Belanja secara online @ Belanja di kedai?

Assalamualaikum. Hai!




Topik kali ni kita sembang pasal shopping pulak eh? Err..entri ni lebih ditujukan pada kaum perempuan kot sebab yang gile sangat bab shopping ni kan kebanyakan nye orang perempuan. Bukan la nak cakap takde lelaki yang suke shopping. Memang ada jugak. Cuma bila sebut je shopping ni, yang tergambar kat fikiran aku mesti perempuan. Sebab aku perempuan kot. Pastu aku pun boleh la dikategorikan dalam golongan perempuan gile shopping. ;p




Sekarang ni kan, dah berlambak-lambak orang yang melakukan perniagaan secara online. Betul tak? Ramai pulak tu yang berniaga. Banyak persaingan. Macam-macam ade dijual. Segala mak nenek dari shawl, lens, kasut dan sebagainye boleh kite jumpa kat internet. Ye la, kata hidup di zaman teknologi canggih manggih. Style nak berniaga pun kena la upgrade jadi canggih jugak kan?






Lagipun, manusia zaman moden ni dah pemalas sikit nak keluar berjalan-jalan ke kedai untuk shopping. Shopping secara online lebih mudah katanya. Ngadap je komputer, online, cari barang yang berkenan kat internet, klik sana klik sini, settle! Dah siap shopping. Tak payah lenguh kaki nak pergi survey dari kedai ke kedai. Tak perlu dah keluar dari rumah. Nak kata jimat masa pun boleh dikatakan jimat jugak la. Senang kan? Semuanya cuma di hujung jari saje.




Tapi, aku bukanlah tergolong dalam golongan yang kaki shopping secara online ni. Pernah sekali je kot aku shopping online beli mini dress. Itu pun sebab nak tolong kawan aku berniaga. Tapi lepas tu serik dah sebab tak menepati citarasa aku. Tengok dalam gambar model pakai cantik je. Bile sampai kat aku macam biase je takde la cantik mana. Terus nyesal. Tapi sebab dah niat nak tolong kawan berniaga aku redha kan je. Uhuhu.




Aku ni sebenarnya seorang yang agak cerewet. Selagi sesuatu barang yang aku cari tu tak menepati citarasa, aku akan survey dari satu kedai ke satu kedai sampai aku jumpa yang betul-betul mencuri pandangan dan hati aku. Kiranya sampai aku puas hati la. Orang yang jenis cerewet nak mampuih macam aku ni, aku rasa lebih sesuai pergi shopping ke kedai. Biar mata tengok sendiri. Boleh belek sampai puas hati. Boleh sentuh, boleh try kat badan. Biarlah lenguh kaki pergi survey merata tempat pun. Janji apa yang aku nak tu menepati citarasa.




Bagi aku, shopping secara online ni ada baik dengan buruknya jugak. Macam yang aku dah bincang kat atas tu la. Kebaikan shopping secara online ni boleh menjimatkan masa dan tenaga, tak perlu susah payah nak pergi survey dari kedai ke kedai. Main kelik-kelik je. Keburukan nya pula, mungkin barang yang kite nak tu tak sama macam yang kita tengok di internet. Lepas tu tak boleh nak belek dan try. Jadi tak tahu kualiti barang macam mana. Nak kena tunggu pulak tu sebab mana boleh dapat on the spot. Kadang-kadang kalau tersilap jumpa peniaga boleh kena tipu. Dah bayar tapi barang tak sampai-sampai.




Macam-macam kan? Tapi semuanya terpulang atas diri kita sendiri jugak. Yang mana lebih memberikan keselesaan pada diri kita. Itu kita sendiri yang tentukan. Macam mana pun, aku tetap prefer shopping di kedai. Sebab aku ni memang 'retro' sikit. Tak 'ranggi' macam korang yang suka shopping online. Hah! Korang kategori yang mana satu? Prefer shopping secara online ke atau shopping kat kedai?



Bisik2:: Berbelanja lah ikut kemampuan kita ok!


*Gambar adalah carian dari Google.

13 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. pepatah mangatakan :

    Lelaki memerlukan sebuah kedai untuk membeli sepasang kasut sementara perempuan memerlukan separuh KL untuk membeli getah rambut..

    Betul ke tak ni? hahhaha...

    BalasPadam
  2. i pun cerewet.. sbb tu tak penah beli baju on9 takut tak menepati citarasa.. nk kena try2 dulu.. mmg lah tgk model pakai elok.. tp kita pakai tak semestinya elok kan.. penah beli rantai je on9.. hehe!! :)

    BalasPadam
  3. betol tu kak. sy pon tak gemorr sgt shopping online. pernah jugak tp setakat ni sume menepati citarasa. tp yg xbest bese on9 ni jual harga mahal sket dr kat kedai. tambah postage lagi. kalau shawl tu patut rm10 je kt kedai. tp kat on9 ade sampai rm20 pon ade. belom tambah postage. mahall!

    BalasPadam
  4. i like online shopping! but on stuff la, baju2 tak pernah lagi.. takut tak kena pulak after dpt, da membazir.. ^^

    BalasPadam
  5. khuzrin kamarudin::

    ahaha..betul kot pepatah tu..boleh pakai..

    lelaki senang..masuk satu kedai je dah boleh beli..tak payah nak survey banyak2 kedai..sebab selalunya lelaki ni dia dah decide dan target awal2 apa barang yg die nak beli..betul tak?

    BalasPadam
  6. amirrah zawani::

    cerewet jugak eh? boleh la geng kalau macam ni..ehehe..

    BalasPadam
  7. cik nathrah::

    haa..bab lagi mahal tu akak setuju..sebab die include sekali dengan postage..pastu peniaga tu mesti la nak amik untuk sket kan? mesti die cas lebih sikit dari harga asal..

    BalasPadam
  8. milly molly::

    ehehe..depends atas diri sendiri jugak kan? kadang2 yg minat online shopping ni beli brg2 hiasan dan something yg comel2..tak semua suka beli baju@kasut online sebab tak boleh try..betul tak?

    BalasPadam
  9. perempuan memang nafsu kuat sehingga satu pakaian pun dia nak ada 2 3 4 warna. haihhhh

    BalasPadam
  10. beli barang2 elektronik online selalu. kalau baju kasut semua x berani sangat.sebab macam awak,sayapun cerewet! hahaha.

    BalasPadam
  11. kalau dah 'gila'namanya ..tak kesahla asal hati dah puas..xkira jantina...alah membeli menang memakai...bole juling bijik mata tgk kat screen..untungnya tak keluar banyak tenaga dan jimat masa..sesuai dgn keadaan zaman.

    BalasPadam
  12. EB pn suka shopping on9...

    BalasPadam
  13. aku kalau kasut je xbrani beli online! sbb takut besaq dgn kaki ai yg comel ni..muahahaha

    skrg dh malas dah nak beli on9-on9 ni. except for novel!hihihi

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan