Umur bertambah? Tak perlu risau. Yang penting muka AWET MUDA!

Assalamualaikum. Hai!


Diam tak diam dah seminggu kita berpuasa kan? Alhamdulillah. Hari ni dah 7 Ramadhan. Ada lagi 3 minggu lebih kurang kita akan meneruskan ibadah berpuasa. Cepat kan masa berlalu? Memang cepat sangat. Umur aku pun dah bertambah setahun lagi hari ni. Uhuhuhu.



Terima kaseh kepada kawan-kawan yang wish kat FB sampai tak larat aku nak ucap terima kaseh kat sorang-sorang. Masih ada lagi yang ingat kat aku ye walaupun kat FB tu kan memang dah ade reminder besday siapa hari ni. Kui3. Tak kesah la. Janji korang ade jugak niat nak wish kat aku. Terima kaseh jugak pada yang mesej kat henpon. Yang mesej kat henpon tu yang memang close dengan aku je la. Ehehe.



Anyway, thanks kat semua. Walaupun menyambut ulangtahun kelahiran semasa bulan puasa, tapi aku cukup bersyukur. Tahun ni paling istimewa kot aku rasa. Sebab 7 Ogos bersamaan 7 Ramadhan. Cuma banyak la dugaan sikit. Tak boleh celebrate. Kuikuikui. Dah tua-tua bangka pun ada hati nak celebrate ke cik kak oi!  Tak payah nak berangan sangat. Takde orang yang sudi nak sambut birthday hang. Lagipun hang dah tua. Sila sedar diri. *Sesi mengumpat diri sendiri*



~Nak kek macam ni!! Sedapnyeeeeee..~



Cakap pasal celebrate birthday ni teringat la masa zaman sekolah dulu dengan masa belajar kat universiti. Selalu la aku yang lurus macam pembaris ni kena buli dengan kawan-kawan. Sampai berminggu-minggu aku kena pulau sebab diorang nak prank aku masa birthday. Sampai hati diorang. Jahat tau! Wuhuhu. Kesian kat aku. Tapi semua tu jadi kenangan dah. Kenangan yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Dah masuk alam kerjaya ni, kawan-kawan opis la yang selalu celebrate. Cuma kali ni tak dapat la nak celebrate macam tahun lepas sebab bulan puasa kan.



Hadiah paling best aku dapat setakat ni, family paksu bawak aku pergi melawat kubur arwah datuk dan nenek aku kat Teluk Ayer Tawar. Macam tahu-tahu je aku rindu kat arwah berdua tu. Cuma kubur arwah abah je tak berkesempatan pergi lagi. InsyaAllah nanti aku pergi sendiri. Sebab kubur arwah abah dekat je dengan taman perumahan ni. Sebelum habes Ramadhan ni nanti sampai la aku kat kubur arwah abah. Lama dah tak pergi melawat dia. Apa punya anak da. Uhuhu.



Apa-apa pun, aku rasa sangat dihargai walaupun sekadar ucapan dan doa yang dikirimkan dari kawan-kawan yang mengingati hari istimewa aku ni. Yang itu lagi penting sebenarnye. Semoga doa kalian semua buat aku tu dimakbulkan Allah. Terima kasih kawan-kawan. Hanya itu je yang mampu aku ucapkan. Tapi kalau ada yang sudi bagi hadiah, syok jugak rasanye tu. Merasa jugak aku dapat hadiah walaupun umur dah lanjut. Dah lama tak dapat hadiah ni. Huahuahua. 



Terima kasih Allah kerana memberikan aku kesempatan untuk terus bernafas di atas muka bumiMu ini dan mencari redhaMu dalam setiap perbuatan yang aku lakukan. Aku bersyukur dengan nikmat yang Engkau kurniakan ini. Semoga umurku dipanjangkan lagi supaya aku dapat beribadat kepadaMu. Luaskanlah pintu rezekiku supaya aku dapat berbakti kepada ibuku dan mereka yang memerlukan pertolonganku. Permudahkanlah urusan jodohku supaya aku dapat berbakti kepada suamiku dengan menjadi isteri yang solehah demi mencari redhaMu. Dan semoga Engkau mempermudahkan segala urusanku di dunia ini sebagai hambaMu. Amin. Terima kasih ya Allah.



Bisik2 :: Umur saje bertambah. Tapi muka maintain AWET MUDA oke! Kuikuikui.

10 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. selamat hari jadi makcik sha...


    laaaarik... hahahahaha

    BalasPadam
  2. selamat hari jadi. semoga dpnjangkan umur n d murahkan rezeki insyaAllah :)

    BalasPadam
  3. alamak macam mana i boleh lupa hari lahir kekasih ku ini? hahaa selamat hari lahir. semoga jadi wanita melayu terakhir. lelaki tengok pun air liur mengalir haha

    BalasPadam
  4. Amin ya rabbal alamin,.. hhehehhehe.. shada adiah nanti2 la yer... hold jap dlu.. nghahhahahaha

    BalasPadam
  5. hadiah nanti aku bagi...compliment tu Ayu

    BalasPadam
  6. selamat hari lahir.. sama la kita tahun ni sambut besday bulan puasa tp akak 28hb.. dkt hujung2 puasa dah

    BalasPadam
  7. selamat menyambut hari2 tua, teringat kena balik kek time kat PSP dulu..

    BalasPadam
  8. jiwa aku sentiase muda.. :P

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan