Review Filem : CUN!

Assalamualaikum. Hai!




Sementara nak tunggu time balik dari opis ni, moh kite update belog dulu. Lagipun mood nak buat kerja dah lari mencicit-cicit sebab takdo idea nak design "business card" camno ni ha. Biol dah pale memikir idea. Aah..sambung esok je la. Malam ni nak mimpi camne nak design. Camne nak jadi pekerja yang produktif ntah ni. Hadoi.




Petang ni aku cuma nak kongsi dengan korang review aku tentang filem CUN!. Petang Sabtu lalu aku dan Enny (opismate aku) pergi merendek tengok wayang sebab aku terhegeh-hegeh sangat tak sabo2 nak pergi tengok movie CUN! tu lepas tengok trailer dan baca review dari beberapa orang blogger. Aku memang macam tu ye kawan2 kalau dah teruja sangat. Memang tak menyabo-nyabo je perangainye. Maap le.







Alasan pertama yang buat aku tergedik-gedik sangat nak tengok filem CUN! ni sebab dorang speaking loghat Utara la weh! Aku kan semangat ke'utara'an tu menggunung tinggi dalam diri. Bangga kot. Muahaha. Best best! Lepas tu sebab ade Maya Karin yang cun-melecun berlakon sebagai heroin. Teruja gila rasa!


Bagi aku movie ni BEST dan santai. Komedi yang ringan dan memang boleh wat korang tergelak terbahak-bahak tak hengat dunia tak peduli orang keliling dah. *Itu merujuk kepada perangai aku masa tengah layan movie ni. Tskkk. (-_-"). Dah tergelak sampai kebas pipi tetibe pulak aku menangis sebab watak Manis lakonan Nadia Nissa dalam movie tu sedih. Menjadi sangat watak yang beliau bawak sebagai remaja 'lurus'. Hati aku tersentuh. Tak boleh tengok orang-orang yang macam watak tu. Uhuk uhuk. T_T

~MANIS naek Kembang si Kerbau!~


Aku agak geli-geleman sikit tengok part yang Jehan Miskin dengan Marsha dok main drakula-drakula nak buat 'projek'. Eeuuuww. Pastu tak berapa berkenan dengan memek muka yang Ning Baizura suka buat. Huh! **Sebelum ni aku cakap yang Remy ada tersasul sebut nama Maya masa dia marah kan? Tapi lepas tengok kali kedua, fokus betul2 part tu, Remy sebut "sebenaqnya". Tapi macam kurang jelas sket, tu yang telinga torek aku ni dengar die sebut "Maya". Kui3.




**Pengajaran yang aku dapat dari filem ni? 1st, dunia artis ni memang la carca marba. Penuh dengan gosip je manjang. Pastu tak mustahil boleh terjebak dengan noda. 2nd, apa2 yang berlaku family perlu diutamakan, family first. 3rd, kat mana2 ja mesti ada orang yang 'mulut longkang' suka fitnah dan jaga tepi kain orang. 4th, jangan perlekeh orang yang kurang upaya macam Manis sebab depa pun ada perasaan jugak. 5th, kasih sayang dan cinta tu dalam sekelip mata je boleh dipupuk walaupun baru kenal sekejap. Cinta memang ajaib.




Macam mana pun, lakonan Maya Karin, Remy Ishak, Faezah Elai, Nadia Nissa dengan Kartina Aziz memang aku suka. Nampak macam real sangat hubungan kekeluargaan yang wujud dalam movie tu. Terbaik! Part paling syok ialah pemandangan sawah padi yang menghijau. SUKA! Aku suka sawah padi. Cantik sangat! Oh oh! Overall rating yang boleh aku kasik untuk movie ni ialah 4 out of 5.



Eh? Banyak pulak aku membebel. Korang pergi la tengok sendiri eh. Filem ni filem komedi romantik. Santai je. Komedi pun spontan. Bukan macam terpaksa dibuat-buat. Syok! Yang penting cakap Utara ok! Kui3. Bagi yang tak berapa layan movie Melayu, pergi la try tengok. Kot-kot terpikat dengan movie Melayu lepas tengok movie ni. Ahaha. Boleh pulak kan? Kalau dah tak suka tu memang la tak suka kot. Tapi ada aku kesah. Ikut suka korang la nak tengok ke tak kan? Bukan pakai duit aku pun. Ehehe.



Bisik2:: Aku rasa macam nak pergi tengok lagi sekali sebab rindu nak tengok MANIS. ^_^


p/s:: Yang ada tanda ** tu aku update sebab aku dah tengok kali kedua.

10 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. tggu download jela .HAHA .

    BalasPadam
  2. xazryx::

    ahahaha..cit!pirate betol!

    BalasPadam
  3. cik tomyam::

    tomyam??yummy!my feberet!ehehe..

    cite ni memang nice..best tengok..nnt p la tgk eh..

    BalasPadam
  4. kembang::

    eh?kembang?kembang si kerbau tu ke??pandainye kembang bagi komen..ehehe...*bergurau je..^_^


    oh?ye ke die sebut sebenarnya?sebab saye memang dengar die sebut maya..dialog tu kalau tak salah.."hang ni maya..cuba hang pikiaq sikit..kat mana hang letak rasa cinta hang.."lebih kurang macam tu la..

    takpa2..rabu ni saya nak tengok sekali lagi..nanti saya dengaq betoi2..kot saya sorang je yang salah dengaq ke kan..^_^

    BalasPadam
  5. filem ni bukan type aku suka sangat.. kalo ada orang beli cd nnti aku pinjam tengok ye..

    BalasPadam
  6. aku suka tengok manis je dalam movie ni..aku takleh tengok ade bebudak macam tu..sedih..T_T

    BalasPadam
  7. i read good reviews pasal movie ni. And they said, Faezah Elai is good, better than Maya Karin.

    BalasPadam
  8. the blabber::

    yup!faezah elai is the good actress in that movie..dia yang menghidupkan cerita tu..dalam movie tu saye suka sangat dengan watak faezah elai n nadia nissa..watak mereka berdua hidup..

    BalasPadam
  9. suke lagi remy ngan tiz...

    BalasPadam
  10. jom tengok movie mistakes dalam filem CUN!

    http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/04/cun-2011.html

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan