Tuesday, 31 August 2010

~kena 'cekup' di malam MERDEKA..~



sebelum masuk topik macam yang tertera pada tajuk, mari kita sembang2 benda yang ringan2 dulu ok? bukan buat ringan2 tau. hep! jangan fikir yang bukan2. hehe. sebenarnye benda ni aku perasan tengah hari tadi lagi. tapi tak sempat nak update sebab nak kuar p shopping barang dapur dengan mak. blogspot dah upgrade la weh. dah boleh tengok statistik. kalau malas nak check statistik kat nuffnang, tengok je kat blogspot ni ha. wahaha. tak caye ke? ni buktinye. betul tak aku cakap? kui3.


*dekat Papan Pemuka*



*page Statistik yang baru*


haa. dari masa ke masa blogspot dah makin upgrade eh? bagus betul. tapi kerja aku buat website untuk organisasi aku tak upgrade2 lagi pun. hahaha. gelak2. kang bos tanya baru muke biru pucat. huhu.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


ok. lupakan sekejap hal kerja. meh kite cakap pasal isu semasa. tadi aku tengok berita ada laporan mengatakan seramai 22 pasangan kekasih dicekup pada malam merdeka semalam kat selangor. area mana tak perasan pulak. tu baru kat selangor. kat negeri2 lain ntah berapa ramai lagi la yang kena cekup kan.


kat penang ni pun ade jugak buat operasi malam semalam. sahabat baik aku (lelaki) ade jugak ajak join. tapi aku tak berpeluang nak pergi. bukan tak berminat. masalahnye aku bukan jenis keluar malam. plus mak aku konfom tak izinkan aku pergi kuar tengah2 malam buta balik pagi buta. jadi aku haruslah patuh cakap mak aku kan? operasi tu lebih afdal lelaki yang handle. perempuan ni tak manis merayau malam2 buta. betul tak?


pelik betul aku dengan mereka2 yang konon2 nak pergi sambut merdeka sama2 tu. maksud aku pasangan kekasih ni la. what for? perlu ke pergi sambut sama2? untuk ape? nak bilang percikan bunga api ke? ke nak amik peluang untuk bermesra-mesra. kalau tak terkantoi mungkin terselamat. kalau terkantoi kena cekup memang selamat la sangat kan. hmm. rosak anak2 muda sekarang. tak betul2 menghayati erti kemerdekaan.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


seumur hidup aku tak pernah lagi aku pergi countdown merdeka kat mane2. tengok bunga api ke tengok konsert ke. serius tak tipu. lantak la korang nak cakap aku kuno dan tak moden sekali pun. sebab bagi aku tak perlu semua tu. cukup aku sambut kat rumah je. countdown dalam tv. haha. kemudian berdoa semoga Malaysia kekal aman dan kedaulatan negara terus terpelihara. itu dah cukup.


bukan masa belajar dulu kawan2 tak pernah ajak aku pergi turun bandar countdown dan tengok konsert malam merdeka. memang ada. cuma aku langsung tak berminat dan aku tak pernah terpengaruh dengan ajakan kawan2 aku tu. biarlah mereka pergi dan enjoy. aku senang duduk di bilik hostel dan tidur walaupun keesokan hari takde kelas. hehe. macam takde semangat kemerdekaan dalam diri je kan? salah tu anggapan korang. jangan anggap aku tak pergi countdown tu aku takde semangat kemerdekaan dalam diri tau. ada cuma tidak terserlah mungkin. hehe.


kadang2 aku rasa macam membazir je buat sambutan2 tu. konsert la bunga api la. macam tak perlu je. tapi, kalau tak buat orang2 kita mesti tak peduli langsung tarikh bersejarah tu agaknya. hmm. memang dah jadi kewajipan rasanye. takpe la. asalkan dengan buat sambutan tu masih wujud rasa cintakan negara dalam diri orang kita. masih berbangga dan bersyukur dengan kemerdekaan yang telah dikecapi. mudah-mudahan.


harap-harap berkurangan la jumlah tangkapan pasangan kekasih yang kena cekup pada malam merdeka tahun ni. supaya tahun depan takde la kecoh-kecoh kes pembuangan bayi lagi walaupun mungkin ada yang terlepas. hmm. ok la. dah lewat. aku beransur tidur dulu. esok mahu bekerja. awal pagi mahu bangun sahur lagi. selamat malam semua.


bisik2:: merdekakanlah diri kita dahulu..renung2kan..


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

~aku bangga aku ANAK MALAYSIA!!~



salam merdeka buat semua! alhamdulillah. dah genap 53 tahun negara kita merdeka dari penjajahan. semoga terus bertahan insyaAllah. kite ni je yang belum tentu lagi merdeka agaknye kan? sebab ape aku cakap macam tu? korang fikir je la sendiri. hoho.



aku bersyukur dilahirkan di sebuah negara yang aman damai macam Malaysia ni. takde perang2 takde bencana alam yang dasyhat2. nak jalan2 sane sini pun tak perlu takut2 kena tembak ke ape ke. hidup sejahtera je sentiasa walaupun berbilang kaum. boleh mix around dengan orang cina, orang india, orang benggali, orang asli, orang bumiputera sabah sarawak. eh! macam2 la. ramai sangat kaum kat Malaysia ni kan? tak macam kat negara lain. Malaysia memang unik.



dulu2 masa sekolah, aku tak suka belajar subjek sejarah. bile kelas sejarah je konfom aku tidur. hoho. siap kena baling kapur dengan cikgu lagi. eh? time aku sekolah dulu pakai kapur dengan blackboard je masa sekolah kan. nostalgia nye. aku pun pelik nape panggil blackboard padahal kaler hijau. nape tak panggil greenboard ek? haha. hmm. masih teringat lagi kes aku kena baling kapur tu sampai sekarang. kenangan betul. hehehe. padan muke aku.



haa. nak tahu ke nape aku tak suke belajar subjek sejarah? sebab bagi aku, watpe nak belajar benda yang dah berkurun lepas berlaku. bosan! tapi itu dulu la. bile aku dah matang sket, pemikiran aku jadi lain. aku rasa belajar sejarah itu perlu. baru kita tahu susah payah hidup mereka2 sebelum merdeka. dijajah oleh pelbagai anasir luar. terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan untuk teruskan hidup ketika dijajah. ada yang mati ditembak tak semena mena. makan minum pun tak tentu hala. dikerah buat itu ini tanpa rela. sedih kan? pastu aku terfikir, dengan belajar sejarah jugalah aku dapat tahu bagaimana mereka2 berjuang untuk memerdekakan negara.



nah! sekarang lihatlah apa yang kita semua rasa. bebas dari belenggu penjajah. hidup aman sentosa tak perlu nak takut2 lagi dah. ini semua hasil perjuangan mereka2 dulu itu la. tapi sayang ramai lagi yang 'buta mata'. terlupa dengan jasa mereka yang bersusah payah ni. sengaja cari punca nak cetuskan perbalahan antara kaum. salah guna kuasa politik untuk jatuhkan satu sama lain. padahal kerana semua kaum bersatu padu la kita dapat capai kemerdekaan. hmm. sebab tu aku tak suka terlibat dengan politik. bagi aku politik licik dan kotor. masing2 ada agenda tersendiri untuk kepentingan diri. bukan untuk kepentingan rakyat. eh? melalut masuk pasal politik pulak. taknak cakap la. tak suke!



aku harap anak2 muda sekarang ni dapat fikir yang terbaik sebab mereka penentu masa depan negara. risau dengan masalah sosial yang makin teruk melanda negara kita sekarang ni. kalau tak dibendung tak tahu la ape akan jadi kat Malaysia masa akan datang. hmm. semoga Malaysia terselamat dari perkara yang bukan2.



kita sebagai rakyat yang berakal dan berilmu, sama2 la kita mempertahankan kedaulatan negara kita. tak dapat bagi banyak sikit pun jadi la. jangan mudah terpengaruh dengan hasutan yang berusaha untuk menjatuhkan 'air muka' Malaysia. bertindaklah dengan bijak. tak perlu nak jadi macam rakyat2 di negara luar nak memberontak sana sini. demo itu demo ini. main ikut je 'perintah' orang2 yang tak bertanggung jawab. berfikir sebelum bertindak. itu tindakan orang yang bijak.



salam kemerdekaan. aku bangga aku ANAK MALAYSIA. marilah kita sama2 kibarkan jalur gemilang tanda kita sayangkan negara kita Malaysia.




Jalur Gemilang



MERDEKA!!!


bisik2:: wahhh..semangat gile aku cakap pasal merdeka eh? hoho..ada sindiran di sebalik luahan..pandai2 la korang fikir.. kui3..



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Monday, 30 August 2010

~bebel tak kira masa..~



mari kita membebel sebelum balik kerja. hak3. sempat lagi tu. nak balik skang pun mesti jalan jammed. aiseh. macam la naek kereta. padahal naek moto je. siap boleh main selit2 lagi. kui3. bile la nak siap laman web aku ni ha. bile nak start wat je dapat kerja lain yang urgent. design tu la design ni la. tak terkejar nak buat. sistem pendaftaran online pun tak terbuat lagi ni. aishoo. lambat la aku nak konfirm macam ni. huwaaaa.



ni dah masuk 4 bulan aku kerja. minggu ni ade meeting lagi. argghhh. aku elergik betul kalau dengan meeting ni. tak masuk tak boleh. uhuk3. ni yang tak best jadi pegawai. kalau kerja jadi kuli biasa2 je kan senang. eh? bukan sekarang ni pun aku kuli jugak ke? ahaha. perasan macam bos. nak jadi bos p buka syarikat sendiri ye cik kak.



takpe2. tu impian aku satu hari nanti. nak bukak syarikat sendiri. insyaAllah. di mana ada kemahuan di situ ade jalan. yang penting kena kuat berusaha. kalau setakat cakap je takde usaha tak jadi jugak. ye dak? syok jugak eh jadi bos. lagipun Rasulullah ada bersabda yang perniagaan boleh mendatangkan rezeki yang banyak dan kita digalakkan berniaga. semoga impian aku tercapai. amin.



eh. jom la bersiap nak balik. ada tugas menanti aku kat rumah ni ha. nak kena urus budak sekor yang nakal nak mampus tu. sape budak nye? nanti aku cerita pasal die. hoho. hmm. malam ni ingat nak buat kueh raye la. kui3. banyak betul agenda aku. takpe sok kan cuti merdeka. hehe. jom balik!



bisik2:: sempat lagi tu nak membebel. nak buat camne. dah hobi. hik3.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 29 August 2010

~usia bertambah = perubahan fizikal~



tadi saje la aku belek gambar2 lama aku. aiseh. mengimbas kenangan lalu la konon2 nye. tengok gambar zaman mula2 masuk study dulu. mak aii. gile cikeding aku time dulu eh. bile tengok gambar sekarang jauh beza gile rasanye. dah habes study terus gumok. naik berkilo kilo gamaknye. macam belon kena tiup pun ade. huwaaa. aku nak kurus macam dulu balik!



aku rasa kan ni sebab masa study dulu aku dapat kawan2 yang obses dengan makanan. obses? hahaha. tak pasal2 dorang lak kena tuduh. padahal aku pun 2x5 je kuat makan. pantang kena pelawa. kui3. mahu badan tak naek. padan la kawan2 yang dah lama tak jumpe aku bile terserempak je mesti tegur perubahan fizikal aku. ni antara perbualan aku dengan mereka2 yang mulut lazer tak hengat.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

situasi 1#
kawan: eh? sha ke ni?
aku:
habes tu ang ingat sape? aku la.. awatnya?
kawan:
huii..lama gile tak jumpa ang. beza gile ang laa ni. dulu macam ni je (tunjuk jari kelingking), laa ni macam ni dah (tunjuk ibu jari). ang makan apa weh?
aku:
cirit betoi ang ni!! diam ah. hahaha.





situasi 2#
kawan:
hoi sha! awat kau macam dugong je skang ni aku tengok.
aku:
ceit! kuang ajaq. biar ar. hati senang. dugong2 pun aku maintain comel. haha.

kawan: haha. perasan!




situasi 3#
kawan: ang dah la bulat. p pakai selendang lagu tu lagi nampak bulat.
aku:
suka ati aku la. ang ni tak abes2 dengki kat aku tau.
kawan:
aku rasa aku nak panggil ang "chaq" la.

aku: pasai pa pulak?
kawan:
sebab ang dah makin besaq. chaq=besaq. hahaha.
aku:
bongek ar ang ni. haha.



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

tu contoh perbualan aku dengan rakan2 aku yang jeles dengan ketembunan diri aku. mereka2 kebanyakkannye tergolong dalam kategori lelaki. ngek betoi! tapi betul la agaknye eh. aku bukan perasan perubahan yang berlaku kat diri aku ni ha. aku je yang dok perasan masih selim melim. padahal badan macam belon kembong. kui3. hoi! macam mana nak bagi kurus balik ni weh. dah la aku ni malas nak diet2. nak bersukan lagi la. beli je kasut jogging. tapi pergi jogging nye idok pun. pemalas tahap gaban. macam mane nak selim? hik3.




*zaman cikeding..kui3*




yang jadi mangsa tentulah tak lain tak bukan encik CH. padan muke beliau. kena dengar aku membebel tak habes2. tapi beliau selalu je pandai menepis segala bebelan aku. bijak betul. malas nak dengar la tu. pastu saje nak amik hati aku. kendian syok dapat perli aku. jahat betul!

sembang 1#
aku: bah. mi dah gemok la.
beliau:
hoh? takde la. biase je abah tengok!
aku:
eleh. nak tipu la tu. saje nak amik hati.

beliau: laa. betol la abah cakap.
aku:
huh! malas la cakap dengan abah.

beliau: hehehe.


sembang 2#
aku: mi rase mi nak pergi jogging la bah. dah gemok ni.
beliau:
hui.. dah seploh tahun abah dengar benda yang sama. tapi tak pergi2 pun.
aku:
huh? perli eh? nak kena tumbok?!
beliau:
eh. takde la. abah cakap kat orang lain.
aku:
benci ah cakap dengan abah. suke perli tau.
beliau:
hehe. gurau je.




tengok! beliau pun same naek je dengan kawan2 aku tu. ntah ape2 betul. kot la nak bagi semangat kat aku pergi jogging kuruskan badan ke takpe jugak. ni idak. diperli lagi ade. haha. tapi ade aku kesah? janji tubuh badan aku sehat takde penyakit sudah. kan2? biase la tu. tumbesaran kite kan seiring dengan peningkatan umor. haha. ayat sedapkan hati.



tapi kan. opismate aku cakap. badan aku skang ni dah ok dah. kalau kurus macam dulu tak comel. keding sangat. angin tiup pun melayang. macam mak aku cakap. "kalau ang bawak moto, nampak macam moto yang bawak ang." haha. macam mane la tu ek? takleh nak bayang la pulak. skang ni kirenye kena bagi mantain je la. tak maintain kang tambah tembun terus tak comel dah. camni aku kena rajin la workout. pegi jogging ke. ki3. dalam mimpi je la tu kot. jogging konon. hampeh je cita2. haha.




*zaman tembun..hoho..*




ape2 pun aku bersyukur la sehat tubuh badan. takde penyakit yang bukan2. alhamdulillah. terfikir jugak situasi mereka2 yang ade penyakit macam2 tu. kanser itu la kanser ini la. kesian. aku yang sehat ni pun nak merungut2 itu ini pulak. hish. astaghfirullah. tak bersyukur betul. biarlah tembun sikit asalkan aku sehat. kan2? yang penting kesihatan kena jaga. family aku ni ade keturunan darah tinggi. tak jaga betul2 nanti aku pun leh kena jugak. darah tinggi tu kan penyakit keturunan. ye ke? mandai je aku ni. hehe.



the main point is pemakanan kena jaga. kalau betul pemakanan kite, sehat la tubuh badan kite. ye tak? kalau main hentam sebarang je semua makanan nak sumbat dalam perut. tunggu je la nanti ape penyakit yang nak datang kat kite. penyakit ni kebanyakannye berpunca dari pemakanan la. maksudnye dari perut. kalau tak salah aku, ada hadis yang berkaitan dengan ni.



dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.”



haa. sebab tu la kita kena berpuasa. puasa dapat merehatkan perut kita dari bekerja tanpa henti. asyik dok makan je 24jam. perut pun tak sempat nak rehat. dah tu sumbat makanan macam2 dalam perut tu. tu yang kadang2 kite sakit perut. perut masuk angin la. makanan tak hadam la. sebab perut penat dah nak bekerja la tu maknanye. betul tak?


tapi, sejak puasa ni badan aku dah susut sket la. haa. puasa memang bagus pun untuk diet kuruskan badan sebab kite jadi kurang makan. janji jangan masa berbuka tu p hentam makan tak hengat dunia sudah la. takde maknanye jugak diet dengan berpuasa kalau macam tu.




ok la. dah melalut ke laut dah aku ni ha. memang macam tu la aku. kalau tulis entri tak pernah nye tak bercampur2. hehe. harap maklum la ye. sekian. terima kaseh. haha. aiyo. esok kerja la. malasnye nak pergi. hari selasa dah cuti balik. huuu.



bisik2:: biar tembun asalkan muke comel. ^_^



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 27 August 2010

~betul ke bagi hadiah baju punca CLASH??~



Selamat pagi semua! Wahh. First time update blog pepagi bute. Hehe. Dah bersahur ke semua? Aku pukul 4 tadi lagi dah sahur. Pastu p berjalan jalan kat blog yang aku follow baca entri terbaru. Then terasa macam nak membebel lak kat blog aku ni ha. Sebab tak mengantuk lagi. Nak tunggu subuh jap. Lagipun semalam aku terbungkang awal. Pukul 9 malam dah hanyut. Kui3. Alamak! Terlepas tengok cerita Syurgamu Ramadan. Alaaaa. Huhu. Kena tengok online la camnih.


Hari ni aku cuti. eleleh. Macam la aku sorang je yang cuti. Haha. Hari ni kan Nuzul Quran. Sape2 yang cuti hari ni selamat bercuti. Semua negeri cuti ke eh? Ntah. Yang aku tahu Pulau Pinang memang cuti. Hari ni janji nak keluar dengan Enny. Nak p tengok Vampire Sucks. Dulu p tengok wayang sorang2 kalau my lovely kazen takdo. Sekarang dah ade member leh ajak kuar sama2. Best2. Ngeee.


Eh? Baju melayu yang siap punye berapa ek harga? Aku ingat nak beli selai la untuk si pencurik hati aku tu. Saje nak belanja die. Dapat duit kerja OT+komisyen masa konvo itu hari. Ada la sket. Nak dekat dengan jumlah gaji bulan2 aku. Itu yang ingat nak belanja die baju raya tu. Bukan selalu kan. Takkan nak tunggu birthday je nak bagi hadiah. Bile2 masa pun kite leh bagi hadiah kan? Hmmm. Agak2 berapa hengget eh? Dalam seratus lebih agaknye kan. Jap g aku ajak Enny p ushar la. Senin nanti leh p post. ^_^


Cakap pasal ni tetibe mai idea nak berhujah. Ceit! Haha. Hujah konon. ape2 je la cik sha oi. Meh kite berhujah pasai isu ni. Orang cakap kalau bagi baju/pakaian kat someone yang kite sayang, nanti cepat putus hubungan/clash. Mesti korang pernah dengar kan? Betul ke? Honestly, aku tak percaya pun dengan mitos tu. Tak habes2 dengan mitos aku ni. Haha. Bagi aku itu salah satu mitos la. Macam kes pengapit yang aku bebel hari tu. Korang camne lak? Percaya ke?



*ini adalah lakonan semata-mata..saje nak menggedik..haha*

Yang beliau pakai tu, salah satu baju yang aku hadiahkan kat beliau. Ni masa study dulu.
Aku suka beliau pakai t-shirt lengan panjang. Supaya tak tunjuk aurat tangan die yang 'bermucsle' tu kat pompuan lain. Kah3. Muscle la sangat kan. Abaikan kerampingan beliau. Beliau memang sangat ramping berbanding aku yang gumok dan muntot besau itu. Wahahaha..



Seingat ingat aku la kan. Sepanjang 5 tahun aku bercintan cintun dengan encik 'cinta hati' aku ni, dah banyak kali kot aku bagi hadiah baju kat die. Banyak kali sangat la. Samada aku yang beli sendiri bagi ataupun mak yang tolong belikan aku tolong bagi ataupun hadiah dari akak aku dan maksu paksu aku. Serius! Banyak kali sangat. Betul tak sayang? Malas pulak aku nak kire berapa kali. Yang aku ingat memang dah banyak kali. Hehe. Die pun pernah belikan aku baju jugak beberapa kali.


Cube korang fikir. Logik tak logik mitos tu? Berdasarkan pengalaman aku, mitos tu sangat2 la tak logiknye. Elok je pun dah 5 tahun kami couple. Bukan nak cakap besar. Tapi realitinye mitos tu langsung tak logik pada pandangan akal aku. Part mana yang boleh menyebabkan terputusnya sesuatu perhubungan sebab hadiahkan baju kat pasangan? Dah tu time korang kahwin bukan baju tu salah satu daripada hantaran ke korang bagi kat pasangan masing2? Haa. Cube jawab sat persoalan aku ni. Kot2 ade sape2 yang boleh bidas balik hujah aku. Nak tahu jugak pendapat korang semua. Lain orang lain pendapat kan?



Bisik2:: Sian kat baju yang tak bernyawa tu. Tetibe dipersalahkan sebagai punca perpisahan di dalam mitos tersebut. Kui3. Nasib baik die tak boleh bercakap kan?


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 24 August 2010

~"pelangi indah" itu sentiasa menanti kita..~




Kadang kadang aku terfikir. Bile aku rasa hidup aku ni tak berapa nak ok. Rupenye ada lagi orang yang hidupnye lagi sangat2 tak ok dari aku. Bile aku rasa diri aku terbeban dengan banyak masalah. Rupenye ada lagi orang yang terhempuk dengan bermacam macam masalah yang lebih dasyhat dari aku.


Bila aku rasa diri aku diduga dengan dugaan yang cukup hebat. Ada lagi orang yang cukup hebat dugaan dihadapinya berbanding dengan apa yang aku alami. itulah realiti kehidupan kan? Kita selalu nampak orang lain lebih bahagia dari kita sedangkan ada orang lain yang lebih sengsara dari kita.



~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~


Keluarga aku pernah hidup susah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dulu gaji arwah abah bukan besar. Nak bayar macam2. Berapa sangat la yang tinggal untuk tampung hidup kami sekeluarga selama sebulan. Mak tak kerja. Kami pernah merasa makan nasi berlaukkan kicap dengan telur goreng je. Pernah makan nasi berkuahkan air dan berlaukkan garam.



Kadang2 makan ubi rebus je yang arwah abah tanam belakang rumah. Nak makan sedap sikit arwah abah pergi memancing ikan. Dapat la ikan talapia sekor dua buat masak lemak @ goreng. Susah tapi takde la sampai tak makan. Arwah abah akan usaha untuk bagi anak2 die cukup makan.




Tapi alhamdulillah. Walaupun pernah hidup susah, anak2 dia semua berjaya. Sekarang dah boleh hidup senang. Masing2 dah ada kerjaya dan kehidupan sendiri. Dah tak susahkan mak walaupun arwah abah dah takde. Semua berkat yakin pada Allah dan tak pernah lupa mengadu pada Dia. Sebab tahu setiap ujian itu pasti ada balasannya.



Terima kasih untuk arwah abah. sebab berjaya mendidik anak2 die dengan baik. Dengan kesusahan hidup yang pernah dialami dulu, anak2 abah berjaya bangkit dan buktikan pada mereka2 yang suka mengeji keluarga kita. Terima kasih Allah kerana mendengar doa kami. Bersyukur dengan setiap dugaan yang pernah Kau beri.



~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~


Aku selalu berpegang pada kata kata ini. "Allah takkan menguji hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu diharungi oleh mereka." Maknanya setiap dugaan, masalah, ujian yang menimpa kita tu, Allah beri dengan adanya kemampuan dari kita untuk menghadapinya. Setiap yang diuji adalah bertujuan untuk menilai tahap keimanan kita padaNya. Samada kita masih ingat dan berharap padaNya atau terus hilang arah dan tersasar dari landasan yang sepatutnya.


Tapi ramai dari kita yang suka merungut dan bersangka buruk terhadap Allah bila kita ditimpa sesuatu permasalahan. Betul tak? Kita selalu lupa yang mungkin dengan setiap permasalahan yang kita harungi itu, ada balasan yang sangat indah menanti kita di depan. Mungkin tidak di dunia, di akhirat sana kita akan dapat keindahan itu. Teringat satu madah. "Kita benci saat Allah turunkan hujan sedangkan kita tak tahu yg sebenarnya Allah nak bagi kita jaluran pelangi yang sangat indah selepas hujan untuk kita menikmati keindahannya.."




Berpesan pada diri sendiri dan juga pada mereka yang aku sayang (korang la yang dok membaca ni). Bersangka baik la selalu pada Allah. Jangan bersungut jika ditimpa masalah. Muhasabah diri. Mungkin ada sebab kita diuji dengan sesuatu permasalahan. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat diri hamba-hambaNya. Ingat, "pelangi indah" itu sentiasa menanti kita.



Bisik2:: Terasa insaf diri bila terkenangkan ada orang yang lebih susah hidupnya berbanding diri aku. Bersyukur dengan setiap kurniaan Allah. Alhamdulillah..


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 22 August 2010

~PENGAPIT..lambat kahwin ke, cepat kahwin??~



Orang cakap kalau jadi pengapit nanti cepat kahwin. Tapi ada jugak orang cakap kalau jadi pengapit kahwinnye lambat. Mana satu yang betul? Bagi aku 2-2 itu tak betul. Mitos semata-mata. Merepek je la weh. Jangan la taksub sangat percaya benda2 macam ni. Jodoh pertemuan tu semua kan kerja tuhan. Korang tuhan ke sesedap rasa je pandai2 cakap macam tu kat orang yang jadi pengapit. Macam tahu2 je eh bile orang tu akan kahwin. Hish. Merepek betul!


Sebab ape aku kata tak betul? Sebab tak betul la. Ahaha. Takde la. Semua itu cuma kebetulan je la weh. Meh aku nak share pengalaman aku dan kakak aku dalam kes jadi pengapit ni. First kite tengok situasi akak aku eh. Akak aku pernah jadi pengapit masa adik aku kahwin. Adik aku kahwin tahun 2007. 2 tahun lepas tu (2009) akak aku pun kahwin. Cepat je bagi aku. Jadi mitos 1 yang kata jadi pengapit cepat kahwin tu kena kat akak aku dan mitos 2 kata jadi pengapit lambat kahwin tu out terus.


Meh kita tengok situasi aku lak. Aku pernah beberapa kali jadi pengapit. 4 kali kot. 1st sekali tahun 2003 kot. Masa tu aku form 6. Terpaksa bidan terjun jadi pengapit untuk kakak kawan aku. Kawan aku tu lelaki. Jadi takkan la die pulak nak jadi pengapit akak die kan. Maka aku pun dengan terpaksa telah menjadi bidan terjun. Muahaha. Muke masa tu dalam gambar toksah cakap la. Aku tak senyum langsung. Hak3. Gambar masa tu takde digital2. Pakai filem je. So takde dalam komputer. Dalam album ade. Malas nak scan.



*laki bini ni bestfriend aku..berkilau2 baju aku ek..siap berkain songket..macam aku lak jadi pengantin..haha..*


2nd pulak aku jadi pengapit untuk bestfriend aku. Tengok gambo kat atas tu ha. Laki bini bestfriend aku tau. Bile depa mintak aku jadi pengapit, aku tak sampai hati nak tolak. Maka dengan rela hati aku pun jadi pengapit. Lengkap dengan pakej tukang buat hantaran, tukang buat pelamin dan tukang hias bilik pengantin. Siap bermalam kat rumah pengantin perempuan tido dalam bilik pengantin. Muahaha. Kenduri belah pengantin perempuan dan pengantin lelaki aku jadi pengapit. Masa tu tahun 2008 kalau tak salah. Aku balik cuti semester.


Seterusnya khidmat aku menjadi pengapit semakin rancak. Walaweh. Macam hebat je. Haha. Dalam tahun 2009, dua kali khidmat aku diperlukan. Bulan 10 untuk akak aku, bulan 12 untuk bestfriend aku. Disebabkan mereka itu orang yang aku sayang, jadi aku memang la tak sampai hati nak tolak permintaan mereka untuk aku jadi pengapit. Hui. Hot gile kan aku. Semua orang berebut nak aku jadi pengapit. Ceit! Perasan. Haha.



*ni masa bestfriend aku kahwin disember 2009..eh? ape aku dok buat tu? aku tendang die sebab jeles die dah kahwin sambil pandang mesra laki dia..haha..bukan la..aku dok repair kain die yang dok meleret2 tu ha..tersangkut..kui3..*


Tapi tu la. Pengapit ni boleh aku dijadikan kerjaya sampingan yang tak berbayar kan? Haha. Lawak lak rasa. rupenye dah banyak kali aku jadi pengapit. Owh! patut la aku lambat kahwin. Makanya mitos no 2 tu kena kat situasi aku. Tapi cube korang pikir logik akal. 1st n 2nd time aku jadi pengapit tu aku masih belajar weh. Mana leh kahwin. Gile ke hape nak kahwin time masih belajar? Takmo aku.


3rd n 4th time tu aku baru lepas grad. Kerja pun takde lagi. Nak kahwin? Mahu mak aku pelempang sedas kat aku. Huhu. Lagipun aku pun takmau lagi. Cita-cita aku belum tercapai lagi masa tu. Encik cinta hati aku pun baru merangkak rangkak mula kerja. Dah tu nak suh die mai masuk minang aku? Hantaran nak pakai ape? Daun? Gile ke hape. Biarlah kami kejar cita-cita kami dulu. Penat-penat belajar tinggi pastu nak kahwin terus? Hui..tak merasa la nak enjoy life memasing time bujang kan? Hak3.



* ni kenduri akak aku masa oktober 2009..aku dengan encik cinta hati yang kena jadi pengapit..
sebab tu kami kahwin lambat..huhu..*


Pada mereka yang sebok bertanya bila aku dengan encik cinta hati nak berkahwin, ini jawapan aku. Sabar-sabar la dulu. Ade jodoh tak ke mana. Nanti dah sampai masa, kami akan jemput korang. Kui3. Tunggu masing-masing dah stabil dan bersedia la. Aku baru 4 bulan kerja. Baru 4 bulan dapat balas budi mak aku. Biarlah aku nak berbakti untuk mak aku dulu.


Encik cinta hati pun baru je tetap kerja die. Duit pun belum cukup. Aku nak die kumpul duit die sendiri hasil titik peluh die untuk minang aku. Takde hutang-hutang kat bank ke mak ayah ke. Aku takmo. Biar die rasa susah payah nak kumpul duit kahwin. Baru ade rasa tanggungjawab dan menghargai sesebuah perkahwinan. Ape korang ingat nak kahwin tu senang ke? Cakap je nak kahwin terus esok boleh kahwin. Haa. Tu yang banyak kes kahwin cerai tu.


Ape-ape pun janganlah taksub sangat eh dengan menda ni semua. Yang aku anggap mitos tadi ni. Jodoh tu kan urusan Allah. Kau kahwin cepat ke, kahwin lambat ke, itu semua kerja Allah. Kita hanya merancang je. Mana nak tahu, tengah-tengah kau syok merancang bulan depan nak kahwin. Tetiba takdir Allah, hari yang kau rancang kau akan kahwin tu kau tak jadi kahwin. Putus tunang ke, bakal suami ditimpa kecelakaan ke, kau ditimpa masalah yang tak diduga ke, bakal mentua tetiba tak setuju kau jadi menantu ke. Jangan pulak kau nak salahkan takdir Allah. Hanya Dia yang tahu apa terbaik untuk kau. Jadi sentiasalah bertawakal pada Dia setelah kau berusaha dan merancang yang terbaik.


Bisik2:: Sebuah perkahwinan yang bahagia adalah bila suami isteri itu saling menghargai dan memahami tanggungjawab yang harus diharungi bersama.

Itu kata hikmat dari aku. ^_^



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Thursday, 19 August 2010

~bila NAFSU menguasai diri, minda bagai berhenti berfungsi..~



Buka tv tengok berita cakap pasai buang baby. Selak2 mukasurat paper ade laporan pasai buang baby. Lagi dok gembar gembur lagi dok kecoh, lagi menjadi jadi kes buang baby. Ape la nak jadi dengan anak remaja sekarang ni. Yang sedihnya kes ni dimonopoli oleh mereka yang berbangsa melayu dan beragama ISLAM. Mane la hilangnya pegangan agama, pemikiran akal waras depa. Hmm. Ni la jadinya bila hidup penuh dengan NAFSU. Maruah semakin murah untuk digadai demi membuktikan CINTA. Sedih betul!


Aku dah penat nak cakap isu buang baby ni. Rasanya dah berkali kali kot aku berleter dalam blog pasai menda ni. Antara yang aku ingat dalam entri ini. Malas nak godek 1-1 entri lama. Isu ni dari dulu sampai skang tak pernah nak surut2. Cuma skang ni yang semakin hangat. Statistik pun naik mendadak. Dalam bulan Ramadhan yang mulia ni pun berlonggok2 kes dikesan. Dah tu cara buang tu semakin 'kreatif' lak. Macam2 cara dibuat konon2 nak tutup ke'aib'an diri. Masa tengah syok dok buat tak terfikir lak aib malu semua. Pelik betul manusia yang berperangai macam ni.



*sedih tengok..huhu..*



Dulu2 kecoh pasal janin hasil pengguguran dibuang. Yang skang ni baby yang lahir cukup sifat dibuang. Sebelum tu boleh pulak ang simpan sampai 9 bulan. Macam mana ang sorok perut ang eh. Itu yang aku pelik tu. Bila dah lahir senang2 je ang p buang. Ang ingat sampah ka? Dapat kat aku orang macam ni aku pang sedas. Baru dia tau langit tu tinggi ka rendah. Akai ada tapi taruk kat lutut. Dok ikut sangat nafsu setan ang tu. Haishh!


Aku lebih salute kat depa yang tahu dah buat dosa berzina tapi depa insaf dan bertaubat. Pelihara bakal baby yang lahir dengan baik. Itu lebih bagus bagi aku. ni dah tahu buat dosa berzina. Dapat baby p buang tambah dah satu dosa lagi. Dah tu sanggup lak biar baby tu terbunuh pas buang, tambah lagi dosa. Bukan takat dosa besar je ni. Dah dosa 'berat' orang panggil. Esok kat akhirat ang tunggu je la balasan kalau kat dunia ni ang terlepas.



*menatang pun pandai sayang anak*



Buat mereka yang sedar dan celik akal, muhasabah diri. Pesanan ni untuk diri aku jugak. Sebab yang perempuan la yang paling teruk nak tanggung. Lelaki ada apa hal. Die tak rasa pun sakit nak melahirkan. Masa dok 'sedap' tu memang la laki pompuan sama2 nikmat. Konon! Esok bile yang pompuan termengandung ingat yang laki tu nak volunteer ke tunggu. Kirim salam la. Awal2 lagi die dah blah. Ang ingat depa bodo ke wahai gadis2 sekalian.


Sebab tu jaga la diri elok2. Maruah tu jangan senang2 je nak gadai sebab cinta. Itu lah satu2nya harta yang kita ada. Simpan untuk suami yang lebih berhak. Bukan serah kat kekasih yang belum tentu jadi suami kita. Lelaki yang baik takkan 'sentuh' pompuan yang belum sah jadi milik dia. Jangan mudah sangat terkulai dengan pujuk rayu laki hidung belang macam tu. Perkukuhkan 'perisai' diri. Tepis segala godaan nafsu dan bisikan syaiton.



*sanggup ke nak buang baby bila tengok die membesar jadi comel macam ni??*




Semoga kita terhindar dari perkara yang mungkar. Ini lah tanda2 hari kiamat makin dekat. Zina makin berleluasa. Keruntuhan moral dan akhlak makin menjadi jadi. Kalau kita gagal atasi tak mustahil negara akan mengalami kejatuhan. Sedih dengan fenomena ini. Huhu. Semoga Allah melindungi kita semua. Inilah akibatnya bila NAFSU mula menguasai diri. Maka minda pun bagai terhenti berfungsi. Fikir-fikirkanlah.






bisik2:: tak tercapai akal bila memikirkan macam mana depa2 ni sanggup bunuh dan buang baby yang comel2 itu..T_T


#gambar2 abang google yang kasik.

Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 17 August 2010

~mengimbas kenangan berpuasa di kampus dulu..~



erkkk. alhamdulillah. baru selesai berbuka. bapak pedas ayam masak merah bermadu mak aku buat. terbakar mulut aku wei. bibir dah rasa tebal macam angelina jolie. wakaka. angpa dah kenyang ke? berbuka ape hari ni? beli kat bazar Ramadhan ke masak sendiri? aku beruntung dok kat rumah dengan mak. balik je kerja mak dah siap masak dah. mekaseh mak. hehe. kalau aku dok bujang, lauk tunjuk2 kat bazar Ramadhan la gamaknye jadi pilihan. ye la. balik kerja sampai rumah pun dah pukul 6 lebih. mana sempat nak masak. kan2? alasan! hek3.



tetiba rasa rindu lak suasana berbuka puasa kat kampus. dulu masa belajar kat UMS kul 6 lebih dah buka puasa. pas dah kenyang berbuka tepon mak kat semenanjung. eksyen sket sebab dah buka awal sejam. wakaka. perangai senonoh betul. anak sape la ni. -_-"


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~





hari tu x-roomate mesej. kata die rindu time puasa kat kampus sama2 dulu. rindu masakan aku. rindu aku kejut die bangun sahur. hehe. kaksha pun rindu sama kau dayang. jom kita sambung belajar ba. kui3. x-roomate aku orang sabah. dulu aku terer la jugak sket2 cakap sabah. cik dayang ni la yang ajar. skang dah tak berapa nak reti sangat. depa cakap aku faham la. nak balas balik tersasul sasul lidah. hehe.




cik dayang=x-roomate aku dulu masa last year..junior aku ni..yang baju purple tu la..yang montel baju putih tu aku..hehe..




mek'ah ni kalau aku kejut die bangun tolong aku masak untuk sahur liat gila. asyik2 dengan 5 minit die. sampai skang aku takleh lupa. tak kesah la aku kejut bangun sahur ke bangan g kelas ke. macam tu la die. "sekejap kak! 5 minit..5 minit." takde maknanye 5 minit. kalau aku biar kang die sambung tido balik.



dulu masa study, aku masak kat hostel. tambah2 time puasa. nak jimat. hehe. berani tak aku? masak tu kat hostel. otai la konon2. siap ade semua perkakas dapur. rice cooker letrik, kuali letrik, sudip, senduk. bahan2 memasak yang tahan lama macam beras, kobis, ikan bilis, telur, garam, gula, kicap, sos. pendek kata macam2 la. hoho. tinggal takde peti ais je. bile time spotcheck kelam kabut p sorok semua menda alah tu. yang paling best tak pernah kantoi. wahaha. lagipun aku baik dengan bebudak JAKMAS dengan MPP. kalau ade spotcek depa dah roger2. ngeh3.



wat otai ni start dari 1st year lagi. ish3. tapi bukan dengan niat nak langgar peraturan pun. sebab nak berjimat la wei. makanan kat cafe mahal oo. mahu botak pale. jadi untuk berjimat kena la wat cenggitu. masak sendiri. makanan ruji dulu wajib ade telur mata lembu, sayur kobis dengan sardin. rajin sket aku masak nasi lomak. kekadang wat pajeri nenas, masak lemak cili api. malas2 aku buat je bubur kanji. memang jimat belanja.



dok merantau jauh2 masa tu kena la pandai2 urus diri sendiri. duit pinjaman yang PTPTN bagi dulu memang tak cukup kalau tak pandai manage. dulu aku memang guna duit tu je. tak minta pun wit dari mak dan kakak. masa 3rd year aku mula2 berjinak buat bisnes printing dengan format laptop. dapat la income. cukup nak tampung kehidupan aku kat sana masa tu. lebih share sket dengan encik 'cinta hati' sebab die banyak tolong aku buat bisnes format laptop tu. kira macam share partner la.



owh. kenangan betul. rindu pulak zaman belajar dulu. tapi yang paling tak leh lupe kenangan berpuasa la. merasa jugak aku berbuka awal. hehe. dulu masa kecik2 bila tengok tv yang die tayang waktu berbuka tu. aku selalu bisik dalam hati. bestnya tinggal kat sabah. boleh buka puasa awal. last2 impian jadi kenyataan bila aku dapat sambung belajar kat sana. 4 tahun lak tu. Allah tu maha mendengar kan?



bisik2:: dah seminggu kita puasa eh? cepatnye!!



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 15 August 2010

~kau memang pandai goda aku kan?~



selamat petang semua. dah ready2 ke juadah nak berbuka? mesti time ni ramai yang pergi bazar Ramadhan kan. aku setakat ni tak pernah lagi jejak kaki p bazar. setakat lalu je la time balik kerja. kire macam tutup mata je. konon2 tak terliur tengok macam2 jenis makanan yang dijual. haha. huiii. takleh la weh. kang aku rambang mata. tetibe nafsu nak membeli tu melonjak2. nak beli itu nak beli ini. membazir je. baik aku berlagak macam takde ape2. kuat jugak iman aku kan? hak3.



hari ni aku tak buat ape sangat. pagi2 bawak akak dengan baby die g cari klinik pakar kanak2 sebab si kecik tu demam sesema. sian die. jangkit dari aku la ni kot. pembawak virus tul aku ni. huhu. sori2. ni sebab dok kena ujan panas masa bz kerja kat konvo hari tu la ni. tak baik2 lagi. sebab aku pemalas nak makan ubat. kui3.



balik2 dari klinik konon nak online. hampeh je. komputer cabuk aku ni ha buat perangai. buka je terpadam sendiri. buka je memula ok tengah syok2 online tetibe screen jadi putih tak nampak ape2. terpaksa la off gitu je then on balik. dah nazak bebenor lappy aku ni ha. dah 5 tahun berkhidmat. nak suh aku ganti baru ke? owh tidak! aku sayang gile laptop ni. beli mahal dulu tau. dalam 2ribu lebih time tu kot. tak berapa nak ingat. tapi memang mahal. tapi la ni lappy murah je kan?seribu lebih dah boleh dapat dah. aku dulu tercungap cungap kumpul duit nak beli sendiri tau. tak mintak sesen pun dari mak.





tengok la gambar lappy aku yang dah rongak kat tepi tu. siap kena lapik dengan kertas lagi. yang aku bulat tu. haha. lappy ni dah takleh nak lipat2 dah. ternganga gitu je. sebab kat tepi tu dah terkopek. amenda ntah yang dah patah. jadi kat situ terkopak takleh la nak tutup lipat. sian aku kan? ade sape2 nak hadiahkan aku lappy baru? aku sudi je terima. ngeee.



sebab takleh nak online, mata aku pun tetibe je stim. hehe. sebab kena bangun awal pagi tadi jadi drebor. pastu malam tadi kan aku tido lewat kul 3 pagi. bangun balik kul 5.20 nak sahur. tunggu sampai subuh. mata takleh lelap sampai kul 7 baru tido balik. kul 9 dah kena kejut dengan mak suh jadi drebor tu ha. maka haruslah mata aku stim kan petangnye. pastu ade pulak yang menggoda aku. aku bukan leh mesra2 bergomol dengan die. cium2 je dengan die terus aku hanyut tau. memang stim habes la. hik3.





die ni la penyebab aku tido petang hari ni. hoi. kurus pahala puasa aku sket. tido sesiang hari time puasa. huhu. tapi aku memang takleh tahan dengan godaan dia. konfom2 la lemah urat sendi semua. kui3. itulah die bantal musyuk aku. g mana2 mesti aku usung die. g ikut cinta hati balik kampung pun aku usung. dulu time blaja pun aku usung. bile time kursus pun die aku angkut sekali. biar beg aku sendat janji die kena ikut. haha. nape? tak caye aku dah tua2 pun ade lagi bantal musyuk? selimut busyuk pun aku ada tau! itulah hakikatnye. sila terima kenyataan. haha.



bisik2:: alamak! esok ade meeting la. adoi. semak pale. huhu.



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

~bile angin kus kus menyerang..~



uiii. gile gagah nak update blog kul 2.40 pagi. selalu time ni aku dah berlayar ke alam lain. tak sedo2 diri dah. ni ape aku dok buat lagi tercongok depan lappy buruk aku ni ha meng'update' blog. kang tak terbangun sahur naya je. eh? boleh sahur awal kan? nanti bangun subuh je kul 6 lebih. ahaha.



sebeno nye aku dah terbungkang dah awal2 tadi lagi. pastu terkejut jaga sebab belum isya'. astaghfirullah. boleh lak aku melewatkan solat. ish3. uiks? kantoi di situ aku tak pergi terawih. hoho. memang ada niat nak pergi. tapi tak terpergi-pergi lagi. batuk2 ni ha. kang dok kong kong batuk tambah dengan sroott sroott 'cendol' kat mesjid time orang dok khusyuk solat kang tak sopan lak kan. terpaksa la batalkan niat nak pergi terawih. takpe2. nanti dah sehat aku pergi terawih eh. janji yang wajib 5 waktu tu tak tinggal. terawih sunat je. buat dapat pahala tak buat takpe. kan2?



eh. malam tadi aku macam berangin kus kus sket. aku mengamuk g sound bebudak yang main mercun kat depan rumah ni ha. hambek kau! tak sekolah betul budak2 ni. tak paham bahasa ke. tak hormat jiran tetangga langsung. bukan tak tahu kat rumah ni ade baby kecik. dah la si iqbal tu demam. nak tido pun susah. dah die syok tido angpa p baling2 mercun lak. terkejut la si kecik tu. mahu aku tak p sound. 2 kali sound, baik sat diam. kali ke3 buat aku p tunggu depan depa lagi tengok berani ke tak main. terus seko2 macam tikus. tahu takut. kang aku panggil polis baru tau. mengganggu ketenteraman awam la kirenye tu. putus jari baru tahu. huh!



ok la weh. aku nak membuta sat. macam ngantuk lak rase. mintak2 la terjaga sahur kang. hehe. kalau rajin sahur kang aku membebel lagi kat blog ni. kui3. jom tido! selamat bersahur buat yang masih berjaga skang ni dan bercadang nak sahur dah. aku tido dulu. daaaa.



bisik2:: pagi2 buta pun ade mood nak membebel panjang berjela aku ni kan? haha..


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 13 August 2010

~nak tak jadi anak-anak yang soleh dan solehah?~



salam jumaat semua. macam mana puasa hari ni? hari ni boleh rest lama sket la kan bagi yang bekerja. hehe. aku nak curi tulang sat ni. mata pening dok tengok coding untuk wat website dari pagi tadi. huwaaaa. sakit mata. sabo cik sha sabo. puasa ni. hik3.



haa. ekceli nak share something sebenau nye. emel yang aku dapat dari my lovely kazen. lalink, ko balik ek malam ni dari johor? nak suh orang amik sila koling2 awal2 eh. kang lepas sahur n subuh orang tido balik kompom tak bangun dah. tengahari baru bangun. haha. kantoi anak dara ni bangun lewat. ala. time cuti je. time ari kerja bangun awal dowh. kui3.



ok2. kembali ke pangkal jalan. suke benau melalut merata alam aku ni. haha. emel tu tentang satu ceramah agama. tajuk die Dasyatnya Doa Seorang Ibu. orang yang forward emel ni nak share point2 penting yang die dapat dari ceramah tu. sangat bagus point2 yang disampaikan. sebab tu aku nak share dengan korang lak point2 yang aku rasa memang perlu sangat aku hi-lite kan. semoga kita sama-sama dapat memuhasabah diri kita. meh kita sama-sama hayati isi ceramah tersebut.




~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~




** Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Keberkatan hidup tentulah kita dapat dari doa dan restu ibu. Andai kata kita ada masa nak buat benda tak elok dan takda masa nak buat benda baik, maksudnya kita ni disiksa Allah sebab takda keberkatan hidup. Macam tu jugak kalau kita tak pernah nak cukup duit. Itu tanda tiada keberkatan dalam hidup kita dan kita sedang disiksa oleh Allah.



** Jangan buat sesuatu angkara yang boleh menyebabkan ibu mengalirkan air mata sedih dan kecewa. Setitik air mata itu jatuh, 10 kebajikan anak akan hilang. Kalau ibu menangis sebab kejayaan anak2 itu dikecualikan.



** Ada 3 mata yang tidak dijilat api neraka :
+ Melihat kaabah sehingga menitis air mata
+ Membaca al-quran sehingga menitis air mata
+ Memandang wajah ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinang air mata



** Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis teruk di hari kematian ibunya. Bukan tak nangis langsung. Nangis tapi tak la sampai meraung raung.



** Kita berdosa jika menggunakan jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada ibu.



** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat yang terbaik dengan syarat kita letakkan ibu kita di tempat yang terbaik. Maksudnya selalu mendoakan yang terbaik untuk ibu.



** Berbuat baiklah dengan ibu. InsyaAllah setiap doa kita akan dimakbulkan Allah dan mustajab.



** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas solat buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun semasa ibunya masih hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya, doakanlah ibu kita samada masih hidup atau telah tiada setiap kali lepas solat.



** Jika ibu kita dah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukan wang simpanan untuk dia, teruskan memberi peruntukan itu sebagai sedekah dan jangan kurangkannya setelah hayatnya telah tiada. Niatkan kita bersedekah bagi pihak ibu. " Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ini sampai kepada ibuku." Itu yang akan buat ibu kita BAHAGIA kat sana.



** Allah panjangkan usia ibu dan bapa kita supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak-anaknya. Jagalah mereka dengan baik, insyaAllah syurga adalah balasannya. Jadi kalau tahu ibu/bapa kita sakit, berebutlah untuk menjaga mereka. Pahalanya besar sangat. Tak dapat kat dunia, kat akhirat kita dapat. Jadi, jangan p abaikan pulak pastu p campak kat rumah orang tua. Berdosa tau buat macam tu.




~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~




haa. itulah antara isi-isi dari ceramah tersebut yang aku rasa perlu aku share dengan korang. renung-renungkan la. setengah dari point ni kita boleh juga praktikkan untuk bapa kita. apa2 pun berbuat baik dan berbakti la sentiasa kepada kedua ibu bapa kita. itulah yang terbaik untuk kita lakukan sebagai anak. kenang pengorbanan yang telah mereka buat untuk kita.



kena ingat, sejahat-jahat dan seburuk-buruk mana pun ibu bapa kita, tanpa mereka kita takkan wujud dan dapat menikmati segala kurniaan Allah di muka bumi ini. jadi, meh sama2 kita muhasabah diri kita. semoga kita tergolong dalam golongan anak2 yang soleh dan solehah. amin.





bisik2:: aku selalu ingatkan diri aku. apa yang kita buat pada ibu bapa kita sekarang, perbuatan itu akan berbalik pada kita semula bila kita dah tua. jadi wajib berbuat baik pada ibu dan bapa serta orang2 tua yang lain. insyaAllah anak kita akan mewarisi nya pulak nanti dan mereka takkan mensia-siakan kita bila dah tua.



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 11 August 2010

~epi belated besday to me..^_^~



salam Ramadhan buat semua. maaf terlambat beberapa detik. tapi rasanye masih belum lagi terlewat nak wish selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kan?? selamat buat kawan2 blogger ku semua. jangan ngengade cari alasan nak ponteng puase eh. dah tua2 nak buat perangai macam budak2 lak. babap kang!



hehe. hai semua! kini aku kembali dengan tebiat kuat membebel ku semula. hoho. sila tahan telinga anda semua. eh? silap. sila tahan mata anda semua untuk membaca celoteh aku yang selalu je merepek meraban dan berjela jela ini. kui3. seminggu lebih aku menghilang kan? saje pergi bertapa mencari ilham. aiseh! poyo je. sebenau nye aku kena kerja lebih masa la. sebab USM konvo. start dari 30 julai ari tu sampai la 9 Ogos. non-stop tanpa cuti rehat. huhu. penat ok! tapi demi tugas ku sanggup berkorban cuti rehat. nanti leh claim OT. hoho.



banyak gile menda nak cerita. tapi nak mula dari mana eh? hilang punca lak. hmm. ape kata kite mula dengan birthday aku. kui3. asyik wish kat orang lain je dalam blog sendiri. ape salahnye wat entri wish untuk diri sendiri pulak kan? haha. ari tu masa birthday tak sempat nak wat entri. maklum le. sebok je manjang. balik keje dah malam. sampai rumah siap2kan diri terus terbungkang tido tak hengat dunia. heee.





terima kasih tak terhingga aku ucapkan buat mereka2 yang ingat hari istimewa aku dan wish kat aku. ade yang send mesej, wish kat FB, wish kat chatbox blog. mekaseh sangat2. yang paling best dapat wish dari blogger Dr. Farhana kat FB. kawan blogger pertama yang wish kat aku. gembira rasa hati. hehe. mekaseh doc. dan yang paling tak sangka dapat surprise dari officemate. mekaseh kakmas n enny! hehe. malu aii tau. dah tua2 kena celebrate. kui3. dah la masa tu kat tapak pesta konvo. hehe.



tapi sedih gak la sebab encik cinta hati tak dapat turun sini. huhu. tunggu hadiah dari die je la sampai. nak buat camne. dok jauh2 ni itu le risiko nye. tapi takpe. no heart feeling pun. yang penting die tak lupe that day. belum sampai tarikh dah tanye nak hadiah ape. aku pun lupe time tu sebab bz sangat dengan konvo. that day belum kul 12 dah excited kol. terharu rasa. huhu. mekaseh sayang. lambatnye hadiah nak sampai?



ok2. takmo sedih2. meh kite suke2 rie. haha. hoi. pejam celik pejam celik dah bertambah setahun umur aku. eh? lupe nak kabo. birthday aku 7 Ogos ari tu. 4 hari yang lepas. kalau angpa pandai cube teka umur aku berapa? hak3. jadi bersempena hari istimewa aku tu, aku nak wish untuk diri sendiri la eh. semoga umurku panjang supaya aku dapat beribadat pada Allah, rezeki ku melimpah ruah supaya dapat berbakti pada mak, jodohku dengan encik cinta hati kuat dan dipermudahkan segala urusan. amin..



bisik2:: thanx buat mereka2 yang telah mendoakan kesejahteraan aku. sayang angpa lebih2 la. hehe.



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 1 August 2010

~berkorban masa rehat demi tugas..huhu~



huii. fuh fuh. berhabuk habuk blog aku ni ha. seminggu terabai. hik3. gile bz yang amat2 skang ni weh. USM tengah konvo. aku kena turun padang gak buka kaunter nak promote Persatuan Alumni USM. meh meh. sape2 yang yang graduate USM tahun ni datang daftar jadi alumni. bayar rm20 je seumur hidup. murah tu weh. sampai kau dah masuk rumah batu 2. hehe. aiseh. sempat lagi tu aku promote. kui3. sori UMS. aii curang sat. walaupun ai graduate kat UMS, tapi kerja dengan alumni USM. kena la promote USM. hak3. lebih kurang la tu. MS terbalik dengan SM. kire geng la kan? muahaha.


letih yang amat sangat. balik je kerja konfom terbungkang. time bile yang aku nak update blog. sempat baca blog orang je la. huhu. ni start ari jumaat ari tu lagi dah turun padang. sampai la ahad depan. huwaaa. xdo rehat tuh. letih takyah nak habaq la. terketaq ketaq kaki. huk3. kerja kat opis dah berlambak lagi tak settle. nak wat web untuk persatuan alumni pun tak siap2 lagi. dengan nak bina database system online. nak wat itu nak wat ini. mak ai banyaknye!


biol pale otak aku nak fikir semua dalam satu masa. dah la tak nyabo2 AJK-AJK persatuan nye. ingat aku ni robot kot. kerja graphic designer aku kena buat. kerja web designer aku kena buat. kerja programmer aku kena buat. mampuih. dah le gaji ciput. haa ni nak mula merungut ni. haip2. tak baik cik sha. kerja kena ikhlas. astaghfirullah'al-azim. huk3.


ari ni balik kul 5 lebih kot macam semalam. pas abis kerja ari ni aku nak p tengok GARAM lakonan si bibir seksi angelina jolie dengan adik enny. kui3. ok la. tak leh lama2. nanti aku update lain. ade banyak gile cite nak tulis dalam blog ni. nak share dengan kawan2 blogger aku. nanti2 la eh. jom sambung wat kerja!


bisik2:: tak kerja takde duit. dah kerja kena la berkorban masa rehat. huhu..



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com