Monday, 31 October 2011

~Isteri Curang~



Assalamualaikum. Hai!


Kepala aku agak serabut jadi malas nak buat kerja dan nak curik tulang update belog. Boleh? Hadoi..semak betul rasa. Sebenarnye dah lama nak update tentang ni. Tapi tak tertaip-taip sebab takde idea nak ulas dengan berhemah. Tapi bila terbaca suratkabo tempoh hari, perkara ni asyik bermain-main di fikiran aku. Pastu baca pulak kat laman web Ustaz Zaharuddin tentang soal jawab agama, lagi bertambah-tambah 'berat' kepala otak aku. Betapa ramainya wanita yang bergelar isteri telah curang terhadap suami dan terlanjur dengan lelaki lain. Astaghfirullah.


Walaupun aku masih belum berkahwin, tapi rasanya tak salah aku nak bincangkan tentang hal ini kan? Lagipun buat peringatan untuk diri aku sendiri juga. Supaya bila aku dah berkahwin, adab aku sebagai seorang isteri akan sentiasa terpelihara. InsyaAllah. Betapa takutnya aku melihat situasi ini. Pincang sungguh akhlak dan iman umat Islam sekarang. Terasa macam semakin hampir je hari kiamat. Uhuhu.


Korang perasan atau tidak yang drama-drama di stesen tv pun banyak memaparkan kes seumpama ini. Isteri Curang! Kalau tak percaya cuba tengok drama Tihany, Cinta Elyssa, Soffiya. Setiap drama ni ada kisah isteri yang berlaku curang. Adakah ini realiti yang berlaku di sekeliling kita pada masa kini? Ya Allah..takutnya aku.


Aku nak taip entri ni pun terketar-ketar wei. Kenapa la kaum sejenis aku ni ramai sungguh yang tersasar? Yang anak dara dengan hamil luar nikah kerana terlanjur. Yang isteri orang pulak curang di belakang suami sehingga terlanjur. Semuanya disebabkan 'terlanjur'. Terlanjur atau sengaja melanjur? Murah sungguh harga diri. Sanggup digadaikan kerana terlalu ikut nafsu. Buntu betul aku dibuatnye. Walaupun bukan masalah aku, tapi aku sedih bila hal-hal ini terjadi.






Dalam kes isteri curang ni, aku tak nampak di mana punca sebenar yang menyebabkan hal ini boleh berlaku. Adakah alasan kerana tidak mendapat layanan batin yang diidamkan dari suami maka mereka berlaku curang? Adakah kerana suami melayan mereka ala kadar dan tidak romantik? Adakah kerana masalah ekonomi rumahtangga? Adakah kerana tergoda dengan layanan lelaki lain? Atau adakah kerana sememangnya mereka jenis suka menggatal dengan lelaki? 


Wallahu'alam. Entahlah. Terlalu banyak sangat kemungkinan yang tak mampu aku nak huraikan. Aku sendiri pun tak tahu dan tak faham. Tapi kebanyakan nye kerana tidak puas dengan layanan batin yang diberikan suami. Astaghfirullah. Adakah mereka berkahwin semata-mata hanya kerana seks? Jika tidak puas dengan suami, maka harus berlaku curang dan melakukannya dengan lelaki lain. Ya Allah..nipisnya iman saudara sejantina ku ini. Hanya kerana nafsu mereka tunduk dengan hasutan syaitan.


Peringatan buat diri aku dan sahabat-sahabat pembaca yang sudah bergelar isteri mahupun masih anak dara, sentiasalah perkukuhkan ilmu agama dan iman dalam diri masing-masing. Hanyalah itulah benteng terkuat yang dapat melindungi kita. Ingatlah bahawa sebagai isteri, kita wajib menjaga kehormatan diri selain mentaati suami. Jika ini yang 'berjaya' kita pertahankan sehingga tiba hari kiamat, insyaAllah syurgalah tempat kita. Semoga kita semua akan sentiasa berada dalam rahmat Allah dan dilindungi dari perkara-perkara yang boleh merosakkan iman. 


Buat kaum lelaki yang sudah bergelar suami dan bakal bergelar suami, silalah belajar untuk menjadi 'imam' yang dapat membimbing isteri. Bukan nak suruh perfect sangat macam alim ulama'. Tapi berusahalah dan sentiasa belajar untuk menjadi suami yang terbaik. Sentiasalah berbicara hati ke hati dengan si isteri dan berilah layanan sewajarnya. InsyaAllah, jika betul 'imam' nya maka betul lah 'makmum' yang dibimbing itu. 


Pendek kata, suami dan isteri perlu saling menjaga batas masing-masing supaya tidak tersasar. Lepas tu, sama-sama pergi belajar ilmu agama untuk mantapkan iman dalam diri. Siapa cakap dah kawen tak perlu belajar semua tu? Dah kawen la lagi banyak yang perlu kita belajar tentang agama. Ilmu rumahtangga ni pun lagi banyak yang perlu kita belajar sebenarnya tau. Bila ada ilmu dan dipraktikkan dengan sebaik mungkin, baru rumahtangga sentiasa aman dan dirahmati Allah. Betul tak?


Hmm. Ini hanya curahan rasa hati aku je terhadap kes isteri curang ni ha. Memberikan pandangan dari sudut seorang anak dara yang belum berkahwin. Lega sikit hati bila dah luahkan. Kalau tidak rasa sangat-sangat la terbeban. Semoga aku dilindungi dari perkara begini bila aku sudah bergelar isteri satu hari nanti. Takutnya nak tempuh alam rumahtangga. Cabaran menjadi seorang isteri di akhir zaman ini sangat mencabar. Sebab syaitan akan lebih kuat menggoda untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah. Huwaa. 



Bisik2 :: Isteri yang baik tidak akan sesekali terniat untuk berlaku curang terhadap suami walaupun suami perangai macam 'hantu'. Make senses or not? ;p


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

~Susuk Emas Moden~



Assalamualaikum. Hai!


Setiap wanita memang mengimpikan wajah yang awet muda dan bebas dari sebarang cela. Even sebijik jerawat pun tak boleh ade ok! Apatah lagi bebintik hitam, bebintik putih, jeragat dan garis kedut-kedut. Kalau ade tu mahu mengamuk gile. Ye dok? Ingat lagi tak entri aku tentang Obses Kecantikan ? Dalam point 2 dan 3 ada aku bincangkan tentang ke'obses'an wanita terhadap kulit wajah.


Wajah yang cantik adalah aset utama yang perlu ada pada setiap wanita. Sebab lelaki kan suke tengok wanita-wanita yang cantik je. Jadi kulit wajah perlulah dijaga sebaik mungkin. Bile kulit wajah bebas dari sebarang 'anasir' cela tersebut, bermakna wanita itu sangatlah cantik. Kalau tak jaga kang hodoh berkerak muka. Nanti takde pulak lelaki yang sudi tengok. Silap-silap dihina pulak tak memasal. Mulut laki ni kan agak 'celupar' jugak. Tambah-tambah bile tengok pompuan tak cantik. Macam la diri tu hensem sangat. Huh!


Bile wanita terlalu obses sangat tentang kecantikan wajah, maka berlonggok la produk skincare yang dikeluarkan. Bermacam-macam jugak la jenama produk. Dari yang murah sampailah yang mahal nak mampos. Tapi ade perempuan kesah mahal ke tak? Janji bile pakai satu-satu produk, hasilnye muke jadi mabeles. Try semua jenama produk yang ada sampai jumpa yang bersesuaian. Dan bermacam jenis bahan kimia la terserap oleh kulit wajah memasing. Tapi apa ada hal kan? Janji cantik oke!


Sekarang ni, kalau nak cantik tak payah dah bersusah payah cari bomoh yang terer pakaikan susuk emas kat muka. Sebabnya dah ada produk penjagaan wajah yang mempunyai unsur emas di dalamnya. Berapa banyak kuantiti emas yang dimasukkan tak pasti la pulak. Janji bila pakai je produk tu, konfom muka jadi cantik menawan. Kat Malaysia, dah ada 2 jenama produk yang mengeluarkan 'Susuk Emas Moden' ni. Produk apa tu? Jeng jeng jeng...





Ya. Produk dari jenama Safi dan Syahirah. Kedua-dua produk yang diiktiraf Halal. Selamat dan Suci seperti trademark jenama Safi. Safi Rania Gold adalah formulasi Nano Emas 24K. Manakala Syahirah Iffah Gold & Platinum pula Kombinasi Unggul Emas 24K & Platinum. Hebat kan teknologi sekarang? Susuk emas dah dipermodenkan. Nak pakai susuk emas cari je kedua-dua produk ni.


Kenapa aku nak samakan produk jagaan wajah ni dengan susuk emas? Jangan salah faham dulu. Ini cuma perumpamaan sahaja. Tapi cuba korang bagitau kat aku, apa beza produk ini dengan susuk emas? Macam sama je kan? Nak bagi muka cantik. Dulu-dulu nak pakai susuk emas, kena cari bomoh susuk untuk cucuk kepingan jarum emas ke kulit wajah. Sekarang cuma sapukan je krim-krim tersebut pada wajah, maka emas yang terkandung dalam krim tersebut terus je meresap ke dalam kulit wajah. Berbeza tak fungsi dia? Sama bukan?


Ini bukan aku memandai buat teori sendiri tau. Hal ni aku dengan kakak pernah sembangkan tempoh hari bila tengok iklan produk ni kat tv. Kakak aku bagitau ada pensyarah di tempat kerja dia bangkitkan tentang produk-produk ni. Pensyarah tu adalah seorang yang pakar tentang farmaseutikal. Beliau sangat tidak bersetuju dengan keluaran produk ni. Sebab pada pandangan beliau fungsi produk ni sama dengan susuk emas. 


Aku bila dengar hal ni, terus je otak ligat bekerja memikirkan relevan nya cakap pensyarah tu. Setelah lama buat pemerhatian, aku turut bersetuju dengan pendapat pensyarah tu. Memang tepat! Produk ni memang takda beza dengan susuk emas. Yang membezakan cuma pemakaian susuk emas ada jampi serapah nya yang mana haram di sisi agama dan pemakaian produk berunsurkan emas ni pulak cuma main sapu-sapu je takde jampi serapah.


Jadi persoalannya, adakah masih Halal produk ini untuk digunakan? Bukankah pemakaian susuk diharamkan dalam Islam. Takkan nak ambil mudah hukum agama? Dah tu nak labelkan produk ni sebagai Susuk Halal ke? Lagipun takde unsur-unsur penggunaan ilmu sihir. Dan seperti yang digembar-gemburkan, produk ini adalah Halal. Maka penggunaannya tidak ada kena mengena langsung dengan pemakaian susuk emas la kan? 


Wallahu'alam. Aku bukan seorang yang layak untuk meletakkan hukum halal atau haram pemakaian produk ini. Yang hanya mampu aku buat adalah elakkan diri dari memakai produk-produk ni. Sebabnya telah timbul perasaan syak dan was-was di hati aku. Dulu ada jugak terdetik macam nak guna. Kononnya nak menten muka awet muda aku ni ha. Kui3. Tapi bila fikirkan apa yang pensyarah tu cakap ada betulnya, terus aku batalkan keinginan tersebut. 


Aku tahu memang ramai golongan wanita yang dah pakai dan teruja sebab wajah jadi cantik hasil penggunaan produk ni. Termasuk korang jugak kan? Bukanlah aku nak menghasut pulak supaya korang berhenti guna produk ni. Kalau korang rasa yakin produk ni memang halal dan tidak timbul syak yang ianya sama dengan pemakaian susuk emas, maka teruskanlah penggunaan. Jika sebaliknya hentikanlah. Semoga kita terhindar dari terus lalai dengan ke'obses'an nak nampak cantik sehingga ambil mudah soal halal haram.



Bisik-bisik :: Lelaki takde heran pun nak pakai produk yang bukan-bukan untuk wajah mereka kan?


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 29 October 2011

~Perkahwinan Impian~



Assalamualaikum. Hai!


Lagi 2 hari dah nak masuk bulan November. Maknanya ada lagi 2 bulan untuk tahun 2011 dan tahun 2012 pulak datang menjengah. Pantas betul masa berjalan tanpa kite sedar kan? Diam tak diam 'musim mengawan' pun datang lagi. Err..maksud aku, musim kenduri kawen le. Ehehe. 


Dapat banyak sangat jemputan dari kawan-kawan. Tapi jauh-jauh semuanya. Memang la tak dapat nak pergi. Lagipun aku takde kenderaan sendiri a.k.a kereta. Takkan nak pergi merempit dengan motor pulak. Kalau dekat dan dalam area Penang ok lagi. InsyaAllah boleh pergi kalau berkesempatan. Ini luar dari Penang. Memang terpaksa la menolak jemputan tu. Hanya mampu mengirimkan ucapan tahniah dari jauh dan mendoakan majlis yang dirancang berjalan lancar. *Asyik wish kat orang je. Aku ni ntah bile pulak orang nak wish. Haishhh.*


Bile sebut pasal musim kenduri kahwen ni, tetibe rasa nak tulis entri yang berkaitan. Ekeke. Korang perasan tak? Selalu bile hal majlis kahwen ni, orang perempuan je yang terlebih-lebih excited. Siap ada "Perkahwinan Impian" lagi. Nak itu nak ini. Nak buat macam tu, taknak macam ni. Cerewet habes. Punya teliti buat perancangan. Yang blogger, siap buat belog khas lagi nak menceritakan segala proses dari awal perancangan majlis sampai tiba hari majlis. Semua nak cerita dalam belog "Bride-to-be" dorang. Kan? Untuk rujukan katanya. Tak pun tulis dalam entri belog macam aku buat ni ha. Kuikuikui.


Kalau orang lelaki pulak, dorang rileks je. Sebab tahu bakal bini akan rancang yang terbaek untuk majlis. Lagipun orang perempuan dalam keluarga macam mak, makcik, adik beradik mesti tolong handle semua perkara punye la. Orang lelaki  ni simple je. Asal nikah dah syukur dah. Pasal majlis ni selalunya dorang mengikut je apa kehendak bakal bini dan keluarga. Ye dak? Err..ini pada pandangan aku la sebab kebanyakan aku tengok memang camni. Tapi ade jugak kot lelaki yang lebih excited dari pompuan. Ada pulak yang dua-dua nye sekali excited. Bergantung pada diri memasing la kan?






Aku faham. Semua gadis yang bakal berkahwin ada 'Perkahwinan Impian' mereka tersendiri. Yang lelaki aku tak tahu la pulak. Sebab aku menulis ni dari perspektif seorang gadis. Aku sendiri ada 'perkahwinan impian'. Tipu la kalau aku cakap tak pernah mengimpikan majlis perkahwinan yang terbaik untuk diri sendiri. Cuma mungkin 'perkahwinan impian' aku tidak sehebat impian gadis-gadis yang lain. Sebabnya aku ni simple je orangnye. Sangat simple kot. Dan aku memang bukan seorang yang demand. Tak percaya? Nanti aku cerita satu persatu. Ekeke. 


Sebenarnye tak salah nak ade 'Perkahwinan Impian'. Memang la kahwin ni sekali seumur hidup. Itupun kalau korang tak kahwin cerai la. Tapi jangan lah sampai melebih-lebih dan membazir tak ketahuan hala. Lepas tu jangan dilupakan pulak syariat agama. Nak ikut adat? Terpulang atas diri masing-masing asalkan tidak melanggar syariat. Adat ni kalau tak ikut pun takpe. Tak mendatangkan masalah pun. Buat yang wajib-wajib pun dah memadai sebenarnya.


Apa-apa pun kite kena ingat. Berkahwin ni bukan untuk sehari dua saja. Banyak lagi tanggungjawab yang harus dipikul selepas sudah sah menjadi suami isteri. Yang paling utama tentulah hal kewangan. Jangan masa kenduri kawen berhabes duit nak melaksanakan 'perkahwinan impian'. Tapi selepas tu hidup diselubungi dengan hutang piutang tak berkesudahan. Merana kot. Nanti tak tenteram rumahtangga asyik bergaduh hal kewangan. Sape suruh masa kawen nak buat grand sangat? 


