Thursday, 29 April 2010

~Istana cinta impian aku..~



Amboi! Tajuk tak hengat dunia. Gempaq semacam. Eh2..gempaq ke? Perasan je la hang ni cik sha. Kui3. Ala..tak salah kan kalau aku nak berangan-angan. Lagipun tu salah satu hobi sampingan aku. Angan-angan tu kekadang penting gak tau. Baru la kita berusaha nak capai. Ye dak? Hehehe..

Sebenarnye aku tengah bosan ni ha. Tengah tunggu maksu dan paksu pergi tapau makanan untuk anak-anak depa kat rumah. Aku lepak dalam kereta je. So, haruslah aku tetibe terberangan kan. Dah berangan tu tetibe tangan pun gatai lak nak menaip-naip tulis dalam blog ni. Catatan kenangan la konon nye. Nanti-nanti rasa nak terlupe diri leh belek balik satu-satu entri aku dalam blog ni. Buat muhasabah diri. Kuikuikui.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Wokeh! Berbalik kepada tajuk. Istana cinta tu maksud aku perkahwinan aku nanti la. Bukan aku nak buat istana. Gile ke hape? Ingat aku cop duit berkepuk-kepuk ke. Nak makan pun tercungap gaji seciput. Hik3. Meh sini meh aku nak bercerita ni. Aku impikan perkahwinan yang simple je. Tak perlu la vouge sangat. Yang penting perkahwinan aku tu direstui. Mak aku restu, bakal mentua aku restu. Dan yang penting Allah restu. Mudah mudahan. Aminnn..

Ini kalau ade jodoh aku dengan encik CH la ceritanye eh. Hehe. Aku memang berangan angan nak kahwin dengan die. Moga-moga jodoh kami kuat la hendaknye. InsyaAllah. Memandangkan jarak kami yang jauh berbatu batu ni ha. Dia Terengganu, aku Pulau Pinang. So nanti aku nak hari nikah buat sekali je dengan hari kenduri kendara tu. Tak payah la hari lain-lain. Menyusahkan pihak keluarga encik CH je. Sian depa. Dah la mai jejauh. Kos perjalanan tu pun dah berlambak-lambak nak cover. So buat dalam masa sehari je. Senang cerita, kan?

Dah jimat dah kat situ. Tak payah buat 2 kali kenduri. Kenduri nikah lain kenduri sanding lain. Bagi aku tu membazir duit je. Buat sekali harung kan senang. Pastu nanti pergi kenduri belah pihak laki pulak. Kiranya ada 2 kenduri je. Belah pengantin pompuan 1 belah pengantin lelaki 1. Kalau tak jadi 3. Belah pompuan sampai 2 kenduri. Membazir betol! Aku tak suka membazir. Eceh. Padahal kedekut. Ahaha.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Walaweh. Berangan tak hengat aku ni. Nak kawen ape nye duit pun takde lagi ni. Hehe. Itu la aku tengah berusaha ngumpul duit ni. Tiap-tiap bulan dapat gaji wajib aku kena simpan dalam akaun bank BSN. Sebab bank tu je aku takde kad. So tak leh nak cucuk-cucuk kuar duit. Ngeee. Mesti ada yang cakap.."la..kawen pompuan mana kena kuar duit.." Betul. Tapi aku takmau la buat macam tu. Kena la toleransi sket. Bukan la ape. Aku sian gak kat bakal laki aku. Takkan la semua nak pakai duit dia. Mampuih rabak la poket. Kang pas kawen dah takde duit pulak.

Kenduri kat rumah aku kenduri kat rumah die. Duit mas kahwin duit hantaran. Sian eh. Banyak tu. Kenduri kat rumah aku biar aku la yang tanggung. Hari bahagia aku. Duit kenduri berapa la sangat. Nak jamu tetamu yang meraikan aku. Dapat pahala ape. Kire macam aku bersedekah kat depa la. Belanja makan. Nanti kan depa hulur balik duit kat aku. Wakaka. Tang situ dah boleh cover dah duit yang aku laburkan untuk buat kenduri kat rumah aku.

Duit hantaran dari pihak laki aku nak simpan. Untuk bakal anak-anak aku nanti. Eceh! Anak konon. Kawen pon belum. Dah..cukup-cukup la berangan tu cik sha. Hang ni kalau biaq meleret-leret sat g. Dah nak sampai rumah dah ni pun. Hehe. Nanti malam kalau aku rajin aku update lagi blog ni. Bye..jumpa lagi..(^_^)



bisik2:: mintak2 la encik CH tak baca..hek3..


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 28 April 2010

~Hari Kebangkitan yang pasti tiba..~



owh..mata mengantuk sebenarnye..nak bukak pon dah tak larat..uhuk3..tapi terpaksa aku gagahkan juge sebab nak sambung kemaskini data-data beratus ribu ahli ni ha..tak siap2 lagi..berlonggok2 sangat..uwaaaa..tak buat kang 'cik puan' tu membebel lak..owh..tak larat aku nak dengar..die kalau bercerita sungguh panjang..memang tak jadi kerja aku kalau jumpa dengan die..terpaksa menadah telinga terbeliakkan mata menganggukkan kepala untuk mendengar celoteh die sahaja..

lagipun waktu malam je la aku dapat mesej2 dengan encik 'tom cruise'..siang2 kerja mana leh mesej2..kena bagi komitmen pada kerja masing2..huuu..makin kurang nampaknya masa untuk kami bermesra2 alam..udah le jauh berjuta2 batu..jumpa langsung la tak boleh..jauh beb..terpaksa la rindu merindu..tahan je la..ada jodoh tak ke mana kan..aku yakin je dengan janji Tuhan..semua yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya..kalau dah Allah tetapkan jodoh kami berdua pasti tak ke mana..ye tak??aminnnnnnn..

sambil2 buat kerja ni aku tengok movie kat tv2..The Day After Tomorrow..walaupun aku dah pernah tengok tapi gatai gak nak tengok jugak..kalau dah wat kerja sambil tengok tv ni paham2 je la..tengok tv je la lebih nye..kerja ciput2 je..wakaka..sabaq je la cik sha ni ha..perangai ntah ngan ape2..ish3..

The Day After Tomorrow ni macam Hari Kebangkitan Semula la..senang cakap hari kiamat..omputih pun tahu sebenarnye pasai perkara ni..tapi bila depa dah buat cerita ni pandai2 la depa ubah ikut sesedap rasa depa kan..paham2 sendiri je la..yang pastinya hari kiamat tu pasti datang..sekarang pun dah banyak tanda2 kecil kiamat Allah dah tunjuk..kita je yang alpa..masih belum mempunyai kesedaran sepenuhnya..kalau betul kita ada sepenuh kesedaran takde la maksiat makin menjadi2..umat Islam sesama umat Islam ramai yang bermusuh..suruhan Allah makin ditinggalkan larangan Allah pula makin dilakukan..macam2 la..nak sebut pun tak tersebut rasanya..hmmm..

aku pun kadang2 tak terlepas juga..alpa dengan keduniaan..sebok dengan bermacam2 hal..tapi alhamdulillah setakat ni masih belum lagi terlupa untuk sujud padaNya setiap kali sampai waktu..mudah mudahan aku terus berkekalan begitu..sebab hanya itu sahaja jalan yang aku ada untuk terus berhubung denganNya..

"Ya Allah Ya Tuhanku..tetapkanlah imanku..peliharalah solatku..janganlah sekali2 engkau lalaikan aku terhadap kewajipanku ini kerana inilah satu2nya jalan yang aku ada untuk aku mendekatkan diriku denganMu Ya Allah..bantu aku dan lindungilah aku.."

itulah antara doa yang aku amalkan setiap kali habis solat..semoga aku sentiasa dalam perlindungan Allah setiap masa..begitu juga untuk kawan2 aku semua..semoga angpa semua sentiasa dilindungi Allah dalam apa jua yang angpa lakukan..aminnn...


bisik2:: mampu ke aku nak menghadapi hari kiamat nanti ye..takutnye rasa..



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Monday, 26 April 2010

~Kuasa Berjimat Cermat..~



Alhamdulillah. Hari ni aku dapat gaji aku yang pertama. Baru 3 minggu je kerja dah dapat gaji. Yeay! Dapat 3/4 je la. Sebab tak cukup seminggu. Tapi bersyukur sangat-sangat. Sekurang-kurang nye aku ada duit sendiri dah. Walaupun takde la banyak mana. Tapi untuk menampung diri aku dan bagi kat mak sikit pun dah kira cukup untuk aku. Malam ni nak kira budget la. Hehe..

Bulan pertama ni aku ingat nak simpan rm300 je dulu. Bulan-bulan seterusnya baru up simpan rm500. Kalau ada lebih aku simpan lebih sikit. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Betul tak? Bulan ni dah kena start bayar PTPTN. Uhuk2. Tapi takpe. Kena selesaikan hutang dulu. Baru hidup tak terbeban. Asyik pikir hutang je, tak aman jugak hidup. Kalau dapat bayar sikit-sikit pun tak pe. Lama-lama nanti habis la kan. Orang kata bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Uishhh. Banyak jugak aku nak kena bayar ni bulan-bulan. Broadband dah nak dekat seratus hengget. PTPTN pon. Dah dua ratus hengget aku melayang. Huk3. Nasib baek moto mak nak sponsor bayo. Ringan dah beban tang tu. Mekaseh mak. Sayang mak. Hehe. Takpe, bulan-bulan kakak sponsor beli barang-barang dapur. Kira macam exchange la tu. Boleh kan mak? ;p






Mulai sekarang ni aku memang kena start dah menyimpan. Kumpul duit untuk masa depan. Esok-esok nak kahwin tak payah susahkan mak dah. Pakai duit yang aku simpan je. Duit hantaran laki bagi, aku nak simpan untuk bakal anak-anak. Wasehhh. Berangan tak hengat aku ni. Kui kui kui.

Tapi menyimpan memang penting weh. Sekurang kurangnya kita ada simpanan time kita tengah sesak. Simpanan ni kira macam simpanan beku la. Kita tak payah usik. Bila betul-betul terdesak baru guna. Haaa. Takde la pokai pastu asyik hutang keliling pinggang sebab belum cukup bulan duit gaji dah habes kita belanja. Nasib tak baik dan muka tak malu pergi mintak lak dengan mak ayah. Sian kat dorang. Patutnya kita yang kena ringankan beban dorang. Ini kita pulak pergi tambah beban.

Jadi, menyimpanlah walaupun sedikit. Janganlah kat mulut tu asyik kata takda duit. Memang sampai bila-bila la kita takda duit. Lesap macam tu ja. Simpan la sehari singgit pon takpa. Sebulan dah tigaploh hengget. Kalau ada lebih simpan lebih sikit. Kalau buat selalu lama-lama nanti tanpa kita sedar, pergi check akaun tengok-tengok duit dalam akaun dah berkepuk-kepuk. Siap boleh buat belanja pergi haji. Haaa...itu la kuasa menyimpan tau.

Aku dari kecik mak dah ajar berjimat cermat. Memang aku cermat sungguh. Dulu time sekolah mak aku bagi kat aku sebulan tigaploh hengget. Pastu pandai-pandai la aku belanja. Selalunya masuk bulan seterusnya baki belanja aku tu ada lagi dalam doploh hengget. Kat sekolah aku tak makan sangat. Aku bawak bekal je. Beli nasi lemak 50sen bawak pergi sekolah. Air aku bawak dari rumah. Kan dah jimat. Duit belanja tu aku simpan le. Kalau teringin nak makan ape-ape kat kantin sekolah baru aku guna.

Sebab tu la sampai dah tua bangka ni pun aku suka menyimpan. Dah jadi tabiat. Lagipun aku ni kedekut sket. Hahaha. Nak membeli tu aku pikir berpuluh kali apa kepentingan aku beli benda tu. Tapi kalau bab beli buku aku tak boleh nak tahan nafsu membeli aku tu. Kui kui kui.

Bisik2 :: Marilah kita sama-sama berjimat cermat dan menyimpan untuk masa depan. Keuntungan nya memang berbaloi baloi..(^_^)


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 25 April 2010

~hati yang ikhlas menegur pasti dapat balasan yang baik..~



kita ada telinga,
supaya kita sentiasa mendengar pendapat,kritikan,kutukan..
jangan membenci pada org yg mengkritik kita,
sbb dgn kritikan tu la yg akan membentuk kita menjadi seorg manusia yg berguna..
jgn megah dengan pujian kerana kita takkan dapat pujian selama-lamanya
tapi jadikan pujian itu untuk kita jadi lebih baik lagi pada masa akan datang..


aku suka dengan kata2 kat atas ni...tadi p berjalan2 kat blog seseorang..terbaca entri terbaru dia yang ada tulis ayat2 ni..tak ingat pulak nama tuan blog nye..pinjam sat na ayat2 ang ni..aku suka..betul tu..kita bila kena tegur sikit mesti cepat sangat melatah..mula nak marah2, hati terbakar hangus dan mula nak membenci dan memaki2 orang yang menegur..sedangkan niat orang tu ikhlas..takde maksud ape2 pun..

dulu aku pun macam tu jugak..tapi sekarang aku dah boleh kawal diri dan minda aku sejak aku berjinak2 dengan buku motivasi Dr.Tuah..aku akan terima semua teguran, kritikan, kutukan dan pendapat dari orang..then aku akan fikir2kan..yang mana baik aku cuba terapkan dalam diri supaya aku boleh jadi yang lebih baik..yang mana teguran menjatuhkan, aku diamkan sahaja..pada pendapat aku, seseorang takkan menegur kita kalau mereka tidak sayang pada kita..tu pegangan aku..sebab tu sekarang aku tidak mudah melatah bila dikritik..

tapi hati dan pemikiran manusia kan berbeza beza..tak semua orang boleh menerima teguran dan kritikan..sebab pada mereka, apa yang mereka buat adalah yang terbaik..orang lain tak perlu nak menegur..bagi aku, orang jenis ni orang yang tiada motivasi dalam diri dan hidup dengan dunia dia sendiri..atau dalam erti kata lain..sakit jiwa..

konsep "jangan jaga tepi kain orang" dan "cermin dulu diri tu sebelum nak menegur orang" bagi aku sangat2 la tidak munasabah..maksud aku kalau tak amik tahu langsung pasai apa yang berlaku dan tidak menegur kesalahan yang dibuat..maknanya dengan aku2 sama buat dosa..boleh amik tahu..boleh nak menegur dan menasihat..tapi berpada2..jangan lebih2 menyebok pulak..selebihnya lantak p la kat depa apa depa nak buat..

nak menegur seseorang tak perlu la nak pastikan diri kita ni terlalu sempurna..takda sesiapa pun yang sempurna dalam dunia ni..kalau dah ang nampak benda tu tak elok tegur2 la..kita hidup ni perlu nasihat menasihati..perlu tegur menegur..perlu ingat mengingati..baru la hidup berjalan lancar..kalau tak nak ada orang tegur, nasihat dan mengingatkan..habis la sape2 yang kerja jadi kaunselor dan motivator tu..takde kerja dah nak buat..hahaha..tak pun ang p je dok kat planet lain yang takda sape nak amik tahu pasai ang..lantak p la ang nak hidup macam mana pun..tapi ade ke??hoho..

aku dah ok sikit..perasaan dah reda..takde dah sedih2..aku amik masa jap je nak motivasi diri aku supaya aku boleh bertenang..sebab diri aku penuh dengan motivasi Dr.Tuah..macam tu la aku perbaiki diri aku..kepada sesiapa yang berkenaan yang terasa dengan teguran aku sebelum ni..cuba2 la renung dan fikirkan..aku dah lepas dah tanggungjawab aku sebagai seorang sedara yang sayangkan sedara sendiri..aku menegur kerana aku sayangkan orang2 yang berada dekat dengan diri aku..itu sahaja..


bisik2:: alhamdulillah..Allah selalu mendengar apa saja yang aku mengadu kat dia..dan sekarang aku dah tenang..(^_^)v


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

~Diam Itu Lebih Baik Dari Bersuara..~



cakap salah..tak cakap pun salah..betul la kata pepatah..DIAM LEBIH BAIK DARI BERSUARA..biaq la benda tu salah pun di mata kita..tapi kalau teguran tu boleh menyebabkan perbalahan, perpecahan dan permusuhan lebih baik la kita cuma mendiamkan diri..walaupun dosa, kita terpaksa tanggung sebab tak mampu nak menegur..hmmm..


kadang2 aku tak faham dengan mentaliti sesetengah orang ni..bila niat kita tegur ikhlas..secara berseloroh lagi..tapi disalahtafsirkan..pastu mula nak maki2 hamun..guna perkataan2 yang tidak sepatutnya..ikut perasaan marah yang membuak2..sedangkan tahu teguran tu sebenarnya baik dan tidak ada maksud ape2 pun..dan yang penting langsung takde unsur mengaibkan dan menjatuhkan maruah sape2..


hai..entah la..manusia kan ada macam-macam perangai..bersabar je la yang mampu..




bisik2:: hujan kat luar ni macam faham je isi hati aku yang tengah sedih sekarang ni..ya Allah..tabahkan la hati aku menghadapi segala dugaan ni..kasih sayang aku kepada saudara ku sendiri telah disalahtafsirkan oleh mereka..T_T

Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Thursday, 22 April 2010

~latah oo latah..~



MELATAH..penyakit tu..angpa suka melatah dak?? uishhh...kena buang la tabiat melatah tu..tak elok sebenarnye..latah ni kadang2 boleh membahayakan tau..ye la..kalau dah melatah bukan nak ingat ape2 dah..reaksi spontan..buatnye time melatah tu tangan tercapai pisau pastu terlatah lak p tikam orang yang mengusik tu..mak aiiii..memang cari nahas la tu..tak pepasal kang dituduh membunuh tanpa niat..ish3..naya betoi..


haaa..latah ni ada kategori2 dia..yang aku sebut kat atas tadi kategori latah dengan aksi2 la..bahaya sikit kalau yang jenis melatah pesyen ni..kadang2 menda yang disebut tu takde ape sangat pun..tapi terkejut..die jadi la melatah berangkai2..buat pulak orang yang sergah tu kaki ngusik..kang meleret2 la jadinye..siap boleh menari2 lagi..ahaha..


ada jenis yang melatah biasa2 je..maknanye melatah ayat je..macam orang ni tengah ralit2 tetiba terdengar benda terjatuh, terkejut dan die pon terlatah.."opocot mak hang meletop!!" haa..contoh die macam tu la..sekali tu je die melatah..takde meleret2 dah..yang ni ok sikit la..tak bahaya macam kategori first tadi tu..tapi yang ni pon ada jugak yang tak elok nye..buatnye die terlatah sebut benda2 yang tak sepatutnye macam tettt!! tu tak pasai je kang..kan2??




*pengantin melatah..hoho..*


kadang2..bile tengok aksi orang yang suka melatah ni macam kelakar pun ade..ye tak??tambah2 yang siap dengan aksi2 tu haa...tapi sebenarnya latah ni satu penyakit yang serius jugak..kalau dok muda2 lagi dah melatah..sampai ke tua la penyakit tu melekat..dan latah ni boleh bawak kepada penyakit nyanyuk yang kritikal gak tau..


tapi penyakit latah ni boleh dirawat sebenarnye..kata Dr. Tuah dalam buku motivasi dia yang cakap pasal topik ni..penyakit latah ni boleh dirawat dengan banyakkan membaca dan berfikir..bila kita membaca dan berfikir, sel2 dalam otak kita akan menjadi aktif..bila aktif, sel2 ni akan bercantum satu sama lain..jadi otak kita sehat dan sentiasa bekerja..haaa..kesimpulan nya, penyakit latah dan nyanyuk ni dapat la dielakkan..


cuba tengok Tun Dr. M tu ha..walaupun umur dia sekarang dah melebihi 80 tahun..tapi dia still kuat dan sehat..sebab ape??sebab dia banyak membaca dan berfikir la..menulis pun boleh jadi penawar penyakit ni rasanya..sebab masa kita nak menulis, kita akan berfikir..betul tak??hehe..memandai je aku ni kan??kui3..

ape2 pun, cuba la elak elakkan melatah ni eh..tak elok..dulu2 aku pun selalu gak latah2..yang "opocot mak ang meletop!!" tu stail aku melatah la tu..hek3..sekarang dah tak de dah sangat..kadang2 je kot..kui3..lama2 nanti hilang la teros tu..sekarang otak aku kan bz bekerja..24jam pikir pasai hal kerja je..huhuhu..ok la..dah lewat ni..nak g membuta pulak..sok nak kerja lo..sat je dah hari jumaat eh??k la..nite2..daaa...


bisik2:: kadang2 bila aku tengok orang melatah lebih2 ni kesian pon ada jugak..sebab memalukan diri depa sendiri dengan aksi2 yang terlebih2 tu..huhu..
ops...terlebih sudah..ahaha..



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 21 April 2010

~beringat-ingat kalau nak merempit..~



on the way balik kerja tadi ada eksiden kat bridge..moto dengan moto kot kalau tak salah..mangsa kemalangan aku tak nampak pulak..ada kat tepi..kalau nampak pun aku taknak tengok..owh..tidak2!!fobia..sebab pernah nampak mangsa eksiden moto kepala remuk tak lama dulu..huhu..yang aku nampak hanyalah moto nye yang terbalik dan remuk sket..pastu ternampak helmet yang dah calar balar dan macam ada darah..terok la gamaknye..macam ramai je tadi yang berhenti tengok..

nasib baik hari ni aku p kerja nek kereta dengan maksu dan paksu..hmm..sok dan lusa kena p kerja sendiri la..merempit moto nampaknye aku esok..hoho..aku kalau bawak moto ngalahkan laki kot..nyelit sana nyelit sini..dah la suke bawak laju..hehe..masih tak serik2 nampaknye..dulu aku pernah eksiden moto sekali..tahun 2005 bulan jun kalau tak salah..eksiden masa on the way pergi kerja..waktu pagi hujan renyai2..


*nak inteprem kekasih gelapku lagi sekali..hoho..*


masih segar lagi dalam ingatan..sebab eksiden tu la aku dapat cop mohor kat pipi..sayang sangat aku kat jalan tu..sanggup p sua pipi bagi tar2 jalan raya tu kiss2 pipi aku yang gebu..wakaka..punya nak cover moto..lawak pulak bila ingat2 balik..masa tu aku rasa macam berlakon filem matrix je..slow je pergerakan masa nak jatuh tu..sedar2 orang dah angkat aku p kat tepi jalan..kui3..


eksiden masa tu berlaku sebab aku tergelincir..break mengejut sebab kereta depan aku tiba2 break..dah la aku dengan laju lak masa tu..pastu jalan licin sebab basah akibat hujan..kaki lak tak sampai nak tampan moto yang break tetibe..maklum le pendek..huk3..sadisnye..sebab nak elak dari tercium bontot kereta tu aku lak yang jatuh sampai tercium jalan..hampeh tul..

insiden yang paling memalukan aku masa eksiden tu..suar koyak rabak..pastu pipi dapat cop mohor..banyak lak tangan laki yang pegang ngangkat aku p tepi jalan..aku maafkan sebab darurat..huhu..sib bek tak kena raba..pastu aku pengsan sebab tengok darah sendiri..haha..sengal.."dik2..bangun dik..jangan pengsan"..aku tersedar sat..pastu rasa pipi macam kembung2..aku raba pipi..rasa basah..ushar tangan tengok darah penuh kat tangan dengan tudung.."huh?darah??" dialog sebelum aku pengsan..haha..bongek betol..nasib baik takde kecederaan yang teruk..aku just terseliuh bahu je..



*bukti kaki aku pendek..BFF aku komen di entri ini..*


memang kenangan la..sampai la ni aku tak lupa..moto tu pun aku dah jual sebelum aku p sambung belajar dulu..walaupun sekarang aku merempit jugak dengan kekasih gelap aku yang baru tu..tapi kali ni aku lebih berhati hati..sepanjang bawak moto sampai la tiba kat destinasi..dalam hati aku asyik ngaji je..al-fatihah,ayat qursi,surah an-nas,surah al-falaq,surah al-ikhlas,surah al-kautsar,selawat nabi,ngucap 2 kalimah syahadah..berulang-ulang kali aku baca..supaya aku tak ralit dan lalai..kalau tetiba eksiden pun aku tak cuak sebab dah ngucap kan..tapi nauzubillah la..mintak dijauhkan..namun, alhamdulillah..memang selamat sampai..

pesanan aku kat kawan2 aku yang suke merempit macam aku jugak..sentiasa hati2 dan berwaspada sepanjang masa eh..jangan cuai..sekelip mata je kita cuai..ada la padahnye yang menimpa nanti..jadi, berhati hati la selalu..tak kisah la bawak keta ke bawak moto ke..sama je..ingat tu!!


bisik2:: kereta pun aku pernah hampir2 terbabas nak eksiden..nanti aku cerita lain kali pulak..orang kata kalau kita naik kenderaan mesti pernah merasa jugak eksiden..
tak tahu la betul ke tak..wallahualam..



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

~minda dah kritikal..uhuk3..~



mengambil kesempatan untuk mencurik tulang sat..ngeh3..sat je pun..nak release tensen..pening tengok data yang melambak2 ni ha..beratus ribu orang punya data..berpinar2 mata aku kelebet satu2..nak create database sistem untuk semua data ni..mampus aku weh..huaaaarrghhhh..huhu..mencabar betul la kerja ni..maklum la aku bukan nye expert dengan kerja ni ha....baru mula nak menapak..dok merangkak2 lagi..nak kata baru belajar meniarap pun boleh la..uhuk3..




dulu masa belajar bukan tak pernah buat..pernah..buat esaimen tu ha..tapi dah lama tinggal..dah lupa weh..benda praktikal macam ni kena dok asah selalu..kalau tinggal memang sodhoqallahul'azim..terkial2 nak kena belajar balik..nak harap teori semata mata tak jalan le..kerja ni lebih pada praktikal..huuu..aku kena kuat semangat ni..




tara nak cari idea design interface untuk website pun semput2..tiap masa dok terfikir..time berak, otak pun dok kerja jugak..time sembahyang je la kena off sat..fokus nak ngadap Allah..kang tak kusyhuk pulak kan..aiyooo..be positive cik sha..u can do it!!semangat2!!




eh?cakap pasal sembahyang aku belum zohor lagi la..lagha betoi cik sha ni..p sembahyang cepat..huhu..bye semua..nanti aku update lain..




bisik2:: kerja kena semangat selalu ye cik sha..baru la boleh berjaya..



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Monday, 19 April 2010

~petua nak rawat putus cinta..~



tips menenangkan perasaan yang tak keruan lepas putus cinta..nak tahu tak??hehe..ni masa balik kerja tadi la..maksu aku bukak cerita..aku pun bila dengar..ehh??ye ke kena buat macam tu??biol2 pening2 sikit pale otak aku masa dengar tu..kui3..agak pelik sedikit la bagi aku..tak tahu la apa motip buat macam tu..ada kaitan ke??nak tahu ke apa yang aku kata pelik tu??haaa..sila la baca sampai habis ye..hehe..





maksu aku cakap..ni arwah atok aku la yang suh..kata dia ang kena p pusing tangga rumah 7 kali..tangga rumah macam kat kampung tu la..macam gambaq yang aku tempek kat bawah tu..kalau rumah ang rumah teres mana ada tangga..rumah flat ada tangga pun tak leh nak pusing jugak..ang p la pederas cari rumah kat kampung..tak kesah la rumah sapa2 pun..pinjam sat tangga rumah depa..haha..pastu ang p pusing 7 kali na..kui3..hat ni yang aku kata aku pelik tadi tu..apa motip eh kena p tawaf tangga sampai 7 pusingan..hmm..musykil betul aku..




*tangga begini ye kawan2..*


pas dah cukup 7 pusingan tawaf tangga..ang p masuk bilik ayaq..mandi sepuas hati..pastu p amik wudhu wat solat sunat..wat la solat sunat apa pun..solat sunat hajat bagi hati tenang pon baguih gak..hehe..pastu p minum air banyak2..konfom2 pastu hati ang tenang..takdak gelisah gundah gulana dah..maksu aku kata dia pernah try..memang berkesan..kui3..macam lawak pon ada jugak aku rasa..tang yang kat tangga tu la..yang lain2 aku rasa ada la jugak logik dia..haaa..apa lagi??sapa2 yang rasa hati dok gundah gulana..frust tonggeng2 sebab putus cinta..p la try tips aku kasik ni..pastu infom kat aku kalau menjadik eh..nak tahu jugak keberkesanan petua arwah atok aku tu..hoho..



bisik2:: pelik2 betoi petua orang tua dulu2 eh..tapi mesti ada kaitkan dengan bab agama..tu yang baguih tu..amik yang baguih2 je ye..yang pelik2 jangan p ikut pulak..


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

~mokcik kayo..mokcik kayo!!~



ni kalau betul aku dapat ni mahu dah jadi jutawan kot aku...tak payah susah2 kerja..dok goyang kaki menambahkan berat badan dan memuncitkan perut je kat rumah..heaven gile kot..haha..serius weh..nah angpa tengok 2 ketoi email yang aku dapat ni ha..saja aku nak tempek sini..sebenarnye dah banyak email macam ni yang aku dapat..tapi semua aku ignore..ntah datang dari ceruk rantau mana pon tak tahu la..sesedap rasa je send kat aku..aku rasa ni email spam ni..mesti ramai yang pernah dapat..angpa pun pernah gak dapat kot..ye dak??



*click untuk bagi besaq gedabak*

ayat berbunga gila yang satu ni ha..ntah ye ntah idak die kena cancer dah nak mampos..(jahatnye mulut aku..wakaka..) pastu sesedap ati je nak derma harta banyak cenggitu kat orang lain..yang tak kenal lak tu..konon2 takda waris..apakah?? nak menipu pon agak2 la weh..dengan aku pulak tu..memang salah orang la..ingat aku ni gila harta sangat ke??? pleaseeee la weh..





*click jugak untuk bagi besaq gedabak*

haaa..yang ni lagi merepek meraban..aku ni jangan kan visa..pasport pon takdak..pekejadahnye aku nak kena lucky draw dapat duit melambak macam tu konon dari visa..ingat turun dari langit ka..tup tup tetiba duit berkepuk kepuk jatuh kat kaki aku..ceit!! haishhh..rimas aku tau..semak email aku dengan benda alah camni..



bisik2:: nak tipu orang pun agak2 la weh..takdak kerja betoi la depa ni..T_T



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

~bekerja atau bekerjaya..~



mengonline kan diri kat opis..kui3..ketandusan idea nak design interface untuk website..owh..awat la aku blur ari ni??sebab tido lambat semalam ke??uhuk2..mungkin la kot eh..haa..takpun mesti sebab pagi tadi aku tak sempat breakfast..gamaknye la kot..takpe2..jap je ni..pas lunch sat g ok kot..hek3..banyak beno kot aku..suka sangat pakai kot masa belajar dulu kot..kot lagi..ahaha..

semalam baca buku motivasi Dr. Tuah..rasa macam menarik je nak share kat sini la kan..meh aku nak motivasi angpa semua pulak..konon2 aku ni dah cukup termotivasi la..hampeh je..motivasi hapenye time keje sempat lagi berblogging..wakaka..

tajuk motivasi kita ari ni..anda tergolong dalam golongan yang bekerja atau bekerjaya..haaa..yang mana satu??apa beza bekerja dengan bekerjaya eh??bukan sama je ke maksudnya??haaa..mesti ramai yang terpinga pinga..aiseh..ye2 je cik sha ni..kui3..menurut kata Dr. Tuah..ada beza bekerja dengan bekerjaya ni..nak tahu apa bezanya??meh kita terjah..hehe..

bekerja maksudnya..kerja kerja kerja..yang tu je yang terlintas kat fikiran..p kerja buat kerja..hari2 macam tu..kadang2 sampai rasa menyampah pun ada..bosan asyik kena kerja..nak bangun pagi2 pun malas..kalau boleh tak nak p kerja dah..tapi terpaksa..dah kalau tak kerja takda la sumber kewangan..nak shopping moping macam mana..nak ngorat awek2 macam mana..dah ongkos nye takde..ye tak??

haa..bekerjaya ni lain tau maksudnya..bekerjaya=bekerja+berjaya..kita kerja kerja kerja tapi menuju kejayaan demi kejayaan..maknanya kita bekerja untuk berjaya..membina kegemilangan hidup melalui kerjaya yang dilakukan..maknanya matlamat kita bekerjaya tu jelas..bukan semata mata kerja je..tapi ada target untuk masa depan..

so..marilah sama sama kita membina kerjaya..insyaAllah pasti hidup rasa syok sepanjang masa..takde la rasa malas memanjang..dan yang pasti kita akan rasa HEBAT sentiasa..hik3..

bisik2:: cakap pandai..p buat kerja tu sekarang cik sha..memain je banyak ni..kang kena potong gaji kang baru tau..huhu..+_+


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 18 April 2010

~gaduh budak2 VS gaduh orang dewasa~



"budak2 kalau ari ni gaduh, esok mesti dah baik balik..takda dendam2..takde sakit2 hati..gaduh sekejap je..nanti jadi kawan balik"..betul tak??semalam masa tengok movie ICE KACANG PUPPY LOVE tu, ada satu part yang dialognya buat aku terfikir.."a'ah la..betul apa yang dia cakap.." macam tu la bisik hati aku..pas dengar dialog dalam movie tu yang lebih kurang ayat yang aku hi-lite kat atas ni..

bila terfikir balik..memang lumrah hidup macam gitu kan??masa kita budak2..tengah dok main sama2..tetiba rasa tak puas hati..mula nak bergaduh..ang ejek aku, aku ejek ang..pastu pukul2 sikit..tarik muka..lari balik rumah..bila jumpa esok dah kawan balik..gurau2..borak2..hal gaduh semalam terus lupa dari ingatan..macam takde apa2 yang berlaku dah..





*comel pulak tengok anak tucen ni gado2..hehe..*

tapi bila kita dah dewasa..bila ada rasa pincang sikit..persahabatan/perhubungan mula jadi goyah..dah bertahun kenal pun dah takde makna apa2 dah..yang ada cuma rasa benci dan meluat..mula bertikam lidah maki2..pastu tarik muka masam langsung tak bertegur sapa..bukan sehari dua..malah boleh makan masa bertahun2 lama..simpan dendam dan rasa tak puas hati..kadang2 ada yang terlalu ikut rasa hati sanggup pergi jumpa bomoh tuju sana tuju sini..malah boleh terjadi fitnah sehingga mengaibkan dan menjatuhkan maruah pihak yang satu lagi..

pelik kan??tapi tu la manusia..tak kisah la pompuan gaduh dengan pompuan ke..lelaki gaduh dengan lelaki ke..pompuan gaduh dengan laki ke..rasa2nya sama je kot..mungkin tak semua..tapi segelintir memang macam tu kan??kalau lah yang dewasa semua boleh jadi macam budak2 punya pemikiran bab gaduh2 ni..mesti takde dah wujud orang yang hati suka berhasad dengki..takde la perang2..takde la musuh2..ye tak??itulah realiti kehidupan..



bisik2:: angpa pulak yang jenis macam mana??harap2..semua kawan2 aku hatinye baik2 belaka..macam aku..kui3..(orang baik mana mengaku die baik la..apa da!!haha..)



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 17 April 2010

~tengok kisah cinta monyet dengan kekasih gelap~



fuhh..fuhh..bersawang2 blog ni..cehh..perasan..baru 2 ari je pun tinggal..kui3..sejak kerja ni aku asyik tido awal je..tu la pasai..niat ati nak online malam tulis blog terkubur terus..sian kat cayang aku ni..terabai..kui3..2 ari tak online..blog aku pun macam mampuih je..trafik naik pun ciput je..yang datang bertandang 2 3 kerat je manusia gamaknye..nak wat camne..aku bukan blogger yang glamer..redha je la..huk3..eh2 cik sha..menyeleweng nampak..bukan ke niat berblogging nak suke2 je..meluahkan rasa ati membebel merepek meraban..dah2..kembali ke pangkal jalan cepat..hoho..


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


*ICE KACANG PUPPY LOVE*


haaa..hari ni aku keluar dating dengan kekasih gelap aku..eh2..dah mintak izin encik 'tom cruise' tau..die tak kesah pun..jadi aku pun keluar je la..tak p mana pun..p JUSCO SEBERANG PRAI je..p tengok wayang..cerita mandarin..ICE KACANG PUPPY LOVE..best jugak..kisah cinta monyet dari kecik yang tak kesampaian sebab tak terluah..bila dah besar dah terpisah tapi still tak boleh lupa..kisah heroin yang menjadi pendendam sebab mak dia pisahkan dia dengan ayah..banyak la juga kisah kehidupan dalam movie ni..aku enjoy tengok tadi..ada scene lucu..ada scene sedih..ada scene konflik..yang paling syok ada scene kat PENANG..wakaka..pastu ada scene yang dengar bunyi azan subuh..nak tunjuk dah pagi buta tapi heroin tak balik2 dari rumah sebab merajuk dengan mak..

ada satu part yang aku geli hati..time si adik hero lari bawak hati yang kecewa pas kena rejek dengan jejaka idaman die..die main lari je lintas jalan..time tu ada moto mamak roti lalu.."aiyo..you gila ka?" mamak tu cakap..pastu pompuan tu jawab.."saya gila you buta..saya sikit punya besar macam ini pun you tak nampak ka?" abes satu panggung gelak..scene tu memang lawak..macam spontan..lagipun memang kena dialog tu sebab pompuan tu memang badan besar pun..kui3..haa..dialog dalam movie ni campur2 tau..ada mandarin,kantonis,hakka,malay,tamil..tapi mostly mandarin la..best..p la tengok sendiri..

dalam ramai2 tadi aku ingat aku je melayu sebab abis je cerita lampu terpasang aku tengok semua cina..hoho..aku dok tengah2..dikelilingi apek2 amoi2..bau ya ALLAH..sabo je la..macam tak gosok gigi pun ada..aku redha je duduk kat seat tu tadi..huhu..bila dah bangun dari seat nak jalan kuar baru aku ternampak 2 couple melayu dok terceruk kat seat depan2.."owhh..ni mesti dok buat projek ni.." bisik ati kecik aku..kui3..jahat gila..suka ati mak nenek aku je syak wasangka kat orang..tapi dah aku nampak pompuan tu dok terkebil2 betul baju tudung..mahu aku tak syak macam tu..haha..


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

*pelancaran produk SimplySiti*

pas tengok wayang, terus p surau solat zohor sat..pastu aku p popular bookstore pulak..on the way tu jengok2 kat bawah nampak ade pelancaran produk SIMPLYSITI kat hall utama tu..aku tengok dari atas je la..snap2 gambar terus teruskan perjalanan ke popular bookstore..niat hati nak cari buku yang ada kaitan dengan database..nak wat kerja aku la..tapi takde la pulak..huhu..ni nak kena belajar dengan admin GB encik kong ni..huk3..dah tak jumpa buku yang aku nak..aku rembat 2 buku Dr. Tuah dengan satu novel tajuk 143..hehe..menyeleweng betoi..bagitau kat encik 'tom cruise'..die perli aku pulak.."haii..Dr. Tuah ada ajar ke database??" terkedu aku kena perli cenggitu..hoho..


*buku yang aku rembat tadi*

dah puas lepak kat popular bookstore sampai 2 jam aku pun gerak la balik..huik??2 jam aku lepak kat situ..laa..tak perasan pun..hoho..aku memang takleh masuk kedai buku la..memang lama..nak pilih satu buku pun dah berjam2..sian kat kekasih gelap aku..lama dia tunggu aku kat luar..aku lak p bersuka ria sorang2 tengok wayang la p kedai buku la..ish3..kuar2 je aku tengok cuaca dah gelap semacam..nak hujan gamaknye..kekasih gelap dah gelisah tunggu aku..nak ngelak dari kena hujan punya pasai..kekasih gelap rempit aku laju2..15 minit dah aku sampai kat rumah..laju gila..hoho..itulah rutin aku hari ni..sekian..


*memperkenalkan..ni la kekasih gelap aku tu..hehe..encem bukan??*



bisik2::adoi..susah hati pasai nak buat sistem untuk database ni..uhuk2..+_+
takziah buat keluarga Achik SPIN..al-fatihah..



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 14 April 2010

~tips hadapi final exam..~



sekarang ni musim final exam kan buat angpa yang dok belajaq lagi..so, aku nak wish GOOD LUCK la buat angpa semua..semoga tabah nak hadap paper exam tu masa dalam exam hall..jawab jangan tak jawab ye..aku dah lepas dah azab tu semua..kui3..




*study jangan tak study*


pesanan ikhlas..dapatkan tidur yang cukup malam sebelum exam..jangan malam nak exam baru pulun nak study semua..konfom2 nanti blank pale otak..dah pernah rasa weh..huhu..ingat tu..study awal2 ye..study bagi faham jangan study menghafal..kalau hafal konfom2 boleh lupe kalau tak ari2 hafal..kalau faham mesti susah macam mana pun ang mesti boleh jawab sebab ang faham kehendak soklan..


pastu diingatkan jangan sekali kali berani nak bawak 'toyol' angpa masuk exam sekali..kang kena tangkap dengan pengawas peperiksaan tak ke naya..tak pasai2 kena banned..nyesal tak sudah kang sebab satu paper kena extend amik sem depan lak paper tu..sadisnye..kalau tak boleh jawab sangat kuar je dari dewan tu..takpun dapat2 je paper belek2 soklan tak dapat nak jawab..tido dulu sejam pastu bangun la..mana tahu kot2 masa tido tu termimpi jawapan..wakaka..ape punye tips aku bagi ni..



*buat2 tido ni tapi meniru..jangan ikut ye..*

haaa..kalau angpa ni jenis cepat pelupa..masa sebelum masuk exam hall tu mesti angpa dok sebok belek2 nota untuk last minute kan..tunggu pengawas panggil masuk baru angpa masuk..pastu duduk2 je terus conteng apa yang berlegar kat pale otak angpa time tu kat muka depan kertas soklan walaupun belum tengok soklan..mana tahu kot2 ada soklan yang kena dengan apa yang angpa conteng2 tu..dahdapat jawab satu dua soklan..kui3..(yang ni aku selalu buat dulu..ngeh3..)




*WARNING..don't try this!!!*

owh ye..jangan meniru jugak..tak baik tau meniru..dose..hek3..melainkan kalau leher angpa panjang mata tajam jeling sekali dah nampak ok la..tapi kena la pandai2 cover..kang terkantoi pulak..uik??aku ngajo angpa meniru??owhh..tidak2!!sila jangan ikut nasihat yang terakhir ini..wakaka.. akhir kata..SEMOGA BERJAYA la ye..ganbatte kudasai!!!


bisik2:: rindu lak nak masuk exam hall..tabah gila dok jawab exam paper walaupun tak tahu..hantam saja la labu..kui3...



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 13 April 2010

~lelaki yang mana jadi pilihan hati angpa??~



*ini jejaka pilihan siapa??kui3..*


aku nak tanya angpa punya pendapat ni..tapi soalan ni khas untuk kaum2 sejenis aku la..yang masih belum berkahwin..yang dah berkahwin mungkin boleh bagi pendapat jugak..kaum lelaki pun kalau ada yang nak bagi buah fikiran aku alu-alukan..memang nak tahu sangat2 apa pendapat angpa..boleh kan??


hmm..aku ada beberapa pilihan jawapan untuk soalan aku ni..rasa2 angpa, yang mana satu jadi pilihan hati nak dijadikan suami yang boleh menjadi nakhoda untuk melayari bahtera rumahtangga angpa??


1) lelaki yang terlebih alim sampai terlalu taksub dengan agama..
2) lelaki yang alim tapi tahu seimbangkan dunia dan akhirat..
3) lelaki yang biasa2 je tapi masih tak abaikan agama pandai imbangkan dunia dan akhirat..
4) lelaki yang biasa2 je bab agama kadang2 ikut kadang2 tak sangat..
5) lelaki yang langsung tak peduli bab agama..


haa..yang mana satu jadi pilihan hati?? kalau aku diberi pilihan..aku pilih yang kedua dan yang ketiga..bagi pendapat aku..yang alim tapi masih tahu seimbangkan antara dunia dan akhirat tu kira bonus untuk aku..sebab aku pun bukan la muslimah yang alim..aku biasa2 je..pakai tudung pun takde labuh2 tu..tapi insyaAllah satu hari nanti aku mungkin la pakai..tapi aku lebih kepada yang nombor tiga..lelaki yang biasa2 je perwatakannya..tapi masih tidak abaikan agama dan pandai seimbangkan antara dunia dan akhirat..kiranya dia masih boleh bimbing aku dan tahap agama dia bagus cuma perwatakan dia biasa2 je..biar sederhana..macam tu la maksud aku..


*sape ni ye??kacak jugak..hek3..*

yang pertama tu aku rasa macam kureng sikit la..bukan ape..kalau ade yang jenis taksub sangat ni kang jadi lain pulak..jangan angpa tak tahu..orang jenis ni selalunya tak berapa nak amik kisah hal rumah tangga..sebok sangat menuntut sampai terlalu taksub..kalau menuntut dengan cara dan tok guru yang betul takpe jugak..ni kalau yang menyeleweng camne??sampai ngaku diri tu ahli syurga..bini tu ahli neraka..pastu sesuka hati dia je nak sepak terajang semua sebab kata dia tu hukuman untuk isteri yang derhaka tak ikut cakap suami..ntah mana ilmu yang dituntut tak tahu la..ade ke agama suh pukul sepak terajang bini?? ishh..takmau la aku lelaki jenis ni..nauzubillah..mintak simpang..


yang keempat lak..ni hampeh la sikit..tak mau aku..kang dengan aku2 hanyut sekali..dah la die yang sebagai ketua keluarga pun tak tentu hala..sembahyang pun sat buat sat tak buat..agama pun tak berapa nak amik tahu..main hentam ikut suka hati dia ja..payah la..kang anak2 aku camna?? dah pak depa tak betoi..kang terturun lak kat anak2..memang la aku boleh gak tegur2 tapi kang dia kata aku derhaka kang dia buat macam lelaki jenis pertama tu macam mana??dia ni peduli ape..dah die memang tak tahu sangat hukum hakam..huhu..mintak dijauhkan la dari aku..


lelaki jenis yang kelima tu memang out terus la dari senarai lelaki pilihan..tak jumpa lagi bagus..kui3..hancus terus kalau dapat yang jenis ni..bukan takat terumbang ambing dah..ni tahap tunggang terbalik terus kot..mahu karam jugak bahtera rumah tangga kalau dapat lelaki jenis ni..takut aku..haish..nauzubillah nauzubillah..


tapi jodoh kita siapa kita pun tak tahu kan??semua tu dah Allah rencanakan..cuma kita perlu berusaha saja..kalau orang yang kita jumpa tu betul dan memang untuk kita, insyaAllah pasti bersatu..kalau bukan kita kena redha je..mungkin ada yang lebih baik untuk kita..kita akan jumpa orang yang salah sebelum jumpa pasangan kita yang sebenarnya..kena yakin dan percaya saja dengan setiap yang Allah dah rencanakan buat diri kita..betul tak??




*ni la lelaki idaman hati aku sekarang..kui3..*



bisik2:: harap2 encik 'tom cruise' tu la mr. right aku..insyaAllah..hanya Allah yang mengetahui segalanya..



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

~perbetulkan niat bekerja anda~



mengonlinekan diri kat ofis guna mini laptop ofis punya..kui3..tapi berukben aku punya sendiri le..meja kerusi dengan komputer untok aku tak sampai2 lagi..camno aku nak wat kerja ni..huhu..haish..nak wat guna laptop yang kecik kedemek ni mana la boleh weh..huhu..adoi la..bila nak sampai ni..aku dah risau2 ni ha..satu pun belum start..walaupun ni baru ari kedua aku masuk kerja..hmm..

owh..aku kerja ni dengan NGO..sebuah persatuan/pertubuhan..bukan gomen..bukan syarikat swasta..takpe laa..aku just nak cari pengalaman dulu sebelum aku p lari mintak kerja lain pulak..huhu..tapi bila dah sembang2 dengan kak s/u eksekutif bagi NGO ni..pasal perangai AJK2 dalam pertubuhan ni yang pelik2..rasa macam down ada la jugak sikit2..tapi aku anggap ni cabaran kerja untuk aku la..huhu..

bila fikir2 balik..depa2 ni just nak naik nama je..nak ada jawatan..jadi nampak hebat la..tapi apa2 sumbangan pun tak bagi kat pertubuhan..cakap pompang pompang je lebih..hasil tak dak..tu yang aku perasan..yang jadi mangsa orang2 kerja kat ofis macam kami ni la..wat kerja banyak tapi langsung tak dihargai..bila bagus mengaku tu depa punya hasil..tapi depa tak buat apa2 pun..yang depa tahu, just meeting meeting meeting tak habes2..hmm..

orang melayu kalau dapat pegang jawatan sikit je mudah sangat lupa diri..pastu cakap besar nak tunjuk diri tu hebat..then kalau ada yang tak kena dan salah sendiri mudah2 je nak salahkan orang lain pulak..pelik kan??tapi tu la orang melayu punya attitude..jangan nak wat terkejut lak..kat mana2 angpa kerja pun mesti akan jumpa orang yang jenis macam ni..lumrah..hanya orang yang betul2 sabar dan boleh bertahan je mampu hadapi semua ni..aku??tak tahu la..aku baru lagi..tengok la dah lama2 nanti..selagi aku boleh bersabar aku akan bertahan..tapi kerja ni pun sebenarnya platform buat aku nak gain work experience untuk aku face kerja lain lak satu ari nanti..insyaAllah..mudah mudahan Allah mempermudahkan urusan kerja aku..amin..



bisik2::kerja apa pun yang kita buat kena ikhlas dan perbetulkan niat..niat yang utama kita bekerja kerana Allah..insyaAllah semua yang kita buat akan dipermudahkan..

Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Monday, 12 April 2010

~hari pertama aku bekerja..~



ari ni aku dah daftar masuk kerja..tapi tak buat apa2 kerja lagi..tempat aku pun belum ada..kerusi meja komputer yeleekk..belum sampai..huhu..tadi dok merempat kat kusyen je..sib bek empuk..kui3..hmm..tadi aku just kena brief je tentang environment kerja kat situ dan apa yang patut aku buat dan apa yang patut aku tak buat..kakak S/U a.k.a ofismate aku yang baik hati tu brief..ofismate2 aku best sangat..friendly..dengan aku yang banyak mulut bertanya itu ini tak tahu malu..depa jawab je..kui3..kami dok 3 orang dalam ofis tu..


hmm..pastu tadi dah nak balik baru la ada sorang yang jadi panel masa aku temuduga tu mai..konon2 nak brief aku..padahal awal2 aku dah tahu semua..lambat betoi..dah abes ofis hour baru nak mai..dah tu die nak serah tugas die yang tak selesai2 sejak 2 tahun dulu kat aku..suh buat dalam masa 2 minggu..gilos ke ape??nak buat database untuk 15 ribu orang alumni dalam masa 2 minggu..nak mampos??dah la tu kerja die..pastu tak buat nak pas kat aku pulak..hampeh toi..aku tahu sebab kakak tu dah bagitau semua kat aku..huhu..sabau je la kerja dengan orang macam tu..


sok baru meja dengan kerusi aku sampai kot..komputer tak tahu la bila nak sampainye..nak suh aku kerja tapi tak provide awal2..apo la..ngek betoi..yang puan suh aku buat database kerja dia tu pun tak pikir ke aku nak buat kerja camna dah komputer takdak..tapi nak aku buat dalam masa 2 minggu..macam hape je perangai..cakap pompang pompang dalam meeting konon2 dah siap database..tapi hampeh hasil takdak langsung..masuk aku nak beban kat aku pulak..ceit!!




bisik2::ari pertama kerja aku dah membebel2..wakaka..


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 11 April 2010

~tabiat pelik aku..pelik ke??~



wuiii..panas gile malam ni..nak tido pun gelisah..dah rupe cacing kepanasan dah..gelupur tak tentu hala..huhu..sebab tak dapat nak tido lagi dan malam pun masih muda (aiseh..haha..) meh le kita bersuka ria dulu kat blog ni ha..hak3..aku nak share la dengan angpa semua ni..amalan2 aku..wasehh..amalan konon..kui3..aku tak tahu la kan ni amalan ke tabiat orang panggil..tapi sama je kot maksudnye tu..angpa faham2 sendiri je la ye..meh kita p jelajah..


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

amalan pertama::


aku kalau lalu je kat kawasan perkuburan orang islam..terus aku cabut lari tak cecah tanah dah weh..haha..ok..aku tipu..sebenarnye..setiap kali lalu kat kawasan perkuburan orang islam..aku otomatik akan bagi salam kat depa dalam kubur tu..tapi sebut dalam hati je la weh.."Assalamualaikum ya ahli kubur.." atau maksudnya "Salam sejahtera ke atas kamu wahai penghuni kubur"..dah menjadi kebiasaan aku..ni pesan arwah tokwan(datuk) aku la..kata dia bagus kalau kita bagi salam kat depa2 tu..nanti tenang roh depa sebab bila kita beri salam tu macam kita doakan kesejahteraan roh depa la..haa..nanti kalau kita dah mati..ada pulak la orang yang beri salam doa kesejahteraan buat kita..sebab tu aku amal sampai laa ni..


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

amalan kedua::


kalau aku terlalu kat gereja atau perkuburan orang kristian..aku akan mengucap dua kalimah syahadah (eh2..macam nama aku kan??hehe..) reason aku buat macam tu??sebab aku ada pernah terbaca..tapi kat buku/risalah mana aku tak ingat la..kalau terpandang salib boleh buat gelap hati..jadi untuk elakkan terjadi gelap hati ni selalu lah amalkan mengucap 2 kalimah syahadah..tu yang aku selalu dok amal tu kalau ternampak salib ni tang mana mana je..takut gelap hati..huhu..dah la iman aku pun seciput je..wuuu..


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

amalan ketiga::


haaa..sape nak ketiak die wangi takde bau tengik2 tu??maknanye bersih dari bau badan yang boleh mencemarkan persekitaran la..kui3..ni amalan aku..setiap kali mandi..aku akan tonyoh tiak aku dengan belakang tapak tangan..tahu tak belakang tapak tangan??bukan tapak tangan ok..haa..sambil dok tonyoh2 tu selawat la dalam hati ye..insyaAllah badan mesti tak berbau..betul..aku dapat dari mana ntah petua ni..tak ingat dah..tapi aku dok amal dari dok sekolah2 lagi..laa ni badan aku memang tak berbau..dan aku tak pernah pun pakai deodorant..hehe..tapi minyak wangi aku pakai la..wajib tu..


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

amalan keempat::


ni kalau tiap kali abes solat..time aku nak doa kat arwah abah, tok dengan tokwan aku..aku akan sedekah surah al-ikhlas 3 kali baca..sekali harung..sebab aku pernah terbaca..3 kali bacaan surah al-ikhlas tu macam kita qhatamkan satu al-Quran..jadi kiranya macam aku sedekahkan untuk arwah abah, tok dengan tokwan bacaan satu al-Quran la..ye la..apa lagi la yang mampu aku buat untuk depa kan??yang tu je la mampu aku hadiahkan untuk bekalan tambahan depa kat akhirat nanti..huhu..


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

haaa..tu je yang aku ingat setakat ni..kui3..ade lagi kot..tapi tetibe blank pale otak tak tahu nak tulis ape dah..hek3..nanti2 kalau aku ingat, aku tulis la lain dalam entri yang baru ye..kalau nak sumbat semua dalam satu entri kang takde dah benda aku nak cerita dalam entri yang lain..dah la aku ni kuat membebel..sehari tak membebel kat blog ni macam tak lengkap pulak hidup..hehe..wokeh..jumpa lagi..daaa..




bisik2::jom2 tido..sok aku nak lapor diri masuk kerja dah..takleh nak berjaga sampai kul 3-4 pagi macam selalu..sok aku update lain..gudnite..(^_^)


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

~header blog ku dah berubah wajah..weee...~



yuuhuuuu..header blog ku telah bertukar rupa..hehe..amacam??cantik tak??pink kaler gitu..kui3..one of my fevret colour other than blue,purple and white..sebenarnye dulu ada niat nak tukar template baru..tapi bila fikir balik banyak lak kerja nak kena wat nanti..huishh..malas la aku..hoho..ok..itu alasan yang sebenarnye..malas..kui3..


tapi aku rasa template ni pun dah ok kot..kemas je..tak semak mata aku memandang..lagipun aku suka yang simple2 je..tak suka la yang berbunga2 sangat..yang kartun2..rimas rimas rimas..bukan aku tak suka bunga katun semua tu..suka..tapi untuk blog ni biar lah yang simple2 je..yang penting isi penulisan blog aku kan??kui3..macam la hebat sangat aku ni menulis..selalu merepek meraban tak tentu hala je..pastu dah la panjang berjela jela..haha..


aku rasa untuk blog aku ni aku nak tukar2 header die je la..template tak tukar la kot..pakai yang ni je..sampai bila2..lagipun aku kan jenis setia pada yang satu..muahaha..muntahhhh..ni la header baru blog aku..weewiitt..



bisik2::owh..debar2..sok nak lapor diri kerja dah..heee..



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 10 April 2010

~penting sangat ke warna kulit??~



aku tengah layan hindustan kat TV3 ni..haha..cik sha layan hindustan..kui3..actually aku memang peminat cerita hindustan la..tapi bukan yang fanatik sangat ye..minat gitu2 je..selalu aku tengok cerita yang ada aishu..owh..dia sangat cantik..suka tengok dia..preity zinta pun aku suka tengok..dia comel..lesung pipit die tu..owhh..geramnye..rasa macam nak cucuk2 je lesung pipit dia bagi lagi dalam..hoho..ramai lagi la actress filem hindustan yang aku suka tengok..sebab kebanyakan nya cantik2..napa la depa ni Allah jadikan cantik ye...mesti ada sebab kan??



*cantik betoi la pompuan ni..huhu..*

teringat arwah datuk aku cakap dulu..orang cina kulit putih pun orang cakap cantik walaupun mata sepet hidung penyek..tapi sebenarnya orang india lagi cantik walaupun kulit depa gelap sebab mata depa besar dan dalam, hidung pun mancung..orang melayu biasa2 je..dok kat tengah2..kui3..tu tokwan(datuk) aku yang cakap tau..masa tu aku kecik lagi..tak faham la cantik ke tak cantik ke semua sebab masa tu aku comot habes..biasa la..bebudak hingusan..muahaha..




*owh..comelnye preity zinta ni..*

bila dah besar sikit baru aku faham..haa..betoi la apa arwah tokwan aku cakap tu dulu..orang melayu pun macam tu jugak mentaliti nye kan??kalau yang putih gebu orang tengok cantik je walaupun sebenarnye hidung penyek..kalau mai yang kulit gelap sikit mula la nak pandang sebelah mata pun tak mau sebab itam..itam konon2 tak cantik la kan..walaupun mata galak hidung mancung..nape eh orang suka yang kulit putih2 gebu ni??

kadang2 aku terasa gak la kan..sebab yang kulit2 tak berapa nak cerah ni mesti orang pandang macam cikai je..tak lawa la konon2..tak menyerlah..aku pun kulit tak putih gebu..golap je ha..dulu time skolah sampai nak pakai fair n lovely punya terpengaruh dengan iklan tv konon2 boleh bagi kulit cerah..ntah apa2 je aku ni..punya terasa hati sebab dulu time kecik2 masa arwah tok ada dia selalu cakap aku itam..sebab kazen2 aku yang lain semua putih melepak2..kui3..ala cik sha ni..tu pun nak terasa hati..piraahhh..ang ingat ang cantik..wakaka..sekarang ni aku dah tak kesah pun..yang penting hati mau baik..



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

macam diskriminasi warna kulit pulak kan??hoho..tak kesah la kulit ang putih gebu ke..itam mengelit ke..coklat pudar2 ke,,yang penting hati ang putih bersinar2..bersih suci murni..takda hasad dengki busuk hati semua..tu lagi bagus..kan2??sebab kalau hati cantik otomatik kecantikan tu akan terserlah kat raut wajah..orang tengok pun sejuk je mata memandang..kalau hati ang hodoh..segala macam benda jahat2 bersarang dalam hati..konfom2 muka cantik macam mana pun nampak tak berseri sebab hati pun tak cantik..betul tak aku cakap??

kecantikan luaran tak menjamin kebahagiaan hati..tapi kecantikan dalaman konfom2 menjamin kecantikan luaran dan kebahagiaan hati..jadi jangan ingat yang kulit putih gebu cantik2 tu semua boleh bagi ang bahagia..cari la yang biasa je...tapi sejuk mata memandang dan yang penting hati dia lagi cantik dari wajah dia..





bisik2::tetibe aku cakap pasai kulit2 ni pasai pa??haha..emo betul..


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

~7 KALIMAT AZIMAT~



sabda Rasulullah S.A.W..


"Barangsiapa menghafal dan menyebut 7 kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan malaikat serta diampuni dosa dosanya walau sebanyak busa/buih laut."


1. mengucap BISMILLAH apabila hendak membuat sesuatu..


2. mengucap ALHAMDULILLAH apabila selesai melakukan sesuatu kerja..


3. mengucap ASTAGHFIRULLAH jika lidah tersilap memperkatakan perkataan yang tidak patut..


4. mengucap INSYA ALLAH jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok..


5. mengucap LA HAULA WALA KU WATA ILLABILLAH jika menghadapi musibah atau sesuatu yang tidak disukai..


6. mengucap INNA LILLAHI WA INNA ILAHI RAJI'UN jika menghadapi atau menerima musibah..


7. mengucap LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH sepanjang siang dan malam..




bisik2::sesunyi malam ni tiba2 rasa nak memuhasabah diri..T_T



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 9 April 2010

~UMS tetap di hatiku~



wahhh..tadi buka facebook..tengok ada kawan post lagu UMS..terus terindu kat UMS..rindu nak nyanyi lagu ni..huhu..last nyanyi masa konvo bulan 10, tahun lepas..owh..sedihnye..pasni aku melalak lagu ni kat rumah je la..kui3..lagu UMS jugak la yang paling best..tak caya??meh dengar..best tau!! wahhh..semangat gile cik sha ni..kui3..






bisik2::UMS tetap dihatiku..I LOVE U..(^_^)



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

~alhamdulillah..akhirnya rezeki berpihak padaku..~



tepat pukul 5 tadi aku dapat panggilan..dengar2 je keputusan terus melompat kegirangan aku..hati terus berbunga2..kembang kuncup tak henti2..yeay!!!sukanya..alhamdulillah..rezeki berpihak pada aku..gembira tak terkata dah..aku dapat kerja yang aku p interview tadi..huhu..pasni bermulalah episod baru dalam hidup aku..sebagai seorang pekerja..mudah-mudahan aku dapat jadi seorang pekerja yang berdedikasi..


memang tak sangka la..tadi ada 6 orang calon termasuk aku..untuk position pegawai teknologi maklumat..pastu yang pergi interview tadi tu semua hebat2..dah ada pengalaman kerja dalam bidang tu..aku ni??tangan kosong je..bawak degree kelayakan semata-mata..pengalaman bukan ada sangat pun..ade pun sikit2 je..huhu..tawakal je aku tadi masuk bilik penemuduga..jawab je apa yang depa tanya..depa suh aku bagi soalan aku hentam je tadi bagi soalan..huhu..tak sangka betul la..dalam masa 4 jam depa dah buat keputusan..dan aku yang terpilih..


huuu..aku bersyukur sangat2..boleh la aku bayar PTPTN..bulan ni dah kena start bayar dah..boleh la bayar sendiri duit motor aku tu tak payah harap mak dah..leh la bagi sikit duit belanja dapur kat mak walaupun tak banyak..boleh la simpan duit untuk wat belanja kawen nanti..huhu..alhamdulillah..syukur yang amat2 sangat..terima kasih ya Allah..


pasni aku tak leh la nak bersuka ria sangat dah..kena bagi komitmen pada kerja..hehe..takpe2..blog aku ni takkan aku abaikan..akan sentiasa ter'update'..hehehe..




bisik2::hooraayyy!!!sukanya..(^_^)



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

~hati suka..suka hati..~



aku baru balik dari temuduga pagi tadi..uhuk2..debar2 gile weh..nasib baik leh jawab dengan confident..ye ke confident??wakaka..hantam saja la cik sha oi..ada rezeki insyaAllah dapat..kalau bukan rezeki nak buat camna..redha je la ye..wuuu...harap2 ade la rezeki aku kali ni..amin..


haa..semalam tak sempat nak update blog sebab bz ngemas almari buku..pastu kena tido awal sebab temuduga ari ni tadi..kui3..tido awal konon..golek2 lena kul 2 lebih gak..tadi pun sempat lagi aku lena sat masa tunggu turn nak kena panggil..konon2 baca buku yang aku bawak tu la..tunduk tak hengat..kusyhuk..padahal lena..wakaka..tolong la cik sha ni..tak senonoh betoi..hek3..


semalam dok kemas2 tu..ada la benda2 yang aku rasa macam best je nak share dalam blog ni..hehe..dalam dok ngemas pun sempat lagi snap gambar tu..ish3..hehe..aku..biasa la..sambil nyelam minum air..wat 2 kerja dalam 1 masa..aku kan expert..haha..perasantan toi!!! sebenarnya aku kemas balik buku2 nota2 masa aku dok belajar kat U dulu..pastu ada la novel2 la..barang2 lain sama..banyak gile harta pusaka aku..kui3..tu la kena kemas..bersepah..mak aku dah bebel2..die main sumbat je semua dalam gerobok(almari)..takde nya mak aku nak rajin2 kemas barang aku..sendiri mau kemas la..huhu..hah..ape lagi??meh kite jengah ape yang aku nak tempek tu..kui3..


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


*buku teks bahasa jepun aku*

dalam banyak2 buku yang aku ada..buku ni jugak yang tarik perhatian aku..hoho..sebenarnya aku rindu kat sensei aku..uik??rindu??kui3..takde la..dulu walaupun aku takot dengan die sebab die garang dan tegas..tapi aku respect die..die memang ajar sungguh2 nak bagi kami faham..latihan berlonggok2..salah satu ayat ke satu huruf ke, konfom kena tulis banyak2 kali pembetulan..menangis weh..kalau salah banyak mahu keluar air mata darah terus..haha..




*cantik tak tulisan aku??hehe..angpa pandai baca??*

serius aku rindu..sebab aku antara student fevret die..die kata aku cepat tangkap dan tulisan aku kemas dan cantik..siap die simpan lagi kerja2 aku nak wat laporan ngajar die dan tunjuk contoh kat junior2..tu yang aku kembang sikit tu..hnns..hnssh..tengok2..lubang hidung aku kembang kuncup..kui3..tapi sekarang aku dah tak berapa nak ingat la bahasa jepun..uhuk3..sebab dah lama tak praktis agaknya..takpe2..nanti aku belajar balik pelan2..


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


*surat cinta??kui2..*

haaa..ni surat dari secret admirer aku masa aku join belia dulu..wakaka..tolong la..yang bagi surat ni pompuan la..bukan lelaki ok..kui3..masa tu kami diwajibkan tulis satu surat atau pesanan then bagi kat sape yang berkenaan..dan orang tu tak kenal sape yang tulis tu..nanti ari last baru dapat tahu sape..hek3..rindu lak nak aktif belia balik..kawan2 yang aku kenal masa belia ni ntah ape la cerita sekarang ni..ntah2 ramai dah jadi mak orang bapak orang..kui3..


eh??surat cinta dari secret admirer aku masa aku tingkatan 4 dulu mana eh??ni mesti mak aku yang buang ni..sayang sangat kat bakal menantu dia tu..takut kawan tu jeles..aku baru berhajat nak tunjuk kat encik 'tom cruise'..hik3..


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


*koleksi kad raya*

haaaa...yang ni memang nostalgia betul..kad raya..aku dulu masa belajar tiap kali raya tak dapat balik..uhuk2..sedih betoi..bukan tak nak balik..tapi aku kan bukannye orang senang..nak beli tiket flight pun tercungap cungap weh..jadi aku balik setahun sekali je..tu pun time cuti semester panjang..raya pulak selalu jatuh time cuti pertengahan semester..memang aku tak balik la..jadi kena la beraya kat perantauan..padahal kat Sabah je pun..kui3..


nasib baik ada famili angkat kat sana..leh la menumpang kasih..huuu..yang rajin hantar kad raya ni mak aku la..lawak tul..siap kirim duit raya,kuih raya, baju raya,tudung raya semua..saja je nak bagi aku sedih..huhu..mak2 angkat aku yang kat johor dengan kat penang ni pun rajin hantar..ada la jugak dari kawan2 dari semenanjung..hehe..memang kenangan betul..sekarang ni ade lagi ke orang nak bagi kad raya kat aku time raya nanti eh??


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


*list ape ni??hajat ke??wakaka..*

haaa..yang ni paling aku tak tahan..wakaka..dok belek2 selak2 nota2 masa belajar dulu tetibe aku terpandang yang ni..hik3..ntah bile masa aku tulis eh..tak ingat dah aku..nota pesanan untuk diri sendiri..ni mesti masa aku dok bosan2 dengar lecturer dok membebel kat depan..hoho..yang no 7 tu kalau encik 'tom cruise' terbaca mahu kembang montot die..haish..haha..


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


tu je la aku nak share dengan angpa..saja petang2 ni bosan tak tau nak cakap pasai apa..aku kan suka membebel..macam kata encik Ben..entri untuk dia mai jelajah kat blog aku ni pun aku tulis panjang berjela jela ari tu..kui3..tak percaya p tengok sendiri kat sini..hehe..nak buat macam mana..dah aku memang kuat membebel..ngeee...uiiii..panas semacam je ni..nak hujan gamaknye sat lagi..lapaq lak tetibe..jom p makan sat..nanti update lain..(^_^)v




bisik2:: membebel tak habes2 cik sha ni aih...hik3..



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Thursday, 8 April 2010

~aku sayang AVAST!!~



ari ni aku nak update pasal antivirus yang aku guna pulak ok..ari tu aku ada janji dah kan nak cerita..hmm..dari start aku belajar dan mula ada laptop sendiri 4 tahun yang lalu..aku dok guna antivirus ni je..tak pernah tukar2..biar la orang cakap kaspersky best, antivir kuat, NOD32 syok..ntah ape macam lagi la antivirus yang ade la kan..tapi aku tetap setia kat dia..bagi aku dia yang terbaik la..lagipun senang nak guna antivirus ni..meh sini aku explain satu persatu..


haaa..ni la antivirus yang aku suka sangat tu..AVAST ANTIVIRUS HOME EDITION..sebab apa aku suka??sebab free la weh..haha..aku kalau benda2 free ni aku laju je..kui3..walaupun free, tapi aku rasa antivirus ni memang best..sebab apa aku kata best??sebab dia cepat je detect kalau ada virus tau..contohnye bila ang cucuk pendrive yang ang tak tahu dalam pendrive tu berlonggok2 virus dok membiak..baru cucuk je terus dia detect..siap cakap2 lagi.."virus have been detected!!"..haa..ada sore bercakap weh..tu yang aku suka tu..memang alert betul la..hehe..



*database dah di update*

pastu..antivirus ni ang tak payah pening2 fikir nak update2..dia update otomatik..ang on je pc/laptop nanti dia akan run sendiri..bila dia dah setel update kuar popup window macam kat atas tu dan akan ade suara cakap.."your virus database has been updated!!" macam tu la lebih kurang..lupa pulak aku ayat dia cakap tu..kui3..see..senang je kan??



*interface nak scan*

ni kalau ang nak cek ang punya pc/laptop ada virus ke tak..buka je interface dia..nanti ang pilih je nak quick scan ke, nak full system scan ke..pandai2 la explore sendiri ye..senang je tu nak guna..tapi memang puas hati la..



*popup window scan untuk pendrive*

yang ni pulak bila ang right click kat icon pendrive ang or external hard disk ang yang kuar kat window my computer tu..kuar popup window ang dok scan depa..ang boleh scan banyak2..ni aku dok scan external hard disk aku..ada dua drive..so kuar la dua sebab aku dok scan dua-dua sekali..ok??



*window hasil scan*

pastu bila dia dh habis scan akan kuar macam kat atas ni kalau komputer ang penuh dengan virus..die buang dah siap2..tapi ang kena decide nak move to chest ka, nak buang terus ka..ikut ang la..then click apply..kalau move to chest to maknanya ang send kat database virus..setel..pastu bersih la ang punya pc/laptop..betul..aku tak tipu ok..sebab dah 4 tahun lebih aku dok guna..




*popup bila ada malware di'detect'*

kalau ang dok rajin online..mesti ada malware yang selinap masuk pc ang kan??antivirus ni boleh detect gak tau..ang scan je..nanti dia detect la..pastu nanti dia remove dan pc ang pun clean dari sebarang virus ke worm ke malware ke..tak payah susah2 hati dah..gambaq kat atas ni aku cucuk pendrive adik angkat aku..pendrive ni selalu cucuk kat pc kedai komputer yang penuh virus..cucuk2 je kat laptop terus dapat detect..




*interface untuk masukkan license key*

haa..ni nak habaq mai..antivirus ni bila ang install mula2..dia kira macam ang guna yang trial punya..so, ang kena register form untuk dapatkan license key..license key ni tahan selama setahun..then bila dah habes setahun ang boleh register untuk dapatkan key yang baru..tak susah pun..ala..benda free kan..renyah la sikit kot sebab nak isi2 form tuk dapatkan license key..tapi bagi aku memang berbaloi baloi..dalam masa 24jam dia akan send email kat ang bagi license key..bila dah dapat license key tu..p buka avast antivirus ang punya interface..daftar license key tu..tengok macam gambar aku buh kat atas tu..setel..boleh la ang guna selama setahun..cukup setahun p mintak license key yang baru..




*ni homepage www.avast.com*




*ni site interface untuk download*




*ni site interface untuk daftar license key*




*ni form register*

kalau ang nak download..p kat sini..download avast antivirus..nanti click button yang aku hi-lite macam gambar kat gambar atas tu eh..nak register untuk dapatkan license key, p isi form kat sini pulak..register for license key..then ikut step aku cakap kat atas tadi..install then isi license key..wokeh??faham tak??tak faham jangan malu2 nak tanya kat aku eh..aku sudi je membantu..aku tak kedekut ilmu punye orang..(^_^)



bisik2:: nanti aku ajar macam mana angpa nak tengok dalam pc/laptop angpa ada virus bersarang ke tak..tunggu eh..

Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com