Industri muzik Malaysia semakin MAJU dan VERSATIL?

Assalamualaikum. Hai!

Walaupun aku rasa ramai yang dah dedahkan identiti mereka, takpe lah kan. Aku punya versi lain sikit. Semalam aku punya la gelak tak hengat sampai kejang perot weh. Besties aku cik Wana buat lawak kata nak tubuh group macam ni jugak. Kami berdiskusi tentang ni kat pesbuk. Kelakar nak mampos! 

Apa punya malapetaka la yang terjadi dalam industri muzik tanah air kita ni? Ini ke yang dimanakan industri muzik Malaysia semakin 'maju' dan 'versatil'? Memalukan sungguh! 24:7? Gula-gula? Group ape ni? Dah takde idea sangat ke sampai nak tubuhkan group ala-ala korean tu? Bajet diri tu hensem dan cute sangat ke? Eeeuuuww. Pelisssss la.

Bile orang indonesia panggil "Maling" kat negara kita sebab kengkonon suka meniru style muzik negara depa, kita semua marah dan melenting. Pastu mula nak berdebat. Maki sana maki sini. Punya tak puas hati orang gelarkan kita dengan gelaran sedemikian rupa. 

Tapi ini apa? Bukan meniru namanya? Dah tu tak padan lagi ke dengan gelaran "maling" tu? Pencuri kan? Macam dah takde identiti. Hello! Ini Malaysia bukan Korea. Geli kot aku tengok.






Macam mana industri muzik kat negara kita nak maju kalau dah cenggini style nye? Takde identiti sendiri. Hancus! Bajet dengan buka baju tayang dada dengan perut plus badan sekeping tu dah hensem dan macho sangat la? Bajet dengan pakai seksi skirt pendek sampai nak nampak muntot baju macam berkemban nak tayang 'dada' tu dah cun dan cute sangat la? Kau ingat ini Amerika? Ini Malaysia la weh

Dah pulak tu yang jadi ahli group ni Melayu dan Islam. Aduiii, memalukan sungguh! Rosak imej Islam. Macam ni ke rupa orang yang mengaku Islam? Oh..terlupa. Dorang ni Islam pada nama je. Dalam IC dengan surat beranak je tulis Islam. Hakikatnya tak pernah pun amalkan cara hidup Islam. Dah kalau cenggini ada ke ciri-ciri depa ni jaga agama Islam depa tu? Konfom2 tak! Aku pulak yang rasa malu tengok kejahilan depa ni. Sedih rasa.

Hentikanlah group-group mengarut ni. Bukanlah aku nak menjatuhkan perkembangan industri muzik tanah air. Tapi yang ini sumpah mengarut yang amat! Kalaupun konon nak mencetuskan idea yang fresh sebab remaja sekarang minat dengan Korean-Pop a.k.a K-pop, rasanya tak perlu kot sampai nak tubuhkan group ala-ala K-pop. Tiru style sebijik seketul sejebon lak tu. Kot nak tubuh group yang ada identiti Malaysia takpe la jugak. Boleh la jugak diterima akal.




Aku rasa industri muzik tanah air skang ni pun dah makin worst. Tambah pulak dengan kehadiran group merepek meraban macam ni, lagi la bertambah-tambah worst. Lagu-lagu skang ni pun banyak sangat yang merapu. Pelik2 je. Nak cari yang betul-betul berkualiti tu memang payah la.

Bila ramai dari kita yang suka dengar lagu dari Indonesia, kata kita tak support industri muzik tanah air. Dah tu kalau muzik dari sana lebih bagus dan berkualiti dan sedap didengar berbanding muzik dari negara sendiri, nak buat macam mana? Salah telinga yang mendengarkah? Hoh. Baik dengar alunan bacaan al-quran lagi bagus. Pahala pun dapat.

Dah la. Malas aku nak membebel lagi pasal menda ni. Bukan la aku nak menambahkan dosa korang mengutuk dorang pun. Aku pun takde mencarut maki hamun tulis perkataan yang bukan-bukan dalam entri ni. Cuma meluahkan pendapat dan pandangan dari perspektif aku. 

Maaf la aku tak letak gambar dorang. Sakit mata aku nak tengok. Merosakkan pemandangan belog aku yang suci ni je. Kalau korang nak tengok sangat, pergi la mintak tolong abe G. Search je. Berlambak-lambak ade gambar dorang tu. Jangan muntah darah sudah tengok gambar dorang yang bajet hensem dan cute tu. Huhu. Sekian.

Bisik2:: Yang kipas-susah-mati band korean tak terpikat ke nak beralih arah jadi kipas-susah-mati group-group ni pulak? Muahahaha. Lawak!


*Semua gambar adalah carian dari Google.

14 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. itulah..nama group gula2...ntah pahapa ntah..

    BalasPadam
  2. entah..group gula2 haram tu mmg merosakkan bangsa sendiri btol. sape la penaung dia. mmg nak kena bom btol..byk blogger dah buat entri, kondem pasal gula2 tu..

    dan ada yg kondem kat page tu, tapi kena block. diorang tak bleh terima celaan. hanya pujian yg ditapis masuk. ciss btol. kalo camni semua blogger kena bersatu utk protes penubuhan group ni..tapi jgn letak poster gadis2 bugil tu..mmg sakit mata tgk. ish2..

    BalasPadam
  3. memang lawak pun...hahaha

    BalasPadam
  4. haha marah nampak. apa kata kita jd pasangan duet haha

    BalasPadam
  5. gula2 tu tak kisah lah, 4 kristian. diorang sabahan. yg 24/7 tu cilaknat! haha

    BalasPadam
  6. Aku suka gula-gula, nice....

    Yang laki tu kompom peminat2 gay akan tampal poster diorang dalam tandas wahaha.

    BalasPadam
  7. dah byk pasal pasal group ni. komen sang lekit.. mereka hanya menggula2kan diri mereka. mcm gula, terlebih jd racun, terkurang jd tawar. dua2 pun tak sedap

    BalasPadam
  8. 24/7 geli mat~ haha.. :D

    BalasPadam
  9. kejadah lah diorang ni ekekek..
    tak pe tunggu aku buat entry sarcasm..ahahahah

    BalasPadam
  10. l0lly nak wat gr0up l0lly-l0lly. geli tak ? ^^

    BalasPadam
  11. gula-gula..
    pakai seksi2 mini skirt semua tu.. ish tak berkenan langsung.. igt pakai seksi boleh popular kot..

    BalasPadam
  12. indie band pilihan terbaik.. juga rock kapak.. hehhee...

    BalasPadam
  13. hmm...biar jelh dorang nk wt pe..2 dorang pounya suka..hak individu...wt pe nk kutuk org kn..tambah dosa kita je..manusia nie mmg biasa cm 2..mengutuk n mengata org sesuka hati je..tp x sedar pn dri sndiri 2 bt dosa jgk mengutuk org..renung2kan dan selamt beramal.....!!!!!

    BalasPadam
  14. aishie91 ::

    dik..kami2 kat sini bukan mengutuk..kami cuma mengecam org2 begini yg mencemarkan imej Islam..rasa2nye adik paham kot tang mana yg kami maksudkan tu..tentulah tang seksi tu..

    so mintak maaf la kalau kami semua terkasar bahasa..jgn amik hati ye..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan