Sunday, 31 October 2010

~Berwajah Baru!!~



Berwajah baru? Eh. Aku bukan p buat plastic surgery la. Jangan salah faham. Wajah aku takde yang barunye. Cenggitu la jugak. Tak lawa sangat. Tapi takde la hodoh. Cume COMEL je. Kui3. Perasan nak mampuih aku kan? Nak buat macam mana. Diri sendiri je la mampu nak puji diri sendiri. Jadi anda2 semua sila la redha ye. Muahahahaa.


Haaa. Perasan sesuatu yang baru tak kat blog aku ni?? Apa macam?? Lawa tak? Kui3. Blog aku dah ade header baru. Setengah jam yang lalu aku pulun buat. Pagi ni terlebih rajin. Tu yang terhasil header baru ni. Dah lama sangat nak tukar header baru pas dah tukar layout tempoh hari. Baru hari ni terlaksana.


Yeay!! Suke betul rase. Sebab perasan header blog sendiri cantik. Padahal hampeh je. Orang lain pun leh wat camtu jugak. Lagi cantik dari ni. Ngeh3. Takpe la. Yang penting hasil tangan sendiri. Pasni boleh wat bisnes la. Kui3. Macam la ade orang nak upah ko cik sha oi. Berangan boleh. (-_-)"



*LAWA TAK? LAWA TAK? KUI3..*


Aku buat header ni pakai photoshop je. Tak reti nak pakai software lain. Corel draw ke, illustrator ke, memang aku tak reti. Photoshop je aku expert. Sebab tu la p mintak kerja designer dulu tak lepas. Hek3.


Walaupun aku belajar bidang teknologi multimedia dulu, tapi cara nak guna software2 ni takde tutorial ye lecturer buat. Semua belajar sendiri. Kesian. Nak buat macam mana. Dah la aku ni pemalas nak explore sendiri. Jadi photoshop je la yang mampu aku nak explore pun. Yang lain2 tu takdo mood aku nak kelebet satu persatu. Itulah alasan orang pemalas macam aku. Kui3.


Hah! Ade ke yang berminat nak upah aku wat header blog? Boleh je kot. Harga runding kemudian. Nak macam mane boleh je arah2 aku. Aku dah biase diarah2 ni. Maklum la kerja sekarang asyik kena arah je. Jadi dah mangli dengan situasi macam tu. Tapi dengan syarat jangan arah yang bukan2 sampai temperature aku naik tinggi. Kang tak pepasal keluar taring aku. Kui3.


Eh. Ok la. Aku nak p mandi. Jap g nak buat kek. Sian kat mak aku. Asyik dok mintak aku buat kek je tapi aku tak buat2. Hek3. Nak buat kek pun kena ada mood jugak. Buat tanpa rela hati kang hancus pulak kek aku buat. Tak ke merugi je nanti. Sampai sini dulu. Rajin nanti aku update lagi. Boi boi.



Bisik2:: Rasa macam nak berbisnes pulak. Tapi laku ke eh?? Hmmmm..

Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Thursday, 28 October 2010

~Siapa cakap 'Cinta Jarak Jauh' tak best??~



Bosan ah tengok Gadis Melayu. Nanti aku tanya mak je la sape yang menang. Ngadap blog lagi best. Nak membebel puas2 sampai muntah hijau. Haha. Malam ni nak membebel pasal cinta pulak. Heh! Saje nak berjiwang-jiwang. Macam dah lama je tak cerita pasal beliau kan. Malam ni rase nak buang tebiat sket. Nak bergeli-geli. Jangan marah ar. Sabau je la dengan perangai aku ni eh. Kui3.


Tempoh hari aku cerita yang aku ke KL kan Sabtu yang lalu. Jadi ini kesinambungan cerita tersebut. Hehe. Memandangkan dah berpeluang turun ke KL tu aku amik kesempatan la berjumpa dengan encik Cinta Hati. Tunggu lagi. Peluang keemasan tu weh! Hoho.

*Posing sebelum check out dari hotel. Siap comel2 nak pergi date dengan Encik CH. Hoho.*


Sampai je kat KL terus aku suruh beliau datang kat KLCC. Walaupun sebenarnye masa tu aku sebok tolong urus ape2 yang patut untuk dinner malamnye. Dari jauh beliau datang. UPM dengan KLCC kan boleh tahan jauh. Sanggup tu beliau datang demi aku. Sian beliau kena tunggu aku setel kerja. Tapi beliau sangat penyabar. Kagum betul aku. Kalau laki lain mahu dah ngamuk kot. Suruh datang pastu kena tunggu lama pulak. Kui3. Hari Sabtu tu dapat jumpa sekejap je la. Setengah jam je kot. Buang masa die je ek. Sorry my dear. -_-"


Ahad aku decide nak balik sendiri. Takmo balik awal dengan van. Nak luang masa dengan encik Cinta Hati. Seharian dengan beliau. Terasa cepat betul masa berlalu. Tak pergi mane pun. Lepak kat Mid je. Beliau tak berapa sehat. Lagipun aku janji nak jumpa dengan BFF aku cik Alin kat sana. Lepak bertiga, jalan-jalan, makan-makan. Pukul 5 Alin gerak balik hostel dah. Tinggal aku dengan encik CH je. Tawaf Mid pastu dok lepak kat luar tengok air pancut warna-warni. Kah3. Takde kerja betul. Nak maghrib dulu kat Mid sebab pastu beliau nak hantar aku g KL Sentral. Tepat jam 10.30 malam aku pun berangkat pulang ke Penang naik keretapi. Huuu. Sedih.



*Dengan cik Alin. Nape i nampak lagi bumbum dari u ni lin?? Huwaaa..*


Ada la adegan nangis2 sket. Kui3. Aku la tu. Ntah hape-hape je perangai aku ni. Macam la takleh jumpa dah. Hiks. Sebenarnye perjumpaan tu adalah perjumpaan kali KETIGA aku dengan beliau untuk tahun ni. Hebat kan? 3 kali je jumpa dalam masa setahun. 1st masa besday beliau. 2nd masa bawak kazen g intebiu. 3rd hari sabtu lalu la. Macam tu la dugaan bercinta jarak jauh ye kawan2. Nak jumpa bukan senang tau. Kekangan masa, jarak dan kerja adalah punca utama jarang nak berjumpa.



* Tengah tunggu train tak sampai-sampai asyik delay je..Beliau dengan muke sememeh sebab tak sehat. Sian kena paksa jumpa aku. Kui3.*


2 tahun yang lalu, ada kawan2 tanya aku bila kami dah habes belajar dan akan berjauhan. "Ang boleh ke tahan couple jauh2 ni sha?" Setelah 2 tahun, soalan macam ni pulak aku terima." Yakin ke tun boleh setia dengan ko sha? Die keje KL weh. Kat opis die mesti ramai awek minat kat die weh. Die kan ensem." *Cit! Mentang-mentang la aku tak lawa. Dan bermacam-macam jenis soalan lagi la.


Jawab aku? Bagi aku, jarak bukan penentu bertahan atau tidak sesuatu hubungan. Yang penting hati masing2. Kalau betul sayang, mesti takkan ade istilah curang. Aku kenal siapa Cinta Hati aku. 5 tahun mengenali beliau, aku tahu beliau orang yang macam mana. Diri aku sendiri, aku yakin aku mampu setia. InsyaAllah. Sekali aku kasih, sampai mati aku tetap kasihkan beliau. Sebab aku susah nak sayang orang. Dah masuk tahun kedua kami tempuh percintaan jarak jauh. Setakat ni takde ape2 masalah. Alhamdulillah. Hati masing2 masih teguh berpegang antara satu sama lain. Mudah-mudahan jodoh kami berpanjangan.


Siapa kata bercinta jarak jauh tak best? Best pe. Dapat rindu2. Yang penting dapat ngelakkan maksiat. Kui3. Tapi, sekali dapat peluang berjumpa, rasa macam dunia tu kita yang punya. Bahagia je. Macam yang aku rasa hari tu. Ngeh3. Apa yang penting kalau nak tempuh hubungan cinta jarak jauh ni ialah hati kita sendiri. Kuat atau mudah goyah? Hanya kita yang tahu. Kepercayaan, Kejujuran, Kesetiaan. Itu kunci utama dalam sesebuah perhubungan yang melibatkan dua hati. Tak kesah la jarak jauh ke jarak dekat. Walau ape pun, bila kita letak keyakinan pada Allah bahawa itu adalah yang terbaik untuk kita, insyaAllah Dia akan sentiasa memelihara kita dan rasa kasih itu.


Tiba2 rindu dekat beliau la pulak..Huwaaa..Nak p layan perasaan jap. (-_-)" Sekian sahaja entri geli-geli dari aku. Kui3.



Bisik2:: Tahniah kepada Rina Salleh!! Ikon Gadis Melayu musim ke-3. Aku kenal beliau sebagai seorang blogger je dulu. Sekarang dah jadi public figure beliau kan. Waaahhhh..


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

~Hai, Abang Navy! Sori sebab tak call u. I bz nak pergi dinner. Haha.~



Ini kisah sabtu yang lalu. Aku, Kak Mas dan Enny ke KL sebab ade dinner yang perlu dihadiri oleh kami Sekretariat Persatuan Alumni USM bersama Exco Persatuan. Pergi dengan menaiki van eksklusif melancong, dah rase diri macam pelancong dah. Muahaha. Naik dengan makcik dan pakcik jadi perangai kena behave banyak. Nanti kena sembur tak pepasal je. Kui3. Sebenarnye kami bertiga nak pergi sendiri naik keretapi. Memula dapat permission tapi at last diarahkan pergi dengan mereka juga. Nak tak nak, sebagai pekerja yang mendengar kata kami turutkan saje walaupun berasa sangat kecewa. Huuu.



Hah! Teringat pulak insiden masa berhenti kat Hentian Rehat Bukit Merah untuk sarapan pagi. Lepas kenyang, kami bertiga terus p kat van tanpa menunggu mereka-mereka itu. Masa naik van tu kepala aku terhantuk. Padan muka! Haha. Aku tak perasan sebenarnye ade trak navy kat belakang van. Jadi aku buat muka bodoh bila dah terhantuk tu. Sekali masa nak duduk ternampak seseorang melambai-lambai aku dari belakang van. Oh, alamak! Ada orang nampak insiden tadi. Kah3. Cover malu aku buat tak nampak je lambaian itu.



Masa trak tu berlalu pergi mamat itu lambai2 lagi kat aku. Aku pun dengan gatalnye balas balik lambaian dia. Haha. Pastu tetibe uncle drebar van tu hulur satu kad katanye ada orang sampaikan konon2 nak berkenalan. Tertera nama mamat navy itu beserta nombor tepon die. Kah3. Tak gentleman sungguh suruh uncle tu yang kasik. Maap le encik Faizal. Saye simpan je la kad tu wat kenangan ye. Idok le saye nak menelepon mahupun SMS encik. Rugi kredit saye je. Kredit saye hanya untuk lelaki yang bernama encik CH je. Lelaki-lelaki yang tak berkenaan takde priority. Sorry! Hoho.



Sampai KL, check-in hotel, pergi KLCC nak jengok2 preparation depa kat sana untuk dinner malam tu. Ya Allah! Berserabut pale rase. Kata dah buat preparation 2 bulan awal. Teks nak berucap pun baru masa tu nak settle. Dah tu kami bertiga la yang kena hempuk padahal salah depa sendiri. Sabau je la. Takpe. Kami terima je sebab kami kan pekerja yang berdedikasi. Malas nak argue banyak2. Lagipun kami cuma kuli takde hak nak bersuara. Angguk-angguk dan yes-yes je la secara terpaksa. Cakap banyak tak boleh. Huhu.




Oh! Dah dah la cerita pasal tu. Meh layan gambar-gambar aku bersama Kak Mas dan Enny ketika berasa sangat bosan di majlis. Haha. Yang paling banyak gambar aku la. Aku kan alergik kamera. Pantang sikit. Kerja nak posing je tak tentu hala. Haha. Layan je la.



*Kak Mas..Aku..Enny*






*Wahhh..gebu gile muke aku. Mekaseh kepada flash kamera yang buat aku nampak sangat putih melepak dari biase. Haha..*





*Enny dengan aku takde kerja syok sendiri tangkap gambar. Bosan! Kui3..*




*Enny berangan dengan bunge. Keh3.*




*Enny lagi..On the way nak balik ke hotel.*





*Aku berangan posing macam model. Padahal badan bulat. Tak layak jadi model. Haha.*



*Gambar ni terserlah sikit muke 'darah cine' arwah atok belah arwah abah yang ngalir dalam diri aku. Sepet la pulak mate. Kui3. Lighting sekali lagi telah berjasa menampakkan aku macam putih gebu padahal itam je sebenarnye. Ngeh3..*






*Dah sampai kat hotel tapi masih sempat lagi berposing. Jangan marah. Hoho.*






Sebenarnye berlambak lagi gambar. Kalau ikut hati nak sumbat semua. Haha. Tapi nanti termuntah lak korang tengok gambar syok sendiri aku tu. Kui3. Sila redha je la ye. Aku memang begitu. Nak buat macam mana. Dah memang sejak azali lagi aku ni ade penyakit alergik dengan kamera. Muahaha.



Menanti dinner di sebelah Zon Utara pulak. Aiyo! Fenin kefale rase. Macam2 nak settle. Lagi 2 minggu lak tu. Fuhhhh. Mintak2 la dapat sambutan hangat supaya Exco tak hentam kata kami tak buat kerja padahal depa yang lengai. Huhu. Ada ke pembaca blog aku yang terdiri dari bekas student USM? Kalau ade, sape2 yang rase die tu pernah belajar kat USM dan merupakan alumni, Mai la pakat2 join! Murah je pun yuran penyertaan. Termasuk sekali dengan sumbangan untuk Tabung Kebajikan Alumni USM. Bergathering sambil beramal gitu. Hehe.



Bisik2:: Nama je kerja Pegawai IT. Tapi macam2 benda aku kena buat. Huk3. Itulah dugaan kerja. Sabar je la.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 27 October 2010

~Alamak! Dapat LUVBITE dari encik H..~



Lama jugak aku tak update eh blog busyuk aku ni. Semenjak kerja berlonggok longgok ni bapak pemalas gile aku nak update blog. Gile?? Haha. Teringat pada persoalan yang cik GT bangkitkan kat pesbuk tadi. Betul jugak kan. Orang suke mention terms 'GILE' bila nak express their feelings about something. Contoh macam ni.."Comel GILE cik sha ni." Muahaha. Ayat perasan nak mampus! Sila abaikan. Tuan blog memang kuat perasan. Tapi betul kan kite memang suke gune terms 'GILE' tu. Hehe.


Hah! Cakap pasal update blog, bulan ni baru 6 ketul entri kot aku tulis termasuk entri ni. Sikit gile. Gile lagi. Haha. Ni memang kategori pemalas tahap kronik ni. Tapi claim diri tu pembebel tegar kat blog. Kui3. Nampaknye azam nak tulis sehari satu entri dah tenggelam dalam kat laut mane ntah. Tinggal angan2 je la. Ngeh3. Takpe. Akan aku laksanakan azam itu dalam sedikit masa lagi. InsyaAllah. Bile kerja kat ofis dah tak terlalu memberi tekanan perasaan kat aku. Nak tulis blog ni kena relaks. Baru idea mencurah curah. Maklum la. Aku kan menulis pakai hati. Aiseh.


Malam ni mata terbuntang pulak tak ngantuk lagi. Semalam pukul 8 dah hanyut p belayar kat alam lain. Isya' pun terbabas pukul 4 pagi. Huk3. Letih sangat gamaknye. Ahad malamnye tak dapat tidur lena atas train. Oh! Nanti aku cerita part tu kemudian. Hehe. Tadi aku balik dari opis pun dah lewat. Pukul 9.45 malam baru gerak balik. Ada sedikit discussion. Itu rahsia pejabat so tak boleh nak expose. Biar aku simpan dalam hati je. Tapi dah lega sebab dapat luahkan dekat the right person. Hehe.


Tadi on the way balik aku kena kejar dengan 2 ekor mamat selenge. Huuuu..Takut nak mampus! Aku rempit sampai 110km/j atas bridge tadi, tapi lagi laju depa kejar. Dok mintak no tepon. Bengong betul. Dah aku rempit laju depa pun laju last2 aku slow. Depa lajak ke depan. Aku maintain slow ikut jauh sket dari belakang depa walaupun depa try nak bawak slow jugak. Gile takot weh! Huhuhu. Macam2 ayat quran dengan zikir aku kumat kamit baca takut punya pasal. Dalam pale otak tak fikir ape dah. Nak cepat sampai rumah dengan selamat je.


Sampai2 rumah masa nak bersihkan diri tengok2 ade luvbite kat tangan. Bukan kerja mamat selenge 2 eko tu la. Agaknye Encik H bagi hadiah kat aku kot time aku lalu kat tempat dia. Haha.Sepanjang on the way nak balik rumah aku perlu lalu highway yang panjang dan gelap gelita takde lampu serta 2 kubur Islam dan 1 jirat cina. Seram kot time2 kenderaan dah tak berapa nak banyak kat jalan raye masa tu. Maklum la. Aku kan duduk kat hulu. Pukul 10 dah macam pukul 12. Kawan aku yang cakap macam tu masa die hantar aku balik rumah waktu malam satu masa dulu. Ngek betoi die tu. Haha.


Tapi kan..nape eh orang kita ni suka cakap kalau kesan lebam tu tanda kena gigit antu? Betul ke? Kat mana yang relevannye fakta depa tu ye? Aku pun terfikir2 jugak. Tak perasan lak aku tadi ade antu gigit aku. Nasib baik tak nampak. Kalau nampak mahu pengsan 24jam atas moto tadi. Pastu antu tu yang drive moto aku tetibe. Haha. Nak kata aku hit something yang keras terkena kat lengan takde pulak tadi. Hmm. Musykil lak rase. Tapi malas nak fikir banyak. Agaknye Encik H saje nak bagi aku hadiah tu kot. Ye tak? Kui3.


Pasni kalau boleh aku takmau dah balik malam. Takut! First, takut kena kejar lagi dengan mat rempit. Second, sebab kena lalu kat kawasan scary. Tapi kalau naik moto je la. Kalau naik kereta takde masalah takut macam ni sangat. Hehe. Ape2 pun, pesanan kepada diri sendiri dan gadis2 yang pergi kerja merempit macam aku. Sila berhati-hati ye. Rempit2 jugak, keselamatan diri sila utamakan. Sekian sahaja pesanan ikhlas dari saya. Terima kasih. ^_^



Bisik2:: Encik H. Luvbite yang anda bagi sangat la hijau kesannye dan sakit. Huhu.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Thursday, 21 October 2010

~Surat Tawaran Sambung Belajar?? Hati-hati sebelum terima tawaran!~



Selamat pagi semua. Wahhhh. Awal benau aku bangun pagi ni kan. Selalu dah nak dekat subuh gajah baru aku terhegeh hegeh nak bangun. Baru nak solat subuh, baru nak siap2 p kerja semua. Itu pun mak yang bangunkan. Keh keh keh. Hari ni semangat gile bangun awal. Tebiat ape ntah aku ni. Rindu kat blog kot seminggu dah tak update sampai termimpi mimpi. Mana tak nye. Teringat-ingat kat shout hana a.k.a anna boleyn dalam port membebel aku tu. "Cik Sha..Update la cepat..Huhu." Tu yang bangun2 terus on lappy nak update blog. Haha. Tipu gile. Sila jangan percaya.



Lately ni aku busy sangat2 kat opis. Hunting dengan macam2 kerja yang urgent. Hoi. Letih kot. Dengan nak mengadap macam2 perangai manusia yang bossy. Huiiii. Tercabar la jugak kesabaran kot. Tapi nak buat camne. Kena la pujuk diri untuk bersabar jugak. Kerja dalam environment dikelilingi oleh orang gomen yang bossy, kaki kipas montot dan macam2 lagi perangai pelik2, aku memang kena banyak bersabar. Walaupun kami ni opis NGO yang kecik saje dan menumpang kat situ bukan bermakna kami ni lemah tau. Huh!



Eh! Nak lupa jap pasal kerja. Kang kat opis nak mengadap kerja yang bertimbun-timbun tu lagi. Sekarang nak bergumbira dengan blog kesayangan. Heee. Sori la kepada pembaca blog aku yang setia menanti aku update. Eleh, perasan la kau sha oi. Ingat ade ke orang nak baca kau membebel bukan2 kat blog ni. Haha. Takpe la. Ada 2-3 pembaca setia pun aku dah hip hip hooray happy tau. Kui3.



Hah! Kali ni nak cerita pasal ape eh? Owh. Aku baru teringat dalam entri lepas aku janji nak cerita satu benda lawak kan? Ok2. Aku cerita dalam entri ni eh. Sebenarnye, idok le lawak sangat pun. Cume benda tu boleh la wat aku tergelak besau jugak. Aku pun tak tahu la dari mane depa tu dapat alamat rumah aku siap dengan nama penuh mak aku lagi hantar surat tawaran belajar. Mahu aku tak tergelak besar weh.




*gambo kurang clear sedikit kelabu taek hanjing..haha..*




Umur mak aku dah 56 tahun oi. Lepasan SPM ape kejadahnye SPM pun mak aku tak amik. Dulu2 SPM panggil ape eh?? Ah..biarlah. Haha. Mak aku belajar takat tingkatan 3 je kot kalau tak salah aku. Die berhenti sekolah nak jaga adik2 die. Nak bagi peluang kat adik2 die sekolah tinggi2. Bukan mak aku tak pandai. Kalau mak aku tak pandai, anak2 die mesti takde gen pandai. Takde le semua belajar masuk universiti/kolej semua kan. Tapi nak buat camne. Demi adik2 mak aku sanggup berkorban. Aku salute la dengan mak.



Hah. Berbalik kepada cerita surat tawaran tu. Siap offer mak aku amik degree dalam engineering kot. Aku pun dah tak berapa nak ingat. Maklum la dah seminggu peram cerita ni. Haha. Tapi tu la. Ngek betoi la depa ni. Sesuka hati je amik maklumat orang. Mana ntah depa cekau aku pun tak pasti le. Memandai betol. Tu orang yang betul2 wujud. Kalau yang dah meninggal depa p hantaq jugak surat macam ni, memang gile nak mampus. Punye la nak tarik minat orang p belajar kat kolej depa, sanggup tu depa merugikan duit setem dan printing semua. Langsung tak berbaloi kot. Eh? Tapi takpe. Depa yang rugi dari segi kos. Kui3.



Selalunye kolej swasta la yang wat kerja macam ni kan? Yang baru nak beroperasi. Baru "tumbuh" kata orang. Strategi pemasaran la konon2 tu. Tapi tak kena gaya. Kesian la jugak. Nak tarik minat orang melabur duit kat kolej depa. Sanggup wat ape saje. Untung2 ade la dapat feedback kan. Tapi bahaya la. Aku tak suggest adik-adik yang baru habis SPM pergi tempat2 macam ni. Sekalipun nak pergi belajar kat kolej swasta kalau tak dapat tawaran IPTA, better cari yang betul2 dah gah macam Lim Kok Wing tu ke kan. Yang baru2 ni susah sket nak trust. Buatnye kena tipu tak memasal je.



Takpun pergi je yang kerajaan punye. Bersepah sepah macam Kolej Giat Mara tu ha. Yang penting cari platform yang betul kalau memang ade niat nak belajar lagi. Survey dulu. Itu yang terbaik. Untuk masa depan korang jugak. Jangan sebarangan je terima tawaran yang bukan2. Kadang2 depa tu nak buat duit je. Ingat tu!



Eh, ok la. Sampai sini dulu. Aku nak siap2 nak solat subuh dan nak p kerja pulak. Jumpa lagi untuk update yang seterusnya yang tak tahu bila. Bergantung pada mood nak menulis. Idea tu memang berlambak lambak. Tapi bile penyakit M tu menyerang memang tak boleh nak buat ape dah la. Hahaha.



Bisik2:: Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin untuk kesenangan diri di masa hadapan. Ilmu kehidupan ni meluas. Dari pemerhatian sekeliling pun kita dapat belajar sesuatu yang bernilai jika kita mahu. Kehidupan adalah universiti terbaik buat kita. Selagi nama hidup, kita tak pernah berhenti belajar.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 12 October 2010

~Dah jadi tunangan orang..Tahniah!!~



Dah 2 hari berlalu. Tapi aku nak update jugak. Lantak la kalau korang kata dah basi pun. Kui3. Ini kisah hari ahad lepas. 10-10-10. Adik angkat aku bertunang. Tahniah untuk beliau. Cinta zaman sekolah sejak dari tingkatan 2 akhirnya sampai ke pertengahan kemuncaknye. Wasehh. Semoga berkekalan sehingga ke alam pernikahan dan berkekalan sampai akhir hayat. Amin.



Aku bile pulak?? Owh. Nanti2 la eh. Kasi can kat adik2 dulu. Muahaha. Walaupun aku rasa macam dah bersedia (statement tak bleh blah..haha) , tapi duit belum sedia lagi kot. Masih dalam proses mengumpul sebanyak yang mampu. Dah stabil baru boleh fikir kot menda2 tu semua. Tunggu je la. Ada jodoh aku dengan encik cinta hati insyaAllah.



Sebenarnye aku nak kongsi minat aku yang satu ni, fotografi. Masa hari tunang adik angkat aku tu, dalam masa yang sama kena jadi drebar, aku jadi tukang amik gambar jugak. Walaupun memang dah ramai yang amik gambar time tu. Aku kan penyebok antarabangsa. Hak3. Aku memang minat la sangat2 ambil gambar ni. Kadang2 terasa macam nak buat part time je. Boleh dapat duit sampingan kan. Hiks. Ok la. Meh layan dulu beberapa keping gambar yang aku nak sumbat dalam blog ni.




~Inilah die cik gadis yang sudah menjadi tunangan orang.~




~Sedang berdebar menunggu saat disarungkan cincin tunang.~




~Sesi menyarung cincin tunang.~




~Sesi menyuap gula kepada cik gadis. Sebab tu orang kata masa bertunang darah manis eh.~




~Cik gadis merenung hantaran dari pihak lelaki. Banyak benar makanan. Ni konpom nak bagi hint suruh pandai masak time dah kawen nanti. Haha.~




~Cik gadis dengan encik tunang. Mereka sebaya. Tapi sangat matured encik tunang beliau walaupun umur baru 23tahun.~




~Cik gadis bersama tuan blog yang menyebok nak interprem. Haha. Berisinye badan aku!!~




Haa. Itu je la gambar yang mampu aku nak sumbat kat sini. Tak boleh banyak2. Kang berat blog aku. Amacam gambar2 yang aku ambik ni? Cantik tak? Yang last sekali tu orang la tolong amik kan. Aku pun nak interprem jugak. Kui3. Gambar2 ni semua aku guna kamera digital biasa je weh. Hasrat nak memiliki DLSR tak tercapai lagi. Tak kesah la guna kamera ape pun kan? Janji tangan tu berseni. Kalau dah memang ade bakat, pakai kamera henpon pun leh dapat ambik gambar yang cantik2. Ye dak? (Kes nak puji diri sendiri. Kah kah kah.)


Eh. Ok la. Aku nak buat kerja maksu aku jap. Die mintak tolong. Sian lak sok bos die nak tengok. Nanti aku update lagi. Ade cerita kelakar aku nak share. Kui3. Nite semua.



Bisik2:: Seronok tengok orang2 yang aku sayang bahagia. Aku pun tumpang bahagia. ^_^


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 10 October 2010

~Macam-macam betul dugaan..~



Perasan tak blog aku dah bertukar rupe?? Jenuh la semalam aku godek2 dari pagi. Bangun seawal jam 6.50 pagi. Keh2. Awal la sangat kan. Subuh pun subuh gajah. Lepas subuh sebok wat kerja amal di hari minggu. Apa lagi kalau bukan mencuci kandang 2 ekor makhluk, si nur momo dengan cik 'ah montel.



Lepas mandi2 terus ngadap blog. Memang dah lama sangat nak tukar layout. Semalam baru terlaksana. Tu pun amik masa seharian. Dengan macam2 dugaan lagi. Mak ajak p pasar petang beli sayur, berhenti sat dulu. Pastu malam kena p hantar maksu n paksu p jeti nak naik bas ke Johor pulak, berhenti lagi. Balik dari tu sambung buat, laptop cabuk ni pulak buat perangai terpadam sendiri takleh on dah. Nasib baik ade laptop opis aku bawak balik nak wat keje opis, pinjam sat dulu guna. Pastu dengan buat2 tak jadi. Berterabur tak tentu hala blog aku.



Hoi! Banyak betul dugaan. Tapi berkat kegigihan aku inilah hasilnye. Pink kan?? Haha. Maaf le ye. Aku pun salah seorang penggemar kaler pink. Dah nama pun perempuan. Kui3. Ingat nak tukar header blog jugak. Tapi tak berkesempatan nak buat lagi. Semalam mengantuk pulak. Jap g la aku buat.



Eh. Dah lambat ni. Aku stop dulu. Nak siap2 ni ha. Nak bawak adik angkat aku p mekap. Hari ni die bertunang. Jumpa nanti. Aku akan update pasal pertunangan adik angkat aku tu k. Bye.



Bisik2:: Aku bila lak nak bertunang eh?? Wahahaha..


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Monday, 4 October 2010

~klon doraemon??~



Hoh? Apsal tetibe aku nak cerita pasal doraemon pulak ni? Hak hak. Memang doraemon tu katun fevret aku dari aku kecik demik sampai dah besar gedabak. Best pe layan doraemon. Tengok perangai nobita yang pemalas nak mampus tu. Asyik mengharap pertolongan doraemon je kan? Ntah hape2. Tapi aku layan jugak. Kui3. Nak tahu ke sape klon doraemon?? Bace dulu baru korang tahu sape. Ngeh3.





Sebenarnye, aku baru selesai tolong siapkan kerja budak kat atas ni. Hangen betul rase. Pemalas tahap gaban. Pastu pandai lak merayu-rayu aku suruh tolong buat. Ayat bodek kemain lagi. Yang aku ni pulak jenis tak sampai hati. Nak tak nak, walaupun geram dengan perangai pemalas die tu, tapi aku tolong jugak. Padan la Encik CH cakap aku macam doraemon. Memang kena la sangat kot. Hah. Aku la klon doraemon tu. Huhu.



Beliau cukup marah kalau aku buat kerja amal jariah ni. Beliau kata aku bagi muka sangat. Tapi aku tak sampai hati weh tengok adik aku buat muke seposen die tu merayu rayu aku. Selalunye aku rahsiakan je dari encik CH sebab aku tahu nanti beliau akan marah aku. Kih kih. Tapi, kadang2 bile beliau mesej tanya aku tengah buat ape, spontan je aku jawab yang aku sebok siapkan kerja sekolah adik aku tu.


"Tengah watpe tu sayang?"


"Tengah buat kerja sekolah dik nor.."

"Hmm..bagus la. Umi yang sekolah esok kan?"


"Hoh?? Perli la tu."


Kui3. Dah biase dah kena perli begitu oleh beliau. Nak buat macam mane. Redha je la. Kes beliau samakan aku dengan doraemon ni dah lama jugak la. Tapi masa tu aku tak dapat tangkap ape maksud beliau. Ada satu hari sabtu tu, aku dok ralit tengok doraemon, beliau mesej.




"Sayang..dok watpe tu?"

"Tengah tengok doraemon."


"Hei..maghrib2 tengok tv. Tutup sekarang!"

(beliau memang pantang kalau aku cakap aku tengok tv time maghrib..ki3)

"Loooo..takpe la. Nak tengok doraemon sat. Umi cuti la."

(Ye. Aku memang suke melawan cakap beliau. Huuu..)

"Elok la tu. Tengok diri sendiri."



"Hoh?? Ape die?? Samakan mi dengan doraemon? T_T "

"Takde ape2."


Macam tu la beliau kalau mesej ye. Romantik2 takdo la. Ayat bunga2 lagi la takdo. Beliau sangat tidak pandai menunjukkan kasihsayang beliau. Aku merajok pun ingat die nak pujuk?? Idok le jawabnye. Beliau tidak pandai. Harap maklum. Hehe. Masa ni aku siap merajuk-rajuk lagi bila beliau cakap aku macam doraemon. Sebab aku terperasan konon2 beliau nak samakan aku dengan doraemon tu dari segi fizikal. GEMOK. Haha. Rupenye pasal benda alah ni la. Tolong adik aku tu buat kerja sekolah. Baik sangat nak menolong tak kena gaya. Hek3.



Memang kerap pon aku wat kerja amal jariah ni ye. Ade aku tulis sekali pasal ni dalam entri ni. Die suh aku tulis jawi untuk die. Ish3. Die ni memang terer wat muke kesian. Kadang2 adik aku ni sampai sanggup tepon berkali2 suh aku p rumah die. Ingat nak ape. Rupenye nak pujuk aku watkan kerja sekolah die la. Kadang2 die sanggup suh ayah die hantar die mai rumah aku semata-mata nak bodek aku. Hampeh betol la adik aku yang sorang ni. Sesuke hati die je buli aku yang baik ni. Haha.



Eh. Ok la. Beransur dulu ye. Klon doraemon nak pergi masuk mesin masa pergi ke alam lain. Haha. Selamat malam semua.



Bisik2:: Aku doraemon yang takde poket ajaib tapi ade perot yang moncit. Kah kah kah.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 2 October 2010

~Selamat Datang OKTOBER!!~



Selamat pagi semua. Dah subuh ke belum? Pagi ni seawal jam 4 aku dah terjaga. Tersedar dari tidur mampus sebab nyamuk mai menyanyi kat lobang telinga aku. Ceit! Spoil betul nyamuk ni. Sedar2 rupenye aku elok je terbaring kat atas sofa ruang tamu. Lor..aku tertidur kat sini rupenye. Eh? Baru aku teringat yang aku belum isya' lagi masa tu. Terus terkocoh-kocoh bangun p solat isya' pukul 4 pagi. Ish3. Buruk la benau perangai. Sila jangan ikut perangai buruk aku ni. -_-"



Selesai solat dok kire2 macam mane aku leh tertidur kat sofa tu. Fikir punye fikir rupenye aku terlena masa dok baring2 tengok berita kat tv. Makan malam pun idak. La..sampai hati mak tak bangunkan aku. Eh, jap2. Aku rasa macam ada orang kejut aku. Tapi aku mabuk2 ayam (peribahasa ape ni? haha) takleh nak bukak mata. Padan la aku terjaga awal pagi ni. Dah tidur mampus tak ingat dunia rupenye. Hehe.


*Abaikan tahun 2009 dan watermark tu..aku malas nak edit..haha..*




Hari ni dah 2hb seploh dah eh. SELAMAT DATANG OKTOBER!! Tetibe teringat lagu Awie yang Tragedi Oktober tu. Kui3. Jap nye dah bulan seploh. Lagi dua bulan dah nak habis tahun 2010. Hoh? Cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar dah 5 bulan aku kerja. Eh2..cukup setahun nak bertunang la. Haha. Berangan la kau cik sha. Sila pastikan anda dah tunaikan tanggungjawab anda pada mak anda dahulu ye. Baru 5 bulan tanggung mak kau dah berangan nak tunang. Jangan nak ngengade. Huhu.



Ingat nak pergi ofis hari ni. Nak setel kerja yang tertangguh. Tapi..macam malas la pulak. Ofis jauh tu. Kalau dekat aku ringan badan la jugak nak pergi. 40 minit tu perjalanan. Itu pun kalau rempit laju2. Pergi balik dah 80 minit. Cuti2 ni orang nak rest. Aku lak fikir pasal kerja. Memang gile kerja betul. Nak pergi ke tak eh? Hmm. Tengok la macam mane kang. Takpun aku keluar cuci mata pun ok gak kan. Baru dapat gaji ni. Nak shopping tak tahu nak beli ape. Rase macam nak pergi buat facial dengan rambut. Tapi..macam membazir duit pulak. Eh? Macam2 betul alasan aku ni. Haha. Senang2 lepak je kat rumah tengok hindustan kat tv sampai muntah. ^_^



Ok la. Aku nak blog walk jap. Semalam kan tido awal. Tak sempat nak baca entri kawan2 yang terbaru. Hehe. Jap g kalau rajin aku tulis entri baru. Bye.



bisik2:: Malas pulak nak mandi pagi hari ni. Wahahaha.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com