Wednesday, 30 November 2011

~Membela nasib anak kucing terbiar~



Assalamualaikum. Hai!


Dah lama tak cerita pasal kucing kan? Hari ni aku nak cerita pasal makhluk Allah yang comel ni la. Lepas insiden anak-anak kucing kesayangan aku mati sekor demi sekor atas sebab yang aku sendiri kurang pasti samada terkena jangkitan virus, keracunan atau efek ubat rawatan di vet, aku dah kurang cerita pasal kucing kat belog ni. Kesedihan tu masih belum hilang sepenuhnya lagi kot. Uhuk.


Selepas kehilangan anak-anak bulus aku tu, cuma tinggal seekor saje kucing yang masih dalam peliharaan aku. Mak kepada anak-anak bulus yang dah meninggal tu le. Mak dorang je yang masih hidup dan sehat walafiat sehingga kini. Dan sudah tentulah perhatian aku sepenuhnya tertumpu kat die sekor je. Die pun sekarang bukan main mengade dan bertambah gemok sebab aku beri jagaan rapi dan perhatian kat die semata-mata. 


Korang yang ikut belog aku ni mesti tahu aku ni memang seorang cat lover kan? Disebabkan aku kesian si Cik'ah ni tinggal sekor dan takde kawan, tempoh hari aku telah adopt seekor anak kucing yang aku kutip dari kedai jual ikan+sayuran kat depan taman perumahan aku ni. Ehehe. Sebenarnye aku nak ambil kitty lain yang aku ternampak 3 hari sebelum tu. Sayangnye die dah hilang pergi mana pun tak tahu. Pakcik kedai tu cakap lagipun kitty tu tak berapa lawa. Sian kitty tu. Jadi pakcik tu sua pada aku kitty yang lain.


Mulanye macam sedih jugak la sebab kitty yang aku nak takde situ dah. Tapi bile belek kitty yang pakcik tu bagi aku jadi kesian pulak sebab mata die buta. Rasanya lah sebab mata die tak macam mata kucing lain. Macam ade selaput yang tutup anak mata die. Kesian sangat! Jadi aku pun dengan rela hati adopt kitty tu. Masuk hari ni dah 2 hari la aku bela die. Manja gile! 



~ Hai! Nama saya Boboi. (^_^) ~


Haa..yang kat atas ni la kitty yang aku adopt tu. Aku bagi nama Boboi. Pengaruh dari kartun Boboiboy la ni.  Lagipun die jantan. Ngam la tu kan. Hehe. Buat masa ni aku asingkan die dalam sangkar lain dulu. Tempoh hari lepas ambil die aku mandikan then masa lap-lap bulu die tu terjumpa kutu. Takut berjangkit kat si Cik'ah tu pulak jadi kena la bagi duduk jejauh. Bile dah takde kutu kang baru leh bagi kawan. 


Tips penjagaan kucing ni, kalau salah sekor ade kutu, kurap, penyakit atau demam, memang kena asingkan dari kucing yang lain dulu. Sebab nanti boleh berjangkit. Ini aku belajar dari pengalaman membela anak-anak bulus yang dah meninggal tu jugak la. Aku pun tersilap langkah jugak masa tu. Tahu ade salah sekor sakit tapi aku tak asingkan sebab kesian nak asingkan die sekor-sekor. End-up semua sekali saket dan mati lepas dapatkan rawatan di vet. Wuu. Takpe. Pengalaman mengajar kite untuk lebih berhati-hati di masa depan kan?


Lagi satu tips, kalau ade kucing yang saket, cepat-cepat bawak pergi vet tau. Jangan bertangguh kononnye.. "Takde ape-ape. Saket sikit je. Nanti baik la ni. Kucing kan pandai ubat diri die sendiri. Ada 9 nyawa." Banyak la korang kucing 9 nyawa. Mitos je kot tu. Kalau nak menyesal buat la camtu ye. Nanti korang rase la ape yang pernah aku rase dulu tu. Uhuhu. Tapi kalau tak mampu nak bawak pergi vet, jangan khuatir. Ade jugak petua-petua lama yang boleh merawat kucing-kucing yang saket ni sebenarnye. Kalau die tak saket terok la. Kalau saket terok sila bawak pergi vet.


Nak petua lama tu, kena rajin-rajin search kat internet ni la ye. Banyak sangat! Ramai orang yang ada bela kucing dan berpengalaman suka share petua tau. Aku selalu refer kat belog Kucing Terbiar ni kalau nak tahu pasal penjagaan dan rawatan kucing. Ada jugak la belog lain yang aku refer. Cuma aku suka lepak kat belog tu. Ehehe. Kadang-kadang aku call je doktor kat vet nak mintak advise kalau rase tak berduit nak bawak kucing pergi buat rawatan. ;p


Eh. Lagi satu nak pesan kat korang yang berminat nak bela kucing ni. Tak payah la perabih duit pergi beli kucing yang mahal-mahal tu. Membazir. Kutip je kucing-kucing yang kena buang kat pasar ke, tepi jalan ke kat mana-mana la. Dorang pun comel jugak ape. Kesian kat kucing-kucing tu terbiar. Dorang lagi perlukan penjagaan rapi dan perhatian kita tau. Lagipun dapat pahala kot sebab membela nasib dorang. Eceh! Hehe.



Bisik-bisik :: Tak paham kenapa ada orang suka buang-buang kucing ni. Takde rasa kesian ke eh dalam hati dorang. Haishh..(-_-")


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 27 November 2011

~Trend Kad Kahwin #1 :: Pangkat Kerja~



Assalamualaikum. Hai!