Haa..yang ni peringatan la untuk cik-cik gadis semua. Korang nak hidup dengan laki korang bukan sekejap ye. Mesti ada impian nak hidup sampai akhir hayat. Jadi silalah jangan demand sangat mintak itu ini untuk laksanakan 'perkahwinan impian' korang. Nak ke bakal suami korang berhutang sana sini sebab perangai demand korang tu? Jadi silalah bertolak ansur dan berbelanja yang patut-patut je untuk majlis kawen korang. *Peringatan untuk diri aku sendiri jugak*


Ececeh. Bukan maen lagi cakap pasal kahwen aku ni ha. Mood nak sembang pasal kahwen pulak dua tiga menjak ni. Bukan sebab meroyan nak kahwen. Tapi sebab sekarang ni kan musim orang berkahwen. Tu yang tergedik-gedik nak tulis entri pun pasal hal kahwen-kahwen ni. Haha. Aku nak kahwen? Buat masa terdekat ni idak le. InsyaAllah bila sampai masanya aku hebahkan. Sila jangan tanya bila turn aku pulak. Aku lepuk korang kang! ;p



Bisik-bisik :: Berpinar mata tengok tema kahwin sekarang yang macam-macam dan membazir gila. (-_-")


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 26 October 2011

~Wajah Seiras Jodoh Kuat~



Assalamualaikum. Hai!


Sebenarnye dah lama persoalan ni bermain-main di fikiran aku. Nak bincang kat belog, tapi pemalas yang amat la nak mengerah otak untuk ulas perkara ni dengan sangat bernas. Ececeh. Macam la selama ni penulisan aku bernas sangat kan. Berjela-jela je sampai orang meluat nak baca ada la. (-_-")


Jadinya, tetibe pulak sekarang ni aku jadi rajin. Pergi la menggoogle terlebih dahulu tentang topik ni. Saja nak tengok pendapat orang lain. Macam-macam versi entri ada. Kebanyakannya tempek gambar sendiri dengan couple dan tanya ade iras ke tak. Ada la jugak yang tulis bagi pendapat dari perspektif mereka sendiri. Tapi paling banyak entri kopipes la. Sama je ayat kat entri dorang. Haish.


Aku tak tahu dari mana dan siapa yang memulakan teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' ni. Err..dengarnye dari orang tua-tua zaman dulu. Macam mana terhasilnye teori ni ye? Kriteria apa yang membuatkan tok nenek kita terfikirkan tentangnye? Entah la. Aku sendiri tak pasti. Ada yang cakap mungkin dari segi air muka, bahagian-bahagian tertentu pada wajah, kelakuan, gaya dan entah apa-apa lagi. Kalau ada iras tu maknanya berjodoh dan jodoh sangat kuat serta berpanjangan. 






Pasangan yang sedang hangat bercinta selalunya akan menjadi sangat teruja bila ada orang menyatakan teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' ni. Terasa bagai diawan-awangan. Menjadi terlalu yakin yang pasangan itulah jodoh buat diri dan bakal dinikahi. Mula la nak membelek setiap inci wajah pasangan memasing nak cari 'spot' yang dikatakan seiras tu. Eksaited gila. Betul tak?


Ada jugak pasangan yang bercinta ni jadi was-was bila dorang rasa langsung tak seiras bila disogokkan dengan teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' tersebut. Mula la risau dengan hubungan cinta yang terjalin takut-takut terputus. Maklum la, tak seiras maknanya jodoh tak kuat. Sia-sia je bercinta bagai nak rak tapi hubungan kasih tak berpanjangan. Risau kemain hati. Heh!


Perasan tak orang selalu cakap ayat-ayat klise seperti di bawah ini bila dorang tengok couple yang macam sweet-sweet je. Kononnya nak menegaskan yang couple tu memang berjodoh. 

"Eh..eh..muka korang ada iras-iras la. Jodoh kuat ni!"

"Sweetnya! Nampak macam adik beradik je. Muka memang sebijik sangat. Mesti jodoh korang panjang."

"Perasan tak muke korang sama? Ada jodoh la korang ni tau. Bestnya!"

Ramai kot di antara kita ni yang pernah terjebak dengan situasi ni. Betul tak? Baik korang mengaku. Bohong berdosa tau. Hehe. Memang la kadang-kadang kita rasa bila tengok pasangan tu macam seiras betoi wajah dorang. Kebanyakannya kita tengok memang seiras. Sampai jadi macam obses tengok orang muka seiras. Tapi itulah kita ni ha. Selalu terlepas laku. Dah macam kita ni pulak yang menentukan jodoh orang. Padahal soal jodoh ini rahsia Allah. Astaghfirullah. *Menginsafi diri yang selalu buat khilaf.*





~Ini masa kenduri kawen akak aku. Akak aku dengan suaminya. Adik aku dengan suaminya. Aku dengan encik CH (bukan suami lagi). Saje nak bagi korang belek muka-muka pasangan di atas ada iras ke tak. Hehe. Rasa-rasa ada iras tak?~



Sebenarnya, secara logik akalnya mungkin teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' ni semua kebetulan sahaja. Ye la. Dah kebetulan wajah pasangan tu ada iras dan jodoh berpanjangan pulak. Ada jugak yang pasangan tu takde iras langsung wajah dorang, tapi tetap berkekalan jodohnya. Ada yang dikatakan seiras wajah, tapi jodoh dorang tak berpanjangan pun. 


Haa. Perkara ni boleh dikatakan subjektif jugak la kiranya. Sebab kan pandangan mata manusia ni berbeza. Kita tengok pasangan tu seiras sangat. Tapi pada pandangan mata orang lain, pasangan tu langsung takde iras pun. Jadi, tidak mustahil teori ini ada kebenarannya. Dan mungkin jugak tidak. Jangan terlalu taksub sangat sehingga mempercayai teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' ini sepenuh hati. Lari akidah nanti. Apa-apa pun, yakinlah kita pada Allah. Jodoh adalah rahsia Allah. Hanya Dia yang mengetahui segala-galanya apa yang terbaik untuk kita.


'Wajah Seiras Jodoh Kuat' bukanlah jaminan yang kita perlu cari pasangan seiras untuk hidup bahagia dan jodoh berkekalan. Sentiasalah berdoa kepada Allah untuk memberikan kita pasangan yang baik. Kalau dapat pasangan yang seiras wajah tu kira bonus la tu buat diri. Kemudian berusahalah untuk mencorakkan hubungan suami isteri supaya sentiasa bahagia. Yang penting sentiasa memohon keberkatan dari Allah. Itulah usaha yang sebaik-baiknya. *Amboi..cakap macam orang dah kawen tu. Hehe.*



Bisik2 :: Hah! Mesti ramai yang tengah belek muka memasing ada iras ke tak dengan pasangan la tu. Kuikuikui. ;p


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Monday, 24 October 2011

~Tangisan di malam hari~



Assalamualaikum. Hai!


Malam ni nak kongsi pengalaman seram sikit la. Saje nak bagi korang rasa jugak apa yang aku rasa. Ini cerita betul tau. Aku tak reka-reka. Kejadian ni jadi tengah pagi buta semalam. Agak-agak dalam jam nak hampir pukul 3 pagi. Masa tu aku masih belum lagi tidur. Tangan gatal nak update belog time tu. Lagipun masa tu mata tak berapa rasa mengantuk. Selalunya memang aku dah terbungkang dah. Semalam mata ni bertahan lama pulak.


Tengah syok mengoogle gambar nak tempek dalam entri pagi semalam tu, tetiba telinga aku ni terdengar satu bunyi yang agak meremangkan segala bulu kat badan. Ops! Bulu roma je ok. Jangan nak kuning sangat otak tu. Tapi serius weh. Memang seram yang amat! Memula aku ingatkan bunyi tu datang dari speaker yang aku pasang. Aku tengah dengar radio SuriaFM online masa tu. Tapi macam pelik je bunyinye.


Masa tu dada ni berdebar gilos. Aku volume-down bunyi speaker sikit konon nak dengar betul-betul bunyi apa. Sekali terus terkedu. Publish entri cepat-cepat, terus shutdown lappy. Lanyak katil, tarik selimut sampai atas kepala, mulut tak henti-henti berzikir sampai terlena. Takot punya pasal. Uhuhu.






Siangnye mak bukak cerita. Pergghhh. Aku ingatkan aku sorang je dengar. Rupanya mak dengan kakak pun dengar jugak. Masa tu dorang terjaga sebab nak terkensi. Agak kuat jugak le eh menda alah tu mengongoi. Korang tahu tak mengongoi tu apa? Die macam menanges rengek-rengek tu. Tapi nyaring syahdu gitu bunyi die. Wuuuuwuuuuuuuuuu. Lebih kurang gitu la. Korang bayangkan macam korang tengok movie seram ade bunyi han-two nanges jadi bunyi latar. Boleh bayang?


Lepas habes bunyi tu, dengar bunyi salak anjing sayup-sayup. Memang ketar habes la. Sebab orang cakap kalau dengar bunyi anjing menyalak macam jauh je sayup-sayup, maknanye 'benda' tu ade dekat je. Huwaaa. Takot nak mampos! Entah dari mana sesat 'die' datang. Kalau korang nak tahu rumah aku ni memang dekat gila dengan hutan getah. Walaupun aku duduk rumah taman. Memang bila malam kawasan sekeliling rumah aku ni sunyi gila yang amat. Agak menakotkan jugak le. Huuuu.


Seumur hidup aku, tak pernah lagi la aku berdepan secara bertentang mata dengan makhluk Allah yang satu ni. Nauzubillah. Mintak dijauhkan la. Pengalaman dengar 'suara' tu pun dah cukup dah. Jangan la die datang mengusik lagi. "Ya Allah. Lindungilah kami sekeluarga dari sebarang gangguan. Sesungguhnya hanya kepadaMu tempat kami memohon perlindungan. Amin."



Bisik2 :: Korang pernah ada pengalaman seram macam ni tak? (-_-")


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 23 October 2011

~Berebut Kekasih?~



Assalamualaikum. Hai!


Tempoh hari kecoh dekat facebook orang pakat berkongsi video pasal dua gadis bergaduh kerana berebutkan seorang lelaki. Dekat belog pun aku rasa ramai jugak kot menulis untuk memberikan pendapat atau ulasan memasing. Benda tengah 'panas'. Jadi ramai la yang sebok nak kongsi dan hebahkan. 


Sejujurnya video tu aku sendiri tak tengok pun. Buang masa je nak tengok. Bukan dapat apa pun. Aku sekadar memerhatikan je orang lain dok update sana sini pasal kes tu. Malas nak ambik port. Sebab bagi aku, orang yang bergaduh sebab nak berebutkan kekasih ni sangat tidak matang. Dan kebanyakannya budak remaja je yang terlibat dalam hal ni. 


Sebenarnye aku dah banyak kali kot berhadapan kes-kes macam ni. Secara real depan mata pernah. Kawan-kawan (yang memang rapat) call mengadu kena serang tetiba pun pernah. Perempuan dengan perempuan, perempuan dengan pondan, lelaki dengan lelaki. Dah biasa dah. Jadi aku tak berapa nak heran sangat la dengan kes budak 2 orang tu. 




Kalau nak tahu, cara-cara dorang ni bergaduh berebutkan kekasih ni sama je bagi sape-sape pun. Takkan ada beza punya. Konfom sama. Tak percaya? Nah aku share dengan korang. Nanti kalau korang ade rase kes macam ni nak terjadi kat korang jugak, boleh la korang aplikasi kan. Kui3.
  • Perempuan vs Perempuan
  • Suara tinggi tak hengat menjerit-jerit, mulut celupar maki hamun menghina sesama sendiri, tampar-menampar, tarik-tarik rambut/tudung.
  • Lelaki vs Lelaki
  • Cabar-mencabar kejantanan memasing, bertumbuk, angkut geng untuk belasah.
  • Perempuan vs Pondan
  • Kalau yang ni selalunye pondan tu la yang teruk kena hentam ye. Yang ni pernah jadi depan mata aku. Lawak wei. Sian pondan tu kena serang dengan perempuan tu. Kena maki, penampar, tarik rambut, tolak jatuh ke lantai, belasah dengan payung. Yang nak tergelaknye si pakwe datang menyelamatkan keadaan dengan back-up si pondan. Wohaa! 

Ececeh. Memandai je aku kan buat teori sendiri cara orang bergaduh berebut kekasih semuanya sama. Hehe. Jangan la korang terpedaya pulak. Aku main agak je tu. Kalau betul tu mungkin kebetulan la eh. Benda ni bergantung ke atas individu tu sendiri la. Bagi yang tidak matang memang pergaduhan la yang berlaku. Kalau orang yang matang, takkan bergaduh sebab nak berebutkan seorang lelaki/perempuan yang belum sah jadi milik mereka. Tak berbaloi nak bergaduh.




Kes berebut kekasih ni selalunye berlaku bila orang yang direbutkan tu sebenarnya pasang dua (curang) lepas tu terkantoi. Yang menyerang tu selalunya kekasih pertama dorang. Yang kedua selalunya innocent tak tahu apa-apa pun. Tahu-tahu je dah kena serang. Kes yang ni banyak berlaku di kalangan perempuan. Sebab yang buat onar nye si lelaki. Damn you!


Kes berebut kekasih di antara lelaki pulak selalunya terjadi bila si lelaki rasa tercabar ada lelaki lain berjaya menggugat diri dia. Maknanya ada lelaki lain syok kat awek dia la. Maklum la awek 'hot' katakan. Awek pulak macam 'tersangkut' sebab lelaki tu bagi lebih attention berbanding pakwe sendiri. Jadi pakwe pun tercabar kejantanan, terus 'cari pasal' dengan lelaki tersebut. So pity!


Kes berebut kekasih di antara perempuan dengan pondan pulak mungkin terjadi sebab lelaki tu 'dua alam'. Euuwww. Tapi itulah kemungkinan nye kot. Dah pondan lagi 'hot' dari awek sendiri. Lagipun pondan boleh bawak 'main' kot. Eyark! Malang sungguh perempuan yang dapat kekasih lelaki spesis ni. Kalau curang dengan perempuan takpe jugak. Ini pondan. Pengsan dibuatnye. Uhuhu.


Kesimpulannye, takde untung langsung kalau bergaduh sebab nak berebut kekasih. Buang masa, buang tenaga. Buang air liur jugak sebab bertekak. Daripada nak bergaduh tu, baiklah korang bersatu hati perkena balik si kekasih tu ha. Hampeh punye kekasih. Sian jugak la kat korang sebab terpedaya dengan lakonan mantap kekasih korang tu. Keh3. 


Tak payah nak jadi dungu sangat bergaduh berebutkan lelaki/perempuan yang belum halal bagi korang tu. Memalukan sungguh. Tak sedar ke dengan berperangai macam tu korang dah jatuhkan martabat dan air muka sendiri. Sekaligus menunjukkan yang korang tu sangat la kebudak-budakan. Segan la sikit kat orang lain. Daripada nak berebut, baik tinggalkan je cari yang lain. Senang cerita. Tak payah malukan diri sendiri pergi bergaduh pulak. Hish! Sila lah bersikap matang ye. 



Bisik2 :: Tak cool langsung bergaduh sebab berebut kekasih..(-_-")


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 19 October 2011

Susah sangat ke nak bersedekah walaupun sedikit?



Assalamualaikum. Hai!


Kita semua tahu yang bersedekah adalah amalan yang mulia dan terpuji. Tapi berapa ramai dari kita yang suka bersedekah? Ramai di antara kita selalu berdalih untuk bersedekah walaupun RM1 kan? Eleleh..tak payah nak menipu la. Itu memang realiti nya. Kebanyakan dari kita memang bersikap begitu. Aku sendiri tak terlepas dari sikap huduh tu. Sebab kadang-kadang ada bisikan jahat yang menghasut dalam hati kata jangan mudah percaya takut kena tipu. T_T


Contohnya ; tetiba ada budak kecik datang hulur tin atau pergi pasar malam tetiba kat tengah-tengah jalan ade peminta sedekah duduk bersimpuh takde kaki/dukung baby kecik. Apa yang terdetik kat hati masa tu selain rasa kesian? Sebenarnye memang ada niat nak menghulurkan sedekah. Tapi tetibe hati berdetik, "Ish..ni betul ke peminta sedekah ni. Ke ada agen di sebalik kegiatan dorang ni? Nak bagi ke tak eh? Err..err.." Haa. Pernah tak korang alami macam tu? Ke aku sorang je macam tu ek? Jahat benor hati kecik aku ni. Tskk..(-_-")


Nak tahu sebab apa ada bisikan jahat begitu? Itulah kerja syaitan yang tak putus-putus nak menimbulkan perasaan ragu-ragu dan syak dalam hati manusia. Kerana bersedekah itu adalah amalan yang paling dibenci oleh syaitan. Sebab tu kita kena selalu berzikir dan istighfar untuk hilangkan rasa-rasa begitu di hati kita. Aku ni paling kena banyak sikit berzikir dan istighfar. Ade ke boleh hati aku bisik gitu. Nipis betul iman aku. Uhuhu. Kesian kat orang-orang yang begitu kerana aku bersyak wasangka yang bukan-bukan.


Tapi tu la kan, dah nama pun manusia. Lemah iman. Tidak terlepas dari ada perasaan begitu. Sama-samalah kita perbaiki diri. Aku pun bukanlah tak pernah bersedekah kat orang-orang yang aku mention kat atas. Pernah. Kedekut aku pun, takde la sampai taknak bersedekah. Bab bersedekah aku tak pernah nak kedekut. Bab membazir kat benda lain je aku kedekut. Cuma kadang-kadang dalam hati terdetik rasa ragu-ragu tu. Hmm. InsyaAllah aku akan memperbaiki kelemahan aku tu. 






Hmm. Banyak sebenarnye cara lain yang kita boleh salurkan sedekah kita kan. Antara mahu dengan tidak je. Susah sangat ke nak bersedekah walaupun sedikit? Nak bersedekah tak semestinya kena tunggu dah kaya duit berjuta-juta. Sementara kita mampu hidup dengan selesa ni, sepatutnya kita kena hulurkan sedikit bantuan buat mereka yang memerlukan. Betul tak? Jadi janganlah berdalih dan beralasan lagi kalau korang sebenarnya mampu untuk beri sedikit dari yang diperolehi. Rezeki tu kan dari Allah. Jadi kita berkongsi la. Tak salah kan? Lagipun takkan berkurang nye duit kalau kita bersedekah.


Antara cara yang paling mudah, bersedekah kat tabung dalam masjid. Mungkin duit sedekah tu digunakan untuk pembaikan masjid. Tapi secara tak langsung kita bersedekah untuk orang juga. Pahala yang kita dapat still berganda selagi ada jemaah yang mengimarahkan masjid tersebut. Jadi kalau pergi masjid tu, sedekah la dalam seringgit dua. Jangan selalu buat-buat terlupa pulak. Konon pergi masjid tak bawak duit. *ditujukan khas bagi kaum lelaki yang pergi solat jumaat. Hik3..* Eh? Bukan kat masjid je tau. Kat surau pun boleh jugak.


Kalau rasa mampu dan ada rezeki lebih, beri sedekah kat rumah kebajikan orang-orang tua. Mungkin sedekah yang diberikan boleh menggembirakan hati warga-warga tua tersebut selagi hayat mereka masih ada. *Kesian kat dorang kan sebab anak-anak 'buang' dorang kat situ taknak bahagia kan dorang. Hmm.* Jadi apalah salah nye kite hulur sedikit. Tak banyak pun takpe. Sedekah yang diberikan tu sekurang-kurangnya dapat menampung perbelanjaan membeli keperluan harian atau ubat-ubatan untuk kegunaan mereka.


Lagi satu kita boleh jugak bersedekah untuk anak-anak yatim. Carilah rumah-rumah yang menempatkan anak-anak yatim. Aku rasa sangat banyak kat Malaysia ni ha. Bantulah mereka. Anak-anak yatim yang tinggal di rumah kebajikan ni selalunya terdiri dari keluarga yang susah atau mereka sudah tiada kedua ibu bapa. Aku sendiri pernah bergelar anak yatim ketika masih di bangku sekolah. Mujur ada datuk lagi ketika itu yang sudi menjaga kebajikan aku adik beradik. Sampai kami dah dewasa dan dia 'pergi' bertemu Illahi. Alhamdulillah. Terima kaseh tak terhingga buat arwah datuk.


Haa. Satu pesanan aku nak bagi. Korang jangan sesekali terdetik di hati untuk menafikan hak anak-anak yatim tau. Terutama sekali kalau perkara sebegini terjadi di kalangan sedara mara korang. Siap nak mengungkit-ungkit lagi kononnye akan menyusahkan korang. Pastu tak puas hati bile ada yang baik hati nak hulurkan tangan memberi bantuan. Buruk beno perangai macam tu. Sepatutnye korang hulur-hulurkanlah sama bantuan setakat yang termampu. Besar pahalanye tu. Nikmat yang Allah berikan juga bakal berganda-ganda kalau korang membantu anak-anak yatim. Jangan mengungkit dan merungut ye.






Ohh. Maaf la berjela pulak tazkirah aku. Kih kih kih. Bebel panjang-panjang ni, sebenarnye aku nak ajak para blogger yang ada akaun nuffnang untuk menderma sedikit amaun dalam akaun korang tu untuk rumah kebajikan anak-anak yatim (Rumah Aman). Tak banyak pun. RM1, RM5 atau RM 10. Akaun nuffnang korang kan berkepuk-kepuk. Takkan nak derma sikit pun tak boleh. 


Aku punye akaun yang ade semilanbolas tu pun aku derma sikit sebab aku tau nak tunggu boleh cash-out memang berzaman la. Maklum le aku kan tak aktif join aktiviti nuffnang. Promote pasal nuffnang pun tak pernah. Letak iklan nuffnang pun satu je dalam belog. Dah tu terceruk kat bawah pulak. BE lagi mimpi la nak dapat. Memang menanges nak tunggu. Jadi dari akaun aku keras cenggitu je, aku derma je la sikit dari jumlah yang ade tu. Untung-untung dapat bantu adik-adik kat Rumah Aman tu. Kan? Haa. Korang pun jom la derma jugak sekali. Klik banner kat bawah ni ok.






Oh ye. Buat yang bukan blogger dan takde akaun nuffnang, tapi ada keinginan nak menderma jugak boleh je salurkan derma korang melalui Maybank2u. Ikut la berapa banyak pun korang nak derma selagi mampu. Sila debitkan amaun derma anda ke akaun bernombor 562106720433 atas nama Nuffnang TLC Promise Me S2. Lepas tu jangan lupa emailkan bukti donation korang ke tlcpromiseme@nuffnang.com untuk pengesahan supaya pihak Nuffnang boleh hantarkan resit tax deduction kat korang.



Jadi, apa tunggu lagi. Marilah kita bersedekah. Biar jumlah derma yang diberikan kecil. Asalkan kita ikhlas memberi. Ganjaran dari Allah lagi berlipat kali ganda tau. Apa-apa pun, untuk maklumat lebih lanjut, boleh la berkunjung ke link ini. Selamat menderma ye kawan-kawan. Semoga Allah merahmati korang semua atas kebaikan korang tersebut. Mudah-mudahan.



Bisik2 :: Jom ramai-ramai menderma!


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 16 October 2011

~Obses Kecantikan~



Assalamualaikum. Hai!


Sedar atau tak kebanyakan dari kaum sejenis aku iaitu perempuan sangat obses dengan kecantikan. "Ek eleh ciksha ni! Dah nama pun perempuan, mesti la nak jadi cantik sentiasa. Mana ade perempuan yang taknak cantik dan nampak hodoh. Statement ntah hape-hape je. Gile kot pompuan ni. Ntah-ntah ko ni hodoh gamaknya." Mesti ade yang cakap kat aku camtu kan? Huahuahua.


Ye la. Aku sedar la aku ni hodoh. Tapi aku tak cakap pun aku tak suka pada kecantikan. Mesti la aku suka jugak nak nampak cantik. Tapi takde la melampau-lampau sangat sampai terlalu obses. Biase-biase je sudah. Lagipun aku ni kan low-profile orangnye. Blueekss. *statement perasan*


Sebelum aku melalut yang bukan-bukan, kite straight to the point je la eh. Sebenarnye tujuan aku tulis entri ni adalah nak kongsi pendapat aku dari pemerhatian yang telah dijalankan di sekeliling aku. Ecewah. Macam buat thesis pulak. Aku tengok kan, sangat ramai pompuan terlalu obses untuk kelihatan cantik. Mereka sanggup buat ape-ape je, asalkan nampak cantik. Sakit pun tak kesah janji cantik. Berhabes duit pun takpe yang penting cantik. Cantik cantik cantik.






Sekarang ni meh kite tengok kategori-kategori obses kecantikan tersebut. Err..banyak jugak rasanye ni. Tapi takpe. Aku ulas satu persatu. Terlebih dahulu nak mintak maaf la kalau ade ayat-ayat yang agak 'kasar' pada pembacaan korang. Takde niat nak menghiris hati korang dengan kata-kata tersebut. Ambil yang positif je eh.


#1 - Gemok vs Kurus

Haaa..yang ni memang paling ditakuti oleh kebanyakan girls. GEMOK. Kadang-kadang yang dah sedia ada kurus pun perasan yang diri mereka gemok dan nak kurus lagi. Ish3. Punya la takut sangat. Bagi kebanyakan mereka, gemok itu tidak cantik. Maklum la lemak terlebih kat sana sini. Kurus pulak pada pandangan dorang adalah sangat cantik. Biarlah nampak melengkung macam jerangkung sekalipun. Janji badan kurus dan solid molid. Erk?

Tapi betul weh. Ramai girls sanggup menghabeskan duit untuk mendapatkan badan yang kurus secara mudah dan cepat. Contohnye macam beli produk-produk slimming. Berlambak kot jenama. Malas nak senaraikan. Kononnya dengan minum produk slimming tu atau sapu losyen slimming ni, boleh jadi kurus dengan cepat. Hari ni pakai, *bling* esok dah kurus. Takde maknanye.

Yang berduit sikit, pejam mata korbankan duit pergi kat mana-mana slimming centre. Slimming Sanctuary, Bizzy Body, Marie France Bodyline, London Weight Management, Terimee, MayFair Bodyline, SlimWorld. Mak aihh..banyak betol slimming centre kat Malaysia ni eh. Yang ni boleh dikire famous la. Belum lagi aku listkan yang biase-biase punye slimming centre. Demi nak kurus sanggup 'bakor' duit beribu-ribu pergi jugak.

Skang ni kan pemes girdle yang mahal-mahal tu. Macam-macam jenama ada. Pakai tetiap hari boleh kurus dan kesihatan pun bertambah baik. Nak pakai hari-hari, maknanye kena la beli 2 set minimum. Kalau tak camne nak ganti-ganti. Takkan nak pakai yang satu tu je sampai kepam. Maka sanggup beli walaupun beribu. Janji hasrat nak kurus tercapai.

Padahal, kalau ambil slimming product ke, pergi slimming centre ke, pakai girdle ke, tapi kalau pemakanan tak jaga, bersenam pemalas nak mampos, takde maknanye boleh kurus sekelip mata. Nak kurus tapi takde disiplin. Memang sia-sia je la. Even korang ambil slimming product, pakai girdle dan pergi slimming centre, korang tetap kena bersenam dan jaga pemakanan. Sampai bila-bila. Kalau tak, non hado la nak kekal kurus. Mimpi.


#2 - Kulit Fair n Lovely. Kulit putih melepok le.

Girls jugak sangat obses nak dapatkan kulit putih melepok. Sebab ape? Sebab bagi dorang kulit putih lepok adalah sangat cantik. Lagipun kebanyakan lelaki ni gatal. Nak gadis yang kulit putih bersinar-sinar je. Yang gelap gulita *macam aku* jangan harap la dorang nak pandang. Macam dorang tu putih sangat. Haha. Inilah puncanya girls obses nak kulit cerah.

Jadi untuk dapatkan kulit putih lepok, mulalah masing-masing mencuba pelbagai produk kecantikan yang diwar-warkan boleh memutihkan kulit. Pihak pengeluar pun berlumba-lumba keluarkan iklan produk dorang nak mempengaruhi pembeli. Ambil model yang kulit dah sedia ada cerah. Lepas tu, edit la konon model tu dari kulit gelap boleh jadi cerah dengan pakai produk dorang. Padahal wat editing lightning je. Hampeh. Tapi ramai jugak yang terpengaruh. Ye dak?






#3 - Kulit muka bebas cela.

Maksudnye kulit muka licin macam kulit telur. Takde sebarang jerawat, bekas jerawat, bintik hitam, bintik putih, mahupun garis-garis kedut. Macam reason di atas jugak la. Lelaki kan demand nak aweks yang cun muke licin je. Macam kulit dorang tu licin sangat. (-_-")

Jadi, demi mendapatkan kulit idaman itu, girls sanggup berkorban habeskan duit mencuba pelbagai produk. Cuba produk itu, cuba produk ini. Bertukar-tukar selagi tak dapat kulit licin yang diidamkan. Kalau banyak duit, terkedek-kedek la masuk beauty centre yang bakal mengikis beribu-ribu ringgit. Tak kesah. Janji dapat kulit idaman.

New York Skin Solution, Ree's Skin, Aster Spring, Skin Renew, Sendayu Tinggi semua diredah. Butik-butik dan spa kecantikan yang biasa-biasa pun hentam jugak. Tu tak kire lagi yang pergi cucuk botox le, vitamin C le, collagen le dan ntah hape-hape lagi yang dicucuknye. Janji kulit licin, gebu, tegang dan bebas cela.


#4 - Gigi cantik dan tersusun.

Percaya atau tidak, ramai girls sanggup menanggung sakit dan berhabes duit untuk mendapatkan gigi yang tersusun. Bagi dorang gigi yang tersusun adalah sangat cantik. Ye la. Bila senyum nampak sebaris gigi yang tersusun cantik. Otomatik muka pun kelihatan cantik la. Kira macam pakej gitu. Ini muka dah cantik licin takde cela dan kulit pun putih lepok, tapi bile senyum gigi berterabur.

Jadi demi mendapatkan gigi yang cantik mereka pun pergi buat rawatan memakai braces. Lantak le saket pun. Biar la duit habes pun. Yang penting CANTIK. Terlupa hukum agama. Jangan tak tahu yang buat gigi semata-mata untuk cantik adalah haram. Melainkan tujuan membuat gigi itu adalah untuk tujuan kesihatan dan mengelakkan berlaku fitnah.

Contohnya macam gigi jongang. Ye la mana tahu tereksiden ke, gigi jongang tu boleh menyebabkan mulut bersepai kalau eksiden. Takpun akan menjadi ejekan pada masyarakat. Itu boleh dan diharuskan demi menjaga kesihatan dan maruah diri. Kalau sesaje buat semata-mata nak cantik, tanggung la dosa. Jangan ambil mudah hukum agama ye. Setakat gigi berlapis takde mendatangkan kesan buruk pada diri, tak payah la gatal-gatal nak buat gigi tu. Bersyukur dengan kurniaan Allah. Jadi yang dah pakai braces tu sila perbetulkan niat anda semua ya.






Cukup la 4 ini saje yang aku senaraikan. Sebab yang 4 ni paling obvious. Ini dari segi fizikal la. Yang kita boleh nampak secara luarannya. Yang kebanyakan girls ada buat ke atas diri dorang. Semuanya sebab terlalu obses untuk kelihatan cantik. Cantik adalah segala-galanya bagi diri dorang. Sebab apa dorang nak cantik? Itu atas niat diri memasing la.


Ada yang nak cantik sebab nak tarik perhatian ramai lelaki. Ada yang nak cantik sebab takut takde orang nak kawan dengan dia. Ada yang nak cantik sebab nak bersaing sesama sendiri sape yang lagi cantik. Ada yang nak cantik sebab nak jaga kesihatan diri. Ada yang nak jadi sebab nak bina confident dalam diri. Terpulang atas diri sendiri apa tujuan dorang nak cantik tu.


Apa-apa pun, silalah perbetulkan niat. Cantik ni tak semestinya hanya fizikal je. Dalaman (hati) pun kena cantik. Kalau luaran je cantik tapi dalaman hampeh, takde guna jugak. Takkan terserlah 'kecantikan' sebenar yang ada tu walaupun fizikal tu dah tip top. Memang otomatik nampak buruk kalau perangai tu sebenarnye buruk.


Naseb baek la aku ni kedekut dan tak heran pun orang nak mengata kat aku. Lantak le dorang nak kata apa pun. Bukan takde yang direct cakap aku gemok la, kulit hitam, muka penuh dengan parut jerawat, tak cantik dan sebagainya. Tapi ada aku kesah? Bukan dorang yang bagi aku duit pun nak tanggung kos nak buat rawatan kecantikan semua tu. Setakat bagi air liur mengata kat aku, takdenye aku heran langsung. Hidup aku tak kucar-kacir pun dengan kutukan dorang. Lagi bagus ada la. Berkoyan-koyan pahala aku dapat.


Tak salah kalau nak kelihatan cantik. Tapi biarlah bersederhana. Jangan lah sampai menyeksa diri sendiri dan membazir tahap melampau. Lagipun cantik tu sesuatu yang subjektif sebenarnye. Ada orang tengok si gadis tu cantik sangat. Tapi bagi orang lain gadis tu sebenarnya biasa-biasa je. "Beauty is in the eye of the beholder". Statement tu dah menerangkan dengan jelas maksud cantik. Pandangan mata kita sebagai manusia ni berbeza-beza. Jadi bersyukurlah dan terima diri seadanya selagi tidak memudaratkan. Jangan terlalu obses sangat ok!



Bisik2 :: Biar tak cantik pada pandangan mata manusia, janji cantik pada pandangan Allah. Biar rupa fizikal tak cantik, janji akhlak cantik.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Thursday, 13 October 2011

~Sedih dan Berkabung...~



Assalamualaikum. Hai!


Aku tengah dalam mood sedih dan berkabung sekarang ni. Sebabnye kucing-kucing kesayangan aku dari 9 ekor tinggal 2 ekor je yang masih sihat dan hidup. 6 ekor dah selamat meninggalkan aku selama-lamanya. Sekor lagi menghilangkan diri tak tahu pergi ke mana. Sampai hari ni masih tak balik-balik lagi. Wuuu. Sedih.


Aku tak pasti dorang mati sebab apa. Semuanya secara mengejut dan tiba-tiba. Nak kata aku tak jaga betul-betul tetiap malam aku spend masa dengan dorang sebelum aku tido. Bagi makan minum, main dengan dorang, tunggu dorang melepas semua, belek sekor-sekor. Misteri betul. Dalam tengah sehat dok main terlompat-lompat, bergesel-gesel, ikut aku merayap sampai ke rumah mak angkat, bermanja dengan aku tetiap malam. Tiba-tiba jadi saket dan mati. T_T


Mula-mula kucing yang paling aku sayang sangat-sangat, Cikda tinggalkan aku dulu malam 6 Oktober tempoh hari. Sebelum-sebelum ni dia ok je. Tapi 2-3 hari sebelum dia 'pergi', dia jadi manja sangat-sangat. Macam pelik tapi aku tak syak la yang bukan-bukan. Huuu. Tapi sebelum dia 'pergi' tu die tetibe demam dan muntah yang teruk sangat-sangat. Tak sempat nak bawak pergi vet. Sedih.


Pagi Selasa lalu pulak selang 5 hari lepas kematian Cikda, aku sampai ambil cuti kecemasan sebab tengok 5 ekor kucing-kucing yang lain tetiba saket dan terkulai. Padahal malam sebelum tu dorang ok je. Main terlompat-lompat kat luar tak ingat dunia. Huhu. Pukul 8 call pejabat vet (gomen) buat apoimen. Dapat wat apoimen pukul 9. Tu pun payah beno nak dapatkan doktor nye. 


Sayangnye, belum sempat pergi buat rawatan sekor si kenit Comel dah 'pergi' dulu. Wuu. Tinggal lagi 4 ekor yang masih lembik tak berdaya. Bawak sekali yang operate hari tu nak bukak jahitan die sebab dah alang-alang pergi vet. Luka bedah die pun dah ok. Jadinye 5 ekor la aku bawak pergi vet on that day.


Buat rawatan semua. Doktor injek dorang then bersihkan telinga dorang dan titiskan ubat. Ada infeksion katanye. Dah selesai balik hantar dorang kat rumah dulu. Urus ape-ape yang patut dan tengok dorang macam dah ok sikit, aku pun keluar semula nak pergi beli makanan dalam tin yang basah tu. Tapi bile jejak je kaki kat rumah nak bagi dorang makan, 2 ekor si kenit parsi (Bella+Abu) dah keras dah. Berpelukan lak tu. Nangis lagi.




Petang sikit si abang sulung Ciktam pulak menghembuskan nafas terakhir depan mata aku. Takot tengok die tercungap-cungap nak putus nafas. Tapi sebelum tu die mengiau panggil aku suruh usap-usap die. Menangis aku. Ingatkan dah takde yang akan 'pergi' lagi. Tapi pagi semalam masa kat opis mak call bagitau si kenit  Mimi pulak yang 'pergi' pulak. Dia tak mampu nak survive lagi agaknya. Sedih berganda-ganda.


Pelik betul aku rasa. Yang buat rawatan kat vet pagi tu semua 'pergi' tinggalkan aku. 4 ekor mati pada hari yang sama. Esoknya sekor lagi mati. Sekor lagi si Cikti pun tak dapat dikesan ke mana menghilang. Dia yang sebelum ni sehat pun muntah-muntah lepas dapatkan rawatan cuci telinga tu. Risau hati aku tak tahu dia ada kat mana. Kalau nak 'pergi' tinggalkan aku sekalipun biarlah kat depan mata aku. Boleh aku semadikan dengan sempurna macam yang lain-lain tu. Ini tak tahu dia kat mana. Wuu.


Kenapa agaknye eh? Kuat sangat ke efek ubat tu? Ke dorang sebenarnye telah diserang virus tapi aku yang tak sedar. Huk huk huk. Sekelip mata 'hilang' semua anak-anak bulus kesayangan aku. Hari ni sehat esok dah 'hilang' semua. Sedihnya. Sekarang ni kat rumah tinggal 2 ekor je lagi. Mak dorang si Cik'ah dengan sekor lagi anaknye Ciksu. Dorang berdua aku tak bawak pun pergi vet tempoh hari sebab dorang nampak sehat. Hmmm. Mungkin dah ajal yang lain-lain tu kot. Takde rezeki aku nak bela dorang lama-lama.


Dah berkurang kawan aku nak main, nak luah perasaan, nak menangis bila sedih, nak mengadu bila bergaduh dengan encik CH. Huwaaa. Tinggal dua ekor je lagi. Harap-harapnye dorang tak diserang saket yang bukan-bukan la. Tak larat dah nak menangis kehilangan sekor-sekor yang aku sayang. Kena pay attention lebih la kat budak 2 ekor tu. Tapi aku berharap sangat Cikti balik kat rumah. Jangan la die mati sekor-sekor kat tempat lain. Sedih.


Minggu ni minggu kesedihan la buat aku. Mood pun kurang ok sangat. Mahu tak sedih. Dorang 'pergi' beramai-ramai. Aku pulak tu yang jadi penggali kubur dorang. Huhu. Apa-apa pun semoga roh kucing-kucing aku tu tenang-tenang je sebab aku dah kebumikan dorang elok-elok. Macam manusia pulak eh? Cuma tak mandi mayat je la. Hehe. *Ada hati lagi tu nak buat lawak bodo. Sighh...(-_-")*




Bisik-bisik :: Banyak betul perkataan sedih dalam entri ni kan? Hmm. 
Pagi tadi pakcik jiran sebelah rumah meninggal dunia kena serangan jantung. Innalillah. Al-fatihah. Tengok muka arwah tadi masa aku melawat sebelum gerak pergi kerja teringat pulak kat arwah abah. Sedih lagi. Huu.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Monday, 10 October 2011

~Adakah Dia Untukku?~



Assalamualaikum. Hai!


Masih belum boleh melelapkan mata. Tak mengantok pulak rase. Jadi sengaja meng'online'kan diri dan tetiba jari-jemari rasa ringan nak menaip. Tadi ramai betul yang share status dan gambar bulan malam ni kat fesbuk. Nampak macam cantik sesangat. Hati rasa teringin nak keluar tengok sendiri. Tapi memandangkan kawasan perumahan ni yang sunyi nak mampuih dan rumah aku pulak dekat dengan hutan getah, terus hasrat nak tengok sendiri bulan tu terbantut. Tak berani le pulak. Aku ni agak penakot le jugak sebenarnye. (-_-")


Berbalik kepada motif entry. Ececeh. Tajuk entry kemaen lagi kan? Huahuahua. Sebenarnye terpanggil nak tulis pasal ni bile teringatkan rancangan Semanis Kurma minggu lepas yang membincangkan tentang tajuk 'Dia Untukku'. Aku tengok yang ulangan punye kat tonton sebab tak sempat nak tengok malam Khamis tempoh hari. Pergi mengkebumikan kucing kesayangan aku yang meninggal malam tu. Wuuu.


Bila dengar diskusi dalam rancangan tu, hati ni terusik sikit. Terkena jugak la sedas dua das kat batang hidung sendiri. Terasa ai tau! Ye la kan. Bercinta dah bertahun-tahun. Umur pun dah makin lanjut. Tapi masih belum lagi mendirikan rumahtangga. Hmm. Terfikir la jugak dan hati ni macam tertanya-tanya dan mulalah bermonolog sendirian. Benarkah si dia yang dicintai itu adalah untukku? Tetiba hati menghasut dan fikiran menjadi jahat memikirkan yang bukan-bukan. Ish3.






Entahlah. Bukan tak yakin. Hati sangat yakin. Yakin sebab sebelum terima lamaran menjadi bakal suri dia satu masa dulu pun, aku dah buat solat istikharah berkali-kali mohon petunjuk Allah. Tidak minta diberikan petunjuk melalui mimpi. Tapi cukuplah sekadar memudahkan perjalanan hubungan yang terjalin. Setiap kali lepas solat pun aku tidak pernah putus berdoa memohon dariNya. Sebab hati ini rasa sangat kuat terikat pada dia.


'Jika dia benar untukku maka dekatkanlah hati kami dan permudahkanlah perjalanan kami untuk menuju ke alam pernikahan kerana aku ingin berbakti kepada dirinya sebagai isteri yang solehah demi mencari redha-Mu ya Allah. Tapi jika dia bukan untukku maka jauhkanlah hati kami dan redhakanlah hatiku menerima segala ketentuanMu.'


Itulah doaku sejak pertama kali mengenali si dia sehingga kini. Walaupun masih belum sampai masanya lagi aku bergelar isteri pada si dia tapi alhamdulillah perhubungan yang terjalin masih utuh. Mungkin sebab itulah aku masih setia sampai sekarang. Kini dah hampir 6 tahun kami berkawan dan dah 3 tahun bercinta jarak jauh lepas habes belajar. Alhamdulillah. Hati ini tak pernah terusik pun untuk berpaling dari dia walaupun ramai yang menggoda. Ececeh. Macam le 'hot' sangat. Perasan je lebih. Kuikuikui.



~Sesi berangan kat pelamin kakak aku masa die kawen tahun 2009. Kami berdua jadi pengapit. Jadi haruslah interprem juge atas pelamin. Kuikuikui. Bila la pulak giliran kami ye? Tungguuuuu.~



Mungkin benar dia memang untukku cuma masanya masih belum tiba lagi buat kami. Sedang berusaha ke arah itu sebenarnye. Tengah kumpul duit le ni wei. Ingat senang ke nak kawen? Banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Dari sekecil-kecil perkara sampai lah yang terbesar. Diri pun kena dipersiapkan jugak. Nak pikul tanggungjawab yang sangat-sangat berat jika dah bergelar suami isteri nanti. Persiapan sangat perlu ok! Perkahwinan bukan perkara main-main. Aku sangat serius tentang hal ini tahu.



InsyaAllah jika ada rezeki dan jodoh kami masih kuat, pasti kami akan bersatu sebagai suami isteri yang sah. Jangan le risau sangat asyik bertanya bila aku dan dia nak kahwin. Aku penat dah nak jawab sebenarnye. Takkan lah dah bercinta lama-lama kami takde perancangan nak berkahwin pulak kan? Mesti la ade sayang-sayang sekalian. Orang otak mereng je yang bercinta tapi takmau kahwin. Kami ni normal ok! Ada berita baik nanti akan aku khabarkan pada semua. Don't worry! Cumanya kami ni low-profile la sikit ye. Hehe.



Bisik2 :: Menunggu tibanya saat diri akan menjadi kekasih halal buat si dia. InsyaAllah..


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 4 October 2011

~Kerinduan Yang Takkan Pernah Hilang~



Assalamualaikum. Hai!


Perasan sesuatu yang baru tak? Header belog aku dah bertukar. Weewitt! Saje nak tayang badan gedebob dengan muke tuan belog yang perasan cute tu pulak. Haha. Nak tukar selera la. Jemu dah tengok header lama. Yang ni header yang ke-berapa  ntah. Lupa dah aku. Rasa nak tengok koleksi header aku pergi le jenguk kat page header. Aku memang tangan kayu. Tak berapa nak kreatif macam orang lain yang header dorang kemain lagi 'berseni'. Aku punya hentam keromo je janji sedap mata aku memandang. Mata korang tak sedap pandang lantak le. Keh3.


Diam tak diam dah bulan Oktober ek? Cepat betoi masa berlalu. Sedar tak sedar hari ni genap 12 tahun 9 hari arwah abah pergi bertemu Sang Pencipta beliau. Arwah pergi pada tanggal 25 September yang tak pernah aku lupakan. Tahun ni belum berkesempatan lagi nak pergi melawat abah. Sian kat abah. Aku ni la asyik bertangguh je nak perginye. Sebok sangat dengan kerja. Uhuhu. 


Masa hari raya tempoh hari tak berpeluang nak pergi pulak. Sebab mak pergi beraya rumah mertua adik kat Johor. Kakak pulak beraya dengan suami dia kat nogori sembilan. Tinggal aku sensorang beraya dengan kucing. Haha. Niat awalnye memang nak pergi. Tapi tetibe aku tak jadi nak pergi. Bukan takut nak pergi kubur sensorang. Cuma takut tersyahdu sendirian kat kubur arwah abah. Dah la aku ni kuat menangis. T_T


Entri kali ni ditulis sekadar ingin meluahkan rasa hati yang teringatkan arwah abah. Memang la setiap masa aku ingat beliau. Tak pernah lupa walau sesaat pun. Sebab dah lama tak cerita pasal arwah kat belog, tu yang gatal tangan menaip entri tentang arwah. Sebelum-sebelum ni pun, ada la jugak entri yang aku tulis tentang kerinduan aku pada arwah. Rasa nak baca aku meroyan melepaskan rindu pada arwah, bacalah  entri Lelaki Yang Paling Aku Sayang dan entri Aku Rindukan Kasih Dari Lelaki Itu. Apa ingat Lelaki tu boipren ke? Arwah abah aku la.



~Muke budak tua yang tengah sedih..T_T~


Hmm. Rindunye kat arwah abah. Rindu yang takkan pernah hilang walau hingga hujung nyawa sekalipun. Tak sempat nak membesar depan mata arwah. Masa kecik-kecik pulak selalu kena tinggal bila arwah kena bertugas jaga sempadan. Masa untuk bermanja tu terhad kerana tugas abah. Mak la yang jalankan tanggungjawab besarkan aku dengan adik sendirian bila abah tugas kat luar. 


Tak sama macam korang kan? Ayah korang 24 jam ade di sisi korang. Bersyukurlah. Tapi aku tetap bersyukur sebab dapat jugak merasa kasih sayang abah sampai umur 15 tahun walaupun jarang dapat kongsi masa bersama. Kenangan yang dikongsi bersama ketika arwah masih hidup banyak sangat dan takkan pernah luput dari ingatan aku. InsyaAllah.


Kehilangan ayah semasa kecil dan sudah dewasa berbeza rasanya. Bila dah besar kita boleh terima kenyataan bila ayah pergi dijemput Allah. Sedih yang dirasa mungkin lah boleh dirawat dalam tempoh masa yang cepat. Sebab kita sudah mampu menjaga diri sendiri dan berdikari. Tapi kalau ketika masih kecil dan bersekolah, lain sangat rasanya. Dan itulah yang pernah aku rasa. 


Bayangkan dengan mak yang tak bekerja dan cuma bergantung semata-mata pada suami, tetiba hilang tempat bergantung harap. Mujur arwah abah bekerja dalam sektor yang membolehkan isterinya menerima duit pencen. Dengan duit itulah mak membesarkan dan menyekolahkan aku adik beradik. Alhamdulillah. Sekarang masing-masing dah berjaya dan ade kehidupan sendiri. Syukur kepada Allah. Mungkin segala yang telah berlaku ada hikmahnya yang tersendiri. 


Semoga arwah abah tenang-tenang saje di sana. Semoga doa aku untuk arwah setiap kali selesai solat dapat memberikan ketenangan pada arwah. Hanya itulah yang mampu aku lakukan. Korang yang masih ada ayah tu hargailah mereka. Ayah ni walau nampak tegas macam mana sekalipun, mereka tetap sayang anak-anaknya. Cuma mereka tak pandai nak mempamerkan kasih sayang mereka itu secara luaran. Berbaktilah pada ayah korang selagi dia masih bernyawa. Jangan menyesal di kemudian hari.


Bisik2 :: Bila agaknya aku nak dapat ayah mertua pulak ni eh? ;p


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com