Monday, 27 September 2010

~Tak GENTLEMAN betul lelaki tu..Huh!~



Mata masih terbeliak belum mengantuk lagi sebab aku tibai tidur siang. Haha. Bosan weh. Nak keluar tak boleh sebab sepanjang hari hujan je kat sini ha. Janji dengan kawan nak jumpe pun terpaksa aku batalkan. Terpaksa weh. Bukan sengaja nak mungkir janji. Aku ni ade motor je ha. Takkan aku nak redah hujan. Dah la tengah demam ni. Huhu.



Owh. Ini kisah hari Sabtu lalu. Aku, mak, kakak dan anaknye,iqbal keluar jalan2 nak pergi cari kereta untuk iqbal. Wahwah. Melampau betul iqbal ni kecik2 lagi dah dapat kereta. Aku pun belum ade kereta sendiri lagi. Menghebat la budak kecik ni. Hehe. Tak percaye? Tengok la si kecik tu buat muke eksyen gile duduk dalam kereta baru die. Siap ade driver lagi tolong tolak. Haha.

*control comel sebab tengah eksyen dapat kereta baru*



*mak tok saye la drebar saye..kata iqbal..hehe..*



Merata kami p cari kereta untuk budak kecik ni. Kat pacific megamall mahal gilos weh. Jadi kami p cuci2 mata je kat situ. Pusing sana pusing sini, last2 dapat kereta die kat carrefour. Haha. Harga berbaloi baloi la jugak. Cantik dan murah. Dah dapat kereta die, terus kami p dekat dengan surau carrefour tu. Nak pasang le, ape lagi kan.



Tengah aku dok kusyhuk fikir macam mane nak pasang kereta tu, datang seorang lelaki nak duduk kat kerusi yang kami dok wat kerja pemasangan tu. Sudah la gaya mintak nak duduk tu kurang sopan. Perangai pun buruk benar la hai. Boleh die buat budus je tengok aku terkial kial nak pasang kereta tu. Tak GENTLEMAN langsung. Kot la volunteer kan diri nak tolong ke ape. Huh!



Nak kata tak reti mustahil la kot. Die pun dok sorong kereta anak die masa tu. Mesti la die tahu macam mana nak pasang kan? Tolong la weh. Takde maknanye aku nak ngorat kau. Takkan la bini kau nak marah pulak kau tolong orang. Haiyoo. Owh! Masa tu bini die masuk surau nak solat. Die tak pulak aku tengok. Pas bini die keluar terus je blah. Eh? Mungkin die dah solat kot kan. Positif2! Haha.



Memang tak gentleman langsung! Huh. Berkat hasil usaha gigih aku kelebet sana kelebet sini, akhirnya kereta iqbal berjaya dipasang. Ape? Ingat aku tak terer ke bab2 cenggitu? Aku perempuan serba boleh ok! Hoho. Lepas je berjaya tu aku rasa macam nak p lalu je kat depan 'lelaki tak gentleman' tu nak menunjuk. Konon2 nak cakap. 'Hei sedara! Tengok ni. Ingat saye ni tak reti ke nak pasang.' Pastu jalan dengan eksyen. Haha. Niat tak senonoh gile aku ni. Tapi sayangnye tak pulak terserempak. Kalau tak boleh aku eksyen2 kan? Hiks.

*Iqbal tengah ngetest golek2..syok la tu..*



*Eh?ape ni amik2 gambar saye??*


Ok la. Aku beransur dulu. Kena paksa jugak tidur walaupun belum ngantok. Esok kerja weh. Kerja banyak dok menanti kat opis tu. Kang tak bersemangat lak nak buat kerja kalau dah tetibe ngantok sebab tak cukup tido. Alasan takmau wat kerja la tu cik sha ni. Hoho. Tak baik tak baik. Betulkan niat bekerja anda itu ye cik sha. Kerja bukan untuk dapatkan gaji buta. Kena amanah. Ingat tu. Semat dalam hati. Hehe. Selamat tidur semua.



Bisik2:: Ada jugak lelaki tak gentleman cenggitu eh? Huh!


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 26 September 2010

~Aku rindukan kasih dari lelaki itu.~



Tadi pagi aku dengan mak pergi lawat abah. Lama sangat dah tak pergi tengok abah. Sian abah. Mesti abah dah lama tunggu kami. Huhu. Maaf abah. Owh. Semalam 25 September 2010 genap 11 tahun arwah abah pergi bertemu penciptanya. Tadi aku dengan mak pergi lawat abah kat kubur la. 11 tahun dah rupenya aku hidup tanpa kasih seorang ayah. Hanya menumpang kasih seorang ayah dari paksu aku je. Mekaseh paksu. Lebiu la. Hoho. Ni nak tulis entri sedih2 ke nak tulis entri gembira? Ntah ape2 je aku ni. Hehe.



Tak elok sedih2 kan? Buat ape nak meratapi orang yang dah pergi. Lagi bagus kalau aku bersedekah doa untuk kesejahteraan arwah abah kat sana. Esok2 aku pun akan ikut beliau jugak. Nanti kat sana boleh jumpa dengan beliau kalau aku selalu doakan untuk beliau. Betul tak? Hee. Tapi tipu la kalau aku kata aku tak sedih. Sedih memang sedih. Siapa tak sedih kalau takde ayah? Orang lain semua ada ayah. Boleh manja2 dengan ayah. Ingat aku tak jeles ke? JELES ok!



Dulu aku pantang kalau orang tanya pasal arwah abah. Sebab nanti aku sedih. Tambah2 kalau baru kenal. Orang mesti tanya pasal beliau. Soalan wajib "Ayah kerja apa?". Habis aku nak jawab ape? "Ayah kerja dalam kubur." Takkan la aku nak jawab macam tu. Sungguh tak sopan. Ish3. Selalunya aku diamkan je. Kadang2 aku taknak orang tanya banyak2 aku cakap siap2 yang aku dah takde ayah. Konfom orang takkan tanya banyak dah. Pastu tak habes2 nanti dorang mintak maaf sebab takut tersinggungkan hati aku. Hehe.



Tapi sekarang aku dah kebal sikit. Kalau orang tanya, aku terus terang je aku anak yatim takde bapa. Bile orang mintak maaf, aku cakap "Takpe. Saye dah biase dah dengan soalan tu." Nak buat camne kan. Aku kena la terima kenyataan yang aku memang dah takde ayah. Itulah realitinye. Tapi takpe. Tak lama nanti kalau aku dah kawen aku dapat ayah baru. Hoho. Berangan. *_^



Semoga arwah abah tenang kat sana. Kakak tak pernah lupe doakan abah setiap kali lepas solat. Nanti sampai masa kita jumpa kat sana eh abah. Rindu sangat2 kat abah. Maaf sebab tadi baru kakak dengan mak berpeluang pergi lawat abah. Walaupun jarang pergi lawat abah kat kubur, tak bermakna kami semua dah lupakan abah. Abah sentiasa hidup dalam hati kami. Sayang abah selama-lamanya.^_^



Bisik2:: Dari DIA kita datang..pada DIA jua kita akan kembali satu hari nanti.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 25 September 2010

~sayang..tunang jom!~



Selamat pagi semua! Jam dah menunjukkan pukul 2 pagi. Mesti ramai yang dah terbungkang tido tak hengat dunia dah time ni kan? Aku je yang dok terkebil kebil berjaga konon2 nak jadi burung antu. Lama gila dah tak tido lewat cenggini. Memandangkan esok cuti, jadi boleh la aku saje2 nak try test tido lewat. Macam dulu dulu sebelum bekerja. Ngengade. Hiks!



Hadoi. Rimas betul aku dengan air jernih yang dok keluar dari hidong mancung aku ni. Masalahnye mancung ke? Haha. Hmm. Konpom nak selsema la ni. Patut la hari tu tekak rasa saket. Rupenye simptom nak selsema. Huk3. Ni mesti sebab seminggu ni balik kerja asyik redah hujan je. Aku ni kalau dah kena penyakit memang lambat la nak sembuhnye. Tambah2 penakot+pemalas gile nak telan ubat. Huwaaaa. Sabau je la.



Haa. Sebenarnye aku nak share something dengan korang. Minggu pertama raya hari tu, aku perhatikan ramai gile kawan2 sekampus aku yang ambil kesempatan untuk melangsungkan majlis pertunangan. Wahhh. Aku tumpang gembira untuk mereka. Tahniah! Semoga berkekalan dan berpanjangan sehingga menuju ke alam pernikahan pula. Maaf sebab aku tak dapat hadirkan diri. Jauh kot aku nak pergi. InsyaAllah time kenduri nanti aku cuba hadirkan diri walaupun kena naek bas jauh2. ^_^




*Grand gile pelamin tunang ni macam pelamin nikah je kan?*




Cakap bab tunang ni kan, aku perhatikan trend zaman sekarang ni semua pakat dok buat majlis besar-besaran. Dah rupe macam majlis pernikahan pun ye jugak. Grand gile weh. Baik teruskan je dengan majlis nikah. Idok le membazir. Ye dak? Hehe. Bukan la aku ni nak dengki pun. Sikit pun takde terpalit perasaan busuk cenggitu. Takde maknanye nak jeles2. Cuma bila aku tengok gambar bertunang kawan2 yang dipost kat FB, hati aku terus je mengomel. "Mak ai! Macam nak menikoh je. Grand nye.."



Tapi itu atas kehendak individu masing2 la kan. Ada duit berkepuk kepuk boleh la nak wat majlis besar-besaran. Terpulang. Bagi aku cukup buat sederhana saje sudah. Bertunang ni tak elok nak kecoh2 sangat. Takut tak menjadi. Mana la nak tahu tup-tup terputus di tengah jalan. Dalam tempoh pertunangan tu kan banyak je dugaan. Darah manis orang tua-tua dulu cakap. Kan2? Sebab tu majlis pertunangan hanya digalakkan untuk keluarga, sedara-mara dan juga jiran2 terdekat saje. Bila nak menikoh baru la pergi sebarkan satu kampung. Satu Malaysia pun takpe. Maklum le kawan2 kan ade kat merata tempat. Baru sesuai gitu. Hehe.



Aiseh! Cakap pompang lebih. Esok2 aku yang terbuat grand2 kot. Hoho. Idok le gamaknye. Aku ni jenis bersederhana orangnye. Tapi aku akan pastikan yang terbaik untuk diri aku sendiri la walaupun sederhana. InsyaAllah. Ceh! Cakap deras macam esok je nak bertunang. Hak3.


Belum masanye lagi la weh. Tunggu dulu. Takkan aku nak cakap macam ni kat encik CH. "Sayang..tunang jom!" Huishh. Idok la desperate sampai gitu. Aku pun belum cukup duit lagi ni. Encik CH pun baru nak kumpul duit. Kan kami baru sama2 kerja. Setahun pun tak sampai lagi kerja. Jadi kena banyak2 sabar la kan. Hehe. Takkan la aku nak terhegeh hegeh paksa2 lak encik CH ajak tunang. I'm not that kind of person ok. Tak main la paksa2. Sampai masa nanti die bawak la famili die mai minang aku. Kalau ada jodoh tak ke mana.




Biar le kat mulut orang2 yang ngata kat aku konon2 aku tak laku. Dah tua tapi belum kahwin. Tunang pun idok lagi. Takpe la. Nak wat camne. Mulut orang. Aku pun tak kesah le orang nak cakap ape kat aku. Bukan dorang yang kasik duit kat aku dan kasik aku makan. Lagipun me looks young what even umo dah doplohnam. Hoho. Perasan jap.



Ini sekadar pendapat aku saja la. Nak berkongsi dengan pembaca blog aku. Tidak aku tujukan pada mana2 pihak. Aku menulis secara overall. Maaf kalau ada yang terasa dan terambil hati. Maaf sangat2. Langsung takde niat buruk atau unsur dengki dan busuk hati. No heart feeling ok! Ngee.



Bisik2:: Tunang bukan bermaksud boleh bebas bermesra macam suami isteri tau. Kena jaga batas pergaulan. Banyak dugaan sepanjang tempoh tunang ni sebenarnye. Ape2 je boleh berlaku. Ingat tu!


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 21 September 2010

~kini menjanda..~



Eh! Jangan salah faham. Bukan aku yang menjanda. Ini kisah nur momo dan ahmad bobo. Dah lama aku tak story pasal makhluk 2 ekor ni kan. Last entri pasal budak 2 ekor ni dalam entri ini dan ini. Kini nur momo dah menjanda. Laki die ahmad bobo dah selamat kembali ke alam yang satu lagi. Huhu. Sedihnye!




Janda HOT!




Ahmad bobo mampuih seminggu sebelum raya hari tu. Malam sebelum die 'pergi' tu, aku tengok elok je die dok main2 kat roda berpusing depa tu. Pagi esoknye aku cadang nak bersihkan kandang depa yang dah berbau 'harum' tu. Aku heran tengok nur momo macam terlebih rajin dok menjilat bulu laki die. Masa tu depa dalam terowong. Sekali aku tengok betul2 bukan adegan jilat menjilat yang berlaku. Rupenye nur momo tengah menggigit2 ahmad bobo. Huwaaa. Agaknye ahmad bobo mampuih pagi buta time aku dok tidur tu kot. Malam tu die tebiat gamaknye main macam tak pernah main. Huk3.



Tinggallah nur momo sekor2 die. Dah la takde anak. Lebih 10 bulan dah kot aku bela. Tapi tak beranak2 pun. Mandul agaknye nur momo ni. Sian. Masalahnye aku tengok macam takde ape2 efek pun kat nur momo. Normal je kehidupan die. Macam tak heran je laki die dah mampuih. Rasa macam nak carikan laki baru untuk die. Tapi mesti die takmau. Kang arwah lak kena gigit dengan die. Dah la dia kuat menggigit. Takpe la. Die selesa kot menjanda.




Ahmad bobo dalam kenangan..comelnye die tido! Rindu..T_T




Owh. Rindu betul dengan gelagat ahmad bobo. Die yang manja sekali dengan aku. Tapi die dah meninggal la pulak. Huhu. Takpe2. Aku dah kuburkan die depan rumah maksu aku sebab kat rumah aku takde tanah. Semua simen je. Nanti time aku free leh la aku p melawat kubur die. Haha. Sayang punye pasal sampai kuburkan. Nak buat camne. Aku kan penyayang orangnye. Muntah!!



Selamat jalan ahmad bobo. Semoga bahagia di alam sana. Huhu. Ok la. Cukup dulu cerita kisah janda nur momo. Time aku dok taip entri pasal die ni pun die tengah bergembira main roda berputar die tu. Memang takde perasaan betul. Agaknye die seekor hamster yang tabah dan kuat semangat kot eh. Haha. Merepek dah aku ni. Selamat malam semua.



bisik2:: rindu ahmad bobo!!


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Monday, 20 September 2010

~kisah air bateri..~



Al-kisahnya benda ni jadi malam tadi la. Masa on the way balik ke rumah. Kan aku cakap kami sekeluarga nak keluar pergi beraya rumah makcik aku dan pergi shopping kat Tesco kan petangnye dalam entri ni. Tapi stuck 3 jam lebih kat rumah sebab kereta buat hal tak boleh start pulak. Bateri kereta kong. Hampeh je. Semangat aku bersiap tau. Konon lepas Zohor nak keluar. Alih-alih pas Asar baru dapat keluar. Siap ternganga aku tido tunggu paksu nak datang tolong cas bateri kereta akak aku. Hak3. Nyempat lagi tu tido.



Haa. Lepas selesai shopping kat Tesco, on the way nak balik tu akak aku singgah Petronas nak isi minyak kereta. Aku ditugaskan pergi beli air bateri kereta oleh akak aku la. Nak spare dalam kereta. In case jadi macam tadi takde la gelabah kan. Aku g la beli macam akak aku suruh. Die kata amik 5 botol.



Pergi je kat kaunter masa nak bayar tu, mamat yang jaga situ buat muka terkejut. Terkejut tengok aku amik banyak sangat kot. Ala..5 botol je pun. Hehe. Pastu boleh die tanya soklan cepumas kat aku. Nak tahu ape aku balas pertanyaan die tu? Hoho.



Mamat : Amboi..banyaknya beli. Nak buat ape?


Aku renung mamat tu pastu spontan terkeluar ayat ni.


Aku : Nak buat minum!



Terus terpinga-pinga mamat tu. Muahaha. Hamek kau. Baru tahu aku ni terer gak nak jadi 'lawyer buruk'. Tanye lagi soalan gitu sape suruh. Dah nama pun air bateri. Dah tentu2 la nak buh kat bateri kereta. Apa da. Last2 aku gelak cover ayat aku tadi tu sebab tengok muke die macam dah cuak gile malu. Nasib baik kau comel kan mamat. Hak3. Sori la eh. Aku gurau2 je tadi tu. Bajet macam die baca blog aku la konon. Haha.



Ok la. Aku chow dulu. Nak tido dah. Esok mahu kerja. Selamat malam semua.



bisik2:: Nampak je aku macam malu2 miow orangnye. Dah kenal baru korang tahu aku macam mane. Loyar buruk terlebih-lebih. Hehe.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 19 September 2010

~manusia atau orang?~



Salam Ahad. Cuti hujung minggu ni tak merancang nak keluar g mana mana ke? Aku jap g lepas zohor nak g beraya rumah makcik dengan mak, kakak n iqbal. Pastu nak pergi shopping barang dapur lak kat Tesco. Errr..dah nak habes dah cuti aku. Esok kena kembali bekerja. Huwaa.



Wokeh. Kembali kepada topik. Manusia atau orang? Kenapa tajuknye macam tu aku tulis? Sebenarnya lama dah nak bincang pasal ni. Tapi tak terbuat entrinye. Sebab utamanya adalah malas dan takde idea nak tulis point. Hak3. Memandangkan semalam aku tertengok lagi iklan tu kat dalam tv. Terus terasa nak tulis pasal ni.





Korang rasa terms mana yang lagi sesuai digunakan? Pemerdagangan Orang @ Pemerdagangan Manusia? Sebab bagi aku term Pemerdagangan Manusia tu lagi sesuai kot digunakan dari segi bahasa. Erk. Bukan maksud aku nak kondem mereka yang buat poster ni. Mungkin ada sebab la depa guna term 'orang' tu kan. Lagipun aku bukanlah pakar bahasa. Hak3. Cuma sekadar nak bagi pendapat je. Manusia dengan orang tu sama je maksud die. Cuma untuk lebih formal aku rasa manusia lebih sesuai. Heee. ^_^



Marilah sama sama kita membanteras aktiviti pemerdagangan manusia. Macam takde benda lain nak p berdagang. Ada p berdagang manusia lak. Yang kena paksa jadi pelacur tu kire tergolong dalam kategori pemerdagangan manusia la kan? Betul tak? Haishhh. Macam2 betul la sekarang ni kan.




Ok la. Nak pergi bersiap2 ni. Jumpa lagi. Selamat berhujung minggu.



bisik2:: Bukan takat manusia je kena dagang. Haiwan pun tak terlepas gak ape. Haiwan eksotik macam tenggiling,kucing semua tu yang depa leh wat makan tu. Eyarkkk..


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 18 September 2010

~ape maksud mimpi digigit kucing eh?~



Salam 9 Syawal. Dah 9 hari kita berhari raya ek. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je semalam puasa, dah nak raya. Pastu tetiba dah nak habes raya. Wahhh. Memang betul2 cepat. Korang dok beraya lagi ke? Ade lagi ke mood raya tu? Aku tak rasa pun dah mood raya tu. Dalam kepala otak dok fikir pasal kerja je skang ni. Nak settle kan semua kerja aku. Nak cepat2 konfom. Nak buktikan kat mulut2 lazer yang kondem aku tak reti buat kerja sebab aku jenis buat kerja diam tak tunjuk kat depa. Ingat aku lekeh sangat ke? Huh.



Owh. Lupekan pasal kerja. Kite sembang topik lain. Eh, korang! Boleh tak aku nak tanya sket. Kot-kot ada yang tahu pasal tafsir-tafsir mimpi ni. Bukan la aku nak taksub percaya sangat menda tu semua. Cuma saja2 nak tahu je. Ada satu malam tu kan, aku mimpi ada kucing manja2 dengan aku. Kucing yang aku bela la. Si Cik'ah kat luar tu. Pastu tetibe datang sekor kucing lain datang serang nak gigit2 tangan aku. Tapi aku berjaya tepis. Ape maksud die eh? Ade jugak aku google cari tadi. Konon2 ada orang nak khianat kalau mimpi kena gigit kucing tu. Ntah la kan. Nauzubillah. Percaya pada ketentuan Allah sudah. Gangguan syaitonirojim mungkin.



Hah! Hari ni aku dah berjaya menunaikan janji aku yang asyik tertangguh sebulan lebih yang lalu nak pergi melawat kawan aku dengan baby die. Alhamdulillah. Terlepas la aku dari tergolong dalam golongan yang munafik kan. Orang yang suka mungkir janji kan tergolong dalam golongan orang munafik. Aku tak mungkir janji pun. Cuma tangguhkan je. Lain la tu kan? Hehe. Lepak lama jugak kat rumah die tadi. Sembang2 dan main dengan baby die. Ada la dalam 2 jam.




*Me with Aisyah*




Ingat nak p tempat lain jugak tadi. Tapi terpaksa batalkan sebab Mr. Black aku pancit pulak. Nak p pam kat stesen minyak depan taman tadi tak boleh. Ntah malaun mana p jahanamkan pamnye. Hangen betul aku. Tak habes2 nak vandalisme. Dah la kedai motor tak bukak2 lagi. Lama betul depa cuti raya. Balik kampung kat terengganu la kot gamaknye tu. Huhu. Camno ni? Senin dah nak kerja. Huwaa.



Eh. Ok la. Tajuk lain membebelnye hal lain. Bebel pasal tajuk seciput je. Haha. Aku nak p bersiram sat. Pastu nak p tengok my luvly Cik'ah. Sian die kebulur tak makan lagi. Kui3. Kang kalau rajin aku bebel lagi. Ade something yang aku nak share. Nanti la eh. Bye.



bisik2:: Takziah buat keluarga blogger TTT@Nadia dan pelakon M.Rajoli di atas pemergian insan yang mereka sayangi ni. Semoga roh mereka berdua ditempatkan di kalangan insan yang dikasihi Allah. Al-Fatihah.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 17 September 2010

~reunion yang tak macam reunion pun..haha..~



Salam jumaat. Ate..masih dalam mood raya ke kome semua? Ewah. Cakap loghat perak la pulak aku kan. Biase la. 1 Malaysia. Hak3. Hari ni aku off. Saje amik cuti. Hari tu kan aku tak amik cuti raya. Raya ke-empat dah start kerja. Pastu kan aku kerja 2 minggu berturut2 sabtu ahad tanpa cuti masa konvo USM bulan Ogos lepas. Dapat cuti ganti 2 hari. So aku extend cuti ganti tu hari ni la. Ada lagi sehari. Nak simpan dulu kot2 nanti ada ape2 emergency kan? Hehe.



Semalam Hari Malaysia yang ke 47 tahun kan? Tahniah Malaysia. Masih kekal aman damai hidup berbagai kaum dalam satu pemerintahan walaupun ada peristiwa2 tak diduga yang berlaku akhir2 ni. Tapi sangat berharap Malaysia akan terus kekal aman dan masyarakat hidup bahagia sampai bila2. Amin. Rasanya semua tahu Hari Malaysia tu hari ape kan? Hari bersatunya Semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak membentuk sebuah negara yang dipanggil Malaysia. Aku bangga aku dilahirkan di bumi Malaysia yang rakyatnya berbilang kaum dan bangsa tapi hidup aman damai. ^_^




*Aku-Cik Wahida-Puan Wani*




Owh. Semalam kan cuti umum sempena Hari Malaysia. Jadi semalam aku dah berjanji dengan sabahat-dunia-akhirat, Cik Wahida n Puan Wanie, nak hangout sama2 konon2 nak pergi beraya ke rumah cikgu2 time kami sekolah dulu. Lepas habes sekolah 9 tahun tak jumpa dengan cikgu yang ajar kami masa form 4 n form 5 dulu. Tambah2 cikgu Fizik kami. Sebab habes sekolah masing2 melanjutkan pelajaran. Sekarang masing2 dah bekerja. Macam reunion la jugak semalam tu. Heee..



Tapi sayangnye aku terlupa la pulak nak snap2 gambo time beraya rumah cikgu tu. Aiyoo. Bawa je kamera. Tapi boleh pulak lupa. Eksaited dapat makan kot. Hahaha. Ngek je kan? Sebenarnye eksaited sebab dapat jumpa kawan2 dan cikgu2 tu la. Kami serbu 3 buah rumah cikgu semalam. Cikgu yang lain takde sebab pergi beraya jugak. Takpe la. Tahun depan leh pergi lagi. Hehe.




*Encik Yus n Encik Najib. Sebok pilih menu makanan.*




Lepas puas beraya, kami berlima pun pergi bersukaria kat Jusco Perda. Eh? Tadi bukan ada 3 orang je ke? Hehe. Tak2. Ade lagi 2 orang mamat yang perasan hot, Encik Najib n Encik Yus, ikut kami jugak. Hik3. Lepas beraya tu kami lepak2 jap kat Old Town. Sembang2. Dah puas bergosip buang air liur dan menghabiskan duit Encik Najib kami pun berpecah. Aku dengan Cik Wahida n Puan Wani nak pergi bershopping.



Seharian aku spend masa dengan 2 orang sahabat-dunia-akhirat aku tu. Enjoy sangat! Lama tak dapat hangout macam tu bertiga. Rindu gila. Masing2 dah ada kehidupan sendiri. Bila dapat spend masa macam tu rasa macam tak puas je. Rasa macam cepat je masa berlalu. Bila ntah lagi nak dapat peluang macam tu. Puan Wani dah jadi bini orang dan tak lama lagi bakal nak jadi ibu pulak. Cik Wahida pulak bizi dengan kehidupan die menjadi pelajar sekarang dan pensyarah nanti. Aku? Bizi dengan kehidupan aku la. Hehe. Tapi hope sangat persahabatan kita akan terus kekal sampai bila-bila walaupun masing2 bizi. Wokeh my sayangs berdua? Amin. ^_^



Hari ni tak tahu la nak pergi mana. Lagipun cuaca tak berapa sehat je aku tengok hari ni. Sekarang pun dok hujan. Cadang nak pergi kubur pagi tadi tapi terpaksa batalkan sebab tetibe semalam 'bulan jatuh'. Haish. Tapi alhamdulillah sebab aku tak payah ganti puasa. 'Bulan jatuh' lewat. Yeay! Suke2. Dapat puasa penuh. Hehe. Tengok la petang2 kang sket aku ingat nak pergi melawat kawan yang dah jadi ibu tu dah nak dekat 2bulan. Janji nak p ziarah tapi tak pergi2 lagi. Ntah ape2 je aku ni. Berjanji je. Huuu. Tapi tengok keadaan la. Hari ni macam nak hujan seharian je. Kalau tak dapat pergi hari ni aku pergi esok je kot. Berdalih tak habes2. Hek3.



bisik2:: Tetibe teringat kat skandal2 lama time budak hingusan dulu..Haha..


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Monday, 13 September 2010

~Macam-macam betul~



Salam 4 syawal. Hari ni raya ke-4 kan? Aku dah masuk opis dah hari ni. Tak ambil cuti raya pun. Malam semalam bertolak dari Melaka jam 11.30 malam. Sampai Butterworth jam 6.20 pagi tadi. Sahabat susah senang aku, cik wahida yang datang jemput aku dengan mak. Thanks dear. Ang selalu ada time aku susah dan senang. Sayang ang sangat2. Hehe.



Aku sampai rumah dalam jam 6.50 pagi. Solat subuh terus siap2 nak pergi kerja. Lewat sket tadi keluar dari rumah. Jam 8 pagi baru aku gerak g opis. Hoho. Otainye. Ala, rempit laju2 jam 8.30 dah sampai opis dah. 90-100 km/j je pun. Ni kalau mak aku dengan encik CH tahu mahu kena sembur kot. Hek3. Bukan selalu pun. Ye ke cik sha? Ngee.


Hari ni suasana dalam USM ni masih lengang lagi macam 2-3 hari sebelum Raya tempoh hari. Ambil cuti sakan depa nak beraya eh. Aku je yang tak. Bukan tak nak ambil cuti. Tapi kalau mai kerja ade jugak benda aku nak buat. Kerja bertempek-tempek ni ha. Tak pernah2 nak habes. Huk3. Cuti pun tak tenang kepala otak asyik dok fikir tentang kerja je. Baik aku mai kerja ye dak?


Hari ni pun aku sorang2 jugak dalam opis. Kak Mas dengan Enny tak masuk lagi. Esok baru depa start kerja. Tak kesah la. Aku dah biasa pun dok sorang2 dalam opis ni. Hehe. Nak takut apenya. Siang hari. Ewah! Cakap besau nampak. Padahal diri tu penakot. Hak2. Itu motivasi untuk beranikan diri la. Jangan ngengade nak takutkan aku pulak. Aku seligi kang baru tau!


Pagi tadi lalu kat bridge tak perasan lak kesan kebakaran yang jadi masa raya ke-2 hari tu. Sebab aku rempit laju sangat kot. Nak larikan diri dari kena hujan. Tadi hujan renyai2 masa nak mai opis. Takpe2. Balik kerja kang aku rempit slow2. Nak ushar sket kesan kebakaran litar pintas kabel letrik tu. Haha. Kepochi betul ang ni cik sha. Biau le. Aku nak ambil tahu perkembangan semasa je. Konon2 alert la. Hehe.


Paper hari ni penuh dengan cerita tentang pembunuhan Sosilawati je. Betul ke eh die kena bunuh sekejam tu? Siap kena bakar lagi tu. Haish. Macam2 betul sekarang ni. Macam tu la orang kat Malaysia ni. Bila tengok orang berjaya sket, dah kaya raya hasil usaha titik peluh sendiri, mulalah dalam otak tu berfikir rancang itu ini nak kaut kekayaan orang tu dengan cara jahat dan kotor. Tak faham betul aku. Nak kaya usaha la sendiri. Ni p buat kerja kotor macam tu watpe? Ingat selamat ke hidup? Mungkin la kat dunia ni kau terlepas. Kat akhirat sok kau ingat kau boleh ke terlepas? Ngek betoi la orang2 yang macam ni. Sekolah tak habes la tu. Hish!


Kalau betul la 4 orang tu jadi mangsa pembunuhan kejam ni, takziah la aku ucapkan kat famili depa. Kesian betul. Dugaan Allah bagi buat depa tu sangat hebat. Semoga depa tabah la hadapi segala ketentuanNya ni. Mesti ada sebab di sebalik sesuatu kejadian tu. Allah je yang tahu. Hmm. Kaya susah, miskin pun susah. Bila kaya orang dengki, bila susah orang langsung tak peduli. Macam tu la kehidupan realiti manusia kan?


Eh. Ok la. Nanti aku membebel lagi. Nak buat kerja jap. Ni saje curi masa jap update blog sementara nak kasi enjin kerja panas. Hehe. Selamat bercuti buat yang masih bercuti. Raya puas2 tau! Eh, takpe. Rileks2. Raya kan sebulan. Heee. ^_^


bisik2:: Menggerunkan je dengar pembunuhan kejam macam tu..Huhu..


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 11 September 2010

~beraya sakan dan rumah terbuka~



Salam 2 Syawal. Dah hari raya kedua dah eh. Sekejap betul masa berlalu. Semalam seharian berjalan pergi beraya. Sakan sungguh aku ngikut adik+adik ipar pergi beraya rumah sedara mara depa kat Muar. Pastu pas Jumaat aku ajak adik ipar pergi beraya kat rumah mak angkat aku kat pontian. Mak ai. Jauh jugak Muar dengan Pontian. Pukul 2.30 petang gerak dari Muar. Sampai Pontian pukul 5 petang.



Hui. Letih kot. Tapi aku kena pergi jugak la rumah mak angkat sebab memang dah janji nak pergi beraya dengan die. Kang merajuk lagi pulak mak angkat aku tu. Beliau kuat merajuk tau. Hehe. Lagipun dah 4 tahun tak jumpa kot. Lama tu. Asyik berhubung guna henpon je. Kadang2 tak terbalas mesej beliau kalau aku letih kerja. Pastu beliau mesti merajuk2. Hik3. Salah aku jugak. Maaf mak. Semalam sha dah pergi beraya rumah mak. Mesti dah terubat rindu mak kat sha kan? Hee. Alamak! Aku terlupa lak nak bergambar dengan mak angkat aku. Alahai.. Terlupa betul. Huhu.



Hmm. Raya kedua ni adik nak buat rumah terbuka. Sedara mara belah suami dia nak mai melawat rumah baru depa. Rumah lama depa bagi sewa. Adik aku baru pindah rumah kedua depa. Besau nak mampus rumah ni. Murah betul rezeki adik aku ni ha. Suami sayang sangat kat die. Siap beli rumah baru untuk die. Wah2. Beruntung betul adik aku ni. Aku? Nanti2 la. Belum bersuami lagi. Kui3.



Aku ingat nak pergi beraya rumah miss Alin, besfren sekampus aku dulu kat Batu Berendam petang ni. Tapi tu la. Sedara mara belah suami adik nak mai pulak. Hmm. Tengok la jap lagi macam mana. Kena pergi jugak rumah die. Sebab dah lama sangat berjanji dengan die nak pergi rumah die. Esok aku dah nak balik. Bile lagi nak pergi kan? Bukan senang nak turun sini. Ni pun sebab ade rezeki nak turun. Kalau tak idok le gamaknye.



Nak tempek gambar syok sendiri pakai baju raye semalam tak boleh pulak. Tak bawak kabel henpon. Takpe la. Nanti kalau rajin aku tempek kat entri lain. Hik3. Tengok kat fesbuk semua dok pakat tempek gambar pakai baju raye baru semalam. Cepat betul! Haha. Nasib baek aku tak addicted sangat dengan pesbuk. Aku angau dengan blog je. Tu yang time raye2 pun sempat lagi update blog. Walaupun takde orang bace aku peduli hape. Nak jugak bebel kat sini. Nanti2 aku boleh baca sendiri. Muahaha. Macam hape je perangai.



Ok la. Nak p tolong kat dapur jap. Orang dok sebok sediakan juadah untuk rumah terbuka petang kang, aku pulak sebok berblog. Hoho.



Bisik2:: Macam trend pulak buat rumah terbuka time raya ni kan? Hehe. Buat je la. Janji niat dalam hati tu ikhlas nak menjamu tetamu. ^_^


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 10 September 2010

~Shopping raya last minute + Jom bertakbir raya sama-sama~



Bersiaran di malam raya. Hoho. Orang lain dok sebok sediakan rendang, ketupat, lemang segala bagai. Aku? Sempat lagi melepak depan lappy menulis entri. Al-maklum le, beraya kat rumah adik aku. Kalau kat rumah sendiri mahu kalut jugak kot sedia itu ini sebab konfom kawan2 aku mai serbu rumah pagi raya. Tapi raya ni depa mai rumah aku, takde sape2 la yang sambut. 2 ekor guard je yang akan sambut nanti. Encik Tenet dengan Encik Cici. Kui3.


Kat rumah adik ni tak sedia ape sangat sebab esok nak pergi beraya kat Johor. Rumah mak mentua dia, rumah mak angkat aku, rumah kawan2 aku kalau sempat. Hehe. Raye kedua baru masak sedap2. Esok kan nak pergi makan kat rumah orang je. Makan sampai kembung. Hik3.


Tadi kami p shopping raya last minute kat Taman Cempaka. Ala area dekat2 dengan Melaka Sentral. Orang Melaka tahu kot. MasyaAllah. Ramai gile orang berpusu-pusu kat sana nak shopping. Berhimpit-himpit. Adoi. Sebab tu la aku tak suke pergi tempat sesak macam tu yang ala2 pasar malam tu. Eh? Pecah rekod lak aku bila jejak kaki kat sana tadi. Kat rumah, nak pergi pasar malam pun tak pernah. Haram tak jejak kaki langsung. Sebab seriously aku memang rimas tempat sesak2 macam tu.


Ape yang aku shopping tadi? Takde la beli ape sangat. Saje adik ajak berjalan. P tengok2 je la tadi. Beli sket kacang2 dengan kueh raye. Pastu aku rembat 2 selendang dan 2 pashmina. Hok3. Tu konon2 tak beli ape sangat la. ^_^


Eh? Tadi kan masa on the way nak cari parking kat dalam area Taman Cempaka tu kan, aku nampak orang taman tu bergerak dari rumah ke rumah bertakbir raya. Macam best je. Macam kat kampung2 time aku kecik2 dulu. Kat area taman perumahan aku takde pun wat cenggitu. Sebenarnye tradisi macam tu bagus sangat diamalkan. Dapat mengeratkan silaturahim sesama jiran tetangga. Betul tak?


Ok la. Dah nak dekat pukul 2 dah ni. Aku nak p tido dulu la. Esok pagi tak terbangun lak nak beraya kan? Sekali lagi, selamat hari raya aku ucapkan buat followers, silent reader, teman2 blogger dan kawan2 aku semua. Semoga bergembira. Meh kita bertakbir raya sama2.










Dengar takbir raya ni terkenang pulak kat arwah abah, arwah tok dan arwah tokwan. Hmm. Sedih pulak rasa. Eh? Takboleh takboleh. Raya kena gembira2. Takboleh sedih2. Doakan yang terbaik untuk mereka. Semoga roh mereka aman dan tenteram di sana dan sentiasa dalam lindungan Allah. Amin. Ok. Jom masuk tido. Nite semua.



bisik2:: Merdu sungguh alunan takbir raya..Syahdu rasa hati mendengarnya..



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Thursday, 9 September 2010

~perutusan dari aku sempena Hari Raya~



Mak oi! Bergegar gegar aku nak taip entry ni weh. Haha. Dah rupe macam naik kude pun ade aku rase. Ni kalau nak tido pun kompom tak lena. Tapi..aku ni kan ke kuat tido? Letak p la kat mana pun. Kalau dah ngantuk memang aku hentam je tido. Tak heran dah dengan suasana kat sekeliling aku ni. Hak3.



Ha..kalau pandai, cube teka aku ade kat mana yang sampai aku nak taip entry ni pun bergegar gegar. Ye. Aku dalam bas la ni. On the way nak ke KL. Orang semua pakat keluar dari KL balik kampung. Yang aku ntah ape jadah la nak p turun KL. Pelik betul! Haha..



Sebenarnye aku dengan mak on the way nak ke rumah adik la. Turun KL dulu. Nanti sampai kang baru adik+suami dia amik kami berdua kat stesen bas Bukit Jalil. Then, terus gerak balik Melaka. Bersahur dalam bas la aku dengan mak nanti. Kui3.



Eh? Nasib baik raya hari Jumaat kan? Kalau tak aku dengan mak beraya dalam bas le. Nak masak ape2 pun tak sempat untuk pagi raya. Hehe. Alhamdulillah. Tapi tu la aku pelik orang Melayu ni. Suke benau dengar khabar angin konon2 raye hari Khamis. Siap pagi tadi dah bertakbir+berkhutbah raye lagi. Kes kat negeri Perlis. Haish! Macam2 betul. Ajaran sesat mana la yang depa dok ikut. Tak paham betul aku dengan orang2 macam ni.





Ok la. Di kesempatan ni aku nak amik peluang mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua pembaca blog aku dan teman2 blogger yang sudi follow blog sememeh aku ni. Tanpa sokongan korang sape la aku kan? Aiseh. Bajet macam kau tu fofular sangat la ek cik sha oi. Hak3.



Maaf zahir batin andai aku pernah terkasar bahasa sepanjang menulis entry di blog ni. Kalau ade entry2 aku yang kata2 sinisnye pedas tak hengat sampai korang terasa dan terguris tu, aku mintak maaf la bebanyak. Aku takda niat pun nak menyakiti hati sesiapa. Cuma mahu berkongsi pendapat saje. Lagipun tegur menegur ke arah kebaikan kan amalan mulia.Peace No War ok? Kire 0-0 la eh? Hehe.



Ish. Dah la eh. Pening pale aku nak menaip ni ha. Bergegar gegar gile. Lagipun mata ni dah stim semacam je ni ha. Aku nak mengeroh jap la. Selamat malam semua.




bisik2:: percaya tak aku usung bantal musyuk aku sekali p Melaka..Kah3..


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 5 September 2010

~Bila tujuan aku menulis blog disalahtafsirkan..~



Alhamdulillah. Selesai dah berbuka. Hari ni menu berbuka aku dengan mak, nasi bukhari+sambal telur+jelatah. Sedap2. Masakan mak memang mabeles. Aiseh. Macam la mak aku sorang je masak sedap. Hak3. Mak korang pun mesti masak sedap jugak kan? Masakan mak memang takde tandingan. Betul tak aku cakap?


Eh? Kejap je dah hari ahad ek. Alamak! Esok kerja la. Takpe2. 3 hari je lagi. Pastu boleh cuti. Hoyeahhhh! Adik. Tunggu tau aku datang dengan mak. Tahun ni kite beraya kat Muar. Merasa beraya kat kampung mentua kau pulak tahun ni. Meriah ke tak agak2 nye ek? First time merasa beraya kat Johor ni. Hehehe.



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Wokeh. Mari kite pergi kepada topik seperti yang tertera di atas. Kenapa tetibe je aku tergerak nak cerita pasal benda ni? Saje. Tak boleh ke? Rasa-rasa aku, tak pernah lagi kot aku cerita pasal tujuan aku berblog dan menjadi penulis blog. Jadi, tergerak nak meluahkan sebab2 aku jadi ketagih blog. Seorang blogger yang tegar ke aku ni? Hehehe. Lepas baca ni korang boleh nilai sendiri. Ada akal guna untuk berfikir maksud kata-kata aku nanti.