Terlebih dahulu Selamat Tahun Baru diucapkan buat semua umat Islam. Alhamdulillah. Masih dipanjangkan umur kita semua. Semoga kedatangan tahun baru ni menjadikan kite insan yang lebih baik. Sama-sama kite hijrah diri ke arah kebaikan oke? Jangan pulak hijrahkan diri ke arah keburukan. Ish3. Terbalik pulak tu. Apa-apa pun, Salam Maal Hijrah buat semua. (^_^)


Diam tak diam dah seminggu rupanya bebudak cuti sekolah ek? Jelesnye! Nak jadi budak sekolah balik boleh tak? Err..ini namanya tak sedar diri. Perasan mude le tu. Padahal dah kertu. Hehe. Disebabkan cuti sekolah dah bermula, maka tetiap minggu ade je la kenduri kahwen. Dan banyak sangat jemputan yang diterima. Dari kawan-kawan aku, staf-staf kakak dan makcik-makcik kawan mak. Kami pergi mana yang sempat je la kalau takde perancangan lain.


Haa..dalam banyak-banyak kad kawen yang diterima, ada beberapa keping kad kawen yang menarik minat aku untuk diceritakan dan dikongsikan dengan korang. Kad kawen yang mak aku dapat dari kawan dia kat sekitar rumah ni la. Ehehe. Apa yang menarik sangat tu ye? 


Hmm..satu yang aku perasan, jiran-jiran kat rumah aku ni ade sikap yang pelik beno pada pandangan mata aku. Sikap nak berlumba-lumba tunjuk siapa yang boleh buat majlis kawen yang paling grand. Yang itu satu hal la. Memang dari dulu lagi kot. Ini yang baru aku dapat tahu, sikap nak menunjuk pangkat menantu tu kerja apa. Erk?


Serius weh! Dalam kad kawen tu tertera pangkat si menantu tu. Setakat ni yang dah aku jumpa ada dalam 2 kad kawen yang mak dapat. Pangkat Inspektor dengan Leftenan Muda. Amboi..hebat beno kerja si menantu nye eh. Ini kalau kerja Doktor ke Engineer ke mahu beso gedabak nama menantu tu dengan pangkatnye sebagai Dr. dan Ir. dicetak pada kad kawen tu. Adudui. 



~Imej disedut dari Google~


Sebelum ni kan, aku ingatkan kaum India je yang suke wat camni. Aku pernah dapat kad jemputan kawen dari kawan India aku. Dalam kad kawen dorang memang akan ditulis si pengantin perempuan dan lelaki tu belajar tahap ape kalau dorang belajar tinggi. Maksud nye jenis degree ke master ke Phd ke dan kat universiti mana dorang study. Memang akan dicetak di bawah nama pengantin. Tapi tak kesah la sebab dorang memang suka menunjuk pun kan.


Masalahnye, sekarang ni orang Melayu kite pun dah mula buat camni jugak eh? Maksud aku orang kebanyakan macam kite ni la. Yang ade pangkat Dato' Datin Tan Sri Puan Sri semua tu memang le dalam kad kawen anak depa tertera nama depa yang berpangkat tu. Ini orang yang biase-biase ni ha. Tak nak kalah jugak tu. Nak jugak tulis pangkatnye kerja apa. Alahai..


Buat apa lah nak menunjuk ye. Dapat apa dengan berbuat demikian eh? Nak orang memuji yang dorang tu pandai pilih menantu ke? Nak orang puji yang anak gadis dorang pandai pilih suami ke? Pelik betul la aku rasa sikap sesetengah orang ni. Terlalu mengagung-agungkan darjat dan pangkat. Lepas tu suka menayang kat semua orang. Penting sangat ke pangkat ni?


Entahlah. Bukan niat aku nak mengata ye. Cuma aku berasa sedikit jelik dengan sikap orang yang begini. Ramai sangat orang yang suka menunjuk-nunjuk ni rupanye eh. Memang dah jadi trend gamaknye kot. Aku pun tak tahu la. Sebab aku bukan jenis mengikut trend. Ehehe. Agaknye mungkin sebab orang kita ni terlebih 'prihatin' sangat kot. Mulut tu 'ringan' je nak bertanya kat tuan rumah menantu nye kerja apa. Jadi nak senang cerita malas nak menjawab banyak kali, tulis je atas kad kawen la. Takde orang tanye banyak-banyak kali. Ye dak? Ekeke. 


Apa-apa pun, tak kesah la kawen dengan kerja pangkat apa sekalipun, tak perlu la nak menunjuk sangat ye. Biar low profile. Orang tanya pun senyum je takyah jawab ape-ape. Lantak deme la nak ngate ape pun. Menyebok je hal orang. Kite buat rileks sudah. Hehe. Janji perkahwinan yang dibina berbahagia sehingga ke akhir hayat dan sentiasa dirahmati serta diberkati Allah. Itu lagi penting.



Bisik-bisik :: Pangkat bukan jaminan rumahtangga bahagia ok!


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 23 November 2011

~Kini berwajah baru!~



Assalamualaikum. Hai!


Dah hampir seminggu menyepi. Agak sebok dengan kerja dan aktiviti harian. Sampai tak menyempat nak jengok belog sendiri. Komitmen oi. Biasa la tu kan. Nama pun wanita bekerjaya. Ececeh. Lagipun sekarang ni ade projek nak kena setel. Memang sebok le.


Projek pertama, design belog bisnes kakak encik CH. Belum siap lagi. Tapi encik CH dah bayo. Adudui. Kena setelkan cepat ni. Projek kedua, ada someone upah aku buat projek Multimedia. Perbetulkan scripting dan design. Masih on progress. Dan tempoh hari dapat sorang customer upah designkan header belog die. Yang ni dah setel. Design header kejap je kot. Ingatkan takde yang berminat nak aku design header. Maklum le tangan kayu. Ehehe. 


Alhamdulillah. Ada jugak bisnes masuk. Walaupun sikit tapi untuk permulaan ok la tu kan? Lagipun ini part-time je aku buat. Terima kasih kepada yang memberi sepenuh kepercayaan nak gunakan khidmat aku. Maaf  sesangat kalau hasil nye takde la hebat mana. Itu je yang mampu aku buat. Maklum le tangan tak berseni ni yang buat kerja. Sila lah pasrah ye. Hehe. Tapi aku akan pastikan aku beri khidmat yang terbaik untuk customer aku. Kredibiliti diri kena jaga jugak. Baru customer trust. Ye dak?


Diam tak diam dah nak hujung bulan 11 dah. Dan lagi 3 hari umat Islam akan sambut tahun baru 1433 Hijriah. Alhamdulillah. Allah masih beri peluang buat kita semua untuk terus bernafas dan menjalani kehidupan seharian. Semoga kita tidak terus lalai dan alpa sebab masih ada tanggungjawab yang perlu kita laksanakan sebagai khalifah di bumi ini. Semoga Allah terus memberi kita kudrat untuk terus berjuang. InsyaAllah.



~Header baru belog busuk ini. Nak tengok template penuh? Sila skroll sampai bawah ok! (^_^)~


Ahaa. Korang perasan tak ada perubahan dekat belog aku ni? Banyak sangat yang berubah. Totally! Aku redesign semula belog dan buat template sendiri. Dan inilah hasilnya. Tiga hari aku gigih menggodek coding sampai rasa macam nak rabak mata ni. Tido pun tak sempurna sebab tak puas hati selagi tak siap sepenuhnya. Itu yang sampai tiga hari aku seksa diri sendiri design belog ni bagi siap. Haha. Amacam? Cantik tak wajah baru Belog Riesha Ariesha ni?


Of koz le aku design ni rujuk dekat tutorial jugak. First time kot design template sendiri. Jadi kena la buat rujukan. Mana boleh terus pandai kan? Terima kasih la kepada blogger-blogger yang baik hati sediakan entri tutorial yang berlambak-lambak. Walaupun ada yang entri copypaste dan tak menjadi pun bila cuba. Tapi takpe. At least aku belajar something. Ada jugak coding yang aku pandai-pandai sendiri ubah. Nasib baek la ade ilmu sikit dan pernah belajar masa kat universiti dulu. Ehee.


Kenapa aku redesign belog ni? Sebab ini adalah hadiah untuk diri sendiri dan belog kesayangan sempena 2 tahun dah aku berbelog. A'ah! Lagi tiga hari genap 2 tahun aku menulis belog. 27-11-2009 hingga 27-11-2011. Serentak dengan Awal Muharam besday belog aku kali ni. Kebetulan pulak. Jadi sempena tahun baru maka belog pun berwajah baru la. Ehehe.


InsyaAllah aku akan terus menulis selagi masih diberikan ilham. Semoga perkongsian aku di belog ini juga banyak memberi manfaat buat semua pembaca aku. Maaf andai selama berbelog ni ada penulisan aku yang telah mengguris hati sesiapa saja yang membaca. Tiada sekelumit niat pun yang terdetik untuk menyakiti hati korang tau. Maafkan aku. Apa-apa pun, aku berharap penulisan aku ini akan terus dibaca oleh korang. Ehehe. Terima kasih kerana menyokong aku. Sayang semua!



Bisik2 :: Macam tak percaya dah 2 tahun aku membebel tak hengat dunia kat belog ni. ;p


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 15 November 2011

~Ujian Hidup dan Rezeki Kita Berbeza~



Assalamualaikum. Hai!


Sedar atau tidak, kita selalu merungut dengan setiap ujian hidup yang dihadapi dan rezeki yang diberikan pada kita. Ada je yang kita berasa tidak puas hati. Merungut tanpa henti. Seolah-olah kita sahaja yang 'bernasib malang'. Mula nak membandingkan diri dengan insan lain. Kemudian cemburu dengan 'nasib baik' mereka. Sedangkan kita terlupa yang setiap manusia tidak ada seorang pun yang akan terlepas dari berhadapan dengan ujian hidup dan rezeki. Cuma ujian yang dihadapi berbeza keadaannya. Itu lumrah kehidupan yang nyata.


Ujian Hidup

Sepanjang kehidupan sebagai seorang manusia, kita akan melalui 2 fasa ujian hidup yang pasti menguji kekuatan iman. Ujian kesenangan dan ujian kesusahan. Mampu atau tidak untuk kita berhadapan dengan kedua-duanya? Allah takkan sesekali menguji hamba-hambaNya dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh mereka. Setiap ujian yang diberikan pasti bertepatan dengan kemampuan kita. Itu janji Allah.


Ujian kesenangan. Hidup mewah, bijak belajar, tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya, rumahtangga bahagia, bekerjaya hebat, berpangkat dan dikenali ramai. Itulah antara ujian-ujian kesenangan kurniaan Allah kepada hambaNya. Allah selalu memberikan ujian kesenangan ini kepada insan yang terpilih untuk menguji seteguh mana iman mereka. Selalunya iman pasti akan goyah kerana menjadi terlalu leka dan lupa diri. Sehingga semakin jauh tersasar dan lupa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah itu. Lalai dengan kesenangan hidup yang diberikan. 


