Saturday, 30 April 2011

~Industri muzik Malaysia semakin MAJU dan VERSATIL?~



Assalamualaikum. Hai!




Walaupun aku rasa ramai yang dah dedahkan identiti mereka, takpe lah kan. Aku punya versi lain sikit. Semalam aku punya la gelak tak hengat sampai kejang perot weh. Besties aku cik Wana buat lawak kata nak tubuh group macam ni jugak. Kami berdiskusi tentang ni kat pesbuk. Kelakar nak mampos! Apa punya malapetaka la yang terjadi dalam industri muzik tanah air kita ni? Ini ke yang dimanakan industri muzik Malaysia semakin 'maju' dan 'versatil'? Memalukan sungguh! 24:7? Gula-gula? Group ape ni? Dah takde idea sangat ke sampai nak tubuhkan group ala-ala korean tu? Bajet diri tu hensem dan cute sangat ke? Eeeuuuww. Pelisssss la.




Bile orang indonesia panggil "Maling" kat negara kita sebab kengkonon suka meniru style muzik negara depa, kita semua marah dan melenting. Pastu mula nak berdebat. Maki sana maki sini. Punya tak puas hati orang gelarkan kita dengan gelaran sedemikian rupa. Tapi ini apa? Bukan meniru namanya? Dah tu tak padan lagi ke dengan gelaran "maling" tu? Pencuri kan? Macam dah takde identiti. Hello! Ini Malaysia bukan Korea. Geli kot aku tengok.






Macam mana industri muzik kat negara kita nak maju kalau dah cenggini style nye? Takde identiti sendiri. Hancus! Bajet dengan buka baju tayang dada dengan perut plus badan sekeping tu dah hensem dan macho sangat la? Bajet dengan pakai seksi skirt pendek sampai nak nampak muntot baju macam berkemban nak tayang 'dada' tu dah cun dan cute sangat la? Kau ingat ini Amerika? Ini Malaysia la weh.




Dah pulak tu yang jadi ahli group ni Melayu dan Islam. Aduiii, memalukan sungguh! Rosak imej Islam. Macam ni ke rupa orang yang mengaku Islam? Oh..terlupa. Dorang ni Islam pada nama je. Dalam IC dengan surat beranak je tulis Islam. Hakikatnya tak pernah pun amalkan cara hidup Islam. Dah kalau cenggini ada ke ciri-ciri depa ni jaga agama Islam depa tu? Konfom2 tak! Aku pulak yang rasa malu tengok kejahilan depa ni. Sedih rasa.




Hentikanlah group-group mengarut ni. Bukanlah aku nak menjatuhkan perkembangan industri muzik tanah air. Tapi yang ini sumpah mengarut yang amat! Kalaupun konon nak mencetuskan idea yang fresh sebab remaja sekarang minat dengan Korean-Pop a.k.a K-pop, rasanya tak perlu kot sampai nak tubuhkan group ala-ala K-pop. Tiru style sebijik seketul sejebon lak tu. Kot nak tubuh group yang ada identiti Malaysia takpe la jugak. Boleh la jugak diterima akal.




Aku rasa industri muzik tanah air skang ni pun dah makin worst. Tambah pulak dengan kehadiran group merepek meraban macam ni, lagi la bertambah-tambah worst. Lagu-lagu skang ni pun banyak sangat yang merapu. Pelik2 je. Nak cari yang betul-betul berkualiti tu memang payah la. Bila ramai dari kita yang suka dengar lagu dari Indonesia, kata kita tak support industri muzik tanah air. Dah tu kalau muzik dari sana lebih bagus dan berkualiti dan sedap didengar berbanding muzik dari negara sendiri, nak buat macam mana? Salah telinga yang mendengarkah? Hoh. Baik dengar alunan bacaan al-quran lagi bagus. Pahala pun dapat.




Dah la. Malas aku nak membebel lagi pasal menda ni. Bukan la aku nak menambahkan dosa korang mengutuk dorang pun. Aku pun takde mencarut maki hamun tulis perkataan yang bukan-bukan dalam entri ni. Cuma meluahkan pendapat dan pandangan dari perspektif aku. Maaf la aku tak letak gambar dorang. Sakit mata aku nak tengok. Merosakkan pemandangan belog aku yang suci ni je. Kalau korang nak tengok sangat, pergi la mintak tolong abe G. Search je. Berlambak-lambak ade gambar dorang tu. Jangan muntah darah sudah tengok gambar dorang yang bajet hensem dan cute tu. Huhu. Sekian.




Bisik2:: Yang kipas-susah-mati band korean tak terpikat ke nak beralih arah jadi kipas-susah-mati group-group ni pulak? Muahahaha. Lawak!


*Semua gambar adalah carian dari Google.

Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 23 April 2011

~Jadi usahawan memang best!~



Assalamualaikum. Hai!


Err. Agak lama menyepikan diri sebab sangat2 la sibuk plus amat malas nak update belog. Kui3. Konon nak cerita pengalaman aku masa nak pergi kursus keusahawanan multimedia tempoh hari lepas promote pasal Pertandingan IPCC 2011. Haram tak ter'update' pun. Punya la pemalas tahap gaban. Takpe la aku cerita lambat sket pun kan? Macam tak biasa baca cerita basi aku. Err. Masalahnye ade ke orang nak baca cik sha oi. Ah, lantak! Ahaha.


Baeklah. Mari kita mengimbau kembali kenangan perjalanan ke kursus itu 1 minggu yang lalu. Kami pergi berlima naik sebuah van. Dalam van tu aku satu-satunya bunga dikelilingi oleh 5 jejaka. Rasa HOT tetibe. Muahaha. Dah tu aku sorang je pompuan dalam group tu. Tapi takpe. Ke mana-mana dengan dorang ni, aku memang rasa selamat sebab dorang memang jaga aku dengan sangat TERBAIK. Takde menda yang perlu dirisaukan.



~Encik Joe (atas) dan Encik Fitri (bawah) sedang berusaha repair van~




Punya la banyak dugaan sepanjang perjalanan tu. Tetibe van buat perangai. Ish3. Nak buat camne naek van lama. Kalau van baru lain cerita la. Tapi kerana kegigihan untuk mencari ilmu, kami semua tabah menghadapi semua dugaan. Ecewah! Naseb baek ade seorang india yang bekerja sebagai pomen sudi membantu. Tapi kena bayar le. Takkan la die dah tolong susah payah kite tak bayar pulak. Keji sungguh perangai itu!


Lepas tu, punya la banyak kemalangan yang kami jumpa. Trailer terbabas melintang kat tengah highway. Kereta lagi la berbijik2 yang kami jumpa terbabas langgar divider. Dah tu sendiri2 die je takde kereta lain. Mabuk gamaknye pemandu tu. Hmm. Macam-macam betul. Aku takdan nak snap gambar kemalangan tu. Tak sempat. Takat tengok je sempat le. Camne nak sempat dah kalau sepanjang perjalanan membuta je kerja aku. Kat tempat kemalangan tu pun aku terkejut jaga sebab mulut dorang semua bising nak mampuih. Kah kah kah.


Perghh. Tempat kursus tu punya la jauh weh! Kat Bagan Lalang Selangor. Rasa macam kat ceruk mana ntah kami kena pergi. Haha. Siap sesat2 lagi cari jalan. Ntah hape2 je. Disebabkan itu, kami peserta yang paling lewat tiba. Patutnya pukul 2 dah start kursus. Pukul 5 baru kami sampai. Haha. Glemer sekejap masa sampai tu sebab semua orang tahu kami terkandas sebab van rosak. Malu ai tau! Kui3. Eh? Baru aku perasan aku banyak sebut "PUNYA LA" kat 3 perenggan ni. (-_-")



~Encik Sireh. Salah seorang pemenang IPCC Contest 2010. Tengah bagi talk.~



Walau macam mana pun, kursus tu memang best! Membuka mata aku ni sebenarnya jadi usahawan memang syok. Tak kesah la nanti aku nak jadi usahawan dalam bidang apa. Mungkin Multimedia, mungkin bidang lain. Mana nak tahu kan? Tapi aku memang ada cita-cita nak bukak bisnes sendiri. InsyaAllah satu hari nanti. Sekarang ni pun, tengah mencari-cari lobang untuk berjinakjinak dalam bidang usahawan. Buat masa ni tolong bisnes akak aku dulu. Akak aku ade buat bisnes kecil-kecilan. Buat servis design gift dan hantaran. Aku pun kadang2 cari kerja freelance dalam design-design ni. Biar bermula dari bawah kan? Lama-lama baru berkembang maju dan hebat. Betul tak?




Sebenarnya, bagus jugak sekali sekala attend kursus macam ni. Walaupun kursus ni khas dibuat untuk mendedahkan kami tentang Pertandingan IPCC dan membantu kami untuk membuat proposal untuk pertandingan tu. Tapi ilmu yang diberi dan dikongsi memang sangat berguna. Bukan senang nak dapat ilmu dan pengalaman yang dikongsikan oleh usahawan yang dah berjaya dalam bidang2 tertentu kalau tak attend kursus-kursus yang ade jemput mereka sebagai tetamu bagi talk kan? Mekaseh INSKEN!


Aha. Yang bestnye, aku dapat jumpa dengan Kartunis Sireh. Dulu aku suka baca kartun dia lukis dalam APO?. Tapi sekarang dah tua2 ni takde dah aku belek majalah kartun. Hik3. Beliau ni peramah gile. Banyak benau die nak cerita. Humble jugak orangnye. Siap aku mintak die lukiskan kartun untuk aku lagi. Hua3. Gile berseni la tangan die. Tak sampai 5 minit je die lakar kartun untuk aku. Mekaseh Sireh! Oh ye. Dia merupakan salah sorang pemenang dalam Pertandingan IPCC tahun 2010 yang lalu. Dia datang tu sebab nak share pengalaman dia la.



~Comel tak? hiks!~




Sekarang ni group kami sedang dalam proses menyediakan proposal. Sebab tu la aku sibuk nak mampus. Sampai nak update belog pun tak sempat. Siang kena kerja. Malam pulak pergi buat persediaan untuk proposal. Rumah ni dah macam hotel pun ade jugak. Tempat persinggahan aku nak tidur dan mandi. Huk3. Itu pun kadang2 aku skip pergi buat proposal tu sebab malas dan letih. Pastu nak pergi berhuya-huya dengan family jugak. Hua hua hua. Sori Ketua!


Nasib baik la aku ni bujang lagi. Boleh la nak menyibuk-nyibukkan diri dengan menda ni. Kalau dah kawen kompom tak boleh dah punya. Nak jaga laki. Kalau ada anak, nak kena jaga anak pulak. Makan pakai depa kena nak ambik tahu. Memang tak sempat le nak join2 menda macam ni kot. Amboi! Kemain lagi berfikiran jauh. Kui3. Ok la. Sampai sini dulu kisah aku pergi kursus tu. Next time aku cerita progress kami dalam Pertandingan IPCC tu. Kalau aku rajin la ek. ;p



Bisik2:: Kadang-kadang terasa macam masa tu laju sangat berjalan. Uhuhu.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 17 April 2011

~Jom join Pertandingan IPCC anjuran MSC Malaysia!~



Assalamualaikum. Hai!




Selamat berhujung minggu. Hari ni aku nak cerita pengalaman aku pergi Kursus Keusahawanan Multimedia Kreatif (Fasa 2) "Bengkel Persediaan ke Pertandingan IPCC" pada 13 April - 15 April yang lalu di Bagan Lalang, Selangor. Sebab tu la 4 hari aku menyepi dari dunia belog. Aku pergi kursus ni ha atas pelawaan sahabat baik aku, saudara Amir untuk join team dia. Kursus ni wajib dihadiri selama 3 hari setiap bulan bermula dari bulan April sampai bulan Jun. Jadi, setiap bulan aku kena la amik cuti untuk attend kursus ni. Uhuhu.




Tujuan kursus ini adalah untuk setiap team yang terpilih membuat persediaan menyediakan proposal menyertai Pertandingan IPCC anjuran MSC Malaysia. Kami hantar 2 team. Satu untuk masuk kategori Game dan satu lagi untuk masuk kategori Animation. Aku dalam team Game. Kursus yang diadakan ini untuk kaum Bumiputera saje sebagai pendedahan sebab ramai yang tak tahu pasal pertandingan ni. Sebab tu tahun-tahun sebelum ni banyak kaum cina je yang conquer dan menang. Kaum Melayu tak ramai yang join.



