Adakah Dia Untukku?

Assalamualaikum. Hai!


Masih belum boleh melelapkan mata. Tak mengantok pulak rase. Jadi sengaja meng'online'kan diri dan tetiba jari-jemari rasa ringan nak menaip. Tadi ramai betul yang share status dan gambar bulan malam ni kat fesbuk. Nampak macam cantik sesangat. Hati rasa teringin nak keluar tengok sendiri. Tapi memandangkan kawasan perumahan ni yang sunyi nak mampuih dan rumah aku pulak dekat dengan hutan getah, terus hasrat nak tengok sendiri bulan tu terbantut. Tak berani le pulak. Aku ni agak penakot le jugak sebenarnye. (-_-")


Berbalik kepada motif entry. Ececeh. Tajuk entry kemaen lagi kan? Huahuahua. Sebenarnye terpanggil nak tulis pasal ni bile teringatkan rancangan Semanis Kurma minggu lepas yang membincangkan tentang tajuk 'Dia Untukku'. Aku tengok yang ulangan punye kat tonton sebab tak sempat nak tengok malam Khamis tempoh hari. Pergi mengkebumikan kucing kesayangan aku yang meninggal malam tu. Wuuu.


Bila dengar diskusi dalam rancangan tu, hati ni terusik sikit. Terkena jugak la sedas dua das kat batang hidung sendiri. Terasa ai tau! Ye la kan. Bercinta dah bertahun-tahun. Umur pun dah makin lanjut. Tapi masih belum lagi mendirikan rumahtangga. Hmm. Terfikir la jugak dan hati ni macam tertanya-tanya dan mulalah bermonolog sendirian. Benarkah si dia yang dicintai itu adalah untukku? Tetiba hati menghasut dan fikiran menjadi jahat memikirkan yang bukan-bukan. Ish3.






Entahlah. Bukan tak yakin. Hati sangat yakin. Yakin sebab sebelum terima lamaran menjadi bakal suri dia satu masa dulu pun, aku dah buat solat istikharah berkali-kali mohon petunjuk Allah. Tidak minta diberikan petunjuk melalui mimpi. Tapi cukuplah sekadar memudahkan perjalanan hubungan yang terjalin. Setiap kali lepas solat pun aku tidak pernah putus berdoa memohon dariNya. Sebab hati ini rasa sangat kuat terikat pada dia.


'Jika dia benar untukku maka dekatkanlah hati kami dan permudahkanlah perjalanan kami untuk menuju ke alam pernikahan kerana aku ingin berbakti kepada dirinya sebagai isteri yang solehah demi mencari redha-Mu ya Allah. Tapi jika dia bukan untukku maka jauhkanlah hati kami dan redhakanlah hatiku menerima segala ketentuanMu.'


Itulah doaku sejak pertama kali mengenali si dia sehingga kini. Walaupun masih belum sampai masanya lagi aku bergelar isteri pada si dia tapi alhamdulillah perhubungan yang terjalin masih utuh. Mungkin sebab itulah aku masih setia sampai sekarang. Kini dah hampir 6 tahun kami berkawan dan dah 3 tahun bercinta jarak jauh lepas habes belajar. Alhamdulillah. Hati ini tak pernah terusik pun untuk berpaling dari dia walaupun ramai yang menggoda. Ececeh. Macam le 'hot' sangat. Perasan je lebih. Kuikuikui.



~Sesi berangan kat pelamin kakak aku masa die kawen tahun 2009. Kami berdua jadi pengapit. Jadi haruslah interprem juge atas pelamin. Kuikuikui. Bila la pulak giliran kami ye? Tungguuuuu.~



Mungkin benar dia memang untukku cuma masanya masih belum tiba lagi buat kami. Sedang berusaha ke arah itu sebenarnye. Tengah kumpul duit le ni wei. Ingat senang ke nak kawen? Banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Dari sekecil-kecil perkara sampai lah yang terbesar. Diri pun kena dipersiapkan jugak. Nak pikul tanggungjawab yang sangat-sangat berat jika dah bergelar suami isteri nanti. Persiapan sangat perlu ok! Perkahwinan bukan perkara main-main. Aku sangat serius tentang hal ini tahu.



InsyaAllah jika ada rezeki dan jodoh kami masih kuat, pasti kami akan bersatu sebagai suami isteri yang sah. Jangan le risau sangat asyik bertanya bila aku dan dia nak kahwin. Aku penat dah nak jawab sebenarnye. Takkan lah dah bercinta lama-lama kami takde perancangan nak berkahwin pulak kan? Mesti la ade sayang-sayang sekalian. Orang otak mereng je yang bercinta tapi takmau kahwin. Kami ni normal ok! Ada berita baik nanti akan aku khabarkan pada semua. Don't worry! Cumanya kami ni low-profile la sikit ye. Hehe.



Bisik2 :: Menunggu tibanya saat diri akan menjadi kekasih halal buat si dia. InsyaAllah..

16 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. perghhh 6 tahun bercinta...

    kau memang tabah la sha....


    aku tak pernah rasa setia selama tu

    T__T

    BalasPadam
  2. Tabah kan aku? huahuahua..

    Walaupun kekadang hati ni terdetik jugak menda yg bukan2..maklum le sebab jauh kan..tapi tu le, perasaan tu masih tetap kuat..

    Mudah-mudahan, benar la die tu untuk aku..doakanlah aku dgn die cecepat sket kawen eh..keh3..

    BalasPadam
  3. lama tue sha..6 thn..pape pun sentiasa waspada tau..jgn leka ngan hubungan tue...

    BalasPadam
  4. tak lama dah niii :D kahwin lah tu. hehe, mungkin belum sampai seru lagi. mungkin dalam masa terdekat. who knows kan ?:D tapi kalau dipercepatkan lagi bagus :)

    BalasPadam
  5. 6 tahun bercinta..lamanya..dasyat cinta korang ni..kagum2..mcm kj..kj kenal dia 5 bulan je skang kami dh bertunang..jodoh itu urusan tuhan kan..semoga cik sha kawin cepat amin....

    BalasPadam
  6. @Zura ::

    insyaAllah kak..takkan terleka..lagipun stay jauh2 ni..bersyukur la jugak sebab boleh elak maksiat..hehe..

    BalasPadam
  7. @Namee Roslan ::

    insyaAllah Namee..aminnn..mudah-mudahan seru tu sampai la tak lama lagi..eekeke...

    BalasPadam
  8. @Kumbang Jingga ::

    lama gila kan? hoho..

    wahhh..ko dah tunang ke KJ? alhamdulillah..semoga berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan selamanya..

    usia perkenalan tu tak penting..yang penting semua itu dah tersurat..even baru kenal 5 bulan pun..semoga hubungan ko dengan tunang baik2 saje dan dirahmati Allah..


    terima kasih sebab doakan aku cepat kawen..aminnnnnnnnnnnn..^_^

    BalasPadam
  9. InsyaALLAH, kalau ada jodoh tu, tak kan ke mane :)

    BalasPadam
  10. tengok jugak semanis kurma..suke sgat tajuk tu..
    hope korang berkekalan ye..

    BalasPadam
  11. sblm kawen sy sendiri tak tau siapa jodoh saya even ms tu tgh in love dgn someone pun. Sy ada 1 prngai yg tak yakin pd hbgn tnpa ikatan walau sy pun bercinta jugak pn mcm tu sy x letakkan hrpn yg tggi pd hbgn tu. sblm kawen sy pnh couple dgn ex-bf 3 tahun & lps clash x smpai setahun couple dgn hubby terus kawen. Jodoh tu rahsia Allah.. kdg2 org yg tak pernah ter fikir slma ni, itulah jodoh kita.

    BalasPadam
  12. semoga bahagia menyambut kalian di penghujungnya... :)

    saya tak pernah ada bf dalam ertikata yg mcm tu. ada tapi complicated. tak tau nak kata bf atau bukan. huuu~

    BalasPadam
  13. semoga ko kawin cepat..huhu

    BalasPadam
  14. insyaalah..jodoh kalian kuat...
    semoga berbhgia ek...

    BalasPadam
  15. salam ziarah cik sya. same la ngn sy. bercinta dh 6thun, tp jodoh masih belum tiba utk kami mendirikan umh tangga. semoga dipermudahkan segalanya. amiin

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan