Pengantin perempuan hilang?

Assalamualaikum. Hai!


Hari Isnin yang selow molo nak memulakan kerja. Haishh. Mungkin sebab Sabtu dan Ahad hari tu cuti pun macam bukan hari cuti. Sebok pergi kenduri kendara sana sini. Marathon 5 kenduri dalam 2 hari. Gile tak gile la. Ala..bukan nak makan sangat pun. Cuma nak meraikan kawan-kawan yang telah melangkah ke alam baru. Seronok tengok masing-masing tersenyum bahagia di samping insan tersayang yang telah sah menjadi pasangan suami isteri. Semoga mereka berbahagia dan rumahtangga dirahmati Allah sentiasa. Aku ni asyik pergi kenduri orang je. Kenduri aku ntah bila la pulak eh? Hua3.


Memandangkan sekarang ni musim kenduri kendara. Maka entri kali ni pun nak bercerita topik kenduri kahwin la. Sebenarnye aku ni tak berapa suka nak pergi kenduri kendara ni. Sogan la weh! Tambah-tambah kalau ikut kenduri jemputan untuk mak aku. Dah kompom kawan mak akan tanya kat mak pasal aku. Eh2. Bukan tanya sebab nak jadikan aku bakal menantu. Tapi tanya bila pulak anak dara mak yang sorang ni nak kahwen. Uhuhu. Tu yang aku tak gemor sangat nak pergi kenduri. Kalau pergi pun sebab kenduri kawan2 je. Kalau tak jangan harap la sesaje nak pergi.


Cakap pasal kenduri ni, satu perkara yang aku perasan dah berubah. Dah tak macam dulu-dulu lagi. Dulu-dulu aku rasa bila kenduri di sebelah rumah pengantin perempuan, yang pengantin perempuan mesti tunggu kehadiran rombongan pengantin lelaki kat rumah. Jadi boleh la tetamu-tetamu yang hadir dapat berjumpa dengan pengantin perempuan untuk bersalaman dan ucapkan tahniah. Mana tahu kan tetamu tu ada hal lain. Takda la ralat sangat pergi kenduri tapi tak dapat jumpa pengantin. Dapat jumpa yang pengantin perempuan saja pun dah jadi dah.




~Photo credit from here~


Tapi sejak 2 3 menjak ni, kebanyakan kenduri yang aku pergi, bila aku nak jumpa pengantin perempuan mesti tak dapat. Sebab pengantin perempuan standby dengan pengantin lelaki nak sampai tempat kenduri sama-sama padahal kenduri kat rumah sendiri. Apakah? Kalau kenduri buat kat hotel ke dewan ke tu lain cerita la nak datang beriringan pun. Ni kenduri yang buat kat rumah. Hmm.


Dah tak macam dulu dah. Dulu-dulu pengantin perempuan sambut pengantin lelaki dari rumah. Tunggu dengan penuh sabar dan berdebar-debar. Malu-malu lagi bila nak pergi sambut rombongan pengantin lelaki yang sampai. Sekarang macam lain je. Dah macam takde malu-malu lagi. Boleh datang seiringan sama-sama. Biar je tetamu tertunggu-tunggu kat majlis. Macam pelik la pulak cenggitu. Sian kat tetamu @ kawan-kawan yang datang awal tapi kena tunggu lama kat rumah pengantin perempuan. Kalau tak dapat tunggu sebab nak kena attend kenduri lain pulak, tak dapat la jumpa dengan pengantin perempuan. Dah pengantin perempuan nye hilang. (-_-")


Ntah la. Mungkin tahun 2011 ni dah lain kot adatnye eh bila buat kenduri kat rumah? Kalau macam tu baik buat kat hotel @ dewan je. Takde la tetamu ralat sangat kot kalau macam tu. Tapi rasanya bukan semua pengantin kot macam ni kan? Ada lagi yang masih ikut adat. Adat kenduri kat Johor paling best kot. Siap ada tol bagai sebelum lelaki dapat jumpa dengan pengantin perempuan. Nampak la pengantin macam malu-malu takde la nampak gelojoh sangat, kan? Hue3. Apa-apa je la.


Ini aku bercakap dari pemerhatian dan pengalaman aku sendiri yang pernah terkena macam ni. Sedih tau sebab aku hadir kenduri semata-mata nak jumpa dengan pengantin perempuan. Ye la kawan sendiri kan. Datang jauh-jauh pulak tu. Siap tunggu berjam-jam lagi. Mahu la aku tak ralat kan? Hmm. Nak buat macam mana. Bukan rezeki aku nak tengok kawan sendiri bersolek cantik-cantik masa hari bahagia dia. Terima je la. T_T




Bisik2:: Harap-harap masa kenduri aku nanti takde la aku buat kawan-kawan atau tetamu tertunggu-tunggu. InsyaAllah.

16 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. oh ini perkara baru. aku xpenah lg jumpe nak dtg sama2 kt umah sdiri

    bapak gediknye hahahha. ni pengaruh fairy tales la ni

    bukan fairy tles kartun tu...fairy tales wedding yg bongok tu

    BalasPadam
  2. harap2 anda berjumpa jodoh... haha, ad kaitan x ea..

    BalasPadam
  3. erkk..ckp pasal kenduri kawen ni..dah 2 kenduri JT datang, hasilnya tetamu semua sakit perut..haish, nak handle kenduri kawen pn kena pastikan mknn yg disediakan semuanya elok..

    BalasPadam
  4. tunggu time hang nanti..jadi macam mana....adakah sama seperti mereka....? atau seperti yang anda mahukan ianya terjadi...?

    BalasPadam
  5. ni pengaruh kenduri kawen hotel la ni...ala alan masuk dalam wedding aisle... ahahaha

    nanti kita kawen.. ko duduk je kat pelamin tunggu aku datang tau... takyah jln sama2.. tak kuase...

    wink wink... wakakakakaka

    BalasPadam
  6. aku kawen nnt kt dewan. bleh jln beriringan pimpin tgn sama-sama. kah kah kah. tade sape tanya. kau blah sekarang huda. oke dah bye.

    BalasPadam
  7. hmm...mcm dah jadi adat pulak utk zaman alaf baru ni kan...tu oke lagi kak shaa...ezma pernah attend satu kenduri ni...kenduri akad nikah laa...yg pengantin lelaki dari rumah pengantin perempuan..belum nikah lg tu dah ade kat uma pengantin pompuan...pelik2......


    kak sha, plisss..kawen nanti jemput ezma yeee..hehehe :D

    BalasPadam
  8. hmm..nice thing to ponder.

    apa kata kite ubah balik cara tu. :D

    BalasPadam
  9. ARC::

    haha..tahu takpe..gedik giles..sian kat aku tau..tunggu berjam-jam kat rumah pengantin perempuan..ingat pengantin perempuan ade kat rumah boleh la jumpe salam2 cium2 sket..skali takde da..p jemput pengantin lelaki nak mai same2 kat rumah sendiri..apakah betul! haha..

    BalasPadam
  10. asyraf ab rahman::

    takde! out of topic terus..ahaha..

    jodoh dah jumpe lama dah..belum masa je nak kwen..;p

    BalasPadam
  11. JT::

    erk? biaq betoi..bagi tetamu makan lauk basi ke apa?

    betul2..nak bagi tetamu makan kena pastikan makanan yg disediakan elok..baru le tetamu senang hati dan perot pun tak saket..ekeke..

    BalasPadam
  12. frause::

    ececeh..macam ang tak kenal aku..aku kan gadis pemalu sopan santun berbudi bahasa..wakaka..

    BalasPadam
  13. zulfikar::


    memang pengaruh wedding kat dewan..tapi agak2 le kan..buat kat rumah sendiri kot..takkan la lupe..;p


    ok2..nnt aku duduk kat pelamin je tunggu ko dtg ek..aku pun tak kuase nak jln sama2..duduk lagi best..jimat tenaga..mekap pun tak cair..LOL..

    BalasPadam
  14. nurul huda rahim::

    baik ko blah skang..kang aku tampo ko laju2..ahahaha..

    BalasPadam
  15. ezmaliza::

    errr..pengantin lelaki mai dari jauh kot..tak mampu nak sewa homestay/hotel..plus famili pompuan terlebih sporting..ntah hape2..(-_-")


    kaksha kawen kompom jemput ezma punye..dun wori dear..;p

    BalasPadam
  16. cik gadisbunga::

    boleh je kite ubah GB..tapi orang lain cmno la?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan