600×428)


Sebenarnya, isu ini aku lihat dari sudut KEWAJIPAN MEMBAYAR HUTANG. Bukan nak mempertahankan PTPTN. Aku sendiri berhutang dengan PTPTN dengan amaun yang sangat banyak. RM21000. Belum termasuk dividen lagi. Jadi kenapa pulak aku nak mempertahankan PTPTN sedangkan aku pun kiranya tergolong dalam golongan yang 'tertindas' kan? Sepatutnya aku pun kena menyokong perjuangan menghapuskan PTPTN ni la kan?


Tapi tidak. Mustahil aku hendak terlibat sekalipun ada yang akan kata "Eleh. Kalau PTPTN bagi pilihan ko nak bayar ataupun tak, mesti ko pilih taknak bayar kan?" Maaf. Aku bukan manusia yang lupa diri dan tidak mengenang budi. Dan aku bukan manusia yang suka lari dari tanggungjawab. Itu bukan aku. Aku seorang muslim yang berpegang kukuh dengan ajaran Islam. Aku sedar duit pinjaman pelajaran yang aku dah dapat dulu, aku bukan sahaja guna untuk beli buku dan bayar yuran. Malah aku dah gunakan untuk sara hidup aku ketika dalam pengajian. Belanja makan dan sebagainya. Dah jadi darah daging aku.


Pendirian aku, membayar hutang adalah wajib dan tanggungjawab aku sebagai penghutang untuk melunaskan hutang-hutang aku. Aku takut dengan azab Allah terhadap mereka yang berhutang tapi tidak mahu membayar semula. Sangat takut. Dan aku sedar aku tak mampu nak tanggung dosa lari dari bayar hutang. Dosa  yang ada sekarang pun dah berkoyan-koyan tak tertanggung. Huhu. Kalau korang aku taktau la kan pendiriannya macam mana.


Hai. Entahlah. Kenapa ramai betul yang ambil mudah isu hutang ni ye? Korang semua tak takut eh dengan azab Allah? Sudah kebal nak hadapi azab dariNya ye? Ye la kan. Korang mampu nak tanggung dosa berkoyan-koyan. Sebab tu beriya-iya berjuang nak dihapuskan hutang korang tu dengan alasan 'menteri' tu boleh kenapa korang tak boleh. Hmm. Eloklah tu. Esok di akhirat korang beratur la beramai-ramai dengan 'menteri' tu ye. Kemudian jawablah dengan Yang Maha Esa kenapa kamu lari dari kewajipan membayar hutang tu.


Pelik-pelik juga manusia yang ada kat atas muka bumi ni ye. Ramai yang pendek akal rupanya. Maaf seandainya ada yang terasa. Aku maksudkan pendek akal itu bukanlah hendak mengatakan mereka ini bodoh. Jangan salah faham dan marah aku pula. Tiada niat untuk berkasar. Dikatakan pendek akal itu bukanlah bermaksud bodoh, tetapi tidak boleh berfikir secara rasional. Berfikirlah terlebih dahulu sebelum bertindak. Anda semua orang yang bijak bukan?


Kesimpulannya, yang berhutang silalah bayar hutang kamu itu. Ingatlah, HUTANG ITU WAJIB DIBAYAR walau apa pun alasan kamu. Sekian terima kasih. I rest my case. End of discussion.



Bisik-bisik :: Ramai rupanya manusia yang beragama Islam suka mengambil jalan pintas untuk melarikan diri dari kewajipan eh. Tak sangka sangat! Malu rasanya. T_T


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 15 April 2012

~Azan Lewat Walaupun Sudah Masuk Waktu. Boleh ke?~



Assalamualaikum. Hai!


Sebenarnye persoalan ni dah lama berlegar-legar di pemikiran aku ni. Sebab dah banyak kali jugak terjadi kat perumahan aku ni. Dari kampung sebelah. Aku selalu terdengar azan Isyak dilaungkan lewat dari waktu sepatutnya. Lewat sikit takpe. Ini sampai sejam lebih. Tapi itulah. Cuma tak terluah nak bertanya pada yang lebih arif. InsyaAllah nanti berpeluang aku akan bersemuka dengan mereka yang lebih berilmu untuk bertanyakan tentang ni. Sekadar nak dapatkan penjelasan dengan lebih jelas secara bersemuka. Baru puas hati.


Semalam kejadian tersebut berlaku lagi. Jadi aku ade la update status kat fesbuk kononnya nak bertanyakan pendapat kawan-kawan. Mana tahu kot ada yang berilmu dan arif pasal ni. Tapi haram takde yang respon pun. Status aku dipandang sepi je. Update status sendiri kemain lagi macam-macam doa, hadis, ayat Quran keluar. Tambah-tambah kalau bab perkahwinan, cinta, aurat, semua laju je. Tapi bila ada kawan ajukan persoalan azan dan solat camtu sorang pun tak respon. Sadis betul. Persoalan apa yang aku maksudkan? Nah! Ini keratan status aku tersebut.




Al-kisahnye, semalam dalam jam 9.30 malam gitu aku g toilet nak buang hajat dan nak ambil wudhu' untuk solat Isya'. Tengah kushyuk buang hajat tu tetibe aku terdengar laungan azan. Aku ni pesyen tak masok jamban time azan sebenarnye. Lagipun tak elok kan time azan masuk jamban. Setan iblis semua tengah bertempiaran lari berebut nak masuk rumah depa tu kalau dengar azan. Betul tak?


Lepas dah setel buang hajat terus menuju ke laptop yang terpasang dan terhasillah status tersebut. Lepas tu aku pun pergi le menunaikan solat Isya' dulu. Setel solat dan berdoa panjang berjela, aku pergi ngadap drama dulu kat tivi3. Masa duk layan drama tetibe teringat status aku tu. Aku pun pergi le check. Sedihnya sorang je kawan yang respon. Tapi die pun tak sure dan cadangkan aku bertanya kat Ustaz Azhar Idrus yang pemes tu. Cumanya belum tergerak hati lagi nak buat. Kalau di antara korang terasa nak ajukan persoalan aku ni pada dia silakan. Aku tak kesah pun.


Tapi, sekarang ni aku nak bagi pendapat la sikit tentang hal ni. Memang aku bukan seorang yang arif tentang hal agama. Dan aku pun takkan sekali-kali nak memandai-mandai meletakkan hukum sesuka hati. Sebab aku memang tak layak. Sekadar nak luahkan pandangan aku je. Sebabnye kawan yang respon semalam tu cakap "Mungkin ada ceramah agama. Sebab tu azan lambat. Selalunya begitulah kalau ade kuliah maghrib kat mana-mana". Tapi aku argue balik. Itu yang die kata tak sure dan suruh tanya kat UAI. 



azan+%281%29.jpg (500×334)



Apa yang aku argue? Pada pendapat aku, seeloknya lebih afdal didahulukan azan dan solat Isya'. Bagi aku, ceramah agama tersebut tak perlu drag sampai ganggu waktu azan bila dah masuk waktu. Boleh diberhentikan buat sementara dan dahulukan apa yang patut. Memang ceramah agama itu adalah tujuannya untuk memberikan ilmu agama. Tapi aku rasa solat lebih utama. Jadi sepatutnya postpone dahulu majlis ilmu tu dan tunaikan dahulu azan dan solat Isya', kemudian baru sambung semula ceramah tersebut selepas solat Isya'. Ke tak boleh buat macam tu eh? Entahlah.


Ye. Memang aku akui yang aku tak pernah hadiri majlis ilmu atau ceramah agama atau kuliah maghrib kat mana-mana sebab aku lebih selesa solat di rumah. Jadi aku tak tahu situasi sebenar di tempat kejadian. Lagipun aku perempuan kan? Lebih elok solat di rumah. Bukan tak teringin pergi. Salah anggapan korang tu. Aku pernah pergi, cuma masa bulan Ramadhan sebab nak tunaikan solat sunat tarawikh yang setahun sekali datang. Tapi sepanjang aku pergi masjid tunaikan solat sunat tarawikh tu tak pernah la pulak ada situasi macam ni. Azan tepat pada waktunya.


Ye sekali lagi kalau ade yang hentam " Eleh! Macam la ko tu selalu solat awal waktu. Sebok nak bising azan lewat. Biarlah dorang nak selesaikan dulu ceramah agama tu." Memang aku mengaku jarang solat di awal waktu. Selalunya memang terlewat dari waktunya. Maklum la bila di rumah atau di tempat kerja atau ke mana-mana selalunya memang akan ada je gangguan. Bukan tak pernah solat awal waktu selepas dengar azan, cuma jarang sangat. Tapi kalau sedang berada di rumah Allah, bukankah lebih afdal solat di awal waktu? 


Itulah yang menjadi persoalan aku. Kenapa ditangguhkan azan apabila masuk waktu sebab nak habeskan ceramah agama? Yang mana lebih utama? Siapa boleh jawab persoalan aku ni? Apa-apa pun, aku nak mintak maaf kalau persoalan aku ni nampak macam orang bodoh agama. Sebab nak tahu aku bertanya. Sebab aku rasa ada reason relevan maka aku argue. Harap maaf. Sekian.



Bisik-bisik :: Walaupun nampak macam remeh, kadang-kadang kita selalu terlepas pandang tentang hal begini kan? 


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 13 April 2012

~PORTFOLIO : Koleksi Header Customer Vol. 1~



Assalamualaikum. Hai!


Err..nak curik tulang sat. Mata letih ngadap coding. Huarghhh. Susah benau nak buat database punye sistem ni. Uhuk! Nyesal masa study dulu tak study dengan gigih. Ni dah kerja dapat task cenggini rasa macam nak rabak mata study balik semua coding. Menanges dalam hati. T_T


Takde nak update ape sangat pun. Nak taip entri berilmiah malas nak berfikir. Jadi nak update hasil kerja bisnes design header aku je la. Macam dalam tajuk yang tertera di atas. Siap ber'volume' lagi. Macam le banyak sangat dapat upah design. Hahaha.


Alhamdulillah. Walaupun takde la dapat banyak tempahan, tapi masih ada yang sudi nak upah aku. Terima kasih bebanyak. Tapi jangan lupe bayo buat yang belum lagi bayo tu ye. Kalau tak, sampai ke sudah le tak dapat header yang original. Yang aku tunjuk tu sample je. Kalau bersetuju dengan design baru bayar. Lima hengget je pun. Bukan mahal sangat. Aku ni baik hati jugak tau dak? Ecewah.


Setakat ni aku design takde lagi komplen dari customer mintak re-design balik header dorang. Maknanye first touch aku tu miracle habes la. Haha. Perasan! Alhamdulillah sebab hasil kerja aku customer puas hati. Gembira woi kalau hasil kerja kita buat orang lain pun rasa gembira. Err. Tapi kalau ade yang mintak redesign balik mungkin cas lebih sikit kot. Keh keh keh. Dah ideanye dari kepala hotak berkarat aku ni je ha. Kalau customer kabo nak camne dakpe le jugak. Sonang kerja aku. Tak payah memerah otak aku ni cari idea kreatif. Kreatif le sangat. Hehe. 


Ok la. Nah aku hidangkan hasil tangan kayu sakti aku design untuk korang cuci mata. Kalau ade yang berminat nak rasa khidmat aku silalah jangan malu-malu contact ye. Nak kata hasilnye cantik kebabom meletop wow tu idok la. Tapi aku akan cuba sedaya upaya hasilkan header yang memuaskan hati dan bertepatan dengan citarasa customer yang disayangi. Eceh! Sempat lagi tu ngipas. (^_^)






Semua header di atas ade watermark nama aku sebab ini adalah sample saje. Ehehe. Sori la kalau korang rasa terganggu dengan nama aku tu ye. Kali ni design customer mintak yang simple-simple dan mostly berminat header transparent. Jadi itulah hasilnye. Simple je kan? Itu je la yang aku mampu. Mintak ampun. 


Ok la. Lastly, bagi yang berminat nak tahu cara nak tempah tu, sila baca entri di link ini ye. Bahagian bawah sekali ada aku mention apa yang patut korang email kat aku. Sila bagi details seperti yang telah dimaklumkan. Nanti takde la aku asyik bertanya berulang-ulang kali kat korang. Kang tak pepasal korang tensen pulak kan. Ehehe. Adios. Nak sambung buat kerja.



Bisik-bisik :: Jangan risau. Walaupun design kecil-kecilan macam ni je, tapi dijamin tau sebab berdaftar. Aku kan ade 'syarikat' sendiri. (^_^)


*Latest upah : RM10..Mekaseh..(^_^)

Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 11 April 2012

~Terapi Terbaik Untuk Lupakan Hal Kerja.~



Assalamualaikum. Hai!


Err. Macam kekok pulak nak menulis. Rasa macam lama je dah tak ringankan jari jemari kontot ni menaip. Sibuk dengan kerja yang bertempek-tempek. Gembira sebab dah berjaya update web opis dengan wajah yang baru. Cantik dan kemas! Oke. Ini perasan namanya. Ada ke puji hasil kerja sendiri. Haha. Teringin nak tengok hasil kerja aku? Nah, pergi la kat link ini jengok-jengok ye. Aku design web dengan dreamweaver je. Kuno sket. Tapi kena cekap coding css, javascript dan sebagainya la. Nak buat camna. Tak berapa nak cekap design guna platform joomla atau wordpress. Sedang belajar dan explore lagi. (-_-")


Oke. Cukup-cukup la tu cerita pasal kerja. Sebenarnya nak update pasal lain kali ni. Tapi disebabkan nak menulis entri tu perlu kekuatan mental dan persediaan yang lebih jitu untuk bagi pendapat yang bernas, terpaksa postpone dulu la. Kita tulis benda santai-santai je hari ni. Warm up dulu oke. Nak share pengalaman aku pergi berhuya-huya di Langkawi selama 3 hari 2 malam tempoh hari. Baru je lagi pun. Sabtu yang lepas. Ikut family kakak. Kakak yang sponsor semua. Siapa taknak kan? Beruntungnye la jadi adik. Ada kakak yang suka belanja adik ni memang best tahu. (^_^)


Disebabkan perbelanjaan trip pergi sana tu kakak yang keluarkan semua, maka aku tak pasti berapa banyak yang die dah habeskan. Maklum le duit belanja nak shopping moping pun kakak yang bagi. Belanja makan, pergi naik kereta kabel dan yang lain-lain, abang ipar pun keluarkan belanja jugak. Alahai. Memang seronok betol rasa dapat kakak dan abang ipar yang begini. Aku pergi bercuti tak keluarkan sesen pun duit sendiri. Untungnye la hai. Lain kali boleh pow lagi la. Amboi. Ambik kesempatan pulak aku ni kan. Ehehe.




Kami stay kat Century Suria Service Apartment yang terletak di Pekan Kuah. Besar gilos la hai. Kakak ambil yang ada 3 bilik. Bilik semua besar-besar. Kalau pergi dengan family yang besar memang berbaloi ambil apartment ni. Ada dapur lagi kalau korang nak memasak sendiri. Peti sejuk pun ada disediakan. Mana la tahu kot memalam korang lapo ke kan. Boleh simpan stok makanan dan minuman dalam peti sejuk. 


Kalau terasa nak basuh baju sebab stok baju tak banyak pon boleh sebab ade mesin basuh jugak. Memang syok. Selesa sangat apartment tu. Cantik pun boleh tahan la apartment nye. Besar pun besar. Memang berbaloi. Ada kolam mandi, ada gym. Pendek kata cukup la kemudahannya.


Pagi-pagi makanan disediakan untuk 6 orang satu rumah. Kalau family besar ada ramai ahli lebih dari 6 orang yang selebihnya kena la topup sikit bayar ye. Jangan jadi macam ada satu family tu. 'Cerdik' terlebih dorang tu. Konon turun group by group supaya orang kat cafe tu tak perasan dorang tu sebenarnye lebih dari 6 orang. Memang silap besar la sebab orang kat cafe tu boleh detect. 


Berdosa tau buat camtu. Makanan tu masuk dalam perut jadi darah daging. Bayar la sikit kalau dah tahu jumlah family lebih dari kupon yang disediakan. Perangai memang tak semenggah. Buat malu je orang Islam berperangai macam tu. Kira makan benda yang tak halal la tu ha. Makan curik-curik. Ingat kenduri ke nak makan free? Haiyoo~~




3 hari 2 malam memang tak cukup kalau nak bercuti sakan kat Langkawi. Banyak tempat menarik tak dapat pergi. Uhuhu. Dengan hujannye, memang pergerakan agak terbatas la sikit. Lagi satu sebab ade budak tecit yang kuat tido tu. Anak akak aku le. Ahaha. Hari pertama sampai Langkawi pun dah petang sebab dapat feri pukul 2.30 petang. Gile ramai orang pergi bercuti-cuti kat Langkawi. 


Sampai-sampai pergi ambil kereta sewa terus check-in apartment. Rehat-rehat jap lepas tu keluar pergi cari makan. Kebuloq dah memasing. Lepas makan pergi shopping ceklat sket. Malam tu pergi cuci mata kat Pantai Chenang. Ramainya foreigner. Ramai jugak pasangan suami isteri. Jeles tengok orang berbulan madu. =D


Hari kedua pergi naik cable car kat Gunung Mat Cincang ke hape ntah namanye. Gayat oi! Duduk dalam kereta kabel yang bergoyang-goyang di awangan. Rasa macam nak tercabut jantung. Tapi seronok. First time merasa naik cable car. Jakun la sikit dibuatnya. Punya la ramai manusia nak naik. Beratur panjang hampir sejam jugak. 


Dekat Langkawi Cable Car dah habes setengah hari. Sebab lepak lama jugak dekat atas. Tunggu tangan lilin kakak dan abang ipar siap. Dan sangat tak sangka, aku terserempak dengan kawan sekolah rendah yang dah berbelas tahun tak jumpa lepas aku pindah dari Perak. Kebetulan sangat.




Lepas turun dari cable car tu pergi cari makan. Kendian balik jap apartment sebab dak tecit tido dan nak solat. Petang tu keluar pergi Idaman Suri yang popular sangat dan orang cakap barang murah, nak pergi cuci mata. Aku dapat beli something untuk kegunaan *** (rahsia) aku nanti. Ehehe. 


Hujan tetiba masa kat situ. Kena tunggu jap. Lepas hujan reda kami pergi Dataran Helang. Jalan-jalan ambik gambo je. Bapak panas betul la Langkawi ni ha ye. Mungkin sebab lepas hujan kot. Burn kulit aku yang dah sedia ada gelap berkilat ni. Hoho. 


Lepas tu kononnye nak pergi Tanjung Rhu, tapi tak sempat. Dah kena tutup dah jalannye. Jadi lepak-lepak tepi pantai area Hotel Four Season kalau tak salah. Kitorang kononnye jalan sepanjang pantai sampai la depan pantai hotel tu dengan niat nak sekodeng view dalam hotel yang eksklusif dan mahal tu. Sekali ade guard menuju laju ke arah kitorang. Nak menghalau la tu. 


Tapi kitorang stop dan berlakon main-main air di gigi pantai sambil ambik gambo lepas tu jalan patah balik. Hebat jugak lakonan kami semua sebab die tak datang dekat pun dan patah balik. Hehe. Malam kedua tak pergi memane just lepak dekat apartment sebab hujan. Layan ABPBH je la kat tv3 sampai habes.




Tiba hari ketiga iaitu hari last kat Langkawi. Siap-siap turun sarapan lepas tu naik atas ambil beg dan check-out. Sebelum gerak balik pergi pusing-pusing pekan Kuah dulu. Dah puas meronda baru pulangkan kereta sewa dan pergi beli tiket feri. Dapat tiket pukul 2.30 petang dan sampai kat jeti Kuala Perlis pukul 3.30 petang kot. 


Masa balik tu, atas feri dapat line TH GSM maksudnya line phone dari Thailand. Melayang sehengget 1 mesej sebab asyik nak mesej dengan encik CH je tak benti-benti. Pergi bercuti pun, encik CH tak dilupakan ye. Tapi lantak je la. Mujur ade line jugak di tengah lautan tu. Janji boleh mesej dengan encik CH. Boleh la feeling berada kat Thailand kononnye kejap. Haha.




Itulah cerita panjang berjela cuti-cuti aku kat Langkawi. Normal la tu kan. Aku kalau tulis entri memang stok panjang-panjang. Details sangat. Jangan korang pengsan membaca sudah. Haha. Dan maaf sebab banyak sikit gambar yang diabadikan dalam entri kali ni. Kenangan. Kalau boleh nak tempek je semua gambar. Tapi macam melampau pulak. Haha.


Ini adalah kali kedua aku jejak kaki kat Langkawi. Kali pertama masa umur aku 17 tahun lepas habes SPM sebab ikut rombongan pejabat belia. Maknanya dah berbelas tahun wei. Rasa tak puas sebab banyak tempat menarik tak berkesempatan nak pergi. Takpe. InsyaAllah satu hari nanti boleh pergi lagi kalau ade budget lebih. Pergi lepas dah kawen nanti ke honeymoon kat sana. Eceh!


Bila pergi bercuti kat Langkawi ni kan, buat aku teringat zaman belajar tinggal kat Labuan. Memang sebijik sebijan perasaannye. Mungkin sebab suasananya tu kot. Macam ada persamaan. Terubat jugak rindu kat Labuan. Ehehe. Apa-apa pun, ini cuti yang awesome bagi aku sebab dapat hilangkan stress kerja buat seketika. Weee~~~



Bisik-bisik :: Pergi bercuti memang terapi terbaik untuk lupakan hal kerja. Seronok!


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 1 April 2012

~Kahwin Muda VS Kahwin Lewat~



Assalamualaikum. Hai!


Err..kita mulakan hari pertama di bulan April ni dengan entri kawen-kawen eh. Hamboi. Kemaen lagi cik sha korang ni kan? Sejak dua menjak ni suke benau nulis pasal hal kawen-kawen. Kui3. Sekali sekala je. Bukan selalu pun. Ye dak? Sebenarnye dah lama teringin nak ulas isu ni. Tapi tak berkesempatan sebab takde idea. Sekarang moh le kite memanjang lebarkan entri dengan isu ni. Sekadar berkongsi pandangan dari seorang aku yang biase-biase je ni. Oke?


Walaupun aku ni amatlah jarang menyemakkan wall feed orang dengan status-status merepek meraban, tapi aku selalulah jugak menjelajah wall feed aku dengan membelek setiap inci status dari kengkawan fesbuk yang lain. Bukan niat nak jadi stalker pun. Saje nak tengok perkembangan memasing. Dah rajin beno update status peribadi. Syok jugak dapat tahu pasal life harian orang. 


Kekadang ade jugak yang berkongsi status kata-kata semangat dan perangsang. Sharing a nice islamic quotes. Dan macam-macam lagi benda yang mungkin mendatangkan manfaat buat kengkawan fesbuk. Dapat pahala jugak tu. Platform dunia internet ni kalau digunakan dengan cara yang bijak dan jalan yang baik, insyaAllah banyak faedahnya. Betul tak?


Dalam banyak-banyak status yang dikongsi, yang paling kerap dikongsikan adalah tentang kahwin. Ada yang berkongsi artikel keagamaan tentang perkahwinan. Ada yang berkongsi gambar kahwin masing-masing. Ada yang berkongsi status persediaan nak berkahwin. Ada yang berkongsi keindahan alam perkahwinan diri sendiri setelah sah bergelar suami isteri. Ada yang berkongsi keinginan untuk berkahwin di usia yang muda.  Dan macam-macam lagi yang berkaitan. Banyak sangat!


Tapi yang paling menarik perhatian aku ialah status keinginan mahu berkahwin di usia yang muda. Ramai sangat yang berkongsi. Terutamanya yang status adik-adik la pada aku yang sudah agak berusia ni. Kenapa aku tertarik? Inilah yang aku nak share pendapat aku dengan korang semua ni. Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf jika ada yang tidak bersetuju dengan apa yang bakal aku sampaikan. Mungkin pendapat aku ni tak sama dengan korang. Biasa la tu. Kita manusia biasa. Pasti ada percanggahan pendapat. Cumanya kita perlu saling menghormati pendapat masing-masing selagi tidak melanggar syariat agama. Boleh kan?


Baiklah. Bagi pembaca setia belog aku ni mungkin pernah baca entri aku sebelum ini yang bertajuk "Perkahwinan Ibarat Bina Masjid, Bukan Reban Ayam". Entri tersebut pernah aku sentuh hal berkahwin di usia muda ni. Pada yang belum baca, ringankan jari klik pautan yang aku beri tadi tu oke. Entri kali ini adalah lanjutan dari entri tersebut. Mari teruskan membaca pendapat aku pula untuk kali ini. Maaf sekiranya entri kali ni sangat la panjang berjela-jela dari kebiasaan. Teruskan membaca ye!




#Berkahwin Di Usia Muda

Secara peribadinya, bukanlah aku tidak bersetuju dengan perkahwinan di usia muda. Sebenarnya berkahwin di usia muda ni banyak juga kelebihannya. Alhamdulillah buat mereka yang telah melaluinya dan berjaya melayari bahtera perkahwinan masing-masing dengan baik. Mungkin itu rahmat yang diberikan oleh Allah. Diharapkan mereka-mereka ini sentiasa bersyukur dan tidak alpa dengan nikmat yang Allah kurniakan buat mereka. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat beruntung.


Walau bagaimanapun, aku ada pendirian sendiri berkaitan perkahwinan di usia muda ni. Bagi mereka yang walaupun masih muda tapi sudah matang perwatakan dan pemikirannya serta bagus ilmu agamanya, aku langsung tiada masalah. Malah memang aku sangat bersetuju dengan perkahwinan mereka. Sebab aku yakin mereka mampu memikul tanggungjawab dan amanah dalam melayari bahtera rumahtangga mereka. 


Tapi aku kurang bersetuju buat mereka yang pada pandangan aku masih tidak matang pemikiran dan perwatakan serta kurang pula ilmu agamanya. Ingin berkahwin muda kerana terpengaruh dengan kawan-kawan yang telah berkahwin. Pada pandangan aku, mereka ini sebenarnya belum cukup bersedia untuk memikul tanggungjawab masing-masing setelah bergelar suami isteri nanti. Bimbang mereka gagal mengemudi bahtera rumah tangga mereka dengan baik.


Bagi aku kematangan sangat penting dalam melayari alam rumahtangga. Aku yakin pasti ada yang akan berkata, "Alah..bila dah kahwin nanti mesti la berubah jadi matang." Tidak. Jangan berfikir begitu. Even yang dah berumur pun bila dah berkahwin ada yang masih gagal untuk mematangkan diri, inikan pula yang masih muda lagi. Kematangan tidak boleh diukur dengan perkahwinan. Bagi aku, tafsiran itu adalah tidak tepat. Kematangan manusia berbeza-beza dan perkahwinan bukanlah ukurannya. Berapa ramai yang sudah tua dan berkahwin dalam tempoh yang agak lama, tapi masih berpewatakan seperti anak remaja?


Bukan semua bernasib baik dan ditakdirkan untuk berkahwin di usia muda. Dan bukan semua yang telah berkahwin muda itu berjaya mengemudi rumahtangga mereka dengan baik. Malah mungkin ramai yang gagal dan hanyut dek kerana tidak mampu memikul tanggungjawab mereka. Dan ingatlah, berkahwin di usia muda bukanlah tiket untuk mendapatkan lesen bagi melunaskan tuntutan nafsu semata. Tanggungjawab dan amanah untuk mengemudi rumahtangga tersebut lebih besar dan berat sebenarnya.


#Kahwin Lewat

Sebagai umat Islam, aku yakin semua dari kita percaya urusan jodoh itu adalah rahsia Allah. Jadi buat mereka yang berkahwin lewat, mungkin ini adalah ujian yang diberikan oleh Allah untuk menguji kesabaran diri. Mentaliti kebanyakan dari kita suka menghentam mereka yang berkahwin lewat ni kan? Pelbagai gelaran yang tidak enak jugak sering ditujukan pada mereka. Seolah-olah terlupa hakikat yang urusan jodoh itu datangnya dari Allah. 


Salahkah mereka yang berkahwin pada usia yang agak lewat ini? Tiada salahnya. Cuma kebanyakan dari kita saje yang suka memperbesarkan hal ini. Seolah-olah mereka yang berkahwin lewat ni sengaja menangguhkan perkahwinan. Malah ada yang memfitnah pula kononnya mereka ini lebih suka bergelumang dengan dosa berpasangan dan bercinta sebelum berkahwin. Astaghfirullah. Sudahlah mencaci malah memfitnah pula golongan yang berkahwin lewat ini. Itulah perangai buruk kebanyakan dari kita kan?


Takde manusia normal yang tidak mahu berkahwin. Cuma mungkin perjalanan jodoh mereka terlewat sedikit. Hanya Allah sahaja yang tahu sebabnya. Ada hikmahnya kenapa Allah menentukan jodoh seseorang itu lewat. Mungkin juga penyebabnya hanya tuan empunya diri yang tahu kenapa dia memilih untuk berkahwin lewat. Apapun sebabnya, kita perlu ingat semua ini adalah takdir jodoh mereka yang telah ditentukan oleh Allah. 




#Kahwin Muda VS Kahwin Lewat

Walau bagaimanapun, berkahwin di usia muda atau lewat tiada salahnya jika niat berkahwin itu untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh Allah setelah melayari alam rumahtangga. Pada pandangan aku, semua yang dilakukan oleh kita ini perlu dimulakan dengan niat yang baik demi mendapatkan keredhaan Allah. Kahwin Muda atau Kahwin Lewat, jika tiada keredhaan Allah pun takde guna jugak. Betul tak?


Bagaimanapun, aku nak nasihat la adik-adik yang ada niat nak berkahwin di usia muda. Memang tiada salahnya. Niat tu dah betul dah. Cuma sila perlengkapkan diri untuk memegang amanah sebagai suami isteri demi mencari redha Allah. Jangan sesekali susahkan ibu bapa lagi dan belajarlah berdikari dalam melayari bahtera rumahtangga yang dibina. Aku beri nasihat ni bukanlah bererti aku cemburu dengan keistimewaan yang korang miliki dapat berkahwin usia muda. Cumanya mahu korang sedar yang perkahwinan bukan barang permainan untuk suka-suka. Perkahwinan adalah amanah. Amanah yang sangat besar. Ingat tu!


Buat mereka yang berkahwin di usia yang agak lewat (termasuk diri sendiri), jangan bersedih dengan dugaan yang Allah berikan ini. Pasti ada hikmahnya. Namun, jangan terus mengalah. Berusahalah, berdoalah dan bertawakallah kepada Allah. Pasti Allah akan buka jalan dan permudahkan segalanya. InsyaAllah.


Akhir kata, jodoh itu rahsia dan urusan Allah. Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha mencari jodoh yang terbaik dan merancang tentang perkahwinan masing-masing. Berkahwin di usia muda atau lewat, hanya Allah yang berhak menentukannya. Bersyukurlah sekiranya perjalanan jodoh kalian dipermudahkan dan bermuhasabahlah jika perjalanan jodoh kalian melalui jalan yang agak sukar. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.



Bisik-bisik :: Jodoh itu rahsia Allah. Sentiasa beringat yang Ujian hidup dan rezeki kita berbeza dan tidak mungkin akan sama!


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)





 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com