Monday, 29 August 2011

~Merdeka Umat Islam + Merdeka Rakyat Malaysia~



Assalamualaikum. Hai!


Disebabkan raya lagi berapa hari je, semua pakat buat entry ucapan selamat hari raya. Bosan pulak baca. Selamat hari merdeka takde pulak aku jumpa lagi orang yang tulis. Eh? Ada-ada. 2orang je baru aku jumpa tulis pasal kemerdekaan Malaysia. Encik Nazri yang ensem, penulis belog yang sangat berfalsafah dan encik JT yang kacak, penulis belog yang ringkas,padat dan menyengat. Amboi! Kemaen lagi mengipas. Kuikuikui. 


Kenapa orang lebih eksaited nak tulis pasal ucapan raya dari ucapan merdeka? Padahal tahun ini raya kan sekali dengan merdeka. Oh! Lupa pulak. Mungkin masa hari merdeka nanti kot baru ramai buat entri sempena kemerdekaan Malaysia. Sekarang ni mesti la orang lebih eksaited nak sambut raya. Menyambut kemenangan (merdeka jugak tu kan?) umat Islam dah berjaya berpuasa selama sebulan masa bulan Ramadhan. Sambutan Malaysia merdeka ape ada hal. Tak berapa nak penting kononnya. Nanti-nanti boleh tulis pasal merdeka. Ye dak? *rolling eyes*


Ada yang eksaited puasa dah nak sampai penghujung. Sebab lepas ni tak payah dah berlapar lagi dan boleh melantak sepuas-puasnya. Nampak sangat takde keinsafan dalam diri. Nauzubillah. Ada jugak yang bersedih kerana Ramadhan dah nak berakhir. Entah berpeluang lagi atau tidak nak bertemu Ramadhan yang seterusnya. Kalau masih diizinkan Allah, insyaAllah pasti bertemu. Kalau tidak, inilah Ramadhan yang terakhir. Wuuu. Sedih.


~Aktiviti wajib kebanyakan keluarga di pagi raya.~


Aku tak eksaited sangat nak raya tahun ni. Mungkin sebab peningkatan umur kot. Pffftt. Padahal kena tinggal sorang-sorang kat rumah jadi jaga. Wuu. Mak dah selamat berangkat ke Melaka rumah adik Sabtu yang lalu. Dia nak beraya dengan adik kat sana sebab adik tak balik. Husband adik takde cuti dah. Lagipun mak nak beraya dengan besan dia (mak mertua adik) lagi kat Muar nanti. Macam tahun lepas jugak. Aku dah segan nak ikut kot. I'm not a kid ok. Segan kot orang kat sana asyik tanya kakaknye ni bile nak kawen. Adik dah 4 tahun kawen. Uhuhu. 


Kakak pulak nak beraya dengan husband dia kat Negeri Sembilan. Hmm. masing-masing dah ade keluarga sendiri. Aku? Beginilah nasib aku seorang gadis bujang. Redha je la. Aku beraya siap-siap dah dengan mak dan kakak sebelum dorang berangkat hari tu. Aku sendiri jugak yang nekad dan berkeras takmau ikut. Famili paksu pun ade ajak ikut dorang balik Kelantan. Aku takmau jugak ikut. Ntah la. Mungkin takde rase nak beraya sangat kot.(-_-")


Beraya la aku nanti sorang-sorang. Uhuhu. Syahdu sungguh! Takpe la. Nanti aku terjah la rumah mak angkat aku kat depan ni ha melantak di pagi raya. Sebab raya kedua aku bercadang nak ganti puasa dan lepas tu nak puasa 6 pulak. Jadi tak raya lebih-lebih sangat pun takpe. Sebab tu aku taknak ikut mak pergi Melaka. Dah la mak nak duduk sampai seminggu kat sana. Ahad 4hb baru nak balik. Cannot! Cannot! Lagipun sebenarnye tuntutan kerja sedang menanti aku menjalankan amanah aku. Wuuwuwu. Kerja oh kerja!


Cukup la cerita pasal raya aku yang bakal tak menarik langsung tu. Korang lain la. Ada famili besar. Atuk nenek semua ada lagi. Kampung pun ada. Aku dah takde atuk dengan nenek dah belah mak. Kampung pun takde sebab arwah atok dengan nenek tinggal dengan kitorang dulu. Belah arwah abah aku pulak tak sambut raya. Nenek aku belah arwah abah bukan Islam. Adik beradik aku pulak 3 orang je. 2 dah kawen, nak beraya dengan family sendiri dan suami masing-masing. Hmm. Tinggallah aku sensorang. Huwaaa. Syahdu!


~Selamat Hari Kemerdekaan.~


Jom la cakap pasal merdeka pulak. Disebabkan aku dilahirkan dalam bulan kemerdekaan iaitu awal bulan Ogos yang lalu, boleh kira aku ni anak merdeka jugak la kan? Ekeke. Alhamdulillah. Aku bersyukur dilahirkan di bumi Malaysia yang aman damai ini. Semoga akan terus kekal aman dengan izin Allah. Siapa taknak hidup aman kan? Bebas dari sebarang huru hara, peperangan, pergolakan, mogok, demontrasi dan sebagainya yang boleh menggugat keamanan.


Tapi tu la, negara je yang dah merdeka. Anak-anak muda takde pun nak menghayati erti kemerdekaan tu. 'Merdeka' dorang lain macam sikit. Bagi dorang merdeka tu maksudnya diri dorang bebas nak buat ape je. Itulah merdeka sebenarnya. Padahal itu bermakna dorang masih lagi terjajah dengan mentaliti barat yang dorang dok amalkan dalam kehidupan. Konon-konon 'urban'. Banyak la dorang punya 'urban'. Pelangkung baru tau.


Eh? Tapi cantik jugak kan merdeka sekali dengan raya. Anak-anak muda semua ikut ahli keluarga balik kampung beraya. Takde la nak pergi 'bercinta' di malam merdeka. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya berkurang la sikit 'tragedi korban' kan walaupun mungkin ada yang terlepas. Harap-harapnye takde la yang terlepas. Gile hape raye-raye nak buat perangai hodoh cenggitu. Tak menghormati langsung. Memang kategori 'anak hantu' la kalau spesis tak reti malu dan tak reti bahasa macam tu. Haishhh.


By the way, sebelum mengundur diri, aku nak ambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh umat Islam dan Salam Merdeka ke-54 tahun kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga kita semua dirahmati Allah SWT. Amiinnn.



Bisik2 :: Tahun ni aku dapat duit raya banyak. Boleh nyimpan dalam tabung kawen. Yahooo!


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 26 August 2011

~Hasil kerja underground aku - PartTime Designer~



Assalamualaikum. Hai!


Sebenarnye dah lama nak update pasal benda ni. Saja nak show-off kat korang. Bhahaha. Berlagak nak mampos la mek'ah ni. Ada rasa macam nak bagi penampaq tak? Kuikuikui. Takde la weh. Ingat aku ni apa? Aku bukan manusia yang jenis 'mendongak ke langit' tak sedar diri punya orang. Aku sangat low-profile oke! *walaupun dusta sila percaya* 


Nak kata aku ni hebat sangat bab design mendesign ni, rasanya tak kot. Tapi aku suka cabar diri aku mencuba sesuatu yang baru. Walaupun tak reti, aku belajar sampai aku reti. Biarpun ambil masa yang agak lama. Walaupun 'buta kayu' dan tak berapa nak kreatif, aku cuba jugak asah skill bagi jadi kreatif. Biarpun hasilnya takde la kreatif sangat. Yang penting aku cuba. Belajar sesuatu yang baru adalah minat aku. Memang sejak dari kecik-kecik lagi. Sebab tu ada je benda baru yang aku dapat belajar. Macam design blog aku ni, semua aku explore sendiri. Maka terhasillah belog busuk aku yang 'sweet' ni. *sindrom perasan* 


Panjang pulak mukadimah aku ni ek. Straight to the point je la. Mati akal dah nak reka ayat. Wahaha. Sebenarnye aku nak share dengan korang hasil kerja aku la. Kalau korang nak tahu, aku sebenarnye ade buat bisnes design mendesign ni secara underground. Mak oi! Underground tu. Ekeke. Dah tu aku tak announce kat khalayak ramai. Memang underground la. Sekarang baru nak hebahkan pada 'satu dunia'. Biar orang tahu kerja underground aku. Nak cari side income lor untuk buat belanja kawen. Boleh tak?


Ok. Sekarang mai la kita ushar apa dia kerja underground yang aku dah buat tu. Buat masa ini takde la banyak mana pun. Baru cuba-cuba. Customer pun di kalangan orang yang dikenali sahaja. Ada tu aku saja buat secara 'free of charge' dulu nak tengok feedback dapat macam mana. Bila dah dapat respon positif, jadi sekarang aku nak 'show-off' la. Ehehe. Jom ushar!



BLOG DESIGN

Untuk blog design ni aku dapat upah dari kakak aku sendiri. Dia suruh design blog bisnes die. Memang ikut apa yang dia nak la. Takkan nak ikut kepala hotak aku pulak. Dia bagi guideline semua, aku ikut je dan design macam mana yang dia nak. Customer always right kan? Ehehe. 

Ermmm..berapa kakak aku upah? Rahsia la. Aku tak mintak pun. Dia bagi banyak ke sikit ke, aku ambik je. Adik beradik kan? Nak berkira apanye. Dan di bawah inilah screenshot salah satu page kat blog tu. Simple je kan? Rasa nak ushar lebih lagi, pergila kat sini - alovelygift.blogspot.com. Korang selak je la setiap page yang ade ok. Mana tahu tertarik dengan pakej yang akak aku sediakan. Silakan la jenguk ye.