~Tempat aku pergi kursus hari tu. Gambar kelabu sebab malas nak edit. Kui3.~



Sepanjang aku ikut kursus ni, banyak jugak la ilmu yang aku dapat. Aku rasa seronok nak join sebab ade kaitan dengan Degree yang aku ambil dulu. Aku lepasan Teknologi Multimedia. Memang masyuk sangat la. Dalam kursus ni dia bagi pendedahan tentang keusahawanan dalam bidang Multimedia. Macam yang Les Copaque tu. Kalau betul2 ade minat dan kreatif, memang boleh buat duit dengan kepakaran yang ade dalam bidang Multimedia. Sebab kat Malaysia benda ni baru nak mula mengembangkan sayap.




Ha. Kalau korang yang ada bakat dalam menghasilkan animasi 2D atau 3D, terer buat game computer dan berbakat dalam menghasilkan komik interaktif digital, cuba la join Pertandingan IPCC ni. Terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang ada talent dalam Multimedia tak kira profesional atau amatur. Err..terlupa nak bagitau, student tak boleh join ok. Pada mereka yang berminat boleh la hantar proposal. Setiap proposal yang terpilih akan dapat geran dari pihak MSC Malaysia untuk siapkan projek Multimedia mereka.


~Poster Pertandingan IPCC 2010. Poster tahun ni pun lebih kurang sama jugak dengan yang ni ok!~



Tahun 2011 ni lebih banyak yang berpeluang untuk mendapatkan geran. Kategori Game, 10 pemenang akan dipilih dan setiap pemenang akan diberikan RM50, 000 untuk membangunkan game yang dicadangkan dalam proposal. Untuk kategori Animation, seramai 20 pememang akan dipilih dan diberikan geran sebanyak RM50, 000 untuk menghasilkan 3-minit sizzle animation seperti dalam proposal. Dan untuk kategori Komik Interaktif Digital, seramai 20 pemenang akan menerima RM20,000 untuk menghasilkan 40pages ilustrasi komik dan komik interaktif digital.




Rugi kalau yang ade bakat dalam Multimedia tak join pertandingan ni. Geran yang diberikan tu korang boleh guna untuk memulakan perniagaan dalam bidang Multimedia. Pihak MSC memang sedang mempromosikan pada masyarakat Malaysia untuk memulakan keusahawanan dalam Multimedia. Salah satu contoh syarikat yang dah berjaya dalam bidang Multimedia di Malaysia ni ialah Les Copaque. Sekarang ni pulak tengah femes katun Boboi Boy dari Animonsta Studios. Kalau korang nak tahu Animonsta Studios tu pemenang dalam Pertandingan IPCC ni jugak. Mengikut maklumat yang diberikan oleh wakil MSC masa aku kat kursus tu la.



~Pemenang-pemenang IPCC tahun 2010~



Jadi pada yang berminat, cuba la join Pertandingan IPCC ni ok? Cara nak sertai korang boleh masuk ke web www.mscmalaysia.my/ipcc yang akan dilancarkan pada 26 April nanti. Tungguuu! Nanti korang boleh la tengok apa syarat dan macam mana nak buat proposal untuk sertai pertandingan ni. Tema untuk tahun ni adalah bercirikan identiti Malaysia. Cuba la korang generate idea cari IP sendiri yang rasa boleh diketengahkan dan jangan lupa join ok! Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 OGOS 2011. Sehari lepas birthday aku la weh. Ahaha.




Eh? Ini aku cerita pengalaman aku pergi kursus ke atau aku promote pasal Pertandingan IPCC? Kui3. Takpe la. Next entry aku cerita pengalaman aku pergi kursus tu eh. Entry ni aku promote dulu pasal Pertandingan IPCC tu. IPCC stand for Intellectual Property Creators Challenge. Maknanya korang hasilkan satu IP @ Harta Intelek yang takde orang cipta lagi. Korang yang ade bakat dalam Multimedia tu jangan lupa join eh! Buat la satu team paling kurang 3 orang. Pastu korang generate la idea mana tahu proposal korang terpilih. Cuba tau!






Bisik2:: Farhan dengan Sharkox..korang taknak ke join? Korang ade bakat weh!


*2 gambar terakhir adalah carian dari Google.

Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 12 April 2011

~Hiking di Bukit Jambul. Penat tapi seronok!~



Assalamualaikum. Hai!


Disebabkan malas nak buat kerja, maka aku nak curik tulang sat untuk update belog. Ehehe. Hari ni nak gebang kat semua pasal keterujaan aku pergi hiking petang semalam. Lepas habes waktu ofis, aku dengan Enny (ofismate) decide nak pergi hiking kat Kawasan Mendaki Bukit Jambul. Selalu kami jogging je dalam kawasan USM ni lepas waktu kerja. Kengkonon nak kuruskan badan la. Yang nak kurus tu aku je sebab aku yang dah jadi gemuk. Enny dah sedia ada kurus. Dia cuma temankan aku. (-_-")


Best oo hiking semalam. Dah lama kot tak mendaki bukit. Last aktif dengan aktiviti hiking pun masa kerja jadi Pembantu Makmal tahun 2004 dulu. Bawa student USM yang ambil jurusan Kajihayat buat kerja lapangan kat dalam hutan. Owh. Dulu aku pernah kerja jadi Pembantu Makmal kat Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM. Kerja ni la yang aku bagitahu dalam entri ini aku berhenti sebab nak sambung belajar. Kerja jawatan tetap tapi sebab nak belajar aku berhenti. Nanti2 la aku cerita eh. Entri ni nak cerita pasal aku p hiking semalam. (^_^)



~Pintu Masuk ke kawasan pendakian~



Perghhh. Semalam tu aku agak pancit jugak la. Memang stamina dah lari mencicit-cicit tak ketahuan hala. Baru daki separuh bukit dah semput. Jantung tak payah cakap la. Dup dap dup dap laju nak mampus. Nafas pun dah tercungap-cungap. Nampak sangat dah lama tak workout. Kui3. Masa berhenti kat separuh bukit tu memang aku dah give up nak naik sampai atas. Siap halau Enny p naik sorang2 dia. Aku nak tunggu kat situ ja. Ahaha.