Ujian kesusahan. Hidup merempat tidak berharta, tidak bijak belajar, menghidap pelbagai penyakit kronik, rumahtangga berantakan, tidak bekerjaya, tidak berpangkat dan selalu dicemuh orang. Inilah antara ujian-ujian kesusahan yang Allah turunkan kepada hambaNya untuk menguji dan menyedarkan mereka tentang hakikat kehidupan di dunia. Yang mana tidak semua akan mendapat kesenangan semasa kehidupan mereka di dunia. Bagaimanapun, mereka yang menerima ujian kesusahan ini seharusnya menjadi semakin 'tunduk' dan menyedari akan kelemahan diri sebagai hambaNya yang kerdil.


Samada ujian kesenangan atau ujian kesusahan yang dialami, kita wajib bermuhasabah diri setiap masa. Setiap ujian pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Jadi janganlah selalu merungut. Sebaiknya kita mohon petunjuk dari Allah supaya sentiasa membimbing kita dengan jalan yang betul untuk kuat mengharungi setiap ujian yang menimpa.


Sesungguhnya ujian kesenangan lah yang paling perlu ditakuti kerana kita akan mudah hanyut dan lupakan Tuhan. Sedangkan ujian kesusahan akan menjadikan kita lebih dekat dengan Tuhan. Itulah lumrah kehidupan manusia yang mudah alpa. Bila 'senang' Allah dilupakan, bila 'susah' Allah yang dicari.


~Credit : image taken from here.~



Ujian Rezeki

Setiap dari kita ada rezeki yang tersendiri. Namun dalam urusan rezeki ini juga ada ujian yang Allah turunkan. Murah rezeki dan berat rezeki. Itu perumpamaan yang dicanangkan oleh orang-orang lama. Seperti 'Ujian Hidup' inilah 2 fasa dalam Ujian Rezeki. Harta, kerjaya, jodoh dan anak adalah antara contoh rezeki yang paling dekat dengan kita. 


Bagi yang diuji dengan 'murah rezeki', maka segala yang diinginkan pasti mudah untuk dikecapi dan dipermudahkan Allah. Rezeki harta - sudah kaya bertambah kaya. Rezeki kerjaya - senang dinaikkan pangkat dan gaji. Rezeki jodoh - urusan mencari pasangan hidup berjalan lancar. Rezeki anak - dikurniakan zuriat yang ramai. Tapi berapa ramaikah yang bersyukur dengan nikmat ujian 'murah rezeki' ini? Realitinya, ramai yang terlupa untuk bersyukur.


Bagi yang diuji dengan 'berat rezeki' pula, terpaksa menerima hakikat dan redha dengan ketentuan dan ujian yang diberikan oleh Allah. Rezeki harta - tetap hidup miskin. Rezeki kerjaya - sukar mendapatkan pekerjaan. Rezeki jodoh - urusan mencari pasangan hidup menjadi sangat sukar. Rezeki anak - tidak dikurniakan zuriat. Namun, ujian-ujian ini sepatutnya menjadi pemangkin untuk terus berusaha memperbaiki diri. Terus berdoa kepada Allah, bertawakal dan cari jalan terbaik untuk cuba merungkai ujian 'berat rezeki' tersebut. Bukannya hanya berteleku mengharapkan keajaiban berlaku.


Sesungguhnya Allah akan 'membuka jalan' yang lebih luas untuk mereka yang sentiasa bersyukur dan berusaha. Rezeki adalah rahsia dan kurniaan dari Allah. Dengan kehendakNya tidak mustahil mereka yang 'murah rezeki' akan diuji dengan 'berat rezeki' dan begitulah sebaliknya. Jadi kita perlu sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Pendek kata, ujian hidup dan rezeki kita adalah ketentuan dari Allah. Walau bagaimanapun, jika kita berusaha untuk mengubah diri dan kehidupan kepada yang lebih baik, pasti Allah akan mempermudahkan segalanya. Yang penting kita tidak pernah lupa untuk memohon petunjuk dariNya dan mensyukuri setiap kurniaan ujian yang diturunkan. 


Jadi, janganlah selalu sangat merungut jika ditimpa ujian hidup dan rezeki kerana itu adalah peringatan Allah buat kita. Dan jangan sesekali membandingkan diri kita dengan orang lain. Tak betul langsung tu. Membandingkan hanya akan membuatkan kita jadi putus asa dan tidak redha dengan ujian dari Allah. Lagipun ujian hidup dan rezeki kita adalah berbeza. Sentiasalah bermuhasabah diri. Itulah yang terbaik. 



Bisik2 :: Peringatan buat diri sendiri juga yang kadang-kadang selalu 'termerungut'. Huhu. T_T


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 13 November 2011

~Rahsia Hubungan Rapat Dengan Keluarga Bakal Mentua~



Assalamualaikum. Hai!


Entri santai hujung minggu. Walaupun Raya Haji dah lepas seminggu yang lalu, tapi saje nak kongsi pengalaman beraye kat Terengganu. Orang cakap sambutan Raya Haji sebelah negeri Pantai Timur meriah kan? Jadi aku nak cerita la pengalaman aku merasai sendiri suasana Raya Haji kat sana. 


Oh ye. Sebenarnya raya tempoh hari aku ikut kakak dan adik perempuan encik CH balik kampung. Dorang berdua stay kat Penang ni. Kakak CH kerja nurse kat sini. Adiknye pulak belajar course nurse pergigian kat sini jugak. Jadinye bile dorang bercadang nak balik kampung, dorang akan pelawa aku ikut sekali. Dah beberapa kali tak berkesempatan, Raya Haji hari tu baru berpeluang. Dan mak pun izinkan. Maka aku pun dengan hati gumbira terima la pelawaan kakak encik CH. Dapat jumpa encik CH setelah sekian lama tak jumpa. Mestilah aku suka. Hoho. Dan malam hari Jumaat tu dorang datang ambil aku dekat rumah.


Malam tu bertolak turun Shah Alam dulu rumah abang ngah encik CH. Pagi Sabtu konvoi 2 buah kereta menuju ke Terengganu. Lotih tak payah nak kabo le. Perjalanan menjadi sangat panjang sebab jalan jammed merata-rata. Maghrib baru sampai Terengganu. Encik CH sebenarnye tak tahu pun aku ikut kakak dan adik die dari Penang. On the way tu sepanjang jalan mesej aku punye la cover line bagi tak terkantoi. Kononnye surprise dari aku la tu. Sekali dah sampai die buat rileks je. Mesti rahsia dah terbocor ni sebab abang ngah sampai dulu dari kitorang. (-_-")


So, macam mana suasana Raya Haji kat Terengganu yang aku alami? Err..sebenarnya masa raya tu kami tak sebok sangat nak beraya sebab malam tu kakak encik CH yang lagi sorang nak bertunang. Jadi persiapan untuk bertunang yang diutamakan le. Cuma ade la sesi bersalam, ambil gambar dan pergi beraya rumah sedara mara dorang. Aku mengekor je la. Kalau ade sedara mara dorang tanya aku sape, kami berpakat kata aku ni kawan adik encik CH dari Penang. Huahua. Itulah untungnye menjadi rapat dengan adik beradik kekasih hati ye. ;p



~Ramai kan? Aku bersama famili encik CH, abang ipar, kakak ipar dan anak-anak buah beliau. Mane aku? Tu ha yang tersepit tepi tingkap kena himpit dengan ayah beliau. Beliau jadi jurukamera. Kui3.~



Balik dari beraya sebok siapkan dulang hantaran, backdrop tempat kakak encik CH nak duduk sarung cincin dan makanan untuk tetamu. Majlis tunangnye berlangsung di malam hari. Simple je majlis tapi agak meriah la. Ramai betol rombongan dari pihak lelaki yang datang. Oh ye. Aku jadi bidan terjun mekapkan kakak encik CH. Mekap light je. Natural. Aku sendiri tak bermekap sebenarnya. Tapi aku suka la mekapkan orang kalau ade permintaan. Cuma takde la hebat macam pakar.


Itulah pengalaman aku beraya aidiladha kat Terengganu. Ini adalah kali ketiga aku pergi rumah keluarga encik CH sepanjang 6 tahun berkawan. Pertama kali masa abang ngah encik CH kawen. Kali kedua masa balik dari konvo kat Sabah, ayah die yang pujuk ikut balik Terengganu. Alhamdulillah kehadiran aku memang diterima baik oleh keluarga encik CH walaupun pada mulanye encik CH takut-takut nak kenalkan aku kat famili die dan aku pun cuak nak mampos takut kena reject. (-_-")


Apa rahsia aku boleh get along dengan famili encik CH? Rahsianya ialah jadi diri sendiri. Yang penting kena pandai bawak diri, jaga pertuturan dan sikap, hormat semua ahli keluarga, berkawan baik dengan adik beradik dan tahu nak ambil hati parents. Aku baik dengan semua adik beradik encik CH yang 8 orang lagi tu. Dengan mak ayah encik CH pun alhamdulillah aku boleh ngam. Walaupun kekadang tersalah komunikasi la jugak. Err..maklum le deme cakap bahasa ulu ganu. Kekadang aku tak berapa nak paham. Bahasa ganu moden aku paham le sikit-sikit. Ekeke.


Haa. Itulah rahsia hubungan rapat aku dengan keluarga bakal mentua. Ececeh. InsyaAllah. Ye la kan. Aku nak kawen dengan encik CH nanti bukan aku kawen dengan die semata-mata. Kena la berbaik dengan famili die jugak. Korang yang dah kawen pun boleh je gunakan rahsia aku ni ha. Lagi bagus. Takde ruginya kita jaga hubungan rapat dengan keluarga mentua. Baik yang lelaki mahupun perempuan. Untung tahu tak? Baru hubungan suami isteri dan kekeluargaan tu erat dan mesra sepanjang masa.


Dah rapat dengan famili beliau, bile lagi cik sha dan beliau nak ikat jadi kekasih halal? Nak tunggu ape lagi? Err..boleh tak jangan tanya soalan cepumas ni? Haha. Jangan risau, ade berita baik akan aku khabarkan buat pengetahuan semua. Just wait and see. Jangan le gopoh-gopoh. Ada lagi sorang kakak dan sorang abang encik CH tak lepas lagi. Takkan nak langkah bendul kot. Konkrit tak alasan ni? ;p



Bisik2 :: Beruntung rasa bila diri diterima baik oleh seluruh famili si dia yang disayangi, kan?


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 11 November 2011

~Kategori Penulisan Blog Jadi Isu?~



Assalamualaikum. Hai!


Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Err..belom terlambat lagi kot nak wish kan? Maaf la. Orang perasan sebok macam aku ni memang cenggini la. Pemalas nak mampos update belog. Lagipun takde yang menarik pun tentang life aku seharian sampai tetiap hari nak update belog semata-mata nak cerita apa aku buat. Buang masa je korang nak baca. Sama je jadual seharian aku setiap hari.


Bila hari bekerja aktiviti aku seharian tentulah aku sibuk buat kerja di pejabat. Balik dari kerja pulak masa untuk aku berehat dan tidur. 5 hari seminggu macam tu la tetiap hari. Bila hari cuti pulak tentulah aku gunakan masa yang ada untuk berehat sepuas hati. Tonton tv, membaca belog orang, main masak-masak sesuatu yang aku nak cuba, terbungkang tido, siapkan kerja freelance dan apa-apa je la yang aku nak buat. Kalau bosan sangat aku pergi la merewang mana-mana seorang diri. Dating? Jalan-jalan cari makan dengan bf? Maaf. Takde dalam diari hidup aku. 


Lagipun siapa la aku ni ha nak cerita personal life aku setiap hari kat orang. Dah la tak menarik langsung. Membosankan je. Lebih baik la aku menulis apa yang aku rasakan ada ilmu nak dikongsikan dengan korang. Ye dak? Ehehe. Cuma kekadang tu ada la jugak aku selit-selit cerita pasal diri aku. Menipu sangat la kalau kate aku tak pernah menulis tentang diri aku kat belog kepunyaan sendiri. Ish ish ish. Nak menipu pun agak-agak la. (-_-")




Ahaa..cakap pasal penulisan belog ni tetibe idea nak membebel pun mencurah-curah. Dah lama jugak tak sentuh pasal dunia belog. Selama aku berbelog ni, dah bermacam-macam jenis belog yang aku jumpa. Serius. Sangat banyak rupanya kategori belog ni. Maklum la penulis belog pun terdiri dari pelbagai golongan. Ada budak sekolah, pelajar U, mak orang, bapak orang, bini orang, laki orang, kuli, bos, pekerja profesional, pekerja tak profesional. Eh! Pendek kata macam-macam jenis orang la.


Bila dah penulis belog pun bermacam-macam jenis orang, maka penulisan di belog pun ada bermacam-macam kategori jugak la. Kalau nak dikaji memang tak terkaji kot ada berapa banyak kategori belog. Jadi kat sini aku nak senaraikan beberapa kategori blog yang aku dapat kenalpasti je la. Kalau korang ade penambahan, sila tulis di ruangan komen ok. Nak jugak tahu kategori apa yang ada lagi yang aku terlepas pandang. 


#1 :: BELOG PERIBADI

Kategori ni paling banyak rasanya. Semua golongan pun terlibat. Belog peribadi ni lebih kepada menceritakan tentang kehidupan seharian. Aktiviti apa yang dibuat hari ni. Pergi dating kat mana hari ni. Makanan apa yang best dapat makan hari ni. Sakit hati dengan orang tu. Stress dengan diri sendiri. Err..kesimpulannya, apa je yang berlaku ke atas diri ditulis dalam belog.


#2 :: BELOG CINTAN-CINTUN

Kategori ni boleh terbahagi kepada 2 jenis. Satu yang ditulis tentang tips-tips dalam percintaan. Contoh macam Belog Terfaktab. Satu lagi jenis yang ditulis oleh individu yang entri belognye semua tentang kisah cintan-cintun die. Putus-sambung balik-dapat yang baru. Yang manis-manis, yang pahit-pahit. Semua dia luahkan dalam belog. Belog kan diari peribadi. ;p


#3 :: BELOG MOTIVASI

Belog motivasi ni pulak penulis belognye lebih suka menulis sesuatu untuk memberikan motivasi dan nasihat pada orang lain. Tak semestinya perlu jadi pakar motivasi untuk memotivasikan orang. Kadang-kadang penulis belog jenis ini menggunakan diri sendiri sebagai contoh untuk memberi motivasi dan nasihat.


#4 :: BELOG KEAGAMAAN

Belog keagamaan selalunya dimiliki oleh golongan-golongan yang tinggi ilmu agamanya. Menulis untuk memberikan dan berkongsi ilmu agama kepada orang lain. Secara tak langsung belog menjadi platform untuk mereka berdakwah.


#5 :: BELOG POLITIK

Err..ini jenis belog yang paling aku menyampah nak baca. Haha. Bukan ape. Kebanyakan belog politik yang aku jumpa, penulisnye emo kemaen. Mengutuk pihak yang bertentangan ideologi politik dengan mereka. Yang pro-kerajaan maki pro-pembangkang. Yang pro-pembangkang maki pro-kerajaan. Haishhh. Tak paham langsung! Tapi ade jugak la yang natural. Menulis tentang politik dari sudut pandangan dia tanpa berpihak pada sesiapa pun. Yang ini ok kalau aku nak baca. Ehehe.


#6 :: BELOG MASAKAN

Belog paling best! Aku suka pergi sebab nak cuci mata menatap gambar-gambar makanan sampai rasa terliur. Haha. Satu lagi tentulah nak mencuri resepi yang ada untuk dicuba. 


#7 :: BELOG TUTORIAL

Belog yang totally tulis pasal tutorial je agak jarang nak dijumpai. Kebanyakannya terselit dalam belog peribadi dan penulisannya banyak yang copy-paste je. Ye dak?


#8 :: BELOG GOSIP ARTIS

Pada yang jenis gila hiburan dan seronok nak tahu aib artis-artis yang dibenci atau perkembangan terkini artis kesayangan mesti selalu terjah Belog Gosip Artis ni kan? Tu korang la tu. Keh3. Aku tak berapa gemar baca belog jenis ni. Sebab aku tak amik tahu pun pasal artis yang ade. Lantak dorang le.


#9 :: BELOG FOTOGRAFI

Belog kategori ni pun aku suka jengah sebab nak tengok gambar-gambar yang awesome. Tambah-tambah gambar orang kawen. Biase la orang bujang. Memang suka tengok gambar kawen. Boleh feeling nak kawen cecepat. Haha.