BUSINESS NAME CARD

Kategori ini baru 3 kali aku design. Yang pertama aku saje cuba-cuba design untuk Kad Member KBU. Time ni aku sponsor untuk mereka yang pergi gathering KBU first time diadakan tu. Yang second dapat upah dari ahli KBU sendiri, Cik Syakira Yaakub untuk personal name card. Yang ketiga dari makcik cleaner kat opis aku. Dia buat bisnes urut tradisional. Jadi dia upah la aku buatkan kad nama untuk dia bagi kat customer.

Untuk business name card ni, aku design sekali dengan printing siap berapa kuantiti yang dikehendaki. Harga printing aku cari kedai yang boleh bagi kualiti yang tip top dengan harga yang murah dan berbaloi, berdasarkan jenis material yang customer request. Kalau taknak aku print siap pun boleh. Aku cas kat design je la. Dekat bawah ni contoh design yang aku dah buat. Tak cantik mana pun kan? Biase-biase je. Saya tak kreatif ok. Huhu.


~Ini contoh untuk founder KBU, Cik Anyss. Yang icon orang tu Mr. Sharkox punya hasil kerja.~


~Yang ini request dari Cik Syakira.~


~Makcik cleaner kat opis aku punya kad bisnes. (^_^)~



HEADER BLOG

Kalau header untuk diri sendiri punya blog memang dah berlambak-lambak dah aku buat. Korang p la belek kat page header ni. Simple je aku buat. Untuk kepuasan diri sendiri. Kan aku dah kabo kat atas tadi yang aku ni bukan kreatif sangat pun. Tapi ada aku kesah? Janji aku sendiri tengok, aku puas. Kuikuikui.

Setakat ni, tak pernah lagi la ambil upah buat header. Takde orang yang nak upah pun. Sedihnye! Uhuhu. Nak buat camne, tangan tak berseni. Orang pun tak hingin nak upah. Disebabkan oleh tu, sempena bulan Ramadhan tahun ni, aku ada la buat amal jariah sikit. Design header dan hadiahkan pada 2 orang blogger bertuah, iaitu encik JT dan encik KJ

Sebab apa aku hadiahkan header kat dorang? Untuk encik JT sebab beliau adalah penyumbang trafik utama kat belog busuk aku ni. Kebanyakan sumber trafik dari kawan blogger memang datang dari blog beliau. Lepas tu, hari tu beliau ada buat review pulak tentang blog busuk aku ni. Tu yang buat aku lagi terharu. Jadi header tu tak seberapa la dari aku nak ucap terima kasih kat beliau. Beliau nak guna ke tak aku tak kesah sangat. Nama pun hadiah. Ehehe. 

Untuk encik KJ pulak sebab aku syahdu baca entri beliau yang tak pernah ada header. Kesian kat die. Ekeke. Time tu pulak kebetulan mood aku memang gatal tangan nak melukis kartun. Identiti blog beliau pulak simple. Itu yang buat aku designkan header untuk beliau. Maka, terhasillah dua header di bawah ini. Kedua-dua header ini kat belakang dia lutsinar ye. Amacam? Cantik tak?







COMPANY PROFILE

Yang ini aku dapat upah dari alumni USM yang buka bisnes beliau sendiri. Dulu auntie ni pernah jadi AJK kat Persatuan Alumni USM tempat aku kerja sekarang ni ha. Aku memula blur gila macam mana nak design company profile. Tak pernah buat katakan. Aku study dan search macam-macam contoh company profile kat internet. Lastly aku come-out dengan design kat bawah ni ha. Tapi aku tak lari sangat kot dari concept yang auntie ni bagi contoh layout asal dia. Cuma banyak jugak la yang aku ubah. Kuikuikui.





BUTTON STICKER

Untuk yang ini aku dapat job dari orang yang sama seperti di atas juga. Untuk beliau punya projek dengan USM. Aku design exactly ikut apa yang beliau bagi lakaran. Takde pandai-pandai sendiri. Sebab ini pun first time aku design button sticker. Kuikuikui. Tak cantik? Biar le. Dorang dah setuju dengan apa yang aku design ni kira ok la tu kan? Dah dapat pun upah. Huahuahua.




~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Itulah antara kerja-kerja design sampingan yang aku dah buat. Ada lagi sebenarnye macam sticker kereta/motor. Malas dah nak attach. Ehehe. Selain itu aku design jugak banner, poster, buku atucara dan sebagainya. Tapi itu kerja kat opis aku ni la. Pegawai IT yang multi-purpose aku ni ha. Bukan takat selenggara database, jadi web designer/developer boleh, multimedia designer boleh, graphic designer pun hentam jugak. Banyak gile kerja aku woi! Tapi sayangnye gajiku sangat la menyedihkan. Sama banyak macam jadi cashier je. Uhuhu. Nak buat camne, kerja dengan NGO. Redha je la. T_T


Sebab tu la ade bercadang nak memperluaskan bisnes part-time aku jadi designer ni kalau boleh. Ye la. Nak menyimpan untuk belanja kawen. Dapat side income boleh la menyimpan. Memang le sekarang ni aku menyimpan jugak sikit-sikit dari duit gaji aku yang seciput tu. Tapi aku kan tamak. Nak nyimpan lagi banyak-banyak-banyak-dan banyak lagi. Nampak beno tamaknye. Kuikuikui.


Jadi, kalau ade yang berminat nak upah aku, silalah contact aku. Nak tahu camne boleh contact aku? Nah p baca kat sini. Ada la situ alamat email aku. Taknak email, contact kat fesbuk pun boleh. Takde hal punye. Ehehe. Harga camne pulak? Don't worry bebeh! Harga boleh runding. Aku ni baik hati la. Takde nye nak cas mahal-mahal. Kalau rasa nak cuba aku punya servis ni, jangan malu-malu kontek okeh!


Bisik2 :: Dah rupa promoter pun ade gak aku ni ha. Kemaen lagi promote diri sendiri. Bhahaha. Jangan marah!


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 24 August 2011

~Perkongsian Tazkirah Ramadhan #4~



Assalamualaikum. Hai!


Sebenarnye aku nak update pasal perkongsian tazkirah ni malam semalam sebab aku skip terawih kat masjid. Kali kedua ponteng sebab hujan lebat lak tetibe semalam. Punya la lama dah tak hujan. Alhamdulillah. Sejuk sikit malam tadi. Tapi semalam aku punya belog ni wat hal la pulak. Rupanya new editor yang ada problem. Kena guna versi lama. Hadoi. Punya berjanggot aku tunggu tak boleh load.


Ok la. Cukup-cukup la baca ayat meraban aku tu. Meh kita hayati perkongsian tazkirah aku kali ni. Tapi sebelum tu, kalau belum baca perkongsian sebelum-sebelum ini silalah ringan-ringankan jari kelik link di bawah ini :


Untuk perkongsian kali ni mungkin berjela sikit la kot sebab aku kumpul untuk 7 hari punya. Dari malam ke-11 hingga ke-17. Aku akan cuba pendekkan setiap pengisian tazkirah tu seboleh yang mungkin. Takut korang bosan pulak kan. Korang kan bab-bab agama dan tazkirah ni memang malas nak baca kan? Tahu sangat dah. Ok la. Meh kita muhasabah diri meh!



# TAZKIRAH MALAM TERAWIH 11 RAMADHAN

Tazkirah malam ni Ustaz mengingatkan jemaah bahawa kita telah masuk 10 hari fasa ke-2 iaitu fasa Pengampunan Allah. Jadi beliau mengingatkan supaya berbanyak-banyak la berdoa memohon pengampunan dari Allah atas dosa-dosa yang telah kita lakukan tanpa disedari atau tidak. Menginsafi diri dan berjanji tidak mengulangi kembali dosa-dosa itu.


Ustaz juga berkongsi sebuah hadis yang mengingatkan manusia supaya menilai kembali amalan diri sebelum ajal menjemput. Solat, puasa, nafkah, ilmu, sedekah dan lain-lain amalan yang boleh dibawa ke akhirat nanti. Sudah cukupkah amalan-amalan yang dilakukan itu? Bersama-sama kita perbaiki amalan kita kerana Allah telah memberikan jaminan "tidak akan dikurangkan pahala orang yang sentiasa mempercantikkan amalan mereka". Renung-renungkanlah.



# TAZKIRAH MALAM TERAWIH 12 RAMADHAN

Perkongsian tazkirah malam ni aku boleh bahagikan kepada 4 topik. Semua kata-kata ustaz ni sangat bermakna bagi aku sebab tu la apa semua yang dia cakap aku tulis. Jadi aku pecahkan kepada 4 topik ok. Boleh eh? Nak bagi korang semua dapat hadam dengan baik tazkirah-tazkirah yang diberikan.


Topik pertama adalah tentang 2 jenis umat Nabi S.A.W yang ada di muka bumi ini. Dan 2 jenis golongan itu ialah :

  • Orang yang TIDAK PERNAH langsung mengingati Allah.
  • Orang yang SENTIASA berdoa dan mengharapkan rahmat Allah.

Topik kedua ustaz berkongsi satu hadis Nabi S.A.W iaitu "Telah datang Ramadhan yang mubarak kepada kamu". Dan berikut adalah pengisian yang aku dapat dari penyampaian ustaz:

  • Bulan Ramadhan ibarat menempah tiket sama ada ke syurga @ neraka kerana pada bulan ini pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya.
  • Ramadhan adalah peluang untuk kita merebut segala kebaikan yang ada.
  • Ramadhan juga mendidik manusia dengan masa.

Topik ketiga pula ustaz berkongsi tentang surah Al-Asr yang mana ada tiga perkara berkaitan dengan perkataan Al-Asr itu sendiri iaitu :

  • Demi waktu Asar. Yang mana masih ramai yang tinggal solat Asar sebab sibuk dengan urusan dunia. Jadi mereka itu tergolong dalam orang yang rugi.
  • Demi masa (umur). Yang mana masih ramai yang mensia-siakan umur mereka dengan tidak melakukan ibadat kepada Allah. Mereka juga tergolong dalam orang yang rugi.
  • Demi jus/pati yang diperah. Yang membawa maksud ramai yang tidak bersungguh-sungguh melakukan amal ibadat mereka dan gagal 'memerah' umur mereka untuk memantapkan iman. Jadi orang-orang ini juga tergolong dalam orang yang rugi.

Topik keempat ialah perbezaan antara orang yang pintar dan orang yang tidak pintar dari segi kawalan nafsu mereka.

  • Orang yang pintar adalah orang yang boleh mengawal nafsu mereka dan berusaha menyempurnakan amalan demi mencari syurga.
  • Orang yang tidak pintar ialah mereka yang tidak pandai kawal nafsu tapi bercita-cita mahu ke syurga namun sedikit pun tidak berusaha mencukupkan amalan mereka.



# TAZKIRAH MALAM TERAWIH 13 RAMADHAN

Malam ke-13 ni ustaz membincangkan tentang 4 jenis ujian yang Allah turunkan untuk menguji hamba-hambaNya. Dan ujian-ujian itu ialah :

  • Ujian Suruhan. Maksudnya amal ibadat yang wajib kita sebagai umat Islam lakukan seperti solat, puasa dan zakat. Walaupun wajib tapi masih ramai yang tidak tawadhu' menunaikan suruhan Allah itu.
  • Ujian Larangan. Maksudnya larangan yang Allah haramkan seperti zina, judi dan sebagainya. Walaupun telah dilarang, masih ramai yang tetap melakukannya.
  • Ujian Kesenangan. Maksudnya seperti kesihatan dan kemewahan harta benda yang dikurniakan Allah. Namun masih ramai yang alpa dan takbur sehingga lupa bersyukur kepada Allah.
  • Ujian Penderitaan. Seperti sakit, hidup susah dan kematian. Namun masih ada yang tidak insaf dengan penderitaan yang diturunkan malah semakin menjauhkan diri dari Allah dengan menyalahkan takdir dan tidak berusaha memperbaiki diri.

# TAZKIRAH MALAM TERAWIH 14 RAMADHAN

Err..tazkirah malam ni aku kurang jelas sebab suara ustaz tak berapa nak dengar dan beliau cakap sangat laju macam peluru. Jadi aku dapat tangkap sikit je la pengisian dari tazkirah beliau. Beliau membicarakan tentang amanah dalam beribadat dalam bulan Ramadhan.


Maksudnya di sini, jangan hanya berpuasa saje tapi solat tak buat. Sia-sia je la berpuasa kalau macam tu. Semata-mata menahan lapar dan dahaga. Orang yang amanah dalam beribadat di bulan Ramadhan akan berusaha memaksimumkan amalan-amalan mereka. Contohnya macam membaca al-Quran, solat terawih, bersedekah dan sebagainya tanpa meninggalkan yang wajib.



# TAZKIRAH MALAM TERAWIH 15 RAMADHAN

Malam ke-15 ni imam dari Mesir, Ustaz Sheikh Zakaria Othman yang imamkan solat dan beri tazkirah. Tazkirah beliau dalam bahasa omputih le. Tapi aku translate kan untuk korang supaya korang dapat faham ok. Pengisian dari tazkirah dia aku tulis dalam point la eh.


  • Kita wajib bersyukur kepada Allah kerana telah memberi kita nikmat Islam. Islam agama yang syumul. Agama lain selain dari Islam tidak akan diterima Allah. Bersyukurlah kita dilahirkan dalam Islam.
  • Kita perlu memanfaatkan setiap malam Ramadhan dengan ibadat-ibadat sunat yang lain seperti membaca al-Quran.
  • Bacalah al-Quran dan fahami isi-isinya kerana sebagai seorang Islam kita wajib memahami dan mempraktiskan al-Quran. Masih ramai yang baca al-Quran tapi tak memahami maksud ayat-ayat al-Quran. (Terasa hoi! Akulah tu.) Dan masih ramai muslim yang berzina, minum arak dan sebagainya kerana tidak praktis isi-isi al-Quran.
  • Selain membaca al-Quran, peliharalah hadis dan sunnah. Hadis menerangkan isi-isi al-Quran.
  • Jika al-Quran dan sunnah diikuti insyaAllah kita akan selamat di dunia dan akhirat.



# TAZKIRAH MALAM TERAWIH 16 RAMADHAN

Tazkirah dari ustaz malam ke-16 ni best la jugak. Dia selitkan lawak dalam setiap point yang dia sampaikan. Tapi sayangnya dia campur adukkan dengan politik. Rasanya beliau orang kuat PAS sebab asyik dok mention pasal PAS dan kutuk parti-parti lain. Tu yang buat aku macam tak berapa berkenan sangat. Tazkirah kot. Bukan ceramah politik. Huhu. Tapi takpe la. Aku kongsikan point penting dalam tazkirah dia saje la eh.


Tazkirah malam ini adalah berkenaan sifat mazmumah yang paling dibenci Allah iaitu sifat takbur atau sombong diri. Berikut adalah 3 sebab yang membuatkan manusia jadi takbur :

  • Keturunan. Contoh : Wan, Nik, Tengku dan sebagainya.
  • Pangkat. Contoh : Dato', Dr., Tuan Haji dan sebagainya.
  • Harta.
Kita tidak seharusnya menyombong diri kerana kita semua sama di sisi Allah. Nanti bila dah mati, kita dikafankan dengan kain putih yang sama juga. Masa talkin dibacakan pun takde sebut keturunan dan pangkat yang kita ada. Masuk dalam kubur pun bukan boleh bawa harta benda kita di dunia. Jadi sentiasalah merendah diri kerana itulah sifat yang Allah suka.



# TAZKIRAH MALAM TERAWIH 17 RAMADHAN

Malam ke-17 ini tazkirah adalah bersempena Nuzul al-Quran. Ustaz berkongsikan tentang 2 perkara iaitu adab ketika membaca al-Quran dan cara menghormati al-Quran. Kita divide kepada 2 point ok.


  1. Adab-adab membaca al-Quran:
  • berkeadaan suci dan mempunyai wudhu'
  • menghadap kiblat
  • mulakan dengan meminta perlindungan Allah dengan membaca "auzubillah hi minasy syaitoonirrajim"
  • baca "bismillahirrahmanirrahim"
  • bacalah dengan ikhlas kerana Allah Taala.
2. Cara-cara hormati al-Quran :

  • Sentiasalah meletakkan al-Quran di tempat yang sepatutnya.
  • Al-Quran bukan hiasan semata-mata.
  • Fahamilah al-Quran dengan membaca tafsir.
Bacalah al-Quran kerana setiap huruf di dalamnya yang dibaca akan menjadi mukjizat kepada manusia. Dan al-Quran lah yang akan memberikan syafaat kepada kita ketika hari kiamat nanti.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~



Tu dia punya panjang berjela entri perkongsian tazkirah kali ini. Maaf le sebab aku terpaksa gabung untuk 7 hari punya. Kalau tak asyik tertangguh je la nanti. Aku ni dah la pemalas nak update. Apa-apa pun harap perkongsian tazkirah kali ini dapat memberikan kita pengajaran dan sama-samalah kita bermuhasabah diri oke!






Bisik2 :: Sekejap je dah 18 hari kita berpuasa, kan?


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

~Kisah Seorang Gadis Rempit~



Assalamualaikum. Hai!


Entri-entri sebelum ni asyik bincang isu berat je kan? Dah la kalau menulis tu nak panjang berjela-jela je tak hengat dunia. Mesti korang pun bosan bace belog busuk aku ni. Maaf le. Hobi aku memang menulis. Nak berkongsi pandangan dan ilmu. Lagipun apa guna menulis kat belog kalau sekadar beberapa baris ayat je. Kadang-kadang macam update status kat facebook. Baik tak payah tulis belog kalau macam tu. Ada yang 'panas bontot' ke? Kuikuikui.


Entri kali ni kita sembang topik ringan-ringan je. Pasal diri aku. Boleh tak? Saja bagi relaks sikit otak. Fikir yang 'berat-berat' banyak sangat kang sakit otak pulak kan. Korang pun bukan suka sangat berfikir. Ehehe. Oh ye! Perkongsian Tazkirah Ramadhan aku terpaksa hentikan buat sementara waktu atas 'sebab' tertentu. Err..korang faham-faham sendiri la ye. (-_-")


Kisah yang nak dikongsikan dalam entri kali ni ialah kisah aku sebagai seorang gadis rempit. Gadis rempit konon. Kuikuikui. Eh? Jangan salah faham pulak. Aku bukan golongan minah rempit yang so-sial nak mampuih tu. Nauzubillah mintak dijauhkan le. Beza ok gadis dengan minah. Gadis rempit ialah golongan gadis-gadis yang ayu tapi nampak HOT sebab bawak moto. Weewitt. Ngorat boleh? *tetibe*



~Itu dia gadis rempit yang sedang menganga, kusyhuk ngadap laptop. Kahkahkah.~



Buat pembaca setia belog aku ni, mesti tahu yang aku ni 'gadis rempit' sejati, kan? Kehkehkeh. Banyak la hang punya sejati cik sha oi. Err..sebenarnye hanya motorsikal je la yang mampu aku miliki buat masa ini. Itu pun mak sponsor bayar advance dan bulan-bulan tahu tak? Huwaa. Mekaseh mak tercinta. Mak hadiahkan untuk aku supaya aku mudah bergerak nak ke sana sini. Yang paling utama sebab senang nak suruh aku pergi kedai beli barang dapur dia. Haha.


Sebenarnya mak belikan motor supaya aku senang nak pergi kerja la. Masa Mr. Black dibeli tu aku masih mencari-cari kerja tetap dan buat part time jadi cikgu tuisyen. Jadi nak memudahkan pergerakan, mak belikan aku moto. Sekarang walaupun dah hampir setahun lebih bekerja tetap di sebuah NGO, aku masih setia dengan Mr. Black. Sayang kot. Dah macam laki sendiri. Kuikuikui.


Mr. Black aku tu moto biasa je. Nak start enjin aku kena kick-kick dia sampai betis aku kena bedal balik. Sigghhh..(-_-") Nak beli yang boleh start auto mahal kot. Lagipun macam pondan je start moto pakai starter. Hehe. Skuter pulak aku tak berkenan langsung. Apa barang naik skuter. Tak mencabar. Start enjin, pulas, letak kaki atas moto, jalan. Tak best langsung. Orang naek moto main gear la syok. Keletuk keletak tekan gear 1 sampai 4. Aiseh..eksyen kemaen.


~Mr. Black kesayangan ku~


Bercakap pasal merempit ni, kenapa aku pilih nak pergi kerja naek moto sendiri? Sedangkan aku boleh je tumpang kereta kakak atau maksu. Satu hala dan tempat kerja pun di tempat yang sama, USM. Jawapan yang paling kukuh ialah sebab aku taknak terikat dengan masa orang. Bila menumpang ni, kita kena 'ikut' masa orang tu. Susah bagi aku sebab aku ni jenis gila kerja. Kalau dah buat kerja kusyhuk sangat sampai rasa taknak stop. Selalunya memang akan terbabas la balik kerja lewat. Jarang aku balik on time. Sebab tu aku taknak tumpang orang. Rela jadi gadis rempit. Baru la nampak 'hot'.


Tapi rempit-rempit aku pun, aku rempit ayu je. Paling laju pun 110km/j je aku rempit. Standard 80km/j la. Pengalaman eksiden moto tahun 2005 dulu selalu jadi peringatan kat aku supaya bawak moto berhati-hati. Sedo diri yang kaki pendek kalau emergency nak tahan moto dengan kaki tak sampai. Nak cilok-mencilok pun kena buat dengan ayu. Huhu. Sementara bujang lagi ni, boleh la aku nak merempit puas-puas. Kalau dah kawen nanti kompom encik suami tak bagi punya bini dia nak merempit dah. Ye dak? Layan je la jiwa muda aku buat masa sekarang ni ha. Padahal sampai kertu esok pun perasan jiwa masih muda. Ngahaha.


Apa motif aku cerita pasal kisah aku jadi gadis rempit bersama Mr. Black ni? Takde motif ape pun. Saja suka-suka nak bercerita. Kengkonon luahan hati. Hehe. Ok lah..motif sebenar cerita pasal ni ialah sebab teringin sangat nak beli kereta sebijik. Tapi tak mampu lagi. Dalam angan-angan je la. Wuuu~~


Bisik2 :: Mudah-mudahan ada rezeki aku satu hari nanti rembat kereta sebijik. Aminnn.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 21 August 2011

~Sesat Dalam Terang~



Assalamualaikum. Hai!


Hari ini aku nak bincang isu yang agak serius sikit la. Sekadar nak menyampaikan apa yang berlegar-legar di fikiran aku. Mungkin agak 'berat' tapi aku mahu ajak rakan pembaca aku berkongsi pandangan. Aku tengok isu ini semakin hangat dan menjadi-jadi bila ada yang berani muncul menjelmakan diri konon-konon nak mempamerkan pegangan songsang mereka. Kemudian dengan takde rasa bersalah membuat propaganda dengan menyebarkan fahaman songsang mereka dan menghina pula agama yang mereka anuti sejak mula dilahirkan. Ya! Isu Melayu Islam murtad la yang ingin aku bincangkan.



Sebenarnya, isu ni sejak zaman nenek moyang kita dahulu lagi dah berlaku. Cuma mungkin dulu tidak sehangat macam sekarang sebab mereka yang murtad itu melakukannya secara diam-diam dan tiada siapa yang tahu. Sekarang, golongan yang murtad ini dengan terang-terang berani tampil memberitahu 'dunia' yang mereka telah murtad. Riak dengan ke'murtad'an mereka walaupun sedar mereka telah jauh tersasar.



Sesat dalam terang. Itulah mereka yang telah murtad kerana hilang pedoman dan kasih sayang Allah. Bangga menyatakan yang mereka tidak percaya kewujudan Tuhan (atheis) dan riak mengatakan mereka 'bebas' dengan menganut agama Kristian. Tak cukup dengan itu menubuhkan 'kelab' untuk menyebarkan fahaman mereka dan menghasut Melayu Islam yang tidak kuat pegangan untuk mengikut jejak mereka. Dan golongan sasar yang mudah terpengaruh tentulah remaja. Siapakah yang bersalah sebenarnya dalam hal ini?




Pihak yang terlalu taksub dengan parti politik berunsurkan Islam mula menjadikan ini sebagai isu yang kononnya kerajaan lah bersalah dalam hal ini. Ya! Aku bukan cakap kosong. Walaupun aku tidak berminat dalam hal politik tapi bukan bermakna aku 'bodoh' sehingga tidak nampak permainan politik. Wahai sahabat pembaca. Janganlah babitkan agama dengan politik. Itu bukan jihad namanya. Itu permainan politik. 



Memetik pernyataan seorang sahabat di wall facebook yang menyatakan, "Bayangkan, setelah 54 tahun Umno mentadbir negara, ada lagi kes orang Melayu nak keluar Islam? Tak terfikirkah kita mengapa? Tak sedihkah kita?" Ya. Memang sedih kerana ramai Melayu yang keluar Islam. Tapi persoalan yang ingin aku bangkitkan di sini, mengapa disalahkan Umno? Jika Pas sekali pun yang mentadbir negara, terjaminkah bahawa tidak akan ada Melayu nak keluar Islam? Parti politikkah yang menentukan Melayu keluar Islam? Cuba gunakan akal waras untuk berfikir dengan bijak. 



Berhentilah dari menjadikan isu ini permainan politik. Cuba fikirkan penyelesaian bagaimana nak mengatasi kelambakan Melayu Islam murtad. Bukan menghangatkan lagi dunia politik dengan menyalahkan satu pihak sedangkan jika langkah bekerjasama menangani isu ini diambil alangkah lebih baik. Sama-sama berjuang memerangi isu ini. Bukan dengan memaki hamun dan menunding jari sahaja. Setakat berdebat dan bersuara lantang menyalahkan pihak tertentu bukanlah jalan penyelesaian. Tiada sebarang tindakan. Itu cakap kosong namanya.



Hmm. Cukuplah berbicara hal politik dunia tersebut. Aku bukanlah seorang pejuang politik. Sekarang mari kita lihat mengapa boleh terjadinya isu Melayu Islam murtad ini. Itulah yang aku ingin bincangkan. Memang aku bukan ahli agama yang bijak pandai bercakap pasal agama. Aku cuma seorang insan biasa yang sayangkan agama yang aku anuti sejak aku dilahirkan lagi. Aku seorang hamba Allah yang tidak mahu agamaNya dipermainkan dan dihina sesuka hati. Itu sahaja. Jadi tiada salahnya aku berkongsi pandangan untuk membincangkan hal ini bukan?






Berikut adalah beberapa sebab yang dapat aku simpulkan dari pemerhatian aku kenapa terjadinya kes Melayu Islam murtad ini. Semua ini adalah pemerhatian aku semata-mata. Betul atau tidak itu terpulanglah untuk korang fikirkan dan nilaikan sendiri. Jadi, mari kita fikirkan bersama. Dan inilah sebab-sebabnya Melayu Islam jadi seorang yang murtad :

  • KUFUR NIKMAT
    • Ya. Merekalah golongan yang kufur nikmat. Inilah ujian yang Allah telah berikan kepada mereka yang lupa dan tidak pernah bersyukur dengan nikmat Allah kurniakan iaitu dilahirkan sebagai seorang Islam. Tidak pernah sujud dan patuh dengan suruhanNya sehingga tersasar dari landasan agama dan hanyut dalam dunia sendiri. Sebab itu dengan mudah mereka murtad kerana hati telah mati dan jiwa mereka kosong. Itulah tandanya tiada iman di dalam diri mereka.       

  • TIDAK PERNAH AMALKAN KEHIDUPAN ISLAM
    • Percaya atau tidak, memang ramai dari kita tidak amalkan kehidupan Islam walaupun beragama Islam. Betulkan? Ala..ni ha bulan puasa ni berapa ramai yang ponteng puasa sedangkan tahu berpuasa itu rukun Islam yang ke-3 dan wajib dilakukan. Dah kalau puasa pun kantoi lagikan nak SOLAT 5 WAKTU. Ye dak?
    • Sedar atau tidak, jika kita menjaga solat 5 waktu itu sebenarnya rukun Islam pertama kita sentiasa terpelihara? Ya. Mengucap 2 kalimah shahadah. Setiap kali solat bukankah dalam tahiyat awal dan tahiyat akhir kita akan mengucap 2 kalimah shahadah? Maknanya setiap kali kita solat, kita telah memperbaharui 'lesen' kita sebagai seorang muslim. Setuju?
    • Jadi, jika kita menjaga solat, insyaAllah hati kita takkan pernah terpesong kerana sentiasa dilindungi oleh Allah. Sebab itulah solat dikatakan tiang agama.

  • TIDAK MENDAPAT DIDIKAN YANG SEMPURNA
    • Memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Jika mereka tidak mampu, tidak salah jika dihantar anak-anak ke tempat yang sepatutnya seperti sekolah agama rakyat. Mungkin juga silibus pendidikan agama di sekolah harian tidak mencukupi. Jadi hantarlah anak untuk mendapat didikan agama yang sempurna di sekolah agama. 
    • Ibu bapa itu sendiri juga boleh pergi ke kelas-kelas fardhu ain yang disediakan oleh pihak qariah masjid atau pejabat agama. Sama-sama mantapkan ilmu agama dalam diri. Tiada salahnya untuk mencari ilmu. Dengan itu, bolehlah dipraktikkan di rumah kehidupan Islam yang sebenarnya. InsyaAllah jika keluarga mengamalkan kehidupan Islam, iman mereka akan sentiasa terpelihara. Jadi, buat ibu bapa atau pasangan yang baru berkahwin dan bakal menimang cahayamata, please take note about this. Jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab dan amanah memberikan didikan agama kepada anak-anak.

  • SALAH DIRI SENDIRI
    • Inilah penyebab paling utama rasanya kenapa mereka-mereka yang murtad ini boleh tersasar dari landasan Islam. Tidak pernah bersyukur dilahirkan dalam Islam. Tidak menjaga solat. Tidak mengamalkan kehidupan Islam walaupun mendapat didikan agama yang cukup. Diri mereka sendirilah puncanya. Tiada iman dalam diri. Mudah terpengaruh. Semua ini kerana jiwa mereka 'kosong' dan tiada 'nur'. Mereka-mereka ini golongan yang rugi kerana telah hilang nikmat Islam dalam diri mereka. Allah telah menarik kembali 'keistimewaan' yang telah Dia kurniakan. 





Jadi, marilah sama-sama kita mantapkan iman kita. Semoga kita dijuahkan dari kekufuran dan semoga Allah sentiasa melindungi kita. Sebab tu aku pernah cakap dalam salah satu entri aku dulu, kita semua ini sangat istimewa kerana dikurniakan nikmat Islam. Jadi kita kena ingat yang diri kita ni sangat beruntung dilahirkan dalam Islam. Sebabnya Allah dah buka jalan seluas-luasnya untuk kita mendalami agama Islam tanpa ada apa-apa halangan pun. Tapi itulah, cuma kita yang malas dan selalu alpa dengan keistimewaan yang dah Allah kurniakan. 



Buat mereka yang telah murtad tu, sama-samalah kita doakan semoga Allah mengembalikan semula 'sinar' Islam dalam jiwa mereka dan semoga mereka sempat bertaubat sebelum terlewat. Hanya Allah je yang berhak ke atas itu. Jika mereka masih berdegil dan tetap berpendirian untuk kekal murtad, semoga Allah memberikan balasan yang setimpal ke atas mereka. Kita yang masih berpegang teguh dengan Islam ni, berdoalah semoga Allah tidak memesongkan akidah kita semua. 



Sama-sama la kita memerangi golongan Melayu Islam murtad ini. Sesungguhnya mereka musuh Islam yang nyata. Jika mampu dan mereka masih boleh 'dipulihkan', kembalikanlah mereka semula ke jalan yang benar dan mengikuti ajaran Islam. Itulah jihad yang sebenar-benar jihad. Bukan menjadikan isu ini permainan politik demi kepentingan parti politik masing-masing. Hentikan propaganda menuduh dan menunding jari menyalahkan sesama sendiri. Kita semua sama di sisi Allah. Berganding bahu dan bangkitlah bersama-sama untuk menegakkan agama Allah ini semoga terus terpelihara.



Bisik2 :: Bersyukur nama aku SHAHADA dan semoga 'kalimah shahadah' akan terus kekal meniti di bibir aku dan kamu semua.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 20 August 2011

~Jangan bertangguh nak bayar zakat~



Assalamualaikum. Hai!


Alhamdulillah. Diam tak diam dah 20 hari kita berpuasa. Cepat kan masa berlalu? Dan alhamdulillah petang  Jumaat semalam aku dah langsaikan kewajipan aku membayar zakat fitrah untuk diri sendiri dan mak tersayang. Dah bekerja ni aku la bertanggungjawab bayarkan untuk kami berdua. Takkan nak suruh mak pulak yang bayar. Amboi! Melampau la tu. Mak dah kira tanggungjawab aku sekarang ni. Bila lagi nak berbakti kat mak sendiri kan? Untuk arwah abah aku sedekahkan kat masjid je tiap kali pergi terawih. Niat sedekah tu bagi pihak arwah demi Allah Ta'ala.



Haa. Korang dah tunaikan belum kewajipan bayar zakat tu? Jangan bertangguh. Itu adalah kewajipan kita sebagai umat Islam. Lagipun membayar zakat tu kan rukun Islam yang ke-4. Bukan kena bayar tiap-tiap bulan pun. Setahun sekali je kena bayar. Itupun masa bulan Ramadhan yang mulia ni je. Dah tu kena bayar pun RM7 seorang paling tinggi mengikut negeri korang menetap. Tak mahal mane la bagi kite yang masih mampu ni ha. Shopping untuk raye berhabes beratus-ratus boleh pulak. Takkan RM7 pun kedekut kot. Aku yang kedekut tahik hidong masen ni pun boleh bayar. Kuikuikui.



Cakap pasal bayar zakat fitrah ni, aku nak share la something dengan korang wahai pembaca-pembaca yang disayangi sekalian. Dapat idea nak tulis pasal ni sebab argument aku dengan seorang kawan di pesbuk. Err..bukan argument sangat kot. Just macam berbalas pendapat gitu. Lepas aku bayar zakat semalam tu, saje la post kat wall dengan ayat begini, "alhamdulillah..dah selesai bayar zakat fitrah untuk diri sendiri dan emak tersayang..^_^"



Bukanlah dengan niat nak jadi attention seeker. Saja nak release rasa lega di hati dapat selesaikan kewajipan yang asyik tertangguh je. Ye la. Aku ni dah takde bapak. Adik dengan kakak aku dah jadi tanggungjawab suami dorang untuk bayar zakat. Jadi aku kena selesaikan sendiri la memandangkan aku ni masih bujang kan? Dah tu tinggal dengan mak pulak. Wajib la aku bayar zakat untuk diri aku dan mak. So, lepas aku post ayat release tadi kat wall dapat la respon dari beberapa orang. Tak ramai. Aku bukan glemer pun orang nak amek port pasal aku. Dan ini adalah screenshot dari perdebatan pendapat aku dan kawan aku itu.






Haa. Aku rasa ramai yang berfikiran macam kawan aku ni kan? FYI, kawan aku ni lelaki la. Memang aku tak menafikan ramai yang cakap bayar zakat sebelum solat Aidilfitri adalah afdal. Maknanye sebelum pagi raye la. Ada kot hadis yang cakap pasal ni kan? Malas pulak aku nak google. Korang cari la sendiri. Aku bukan nak kata aku menolak dan taknak ikut hadis. Dan bukanlah aku nak tunjuk aku ni bajet baik sangat pergi bayar zakat awal-awal. Tidak sama sekali. Cuma macam apa yang korang baca kat atas tu la.



Bagi aku la kan, bayarlah zakat tu bile-bile masa pun tetap afdal selagi belum tiba waktu nak solat Aidilfitri. Lebih awal lebih bagus. Kita bukan tahu apa musibah yang akan kita hadapi. Mana la nak tahu takdan nak tunggu raya dah innalillah. Tapi sebenarnye sebelum tu sedar masih ada kewajipan yang perlu kita langsaikan cuma asyik bertangguh kononnya demi mencari afdal. Tak ke menyesal? Kerana bertangguh tak sempat tunaikan kewajipan. Esok kat akhirat kena soal siasat tahu tak?



Tak payah beria-ia beno konon nak afdal malam raye baru terkocoh-kocoh nak pergi bayar. Sementara masih ada waktu dan bernyawa, pergilah bayar zakat tu. Kenapa nak bertangguh sedangkan kita mampu? Nak menunaikan kewajipan yang ada dalam rukun Islam tak perlu nak bertangguh-tangguh. Membayar zakat itu ibarat kita membersihkan diri kita yang berpuasa ni dari perbuatan yang sia-sia dan kata-kata yang tidak elok yang dah kita buat tanpa kita sedar. Mana tahu kan terlepas laku walaupun berpuasa. Membayar zakat ni juga demi membantu orang yang susah dari kita. Faham tak?






Ada yang cakap, taknak la bayar zakat kat amil/masjid. Sebab tak tahu duit zakat yang dibayar tu sampai atau tidak kepada golongan yang sepatutnya terima. Mana tahu kena songlap. Astaghfirullah al-azim. Kenapa nak berburuk sangka ni? Jangan begitu sahabat-sahabatku. Bayarlah pada yang diamanahkan mengutip zakat itu. Kalau dia nak songlap sekalipun, itu urusan dia dengan Allah. Allah nampak setiap perbuatan yang dia lakukan itu. Kita dah amanahkan dia untuk memberikan wang zakat kita tersebut pada yang berhak. Jadi bertawakal lah semoga orang tersebut memegang amanah itu dengan baik.



Tahu tak bahawa semasa kita bayar zakat tu kita perlu lakukan akad? Sambil kita hulur wang zakat dan amil menyambut, kemudian sama-sama jabat tangan bagi lelaki / pegang wang zakat itu bagi perempuan dan kita lafazkan "Inilah wang bagi menggantikan harga beras fitrah yang wajib atas saya/tanggungan saya untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala". Kemudian amil sambut lafaz akad/niat kita itu dan mendoakan kita. Korang nak tahu, aku rasa lapang hati bila aku sebut lafaz itu petang semalam masa bayar zakat. Sebab aku dapat sebut "wajib ke atas saya dan ibu saya". Lapang sangat hati. Tak tahu nak gambarkan macam mana.



Tapi, jika korang masih ada ragu dan was-was lepas bayar zakat tu sebab tak yakin dengan amanah yang amil tu pegang, ikut korang la kalau masih nak pergi memberikan zakat @ bersedekah pada golongan asnaf yang korang yakin betul-betul mereka memerlukan bantuan. Pergilah. Tak salah pun. Dapat pahala berganda-ganda lagi kot. Pastikan cari yang betul-betul memerlukan dan jangan lupa lafazkan niat. Kalau tak sia-sia juga perbuatan tu. Niatlah memberi zakat/sedekah itu kerana Allah Ta'ala. Apa-apa pun, jangan lupa bayar zakat ok!



Bisik2 :: Sesungguhnya membayar zakat itu wajib ! Jangan nak buat-buat lupa. Smackdown kang baru tau. ;p


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Monday, 15 August 2011

~Darah Manis. Yummy!~



Assalamualaikum. Hai!


Darah manis yang aku maksudkan ini bukanlah darah kita ni berasa manis ye kawan-kawan. Bukan bukan! Err..tapi darah sebenarnye rasa ape ek? Korang pernah try rasa tak darah tu ape rasa dia sebenarnye? Betul ke manis? Bukan pahit ke, masin ke, payau ke. Atau memang takde rasa? Ntah la. Aku pun tak tahu.


Tapi mengikut pengamatan dan kajian yang aku dah buat (macam propesor pulak), ada 3 situasi yang selalu dikaitkan dengan darah manis ni. Dan situasi-situasi itu ialah :

  • Pasangan dalam fasa pertunangan.
  • Pasangan yang bakal berkahwin (Eh? Tak sama ke macam yang diatas? Tak oke! Lain sangat. Bertunang tak semestinya akan berkahwin. Mana tahu baru 2 3 bulan bertunang tapi pertunangan kecundang di tengah jalan. Ini adalah untuk mereka yang lagi beberapa hari nak kahwin. Paham tak? Tak paham sudah. Huh!)
  • Mereka yang selalu kena serang oleh nyamuk. ;p

Jadi, marilah kita huraikan satu-persatu situasi-situasi yang tersebut di atas ini. Semua ini adalah pengamatan aku semata-mata ye kawan-kawan. Jangan la pergi percaya pulak bulat-bulat. Aku cuma nak menyampaikan buah fikiran aku saje. Ok? Kita mulakan dari point yang terbawah sekali. Meh kita fikirkan bersama-sama.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


* Situasi 1 : Selalu diserang oleh gigitan nyamuk.

Aku pernah la kena tegur oleh seseorang ni masa aku aktif hiking dulu. Kan kena redah hutan masa hiking tu. Dalam hutan pepaham le kan. Nyamuk kemaen ramai lagi berebut-rebut nak menggeget hisap darah. Dan aku antara mangsa yang paling kerap diserang. Lepas tu ade la brader ni cakap, " Hang ni darah manis sangat kot. Sebab tu nyamuk suka."


Err. Aku pun agak blur je masa kena tegur tu. Betul ke? Tapi, bukan ke nyamuk betina je yang suka hisap-hisap darah ni? Adakah nyamuk tu dapat menghidu darah aku macam bau lesbian? Oh tidak! Aku straight to the point ok. Ahaha. Hoi! Melalut pulak aku ni. Kuikuikui. Sebenarnye, nyamuk betina menghisap darah sebab nak cari protein untuk bertelur. Tak kesah darah manusia ke, darah haiwan ke. Memang la die hisap je.  Lagi satu mungkin sebab darah kita ni berasid sangat. Tu la sebabnye.



* Situasi 2 : Pasangan bakal berkahwin.

Macam yang aku explain kat atas tadi la ye situasi yang kedua ni. Pernah dengar tak orang-orang tua nasihat kat bakal pengantin jangan keluar rumah sangat, darah tengah manis tu, takut musibah berlaku. Pernah tak korang dengar berita, esok bakal bernikah tapi hari ni eksiden dan meninggal ketika eksiden. Takpun koma atau mengalami kecacatan kekal yang teruk. Pernah kan? Betul ke situasi ni ada kaitan dengan darah manis? Rasa-rasa logik tak?


Berkongsi pengalaman kakak dan adik aku masa dorang nak kahwin dulu. Memandangkan kami dah takde ayah, semua kena urus sendiri. Pergi pejabat agama naik turun mahkamah untuk mohon wali hakim sebab takde waris dari sebelah arwah abah yang boleh jadi wali memandangkan beliau anak tunggal dan mualaf. Pergi sana sini ke hulu ke hilir cari persiapan untuk kenduri. Segalanya yang berkaitan kena urus sendiri. Boleh bayang tak?


Jadi, istilah bakal pengantin adalah berdarah manis tak boleh keluar rumah takut ditimpa musibah DITOLAK ke tepi sama sekali dalam situasi kami adik beradik. Dan alhamdulillah, pernikahan kakak dan adik aku berjalan lancar dan tiada sebarang musibah berlaku dengan izin Allah. Ye kawan-kawan. Semuanya adalah dengan izin Allah. Bukan kerana darah manis ye.


Tapi, kalau berlaku musibah tu mungkin dah tersurat dan ketentuan Allah SWT. Mana tahu sebenarnye itu mungkin bukan jodoh ke. Jadi Allah turunkan musibah dengan cara itu. Mungkin juga Allah nak uji hambaNya tersebut sama ada boleh terima ketentuan Allah itu dengan redha atau tidak. Dan mungkin juga memang qadha dan qadar pasangan tu meninggal atau mengalami kecacatan dengan cara eksiden itu pada hari bahagia dia. Banyak kemungkinan kan? Dan hanya Allah saje yang tahu apa sebabnya. Jadi sila jangan salahkan takdir Allah. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.






* Situasi 3 : Pasangan dalam fasa pertunangan.

Baiklah. Kita dah sampai kepada point paling hangat yang selalu orang persoalkan. Hmm. Aku sendiri pun musykil sebenarnye kenapa bila bertunang je mesti dikaitkan dengan istilah "darah manis". Adakah masa tempoh pertunangan tu darah kite tetibe otomatik bertukar jadi rasa manis? Teringin pulak nak pergi rasa sikit darah orang bertunang ni. Betul ke manis? Haha. Dah rupa macam vampire lak nak rasa-rasa darah. Gila kot aku ni. Ish ish ish.


Tapi, apa punca sebenar yang menyebabkan wujud istilah ni ye? Orang cakap, sepanjang tempoh pertunangan ni akan datang pelbagai dugaan yang menguji keutuhan cinta. Masa bercinta bukan main loving couple ailebiu ulebme. Orang sekelilling yang memandang pun ada yang rasa sweet ada yang rasa jengkel. Dah asyik menunjuk sangat ke'loving'an tu. Sampai la saat nak melangkah ke alam pertunangan pulak. Jeng jeng jeng! Masa inilah yang klimaksnye. (Oit! Jangan fikir yang bukan-bukan oke!)


Baru 2 3 bulan bertunang tetibe rasa pasangan dah tak serasi. Ailebiu ulebme pun dah macam tak wujud lagi. Asyik bercakaran tak henti-henti. Semuanya rasa tak kena itu dan ini. Dan tetibe time ni la ramai yang mengejar sebab nampak berseri-seri. Paling best, diam-diam ade pasang satu lagi. Konon teman nak kongsi masalah yang dihadapi dan rasa hati. Kemudian tanpa disedari terkantoi sendiri. Akhirnya pertunangan pun terputus tak boleh dipatri kembali. Eh? Macam pantun pulak semua ayat ada perkataan 'i' dihujung. Kuikuikui. Tapi itulah yang selalunya berlaku kan? Betul tak?


Dan inilah yang dikatakan 'darah manis' orang bertunang. Orang tua cakap memang dugaan orang bertunang ni hebat. Kalau tak kuat memang boleh kecundang. Kata orang lagi, masa tempoh pertunangan ni la nak kenal hati budi pasangan sendiri sebab masa bercinta selalunya tak nampak perangai sebenar. Bila dah bertunang baru nampak segala buruk si pasangan. Masa inilah boleh decide nak ke fasa seterusnya atau tidak. Takut kalau tak bertunang nanti tak nampak perangai sebenar dan menyesal bila dah berkahwin.


Tapi entah la weh. Mungkin ada betulnye mungkin jugak tidak kata-kata orang tu. Bab bertunang ni, nanti la aku bincangkan di entri lain. Sekarang kita cakap pasal darah manis. Hmm. Betulkah semua kekacauan yang berlaku dalam tempoh pertunangan adalah disebabkan oleh darah manis? Di manakah logiknye? Bagi aku, berbalik semula lah kita pada basic. Sebagai seorang Islam kita harus yakin semua yang terjadi telah diaturkan dengan teliti oleh Allah SWT dan ada hikmah disebaliknya.


Mungkin si tunang tu bukanlah jodoh kita sebenarnye. Mungkin juga Allah nak menguji. Eh? Macam sama lak dengan point situasi kedua di atas. Ehehe. Lebih kurang la tu kemungkinan-kemungkinan nya. Jadi kita kena la terima segala dugaan yang berlaku itu dengan hati yang terbuka. Yakin dengan perancangan Allah SWT buat diri kita. Kan orang selalu cakap, 'kita manusia hanya mampu merancang, yang menentukan segalanya hanya Allah SWT'. Pernah dengar kan?


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Kesimpulannya, darah manis ke, darah pahit ke, darah masin ke, kalau dah semua tu nak terjadi memang jadi la ia dengan kehendak Allah. Takde kaitan pun dengan rasa darah ye kawan-kawan. Darah manis itu adalah perumpamaan atau peribahasa yang dicipta oleh orang tua dulu kala. Maksudnya mudah mendapat bahaya atau kecederaan yang selalunya dikaitkan dengan orang yang bertunang. Kalau tak percaya cuba korang pergi semak kamus peribahasa.


Peribahasa ni wujud mungkin sebab pengalaman orang dulu-dulu yang banyak mengalami masalah dalam tempoh pertunangan mereka. Kan2? Jadi, jangan taksub sangat percaya semua yang terjadi sebab darah manis oke. Lari akidah nanti. Berdosa tahu!



Bisik2 :: Darah aku bukan darah manis kot. Darah aku darah A. Lari topik! Kuikuikui.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 13 August 2011

~Perkongsian Tazkirah Ramadhan #3~



Assalamualaikum. Hai!


Alhamdulillah. Dah entri yang ketiga aku kongsi tazkirah Ramadhan dengan korang semua. Sebelum tu, sesiapa yang belum baca entri sebelum-sebelum nya boleh la rujuk di link bawah ini.


Entri kali ni aku akan kongsikan tazkirah dari Malam Terawih ke-8 hingga Malam Terawih ke-10 ok. Jom muhasabah diri!



# TAZKIRAH MALAM TERAWIH 8 RAMADHAN

Malam ke-8 ini tazkirah ustaz hanya menyentuh satu topik je. Tentang muhasabah diri. Kita sebagai umat Islam perlu sentiasa memuhasabah diri supaya tidak terleka dan lalai dengan kehidupan kita di dunia. Memuhasabah diri adalah bertujuan untuk memantapkan iman kita. Jika seseorang umat Islam tidak pernah muhasabah diri, itu bermakna mereka telah jauh dari rahmat Allah.


Perkara utama yang WAJIB kita muhasabah diri adalah tentang amal ibadat kita terutamanya solat dan juga membaca kalam-kalam Allah (ngaji al-Quran le). Sudah cukup atau tidak amal ibadat yang kita lakukan seharian untuk menjamin kehidupan kita di akhirat kelak. Sudah sempurna kah atau masih tidak sempurna? Renung-renungkan ye kawan-kawan sekalian.



# TAZKIRAH MALAM TERAWIH 9 RAMADHAN

Malam ke-9 ni tazkirah pendek je. Ustaz tu duk tercari-cari bahan dia nak tazkirah dalam kitab die tak jumpa-jumpa. Dari awal sampai habes die selak-selak kitab die. Pastu sempat lagi buat lawak. Tapi dalam masa yang sama die duk berceloteh bagi tazkirah secara random la. Takde topik yang spesifik. Apapun, yang dapat aku simpulkan dari tazkirah random ustaz ni, dia berbicara tentang perpaduan umat Islam.


Kata ustaz, untuk terus menjamin Islam kekal kukuh sampai bila-bila di Malaysia, walau di mana kita berada, siapa pun kita dalam masyarakat, parti politik apa sekalipun kita sokong, kita semua sama sahaja di sisi Allah SWT. Takde beza walau sedikitpun. Kita tetap hamba Allah SWT yang diamanahkan untuk menjaga Islam. Jadi, sebagai umat Islam yang sayangkan agama Islam, kita semua sepatutnya harus bersatu walau apa keadaan sekalipun. Mampu tak rasa-rasanya kita semua nak bersatu dengan menolak perbezaan pendapat? Jika mampu, alhamdulillah. 




# TAZKIRAH MALAM TERAWIH 10 RAMADHAN

Tazkirah malam ke-10 ni disampaikan oleh seorang ustaz muda. Hensem gila woi! Ahaha. Astaghfirullah. Apa ni Shahada. Ehehe. Abaikan-abaikan. Aku memang cepat meroyan kalau tengok orang ensem ni. Kuikuikui. Tapi aku kagum la dengan beliau ni. Umur baru 19 tahun oke! Boleh bagi tazkirah di hadapan jemaah yang sangat ramai dengan yakin. Lancar sungguh beliau berbicara. Kebolehan yang Allah kurniakan untuk beliau. Semoga beliau terus berjaya. Katanya nak sambung pengajian ke Jordan. Mudah-mudahan dipermudahkan.


Berbalik kepada tazkirah yang disampaikan. Topik pertama adalah mengenai perbezaan sambut bulan Ramadhan umat terdahulu dengan umat kini. Katanya, orang kita sekarang ni bukan peduli sangat pun dengan kehadiran Ramadhan. Kadang-kadang langsung terlupa Ramadhan dah tiba. Ada sesetengah tu, puasa pun belum tapi dah sebok-sebok nak buat persediaan hari raya. Bukan nak buat persediaan sambut puasa. Betul kan? Berbeza dengan umat zaman Nabi dahulu. Ramadhan la yang paling di nanti-nantikan sebab nak merebut peluang berbuat amal ibadat untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala. 


Topik kedua pula tentang penyebab dikatakan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keistimewaan. Ada 3 sebab dan sebab-sebab itu ialah :
  • Allah nak tunjuk kasih sayang kepada hamba-hambaNya.
    • Contoh : Malam Lailatul Qadar. Yang mana malam ini adalah malam yang lebih baik dari 1000 bulan dan banyak syafaatnya.

  • Untuk mendidik manusia menjadi insan yang lebih berhati bersih :
    • kepada Allah SWT. 
      • Contoh : Hati merasa berat hendak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.
    • sesama manusia.
      • Contoh : Berbuat baik dan bersedekah kepada orang miskin.

  • Untuk kita servis @ perbaiki iman kita dalam 3 kategori :
    • akidah.
    • ibadat.
    • akhlak.


Itu sajelah tazkirah kita untuk sesi ketiga ini. Nanti kita sambung lagi ok. Aku akan terus berkongsi dengan korang semua tazkirah Ramadhan yang aku dengar sepanjang menunaikan solat Terawih kat masjid taman perumahan aku ini selagi aku belum uzur untuk ponteng pergi terawih. InsyaAllah. Semoga kita sama-sama dapat manfaat dari perkongsian aku ini. Berkongsi ilmu kan disukai Allah SWT. Aku memang suka berkongsi ilmu yang aku ada dan aku dapat dengan semua kawan-kawan aku. Nak kongsi saham akhirat. Selamat berpuasa semua. (^_^)



Bisik2 :: Jangan lokek jika berilmu. Berkongsilah semoga dapat manfaat bersama.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 10 August 2011

~Facebook ganggu privasi? Dedahkan nombor phone pengguna!~



Assalamualaikum. Hai!


Benda ni dari pagi tadi lagi aku dah perasan. Semua pakat dok kalut spread kat wall kengkawan masing-masing. Konon-konon takut privasi diganggu sebab nombor telefon tertera kat Phonebook Contact Friends Facebook. Mula-mula memang ingat nak buat bodoh je. Tapi bila dah berlambak-lambak kat wall pakat spread menda ni aku rasa terpanggil la nak tulis entri pasal ni. Dah kakak aku pun terpengaruh sama dengan sebaran ni. Ini tidak boleh jadi. Aku kena explain jugak.



Memang la aku ni bukan pakar IT ye kawan-kawan. Tapi ade la sikit-sikit ilmu sebab memang aku belajar pasal IT pun masa kat universiti dulu walaupun major aku sebenarnye Multimedia. Tapi aku still belajar pasal menda ni jugak. Jadi, meh sini aku nak explain sikit kat korang situasi ni. Tak payah nak gabra-gabra sangat. Meh sini nak bagi bukti dulu bagi korang jelas. Kang aku explain kat bawah pulak.


 ~Screenshot wall feed dari akak aku untuk suami dia~




 ~Screenshot Friendlist kawan-kawan aku di bahagian Contact. Aku mark yang tanda merah tu nak kasi contoh kat korang. Itu adik angkat aku. Nampak tak ade nombor contact die kat situ. Ini contoh tau!~




~Nampak tak ape yang ade kat profile adik angkat aku ni? Yes! Nombor phone die. For surely dia sendiri la yang tulis. Takkan si Mark tu kot.~



Kalau korang nak tahu sebab ape boleh ade nombor phone korang kat Phonebook Contact Friends Facebook tu ialah korang sendiri yang gatal-gatal tangan pergi tulis nombor phone kat profile korang. Kalau korang tak tulis, takde la keluar nombor phone korang tu. Jadi kat sini takde timbul isu 'pencerobohan privasi' sebab korang sendiri yang dedahkan privasi korang. Naseb la kalau kena ganggu pun. So, sendiri fikir la ek. 



Kesimpulannya, jangan nak salahkan facebook tu pulak yang pergi dedahkan nombor phone korang. Bukan salah si developer Facebook tu ok. Dah memang coding dia akan baca apa je maklumat yang korang tulis kat profile masa korang register. Lain kali tak payah la pergi tulis nombor phone korang kat mana-mana laman sosial pun. Itu kalau korang kata nak jaga privasi taknak diganggu la. Lagipun bukan wajib pun tulis nombor telefon korang kat profile korang. Itu atas kerelaan korang sendiri. Aduduii. Pening betul aku la dengan korang ni. (-_-")



Bisik2 :: Sendiri yang dedahkan privasi, sendiri tanggung kalau kena ganggu eh!


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

~Perkongsian Tazkirah Ramadhan #2~



Assalamualaikum. Hai!


Kita kembali ke segmen 'Perkongsian Tazkirah Ramadhan'. Untuk entri sebelumnya, sila la baca *di sini*. Ini adalah entri kedua untuk Malam 5 Ramadhan hingga Malam 7 Ramadhan. Aku tulis 3 dahulu ok. Walaupun aku catit setiap isi dalam buku catitan, sebelum penyakit nyanyuk aku datang baiklah aku taip pengisian-pengisian dari tazkirah yang aku dapat masa pergi solat terawih tempoh hari.


Hari ni dah 10 Ramadhan. Ada lagi 3 tazkirah tertangguh untuk 8 Ramadhan hingga 10 Ramadhan. Takpe takpe. Yang tu next entry aku share eh. Meh kite muhasabah diri dengan tazkirah yang ini dulu. Oh! Buat pengetahuan korang ustaz-ustaz yang bagi tazkirah setiap malam adalah berbeza-beza. Jadi tidak mustahil kalau ada pengulangan tazkirah yang diberikan. Jadi, kita ambil semuanya untuk memuhasabah diri ok!



#TAZKIRAH MALAM TERAWIH 5 RAMADHAN

Malam ke-5 ni tazkirah terbahagi kepada 2 perkara. Perkara pertama tentang sifat manusia dan perkara yang kedua tentang sejarah dan peristiwa yang telah berlaku di bulan Ramadhan. Jadi aku bahagikan kepada 2 bahagian la eh. Antara pengisian tazkirah yang aku dapat kongsikan ialah:

  • Sifat manusia yang mudah lupa dan alpa.
    • Walaupun dah berkali-kali mendengar kuliah agama atau tazkirah yang sama, masih boleh lupa lepas beberapa jam mendengarnya. 
    • Bila dengar tazkirah, rasa insaf menebal dalam diri dan berazam nak berubah. Tapi masa mula-mula je macam tu, tak lama lepas tu lupa terus. Nanti ulang balik perangai yang lama. Tetap tidak insaf dan tidak berubah.

  • Sejarah dan peristiwa di bulan Ramadhan. Hanya beberapa peristiwa sahaja yang sempat disentuh oleh Ustaz dan antaranya ialah:
    • Rasulullah SAW menerima wahyu di Gua Hira'.
    • Ayat Al-quran pertama iaitu surah Al-Alaq diturunkan.
    • Siti Khadijah isteri Nabi SAW memeluk Islam.
    • Siti Khadijah wafat.
    • Peristiwa Israk Mikraj.
    • Perang Badar.


~Sentiasa muhasabah diri untuk memperbaiki diri dan iman kita.~



#TAZKIRAH MALAM TERAWIH 6 RAMADHAN

Malam ke-6 ni ustaz berkongsi satu hadis yang menceritakan tentang doa para malaikat ke atas 3 golongan orang yang rugi dan Nabi S.A.W telah meng'amin'kan doa tersebut memohon supaya dimakbulkan Allah. Dan 3 golongan orang yang rugi itu ialah :
  • Orang yang tidak berselawat ke atas Nabi S.A.W.
  • Orang yang tidak berbakti kepada kedua ibu bapa.
  • Orang yang mana tidak memanfaatkan kedatangan bulan Ramadhan.


Ustaz juga turut berkongsi beberapa kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W yang dijanjikan oleh Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail serta janji Allah SWT. Berikut adalah kelebihan yang dijanjikan :
  • Malaikat Jibril a.s berjanji untuk memimpin tangan orang yang banyak berselawat semasa hendak melalui siratulmustaqim di akhirat nanti.
  • Malaikat Mikail a.s berjanji mahu memberi orang yang banyak berselawat minum air dari telaga al-Kautsar di syurga.
  • Malaikat Israfil a.s berjanji akan sujud kepada Allah supaya dosa-dosa orang yang banyak berselawat diampunkan.
  • Malaikat Izrail a.s berjanji akan mencabut roh orang yang banyak berselawat seperti mengambil roh para anbiya'.
  • Allah SWT akan mempermudahkan urusan kehidupan orang yang banyak berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.



#TAZKIRAH MALAM TERAWIH 7 RAMADHAN

Ustaz yang bagi tazkirah malam ke-7 ni 'best' sangat-sangat. Aku sendiri tak tahu kenapa aku tersentuh sangat malam ni dengar tazkirah dan suara ustaz ni. Tambah-tambah bila dia seru kami para jemaah beramai-ramai beristighfar. Dengar suara beliau yang mengetuai istighfar pun dah buat aku syahdu. Bila aku ikut istighfar sama, lagi bertambah syahdu. Dada sebak yang amat. Mata pun berkaca-kaca. Dan..aku menangis woi! Uhuhu. Nampak sangat dosa aku berkoyan-koyan dan menggunung tinggi. *Menangis lagi*


Tazkirah malam ni, ustaz berkongsi satu hadis Nabi S.A.W yang menceritakan tentang 4 perkara yang perlu diberi keutamaan dan diperbanyakkan dalam bulan Ramadhan ni. Dan 4 perkara itu ialah :
  • mengucapkan kalimah tauhid La ilahailallah.
  • beristighfar.
  • berdoa memohon syurga Allah.
  • berdoa mohon perlindungan dari neraka jahanam.

Ustaz jugak ada share satu resepi. Resepi jus kurma. Kata beliau jus kurma ni minuman yang paling bagus sebab banyak zat berbanding minuman lain. Untuk para lelaki, minuman ni lebih bagus dari tongkat ali. Ustaz tu la kata. Kuikuikui. Tapi jus kurma ni kena buat sendiri la ye. Bukan yang ready made dah ade jual macam kordial kat pasar raya tu. Cara-cara nak buat jus kurma ni begini ye kawan-kawan :
  • Sediakan 4 bahan utama iaitu kurma, susu, badam dan serbuk kulit kayu manis. (secukupnya)
  • Blender kesemua 4 bahan tersebut. Jangan lupa nak blender tu bubuh le air sikit ye.
  • Tuang dalam jag. Bubuh la ketul ais sikit kalau nak minum sejuk. Dah siap untuk diminum. Ehehe.


Alhamdulillah. Berjaya jugak aku tulis kembali semuanya. Untuk tatapan aku jugak buat muhasabah diri sendiri. Aku ni pun mudah lupa sikit. Dosa dah le banyak pulak tu. Uhuhu. Semoga apa yang aku kongsikan dapat beri manfaat kepada korang jugak eh. Sama-samalah kita memuhasabah diri dan perbaiki di mana yang ada kekurangan. Tamat sudah perkongsian tazkirah ramadhan kita untuk sesi kedua. Kita jumpa kat next entry pulak untuk sesi yang ketiga ok!



Bisik2 :: Berkongsi-kongsi ilmu besar pahalanya. Semoga dapat manfaat bersama.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 7 August 2011

~Umur bertambah? Tak perlu risau. Yang penting muka AWET MUDA!~



Assalamualaikum. Hai!


Diam tak diam dah seminggu kita berpuasa kan? Alhamdulillah. Hari ni dah 7 Ramadhan. Ada lagi 3 minggu lebih kurang kita akan meneruskan ibadah berpuasa. Cepat kan masa berlalu? Memang cepat sangat. Umur aku pun dah bertambah setahun lagi hari ni. Uhuhuhu.



Terima kaseh kepada kawan-kawan yang wish kat FB sampai tak larat aku nak ucap terima kaseh kat sorang-sorang. Masih ada lagi yang ingat kat aku ye walaupun kat FB tu kan memang dah ade reminder besday siapa hari ni. Kui3. Tak kesah la. Janji korang ade jugak niat nak wish kat aku. Terima kaseh jugak pada yang mesej kat henpon. Yang mesej kat henpon tu yang memang close dengan aku je la. Ehehe.



Anyway, thanks kat semua. Walaupun menyambut ulangtahun kelahiran semasa bulan puasa, tapi aku cukup bersyukur. Tahun ni paling istimewa kot aku rasa. Sebab 7 Ogos bersamaan 7 Ramadhan. Cuma banyak la dugaan sikit. Tak boleh celebrate. Kuikuikui. Dah tua-tua bangka pun ada hati nak celebrate ke cik kak oi!  Tak payah nak berangan sangat. Takde orang yang sudi nak sambut birthday hang. Lagipun hang dah tua. Sila sedar diri. *Sesi mengumpat diri sendiri*



~Nak kek macam ni!! Sedapnyeeeeee..~



Cakap pasal celebrate birthday ni teringat la masa zaman sekolah dulu dengan masa belajar kat universiti. Selalu la aku yang lurus macam pembaris ni kena buli dengan kawan-kawan. Sampai berminggu-minggu aku kena pulau sebab diorang nak prank aku masa birthday. Sampai hati diorang. Jahat tau! Wuhuhu. Kesian kat aku. Tapi semua tu jadi kenangan dah. Kenangan yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Dah masuk alam kerjaya ni, kawan-kawan opis la yang selalu celebrate. Cuma kali ni tak dapat la nak celebrate macam tahun lepas sebab bulan puasa kan.



Hadiah paling best aku dapat setakat ni, family paksu bawak aku pergi melawat kubur arwah datuk dan nenek aku kat Teluk Ayer Tawar. Macam tahu-tahu je aku rindu kat arwah berdua tu. Cuma kubur arwah abah je tak berkesempatan pergi lagi. InsyaAllah nanti aku pergi sendiri. Sebab kubur arwah abah dekat je dengan taman perumahan ni. Sebelum habes Ramadhan ni nanti sampai la aku kat kubur arwah abah. Lama dah tak pergi melawat dia. Apa punya anak da. Uhuhu.



Apa-apa pun, aku rasa sangat dihargai walaupun sekadar ucapan dan doa yang dikirimkan dari kawan-kawan yang mengingati hari istimewa aku ni. Yang itu lagi penting sebenarnye. Semoga doa kalian semua buat aku tu dimakbulkan Allah. Terima kasih kawan-kawan. Hanya itu je yang mampu aku ucapkan. Tapi kalau ada yang sudi bagi hadiah, syok jugak rasanye tu. Merasa jugak aku dapat hadiah walaupun umur dah lanjut. Dah lama tak dapat hadiah ni. Huahuahua. 



Terima kasih Allah kerana memberikan aku kesempatan untuk terus bernafas di atas muka bumiMu ini dan mencari redhaMu dalam setiap perbuatan yang aku lakukan. Aku bersyukur dengan nikmat yang Engkau kurniakan ini. Semoga umurku dipanjangkan lagi supaya aku dapat beribadat kepadaMu. Luaskanlah pintu rezekiku supaya aku dapat berbakti kepada ibuku dan mereka yang memerlukan pertolonganku. Permudahkanlah urusan jodohku supaya aku dapat berbakti kepada suamiku dengan menjadi isteri yang solehah demi mencari redhaMu. Dan semoga Engkau mempermudahkan segala urusanku di dunia ini sebagai hambaMu. Amin. Terima kasih ya Allah.



Bisik2 :: Umur saje bertambah. Tapi muka maintain AWET MUDA oke! Kuikuikui.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com