Tapi bila tengok ada 3 orang anak cina dengan seorang apek tua selamba badak je panjat sampai atas, terus rasa tercabar. Bebudak kecik dengan orang tua boleh takkan la aku tak boleh kan? Terus bertekad nak naik sampai atas jugak. Berhenti kat banyak tempat jugak la aku sebab nak stabilkan nafas. Siap ada sorang lelaki tegur aku, "Kawan dah tunggu kat atas tu. Adik tak sampai lagi." Aku renyih je la. Sebok betul. Huh!



~Trek mendaki~



Daki punya daki, jumpa Enny sebab dia dah patah balik nak turun. Pastu dia bagi semangat suruh aku naik sampai atas. Siap dia naik balik sebab nak temankan aku. Gile stamina kuat betul minah ni. Lastly sampai jugak aku kat puncak. SERONOK nak mampus sebab akhirnya aku berjaya cabar diri aku sendiri naik sampai atas. Huahuahua. Tapi sampai-sampai kat atas tu terus terkedang menjulur kaki sebab lenguh nak mati. Turun bawah pulak kaki terus ketar2 macam kena Parkinson. Ahaha. Takpe. First time naik. Lepas ni dah biasa dia stabil la. ;p


Cantik gila view dari atas bukit tu. Lepas ni nak pergi lagi la. Dalam seminggu nak set 2-3 kali mesti pergi hiking. Hiking lagi best dari jogging sebab lagi banyak peluh aku keluar. Maka senang la lemak-lemak degil kat paha dengan bontot aku ni nak pecah. Boleh jadi selim melim balik macam dulu. Kui3. Sebenarnya aktiviti riadah macam ni bagus sangat. Bukan je dapat jaga kesihatan tapi dapat meluangkan masa yang ada dengan aktiviti berfaedah macam ni. Dapat geng yang sekepala lagi best. Dapat eratkan hubungan persahabatan.


Setakat yang aku perhatikan, dari dulu sampai sekarang yang banyak buat aktiviti riadah (jogging @ hiking) kebanyakannya orang cina. Semalam pun, orang cina yang ramai. Yang India dengan Melayu berapa kerat je. Boleh kira dengan jari. Dulu masa muda2 aku aktif pergi jogging kat Mengkuang Dam pun banyak orang cina je yang jogging. Yang Melayu banyak pergi bercinta je kat situ. Ambil gambar dan bermesra-mesra tepi tasik. Uhuhu.



~Trek nak sampai ke puncak~



Apa2pun, hiking kat Bukit Jambul ni memang best! Puas hati walaupun jalan hiking berliku-liku. Yang penting bila sampai kat atas, rasa macam segala penat tu hilang terus. Kalau nak tahu ada gym kecik dan percuma boleh guna kat atas tu tau. Taman rekreasi pun ade. Kalau korang penat tapi tak bawak air masa hiking, kat atas tu ada disediakan 3 tong air untuk semua orang minum. FREE! Tapi kena tawakal la masa nak minum. Baca je Bismillah dengan Allahhuma Bariklana. Hehe. Nak amik gambar kat atas tu pun cantik.




Masa untuk mendaki dalam 20-30 minit ikut kemampuan dan stamina. Average dalam sejam jugak la untuk naik dan turun. Kepada yang tinggal sekitar Pulau Pinang, sesiapa yang nak mencuba kelainan, nak beralih arah dari jogging kepada aktiviti yang lebih mencabar, pergi je hiking kat Bukit Jambul tu. Kawasan Mendaki Bukit Jambul ye. Jangan pulak p hiking kat Kompleks Bukit Jambul. Kat situ bukan keluar peluh bakar lemak, tapi keluar peluh bakar duit. Kui3.





Bisik2:: Majulah hiking untuk kuruskan badan! *tetiba.



*Semua gambar adalah carian dari Google.

Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 9 April 2011

~Belanja secara online @ Belanja di kedai?~



Assalamualaikum. Hai!




Topik kali ni kita sembang pasal shopping pulak eh? Err..entri ni lebih ditujukan pada kaum perempuan kot sebab yang gile sangat bab shopping ni kan kebanyakan nye orang perempuan. Bukan la nak cakap takde lelaki yang suke shopping. Memang ada jugak. Cuma bila sebut je shopping ni, yang tergambar kat fikiran aku mesti perempuan. Sebab aku perempuan kot. Pastu aku pun boleh la dikategorikan dalam golongan perempuan gile shopping. ;p




Sekarang ni kan, dah berlambak-lambak orang yang melakukan perniagaan secara online. Betul tak? Ramai pulak tu yang berniaga. Banyak persaingan. Macam2 ade dijual. Segala mak nenek dari shawl, lens, kasut dan sebagainye boleh kite jumpa kat internet. Ye la, kata hidup di zaman teknologi canggih manggih. Style nak berniaga pun kena la upgrade jadi canggih jugak kan?






Lagipun, manusia zaman moden ni dah pemalas sket nak keluar berjalan-jalan ke kedai untuk shopping. Shopping secara online lebih mudah katanya. Ngadap je komputer, online, cari barang2 yang berkenan kat internet, klik sana klik sini, settle! Dah siap shopping. Tak payah lenguh2 kaki nak pergi survey dari kedai ke kedai. Tak perlu dah keluar dari rumah. Nak kata jimat masa pun boleh dikatakan jimat jugak la. Senang kan? Semuanya cuma di hujung jari saje.




Tapi, aku bukanlah tergolong dalam golongan yang kaki shopping secara online ni. Pernah sekali je kot aku shopping online beli mini dress. Itu pun sebab nak tolong kawan aku berniaga. Tapi lepas tu serik dah sebab tak menepati citarasa aku. Tengok dalam gambar model pakai cantik je. Bile sampai kat aku macam biase je takde la cantik mana. Terus nyesal. Tapi sebab dah niat nak tolong kawan berniaga aku redha kan je. Uhuhu.




Aku ni sebenarnya seorang yang agak cerewet. Selagi sesuatu barang yang aku cari tu tak menepati citarasa, aku akan survey dari satu kedai ke satu kedai sampai aku jumpa yang betul2 mencuri pandangan dan hati aku. Kiranya sampai aku puas hati la. Orang yang jenis cerewet nak mampuih macam aku ni, aku rasa lebih sesuai pergi shopping ke kedai. Biar mata tengok sendiri. Boleh belek2 sampai puas hati. Boleh sentuh2, boleh try kat badan. Biarlah lenguh2 kaki pergi survey merata tempat pun. Janji apa yang aku nak tu menepati citarasa.




Bagi aku, shopping secara online ni ada baik dengan buruknya jugak. Macam yang aku dah bincang kat atas tu la. Kebaikan shopping secara online ni boleh menjimatkan masa dan tenaga, tak perlu susah payah nak pergi survey dari kedai ke kedai. Main kelik-kelik je. Keburukan nya pula, mungkin barang yang kite nak tu tak sama macam yang kita tengok di internet. Lepas tu tak boleh nak belek2 dan try. Jadi tak tahu kualiti barang macam mana. Nak kena tunggu pulak tu sebab mana boleh dapat on the spot. Kadang2 kalau tersilap jumpa peniaga boleh kena tipu. Dah bayar tapi barang tak sampai2.




Macam-macam kan? Tapi semuanya terpulang atas diri kita sendiri jugak. Yang mana lebih memberikan keselesaan pada diri kita. Itu kita sendiri yang tentukan. Macam mana pun, aku tetap prefer shopping di kedai. Sebab aku ni memang 'retro' sikit. Tak 'ranggi' macam korang yang suka shopping online. Hah! Korang kategori yang mana satu? Prefer shopping secara online ke atau shopping kat kedai?



Bisik2:: Berbelanja lah ikut kemampuan kita ok!


*Gambar adalah carian dari Google.

Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 8 April 2011

~Rezeki ada di mana-mana~



Assalamualaikum. Hai!




Nak cari kerja sekarang ni bukan mudah kan? Yelah, zaman moden sekarang ni nak cari kerja memang susah kalau takde pendidikan yang baik. Lagipun, rasanya rakyat Malaysia ni ramai yang sangat-sangat memilih kerja. Sekalipun pendidikan tak berapa nak bagus, tapi tetap 'high demand' nak kerja yang bergaji lumayan. Memang la kos kehidupan sekarang ni sangat tinggi. Tapi itu lah, nak bersaing dengan orang yang ada kelayakan dan berpendidikan tinggi ni agak berisiko jugak. Sebab sekarang ni dah ramai yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Hmm.




Pengalaman aku, lepas Ijazah dulu pun aku bukan terus dapat kerja. Hampir setahun jugak la aku menternak lemak dan menanam anggur yang tak nampak hasil. Memang seksa gila la masa menganggur tu. Tapi aku takde la duduk saje2 masa tu. Aku cari jugak la kerja-kerja part time yang boleh kasik income untuk aku walaupun sikit. Masa tu kan, ade sikit rasa menyesal sebab aku lepaskan kerja yang aku dah ada dan berjawatan tetap dalam sektor kerajaan sebab nak sambung belajar ke peringkat Ijazah. Uhuhu. Tapi itu pilihan yang aku dah buat kan? Mana boleh patah balik dah.





Kerja aku sekarang ni, walaupun jawatan bertepatan dengan Ijazah yang aku belajar dulu tapi gaji sangat-sangat la tidak bertepatan dengan jawatan. Nama jawatan je gah tapi income sebaliknye. Bekerja dengan NGO memang la tak berapa terjamin. Gaji pun memang tak berbaloi. Aku rasa gaji aku sekarang ni sama level dengan gaji kerani di sektor kerajaan. Kerja jadi cashier kat Tesco pun dapat gaji sama banyak macam aku. Tapi apa pilihan yang aku ada selain terima peluang yang ada ni kan? Takkan aku nak tolak.




Bukan la aku nak kata aku ni 'high demand'. Kalau aku jenis tu, dah tentu-tentu aku tak terima kerja ni dulu dengan tawaran gaji yang sedikit tapi kerja berlambak-lambak dan kena urus semua sendiri takde senior yang guide. Apa yang aku fikir, peluang yang ada aku kena ambil. Aku kena cari pengalaman. Aku kena survive. Mana tahu dengan pengalaman ni, aku boleh dapat kerja jawatan yang sama di tempat yang lebih terjamin dan gaji pun berbaloi kan? Mudah-mudahan. Biarlah aku bermula dari bawah dan perlahan-lahan menuju ke puncak.




Apa-apa pun aku bersyukur kerana masih ada rezeki untuk aku. Bekerja dalam bidang yang bertepatan dengan kelayakan aku. Kawan-kawan kampus aku dulu ramai yang dah jauh menyimpang. Kebanyakan ambil keputusan jadi cikgu je. Ada jugak yang habes belajar terus kahwen pastu jadi surirumah tangga sepenuh masa. Dan ada segelintir yang sambung Master sebab tak dapat kerja lagi. Hmm. Betul la kan rezeki kita ni Allah yang tentukan. Kita je yang nak berusaha atau tidak untuk mendapatkan rezeki tu.




Belajar tinggi-tinggi pun belum tentu dapat kerja yang bertepatan dengan kelayakan yang kita ada. Lagi la kalau tak belajar tinggi dan takde kelayakan. Jangan terlalu memilih kerja. Walau apa pun, rezeki ada di mana-mana. Yang penting kita tak jemu berusaha untuk mencari rezeki tersebut. Sebenarnya, pendidikan yang tinggi bukanlah penentu kejayaan seseorang dalam kerja dan kehidupan. 




Dah ramai orang yang tak belajar tinggi boleh buktikan mereka sebenarnya seorang yang HEBAT dan BERJAYA dalam kehidupan mereka. Yang penting usaha dan pandai mencari peluang. Bermula dari bawah sehingga sampai ke kemuncak. Itu lebih bermakna. Betul tak?



Bisik2:: Sentiasa positifkan diri, tak jemu berusaha, sentiasa bermohon dan bertawakal kepada Allah. InsyaAllah kejayaan pasti menjengah kita. (^_^)


*Gambar adalah carian dari Google.

Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 6 April 2011

~DoorGift dan Kenduri Kahwin~



Assalamualaikum. Hai!




Kalau pergi mana-mana kenduri kahwin wajib tuan rumah dan pengantin bagi doorgift pada tetamu kan?Paling cikai pun dalam beg tu ade la sumijelly, telur, gegula, cupcakes dan sedikit kuih muih. Kalau tuan rumah 'murah hati' sangat boleh la dapat sekali sapu tangan/mug/sabun/potpouri/bear/kipas dan macam2 lagi le. Betul tak? Pernah tak korang pergi kenduri kahwin tapi balik tangan kosong? Tak pernah gamaknye kan?




Petang Ahad lalu, aku ikut kakak aku pergi gudang AtuZ yang membekalkan macam2 keperluan barang perkahwinan. Tujuan pergi sebab akak aku nak cari bunga untuk hiasan opis dia. Kat situ ada macam2 la weh. Dari barang keperluan kenduri kahwin sampai la perhiasan rumah termasuk la bunga-bungaan. Dah alang-alang ikut akak aku ke sana, sementara nak tunggu bunga hiasan yang dia tempah disiapkan, aku pun keliling la gudang tu usha2 harga doorgift untuk kenduri kahwin. Saje-saje survey nak buat budget walaupun lambat lagi aku nak kahwin. Ehehe.




~Credit : Photo taken from here.~




Perghhhhhh. Dah macam2 menda ada dorang buat untuk doorgift ni ha. Harga boleh tahan la. Kalau borong banyak boleh dapat murah kot sebab ade kad ahli. Tapi aku macam tak berminat je nak sediakan doorgift2 ni masa kenduri aku nanti. Bhahaha. Bapak kedekut tahik hidong masen. Ye, aku memang kedekut pun. Jangan tak tahu. Kui3. Tapi serius la. Aku rasa macam membazir je menda-menda alah ni semua. Kalau tak sediakan tak boleh ke ha? Tetamu nak marah ke? Lantak la dorang nak marah pun. Bukan dorang yang bagi aku duit nak beli menda-menda tu semua. Membazir oi!




Lepas usha2 harga tu terus la aku mesej-mesej encik CH. Kengkonon nak mintak pendapat die samada die bersetuju tak dengan idea aku yang kedekut tahik hidong masen ni ha. Kui3.


Aku :: Awak! Pening la tengok harge doorgift kahwin kat kedai kahwin ni. Membazir kot. Boleh tak nanti kite kahwin takyah bagi doorgift kat tetamu?

Encik CH :: Habes tu takkan tak bagi ape2 kot? Nak bagi telur je ke?

Aku :: Ha'ah. Bagi telur dengan gegula je dah la. Telur untuk orang dewasa, gegula untuk kanak2. Ok tak camtu?

Encik CH :: Beg takde?

Aku :: Tak payah kot. Nanti orang buang jugak sebab dah koyak2.

Encik CH :: Buat je la sendiri beg kertas tu.

Aku :: Errr..malas! Hehehe.


Kedekut tak aku? Bhahaha. Memang pun! Bukan berkira. Cuma aku memikirkan yang semua tu macam membazir je. Uhuhu. Masa baru nak kahwin dah membazir duit dengan benda2 sampingan camtu. Mahu beribu gak tu weh nak beli beg+doorgift segala bagai. Nak beli bunga telur lagi la, hiasan hantaran, barangan hantaran, duit katering, bla bla bla banyak lagi la. Semua tu pakai duit oi! Siapa yang nak keluarkan duit belanja tu semua nanti? Tetamu ke? Uhuhu.




Baru hari pertama bergelar suami isteri dah pokai takde duit membazir dengan menda tu semua. Nanti masa-masa mendatang mana nak cekau duit belanja harian? Sebab tu la aku macam berat hati je nak sediakan doorgift-doorgift masa kenduri aku nanti. Tapi nanti mulut orang pulak ngata famili aku kedekut. Padahal yang kedekut tu aku. Macam tak best la pulak kan orang ngata kat mak aku. Makcik-makcik kat taman perumahan aku ni mulut boleh tahan lancang jugak boleh buat sakit hati. Jahat tau mulut! Mencikkk!



~Credit : Photo grabbed from this site.~

Entah la weh! Masih difikirkan lagi. Mungkin la aku sediakan sedikit doorgift yang special untuk kawan2 dan sedara mara je. Tetamu-tetamu lain aku bagi bunga telur je dah kot. Budak-budak amik gegula dah. Tak payah banyak songeh nak komplen2. Wahaha. Kira ok la tu makan kenduri aku dah belanja. Ingat murah ke nak bayar katering pun? Tetamu datang meraikan hari bahagia aku, aku belanja makan. Ok what? Hue hue hue.





Pada pendapat korang la kan, cuba bagi tahu kat aku, alasan yang paling munasabah dan bernas yang korang boleh fikirkan tentang adat bagi doorgift ni. Perlu atau tidak? Apa relevannya dan kenapa perlu ada? Kot2 boleh ubah persepsi aku. Mana tahu tetiba aku jadi murah hati nak sediakan doorgift untuk semua tetamu. ;p *Bajet macam kahwen dengan anak Dato'.



Bisik2:: Gile banyak nak guna duit weh untuk buat kenduri kahwen je. Bile tahun la aku nak kahwen camni? Duit duit duit. $$$$. Zzzzzzzz. (-_-")


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Monday, 4 April 2011

~FILM REVIEW : CUN! *update*~



Assalamualaikum. Hai!




Sementara nak tunggu time balik dari opis ni, moh kite update belog dulu. Lagipun mood nak buat kerja dah lari mencicit-cicit sebab takdo idea nak design "business card" camno ni ha. Biol dah pale memikir idea. Aah..sambung esok je la. Malam ni nak mimpi camne nak design. Kui3. Camne nak jadi pekerja yang produktif ntah ni. Hadoi.




Petang ni aku cuma nak kongsi dengan korang review aku tentang filem CUN!. Petang Sabtu lalu aku dan Enny (opismate aku) pergi merendek tengok wayang sebab aku terhegeh-hegeh sangat tak sabo2 nak pergi tengok movie CUN! tu lepas tengok trailer dan baca review dari beberapa orang blogger. Hek3. Aku memang macam tu ye kawan2 kalau dah teruja sangat. Memang tak menyabo-nyabo je perangainye. Maap le.







Alasan pertama yang buat aku tergedik-gedik sangat nak tengok filem CUN! ni sebab dorang speaking loghat Utara la weh! Aku kan semangat ke'utara'an tu menggunung tinggi dalam diri. Bangga kot. Muahaha. Best best! Lepas tu sebab ade Maya Karin yang cun-melecun berlakon sebagai heroin. Teruja gila rasa!


Bagi aku movie ni BEST dan santai. Komedi yang ringan dan memang boleh wat korang tergelak terbahak-bahak tak hengat dunia tak peduli orang keliling dah. *Itu merujuk kepada perangai aku masa tengah layan movie ni. Tskkk. (-_-"). Dah tergelak sampai kebas pipi tetibe pulak aku menangis sebab watak Manis lakonan Nadia Nissa dalam movie tu sedih. Menjadi sangat watak yang beliau bawak sebagai remaja 'lurus'. Hati aku tersentuh. Tak boleh tengok orang-orang yang macam watak tu. Uhuk uhuk. T_T

~MANIS naek Kembang si Kerbau!~


Aku agak geli-geleman sikit tengok part yang Jehan Miskin dengan Marsha dok main drakula-drakula nak buat 'projek'. Eeuuuww. Pastu tak berapa berkenan dengan memek muka yang Ning Baizura suka buat. Huh! **Sebelum ni aku cakap yang Remy ada tersasul sebut nama Maya masa dia marah kan? Tapi lepas tengok kali kedua, fokus betul2 part tu, Remy sebut "sebenaqnya". Tapi macam kurang jelas sket, tu yang telinga torek aku ni dengar die sebut "Maya". Kui3.




**Pengajaran yang aku dapat dari filem ni? 1st, dunia artis ni memang la carca marba. Penuh dengan gosip je manjang. Pastu tak mustahil boleh terjebak dengan noda. 2nd, apa2 yang berlaku family perlu diutamakan, family first. 3rd, kat mana2 ja mesti ada orang yang 'mulut longkang' suka fitnah dan jaga tepi kain orang. 4th, jangan perlekeh orang yang kurang upaya macam Manis sebab depa pun ada perasaan jugak. 5th, kasih sayang dan cinta tu dalam sekelip mata je boleh dipupuk walaupun baru kenal sekejap. Cinta memang ajaib.




Macam mana pun, lakonan Maya Karin, Remy Ishak, Faezah Elai, Nadia Nissa dengan Kartina Aziz memang aku suka. Nampak macam real sangat hubungan kekeluargaan yang wujud dalam movie tu. Terbaik! Part paling syok ialah pemandangan sawah padi yang menghijau. SUKA! Aku suka sawah padi. Cantik sangat! Oh oh! Overall rating yang boleh aku kasik untuk movie ni ialah 4 out of 5.







~Lagu Tema Movie CUN! Happy2 je dengar. Enjoy!~



Eh? Banyak pulak aku membebel. Korang pergi la tengok sendiri eh. Filem ni filem komedi romantik. Santai je. Komedi pun spontan. Bukan macam terpaksa dibuat-buat. Syok! Yang penting cakap Utara ok! Kui3. Bagi yang tak berapa layan movie Melayu, pergi la try tengok. Kot-kot terpikat dengan movie Melayu lepas tengok movie ni. Ahaha. Boleh pulak kan? Kalau dah tak suka tu memang la tak suka kot. Tapi ada aku kesah. Ikut suka korang la nak tengok ke tak kan? Bukan pakai duit aku pun. Ehehe.



Bisik2:: Aku rasa macam nak pergi tengok lagi sekali sebab rindu nak tengok MANIS. ^_^


p/s:: Yang ada tanda ** tu aku update sebab aku dah tengok kali kedua.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 2 April 2011

~Fenomena Lelaki 'Datang Bulan'~



Assalamualaikum. Hai!




Ini semalam punye cerita. Tapi aku nak story mory jugak. Biasa la. Aku ni kan suke cerita benda basi-basi kat korang. Tapi disebabkan asyik dok teringat-ingat selagi tak cerita, sebab tu aku nak cerita jugak. Harap sudi la membaca ye.




Memandangkan semalam rehat panjang sebab hari Jumaat, aku, Kak Mas dan Enny decide nak berhuya-huya kat Queensbay Mall. Berhuya-huya sambil perabih duit. Huwaaa. Banyak jugak aku habes semalam. Dasar kedekut tapi hantu shopping sekali berbelanja memang duit macam air paip je keluar. Sadis betul! Tapi kan, baru aku sedar yang aku ni sebenarnye cerewet jugak orang nye. Selagi tak berkenan di hati selagi tu aku belek dan cari di setiap penjuru kedai. Hek3. Merana la orang-orang yang teman aku shopping. ;p




Oh oh. Ini bukan nak cerita pasal kegilaan aku bershopping. Intro tadi cuma pemanas saje. Kita masuk bab yang sepatutnya ok. Tengah aku syok-syok membelek pakaian tetiba aku rasa macam ramai pulak makhluk yang bernama lelaki kat area pakaian wanita. Jadi aku pun mendongak la tengok sekeliling. Uii, ramainya couple melayu Islam. Pakwe dok teman awek shopping baju beb. Sporting betul! Aku pun terkebil-kebil buat sementara waktu.




Tetiba dalam hati aku terdetik. "Eh? Dah habes waktu solat Jumaat ke? Cepatnye! Kalau dah habes waktu Solat Jumaat, maksudnye waktu nak berhuya-huya pun dah hampir tamat la camni. Huhu." Cepat-cepat aku belek jam kat tangan. Laa..baru pukul 1.30 rupanya. Ada sejam 15 minit lagi waktu rehat. Eh? 1.30 bukan waktu solat Jumaat ke? Orang dok berkumpul kat mesjid dengar khutbah pastu solat 2 rakaat. Habes tu mamat ni dok buat apa kat sini? Tak reti nak pergi solat Jumaat ke?





Ececeh. Konon2 buat tanya dalam hati padahal aku dah tahu konpom2 la mamat-mamat tu pesyen tak pergi solat Jumaat punya orang. Bukan sekali ni je pernah jumpa spesis ni. Dah banyak kali dah jumpa. Ramai kot spesis ni. Haisshhh. Apa la nak jadi. Solat Jumaat yang 2 rakaat tu pun payah ke nak tunaikan? Kalau yang itu pun payah solat 5 waktu yang lain lagi la payah kot gamaknye eh? Macam mana nak jadi imam dalam keluarga ni? Nak didik anak bini lagi nanti. Hmmm.




Satu tips aku nak bagi kat korang. Kalau nak tahu lelaki tu jenis solat atau tak, tengok dia kalau jenis tak pergi solat Jumaat tu, memang kemungkinan besar solat yang 5 waktu tu pun dia tak tunaikan la maksudnya. Kalau yang perempuan pulak, kalau time solat Jumaat tu die pun selamba badak je heret tangan boifren ke suami ke p jalan-jalan ke, p shopping ke, memang jenis tak kesah jugak la pasal solat maknanya tu.




Kalau betul dia jaga solat, takkan la die nak ajak laki tu buat dosa kering kan? Mesti la dia suruh pergi solat Jumaat. Wajib kot tu. Takkan la dia nak lelaki yang tak jaga solat jadi suami dia melainkan dia sendiri jenis tak solat. Betul tak? Jangan ingat semua perempuan bertudung jenis solat. Ramai je yang tak solat. Kadang-kadang yang tak pakai tudung pulak yang jaga solat walaupun tak bertudung. Sebab tu jangan nilai orang dari luaran dan pemakaian.




Ini bukan mengata tau. Tapi itulah hakikat yang sebenarnya. Ada berlambak-lambak kat keliling korang spesis jenis ni. Tak percaya p la buat survey kat shopping complex @ kedai makan time waktu solat Jumaat. Ramai ooo. Dah la semua jenis buat muka tak bersalah je. Pesyen aku ni, kalau aku jumpa orang jenis ni, aku renung tajam-tajam pastu aku tengok jam. Kadang-kadang terlepas jugak cakap, "Oh! Orang lelaki pun ramai jugak yang 'datang bulan' eh?" Terlazer sket mulut. Uhuhu.




Semalam aku dengan Enny siap kira lagi berapa ramai couple kat situ. Hek3. Takde kerja sungguh! Bukan la jeles kat pompuan-pompuan tu sebab kami takde boipren nak teman shopping pun. Saje nak buat survey je. Huahuahua. Maaf la ye kalau ade yang terasa dengan entri ni. Sekadar nak berkongsi dan semoga dapat bagi kesedaran pada kamu-kamu yang baca. Sekian, terima kasih.




Bisik2:: Berdoa semoga bakal suami aku jenis jaga solat sebab die yang nak bimbing aku nanti ke arah akhirat. Amin.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 1 April 2011

~Tidak Ada Manusia Yang Tidak Pernah Buat Silap~



Assalamualaikum. Hai!


Kali ni kita berbicara topik tentang realiti hidup manusia. Realitinya memang takde seorang pun dari kita yang terlepas dari berbuat kesilapan. Betul atau tidak? Yang membezakan hanyalah besar @ kecil kesilapan yang telah kita lakukan dan adakah kita menjadikan kesilapan tersebut sebagai pengajaran kepada kita @ terus mengulangi kesilapan demi kesilapan.


Sedar atau tidak, kita sering mengeji orang yang sedang atau telah melakukan kesilapan. Kita berlagak seolah-olah diri sudah cukup sempurna dan berhak mengeji mereka yang berbuat kesilapan itu. Kita terlupa bahawa satu masa kita juga pernah atau akan melakukan kesilapan. Mungkin tanpa disedari kita mengulangi dan melakukan kesilapan yang sama. Tapi sedarkah kita?






Selalu aku perhatikan, perkara ni berulang kali berlaku di sekeliling aku. Kadang-kadang aku terfikir, terlupakah mereka yang mengeji itu bahawa mereka juga manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan? Kenapa dengan mudah sahaja mengeji orang lain yang telah tersilap perhitungan dalam mengatur kehidupan atau terbuat kesilapan tanpa disedari dan diluar pemikiran mereka? Perlukah mengeji? Adakah dengan mengeji itu akan menjadi penyelesaian yang terbaik?


Kita bukan manusia maksum yang suci dari sebarang dosa dan terlepas dari melakukan sebarang kesilapan. Kita manusia biasa yang akan sentiasa melakukan kesilapan samada secara disedari @ tidak. Jadi, seelok-eloknya jika melihat insan lain tersasar dan melakukan kesilapan, tegurlah dengan cara berhemah. Bukan dengan mengeji dan menggunakan pertuturan yang kasar. Tidak salah untuk menegur sebagai tanda kita memprotes. Tapi biarlah dengan cara yang 'baik' dan meninggalkan kesan yang mendalam supaya kesilapan yang sama tidak diulang lagi.


Aku juga pernah berbuat silap. Dan alhamdulillah aku sedar akan kesilapan itu dan aku perbaiki diri dari semasa ke semasa. Aku belajar dari kesilapan tersebut supaya aku tidak akan mengulanginya semula. Sentiasa merenung diri dan bermuhasabah. Bersyukur kerana Allah sentiasa melindungi aku dari sebarang perkara yang boleh merosakkan diri, hati dan iman aku. Semoga aku terus terpelihara.



Jika kita tersasar dan melakukan kesilapan, muhasabahkan diri dan beristighfar. Jangan ulangi kesilapan demi kesilapan. Jika kita terlihat seseorang melakukan kesilapan, tegurlah dengan sopan. Supaya teguran yang diberi meresap ke dalam jiwa dan fikiran. Jangan dengan mudah menghukum kerana kita tiada hak menentukan dosa pahala seorang insan. Cukuplah hanya dengan memberikan teguran.


Aku juga kadang2 suka menegur kalau ternampak kesilapan yang berlaku di sekeliling aku terutamanya yang melibatkan insan2 terdekat. Bukan niat untuk menjatuhkan apalagi menghina. Dan aku tidak pernah menggunakan kata-kata yang kasar. Tujuan memberi teguran adalah untuk mengingatkan diri aku sendiri juga supaya tidak melakukan kesilapan yang sama. Jadi maafkan aku sekiranya tanpa disedari terlancang berbicara. Kerana tidak ada manusia yang tidak pernah buat silap.





Bisik2 :: Jadikan kesilapan yang pernah dilakukan sebagai pengalaman pahit dalam hidup dan ambillah iktibar daripadanya.



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com