Saturday, 24 July 2010

~i'll follow u..u follow me back ok!~



Eh? Peminat bebelanku dah berkurang sorang la. Hehe. Never mind. Gamaknye die bosan kot nak baca bebelan aku yang berjela jela ni ha. Takpun mungkin sebab aku tak follow balik kot blog die ek. Kui3. Takpe. Aku tak amik hati pun. Biasa la tu. Bukan semua orang suke dengan cara penulisan kite kan. Tambah2 blog macam aku punye ni ha. Membebel je tak habes-habes. Harap maaf la ye. Aku membebel sekadar nak meluahkan pendapat, rasa hati dan berkongsi informasi. Korang suke tak suke terpulang la kat diri korang sendiri. Janji aku yang puas. Bukan aku kacau sesape pun kan. Coz writing is my passion too.



Haa. Cakap pasal follow memolow ni kan. Ade satu menda aku nak share dengan korang. Rasanye ramai jugak kot yang dah tulis pasai menda macam ni. Tapi aku nak cakap jugak. Pedulik hape aku. Ini perspektif dari sudut pandangan aku pulak. Keh3. Hang kalau nak membebel serah je topik ape kan cik sha. Semua hang nak tibai. Kui3.


"Best ar blog ni..kau folow aku.. nanti aku folow kau balik.."
" i dah folow u..sila folow i balik" 


Hmm. Selalu la jugak dapat ayat macam ni kat shoutbox tu. Ape ke hal kau nak paksa2 aku weh. Jenis aku, bile aku buka blog someone pastu aku macam tertarik je dengan cara penulisan die. Tak kisah la die nak tulis pasal hidup seharian die ke, pasal boifren gelfren die ke, pasal anak2 die ke, pasal isu semasa ke. Kalau cara penulisan kau menarik hati aku, pastu ada selit2 unsur humor, ada unsur2 nasihat, ada pandangan yang bernas dari kau dan buat aku berfikir. Konfom2 aku tak segan silu nak klik button follow kat blog kau tu. Tak payah nak paksa2 aku.


Dan aku tak kisah pun kalau blog yang aku follow tu, tuan die tak folow aku balik. Takde hal der. Aku follow kau bukan nak suruh kau follow aku balik. Aku follow kau tanda aku suke cara penulisan kau dan aku support kau. Selalunye blog yang aku follow, aku akan jadi silent reader saje. Ikut mood jugak kalau aku nak tinggalkan komen. Kui3. Kalau nampak muke aku kat feedjit korang selalu2 tu, tapi aku langsung tak tinggalkan komen, maknanye blog kau aku follow dan aku jadi silent reader saje. Harap maklum. Hek3.



Tapi kan yang aku perasan dalam dunia blogging ni. Kadang2 aku tengok blog someone tu bagus sangat penulisan yang dia share. Tapi yang follow nye ciput je. Sebab rupe tak lawa dan tak ensem kot. Tapi blog yang aku tengok banyak je merapu boleh pulak ramai yang nak follow die. Sebabnye die sangat kiut, lawa, ensem dan ade pakej. Die merapu bukan2 pun takpe. Kan2? Itu la sebab aku kata selera orang ni berbeza beza. Tak semua suka dengan cara kita, penulisan kita, rupa kita dan macam2 lagi faktor la. Hehe. Nak senang, kau ikut je kata hati kau. Best ke tak nak follow blog sape2 yang kau suke tu.



Ape2 pun, aku enjoy berblogging. Sebab ni salah satu terapi yang boleh menghilangkan stress aku terhadap kerja dan macam2 lagi. Boleh berkongsi pendapat dan ilmu dengan orang lain. Boleh tambah kenalan. Ade baiknye jugak dunia penulisan blog ni. Janji kau pandai manfaatkan. Betul tak?



Ok la. Aku nak p melantak sat. Dah membebel banyak ni lapo lak rasa. Macam le pakai kudrat banyak sangat. Hak3. Kang aku rajin aku menulis lagi. Banyak pulak benda aku nak share hari ni. Haha. Lepas gian sebab dah lama tak dapat menulis dan membebel setiap hari sebab ade komitmen dengan kerja. Hari ni kan cuti. Jadi aku nak menulis sepuas hati aku. Kui3.



Bisik2:: Kagum dengan blogger yang ramai follower dan isi blog die best dan dapat komen yang berlambak2. Macam miss lolly, kenwooi and mr. ZZ. Lagi sape? Korang leh fikir sendiri. Ini antara blog yang aku ikut. Hehe.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

~Hukum berpuasa selepas 15 Sya'ban.~



Erk? Baru ku tahu rupenye HARAM dan TIDAK SAH hukumnye berpuasa selepas 15 Sya'ban (nisfu Sya'ban). Melainkan 4 sebab yang boleh dikecualikan. Sebab-sebab tersebut ialah:



1. Puasa sunat tersebut disambungkan atau dihubungkan dengan hari-hari yang berada di nisfu pertama (separuh pertama) bulan Sya'baan walaupun dengan hanya satu hari sahaja (yakni dihubungkan dengan berpuasa pada hari 15 Sya'baan) dengan syarat ianya hendaklah berterusan sehingga Ramadhan, jika terputus walaupun dengan uzur maka tidaklah boleh disambung lagi puasa tersebut. Contohnya, jika seseorang berpuasa sunat pada 15 Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada 16 Sya'baan dan hari-hari berikutnya. Tetapi katakanlah setelah berpuasa pada 15, 16, 17 dan 18 Sya'baan, dia tidak berpuasa pada 19 Sya'baan, dengan atau tanpa uzur, maka tidaklah boleh lagi dia berpuasa sunat pada 20 Sya'baan dan hari-hari yang berikutnya sehinggalah Ramadhan. (ayat copypaste. malas nak reka sendiri. hehe)


2. Memang dah terbiasa berpuasa sunat. Dah memang jadi amalan. Contoh macam setiap hari isnin dan khamis mesti nak berpuasa. Tak pernah miss.




3. Nak qhada puasa yang tertinggal. Contoh macam puasa Ramadhan. Sila alert ye kaum hawa sekalian.


4. Puasa sebab dah bernazar. Tapi kena pastikan ia dilakukan bukan dengan sengaja. Maknanya tidak tahu hari yang dia bernazar nak puasa tu jatuh pada hari-hari selepas nisfu Sya'ban (16 Sya'ban dan seterusnya). Kalau tak tahu boleh teruskan. Kalau dah tahu tak boleh puasa dan nazar dia tu secara automatik terbatal (tidak sah).



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Haa. Terkejut tak? Kalau yang dah tahu tu alhamdulillah. Yang baru tahu macam aku ni pun alhamdulillah. Sekurang-kurangnye kita tak terlambat nak tahu, kan? Banyak jugak keratan hadis yang menjelaskan tentang perkara ni. Nak tahu pergi la kat link ini. Baca dan telitilah sendiri ye. Kat situ lagi jelas kot penerangannye. Aku just olah sikit-sikit je ni.



Owh! Cetek betul pengetahuan aku. Nasib baik terjumpa artikel tersebut. Ada orang link kat pesbuk tadi. Tapi nasib baik la aku ni jenis yang bersederhana. Yang aku tak tahu aku belajar. Bukan aku berlagak pandai kalau tak tahu satu-satu perkara. Bila rasa was-was tanyalah pada mereka yang lebih arif dan yang lebih berilmu. Tak salah kalau nak bertanya. Dari kau terus hanyut tak tahu ape-ape pastu buat penilaian sendiri. Buat rosak diri dan minda je. Tapi carilah mereka yang betul-betul berilmu dan mengamalkannya. Jangan p hentam sebarang je bertanya. Setengah orang ni depa berlagak je macam berilmu dan tahu segala-galanya. Tapi sebenarnye depa tak tahu ape2 pun. Sekadar pandai bercakap. Betul tak?



Haa. Yang pompuan dah habes ganti puasa belum? Dah nak dekat bulan Ramadhan ni ha. Tak lama je lagi. Lebih kurang dalam 2 minggu lagi kot. Hari ni dah 12 Sya'ban. Sat je masa berlalu kan? Aku dah lama dah habes ganti puasa. Lepas raya pertama terus aku ganti puasa. Orang sebok2 lagi nak beraya. Aku sebok nak ganti puasa. Dah terbiasa kot. Orang tua-tua time tu sedang puasa 6. Aku pas abes ganti puasa Ramadhan baru aku puasa 6. Eh. Kena la ganti puasa yang wajib dulu baru boleh buat puasa sunat. Puasa 6 tu sunat je tau. Buat dapat pahala. Tak buat takpe.




Jangan belum lagi puasa angpa dah sebok nak beli baju raya la, buat baju raya la, buat kuih raya la. Ganti dulu puasa yang tertinggal tu. Utama kan yang wajib. Aku tengok orang sekarang ni macam tak bersemangat sangat dengan keseronokan hari puasa. Semua sebok nak raya je. Padahal puasa pun belum. Dah tak macam dulu-dulu dah, kan? Haa. Nanti kalau rajin aku cerita pasal suasana nak sambut puasa time aku kecik-kecik dulu. Rindu kot dengan suasana tu. Huuu.



Ok la. Aku nak p layan hindustan sat. Sementara tunggu mak dengan abang ipar aku balik dari ambik akak aku dengan baby kat spital. Dah 2 minggu depa terperap kat spital. Baru ari ni doktor lepas balik. Sian. Nanti2 la aku cerita pasai pa jadi macam tu eh. Ade menda yang aku hangin jugak dengan layanan nurse2 kat spital tu. Huishh. Menyirap betul.



Bisik2:: Semenjak aku rajin puasa sunat ni perut aku yang kembung macam peknen 2 bulan dah kempis la. Hooyeahhh! Hahaha.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

~nak kahwin WAJIB ada wedding photoshoot kan?~



baru sudah nyebok belek gambo kawan2 kahwin kat pesbuk. hoho. aku kan kepochi. well. hehe. takde la. sebeno nye aku memang addicted dengan gambo2 kahwin ni. aip2!! bukan aku kemaruk nak kahwin la. ekceli photography is my passion. tambah2 gambar wedding. suke kot!



dapat peluang jadi photographer wedding pun sekali je. masa wedding kazen ari tu. nak tengok hasil kerja aku? p la kat sini dan sini. amacam? ok tak gambar aku snap? pakai kamera digital biase je tu ha. ntah bile tahun aku nak dapat pegang DSLR sendiri tak tahu le weh. bermimpi di siang hari je kot. tak mampu tak mampu. huhu.





hebat hebat orang sekarang ni kahwin kan? amik gambar macam2 pose macam2 style. persalinan ntah tukar berapa kali tak tahu la. eh? tapi sekarang ni orang bertunang je pun dah macam sesi akad nikah aku tengok. grand gile! betul tak? macam benda tu penting sangat2. kalau tak buat tak boleh. mesti nak kena jugak buat. baru la style! kan kan?



kire macam gah je bile dapat wat macam tu. orang kata seumur hidup sekali je. bukan nak kahwin berkali kali. orang la cakap. insyaAllah kalau jodoh tu panjang. kalau Allah takdirkan hidup kau dengan laki bini kau tu tak lama, berpisah juga akhirnya kan? tapi doa2 la semoga jodoh berpanjangan sampai akhir hayat. amin.





sometimes bile aku tengok gambar kawan2 aku bertunang pun aku dah mula nak bermonolog sorang diri dalam hati. "wahh! hebat betul la kenduri tunang si polan ni. macam nak kenduri akad nikah je. grand gile! siap upah photographer tu." pastu mula la aku terdetik dalam hati. kalau jodoh tak panjang putus tunang pulak. mahu kecewa guling2 kot. tambah2 bile ada orang cakap2 kot belakang. "die dulu tunang bukan main grand. alih2 putus pulak. perabih duit je!" mahu menyirap kot darah kalau dengar kan?



aku bukan ape. cuma kadang2 terfikir. kau buat grand2 macam tu kalau berkekalan alhamdulillah. yang sedihnye kalau tak berkekalan. ape la rasanye eh? masa kahwin grand kemain. wedding photoshoot hebat gile. upah photographer beribu ribu. p outdoor la indoor la. alih2 cerai berai. sedih gile babas kot aku rasa. habes gambar2 kenangan semua tu nanti mana kau nak campak? simpan ke nak bakar? kalau tertengok kang sakit jiwa lak. nak buang sayang. beribu habes duit weh. tapi aku pun tak tahu la kan. cume kadang2 benda ni terlintas kat fikiran aku. aku ni kan kadang2 merepek2 je fikirnye. harap maklum la ye. hehe.





agaknye sesi fotografi ni trend masa kini dah kan? wajib kena upah photographer. tak kisah la untuk tunang ke untuk kahwin ke. yang penting ade gambar yang vouge2. pastu boleh tunjuk kat orang. leh simpan sebagai kenangan. kan2? aku nanti taknak upah2 photographer ni. perabih duit je. aku kan 'tangkai jering'. haha. aku suh adik aku je nanti. nanti aku nak latih die amik gambo lawa2. masa kahwin aku nanti biar die je amik gambar aku. eh? kazen aku si pidoih tu kan ade. tengah belajar teknik fotografi kat giat mara skang ni. suh die je la. nanti upah die sket. haha. berangan tak hengat macam esok dah nak kahwin. ceit!





bisik2:: kahwin kalau tak amik gambar macam tak syok pulak kan? takde kenangan. lagipun kalau kawan2 ke sedara mara ke yang mai melawat mesti tanya. "mana album kahwin kau? meh la aku nak ushar sket!" betul tak?


*image credit to google*

Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 21 July 2010

~Jangan la salahguna internet nak buat 'taik'..ish!!~



malam tadi..eh? silap2..malam semalam..ni pagi rabu dah..hehe..haa..sambung balik..malam semalam tengok berita kat tv9..laporan berita tu cakap..lepas ni, individu @ organisasi yang terlibat menjalankan perniagaan secara online perlu mendaftarkan perniagaan online depa tu..kat mana nak daftar aku tak ingat dah..tadi pun dengar gitu2 je beritanye..ni lebih kurang macam akta la jugak kot..aku tak berapa nak pasti la..tunggu je la laporan berita tu keluar dalam akhbar pulak..ngeh3..



haa..jadi maknanya, blog2 yang wat bisnes online macam jual tudung, baju, aksesori, barang keperluan wanita, kuih muih raya, kek, hantaran, bla bla bla..(banyak sangat..penat nak sebut..kui3..) pendek kata, apa saje jenis bisnes la..perlu didaftarkan..tujuannye supaya tidak berlaku salah guna platform internet untuk tujuan menipu orang lain..konon2 jual produk ni..pastu orang berminat nak beli..bank in duit..bile dah bank in duit sampai ke sudah barang yang di'oder' tak dapat2..jadi wujud la penipuan kat situ..maybe sebab dah ramai yang terkena kot..then buat laporan polis..sebab tu akta ni wujud gamaknye..



sekarang kan macam2 cara orang nak buat 'taik' tipu orang sana sini..tambah2 dah canggih manggih dah sekarang ni ha..teknologi di hujung jari je..taip2 ayat power2 sket orang 'tak kuat iman' kejap je dah boleh 'tergoda'..kadang2 orang yang konon2 'kuat iman' pun tak leh nak lari jugak..pengaroh syaitooon tu kan melampau lampau..selagi tak berjaya nak 'sesat'kan umat Islam selagi tu la die tak putus asa..dok bisik2 hembus2 kat kite..betul tak?? eh? ape ke hal aku melalut sampai ke laut ni?? hak3..lari topik pulak..tapi lebih kurang sama la kot..



sebab boleh jugak dikaitkan dengan kes si 'Nurul Gersang' yang kat fesbuk tu haa..ish3..ade jugak eh orang macam tu..yang lelaki2 gersang tu pun ngok ngek p percaya..ntah wujud ke idak Nurul ni..aku try search kat fesbuk takdo pun profilenye..wakaka..kantoi! aku gersang ke?? ahh..takde maknanye..saje kepochi nak tengok je..hak3..ayat cover line..tapi tu la..aku baca berita tu sambil beristighfar (walawehh..hehe..) dan geleng2 pale je..ape ke stupido punye lelaki la..konon nak perangkap cik Nurul tu..sekali die yang terjerat..kena tipu..ngek betoi!



tu la salah satu keburukan dunia siber ni ha..wujud berlambak2 manusia tak cukup akai macam depa yang suka buat 'taik' ni ha..pelik2 betul perangai..ntah ape la depa fikir eh time wat kerja tipu2 orang ni..eh? orang nak buat jahat mana ade time nak fikir2..main buat je..ye dak?? apa2 je la..dunia dunia..



pesanan khidmat diri dari aku..berhati hati lah selalu..jangan mudah percaya dan terpedaya dengan tawaran yang pelik2 ade kat alam siber ni..gunakan internet sebagai platform yang betul untuk tujuan kebaikan..baik untuk diri sendiri dan juge orang lain..jangan tipu2 tau!! orang memang la tak tahu niat kita..tapi yang kat atas tu tahu segalanya..nawaitu kena betul kalau nak buat apa2 sekali pun..wokehh!!





bisik2:: macam2 betul sekarang ni ek?? pergghhh..takot betul aku..



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Monday, 19 July 2010

~iklan tak berkualiti lagi banyak dari yang betul-betul berkualiti kan??~



malam ni rasa macam nak cakap pasal iklan2 yang ade kat tv la..boleh eh?? bukan nak mengkritik..tapi cuma nak bagi pandangan je..jangan pulak ade stesen tv mai saman aku..eh? silap2..syarikat pengiklanan la..hak3..perghh..bajet macam hebat sangat la kritikan ang sampai orang nak saman2 ang..kui3..




memandangkan aku ni boleh la dikatakan antu tv..tapi time weekend je la..time ari kerja slalunye tv yang tengok aku bile time malam aku nak ngadap tv..haha..bile aku tengah syok2 layan drama ke, cite hindustan ke..tengah part2 best..tetibe cut masuk pulak iklan..hoi..memang berangin angin la aku time tu..potong stim betul! dah la kalau iklan tu tak cukup 15 selagi tu la dok tayang iklan..dah la setiap minit iklan yang sama je..jemu ok! aku siap boleh wat kira2 lagi setiap minit time iklan tu brape iklan akan keluar..sebab tu aku leh cakap selagi tak cukup 15 selagi tu depa nak tayang iklan..berulang ulang..kadang2 siap boleh aku p berak ke sembahyang ke..iklan tak habes2 lagi..ish3..


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


dulu aku pernah jugak cakap pasal iklan2 kat tv ni..yang first pasal iklan yang ade unsur2 18SX..dalam entri bertajuk iklan 18SX..pastu yang second iklan pasal makanan yang ade ciri2 18SX jugak..entri bertajuk iklan makanan pun dah lucah..nak baca klik je kat tajuk entri yang aku hi-lite tu ok..pastu pandai2 la angpa pikiaq sendiri betoi ke dak ape yang aku cuba luahkan tu..tapi kali ni aku nak cerita pasai iklan yang aku betul2 suke dan tak berapa nak suke..hehe..




first iklan dari Petronas setiap kali ade musim perayaan..raya cina ke, raya puasa ke, raya diwali ke, hari merdeka ke..memang best..tersentuh perasaan..kali ni aku tak tahu la Petronas dapat ke tak lagi hasilkan iklan berkualiti macam dulu2 tu sebab Allahyarhamah Yasmin Ahmad dah takde..orang cakap iklan tu hasil karya arwah..al-Fatihah buat arwah..




iklan kedua yang aku suke iklan susu..susu baby tu ek..jangan fikir pelik2 lak..kui3..ala, macam Enfagrow dengan Sustagen tu..susu keluaran MeadJohnson..iklan2 die memang superb! betul..aku suke iklan2 keluaran depa..sebab apa aku suke? sebab iklan tu menunjukkan pemikiran budak2 sangat bijak..yang paling aku kagum iklan yang depa main bola tu dengan yang die bagi talk tu..memang mantap..nampak bijak..tak caya p cari sendiri kat YouTube..aku malas nak attach kat sini..hoho..


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


haa..ni nak masuk part iklan yang aku rasa tak berapa nak logik sket la..iklan sabun Dynamo..yang die test basuh stokin yang dicelup dengan kopi tu..ade ke p bandingkan Dynamo dengan sabun serbuk..hoi tukang buat iklan..Dynamo tu sabun cecair..yang sabun jenama X tu sabun serbuk..memang la tak sepadan resultnye..memang nampak sabun Dynamo la hebat..dari dulu2 punye iklan sampai la iklan sekarang ni sama je storyline..dok banding dengan sabun serbuk..ntah ape2 je..ingat aku bodoh ke tak nampak kebodohan iklan tu?? haishhhh..




iklan terbaru yang aku tak berapa nak suke sebab macam tak logik je ialah iklan coklat Cadbury..ala yang depa dok angkat2 kening ikut irama muzik tu...ahaha..aku rasa ramai kot yang suke iklan ni..tapi aku tak suke..serius aku tak suke..nak tahu kenapa?? sebab aku rasa macam takde kaitan je angkat2 kening tu dengan coklat Cadbury tu..macam iklan tangkap muat je aku rasa tau..takde motip..ahaha..sori la kepada mereka2 yang suke dengan iklan tu..hik3..




pastu iklan AXE deodoran semburan tu..aiyo..tahu la nak bagitau yang deodoran tu wangi sangat..ang pendek tak ensem pun pompuan leh tergoda bile terbau ang pakai deodoran tu..siap meliuk lentuk bontot depan ang cari henpon tak jumpa..ahaha..pastu siap buat beger genggam botol sos dengan aksi manja2 geram ketap2 bibir buh nombor tepon atas beger..hui..tak sesuai betoi..macam lucah sket tau..tapi aku suke pelakon iklan die..comel..ahaha..pompuan yang wat buger tu sangat comel ok..kui3..


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


kalau nak cerita pasal iklan berlambak2 kot yang aku nak cakap..haha..suke beno nak mengkritik aku ni..takde la..bukan nak cakap kelemahan orang dalam pemikiran..tapi itu adalah pendapat aku sebagai penonton yang menonton iklan2 tersebut..mungkin orang lain suke iklan2 yang aku tak suke tu..masing2 ada pandangan tersendiri kan?? dan ini adalah pandangan aku dan luahan pendapat aku saje..jangan marah ar..hehe..




ok la..nak tido dah..lewat dah ni..dah kul 2 lebih..sok mahu kerja..nanti ngantuk2 lak kat tempat kerja..kerja masih banyak lagi yang tertangguh tu..huhu..semangat semangat!! gudnite semua..






bisik2:: iklan sekarang memang banyak yang tak best dan tak logik kan??



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 17 July 2010

~bila beban kerja makin bertambah..~



wohooo..aku kat opis ni..konon2 rajin la nak wat OT yang tak boleh claim..hak3..kalau tak sebab aku kena format laptop kazen dan software2 yang aku ade semua aku simpan kat komputer opis..jangan harap aku nak mai opis..kui3..ni sebab terpaksa ni..huwaaaa..takpe2..sambil2 format laptop kazen leh setel keje yang berlambak2 tak settle lagi ni..asyik bertambah2 je kerja..huk3..




sebab tensen mikir keje yang makin bertambah tambah..sampai aku hangen2 lepas kat encik 'cinta hati'..tambah2 skang ni dah jarang sket berhubung macam dulu..lagi la aku suke suki p hangen2 kat die..huk3..ape punye gelpren ntah aku ni ha..naseb baek die masih bertahan dengan aku..jangan die lari sudah..mahu frust tonggeng2 agaknye aku..dah tua2 ni takde masa dah aih nak buang masa p cari kekaseh lain..huuu..sori sayang..u know me better right?? hangen kejap je..biase la tu..kekadang hormon tak betul sket bile tensen ni..heee..

*jangan jadi macam ni sudah..haha..*



gile sunyi weh opis ni..ye la selalu ade orang..ni aku sorang2..aku buka lagu kuat tak hengat ni haa..tak nak bagi takot..hak3..sape nak teman aku?? nasib baik kat USM ni ade pertandingan ape ntah kat padang nun ha..pastu student pun dah masuk belajar..ramai la jugak orang..kalau tak mesti lagi sunyi USM ni..menakotkan kot..sumpah aku tak datang opis kalau macam tu..hehe..




ingat dah setel semua sat g petang nak p tengok Despicable Me la..alaa..yang katun 3D tu..ramai kata best..dengar iklan kat hotFM pun depa kata best..terus tergedik2 aku nak p tengok..walaupun duit dok cukup2 makan je ni ha..hik3..takpe2..kang aku cashout duit sket kat mesin ATM tu..kalau tak sempat ari ni aku p esok je la..tapi nak kena p tengok jugak..tak dapat tengok yang 3D dapat tengok yang biase tu pun takpe la..janji dapat tengok..kan2??




ok la..nak setel keje jap eh..nanti malam aku rajin, aku update la blog aku ni..sejak kerja ni makin jarang aku update blog..ikut dan je nak update..on selalu je sebab nak baca blog orang yang aku follow..tapi nak update takde mood..idea berlambak lambak nak luahkan..tapi tak berkesempatan..huhuhu..see you guys...selamat bercuti hujung minggu..salam..



bisik2:: semak kepala otak fikir pasal kerja..adoi..T_T

Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 13 July 2010

~i'm older than him..he is younger than me..~



Sangat tertarik dengan artikel DocFana bertajuk He's Younger Than You yang mana ditulis setelah mendapat ilham selepas membaca artikel dari blogger Adziim Mimpi yang bertajuk She's Older Than You. Lepas je aku baca kedua dua artikel ni, terus tergedik gedik aku nak buat entri yang ade kaitan dengan tajuk kedua-dua entri tersebut. Hehe. Kenapa eh? Of coz sebab ade kaitan dengan diriku. Kalau tak percaya meh baca meh.



A girl fall in love with a boy which is younger than her. A boy fall in love with a girl which is older than him. Pendek kata situasi ni kire macam vice versa la. Salahkah mereka bile terjadi situasi begini?


Kalau kisah cinta lelaki dengan perempuan yang lebih muda @ perempuan dengan lelaki yang lebih tua. Itu sudah terlalu common sangat. Kisah cinta lelaki dengan perempuan yang sebaya juga selalu kita dengar. Yang jarang nya kisah cinta lelaki muda dengan perempuan berusia @ perempuan berusia dengan lelaki muda. Rare bukan? Memang ada. Tapi tidak banyak. Betul tak? Kalau aku salah sila betulkan aku sebab aku bagi pendapat berdasarkan pemerhatian aku saje. Mungkin betul mungkin tidak.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Meh sini aku bercerita pengalaman diriku sendiri. Mungkin yang ikut blog ku dari awal tahu kisah aku dengan encik 'cinta hati'. Ye..usia kami berdua berbeza 2 tahun. Dia muda dari aku 2 tahun dan ini bermakna aku tua dari dia 2 tahun. Jadi memang kena sangat la dengan entri DocFana dan Adziim tu kat aku. Hehe. Terasakah aku selepas membaca entri mereka berdua? Owh..tidak sama sekali! Masing-masing ada pendapat tersendiri dan aku terima dengan hati yang terbuka.


Betul macam cakap Adziim. Bercinta dengan lelaki yang lebih muda banyak cabarannya. Dan betul..apa yang dikupas oleh Adziim aku dah rasa dan lalui. Kena kutuk depan belakang. But it doesn't matter. Sikit pun tak menggugat rasa cinta aku pada encik 'cinta hati'. Sebab aku tahu dia pilih aku bukan kerana faktor umur. Dan dia yang approach aku dulu. Semestinya dia tahu umur aku lebih berusia dari dia. Kenapa dia pilih aku? Hanya dia saje yang ade jawapannya. Aku sendiri pun sampai sekarang tak tahu. Tunggu 'malam pertama' kata dia. Haha.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Ok2. Berbalik kepada cerita. Ini adalah antara kata kata berbisa yang aku biasa dengar dan aku dah lali sangat.


"Hang ni macam dah takda laki lain nak wat marka (kekasih). Cari la yang tua2 sikit. Yang sama baya ke. Ini p cari laki muda dari hang. Desperate sangat ke?"


"Aku tau la hang muka macam budak2. Kecik kemetot. Hang kan kanak2 terpilih. Tapi pasai pa la yang hang berkenan dengan si yus tu? Dia kan muda dari hang. Cari la yang sama baya dengan kita.."


Besfren aku sendiri yang cakap macam tu kat aku dan dia adalah seorang lelaki. Masa awal-awal dulu dia tahu aku couple dengan encik 'cinta hati', soalan ni la yang kerap diutarakan. Sampai aku pun dah mangli(lali). Ape yang aku rasa lepas di'fire' macam tu? Sedih? Sakit hati? Marah? Bengang? Rasa nak belasah dia? Hmm..sikit pun aku tak rasa ape. Semua tu aku tak ambil kisah pun. Lantak la korang nak kutuk aku depan2 ke belakang2 ke. Janji aku bahagia. Hehe..





Awal-awal dulu masa aku nak kenalkan encik 'cinta hati' dengan mak. Aku pos gambar encik 'cinta hati' kat mak. Masa tu aku masih belajar lagi di Sabah. Mak terus call dan membebel kat aku bila dapat tahu encik 'cinta hati' muda dari aku. Keh keh keh.


"Lo..awat muda sangat ni? Hang ni kakak. Cari la yang tua sikit. Sama baya dengan hang ke. Ni p kawan dengan yang muda.."


Aku diam je tak melawan. Mintak izin mak nak bawa balik encik 'cinta hati' masa kenduri kawen adik tahun 2007. Masa tu dah 2 tahun lebih couple. Kali pertama die jejak kaki ke rumah aku masa adik kawen. Kali kedua masa kenduri kakak aku bulan 10 tahun lepas. 2 kali je die pernah datang rumah aku.Kami kan duduk jauh-jauh. Walaupun baru 2 kali die datang sini, tapi kehadiran die sangat terkesan di hati mak.


Lepas mak dah kenal dengan encik 'cinta hati', aku risik-risik ape pendapat mak tentang kekasih hati aku tu. Mak kata mak suke die. Die matang dari usia die. Tak macam aku. Haha. Mak suke sebab die sangat 'ringan tulang', pandai bawa diri, hormat orang tua dan bla bla bla. Banyak lagi la mak aku puji die. Tak larat nak taip. Hek3. Harap die tak bace blog aku. Nanti die kembang idong dengan montot. Bukan boleh kena puji tu. Kui3.


Nak tahu ape bukti mak aku suke dan sayang die? Secara dalaman aku tak tahu la. Tapi mak suke tanya ambil berat pasal die. Secara luaran pulak yang nilah antaranya. Tiap kali nak raye belikan die baju raye. Masa besday die mak aku kirim hadiah untuk aku bawa bagi kat die. Dulu mak suke belanja die topup. Kalau mak topupkan aku mesti mak topupkan die sekali. Lawak kan? Haha. Dan dengan berkat izin restu mak, cinta kami bertahan sampai sekarang. Dah 5 tahun. Alhamdulillah. Harap berkekalan sehingga ke akhir hayat. Bile nak nikah ni? Tak sabo lak rase. Hak3. Sangat menggedik di situ. Abaikan.






Siapa kata tak bahagia bercinta dengan lelaki lebih muda? Aku dah alami sendiri. Aku bahagia je. Dia terima aku seadanya macam aku terima dia. Umur tak jadi masalah dan halangan pun. Betul macam kata makteh DocFana. Umur tu cuma nombor sahaja. Penentu kebahagiaan adalah keikhlasan hati kita mencintai pasangan kita. Kesediaan memberi dan menerima. Memahami dan hormat menghormati. Kepercayaan. Semua itu yang menentukan kelancaran sesebuah hubungan. Tak kisah la dengan siapa kita bercinta. Muda, tua atau sebaya.


Pada mereka yang mempunyai pengalaman sama macam aku. Pedulikan kata2 orang. Mereka bukan penentu kebahagiaan hidup kita. Kitalah yang mencorak bagaimana hendak mencapai kebahagiaan dalam sesebuah perhubungan. Tapi ape2 pun, pastikan dapat restu orang tua dulu ye. Dan kelakuan tu sila jaga. Jangan melampaui batas selagi belum jadi pasangan sah. Ok!



Bisik2:: Bercintalah selagi kamu mampu mencintai. Jangan menghukum diri dan orang lain jika kamu gagal dalam percintaan. Mungkin itu bukan cinta. Ingat! Cinta sentiasa ada dalam hati setiap manusia. Cinta yang hakiki ialah cinta kepada Allah.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Monday, 12 July 2010

~kehadiran orang baru dalam hidup keluargaku..~



secara rasminye..12 julai 2010 jam 8.40 malam aku telah bergelar makngah..weii..aku dapat anak sedara dah la..baby boy..haha..terasa begitu tua diriku ini...owh..tak mengapa..seperti yang aku suke gembar gemburkan..muke ku maintain awet mude walaupun umur sebaliknye..ngahaha..betoi tau..ramai orang ingat aku masih sekolah lagi..macam kat spital tempoh hari masa aku melawat akak aku..orang sebelah katil die intebiu aku..akak tu cikgu..


"belajar kat sekolah mana ni dik?"


aku tersipu sipu malu nak jawab..
"dah kerja dah.."


akak tu konpius wat muke pelik macam tak percaya..
"eh?? umur berapa ni??"


aku malu malu lagi nak sebut umur aku..pelan je aku sebut..
"doplohnam.."


akak tu terkejot..dengan ipar dan abang die sekali wat muke kagum..
"laa..ingatkan baru tingkatan dua..muke macam budak2 sekolah je..awet mude ni.."


aku dah kombang2 masa tu..idong, bontot semua dok kembang kuncup..sib baek tak terkentot..ahaha..tingkatan dua weh..maknanye aku nampak macam umur 14tahun..uii..mude berbelas belas tahun kau..oleh sebab tu..aku tak perlu la risau ye kawan2 dengan faktor usia ku ini..muke ku telah men'cover' dengan terbaik punye..hak3..




eh2..menyimpang ke laut lak cerita aku..ekceli nak cakap pasai keterujaan dan kegembiraan aku telah mendapat seorang anak sedara..hak3..akak aku telah selamat melahirkan seorang baby boy dengan berat 3.5kg..ye..sangat beso babynye..jadi akak aku takleh beranak normal..terpaksa dibedah..kul 6.40 petang masuk kul 8.40 baru keluar dari dewan bedah..hoi..jenuh aku tunggu tadi..dah le balik2 kerja sampai rumah terus mak suh aku p spital..dengan tak mandi aku harung je pegi spital tu..ish3..





inilah die anak sedaraku itu..akak aku nak bagi nama iqbal syareef..macam muke sape aku takleh nak bayang lagi..nanti dah beso sket baru nampak kot..tunggu tunggu..ni baru 2 jam die kluar dari perut ibu die..hehe..aku nak suh die panggil aku ummi la..takmo panggil makngah..tak best..tak terserlah sifat2 keibuan aku nanti..kah kah kah..



bisik2:: tak sabo nak tunggu baby balik rumah..yeay!! boleh buli2..nanti aku nak ajo die comolot la..boleh?? hak3..


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

~Paul VS Mani..ramalan mana yang tepat??~



nape aku tak tido2 lagi ni ye?? skang dah pukul 1.30 pagi..padahal esok nak kerja..tapi mata masih dok terkebil2 menatap laptop..siap tulis blog lagi..nyempat lagi tu..ish3..nape ye?? sebab aku nak tunggu final WC ke?? owh..tidak2..harap maaf..seperti yang telah aku maklumkan dulu..sejak WC start sebulan yang lalu..satu match pun aku tak pernah tengok langsung..hak3..sangat ketinggalan ye aku tentang WC ni..kalau aku nak tahu ape yang berlaku dalam WC musim ni..aku pergi menjelajah ke blog cik sarah je..die memang hebat men'describe' tentang WC..aku yang tak tengok langsung pun boleh tahu detail yang berlaku dalam WC tau..


* Paul si sotong *

haaa..aku rasa semua tahu dah kot pasal benda ni..hebat betul ye encik sotong yang bernama Paul tu meramal tentang match WC untuk Jerman..bijak betul otak sotong tu ye..eh! jap2..sotong ade otak ke ha?? ntah..aku pun tak tahu..ahaha..lawak je rasa..ape ke benda la yang depa dok merapu p percaya dengan si sotong tu..ntah2 kebetulan je..mata die sakit kot tengok warna bendera Jerman yang merah kuning hitam garis2 je tu ha..takde corak2..tak menarik kata die..tu yang die pergi kat bendera negara lain..ye dak?? boleh pakai ke aku punye teori ni?? hak3..lantak kau la labu..ada akai ka takda akai..nak p percaya dengan sotong..ang pikiaq la sendiri..


* Mani si burung *

tengah dok hangat2 kecoh pasai kuasa psikik hebat encik sotong Paul tu..tetibe muncul lak encik burung yang bernama Mani nak tunjuk kuasa psikik die jugak..eh2..hebat betul menatang skang ni ye..pakat dok ade kuasa ajaib..boleh meramal pulak..ish3..pastu yang manusia ada akal ni boleh pulak nak percaya dengan ramalan menatang2 yang takda akal ni ha..hei..kang aku kata bodoh kang ade yang terasa pulak..sebab ikut percaya jugak dengan menatang 2 ekor ni..siap leh main taruh2 lagi ramalan menatang mane yang betul..Paul si sotong kata Spain..Mani si burung kata Belanda..gaduh la angpa 2-2 ekoq..haha..



ape2 je la weh..ikut suka hati angpa la nak merapu p percaya dengan ramalan 2 ekoq menatang ni..aku takmo masuk campur..khurafat khurafat..haha..ntah ape2 je tau..tetibe je menatang 2 ekoq ni glamer ek..


bisik2:: hamster aku si Bobo cakap yang sumbat gol terbanyak dalam final WC malam ni, AKU..hebat kan hamster aku?? haha..ok la..aku nak p 'sumbat gol' dah..nite2..^_^



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 10 July 2010

~terasa tua pulak diri ini..huhu..~



sejak 2 menjak ni pemalas betol aku nak update blog..konon2 nak update sehari satu entri..harem tak terbuat..3 4 hari sekali baru terhegeh nak update blog..letih kerja la katakan..malam2 konfom terbungkang awal..kui3..tapi 2 3 malam ni aku takde la tido awal mane pun..dah rajin kluaq melewaq malam2 buta aku ni ha..ish3..astaghfirullah 'al-azim..ape la nak jadi aku ni..




jangan salah faham dulu..aku bukan kluaq merayap tak tentu hala ye..aku g melepak je..best jugak melepak malam2 eh..hak3..hep2! aku bukan melepak tepi jalan la..aku p melepak rumah paklang aku..die baru pindah sini..5 hari yang lalu..kat dalam taman perumahan aku ni ha..rumah dekat lorong rumah maksu aku jugak..tak jauh pun dari rumah aku..eh2..skali 3 bradik dok satu taman daa..mak, maksu dengan paklang..hik3..raya nanti senang la..tak payah p jauh2..ye dak??


*qistina yang comel!!*


nak tahu ke sebab ape aku rajin sangat p lepak rumah paklang aku?? sebab si kenit ni la..qistina nama die..ololo..comel betul budak ni..geram aku..ni cucu paklang aku..die kalau bercakap tak henti2 dengan bahasa ala2 arab die..haha..sepatah ape pun aku tak faham ape die dok membebel..tapi die COMEL!! maka sebab tu la malam2 aku rajin p lepak sana ye..balik2 kerja..mandi, solat..pastu tak sempat nak dinner terus p rumah paklang..sebab nak main dengan si kenit ni..hehe..ari ni je aku tak kuar rumah..malas lak rasa..




hmm..nanti mak aku lak dapat cucu sulung..kakak aku ade kat spital skang ni..3 hari dah masuk spital..sepatutnye die dah deliver..ni dah overdue..baru buka 3cm..baby die takmo kuar lagi ke..baby oo baby..kuar la cepat..makngah tak sabo nak buli2 ni..hehe..aiyo..aku jadi makngah le tak lama lagi eh..alahai..terasa tua nye diri ini..huk3..eh! takpe2..yang penting muke maintain awet mude..hak3..






bisik2:: anak sepupu dah ade 2 orang..alia dengan qistina..pasni dapat anak sedara lak..jadi la 3 orang..raya ni bankrap la aku..huwaaaaa..



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 6 July 2010

~kenapa DOUBLE U bukan DOUBLE V??~



tadi tengahari aku dengan kak mas pergi meeting dengan sales manager Hotel Sunway untuk survey ballroom kat situ..nanti bulan 11 nak buat function dinner..so kena la pergi survey2 hotel yang best2 kan..hik3..tadi pun bukan la meeting formal pun..just meet in person..santai2 je..haa..cenggini aku suke..aku tak suke meeting yang heavy2 macam hari jumaat hari tu yang sampai aku amuk2 tu..siap tulis entri..haha..




malam ni aku nak cerita pasal huruf W..kenapa tetibe je nak cerita pasal2 huruf ni?? ni sebab meeting tadi tu la..puan ija tu tanya nama full kak mas..then she asked how to spell sebab die blur2 bile kak mas bagitau fullname kak mas..kui3..nama kak mas ade huruf w..bile kakmas sebut w tu la yang die macam blur2 sket..jadi sepanjang hari tadi pas meeting tu aku asyik terfikir fikir pasal huruf w ni..



nape eh orang sebut w tu double u bukan double v?? bukan ke w=v+v?? baru nampak ngam kan?? kalau u+u=uu..ye tak?? haha..tengok2..otak aku dah merepek meraban pikir benda yang bukan2 cenggini..why why?? can anybody answer me?? it make me wonder..hak3..
punye la aku takde kerja p pikir menda alah ni ha..padahal berlambak2 kerja opis aku kena settle..ntah ngan ape2 je perangai aku ni kan..wakaka..






bisik2:: kadang2 kita mesti terfikir benda yang pelik2 kan?? hehe..but i love to think something "out of the box"..sebab otakku akan lebih rajin bekerja..barulah otak "tak sakit"..



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Monday, 5 July 2010

~perempuan dan kasut~



setelah puas berjoli sakan hari sabtu yang lalu dengan sekelip mata duitku mengalir laju bagai air sungai..huk3..hari ahad aku dok terperap je la kat rumah..huwaa..betoi weh..dalam masa sehari bersamaan 3jam..aku habis hampir 6ratus hengget!! banyak tu weh..memang berjoli betul..pastu bulan ni aku kena la berpuasa sunat ye..hak3..



huuu..rasa sedih sebab duit habes begitu sahaja..kerana ang la contact lens..kopak aku..350++ aku abes kat ang tau..huk3..salah aku jugak..berlagak..dah rabun tu nak wat macam nampak..ade spec takmo pakai..konon nanti nampak tak comel..hak3..padahal memang tak comel pun..nak buat macam mana..orang perasan memang selalu macam ni..padan muke aku!! nasib baik la contact lens tu untuk setengah tahun punye kegunaan..huuu..


beli barang2 dapur kat mak dalam 150 jugak la habes..beli barang2 peribadi aku nak gune..pastu aku beli ape lagi eh?? owh..beli high heel baru..hik3..maka cukup la 6ratus melayang..bye2 duitku..wuu..nasib baik dah budget siap2 simpanan, bayar ptptn, bayar bil bodben semua..kalau tak mahu lari budget kot..ish3..bulan depan sila berjimat ye cik shahada..jangan boros2 lagi..

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

hmm..disebabkan aku dah beli high heel baru..maka petang ahad semalam aku pun telah merajinkan diri menyusun kasut2 yang ade kat rak tu..siap snap gambo..pastu print lekat kat kotak kasut..konon2 nanti senang la nak pilih kasut mana nak pakai..tengok je kat gambo..tak payah punggah satu satu kotak bagi bersepah dan mulut mak membebel..kui3..lagi efektif..aiseh..kreatif jugak aku ni eh..ceit!



inilah hasilnye..baru aku sedo..rupenye banyak jugak kasut2 aku plus dengan kasut2 akak aku..macam dah boleh bukak kedai kecil kecilan dah ni..hik3..memang pompuan gile kasut kan?? betul weh..kasut2 ni kan..ade lagi yang belum dipakai tau..simpan buat khazanah..ahaha..



itulah aku dengan akak aku punye perangai..pantang nampak kasut cantik..tambah2 bile time offer..skang perangai tu masih kekal kat aku..kak aku sejak menjak dah kawen dan preggy ni die kurang sket..aku masih lagi bermaharajalela..tapi masa duit dok berkepuk dalam poket la..kalau duit takde aku cuci mata saje..kui3..

aku tak kisah jenama sangat..bagi aku semua kasut sama je..yang beza kualiti die dengan design die..aku tengok design dengan kualiti je..design cantik dan sedap kaki aku pakai, aku rembat..kasut aku beli semalam kat Esarli je..takde vinci ke nose ke..kebanyakan kasut aku jenama Esarli..selesa kot kaki aku pakai..ngeh3..aku cerewet sket bab pilih kasut ni..sebab tu kalau p shopping kasut aku selesa p sorang..takpun pergi dengan orang yang gile kasut macam aku jugak..


tapi aku rasa kebanyakan pompuan memang cerewet bab pilih kasut..sanggup p redah satu satu kedai buat survey dulu..cari sampai betul betul berkenan dan puas hati..pastu baru decide nak kasut yang mana..kan2?? so aku nasihatkan..nak pergi shoping kasut jangan la pergi dengan boifren ke hubby ke..depa bukan suke..kang kite tanye pendapat die cantik ke tak die men bedal je cakap semua cantik..kang buat sakit hati je..tu takpe lagi kot..kalau die tensen sangat tak pasal dihempuk kite dengan kasut tu lagi naya..hahaha..



bisik2:: perempuan dan kasut memang tak boleh dipisahkan..that's a fact!


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 3 July 2010

~i hate meeting so much!! *_*" ~



wooo..hari ni dah 3 julai dah eh..cepatnye masa berlalu..ini entri pertama di bulan julai lepas 4 hari tak update..minggu ni sedikit bz la dengan kerja..pastu ade meeting pulak..semalam adalah hari meeting seharian..dari pagi sampai petang meeting je..ada 2 meeting lak tu..haish..aku memang tak gemor betul la meeting2 ni..tak suke tak suke!


cakap kat adik enny semalam.."nape la ade meeting? malas betul la..boleh tak kak shada tak masuk?? " adik enny balas.."enny yang tak masuk pun tak suke..nak buat macam mana..kak shada kan pegawai..kena la masuk.." huk3..tersiksa jiwa aku dengar jawapan tu..huarghhh..





semalam masa meeting tu ade la juge perkara yang buat aku hangat hati..haishhh..depa ni cakap senang je..yang buat kerjanye aku..angpa cakap je tahu..sian cinta hati jadi mangsa tempat aku lepaskan marah..tensen punye pasai kuar meeting terus tepon die dengan keadaan marah2..huk2..sori sayang..tak sengaja tau! mood tak berapa ok dengan keadaan bulan mengambang..huhu..




ok ok..kite lupekan pasal meeting semalam tu..hmm..hari ni ingat nak kuar sat la..nak p beronggeng sorang2..kena la p sorag2..nak ajak cinta hati tak boleh..die jauh kat selangor nun..so, berdikari sendiri ye cik sha..macam la tak biasa..hmm..ingat jap g nak cari hadiah untuk besday mak minggu lepas..tak tertunai lagi sebab baru dapat gaji selasa lalu..pastu ingat nak p beli barang keperluan dapur dan bilik mandi..nak cari kasut baru..nak beli contact lens..nak tengok wayang..


eh! banyak betul rancangan aku..ntah menjadi ke idak..jadi kot..sebab p sorang2..so takde la gangguan..pergi buat ape yang aku rancang je..hehe..ade yang nak ikut ke??tak boleh! kui3..





ok la..nak bersiap2 jap..hana..sori akak lambat sikit hantar banner blog akak tu eh..malam ni baru dapat buat..hehe..nak p release tensen sat sambil menghabiskan duit gaji..ahaha..






bisik2:: owh!! i hate meeting so much!! *_*"



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com