Rambut pun kena LULUS juga ok!

Hah? Kenapa terkebil-kebil tu? Terkejut rambut pun kena LULUS jugak? LULUS apa ni cik sha oi? Takkan la rambut pun nak kena amik keLULUSan SIRIM. Macam tu kena wat pemeriksaan la. Menyusahkan betul. Leceh tahu tak? Apa takde kerja sangat ke nak pergi belek rambut semua orang untuk berikan keLULUSan. Gila!



Eh. Jangan tak tahu pulak. Sekarang dah diwajibkan rambut pun kena ada keLULUSan tau. Tadi aku baru dapat maklumat. Sebab tu la aku nak share dengan korang semua. Rambut kan ade banyak pattern. Ada yang lurus panjang mengurai, ada yang kerinting mengerbang, ada yang takda rambut. Yang lurus panjang mengurai sah2 senang je nak dapat keLULUSan. Yang takda rambut lagi la senang, pejam mata memang LULUS terus kot. Yang payah sikit nak dapat keLULUSan ni yang rambut kerinting mengerbang. Sian weh. Banyak prosedur nak kena ikut.



Hmm. Macam mana pulak dengan orang yang bertudung macam aku? Jangan risau. Dorang ada sediakan bilik khas untuk buat pemeriksaan. Tertutup punye bilik dan privacy sket. Dorang pun tahu kot itu aurat kita. Jadi tak perlu susah hati orang lain nampak rambut korang ok. Tapi spoil la sikit sebab perkhidmatan pemeriksaan ni dikenakan bayaran. Hadoiii. Kena bayar la pulak. Ingatkan free. Leceh betol.



Lagi satu masalahnye, perkhidmatan ni cuma terdapat kat Tesco Extra Sungai Dua Gelugor Pulau Pinang je. Mak oi. Camna dengan orang yang duduk jauh2 tu? Tak perlu risau. Buat masa ni, perkhidmatan tersebut hanya diberikan kepada penduduk2 di sekitar situ saje. Untuk peringkat permulaan. Fuhhh. Lega dengar. Haa. Kepada penduduk Pulau Pinang yang duduk sekitar area tersebut sila la pergi buat pemeriksaan ok. Ini posternye yang sempat aku capture tadi.






Wahaha. Lawak! LULUS RAMBUT. 80 MINIT SIAP LULUS RAMBUT. Hadoiii. Sakit perut aku gelak terkekek-kekek masa terbaca banner ni kat saloon rambut tu. Terus aku capture. Nasib baik RAMBUT tu betul ejaannye. Kalau tak jadi la "LULUS LAMBUT". Punya la ketara tu. Beza kot maksud LULUS dengan LURUS. Macam mana la yang buat banner ni boleh tak perasan. Mata die kelabu kot masa dok design banner ni. Kih kih kih.



Kalau la owner kedai @ designer banner tu terbaca entri aku ni mesti die cakap macam ni.."Lu olang aa jangan main2 sama saya oo. Jangan ketawa-ketawa. Mata saya ala labun sikit. Talak pelasan oo itu salah dia punya spelling." Muahaha. Jahat betoi la ang ni cik sha oi. Tak baik tahu. Bahan2kan orang pulak. Bagi penampaq sat lagi baru tau kot. Dah nak buat camne lidah pelat sikit nak sebut R. Terima je la janji paham. Hehe. Sekian mekaseh. Aku nak sambung gelak sorang2. (>_<)" *muke tahan gelak.





Bisik2 :: Mali lamai2 kita pergi lulus lambut!!

19 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. kakakakaka.. selalu jugak baca banner yg salah eja ni.. or menu2 kat gerai... Ada yang Jus Apal.. telur bun kus, macam2.. tp balik best menu ayam masak black paper.. hanya kat slh satu gerai kat tok yem damansara damai

    BalasPadam
  2. hahaha..kalo nak tau, tu la slank cina cakap melayu..

    u mau buat lawatan lulus lambut ka? haiyaa..

    hahaha..

    Jejaka Terhangat: Apa Beza Terlanjur Dengan Melanjur..?

    BalasPadam
  3. waaa wa talak tahan mau gelak wor!! itu worang manyak lucu...haha!!puas gelak baca entry akak ni!!apa daaa...

    BalasPadam
  4. banyak lulus woo lu punya lambut!!! kah kah kah!

    BalasPadam
  5. haha 1st time dgr lulus rambut..gelak gulink2..lawak seyh! ;p

    BalasPadam
  6. hahaha.. bahasa yang tak lurus.. opss.. lulus.. :D

    BalasPadam
  7. budi bahasa budaya kita.

    eh. bahasa jiwa bangsa.

    BalasPadam
  8. puan lekit::

    tu la pasal..banyak kan kejadian salah eja ni..selalu sangat jumpa..tapi masih boleh diterima akal sebab bunyi dan maksud sama, ejaan je lain..tapi ni obvious sngat..kui3..

    BalasPadam
  9. hariz::

    wahaha..lu mau lulus lambut ka??aiya..wa talak jeles sama lu lor..mali wa teman lu pegi lulus lambut..kakaka..

    BalasPadam
  10. JT::

    hahaha..tu la pasai..lawak oh..

    BalasPadam
  11. mohashiqa::

    tu la iqa..akak pun nak tergelak baca entri sendiri..wahaha..

    BalasPadam
  12. heidi shafiq::

    lu mahu lulus juga ka??haahaha..

    BalasPadam
  13. linglung::

    wahaha..wa punye lambut talak lulus lorr..lu ni labun ka??aiya..

    BalasPadam
  14. fyza::

    kui3..jom kite guling same2..^_^

    BalasPadam
  15. arc::

    tak baik ko kata aku cacat..wahaha..sengal..

    BalasPadam
  16. cikgu isza::

    itu la pasal kak..lawakk je kan..semua orang baca lak tu..adoi..

    BalasPadam
  17. nur 'aqilah::

    betul tu..hehe..^_^

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan