Tuesday, 29 March 2011

~Family KBU Gathering sambil BERAMAL!~



Assalamualaikum. Hai!




Walaupun dah beberapa hari berlalu, tapi aku nak update jugak. Tak kira! Hoho. Biasa la aku kan selow molo sikit. Cerita dah basi baru terhegeh-hegeh nak update. Takpe. Biar lambat asalkan entri gempak. Masalahnye gempak sangat ke entri kau cik sha oi?! Macam la ada orang nak baca. Dah la suka membebel tak hengat dunia.


~Cantik gila view kat Tanjung Asam Teluk Kumbar nih!~


26 Mac yang lalu, aku join gathering 'Kami Blogger Utara' yang pertama kali diadakan di Tanjung Asam Teluk Kumbar Pulau Pinang. Eh? Apsal skema semacam je ayat aku ni? Ah, lantaklah! Sambung balik. Err..first time kot aku join gathering2 blogger ni. Saje nak merasa ape feeling die berjumpa dan berkumpul beramai2 dengan orang yang aku hanya kenal di alam maya je. Ada la 2-3 kerat je yang aku kenal pon. Yang lain langsung aku tak kenal. Kui3. Hentam je pergi main redah.




Sebenarnye aku decide nak join tu pun last minute. Lagi 2 hari kot. Hari Khamis inform kat Anyss@Cik GKSB, hari Jumaat jumpa dia bayar duit gath dan amik t-shirt KBU. Tiba hari yang dinantikan, gila semangat nak pergi kot sebab aku dah janji nak sponsor Kad Ahli KBU. Takkan aku tak pergi kan? Lagipun kesian kat depa yang dah aku buatkan kad. Aku ni tak reti nak mungkir janji. Dah janji tu konfom aku akan tunaikan. Walaupun mungkin la lambat ke apa kan. Tapi janji tetap janji. Sedaya aku akan cuba laksanakan.




Bangun pagi2 mak kejut solat Subuh, tengok2 hujan kat luar. Dah hilang sikit keterujaan aku. Berdoa dan berharap semoga hujan berhenti sebelum pukul 10. Tapi hampa. Hujan tetap turun mencurah2. Takde langsung tanda nak berhenti. Uhuhu. Dah berbelah bahagi nak pergi ke tak. Last2 decide nak pergi jugak. Dengan semangat waja aku redah hujan dengan merempit dari rumah sampai kat USM tempat berkumpul.


~Rombongan Meminang..Eh? Rombongan Konvoi family KBU la!~




Sampai je kat USM hati dah berdebar2 tengok kereta banyak gile weh! Malu pun ade. Dada tu toksah habaq la dok dupdap dupdap nebes. Tapi aku control macho la. Kata minah rempit. Ahaha. Memula memang aku nak ikut konvoi depa dengan moto je. Eksyen gile memula. Bajet HOT la merempit moto sampai tempat gath konon2. Lagipun aku memang nak balik awal sama sebab ade hal. Tu yang nak naik moto je taknak susahkan sape2.




Tapi memang terbaik la family KBU ni. Risau gamaknye aku rempit moto sensorang sampai sana. Dah le gadis lak tu. Dengan dok hujan lagi. Agak jauh la jugak tempat gath dari USM. Papa Khai kot yang suruh aku join konvoi tu naik mana2 kereta yang ada kekosongan. Uhuhu. Terharu gila! Mekaseh sebab concern keselamatan aku. Lastly aku pun parking moto kat opis dan tumpang naik kereta Hadi sekali dengan Pakcu Sofi dan Ija. Mekaseh kat Hadi sebab sudi tumpangkan aku.




Sayangnye sepanjang gath tu hujan turun tak berhenti2. Mujur ada khemah yang agak besar dekat kawasan berdekatan yang disewakan. Kami pun berteduh kat situ sepanjang gath. Sewa bayaq la weh. Takkan nak guna sesuka hati. Dah mintak izin dulu dah. Nasib baik la jugak ada rezeki dapat tempat berteduh. Hujan tu hujan rahmat gamaknye. Walaupun hujan, gathering tetap berlangsung dengan lancar.



~Antara Anak2 Yatim yang hadir~

Gathering turut diserikan dengan kehadiran anak2 yatim. Terbaik la KBU! Ber'gathering' sambil beramal. Hari tu aku jadi ceti kutip duit derma. Ditugaskan oleh Cik GKSB le. Ada bakat sebab badan beso kot. Bhahaha. Dapat kutip sejumlah RM220 hari tu. Pemurah betul family KBU ni kan? Ye la. Seronok2 jugak. Yang memerlukan tu kita kena la bantu. Seronok dapat pahala pun dapat. Betul tak?




Ok la. Malas nak cerita dah. Kalau ikut hati mahu panjang berjela2 cecah tanah entri aku kang. Meleleh ayaq liuq angpa nak baca kot. Moh layan gambar2 yang aku sempat ambik semasa gath berlangsung dan sebelum aku gerak balik jam 3 lebih dihantar oleh encik Nadh Zer Ee. Mekaseh sebab sudi hantaq ye sedara. Gambar lain p terjah kat pesbuk. Malas nak uplaod semua. Mekaseh. Hehehe.



~Tukang masak TERBAEK~





~Tukang balut Hamper yang comel2~





~Mangsa-mangsa kehujanan..macam pelarian pun ade..kui3~




~Dengan Ezmaliza yang comel!~




~Dengan Ija yang sweet!~





~Dengan 'budak tadika' a.k.a Yuyu Zulaikha yang kecik gilaaa rasa macam nak picit2. Nampaknye semakin membesar dengan sehat aku nih. Uhuhu.Lelaki kat sebelah Yuyu tu aku tak kenai. Maap!~




~Lastly dengan founder KBU- Cik Anyss a.k.a Cik GKSB~



Oh oh. Sebelum aku terlupa. Pada ahli KBU yang join gath hari tu tapi belum dapat kad cepat bagi info kat aku. Nanti aku siapkan dan pos kat korang. Jangan lupa sertakan alamat sekali ok! Ke angpa nak mai amik sendiri? Ohhh..jimat la aku punya duit kalau macam tu. Suka! Haha. Pada yang tak join gath hari tu kalau berminat dengan kad ahli KBU tu boleh la order kat aku. Contoh boleh tengok kat page KBU kat pesbuk eh. Aku ambik upah RM3 je sekali dengan postage. Kontek aku kat email: noor_shahada@yahoo.com. Tenkiu! ^_^



Bisik2:: Kita bertemu dengan izin ALLAH. Semoga ikatan persahabatan yang terjalin diredhai Allah dan berkekalan hendaknye. Amin...


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Thursday, 24 March 2011

~Makin TUA Makin LIAT~



Assalamualaikum. Hai!




Apa dia la yang 'makin tua makin liat' tu? Agak-agak korang apa yang aku cuba sampaikan ni? Sebenarnye nak cakap pasal SOLAT. Siapa kat sini yang rasa dia makin dah menginjak umur ni makin liat nak solat? Baik mengaku cepat! Tak baik tipu tau. Aku secara jujurnya mengaku aku pun dah mula ade penyakit liat nih. Huhu. Bukan la liat langsung tak solat. Tak tak! Maksud liat kat sini makin suka melengah-lengahkan solat.




Seingat aku la, masa aku masih muda belia tengah sekolah dan belajar kat U dulu aku takde la liat sangat sampai nak lengahkan waktu solat. On time masuk waktu terus solat. Bila dah kerja ni la yang makin kerap lewatkan solat. Sejak kebelakangan ni. Kengkonon busy dengan kerja. Dulu masa mula2 kerja takde pulak. Huk3. Padahal nak solat tu amik masa 5-6 minit je. Kerap la sangat aku solat Zohor dah pukul 3 lebih nak dekat pukul 4. Kalau Asar pulak konon nak solat kat rumah padahal sampai rumah dah 6 lebih. Sangat lewat! -_-"






Sebenarnye, bila aku lewat-lewatkan solat tu aku mesti jadi tak keruan. Macam ada something missing dan ada je yang serba serbi tak kena. Kadang2 bile tengah rempit moto balik kerja masa tu belum solat Asar mesti terfikir, "Kalaulah aku ter'eksiden' time nih, mati katak la aku. Dah la berdosa sebab tak solat lagi!" Betul weh! Selalu jugak terfikir macam tu. T_T




Apa la nak jadi dengan aku nih?! Bukan nye tak sedar diri. Tahu yang tebiat ni sangat teruk. Waktu solat tak jaga. Suka sangat lengah-lengahkan. Wuu. Sekarang ni sedang mencuba untuk jadi seperti dulu. Solat on time. Takde la sengaja nak lewat-lewatkan lagi. InsyaAllah. Semoga kekal dan jadi macam dulu kembali. Amin.




Korang pun jagalah solat eh. Jangan suka lengah-lengahkan. Alasan busy kerja ke, busy ngadap pesbuk ke, busy hupdet belog ke, apa2 je la alasan. Semua alasan tu tak boleh pakai! Buang ketepi. Solat bukan amik masa lama pun. 5-6 minit je. Sekejap sangat. Meh sama-sama kita muhasabah diri. Ini adalah peringatan untuk diri aku jugak. Supaya aku tak terus lalai.



Bisik2:: JAGALAH SOLAT, insyaAllah diri pun sentiasa terpelihara dari sebarang hal yang memudaratkan dengan izin Allah.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Monday, 21 March 2011

~It's your SPECIAL DAY HONEY!~



Assalamualaikum!



Bersiaran dari Seremban Nogori Sembilan di kuarters polis rumah abang ipar den. Ngehehe. Yo la weh! Aku kat Seremban nih. Sebenarnye ikut akak aku. Dia ada hal urgent dan sangat2 penting nak settle kat Kolumpo pagi Senin nih. Nak pergi Biro Angkasa dengan MBSB. Jadi dia ajak aku temankan die sebab die nak bawak anak dia, si Iqbal sekali. Takmo tinggalkan kat Penang. Nanti tak senang duduk rindu kat anak. Aku pun ikutkan je la.



Kenapa ada hal kat Kolumpo tapi stay kat Seremban? Sebab ada penginapan free la. Bhahaha. Gilos! Mesti la sebab akak aku rindu kat laki dia. Dah alang2 ada urusan kat Kolumpo, lajak je la rumah laki dia kat Seremban ni ha. Jimat dah duit nak sewa hotel kat Kolumpo. Kui3. Walaupun aku agak sogan la jugak dengan abang ipar aku, tapi hantam je la. Habes tu aku nak stay kat mana kalau tak kat sini jugak kan. Apa da!




Aku apply cuti 3 hari. Maknanya Rabu nanti baru balik Penang dan start kerja balik hari Khamis. Sebenarnya malas nak cuti sebab ingat nak kumpul cuti untuk honeymoon nanti. Aiseh. Bernikah pun dak lagi dah berangan nak honeymoon bagai. Hempuk kang. Ahaha. Sebenarnye memang awal2 dulu rancang nak amik cuti pun minggu ni sebab bercadang nak turun Serdang sempena besday encik CH. Tapi terpaksa batalkan sebab beliau sibok dengan kerja. Malas nak ganggu. Alih2 akak ajak temankan die tibe2. Aku pun on je la. Rezeki weh! Dapat jumpa encik CH jugak walaupun sekejap. Gembira rasa hati. Woohoo!



*Iqbal dengan Encik CH. Lepak kat Dunkin' Donuts Mines.*



Semalam pergi Putrajaya amik adik dan terus ke Mines sebab encik CH dah tunggu kat situ. Berjalan la kami 3 beradik sekali dengan adik ipar adik dan encik CH. Hepi sangat rasa walaupun dapat spend masa dengan encik CH selama 3 jam je. Jadilah. At least terubat rindu aku kat dia. Dah 5 bulan kot tak jumpa. Last jumpa bulan 10 tahun lepas. Itu pun rezeki sebab aku ada kerja kat Kolumpo. Dan ini adalah perjumpaan pertama untuk tahun 2011. Memang rasa eksaited sangat dapat jumpa beliau tadi.



Memandangkan hari ni 21hb Mac hari spesel buat encik CH, maka ini adalah entri geli2 untuk beliau. Harap maaf ye kawan2. Hek3. Mintak maaf sayang! Saye nak mungkir janji ni. Boleh eh saye nak tulis pasal awak kat belog saye ni. Kali ni je sebab hari ni hari spesel awak. Janji lepas ni tak buat dah. InsyaAllah kalau tak terlupa. Hiks. Sebenarnye nak buat ucapan je kat awak. Sebagai kenangan. Nanti kalau kite fight-fight boleh la saya bukak entri ni bagi sedar diri sikit. Saya kan selalu jadi pencetus masalah yang selalu buat awak pening nak layan perangai buruk saye tu. Jangan marah eh. Huhu.



Dan inilah ucapan ikhlas dari saya untuk awak..


SELAMAT HARI LAHIR sayang! Semoga panjang umur, murah rezeki dan dirahmati Allah selalu. Semoga hubungan kita berkekalan. Tak sabar rasanye nak jadi isteri awak. Cepat2 la masuk meminang. *Mood gatal me-ghela.Kui3. Err..lagi..Jangan mudah putus asa eh sayang. Walau apa pun jadi, saya selalu ada di sisi awak bagi semangat walaupun sebenarnye membebel je lebih. Tapi membebel untuk kebaikan kita bersama la. Kata nak kahwin dengan saya kan? Kena la biasakan diri dengar bebelan berilmiah saya tu. Huahuahua. Lastly, I LOVE U SO MUCH DEAR!

Sekian sahaja entri geli-geleman dari aku. Jangan marah aa. Hehehe.



Bisik2:: Hepi besday jugak untuk sesiapa yang sambut besday sama tarikh dengan buah hati aku. HAPPY BIRTHDAY!

Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 16 March 2011

~Pak Cenohom - Watak baru dalam Hikayat Merong Mahawangsa~



Assalamualaikum!




Seperti biasa, hari Rabu merupakan hari menonton filem di pawagam. Maklum la hari Rabu kan tiket wayang kat GSC murah. Huahuahua. Maka petang tadi lepas habes waktu ofis, aku dengan ofismate, cik Enny bercadang nak pergi tengok wayang cerita Hikayat Merong Mahawangsa. Awal2 pagi tu dah online sebenarnye, reserved 2 tiket dulu sebab takut takde tiket. Semangat kemain. Maklum le, orang cakap movie tu tengah hangat di pawagam. Kami pun taknak la terlepas peluang menyaksikan 'kehebatan' movie tu. Nak jugak jadi penyumbang kepada 'juta-juta' yang bakal dimiliki KRU Production. Kan?



Overall bagi pendapat aku, movie tu boleh tahan la. Dari 10 boleh bagi 7 kot. Malas nak review sebab dah ramai yang review kan? Baca review dari Mr. K, Jejaka Terhangat dan Liyana Lunia kalau nak tahu. Sebab aku agak setuju dengan sesetengah point yang mereka bagi. Jadi aku cuma bagi pandangan sikit2 je la ek. Plot cerita agak menarik tapi ada jugak la 'kecacatan' sikit-sikit. Biasa la tu kan. Apa-apa pun, KRU Production dah buat yang terbaik. Semoga filem2 keluaran dorang yang akan datang akan lebih gempak kebabom.



Sebenarnye nak cerita satu menda lawak kat korang ni. Aku sampai keras2 perot la tahan gelak dalam pawagam tadi. Kang tetibe aku gelak orang pelik pulak kan. Tengah layan cerita aksi dok berlawan-lawan pedang, tetibe terdengar aku gelak. Pastu kat part yang takde lawaknye pun. Masa tu Merong dok berbicara hati ke hati dengan Pak Kesum. Hahaha. Ini lah situasi yang berlaku dalam pawagam tadi antara aku dengan Enny.

Aku :: Dok kesum2 si Merong ni. (Masa ni Merong dok panggil2 Pak Kesum)


Enny :: Cenohom. (Bisik kat aku)


Aku :: Apa dia? (Aku tak berapa nak dengar sangat sebab sound kuat)


Enny :: Cenohom. Daun Cenohom. Kesum kan cenohom.


Aku :: Hahaha. Pak Kesum. Pak Cenohom. Hahahaha. (terpaksa cover gelak)


Sampai habes filem aku tahan gelak weh! Keluar je dari pawagam on the way nak ke parking motor, aku tibai gelak tak henti2. Gelak sampai nak bercakap pun tak terkeluar suara. Asyik nak tergelak. Dah la gelak style kuat tak hengat. Lantak. Orang tengok pun aku dah tak peduli dah. Sakit gila perot tahan gelak! Hahaha. Sengal je Enny ni. Aku pun tak terfikir. Memang la rasa familiar je dengan perkataan kesum tu tadi. Tapi tak teringat lak pasal daun kesum. Ahaha.




*Ni la daun kesum a.k.a daun cenohom*

Oh! Sebenarnya daun kesum ni kita guna dalam masakan macam dalam asam pedas dan kuah laksa. Tu ha rupa daunnya aku tempek gambar ihsan dari abang G. Kalau korang nak tahu, orang utara panggil daun kesum ni daun cenohom. Hehe. Lawak oh bila Enny sebut tadi tu. Mahu tak keras perot aku gelak. On the way balik tadi pun aku dok terkekek2 gelak sorang2 atas moto. Mesti orang ingat aku sewel. "Sewel agaknye minah ni dok bawak moto tapi gelak sorang2." Kui3.



Lantak la ape orang nak cakap. Ni time dok taip entry ni pun aku dok tergelak sorang2 aku tau tak? Hahaha. Hadoi la. Enny..Enny. Dalam dok jiwa kacau pun sempat lagi tu buat lawak. Tapi style jugak kan nama Pak Cenohom tu. ;p



Bisik2 :: Rabu minggu depan nak layan movie 'Big Momma' la pulak. Huehuehue.



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 12 March 2011

~Nenek HOT! Woohoo..~



Assalamualaikum!




Siapakah yang bergelar 'Nenek HOT' itu? Kui3. Tajuk entri tak menahan. Sebenarnye, aku le 'Nenek HOT' tu. Aku dah jadi nenek weh! Dah tua rupanya aku. Uhuk2. Err..bukan memang aku ni dah tua ke? Tak sedo diri cenggitu le. Perasan muda doplohpat jam. T_T



Untuk pengetahuan semua, anak aku dah selamat melahirkan anak-anaknye pada 11-3-11 iaitu tengahari semalam. Dia bagi 4 ekor cucu kat aku. Bhahaha. Ramai gila cucu aku. Sekelip mata dapat 4 ekor cucu. 2 ekor betina 2 ekor jantan. Dah jadi mommy anak aku. Entah siapa le bapak bebudak 4 ekor tu. 4-4 ekor ikut keturunan bapaknye. Takde langsung ikut maknye. Mak bulu kelabu asap. Dapat anak bulu hitam berasap. Bhahaha.



*Masa tengah peknen*




Kazen aku yang jadi bidan semalam. Aku kan kerja. Padan muka beliau. Balik2 dari Johor terus kena jadi bidan. Hek3. Tahu cuak tengok kucing beranak. Terketar-ketar suara nak menangis cakap phone dengan aku. Kucing aku tu manje sikit. Beranak pun nak orang temankan. Mahu taknye, berak kencing die tetiap hari aku temankan. Nak beranak mesti la die nak ada orang teman jugak. Patut la hari Khamis tu manje semacam je dengan aku. Rupanye dah nak beranak esok harinye.



Nama bebudak 4 ekor tu belum difikirkan lagi. Kazen aku bagi nama pelik kemain. Ada ke nak bagi nama sentimeter, milimeter, kilometer, mikrometer. Bapak pelik. Takmo ah. Tak comel langsung nama cenggitu. Nanti la aku cari nama comei2 sikit. Hehe. Ke korang ada idea nak kasik kat aku?



*Cik'ah dan anak-anaknye*




Sayang betul kucing aku tu dengan anak2 die. Walaupun itu 'anak haram' bak kata mak aku, sebab die tak kawen dan tak tahu sape bapak bebudak tu yang telah 'menoron' maknye. Haha. Apa la mak aku ni. Dengan kucing pun nak berkira. Tapi betul tau. Aku tengok die jaga betul anak2 die. Semalam die marah mak aku p usik anak die. Aku bawa die p wat urusan kat jamban die. Masuk2 rumah terus terpa kat kandang sebab nampak mak aku dok belek2 anak2 dia. Sayang sungguh.



Kucing pun pandai sayang anak. Manusia? Ada yang sanggup buang anak. Malu sebab anak haram kononnye. Tahu pulak malu. Sekalipun itu anak haram janganlah p buang2. Budak tu tak bersalah. Taknak, p la hantar kat rumah kebajikan ke, bagi kat orang ke. Masa nak 'sedap' tu tak fikir pulak natijah dari perbuatan zina tu. Dah dapat 'hasil' senang2 pulak nak buang. Haishh. Tapi orang sekeliling pun sama jugak. Disebabkan pandangan masyarakat jugak la terjadinya kejadian buang anak ni. Mak bapak yang buat dosa, tapi kesannya kena kat anak tak berdosa tu. Kesian.



Ntah la weh. Aku ni nak cakap pasal benda ni pun, aku bukan bijak nak berhujah. Setakat bagi pandangan sikit2 tu boleh la. Semoga Allah melindungi diri aku dan kamu2 semua dari melalukan perbuatan yang boleh merosakkan diri sendiri. InsyaAllah. Jaga diri eh kawan2. Ok la. Aku nak p belek cucu-cucu aku sat. Teruja! Comel tahu tak. Hehe.



Bisik2:: Dapat cucu kucing, arnab kesayangan aku, Snowy pulak yang meninggal. Huuu.T_T


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 11 March 2011

~Malang memang takda bau!~



Assalamualaikum!




Korang pernah ada pengalaman tak terlibat dalam kemalangan? Tak kesah la dengan kereta atau motor. Pernah? Sejujurnya aku pernah terlibat. Dengan moto pernah dengan kereta pun pernah. Pasal aku eksiden moto korang boleh baca kat entri ini. Nanti kat bawah ni aku cerita pengalaman ngeri aku hampir eksiden kereta pulak. Alhamdulillah Allah masih panjangkan lagi umur aku. Maka masih bernyawa la aku lagi sehingga ke hari ini. Kalau tak, belog busuk ni tak wujud la agaknye kan?



Hari Rabu yang lalu, aku dapat berita yang mengejutkan dari ex-housemate aku. Dia tulis kat belog dia. Ada kemalangan ngeri berlaku betul2 kat simpang masuk ke kampus kami belajar dulu. Dan yang terlibat dalam kemalangan itu adalah kawan dia sendiri. Pemandu terselamat tapi penumpang di sebelah meninggal. Innalillah. Terkejut gila aku. Sepanjang aku belajar kat sana dulu, tak pernah ada lagi pelajar eksiden sampai maut. Setakat eksiden dan cedera tu ada la.



*Kereta remuk teruk!*




Bagi yang tak tahu, aku dulu belajar di UMS. Tapi school aku di kampus cawangan Labuan. Buat pengetahuan korang, area kampus kami ni sangat jarang ada kenderaan berat yang lalu lalang sebab kampus terletak di hujung pulau. Motor dan kereta tu biasa la. Cuma kadang2 bila waktu petang ada la lori2 yang lalu kat situ nak pergi ke loji petronas. Dan kemalangan yang berlaku baru2 ni melibatkan kereta yang disewa pelajar dengan lori yang lalu area tu.



Kereta remuk sangat teruk di bahagian co-driver. Mungkin sebab tu budak tu meninggal. Kata lecturer aku, budak yang drive tu teragak2 nak masuk simpang walaupun dia tahu kat depan ada lori yang sangat laju sedang datang. Tapi lastly dia masuk jugak dan akhirnya berlaku la kemalangan tu. Mungkin lori tu tak sempat nak break. Hmm. Sedih dengar. Tak tahu nak salahkan siapa. Mesti budak yang masih hidup tu trauma kan?



*Huuu..ada darah. Trauma!*



Bila dapat tahu berita ni, otomatik aku teringat tentang eksiden yang pernah aku dan besties aku alami. Berlaku di Labuan juga. Masa tu malam, kami berlima on the way balik ke kampus lepas keluar makan. Aku yang drive. Yes! Aku akui memang salah aku. Ntah apa aku fikir masa tu, aku drive tanpa perasaan. Tiba2 ada something warna putih melintas dan aku hilang kawalan sebab terkejut. Aku tak perasan menatang apa. Tapi kawan aku cakap kucing. Ntah la. Wallahualam. Memang aku tak perasan.



Sampai hari ni aku masih terbayang2 lagi saat cemas masa tu. Kereta berpusing2 sebab aku dah tak leh nak kontrol. Betul2 hilang kawalan. Masa tu aku dah tak fikir ape2 dah. Spontan aku matikan enjin kereta dan tekan break dan clutch sungguh2. Kereta berpusing2 atas jalan raya sampai terbabas kat tepi jalan. Mujur la tak bergolek2 dan kebetulan jalan memang lengang takda kenderaan langsung. Kalau tak, ntah apa la jadi kat kami semua masa tu. T_T



Aku betul2 rasa bersalah kat kawan2 aku. Sampai saat ni. Masa kejadian tu, aku hanya mampu berdoa kalau jadi apa2 pun semoga kawan2 aku selamat. Aku mati takpa tapi jangan dorang. Memang tu je yang aku terfikir masa tu. Nyawa kawan2 aku. Serius trauma kalau teringat peristiwa tu. Ingatkan aku sorang je yang terkenang2. Rupanya 2 orang besties aku (Hanum dan Alin) pun sama teringat jugak bila dapat tahu tentang junior kitaorang yang eksiden tempoh hari. Terus shout kat wall pesbuk aku.



*Mereka lah yang ada bersama dengan aku (baju pink) masa kejadian itu.T_T*



Wuu. Maaf sayang2ku. Mujur Allah selamatkan kita kan? Itu tandanya Dia masih sayangkan kita dan mahu kita terus hidup di bumi ciptaan Dia. Untuk meneruskan kehidupan dan terus beramal supaya dapat mengurangkan dosa2 yang pernah kita buat. Aku bersyukur sangat2 sebab Allah masih sudi meminjamkan aku nyawa walaupun dah 2 kali terlibat dengan kemalangan. Alhamdulillah. Misal kata la nyawa aku diambil masa aku eksiden tu, dah jadi duda la encik CH kan? Mesti dia dah kahwin dengan pompuan lain. Huehuehue. Sempat lagi tu loyar burok!



Hmm. Semoga kejadian tu terus mengingatkan aku supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya. Korang pun bila memandu tu berhati-hati la ek. Jangan nak jadi samseng sangat. Pastu jangan la leka ketika memandu. Sila fokus! Hargailah nyawa anda. Malang tu memang takda bau. Semoga roh arwah budak yang meninggal akibat kemalangan tempoh hari dirahmati Allah. Semoga keluarga beliau tabah menerima perkhabaran sedih itu.



Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Cuma bagaimana cara nyawa kita diambil semula saje yang kita tidak tahu. Semoga kita mati dalam keadaan yang baik2 dan sempat mengucap 2 kalimah syahadah. Dan semoga sebelum maut menjemput, amal kita sudah cukup untuk bekalan di 'alam' sana. Mudah-mudahan.



Bisik2 :: Aku trauma bila tengok eksiden. Tak boleh tengok darah banyak. Nak pengsan!


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 8 March 2011

~Bersediakah bergelar seorang ibu?~



Assalamualaikum.Hai!




Pagi yang dingin sebab kat luar hujan tapi apsal la mata aku ni tak ngantok2 lagi. Haishh! Takpe. Meh kite update belog la eh. Sebenarnye nak share something. Perasaan teruja sebab dapat tengok new born baby dan perasaan takut bile memikirkan saat aku pulak nak melahirkan baby bile dah kawen nanti. Hiks! Berfikiran jauh pulak.



Lepas balik dari kerja petang Isnin semalam, aku singgah hospital dulu nak lawat kazen dengan baby dia. Oh! Ini adalah kazen yang aku jadi wedding photographer masa dia bernikah dulu. Dah dapat baby dah dia weh! Aku jugak yang tak kawen2 lagi. Ntah bile tahun nak dapat baby. Kui3. Tadi masa p melawat tu makcik aku a.k.a mak kazen aku ni tanya soklan cepumas. "Hang bila pulak nak bernikah?" Hohoho. Terkedu aku mendengar soalan itu. T_T



Kazen aku kena Caesar. Baby dia besar gila. Berat 4.03 kg ok! Gila berat. Terkejut aku. Aku tanya dia makan apa. Rupanya dia minum susu Anmum. Patut la baby besar. Kakak aku cakap, doktor yang rawat kakak aku dulu pernah bagitau masa peknen jangan minum susu Anmum. Nanti baby jadi besar dan proses nak melahirkan secara normal memang susah la. Jadi kazen aku memang tak dapat nak bersalin normal sebab baby terlalu besar. Terpaksa la bedah. Lagipun dah seminggu terlepas due. Takot jadi something kat baby. Maka nya, pagi Isnin tu kazen aku dibedah. Sian kat dia. Uhuk2!





*Baby kazen aku..Nama belom tau lagi..^_^*




Takutnye aku nak pregnant nanti. Pastu nak melahirkan pulak. Macam2 aku fikir. Takut gila! Normal ke tak masa nak lahirkan baby nanti? Kena bedah ke? Wuuu. Seram! Tak boleh nak bayangkan saat tu. Takutnye..takutnye! Eh? Eksaited terlebih pulak fikir sampai sejauh tu. Nikah pun dak lagi cik sha oi. Kui3.



Huii. Mana la aku tak takut. Setakat ni dah ramai mereka2 yang rapat dengan aku dan aku sayang, bila melahirkan mesti kena Caesar. Kakak aku, Wanie besfren aku, dan ni kazen aku pulak. Aiyaya! Mahu tak takut. Aku dah tengok betapa seksanya nak jaga diri masa pantang lepas kena Caesar. Kakak aku sampai terbuka tempat kena bedah tu pastu kena jahit semula. Aku yang setakat tengok kesakitan kakak aku tu pun turut rasa sakit jugak tak memasal. Wuu. Ngeri betol!







Tetiba terfikir. Camne la orang yang sedap2 je buat anak, pastu senang2 je buang anak tu. Tak sakit ke masa dorang lalui proses melahirkan tu eh? Ish! Tak terjangkau dek akal bila memikirkan hal macam ni. Rumit. Lepas tu terfikir jugak, camne la anak2 muda boleh kurang ajar dengan ibu sendiri. Ibu tegur sikit dah hentak2 kaki, hempas2 pintu, tinggikan suara. Langsung tak hormat ibu. Terlupa agaknya yang ibu tu lah yang bertarung nyawa nak melahirkan dia kat dunia.



Hmmm. Nauzubillah. Semoga aku, kamu, dia dan sesiapa saja terpelihara dari dua perkara tersebut. Gadis2, sila lah jaga 'kehormatan' kamu kerana itulah harta yang paling berharga dalam diri kamu. Jangan terleka dan hanyut dengan hasutan syaitan dan bisikan nafsu sehingga melakukan perkara yang terlarang dan akhirnya membawa kamu ke lembah durjana. Melakukan zina dan menjadi pembunuh pula. Jagalah diri dan mahkota itu sebaiknya kerana itu amanah dari Yang Maha Esa.







Kawan2 ku, baik lelaki mahupun perempuan, jagalah adab dengan ibu kamu. Jangan sesekali terniat untuk kurang ajar dengan ibu. Mengeluarkan perkataan 'ah' pun dah berdosa besar, apatah lagi meninggikan suara pada ibu. Setitis air mata ibu mengalir sedih dengan perbuatan jahat kita, menanggung dosa besar lah akibatnya. Tak cium bau syurga nanti. Ingat! Redha Allah terletak pada redha ibu juga. Jangan jadi anak durhaka tau. Sama2 kita jaga adab dan tingkah laku kita.



Ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri juga. Supaya aku tak leka dengan kehidupan duniawi semata. Tidak lalai sehingga terlupa menjaga maruah diri, adab dan perilaku. Semoga aku dapat menjadi ibu yang baik untuk bakal anak2 aku nanti dan semoga aku menjadi anak yang terbaik buat ibu aku. Amin.



Bisik2 :: Anak adalah permata ibu dan ibu adalah syurga anak-anak.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 6 March 2011

~Aku ALERGIK dengan...~



Assalamualaikum!




Kalau korang nak tahu, aku ni ada sedikit ALERGIK dengan beberapa perkara/benda. Mungkin sedikit pelik la kot alergik aku ni ha. Tapi tak tahu la kot2 ada jugak yang alergik sama dengan aku. Jadi hari ni aku nak share la dengan korang penyakit alergik aku tu. Moh kite!







#1 :: Aku ALERGIK dengan Pasar Malam


Haa! Kalau nak tahu, aku paling TAK SUKA pergi pasar malam. Alergik gila! Aku rela tunggu dalam kereta dari nak turun pergi bersesak2 kat pasar malam tu. Rimas oh! Orang ramai sangat. Aku tak suka tempat bersesak2 macam tu. Lemas gila. Huhu.

Bukan la bermakna aku tak pernah jejak kaki pergi pasar malam. Memang pernah. Tapi seboleh-bolehnya aku cuba elakkan dari pergi tempat tu. Tapi kalau orang yang bawak dan aku terpaksa jugak ikut, aku cuba la gagahkan jugak kaki ni nak melangkah kat pasar malam tu.

Kenapa aku tak suka pergi pasar malam? Sebab utama ialah sesak dengan orang ramai la. Pastu pernah ada pengalaman buruk kat pasar malam. Kena raba dengan malaun mana ntah. Sejak dari hari tu la aku terus alergik nak pergi pasar malam. T_T





#2 :: Aku ALERGIK dengan Salesgirl


Bukan semua salesgirl la. Yang jenis suka mengekoq pungkoq aku p ushar barang2 kat kedai dia. Pastu kalut2 tanya aku nak apa. Pastu sebok suggest itu ini kat aku. Hoi! Tak suka betul la. Spoil mood aku nak bershopping tau. Ingat aku ni nak mencurik ke? Ingat aku ni tak reti nak bertanya ke kalau ada yang aku berkenan. Haishh.

Aku memang alergik habes la kalau jumpa salesgirl yang macam ni. Kalau aku masuk je kedai pastu ada salesgirl datang terpa kat aku, memang terus aku keluar dari kedai tu. Kui3. Padan muka! Elok2 aku nak masuk shopping, kot ade yang berkenan nak sambar, terus tak jadi, kan ko dah rugi. Sebok lagi sape suruh. Kui3.








#3 :: Aku ALERGIK dengan Durian


Huii. Yang ni memang aku alergik habes la. Bau die je dah boleh buat aku pening. Pernah sekali tu masa pergi Cameron Highlands, paksu aku tibai p beli durian. Pastu letak dalam bonet kereta. Memang lepas tu satu kereta bau muntah aku pulak la. Dah la pening nek jalan berlekuk2, dah tu dengan ada bau durian lagi, memang terbaek la aku muntah2 sampai satu plastik besau. Muahaha. Sian kat aku kan?


Mesti ramai kata aku rugi. Tak merasa nikmat makan durian. Ntah la weh. Dulu masa kecik2, aku rasa aku makan je durian. Tapi durian Siam la sebab arwah abah dulu kalau balik dari Gerakan kat Bukit Kayu Hitam mesti die bawak balik durian Siam sama. Durian Siam tak macam durian Malaysia kan? Durian Malaysia lembik2. Durian Siam die kental tak lembik. Pastu takde bau sangat kot. Sebab tu aku lalu makan durian Siam masa kecik2. Lepas arwah abah meninggal memang tak pernah rasa dah durian Siam.


Durian Malaysia memang aku tak lalu. Bau die saje dah boleh buat aku mual. Tapi tapi tapi, yang peliknye aku ni, TEMPOYAK boleh pulak aku sental. Ape saje yang ada kaitan dengan tempoyak aku boleh makan. Sambal tempoyak, masak lemak tempoyak, ikan bilis goreng tempoyak. Pelik kan? Encik CH cakap aku alien. Durian tak makan, tapi tempoyak yang orang peram boleh pulak makan. Hahaha. Nak buat camne. Aku memang pelik pun. (-_-)"




#4 :: Aku ALERGIK dengan Bunyi Bingit


A'ah. Aku tak boleh dengar bunyi bingit contohnye macam pasang lagu kuat yang amat sampai nak pecah dinding. Konsert2 tu contohnye. Memang aku tak pernah la jejak kaki lagi. Takkan pergi kot. Lagipun aku kan alergik tempat sesak dan berhimpit2 ni. Tambah2 ada bunyi yang bingit. Lagi la aku tak boleh tahan. Semak pale + pening.


Dulu masa belajar kat universiti, kawan aku selalu ajak pergi tengok Battle of the Band yang pihak U anjurkan. Memang aku tolak mentah2. Aku tak suka dengar bunyi bingit alat2 muzik tu ha. Tambah2 kalau depa main lagu rock. Pastu nyanyi menjerit2. Tambah pulak dengan peminat2 yang menjerit2 tak hengat dunia kat bawah pentas. Huisshhh. Tak boleh tahan. Tapi kalau setakat tengok konsert dalam TV tu takde hal la. Volume kan kite boleh kontrol sendiri. Hek3.







#5 :: Aku ALERGIK dengan Asap Rokok


Huishhh! Yang ni memang menjadi kepantangan aku la. Pendek kata, kalau lelaki tu hensem macam mana pun, sekali aku nampak die merokok, memang terus aku blacklist. Misal kata dia mengorat aku pun memang takkan dapat la. Bhahaha. Perasan HOT pulak aku ni. Tapi honestly memang aku tak suka lelaki yang merokok. Rejected! Nasib baik encik CH tak merokok. Kalau tak, lama dah aku reject beliau. Kui3.


Aku memang tak tahan dengan bau asap rokok. Sesak nafas tahu. Kalau kat kedai makan, ada lelaki yang lepas makan je terus on lighter bakau rokok, aku berdehem2 dan batuk2 tanda aku tak suka. Kira tu bagi warning la. Lagipun kan ke salah merokok di kawasan awam. Tak paham2 bahasa betul la perokok2 ni. Tak suka betul aku dengan golongan ni.


Tapi, bukan la aku takde berkawan dengan golongan ni. Ramai je kawan2 lelaki aku yang merokok. Itu lantak suka hati dorang la. Janji bila keluar dengan aku, sila jangan merokok depan aku. Tak tahan sangat nak merokok, sila pergi jauh2 dari aku kalau taknak aku membebel tak henti2. Nasib baik kawan2 aku jenis paham ke'alergik'an aku ni. Bila dengan aku dorang memang sedaya upaya takkan merokok la depan aku. Bagus2! Silalah berhenti merokok tu ye kawan2 lelaki ku. Tak baik untuk kesihatan tahu. Hek3.




#6:: Aku ALERGIK dengan bau badan busuk


Maaf le. Bukan sengaja nak mendiskriminasikan golongan2 ni. Cuma aku memang tak tahan la. Hidung aku ni sensitif sket. Uhuk2. Sori la ye. Jangan la marah aku kalau tetibe aku tertutup hidung. Ade je kat tempat kerja aku yang ade bau badan ni. Memang kuat gila bau badan mamat tu. Kadang2 rasa macam nak hadiahkan je perfume banyak2. Dah la suka sakat aku. Kadang2 bila geram macam nak terlepas je cakap. Tapi tak sampai hati. Aku masih lagi menjaga adab tutur kata aku. Terpaksa je la tahan nafas. Wuuu.







#7 :: Aku ALERGIK dengan orang berkuku panjang


Bagi aku, orang yang berkuku panjang ni pengotor. Hek3. Maaf le. Tapi aku tak suka la tengok kuku panjang. Lawa ke simpan kuku panjang? Geli la aku. Aku kalau jumpa orang berkuku panjang ni kan, rasa macam nak volunteer je tolong keratkan kuku depa. Kuku aku tak pernah panjang. Baru tumbuh sikit aku dah kerat. Memang tak sempat nak nampak kuku putih yang panjang tu. Dah la kalau potong kuku rapat je. Hehehe.


Sebenarnye sebagai orang Islam, tak elok kita simpan kuku panjang. Kalau tak salah aku, berdosa kalau simpan kuku panjang. Lagipun setan suka bergayut kat kuku yang panjang2 ni. Dah tu mesti berlambak kuman dalam kuku tu. Euuuww. Geli betul. Macam mana la korang yang kuku panjang ni istinjak dan makan eh? Amik air wudhu sahih2 tak sah kalau air tu tak masuk dalam kuku yang panjang tu. Err. Pendek kata, berkuku pendek la senang cerita. Bersih dan kemas.






Err..cukup la 7 je kot. Malas dah nak fikir. Rasanye kalau nak hurai semua banyak kot lagi yang boleh buat aku alergik. Ada ke yang sama alergiknye dengan aku? Biasa la. Kita kan manusia biasa. Ada benda yang kita suka, ada benda yang kita tak suka. Semua manusia macam tu. Aku pun tak terkecuali jugak la. Tapi jangan jadikan benda yang kita tak suka tu untuk menjatuhkan orang lain pulak. Tak baik tu! Kita semua ada kekurangan. Itu kenyataan. Jaga perbuatan, jaga pertuturan. Tak suka macam mana sekalipun, jangan jadikan itu alasan untuk berbuat sesuatu yang boleh buat orang pulak alergik dengan kita. Ok!



Bisik2 :: Semua orang ada penyakit ALERGIK tau. (^_^)


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 5 March 2011

~Tips berhadapan dengan CINTA 'orang ketiga' yang OBSES~



Assalamualaikum. Hai!


Selamat hari Sabtu buat semua. Maaf lama tak update. Agak bizi dengan kerja dan kehidupan realiti plus diserang demam selsema sekali lagi. Uhuk! Harap2 tak terok macam last time kena sampai telinga pekak2. Walaupun takde masa nak update, tapi aku tetap curi2 masa untuk baca update dari kawan2 yang lain. Takde la senyap je terus dari dunia belog ni ha. Tahu la jugak perkembangan semasa yang berlaku dalam dunia belog. Macam2 hal eh? Tapi macam biasa aku just membaca dan melihat saje la dari jauh. Takde masa nak amik port.


Kali ni kite berbicara topik cinta pulak la eh. Tentang 'orang ketiga' yang secara terang-terangan menunjukkan obses mereka terhadap pasangan anda. Tapi pasangan anda telah berterus terang dengan anda dan tidak menyembunyikan tentang hal ini. Masalahnye pasangan anda tidak memberikan sebarang respon kepada ke'obses'an 'orang ketiga' ini. Akibatnya 'orang ketiga' ni dengan berani telah menunjukkan ke'obses'an mereka itu kepada anda pula supaya anda sedar kewujudan mereka yang terlalu obses dengan pasangan anda. Cakap pasal ni, teringat lagu Rossa yang tajuk KU MENUNGGU tu. Tak suka lirik lagu tu. Uhuk!


Faham tak apa yang aku cuba jelaskan pada perenggan di atas? Ada sesiapa di kalangan pembaca aku yang pernah atau sedang mengalami masalah seperti itu? Secara jujur, aku dan encik CH sendiri memang mengalami masalah ini. Penyelesaian nya kami buat tak tahu je. Kesian memang la kesian kat 'orang' tersebut. Tapi nak buat camne sebab kami memang tak berminat pun nak melayan ke'obses'an mereka.




Meh sini aku nak cerita tentang ke'obses'an 'orang ketiga' yang mengganggu kami berdua. Yang mengalami dahulu hal ini adalah aku. Masa ni aku dan encik CH masih belajar lagi di UMS. Aku seorang yang agak aktif dengan aktiviti universiti. Encik CH tak berapa sangat. Cuma bila ada yang beliau berminat nak join je yang beliau akan join. Itu pun jenuh aku pujuk. Tapi untuk aktiviti yang satu ni beliau tak berminat nak join sebab kena hadir intebiu dulu. Aku memang nak sangat join sebab aku tak merasa Minggu Suai Mesra masa fisrt year sebab aku daftar lewat seminggu disebabkan ada sedikit masalah. Nanti aku cerita kisah aku nak sambung belajar ni.


Aku berjaya dalam intebiu tersebut dan dapat lah aku jadi Pebimbing Suai Mesra untuk Minggu Suai Mesra pelajar2 baru UMS untuk sesi pengajian tahun 2007/2008. Sebelum tu kami yang telah berjaya ni kena kursus dulu la. Sebelum me'raging' junior kami la yang kena 'raging' dulu. Masa ni lah aku kenal dengan 'lelaki itu'. Beliau satu group dengan aku. Uuii. Beliau ni memang terang2 menunjukkan beliau syok kat aku. Sampai satu group tahu. Huk3.


Masalahnye aku dah bagitahu kat beliau terus terang yang aku dah berpunya. Tapi beliau tak heran langsung. Tetap tak putus asa. Dan sampai sekarang beliau masih lagi berusaha. Baru-baru ni siap propose ajak aku kahwin dengan beliau. Takut aku weh! Dan hal beliau ni aku cerita semuanya pada encik CH. Encik CH memang tahu kegilaan beliau ini sebab beliau siap nak jumpa dengan encik CH lagi konon2 nak berbincang 'lelaki dengan lelaki'. Ohoi! Beliau memang 'gila' yang amat. Tapi encik CH takmau layan pun.






Itu kisah aku. Ini kisah encik CH pula. Kisah ni berlaku selepas kami habes belajar. Encik CH join GEMS untuk graduan2 yang masih 'menanam anggur' tahun 2009 yang lalu di Terengganu. Masa inilah beliau kenal dengan 'gadis' itu. Mereka satu group. Macam kes aku, gadis ini terang2 menunjukkan ke'obses'an dia pada encik CH. Encik CH setiap hari mengadu pada aku yang beliau rimas dengan gadis ini yang suka mengendeng2 nak bermanja2 kat beliau. Ohoi! Menyirap aku bila dapat tahu sebab aku dengan encik CH kan jauh. Wuuu.


Tapi aku tahu encik CH memang takkan layan gadis tu. Lagipun gadis tu dah tahu encik CH dah ada aku. Encik CH dah bagitahu kat satu group beliau sebab aku selalu nyebok calling2 dan mesej2 beliau masa beliau tengah buat group meeting. Muahaha. Tapi gadis ini macam 'lelaki itu' jugak, masih tak berputus asa. Sampai sekarang ni aku rasa. Dan kalau korang nak tahu, gadis ni add aku jadi friend dia kat FB. Aku yang tak fikir apa2 masa tu accept je sebab tengok mutual friend aku dan dia ramai.


Bila dah accept, aku baca la info dia. Terus tersentap hati sebab terang2 dia tulis pasal encik CH kat info dia. Masa ni aku dah tak ingat dah pasal 'gadis' yang encik CH cerita tu. Memang dah terlupa sebab malas nak amik tahu. Terus aku p serang encik CH ingatkan beliau tipu aku dan ada girl lain. Mentang2 la jauh. Hahaha. Encik CH blur2 apa yang aku merepek2 mesej beliau. Lastly bila aku sebut nama gadis itu, encik CH kata itu budak GEMS dia. Bila aku fikir2 balik baru aku teringat tentang hal gadis yang kacau encik CH tu. Memang dialah. Orang yang sama. Boleh pulak aku terlupa nama dia walaupun encik CH dah bagitahu dulu. Kui3.






Hah! Itulah masalah yang melanda aku dan encik CH. Sampai sekarang mereka berdua tak putus asa. Bila aku fikir2 kan, ngam jugak kalau padankan 'gadis' dan 'lelaki' ni berdua kan? Takde la depa kacau aku dan encik CH dah. Hahaha. Idea merepek! Tapi itulah cabaran yang kami hadapi dalam hubungan kami. Payah jugak nak handle kes 'orang ketiga' ni. Kalau silap langkah memang boleh bawak bergaduh la.


Sebab tu la kita kena jujur dengan pasangan kita. Jangan tipu2. Bahaya oh! Kena berterus terang walaupun benda itu sesuatu yang menyakitkan. Untuk memastikan hubungan berkekalan dan tiada berlaku perselisihan faham, memang kena berterus terang dan jujur. Biasa la tu. Adat bercinta pasti ada masalah. Cuma macam mana kita nak handle kena la pandai2.


Aku dan encik CH selalu berterus terang dan jujur antara satu sama lain. Sebab tu kami dapat hadapi masalah ni secara baik. Alhamdulillah. Allah masih melindungi hubungan cinta kami ni walaupun kami berjauhan. Tambah2 dah merancang untuk masa depan ni lagi la banyak cabaran. Memang kena "KUAT". Sebab lagi banyak dugaan.


Bagaimana nak atasi kekacauan yang ditimbulkan oleh 'orang ketiga' ni? Senang je jawapannye. Jangan layan dan buat tak tahu. Lagi dilayan nanti lagi menjadi-jadi. Kalau tak percaya cuba la layan tengok apa yang mereka mampu buat. Jangan salahkan aku pulak kalau disebabkan layanan korang, mereka lagi mengganas dan tidak mustahil hubungan korang dan pasangan boleh retak. Hati-hati! Mereka ni mampu buat apa saja untuk dapatkan apa yang mereka mahu. Tambah2 kerana terlalu obses. Orang yang OBSES ni bahaya tau!


Bisik2 :: Jangan jadi 'orang ketiga' sebab diri sendiri yang akan merana kerana cinta yang diharapkan tidak kesampaian.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com