Friday, 25 February 2011

~PTPTN oh PTPTN! Sistem Ujrah tak membantu pun.~



Assalamualaikum!


Genap seminggu tak update belog. Bukan taknak update, tapi mood nak menulis tu hilang ntah ke mana. Idea bukan takde tapi tu la, M-A-L-A-S yang teramat sangat. Hiks. Hari ni kat ofis agak mengantuk sikit. Jadi marilah kite update belog. Kui3. Ni gara2 malam tadi tidur lewat sebab tak boleh nak lena. Selalu awal2 dah hanyut. Hmm. Sedang memikirkan sesuatu yang agak merunsingkan kepale hotak. Mungkin sebab tu tak boleh tidur kot malam tadi. Aduiii! Untuk hilangkan mengantok ni, marilah kita berbicara ye. Kali ni aku nak berdiskusi pasal HUTANG PTPTN! Walaweh. Berdiskusi tu tak menahan. Keh3.


Rasanya korang yang dah habes belajar @ sedang belajar, yang dapat pinjaman PTPTN ni mesti runsing fikir camne nak bayar hutang tu kan? Lain la kalau korang dapat biasiswa ditanggung sepenuhnya. Maklum le bijak2 belaka. Mesti la dapat sponsor kan? Kalau orang macam aku yang nak-kata-bijak-sangat-tu-sikit2-je ni kalau tak dapat PTPTN memang mimpi le nak sambung belajar weh. Mana nak cekau duit beribu-riban nak tanggung kos pengajian? Nak belajar tinggi tapi tak mampu jadi nak tak nak terpaksa buat pinjaman pelajaran. Dan dah tentu2 lah pinjaman tu dibuat dengan PTPTN. Ye dak?


Aku BERHUTANG dengan PTPTN sebanyak RM25ribu lebih kot. Huwaaa! Jenuh nak membayar. Sebenarnye jumlah pinjaman aku RM21ribu je. Tapi kan ke PTPTN kenakan caj perkhidmatan sebanyak 3% setahun. Maka bertambah la lagi RM4ribu lebih yang aku kena bayar jugak. Ntah hape motif nak kenakan caj perkhidmatan. Macam rasuah je aku rasa. Rasuah ke riba' eh? Huk3. Tapi tu la, nak taknak kena bayar jugak. Hutang la katakan. WAJIB dibayar.





Setakat bulan Februari 2011 ni aku dah bayar RM990 kat PTPTN. Haha. Sembang kencang macam dah bayar beribu2. Ntah hape2 perangai! Aah..tak kesah! Janji aku bayar tetiap bulan tak miss walaupun bayar sikit2. Hutang weh hutang! Wajib bayar. Huhu. Aku start bayar bulan April 2010 dengan gaji pertama yang aku dapat. Aku kan baru start kerja masa tu.


Alhamdulillah sebab aku dapat kerja pada bulan yang sepatutnya aku start bayar hutang tersebut setelah memohon diberi penangguhan selama 1 tahun dari tahun yang sepatutnya aku grad. Sebab aku extend pengajian 1 semester untuk fokus kepada Projek Tahun Akhir dan buat tesis semata-mata. Gile kan? Terpaksa sebab FYP dan tesis menguji tahap kesabaran yang amat sangat. Sadis kot. Huk3.


Sepanjang tempoh extend memang tak dapat dah loan PTPTN. Cuma dapat penangguhan bayaran je. Jadi masa tu aku hidup dengan berbekalkan duit titik peluh berbisnes. Buat printing servis dan format lappy. Yuran pengajian untuk semester tu kakak aku yang tolong bayarkan. Berkali-kali p menebalkan kulit muka kat Bahagian Kewangan bayar yuran ansur2. Hehe. Nak buat camne, orang susah. Kakak pun terpaksa tarik sikit duit gaji die tetiap bulan nak bagi kat aku bayar yuran masa tu. Mekaseh kakak! Jadi sepanjang tempoh penangguhan bayaran tu, caj perkhidmatan 3% masih berjalan jugak. Sebab tu la aku kena bayar jugak RM4ribu lebih dari jumlah pinjaman aku yang sepatutnya tu.






Awal bulan Disember 2010 hari tu aku ada buat permohonan pembiayaan ujrah PTPTN dari 3% caj perkhidmatan jadi 1% caj upah. Rasanya ramai kot yang dah tahu pasal ujrah ni dan dah buat. Kalau masih tak tahu, silalah cari maklumat sendiri. Malas aku nak suap2. Hek3. Tapi bile aku kire2 balik dari yang asal 3% tu dengan 1% ni sama je jumlah yang aku kena bayar. Cuma berkurangan sikit la dalam RM100++. Itu yang buat aku musykil. Bile aku belek2 lagi dengan teliti, rupanya tempoh bayaran balik tu yang berbeza. Untuk yang 3% tu aku perlu bayar dalam tempoh 10 tahun. Yang 1% tu pulak dalam tempoh 15 tahun. Hmm.


Tapi bile dihitung balik yang sistem ujrah 1% tu, kalau tempoh bayaran aku kekal 10 tahun, jumlah bayaran yang perlu dijelaskan kurang dalam RM2ribu lebih jugak la. Cuma tetiap bulan aku PERLU bayar hampir RM200 melalui potongan gaji. Bayaran adalah tetap setiap bulan sampai habes dibayar. Huk2. Dengan gaji aku sekarang ni yang cipot'et, jumlah tu terlalu besar kot. Kalau gaji besar takde masalah nak bayar lebih dari tu pun.


Tapi masalahnye sekarang ni, surat tawaran tu cakap tempoh bayaran adalah 15 tahun, fix, dan melalui potongan gaji. Boleh ke aku nak mintak jadi 10 tahun kalau aku berminat nak guna sistem ujrah ni? Hmm. Rase macam tak boleh je. Agaknye die buat macam tu supaya tak lari jugak jumlah yang asal bayaran dengan kos pentadbiran 3% tu dengan yang setelah dibuat 1% sistem ujrah. Mesti la dorang taknak rugi kan? Kalau pendekkan tempoh upahnye jadi kurang.


Heh! Bijak betul. Nak manupulasi aku la tu konon. Ingat aku tak belek dulu ke?Sebab tu la aku tak hantar lagi borang pengesahan penerimaan walaupun aku dah terima menda alah tu bulan Disember hari tu. Sebab rasa was2 tapi malas nak siasat masa awal2 tu. Busy dengan kerja tak sempat nak kaji. 2-3 minggu ni la asyek terfikir. Tu yang belek2 jugak surat tawaran dan borang pengesahan tu nak tahu situasi sebenar.


Tempoh untuk buat pengesahan dah nak tamat sebab PTPTN bagi tempoh selama 90 hari dari surat tawaran. Tapi aku satu menda pun tak buat lagi. Agak berat hati jugak la nak teruskan sebab rasa macam kena 'tipu' je. Patut la orang panggil 'pity-pi-tipu'. Macam ngam pulak aku rase. Har har har. Jadi, perlu ke tak aku teruskan dengan menerima tawaran bayaran pembiayaan melalui sistem ujrah ni? Konpius betul la. Hmm.






Memula tu macam excited bile kawan bagitau pasal sistem ujrah ni boleh mengurangkan beban. Aku try pohon dan berjaya dapat surat tawaran. Tapi bile tengok surat tawaran tu dia tulis sekali nama arwah abah aku sebagai penjamin pertama terus rasa macam tak berminat. Aku rasa masa aku update buat permohonan tu aku bagitau arwah bapa dah meninggal. Aku kol tanya PTPTN pasal tu, tapi aku lak disalahkan.


Katanya aku yang salah isi maklumat bapa. Memang la aku isi, tapi masalahnye aku maklumkan bapa aku SUDAH MENINGGAL kot. Macam mana depa ni buat kerja. Adui. Dah tu nak suruh aku p korek kubur arwah abah aku yang dah 12 tahun tu suh tulang2 die sign surat tawaran tu ke? Sengal betul! Orang check la betul2 baru keluarkan surat tawaran. Dalam surat tawaran tu tak payah la tulis nama penjamin pertama kalau sudah dimaklumkan SUDAH MENINGGAL. Sedap sikit kot tengok. Ni terus luluh hati aku nak buat.


Memang la dalam panduan yang dia bagi ada dimaklumkan kalau penjamin tak dijumpai @ sudah meninggal dunia kena sertakan salinan sijil kematian @ surat akuan sumpah. Tapi yang buat aku jadi tak syiok sebab aku disalahkan bila aku tanya kenapa nama bapa aku tertulis sebagai penjamin walaupun aku maklumkan dia dah meninggal. Huu.


Ntah la. Masih berkira-kira nak proceed atau tak dengan sistem ujrah ni. Ada lagi 2 minggu untuk fikirkan dan bertindak. Kalau takpun aku stick je dengan kaedah pembayaran yang asal. Lagipun aku p bayar sendiri melalui bank. Tak buat dengan potongan gaji sebab kerja sekarang ni masih tak menentu walaupun jawatan tetap. NGO weh. Bile2 masa je die boleh nak 'kick' pekerja. So kena bersedia mental dan fizikal. T_T

p/s:: Update terbaru pasal sistem Ujrah baca di entri ini. (^_^)



Bisik2:: Alahai..bile nak habes bayar hutang PTPTN ni. Hidup orang 'kurang senang' macam aku ni memang tak boleh lari dari hutang kan?


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 18 February 2011

~SUSUK HALAL?~



Assalamualaikum!


Err..aku masih belum mengantuk walaupun dah nak dekat jam 3 pagi padahal hari jumaat masih hari bekerja. Jadi tetiba jari terasa gatal2 nak menaip entri baru. Jadi marilah kita bercerita pasal menda alah yang tersebut di atas. SUSUK.


Menatang ape sebenarnye 'susuk' ni? Aku pun tak tahu asal usul benda ni datang dari mana. Kenapa orang panggil 'susuk'? Adakah sebab menda tu perlu diCUCUK. Oh! Mungkin jugak la kan. CUCUK=SUSUK. Tokmoh yang memula perkenalkan susuk ni tak reti nak sebut cucuk betul2 kot masa zaman dolu2. Jadi die tersasul sebut 'cucuk' tu 'susuk'. Boleh jadi jugak kan? Ahahaha.


Disebabkan nak tahu dengan lebih lanjut pasal asal usul kejadian 'susuk' ni, maka aku pun buatlah kajian dengan meminta pertolongan 'abe G'. GOOGLE lah! Oit2! Aku buat kajian ni bukan la sebab aku teringin nak pakai menda alah tu weh. Nauzubillah. Mintak dijauhkan la benda2 khurafat tu. Aku sekadar mencari info je nak berhujah kat belog ni ha. Kang kata tak berinformasi pulak belog aku ni ha kan bercakap takde sumber rujukan. Ki3.



Wokeh! Berbalik kepada topik. Setelah membuat beberapa kajian, aku dapat la sedikit info tentang susuk ni. Rasanya pemakaian susuk ni bermula dari Indonesia. Sebab artikel yang aku jumpa kebanyakannya penerangan dalam bahasa Indo. Susuk ni jugak ada macam2 jenis. Ada susuk pemikat, susuk pesona, susuk kewanitaan, susuk suara, susuk mata, susuk pengasih, susuk cantik, macam2 lagi la. Berlambak betul! Tak larat aku nak sebut satu-satu. Aishoo.


Lepas tu, menda alah yang digunakan dalam pemakaian susuk ni pun ada macam2 jugak. Emas, perak, berlian, besi, intan, mutiara, bla bla bla. Hoi! Berjenis-jenis la benda pendek kata. Ikut suka nak pakai jenis apa pun katanya. Tempat2 yang biasanya dipasang susuk ni macam kat kening, pipi, dagu, tengkuk, tempat alat sulit, paha, betis, pungkoq, pusat, lengan, tapak tangan dengan breast. Pendek kata dekat satu badan la kat mana2 yang rasa berkenan nak di'susuk'an.


Bila dah pakai tu, ada pulak pantang larang die yang kena ikut. Kalau 'terlanggar' pantang tu, nasib la labu. Merana la badan. Malas pulak aku nak taip apa dia pantang2 menda tu. Cari sendiri la. Kui3. Pastu maklumat yang aku jumpa boleh pulak diterangkan kononnya pakai susuk ni banyak manfaat dia. Erk? Terkedu terus aku. Manfaat ape ke benda nye la dah terang2 pakai susuk tu HARAM dalam ISLAM. Aiyoyo karavale! Astaghfirullah'al-azim.


Takde maknanye la pakai susuk tu boleh buat ko nampak cantik selamanya, laki tergila2 kat ko sorang je sebab 'makan dalam' sedap, suara gemersik sokmo sampai terngiang-ngiang kat telinga orang, bla bla bla. Benda tu semua SEMENTARA je weh. Dah nak mati nanti seksa kot kalau tak sempat nak buang susuk tu. Tak takut ke?


Oh oh! Tetibe aku teringat drama SUSUK lakonan Dynaz Mokhtar kat tv3 dulu dengan filem SUSUK lakonan Ida Nerina. Perggghhh. Seram kot tengok. Menakotkan! Sebab kalau dah pakai susuk tu konfom2 la ade 'pendamping' yang melekat sama dekat diri tu kan. Dah kire menyekutukan Allah la tu sebab bersekongkol dengan syaitan laknatullah. Tapi2, kenapa masih ada ramai yang mengaku ISLAM teringin dan terhegeh2 nak pakai susuk ni walaupun depa tahu menda tu HARAM? Hmmm.


Hah! Korang nak tahu tak SUSUK APA YANG HALAL yang komfom akan buat wajah korang awet muda, cantik, berseri-seri dan sejuk mata orang memandang? Bukan takat tu je, Allah pun makin sayang, malaikat pun suka dekat. Nak tahu? Susuk yang dimaksudkan tu ialah.....


AIR WUDHU'


Haaa. Rajin2 lah berwudhu' ye. Tapi jangan berwudhu' saje tapi amalan2 wajib macam solat 5 waktu tu tak buat pulak. Takdo maknanye la gitu kalau takat amik wudhu' semata-mata weh. Memang takdo la ke'seri'an cahaya keimanan kat wajah tu. Mimpi yo la!






Sebenarnye aku dapat idea nak tulis pasal ni lepas tengok drama komedi bersiri "NUJUM SIBER" kat tv2 malam tadi. Episod kali ni pasal susuk2 ni la. Berdekah-dekah aku dengan mak gelak tengok cerita tu. Dalam lawak2 pun cerita tu LOGIK dan ada pengajaran yang dia sampaikan secara direct. Paling aku suka part tok nujum tu tulis surat layang kasik kat artis pompuan yang mintak dia pakaikan susuk tu. "Wajah cik maya dah cukup cantik dah. Tak payah la nak pakai susuk2 yang HARAM ni. Susuk yang paling bagus ialah ambil air wudhu'. Barulah wajah cik maya penuh dengan nur keimanan." Haha! Lebih kurang macam tu la isi surat die aku rasa. ;p


Semoga kita semua tak terjebak la dengan benda2 khurafat macam ni. Syirik tahu. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua. Bersyukurlah dengan apa yang Allah dah anugerahkan pada kita. Pakai susuk semata-mata nak cantik, nak suara jadi sedap, nak orang pandang tak lepas, semua tu tak bagi apa2 faedah pun. Kalau ada yang bagi alasan pakai susuk sebab nak cari rezeki, ketahuilah bahawa 'rezeki' yang dicari tu TIDAK HALAL. Memang takkan kaya sampai bila2 dan hidup makin 'sempit' malah tidak diredhai Allah sampai mati. Nauzubillah.



Bisik2:: Zaman moden sekarang pun masih ramai orang percaya benda2 khurafat macam ni kan?


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 15 February 2011

~Tips Kasih Sayang~



Assalamualaikum!

Oh! Semalam Hari Kasih Sayang ek? Ada ke yang celebrate? Mesti ada nih. Kalau tak, takde la keluar paper ada yang kena serbu ditangkap khalwat. Hamboi2. Ketegaq betoi na. Itulah sebabnya sambutan tersebut diHARAMkan bagi orang ISLAM. Tapi ada jugak yang hati batu ketegaq nak mampuih dok dengaq bisik syaitonnirrojim. Apa la! Kalau dah tergedik2 sangat nak berasmaradana, NIKAH je la. Kalau tak mampu PUASA. Boleh selamatkan diri dari buat DOSA zina macam tu. Nauzubillah. Semoga aku dijauhkan dari perbuatan macam tu. T_T



Eh? Tapi semalam aku pun celebrate jugak la Hari Kasih Sayang tu. Aip2! Jangan salah sangka dulu. Dengaq la aku nak habaq ni. Aku celebrate dengan PERGI KERJA. Aku kan SAYANG kerja aku. Sumber rezeki tu. Takde kerja tak boleh la aku nak menabung untuk MENIKAH dan menyimpan untuk MASA DEPAN. Betul tak? Itu siangnye. Malamnye aku celebrate dengan berasmaradana bersama bantal bushuk aku. Tidur kat rumah peluk bantal bushuk lagi sodap. Hanyut sampai tak hengat dunia tidoq mampuih. Kui3.

Dah la cakap pasal Hari Kasih Sayang tu. Mengarut je nak ada hari2 tertentu pulak. Awat hari lain tak boleh nak tunjuk kasih sayang ka? Kasih sayang kat Allah kasih sayang kat ibu bapa, itu lagi UTAMA. Yang tu tetiap hari kena buktikan tahu. Kasih sayang kat Allah, ikut semua suruhan DIA dan tinggalkan larangan DIA. Kasih sayang kat ibu bapa, jangan nak menderhaka dan tunaikan tanggungjawab sebagai anak.

Kalau yang dah kahwin, buktikan kasih sayang kat suami isteri dengan jalankan amanah sebagai suami isteri dengan baik. Tapi kalau belum berkahwin dan ada kekasih nak buktikan macam mana? Errr..Kasih sayang kat kekasih, serahkan BODY bukti cinta kasih? MENGARUT! Tak takut DOSA? Hmm. Semoga kita semua dijauhkan.



Hari ni 15hb Februari 2011 Masihi bersamaan 12 RabiulAwal 1432 Hijriah adalah ulangtahun kelahiran Kekasih kita Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah. Bersyukur sebab masih dipinjamkan nyawa untuk terus bernafas di muka bumi Allah yang luas ini. Masih berpeluang untuk meraikan ulangtahun kekasih kita semua. Masih mampu untuk berselawat memuji baginda. Semoga bila tiba HARI tersebut, diri berjaya memperoleh syafaat dari baginda kerana sentiasa BERSELAWAT mengingati baginda setiap masa. InsyaAllah.

Tapi..jangan lah hari ni je korang semua berselawat ke atas baginda SAW. Bukan main semangat berselawat siap ikut perarakan hari ni. Esok dah terlupa nak berselawat. Jangan macam tu. Seelok2nya setiap masa setiap hari kita perlu berselawat mengingati baginda SAW. Macam kita mengingati Allah SWT. Hah! BERSELAWAT ke atas Nabi Muhammad SAW juga bukti kasih sayang kita pada baginda.

Masa bila nak berselawat? Bila2 masa je boleh kawan2. Tak perlu bagi alasan. Meh aku share rutin aku berselawat pada baginda masa bila. Kira macam TIPS berkasih sayang kepada Nabi SAW, kekasih Allah dan kekasih kita semua. Bukan nak riak pada korang. Cuma ini apa yang aku amalkan. Mana tahu korang pun boleh jugak ikut. Sama2 dapat pahala kan?


♥ Bila dengar ceramah, bila dengar terjemahan Al-Quran kat tv, ada sebut Rasulullah SAW, aku akan berselawat ke atas Baginda. Ustaz aku mengaji sekolah agama dulu pernah pesan tentang ni. Bila dengar perkataan Rasulullah SAW @ Nabi SAW @ Muhammad SAW, berselawatlah atau sebut Sallahu'alaihiwassalam. Sampai sekarang aku ingat dan aku amalkan.


♥ Sebelum tidur. Letak je pale atas bantal, baca al-Fatihah, ayat Kursi, surah 3 Qul (an-Nas, al-Falaq, al-Ikhlas), mengucap 2 kalimah syahadah, berselawat ke atas Nabi SAW(sekurang-kurangnya 3 kali). Pastu baru aku tidur tak sedar diri dan jarang bermimpi yang bukan2. Kalau aku mimpi bukan2 tu maknanye aku letak je pale atas bantal terus hanyut tak sempat baca ape2 pun. Hehehe.


♥ Selepas tiap kali solat, sebelum berdoa, baca al-Fatihah, ayat Kursi, surah al-Kauthar dan berselawat ke atas Nabi SAW(3 kali). Lepas tu doa la panjang mana pun korang nak doa.


♥ Time mandi, gosok ketiak dengan belakang tapak tangan sambil berselawat supaya ketiak tak berbau. Ki3. Tak ingat sape ajar aku petua ni. Aku amalkan dari dulu dan memang ketiak aku tak berbau pun. FYI, aku tak pernah pakai deodoran. Sumpah!


♥ Sebelum memulakan perjalanan nak ke tempat kerja @ ke mana-mana dengan merempit moto kesayangan, lepas salam tangan mak, baca Bismillah, selawat 3 kali, terus prengggggggg rempit moto sampai tempat kerja @ destinasi yang dituju. Hehehe.

5 ni adalah antara amalan yang aku buat setiap hari dengan mengamalkan berselawat ke atas Nabi SAW. Korang pun boleh buat jugak. Cubalah. InsyaAllah hari-hari yang korang jalani akan lancar setiap hari. Kalau nak ada dugaan pun takde la teruk mana. Normallah kan kalau kita diuji oleh Allah SWT. Itu tandanya DIA sayang pada kita. Mengerti?



Bisik2 :: Salam Maulidur Rasul buat semua.

Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 13 February 2011

~Tips menempuh kehidupan suami isteri~



Assalamualaikum!


Sebenarnye kan, aku nak update pasal ni terus lepas tengok movie "License To Wed" kat tv3 tempoh hari. Sayangnye tak ter'update' sebab tido lebih utama. Kui3. Movie tu pun aku tak tengok habes sebab 30 minit lagi cerita nak sampai klimaks aku dah ternganga tidur depan tv. Letih kot. Tak perasan terlena. Jadi ending nye aku tak tahu ape jadi. Tskkk. Tapi takpe la. Aku nak share jugak ape pengajaran yang aku dapat dari cerita yang aku tengok sekerat tu. Walaupun cerita omputih dan tentu2 lah dalam cerita tu dorang ni pasangan Kristian, tapi aku ambil pengajaran je la dari cerita tu ye. Kite ambil yang baik2 je.


Banyak ooo pengajaran dari cerita tu sebenarnya. Bagi aku la. Taktau la pulak bagi korang kan kalau korang pun ade tengok. Cerita dia kisah pasangan tunangan yang nak berkahwin. Tapi sebelum kahwin tu dorang perlu jalani kursus dulu selama 3 minggu. Macam2 la dorang kena hadapi sepanjang kursus tu. Paderi yang nak kahwinkan dorang bagi macam2 ujian yang bagi aku memang wajarlah. Baru dapat tahu sebenarnya pasangan tu dah betul2 bersedia nak jadi suami isteri atau tak. Ingat nak kahwin ni senang ke? Banyak tau cabaran dan tanggungjawab yang harus dipikul sepanjang perkahwinan. Meh kite tengok antara ujian2 yang dorang kena hadapi. Buat pengajaran ok!



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


#1 :: Komunikasi Dengan Pasangan

Dalam hubungan suami isteri, komunikasi sangat penting. So true! Cara kita berkomunikasi tu memainkan peranan penting untuk kesejahteraan dalam kehidupan suami isteri. Kadang2 bila ada sesuatu yang tidak kena atau ada ketidakpuasan hati terhadap suami atau isteri, sepatutnya macam mana kita kena selesaikan? Yup! Dengan komunikasi dua hala. Barulah dapat penyelesaiannya. Betul tak? Bukannya p canang kat lelaki atau perempuan lain yang takde kaitan dalam perkahwinan kita. Hoi! Cari nahas la tu namanya.




#2 :: Cara Mengawal Situasi Tegang

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Aiseh! Menyayi lagu P.Ramlee sat. Kih3. Betul la tu. Mustahil dalam rumahtangga takde gaduh2 antara suami isteri kan? Mesti ade punye la. Sebenarnye gaduh2 ni la yang jadi pengerat kasih sayang. Tapi gaduh yang kocik2 la ye. Bukan gaduh yang bosar2 sampai terbang periuk belanga, terangkat kerusi meja, terpelanting penampar penerajang tu. So, macam mana nak handle? Back to the basic. KOMUNIKASI.

Aku suka part ujian yang ni. Pasangan tu disuruh melakonkan satu situasi yang mana boleh menyebabkan keadaan tegang. At first, dorang cakap manis2 je antara satu sama lain. Biasa la orang tengah HOT bercinta kan. Cakap pun manis2 je walaupun ada masalah. Tak main la gaduh2. Konon2 sweet gitu. Tapi bila dorang disuruh bertukar watak lakonkan perangai sebenar pasangan masing2 yang dorang nampak, laki jadi perempuan dan perempuan jadi laki, terus bertekak tak hengat sampai laki tu terpelanting kena siku dengan perempuan tu. Haha!




#3 :: Kesediaan Untuk Bergelar Ibu dan Ayah

Part yang ni dorang kena bawak pergi hospital bersalin. Tengok macam mana susahnya proses nak melahirkan. Muke masing2 cuak je. Haha. Tambah2 bile secara live tengok sepasang couple ni di bilik bersalin. Yang si isteri menjerit2 sakit nak teran anak keluar. Si suami pegang tangan wife kat sebelah tapi lastly pengsan dulu sebab tak sanggup tengok bini meneran sakit dan tengok darah keluar banyak. Apa da!

Haaa. Amacam? Bersedia tak nak jadi ibu dan ayah? Yerp! Bila dah pegang title suami isteri, mesti la nak naik satu lagi tangga dalam perkahwinan iaitu bergelar ibu dan ayah. Am I right? Tapi bersediakah pasangan ni nak jadi ibu dan ayah? Bersediakah si isteri nak usung perot memboyot selama 9 bulan dan menanggung kesakitan melahirkan anak? Sanggupkah si suami berada di samping si isteri semasa proses melahirkan anak? Ke pandai buat anak je? Keh3. Fikir-fikirkanlah sendiri ye.









#4 :: Tanggungjawab Sebagai Ibu dan Ayah

Yang ni pulak dorang kena berlakon jadi ibu dan ayah sebenar dengan mengasuh 2 baby. Tapi baby robot la yang nampak real macam baby betul. Siap boleh menangis, berak dengan kencing pulak tu. Errr. Agak scary la jugak tengok baby robot tu. Huhu.

Ujian ni nak tengok samada dorang ni boleh atau tidak menunaikan tanggungjawab sebenar sebagai ibu dan ayah. Agak gagal sebab masing2 tak pandai nak handle. Time baby robot tu berak masing2 mengelak. Time baby tu nangis dua2 tak reti nak tenangkan. Lastly laki tu ngalah, die p hempuk baby tu sampai tercabut kepala. Aiyo! Macam mana nak jadi parents ni.

Hah! Korang yang dah menggatal nak kahwin muda2 tu dah bersedia ke nak pikul tanggungjawab jadi ibu bapa? Agak2 boleh tak jadi parents yang dapat mengasuh dan mendidik anak dengan baik? Renung2kan.




#5 :: Cara Berkomunikasi dan Bergaul dengan Keluarga Mentua

Bila dah berkahwin, kita secara otomatik kena get along dengan keluarga sebelah suami atau isteri. Kita berkahwin ni bukan dengan pasangan kita tu sorang je tapi dengan satu family. Bila selesai je akad, secara rasmi terus jadi ahli keluarga pasangan. Jadi nak taknak kena jugak bercampur dengan ahli keluarga baru. Rasa2, boleh tak bawak diri?




#6 :: Cara Hadapi Konflik dan Masalah

Ok. Part ni agak penting jugak la dalam hubungan suami isteri ye. Dalam kehidupan rumah tangga ni pasti akan ada konflik dan masalah. Contohnya macam kat point nombor 2 kat atas. Bila berada dalam situasi tegang, itu adalah punca kepada wujudnya konflik. Jadi nak selesaikan macam mana? Takkan nak merajuk je memanjang macam masa bercinta? Masa bercinta bila ada masalah, sikit2 nak merajuk. Konon2 nak manja2 suh pasangan pujuk. Boleh la lagi sebab belum matang kan. Agak2 tak larat nak pujuk tinggalkan je cari lain. Dah nak merajuk sangat kan. Bhahaha.

Tapi kalau dah kahwin, takkan nak merajuk macam tu. Ko ingat ko budak2 nak merajuk2 je kerja? Asal merajuk nak lari rumah mak. Aiyo. Kang tak pepasal laki cari lain. Merana hidup! Jadi cara nak hadapi adalah dengan sentiasa berbincang hati ke hati. Masa ada masalah tu, tengah dok panas hati, jangan lah rushing2 nak jugak berbincang. Takde maknanye bincang kot. Mahu bergaduh lagi besau ade la agaknye. Biar masing2 dah sejuk hati dan dah boleh fikir secara rasional, baru berbincang dari hati ke hati cari penyelesaian. Itu yang terbaik.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~






6 benda ni je pengajaran yang aku dapat ambil dari movie tu. Yang selebihnya tak dapat nak detect sebab aku tertidur dah masa tu. Huk3. Aku rasa lastly dorang kahwin jugak kot. Tak pasti la pulak. Nanti nak download la movie tu tengok lagi sekali. Tapi point2 yang die cuba sampaikan dalam movie tu semuanya betul dan kita boleh ambil iktibar. Aku cuma sampaikan dalam bentuk pemahaman aku la daripada point2 itu. Sebenarnye banyak lagi yang perlu kite selami tentang alam rumahtangga ni. Tapi rasanya yang ni pun cukup kot untuk kita cuba fikir2 kan.


Mesti ada orang cakap. "Eleh! Ko belum kahwin boleh la cakap macam tu. Cuba dah kahwin tengok ape ko rase." Hello. Memang la aku belum berkahwin lagi. Tapi tak semestinya aku tak perlu ambil tahu semua tentang ini kan? Sekurang-kurangnya sebelum aku berkahwin, aku dah ada ilmu sikit tentang alam rumahtangga untuk persediaan masa hadapan. Lagipun aku sendiri ade pengalaman dengan perkahwinan kawan2 aku. Kadang2 bile dorang ada masalah dan perlukan pandangan yang rasional, mesti dorang cari aku yang belum kahwin ni ha. Jadi disamping memberi pandangan, aku ambil pengalaman mereka sebagai iktibar buat aku.




Perkahwinan bukannya pengakhiran sebuah perjalanan kehidupan tapi sebenarnya permulaan sebuah kehidupan. Macam2 perkara yang perlu kita hadapi setelah berkahwin. Kahwin bukan semata-mata untuk melunaskan keperluan batin atau seks sahaja. Tanggungjawab yang perlu dipikul sangat banyak. Sebagai seorang isteri atau suami, seorang ayah atau ibu, seorang anak menantu kepada keluarga mentua dan banyak lagi tanggungjawab lain. Yang itu semua yang perlu kita fikir dan lunaskan. Ingat tu! Jangan dalam pale otak tu asyik fikir KAHWIN=SEKS je. Nak kena lepuk?



Bisik2 :: Bila orang berkahwin hanya kerana tuntutan nafsu, maka pasti akan ada isu kahwin cerai. Betul tak?



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Thursday, 10 February 2011

~Anak Dara Tua Tak Laku?!~



Assalamualaikum!


Entri lepas aku dah tulis pasal 'andartu'. Entri kali ni nak tulis pasal cinta yang ada kaitan dengan tajuk 'andartu'. Boleh? Lagipun rasanya macam dah lama tak cakap pasal cinta kan? Jadi entri kali ni aku nak menggedik sikit cakap pasal cinta la. Boleh tak, boleh tak? Tak boleh pun ape aku kesah, ini belog aku. Aku nak tulis jugak. Kui3. Hoi! Tak baik la cakap macam tu. Sori2. Heee..^_^


Ok la. Sape2 yang dah lama ikut belog aku ni mungkin dah tahu kot kisah cintan cintun aku kan walaupun tak banyak yang aku cerita pun dalam belog ni. Buat yang tak tahu lagi takpe. Tak jadi masalah pun. Bile baca entri ni korang akan tahu jugak serba sedikit. Kisah percintaan aku bukan le hebat mane sangat pun nak p canang2 satu dunia belog. Bukan aku bercinta dengan artis ke, atlet ke, pemain bola ke. Tak la weh. Cinta Hati aku orang biasa2 je. Tapi ade la iras Faizal Hussein kot. Keh3.





Aku kenal dengan encik CH ni tahun 2005 masa study kat UMS (cawangan Labuan) dulu. Ye. Labuan menemukan kami berdua. Aiseh! Kini dah hampir 6 tahun la kirenye. Habes belajar masing2 bawak haluan sendiri. Aku kerja di Penang dan dia kerja di Kolumpo. A'ah! Long Distance Relationship la pulak. Ok je. Boleh elak maksiat gitu. Lagipun masing2 'kuat', jadi hubungan berjalan seperti biasa walaupun jauh dan tak jumpa. Itu bukan masalah pun. Tahun ni masuk tahun ke-3 kami LDR. Oh! Terlupa pulak. Kalau nak tahu, beliau muda dari aku 2 tahun. Dan inilah kisahnye yang ada kaitan dengan 'andartu' itu.


"Tak malu! Bercinta dengan lelaki muda. Mesti kau ni ANAK DARA TUA tak laku takde laki nak. Sebab tu bercinta dengan lelaki muda."

Apa korang rasa bila ada orang cakap macam ni kat korang? Best tak? Rasa nak marah tak? Kalau aku, sikit pun aku takde rasa nak marah. Pendek kata, aku takde rasa apa2 pun dengan sumpah seranah tu. Rasa kesian lagi ade la. Mungkin yang menyumpah tu main serbu je cakap. Ye la kan. Siapa tak jeles 'anak-dara-tua-tak-laku-takde-laki-nak' boleh couple dengan laki muda. Dah tu lelaki muda tu pulak yang lamar jadi kekasih kan. Bukan 'anak-dara-tua- tak-laku' yang terhegeh2. Mahu tak jeles. Wahaha. Itulah tandanya 'anak-dara-tua-tak-laku' tu nampak muda sebenarnya. Sebab tu la ada lelaki muda sangkut. Ye tak?


Bukan nak cakap besau. Tapi itu la pasalnye. Kalau ada lelaki yang nak approach aku, mesti umur muda dari aku. Ada sekali tu adik angkat sendiri nak 'angkat' aku jadi gelpren. Aiyoyo karavale! Cannot be lah! Itu harus lah aku memprotes habes-habesan. Gilos betul! Salah aku ke kalau ada lelaki muda suka aku? Dah tu nak buat macam mana kalau dah muke aku ni ha macam bebudak je. Udah la kecik kemetot. Muka tak reti2 nak nampak tua. Awet muda sentiasa. Bhahaha. Dah mai dah penyakit perasan aku! Sila pasrah.





Hmm. Bukan tak pernah ada yang sebaya cuba masuk line. Yang lebih tua pun ada. Tapi ntah la weh. Tak ngam langsung! Mungkin sebab sifat aku kot yang manja dan keanak-anakan maka dengan lelaki muda la lebih ngam. Ye ke? Takde lah. Itulah namanya JODOH. Bukan aku mintak pun nak couple dengan lelaki muda dari aku. Mungkin itu ketentuan Allah, maka aku dipertemukan dengan encik CH. Masa tu umur aku 21 tahun dan die 19 tahun. Eh? 21 tahun tu! Bukan 'anak dara tua' tak laku lagi masa tu kan?


Aku boleh terima encik CH pun sebab dia yang approach aku. Lamar untuk jadi isteri dia dan ibu kepada anak2 dia. Bukan kekasih je. Dah tu takkan la aku tak jatuh hati kan? Memang 'cair' la terus. Mana ada lagi lelaki yang lamar aku macam tu sebelum aku jumpa dia. Takde! Dia lelaki pertama lamar aku cenggitu siap nanges2 lagi. Ops! Terbocor rahsia beliau nanges. Bhahaha. Padahal aku pun nanges sama. Macam hampeh je. Dan alhamdulillah hubungan bertahan sehingga kini walaupun sekarang LDR.


Kesimpulannya di sini, jangan sesedap mulut je nak gelar orang 'ANAK DARA TUA TAK LAKU' eh. Tak kesah la kalau dia couple dengan lelaki muda ke, die belum kawen lagi ke. Bercinta dengan lelaki muda bukan bermakna perempuan tu 'anak dara tua tak laku' tau. Itu tandanya dia nampak muda. Hak3. Kalau perempuan tu tak kawen lagi pun bukan bermakna dia 'anak dara tua tak laku' jugak. Itu bermakna belum sampai lagi masa dia nak berumahtangga. Mungkin ada tanggungjawab yang lebih penting dia nak selesaikan dulu. Hormatlah orang sikit weh! Jaga tutur kata tu.



Bisik2:: Dalam dunia ni, ramai sangat golongan yang 'mulut busuk' kan?



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Monday, 7 February 2011

~Hinakah bergelar 'andartu' dan apakah penyebabnya?



Assalamualaikum!


Terlebih dahulu nak mintak maaf sangat2 sebab nak bincangkan topik macam yang tertera kat atas tu. Topik ini mungkin agak sensitip la sikit bagi sesetengah kaum perempuan ye. Maklum la kan, siapa la suka dirinya dilabel sebagai 'andartu', 'kertu' atau 'andulusia'. Tambah2 yang belum berkahwin lagi. Dah la belum kahwin pastu takde boipren pulak. Adoiii. Memang sakit hati la sangat2 kan bile orang sedap2 je nak label diri kita macam tu. Ye tak? Hina sangat ke? TAK! Jangan anggap macam tu ok.


Oh oh. Sebelum berbicara lebih lanjut meh kite selami dulu ape maksud terma-terma yang aku dah sebut tadi tu. Rasa nya semua orang tahu kot maksud2 nye. Tapi takpe la. Biar aku explain jugak. Bagi yang masih belum tahu, 'andartu' maksudnya anak dara tua dan 'andalusia' pulak maksudnya anak dara lanjut usia. Yang 'kertu' tak tahu pulak aku shortform dari ape. Agaknye 'kerepot tua' kot. Hiks. Memandai je aku ni kan? Tapi maksud ketiga-tiga ni adalah sama iaitu golongan perempuan yang usianya dah lanjut tapi masih lagi single-mingle atau belum berkahwin.


Apa perasaan bila dilabel macam tu? Marah? Suka? Rasa nak lempang laju2 je orang yang cakap macam tu? Ops ops. Rileks dulu. Lantak la dorang nak panggil ape pun. Yang penting muke still awet muda ok. Ala. Umur tu angka je beb! Kalau pandai jaga penampilan dan kesihatan, korang still nampak muda tau. Kadang2 lebih nampak 'remaja' dari gadis2 remaja. Tak percaya? Tu tengok Nasha Aziz tu. Maintain lawa je weh walaupun umur dah nak masuk 40-an dan masih belum kahwin. Elly Mazlien pun! Ohh..dia sangat comel tau walaupun dah 30-an.



Ok. Meh kite tengok kenapa ramainya perempuan yang tergolong dalam golongan ini. Kenapa mereka tak nak ada boipren? Kenapa masih belum berkahwin? Ini adalah antara sebab-sebab yang aku dah kenalpasti hasil daripada pemerhatian dan pembacaan aku. Sekadar nak berkongsi je la dengan korang.




#1 : Kecewa Dalam Percintaan
Ini mungkin salah satu faktor utama penyebab perempuan2 ni sanggup bergelar 'andartu'. Dah serik untuk bercinta lagi sebab dah hilang kepercayaan pada lelaki. Bagi mereka, lelaki semua sama je dan tak boleh dipercayai. Mungkin sebab tu mereka taknak dah terlibat dalam percintaan dan kalau boleh takmau kahwin. Takut dikecewakan.




#2 : Fobia Dengan Perkahwinan
Yang ini mungkin kerana pernah mengalami sejarah hitam dalam keluarga tentang alam perkahwinan. Maksud aku, ibu bapa pernah bercerai atau ibu bapa selalu bergaduh depan mereka dan nampak ibu selalu kena pukul. Jadi itu dijadikan penyebab mereka takut untuk menempuh alam perkahwinan. Atau mungkin juga sebab selalu berhadapan dengan masalah2 perkahwinan yang dirujuk di pejabat agama dan mahkamah syariah. Yang ni bagi yang bekerja sebagai kaunselor atau peguam syariah. *Betul tau! Kakak kepada kawan kakak aku yang cakap ni sebab die peguam syariah dan die takmau kahwin sebab ni.




#3 : Komited Dengan Kerjaya atau Pelajaran
Terlalu komited dengan kerjaya sampai takda masa untuk diri sendiri dan mencari pasangan hidup. Asyik ingat kerja kerja kerja. Pastu bagi yang gile belajar pulak, selagi tak dapat PhD takmo kawen. Perlu beri sepenuh komitmen terhadap pelajaran. Mak ai! Gile study betul.




#4 : Kerja Hebat dan Berpelajaran Tinggi
Ada jugak sebab ni tau. Memandangkan perempuan2 ni kerja nye hebat2 dan berpelajaran tinggi, maka lelaki2 pun takot nak dekat. Kang kena pandang lekeh lak katanya. Jadi membujang le perempuan2 itu.




#5 : Terlalu Memilih
Ermm..yang ni salah perempuan tu sendiri la kot. Nak memilih sangat2. Nak yang kaye, yang encem, yang macho, yang macam2 lagi la ciri yang hebat2. Tak sedar yang diri tu sendiri biase2 je tapi terlampau high taste and demand.




#6 : Jodoh Belum Sampai
Tak tahu la betul ke idak. Mungkin alasan sebab mereka tak bersedia lagi. Mungkin juga Allah nak menguji mereka. Yang aku pasti, setiap manusia ada jodohnya dan telah ditetapkan pasangan masing2. Hanya perlu berusaha untuk mencari jodoh tersebut. Tapi yang ni semua kan kerja Allah. Hanya DIA saja yang tahu apa yang terbaik buat hamba2Nya.




#7 : Komitmen Pada Keluarga
Yang ini mungkin bagi perempuan2 yang terlalu mementingkan keluarganya. Mahu menyara keluarga terlebih dahulu sehingga berada pada tahap yang cukup selesa. Lepas tu baru mereka memikirkan tentang diri dan masa depan mereka. Tanpa disedari masa tu umur mereka dah capai tahap berusia.



Setakat yang ni je la yang aku dapat kongsikan. 7 sebab utama ni la yang aku nampak pun. Soal jodoh ni rahsia Allah. Semuanya sudah diaturkan. Hanya DIA saja yang tahu. Kita hanya mampu usahakan yang terbaik untuk dapatkan jodoh yang baik bagi diri kita. Berusahalah kerana setiap usaha itu pasti ada keuntungannya yang tersendiri. "Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu selagi orang itu tidak berusaha untuk mengubahnya sendiri."




Kenapa eh tetibe je aku bincangkan topik ni? Sebab aku pun tergolong dalam golongan ni ke? Oh oh! Takla kawan2. Aku masih muda remaja lagi tau! Tengok la rupe aku tu, macam bebudak sekolah je lagi kan? Agak2 korang berapa umur aku? Cuba teka! Wahaha. Tak payah la nak teka2. Umur aku dah doplohnam dan bakal menginjak ke doplohjuh bulan Merdeka nanti. Tapi aku tak kesah pun. Umur tu cuma angka je la. Aiseh. Nak pujuk diri sendiri tu. Wakaka.


Orang2 tua dulu cakap, kalau suka menyanyi dalam bilik mandi nanti jadi anak dara tua a.k.a andartu. Betul ke? Takde la. Bukan itu penyebabnye. Itu cuma teguran orang2 tua supaya anak2 dara ni tak melalak2 memekak dalam bilik air tu masa tengah mandi. Huduh je orang dengar. Kalau suara sedap tu takpe jugak tapi alahai idok le sedap didengo. Sebab tu kena tegur. Ada paham?


Cuma satu je la nak pesan kat sini. Mulut tu sila lah jangan celupar sangat sesuka hati nak menggelar perempuan2 yang dah berusia tapi masih belum bertemu jodoh, takde pakwe dan belum berkahwin dengan panggilan sebegitu. Mungkin secara luarannya nampak mereka macam tak kesah pun tapi mana tahu dalaman mereka terluka diberi gelaran sebegitu. Tak baik ok! Setiap peristiwa itu ada hikmahnya kenapa berlaku. Jangan pertikaikan aturan kerja Allah. DIA Maha Mengetahui segalanya.



Bisik2 :: Jangan hina mereka2 yang tergolong dalam golongan ini. Hormati hak privasi mereka.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 5 February 2011

~Kenduri Doa Selamat @ Kenduri Tahlil?~



Assalamualaikum!


Selamat pagi kawan2 semua. Haa..tu yang dok ngadap belog tu dah mandi ke belom? Bangun2 terus ngadap belog eh. Blogger tegar la katakan. Huahuahua. Eh! Aku dah mandi tau. Bangun2 terus mandi dulu. Urus menatang2 peliharaan bagi beyak, makan minum, baru aku ngadap belog tau. Cuti2 ni rajin pulak aku menulis. Kalau idok pemalas nak mampos. Idea tu ade je nak menulis. Tapi bile angen malas tu datang memang takde la maknanye aku nak tekan2 keybod. Kui3.


Wokeh! Pagi ni kite cakap pasal tajuk yang tertera di atas. Sebenarnye dah lama benda di dok berlegar2 kat kepala otak aku ni. Jadi, aku nak share la dengan korang kan. Kot2 korang pun ade pendapat jugak. Boleh la kite bertukar2 pandangan. Teringat pasal ni balik sebab terfikir2 kata2 mak besties aku masa aku pergi menziarah beliau dan baby kat rumah beliau tempoh hari.


Biasa la kalau sembang dengan orang2 tua ni. Mesti la die tanya bile aku pulak nak bernikah kan. Almaklum la, besties aku kan dah kawen dan dah dapat seorang anak. Kawannye yang pergi menziarah ni bile lagi. Huahuahua. Terkedu aku masa tu bile ditanye soklan cepumas dari makcik tu. Jadi nye, aku layankan je la soklan makcik tu. Sembang punye sembang terkeluar la pasal kenduri2 ni. Kata makcik ni, orang2 masjid taknak masuk rumah buat tahlil kalau ade pelamin dalam rumah. Sebabnye pelamin tu ikut budaya hindu. Aku diamkan je masa dengar makcik tu bercerita.




Jadi, persoalannye macam ni. Sesuai atau tidak masa kenduri meraikan pengantin baru dibuat kenduri tahlil? Pada pendapat aku, sangat la tidak sesuai sebab tahlil adalah untuk disedekahkan pada mereka2 yang sudah meninggal dunia. Masa majlis akad nikah @ sanding ni bagi aku lebih sesuai dibuat kenduri doa selamat. Doa Selamat yang mendoakan kesejahteraan rumah tangga yang bakal ditempuh oleh pasangan pengantin. Itu baru ngam!


Tapi itulah pasalnye. Aku pelik sikit dengan orang2 kat taman aku ni ha. Asal nak buat kenduri tunang ke, kenduri nikah ke, kenduri sanding ke, mesti nak buat sekali dengan tahlil. Tak kena langsung la bagi aku. Pada firasat aku, lebih sesuai masa nak buat kenduri2 tersebut diiringi dengan doa selamat. Ye la. Kan ke itu majlis yang gembira untuk meraikan bakal pengantin. Bukan majlis sedih berkabung atas kematian seseorang. Pernah jugak menyuarakan pendapat aku ni pada mereka2 yang lebih veteran ni. Tapi faham2 je la. Berlalu pergi begitu sahaje pendapat aku tu. Huuu.


Jadi, apa pulak pandangan korang? Rasa-rasanye, pandangan aku ni sama ke dengan pandangan korang eh? Ke korang ada hujah yang lebih kukuh untuk membantah pandangan aku ni? Sila la kongsi2 eh. Nak jugak tahu pandangan dari rakan2 blogger aku. Lain orang kan lain pandangan. Ok la. Nak p melantak nasi lomak jap. Pagi2 dah ternak lemak. Kui3.



Bisik2:: Rumit jugak eh berbicara soal adat dengan agama ni. Hmmm.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 4 February 2011

~CANTIK ITU SUBJEKTIF!~



Assalamualaikum!


Hari ni kita berbicara perkara serius sikit. Mintak maaf terlebih dahulu kalau menyinggung perasaan. Ini hanyalah pandangan dari aku saja. Maaf kalau ada yang tidak setuju. Lain orang lain pandangan dan pemikiran kan? Jadi aku sekadar mahu berkongsi pandangan aku tentang perkara ini. Sebenarnya aku tertarik dengan tulisan cikgu Zara "Nak Menantu Cantik, Biar Cucu Comel". Pada firasat aku, makcik tu salah konsep la. Sepatutnya dia kena cakap "Nak Menantu Bijak, Biar Cucu pun Bijak!".


Sebab apa? Kalau korang semua nak tahu, gen kecantikan/kecomelan tu datangnya dari sebelah bapa. Ya! Gen dari sebelah bapa. Jadi, makcik tu kena cermin dulu muka anak lelaki die tu kacak atau tak. Kalau rupa anak dia kacak, kemungkinan besar dia nak cucu comel memang akan tercapai. Kalau rupa anak dia biasa2 saja, mimpi je la nak dapat cucu yang comel2. Itu fakta. Ada kajian tentang itu. Kakak aku pun pernah bagitau tentang perkara ni kat aku.


Kalau nak contoh, sila lah google sendiri gambar anak artis2 yang cantik tapi suaminya biasa2 saja dan anak artis yang kacak tetapi isterinya biasa2. Bukan tujuan aku nak menghina. Cuma nak bagi korang fikirkan sendiri. Try la google. Pandai2 la cari eh. Nampak tak perbezaan?




Kenapa aku tulis makcik tu perlu sebut "Nak Menantu Bijak, Biar Cucu pun Bijak"? Ya! Sebabnya gen kepandaian/bijak itu datangnya dari sebelah ibu. Bukan lah aku nak kata, biar ayah die bodoh mak bijak pun takpa sebab konfom dapat anak bijak jugak. TAK. Bukan macam tu. Tapi secara saintifiknye, kajian mengatakan anak2 yang bijak memperolehi gen bijak dari ibunya. Serius! Kalau tak percaya sila cari sendiri fakta tentang itu.


Cantik/kacak itu kan subjektif pada pandangan mata manusia. Mungkin pada mata kita, orang tu nampak cantik/kacak tapi pada mata individu lain orang itu biasa2 saje. Kita tak boleh sewenang-wenang nak menghina rupa yang dimiliki seseorang hanya kerana tak kena pada pandangan mata kita. Sebab itu seolah-olah menghina kejadian Allah. Apa sahaja yang dijadikan Allah dah cukup sempurna dan cantik. Sekalipun mungkin ada sedikit kecacatan, itu adalah ujian yang Allah berikan pada individu tersebut. Jadi, tak perlu la sampai nak menghina kekurangan tersebut. Berdosa tahu!


Tapi itulah kelemahan manusia. Di mata hanya nampak kecantikan luaran saja dan pada pandangan mereka kecantikan rupa paras itu sangat PENTING. Sedangkan itu hanyalah bonus yang Allah berikan. Kalau rupa saja cantik/kacak tapi dalaman langsung tak cantik takde guna jugak. Sia-sia je. Jadi bersederhana lah dalam memilih pasangan. Yang penting cari yang sekufu. Dalam Islam pun ada cakap, untuk elakkan perkara hina menghina dalam perkahwinan, carilah yang sekufu. InsyaAllah perkara tu boleh dielakkan.


Kesimpulannya, janganlah jadikan isu rupa paras ni sebagai halangan untuk berkahwin. Kalau dah memang jodoh dah ditentukan Allah, cantik dan hodoh macam mana pun kalau itu jodoh maka bersatu la jugak akhirnya. Jangan lah jadikan perkara ini isu besar. Kan aku dah cakap, CANTIK ITU SUBJEKTIF. Sebenarnya semua orang cantik pada pandangan mata Allah kalau kita sentiasa menurut perintahNYA.





Bisik2:: Rajin2 la amalkan surah Yusof lepas solat masa peknen tu insyaAllah anak yang keluar nanti rupa comel je.




Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

~Cermin Mata VS Mata Palsu~



Assalamualaikum!


Selamat malam semua. Macam mana pergi beraya siang tadi? Banyak dapat angpow? Kui3. Aku tak p mana2 pun hari ni. Merehatkan badan je kat rumah. Best gile dapat tidur siang. Dah lama tak buat. Wahaha. Anak dara pemalas! Sila jangan tiru perangai saye ok. Lepas puas tido, petang nye aku dengan besties aku, cik Wahida pergi tengok puan Wanie dan baby beliau. Ya Allah! Baby beliau kecik gile! Takut2 aku nak dukung baby Rayyan tadi. Kecik sangat! Bukannye ape. Aku takut terpatah ke, terpenyek ke kan. Dah la aku ni gedebob. Kui3.


Okay okay. Berbalik pada topik. Buat pengetahuan kawan2 blogger, aku ni sebenarnye mata rabun cap ayam. Wahaha. Siyes! Aku ni rabun jauh. Yang jauh2 tu kalau tak pakai mata pelesu memang tak nampak la. Kabur2 je. Nampak kembang2. Kena kecik2 kan mata baru nampak. Itu pun kurang jelas kadang2. Hehe. Masa tengok tv pun macam tu jugak kalau tengok jauh2. Sebab tu aku suka tengok tv dekat2 walaupun tak elok untuk kesihatan mata aku yang dah sedia rabun ni. Tapi power takde la tinggi mana sangat. Sebab tu la aku eksyen takmau pakai spek. Nanti dah tak comel! Nampak macam cikgu2. Wahaha. Alasan tak boleh pakai betul!


Aku cuma pakai spek bile kat rumah je. Itu pun masa nak mengadap tv. Mak marah kalau aku p tengok tv dekat2. Jadi kena la pakai spek. Bile keluar pergi kerja @ berjalan memang aku akan pakai mata pelesu aku la. Mata pelesu tu contact lens la wei. Ntah hape2 je kan perangai. Buat spek mahal2 tapi takmau pakai. Keh3. Bukan takmau pakai. Tapi aku rasa rimas la. Tak selesa. Mungkin sebab tak biasa kot.




*Mata sebenar yang kaler ceklat! (Saye memang banyak parut jerawat di pipi..T_T)*


Aku start dapat penyakit rabun ni masa form 4, Tapi masa tu tak teruk sangat. Still nampak lagi yang jauh2 cuma tak berapa nak sharp la. Rabun mungkin sebab aku suke belajar sampai lewat malam pastu dengan pencahayaan yang tak cukup terang masa membaca. Maka dapat lah penyakit rabun ni. Tapi sumpah tak best bile kena pakai spek. Sebab tu aku jarang2 pakai. Sampai la sekarang ni ha.


Start masuk U mata makin worst. Sebab dok ngadap komputer je maklum la belajar subjek komputer ni ha. Tapi still takmo pakai spek lagi. Eksyen kemain. Start kat U dah pandai nak pakai mata pelesu. Nak beli yang kaler maler memang tak mampu la weh masa tu. Dah la hidup dengan duit pinjaman PTPTN je. Jadi mampu pakai soft lens yang jernih saje la. Sampai sekarang still pakai lens biasa.


Alkisah, mata pelesu yang aku beli stok untuk setahun dari tahun 2010 tu dah nak habes sebenarnye. Jadi nak kena beli yang baru la. Ehem! Cadangnye dalam hati ni macam teringin je nak try pakai mata pelesu yang kaler maler pulak. Kui3. Itu je sebenarnye aku nak sampaikan. Tapi explain panjang berjela. Wahaha. Ye. Aku teringin nak pakai lens kaler maler pulak. Nampak macam cantik je orang lain pakai. Air muke berubah terus. Tu yang tergedik2 nak try tu. Kot2 boleh nampak cantik jugak. Keh keh keh.


Tapi tapi tapi...kazen kesayangan cakap, mata aku dah cantik kaler ceklat. Walaupun ceklat gelap tapi dah santek mata aku ni ha. Buat ape nak pakai yang kaler maler lagi. Tak santek kata die. Tak nampak ori. Masalahnye aku macam teringin nak cube. Saje nak buat kelainan sikit. Aiseh! Mengade pulak. Kui3. Agak2 sesuai tak aku pakai mata pelesu kaler maler? Ada can tak nampak comel mata bulat macam Heliza AF? Wahaha. Perasan nak mampuih la ang ni cik sha oi. Nak try ke taknak eh? Hmmmm.


*Lihatlah mataku...Kui3...Ini mata ori tau!*


Bisik2:: Kalaulah mata aku tak rabun kan ke syiok. Tak payah perabih duit beli lens. Dugaan. T_T


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Thursday, 3 February 2011

~Penghargaan istimewa buat FOLLOWERS tersayang!~



Assalamualaikum!


Masih ada ke orang yang sudi datang ke teratak comel aku ni? Comel? Wahaha. Perasan betul! Apa-apa pun terima kasih pada yang sudi singgah di sini. Sayang semua. Ecece. Ayat ambik hati tu. Kui3. Maaf sebab lama menghilang. Seminggu lebih jugak kan. Ke mana aku menyepikan diri? Takde pergi mana2 pun. Saje nak bagi ruang untuk diri sendiri. Aiseh! Agak sibuk dengan kerja dan mood untuk menulis tu kurang sikit. Itu yang jadi pemalas nak update belog. Takpe2. Kini aku telah kembali bersemangat untuk mengupdate belog sekerap yang mungkin. InsyaAllah. Tak boleh janji jugak. Kang tetibe mai angin malas tak update jugak. Keh3.


Oh! SELAMAT TAHUN BARU CINA buat yang menyambut perayaan ini. Walaupun aku ada darah cina dari sebelah arwah abah, tapi kami tak pernah pun sambut. Sebab datuk sebelah arwah abah pun dah lama 'pergi' dan aku tak sempat pun nak kenal beliau sebab masa tu aku pun belum wujud. Ntah ade ke tak sedara mara sebelah sana pun aku tak tahu. Yang aku tahu arwah abah anak tunggal beliau dengan nenek sebelum mereka bercerai. Kalau lepas tu die kahwin lain dan ade anak2 tak tahu le pulak kan. Eh! Selamat bercuti juga buat semua yang bercuti dari kerja dan juga study. Enjoy your holiday!


Ada berita sedih. Semalam rabbit kesayangan aku, Blacky dah meninggal. Wuu. Sedih! Depan mata aku pulak tu die habes nyawa. Nak kata sakit, pagi sebelum aku pergi kerja tu sehat je die aku tengok. Siap melompat2 tak sabar aku nak bagi makanan kat die time tu. Malamnye tengok die dah terkulai tak larat nak bangun. Semalam aku balik lewat sikit sebab pergi tengok wayang cerita The Green Hornet dengan Enny. Balik dari tu la aku tengok die dah terkulai. Wuuu. Selamat jalan Blacky. Sian Whitey tinggal sekor2 die sekarang ni.


Oh oh! Taknak sedih2 dah. Cukup la semalam dah nangis. Sekarang nak cakap pasal berita gembira pulak. Berita gembira ni untuk followers belog aku ni la. Mekaseh korang sebab sudi mengikuti kisah kehidupan aku di belog ini. Walaupun mungkin yang follow tu just kelik je button follow tapi tak baca, takpe la kan nak wat camne. Aku bukan paksa pun suruh follow dan baca. Apa2 pun terima kasih banyak2 yang tak terhingga terutama kepada followers yang kelik button follow dan rajin singgah baca. Sayang korang!



*Tengok dekat tab 'FOLLOWERS' yang aku bulat merah tu!*



Dan untuk menghargai kesudian korang tu, aku telah buat satu page untuk link kan belog korang kat situ. Gigih gila aku p belek satu2 follower dan cari link belog korang tau. Sampai tiga hari aku buat. Nak menangis rase sebab dah buat banyak2 tetibe hilang semua link sebab laptop ngok ngek off sendiri. Tak sempat nak save. Dah kena buat lain. Wuu. Tu baru 400 je followernye. Kalau ribu riban tak tahu le. Nasib baik tak ramai sangat. Kikiki.


Ape2 pun terima kasih korang! Banyak betul perkataan 'terima kasih' aku dalam entri kali ni. Hehe. Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih! Hanya yang tu je la yang mampu aku ucapkan untuk korang yang sudi membaca belog aku yang kalau ade entri je mesti panjang berjela-jela nak mampos. Maklum le aku ni tak reti nak memendekkan cerita. Sangat salute la dengan korang2 yang sangat rajin membaca. Heee.





Bisik2:: Aku lebih sayang kat mereka yang baca belog aku ni dari yang tekan je button follow tapi tak baca.



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com