#10 :: BELOG BISNES/SHOPPING ONLINE

Belog yang didominasi oleh kaum perempuan. Maklum le yang gile nak shopping pun orang pompuan jugak. Macam-macam jenis belog bisnes yang ade. Yang buat tempahan cupcake, cake, chocolate dan hantaran. Yang jual beg, shawl, kasut, contact lens dan sebagainya. Yang buat bisnes keje freelance macam lukis doodle, design belog, design itu ini pun ade jugak.


#11 :: BELOG PENDAPAT

Penulis belog ni selalunya menulis tentang sesuatu isu dan memberikan pendapat dari pandangan beliau secara telus. Aku suka baca belog jenis macam ni jugak. Tambah-tambah kalau isu yang dibangkitkan menarik. Lepas tu pendapat yang diberikan oleh penulis pun ade rasionalnya. Kalau yang jenis bagi pendapat ikut sedap rasa, point tak kukuh dan langsung tak rasional, memang aku tak gemor sangat nak membacanye. 

Belog pendapat ni selalunya akan buat kita terfikir balik secara kritis. Belog Pendapat yang aku suka baca adalah macam Belog Rasa Hati tulisan Zulfikar, Belog My Name is Namee tulisan Namee Roslan dan Belog Kereta Mayat tulisan Hamka. Sebenarnye banyak lagi. Ini 3 di antaranya.


#12 :: BELOG PENJAGAAN HAIWAN KESAYANGAN

Uik? Panjang benor nama belognye. Ehehe. Aku reka je tu. Tak tahu nak bagi kategori apa. Belog jenis ni selalunya berkongsi tips-tips penjagaan haiwan kesayangan. Kebanyakan yang aku jumpa pasal kucing le. Aku kan cat lovers. Memang la aku jengah belog jenis ni nak amik tahu semuanya tentang penjagaan kucing kesayangan aku tu. 


#13 :: BELOG MAKI HAMUN

Jangan tak tahu dalam dunia belog ni wujud belog jenis macam ini ye kawan-kawan. Banyak jugak kot. Penulis buat belog memang bertujuan untuk memaki hamun dan mengutuk orang yang dibenci teramat sangat. Memang semata-mata untuk itu saje. Sian benor orang yang jenis ni. Takde life gamaknye sampai wujudkan belog untuk maki orang yang die benci. Rajin benor die stalk pasal orang tu setiap masa. Ish3.


#14 :: BELOG INFORMASI

Belog yang memberikan pelbagai informasi kepada pembaca. Informasi macam mana? Informasi pasal kerjaya, pasal penulisan resume, pasal tips nak pergi temuduga, pasal penjagaan kesihatan, pasal penyakit-penyakit dan bermacam-macam lagi la. Itu aku kategorikan sebagai belog informasi. :p


#15 :: BELOG CARCA MARBA

Erk? Kategori ape la ni gamaknye ek? Ehehe. Carca marba tu maksudnya bercampur-campur la. Semua pun die nak sumbat dalam belog. Pendek kata dari 14 kategori belog di atas ada jugak dalam belog jenis ini. Kecelaruan identiti sungguh. Ahaha. Tapi rasanya belog aku boleh disenaraikan dalam kategori Belog Carca Marba ni kot. Tskkk. (-_-")





Rasanya ada macam-macam lagi kategori belog kan? Malas dah aku nak fikir. Korang fikir la pulak. Ehehe. Mesti ada yang tak puas hati dengan entri aku ni jugak kan? Kategori penulisan belog pun nak jadi isu ke? Eh2..rileks le kawan. Aku tak jadikan isu pun la. Apa pun kategori belog yang korang tulis, bukanlah menjadi isu yang besar sebenarnya. Yang penting korang tak melanggar etika dalam penulisan. Menulis juga perlu ada tata tertib. Jangan sebarangan pulak. Kita perlu menjaga sensitiviti sesetengah pihak. 


Sebabnya tak semua akan suka dan bersetuju dengan apa yang kita tulis.  Maklum la manusia ni kan tahap pemikiran nya berbeza-beza. Kekadang lain yang kita tulis dan nak cuba sampaikan, lain pulak yang diterjemahkan oleh otak dorang. Lepas tu nanti mula la dijadikan isu. Biasa la. Perangai manusia yang suka cari pasal memang akan macam tu selalunya.


Kesimpulannya, sebagai seorang blogger yang beretika, menulislah dengan penuh berhemah dan bertanggungjawab dengan apa saja yang telah ditulis. Yang pembaca pula sila hormat penulisan dan pendapat orang yang menulis selagi tulisannya tidak melanggar etika dan melampaui batas. Memang kita berbeza pendapat, tapi tak perlu la sampai nak mengecam sehingga memaki hamun pula sebab berbalah tentang pendapat yang penulis berikan. Rasanya masing-masing dah bijak kot nak berfikir dengan rasional. Apa-apa pun, Selamat Berbelog dan Selamat Membaca!



Bisik2 :: Menulis dan membaca belog adalah salah satu terapi minda buat aku.. (^_^)


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 4 November 2011

~Kereta Idaman~



Assalamualaikum. Hai!


Asyik tulis topik yang berat-berat je kebelakangan ni kan? Jadi hari ni nak menulis entri yang rileks sikit la. Sejak cuaca tak menentu sekarang ni, keinginan aku nak memiliki kereta sendiri makin membuak-buak pulak. Maklum la asal balik kerja je hujan turun. Lebat pulak tu. Tension benor dibuatnye. Tapi nasib baik la hujan turun masa nak balik kerja. Basah pun dah tak kesah sebab memang dah nak balik rumah. Kalau masa nak pergi kerja pun hujan jugak, mahu menanges aku. Pergi balik kerja bermandikan air hujan. Inilah nasib seorang gadis rempit. Sedih betul!


Sebut pasal kereta ni, aku sebenarnye mengimpikan kereta jenama Mazda Sport. Pehhh..Mazda siot! Taste kemaen hebat tuh. Macam mampu nak beli. Wahaha. Sebabkan aku tak mampu la yang jadi impian tu. Gile hape nak beli kereta mahal cenggitu. Harge pun dah RM90ribu++ woi. Mahu terkincit aku nak membayor bulan-bulan beribu. Gaji pun seciput. Berangan boleh le. Aku berkenan design kereta tu je sebenarnye. Lampu kat bontot die seksi gile. Tergoda~~


Angan kemaen tinggi melangit kalah Mat Jenin aku ni tau. Takde maknanye aku mampu nak beli kereta keluaran oversea mahal-mahal gitu. Beli moto pun berhutang. Konon nak beli kereta mewah-mewah dari oversea. Gile kot. Kalau ikut kemampuan, setakat kereta lembu je aku boleh beli. Haha. Ni kedekut tahap dewa namanya. Teruk sangat dah penyakit kedekut aku ni. Ish3. 


Kalau nak ikutkan KEHENDAK tentu lah aku nak memiliki kereta jenama keluaran oversea. Sebab kualiti dah kompom tip top. Bukan macam kereta keluaran Malaysia yang orang asyik kata macam tin milo. Kalau eksiden gerenti remuk tak hengat. Tapi yang mampu aku target nak beli pun kereta keluaran Malaysia la. Kerja gaji seciput tak payah berangan sangat nak beli kereta oversea. Sila ikut KEMAMPUAN. Beli kereta tempatan sudah. T_T


~Seksi kemaen design Mazda ni. Lampu kat buntot die tu yang aku tergoda gile. Macam mata sepet gitu. Fuhhh..~


Memandangkan moto kesayangan aku tu dah habes hutangnye, jadi boleh la aku berangan nak beli kereta pulak. Yippie! Sekarang ni tengah ushar-ushar kereta mana yang akan jadi milik aku satu hari nanti. Ada 3 pilihan dalam senarai pendek kereta idaman aku. Ececeh. Siap ade senarai pendek lagi tu. Macam pilih calon pekerja pulak. Err..calon-calon yang dah berjaya tambat hati aku ialah Myvi, Persona dan Gen2. Jadi yang mana satu akan jadi pilihan aku eh?


Nampak gayanya kereta jenama Proton mendominasi pilihan aku. Antara Persona dengan Gen2 aku lebih berkenan Gen2 kot. Satu sebab enjin Campro (jimat minyak), satu lagi sebab design nampak smart. Kalau modified sikit nampak sporty habes. Love it! Kualiti mungkin ok la gamaknye. Pernah test-drive kereta bestfriend aku sebab aku jadi pengapit+driver masa hari kahwin dia. Keselesaan memandu agak best. 


Persona pun design macam ok je. Enjin aku tak pasti Campro ke tak. Dalam nampak macam agak selesa kot. Dah pernah dah test-drive kereta Paksu aku. Sedap jugak bila memandu. Rasa selesa. Kualiti kereta aku tak pasti sangat. Tak pernah tanya kat Paksu kereta tu ade problem ke tak. Nanti aku try tanya kat dia. Mungkin pilihan boleh beralih arah kat Persona pulak.


Kereta Perodua pun not bad kot. Sebab tu Myvi tersenarai dalam pilihan aku. Cumanya kereta Myvi ni kecik sikit la berbanding Gen2 dan Persona. Walaupun kecik, design agak smart jugak. Kualiti ok agaknya. Pernah banyak kali dah drive kereta Myvi. Boleh la sebab agak selesa ketika memandu. Tapi memang tak boleh pecut laju. Kang stereng bergegor-gegor tak hengat. Aku dah le kalau drive atas lebuhraya memang nak laju je. Haha.


~Gen2 :: Myvi :: Persona. Mana satu pilihan hati?~


Pilihan jenama kereta dah ada. Sekarang nak pilih antara auto ataupun manual. Sebenarnya auto aku boleh drive, manual pun aku boleh. Biasa la. Pemandu pro katakan. Amboi! Riak tu. Ehehe. Tapi aku selesa drive kereta manual lagi sebab boleh main gear. Takde la mengantuk sangat. Kalau auto macam rileks lebih. Masuk gear D, tekan je minyak terus drive. Rileks benor. Tak mencabar langsung. Tapi kalau untuk perjalanan jauh dan selalu mengalami kesesakan time nak pergi kerja, better kereta auto kan? Kaki tak lenguh. Tapi kereta manual lebih jimat minyak. Hmm..konpius ni. Adudui.


Kesimpulannya aku masih belum dapat decide kereta mana yang aku nak nanti. Tengah konpius lagi. Takpe-takpe. Banyak lagi masa. Bukan nak beli sekarang pun. Boleh lagi fikirkan dan buat pilihan. Mana tahu tetibe aku dapat kerja gaji beribu-riban cecah RM5k sebulan. Boleh la rembat kereta Mazda yang aku mimpi-mimpikan sangat tu. Wahaha. Apa-apa pun, beli ikut KEMAMPUAN. Yang penting kereta tu nak guna untuk KEPERLUAN bukan semata-mata KEHENDAK. Ingat tu ye cik sha!



Bisik2 :: Member semua dah berkurun pakai kereta. Aku baru nak berangan. Kesian betul! Sighhh..(-_-")


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com