*kelik untuk pembesaran maksimum..*


Seorang sahabat pernah menggelarkan aku sebagai blogger tegar. *Rujuk gambar di atas* Hmm. Itu mungkin pendapat peribadi beliau. Agaknye beliau ikut kot perkembangan semasa blog aku ni. Aku pun tak pasti. Bagi aku pula, ye! Aku akui, aku memang seorang blogger tegar. Kalau boleh setiap hari nak update walaupun busy dengan kerja. Hehehe. Kalau aku tak update pun aku still buka blog untuk pergi ke blog sahabat2 blogger yang lain baca entri mereka. Kire macam penagih dadah la jugak. Tapi aku ni penagih blog la. Addicted orang cakap. Hoho.



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Ape tujuan aku berblog sebenarnye? 1st time buat blog niat aku nak suke2 je. Mencari platform untuk aku membebel sepuas hati. Yes! Aku memang kuat membebel. Hehe. Dulu aku pernah nak daftar untuk dapatkan online diary. Masa tu tak kenal lagi dengan dunia blog ni. Then adik aku kenalkan aku dengan blogspot. Die yang ajar aku. Dan bermula dari situ aku mula aktif berblogging sampai sekarang. Dah nak 10 bulan kot aku dengan blog ni.


Ape pengisian aku bile menulis entri dalam blog ni? Aku akan berkongsi apa sahaja maklumat yang aku ketahui. Selalunya aku akan bercerita tentang kehidupan peribadi aku, kisah keluarga, kisah kawan2, kerjaya, isu semasa dan macam2 lagi. Setiap entri aku tersebut akan aku selitkan dengan kata2 nasihat, pendapat dan sedikit info2 agama yang aku ketahui. Tujuan? Tentulah untuk berkongsi dengan sahabat2 blogger yang lain. Tak lebih tak kurang.


Setiap pengisian entri aku, bertujuan untuk memuhasabah diri aku sendiri juga. Tak pernah terlintas pun nak menimbulkan propaganda yang bukan2. Mungkin ada orang yang tak suka dengan cara penulisan aku. Terpulang. Dan aku tegaskan di sini, setiap entri aku tak pernah sekalipun aku mention nama2 orang tertentu. Salahkah aku menegur secara 'halus' menggunakan platform blog?


Buat mereka2 yang membaca blog aku dan terasa tersindir dengan kata2 aku, aku mintak maaf la banyak2. Sedikit pun takda niat nak buat anda terasa dengan setiap ungkapan aku. Dan aku tak pernah menjatuhkan air muka sesiapa, mengaibkan mahupun memfitnah orang. Setiap yang aku tulis hanyalah teguran sebagai seorang hamba Allah yang kasihkan orang2 di sekeliling aku yang membaca blog ni. Itu saja.


Anda mahu terima atau tidak, itu terpulang pada diri anda sendiri. Tak perlu nak mengutuk, mengeji dan menghina aku semata-mata kerana terasa dengan kata2 aku yang aku tulis secara umum. Berfikirlah secara matang. Bagi aku, kalau tak betul dan tak buat, kenapa perlu ambil hati dan terasa? Kemudian membuta tuli memaki hamun, menghina dan mengeji tanpa mengambil sedikit pun pengajaran. Bagi aku, orang yang begitu memang 'buta hati'.



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Jadi, aku nak mengucapkan bebanyak terima kasih kepada mereka yang masih sudi datang bertandang ke blog aku ni dan membaca setiap coretan bebelan aku. Jika ada pengajaran yang baik dari penulisan aku, ambillah sebagai peringatan. Jika tidak, abaikan saje.


Pada 'orang2 yang tertentu' tu, terima kasih la sebab letak gambar blog aku ni kat blog kau. Lepas tu caci, fitnah dan kutuk aku sebab terasa dengan penulisan aku yang aku tak mention pun nama kau dan publish muke kau pun. Tak mengapalah. Sedikit pun tidak terkesan pada aku setiap fitnah dan cacian kau sebab tak betul pun. Kau hanya memalukan diri kau sendiri.


Eh? Popular sekejap aku kat blog kau. Tentu kau selalu datang menjenguk di sini kan? Sebab tu kau tahu perkembangan hidup aku. Terima kasih. For my dear lil sis, thanx sebab kau penguat semangat aku untuk berhadapan dengan 'orang' yang begitu. Ape2pun, aku yakin Allah selalu bersama dengan aku.

"Ya Allah, sesungguhnya hanya kepadaMu tempat aku bermohon. Tunjukkanlah kekuasaanMu pada mereka yang telah menghina keturunan keluargaku, mencaci ibu dan arwah abahku, serta memfitnah aku hanya kerana teguran aku supaya mengikut suruhanMu. Kalau ternyata niat mereka memang untuk menjatuhkan air mukaku, Kau berikanlah pembalasan yang setimpal ke atas mereka. Sesungguhnya hanya kepadaMu tempat aku bermohon dan berserah."

Maafkan aku kerana berdoa begitu kerana itu doa orang teraniaya seperti aku. Tidak bermaksud untuk meminta yang bukan2 berlaku ke atas mereka2 yang telah membuat onar pada aku. Cuma mahu Allah memberi petunjuk dan membuka 'mata hati' mereka supaya mereka sedar yang teguran aku adalah semata-mata kerana aku kasihkan mereka. Itu sebenarnya tujuan aku, bila aku menulis dan menegur secara penulisan di dalam blog aku ini.


Siapa yang ikuti penulisan aku dan mengenali aku, tentu faham maksud sebenar setiap apa yang aku tulis dan sampaikan. Terima kasih sekali lagi kepada sahabat2 blogger yang mengikuti penulisan aku dan terus terusan menyokong aku. Anda memang terbaik!



bisik2:: entri sedikit beremosi kerana kecewa dengan sikap sesetengah mereka yang tidak bersyukur dengan teguran yang diberikan untuk kebaikan diri mereka sendiri.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 4 September 2010

~Lagi lagi cerita pasal Raya..~



Selamat hari sabtu semua! Nak bebel pasal puasa dah bebel. Nak bebel pasal raye, baru ja hari tu bebel. Bebel pasal merdeka pun dah. Jadi nak bebel pasal ape lagi eh? Tetibe ketandusan idea. Haha. Sila jangan percaya. Aku kalau bab membebel ade je ideanye melimpah ruah keluar. Start je taip kat keyboard ni terus laju jari2 dok tekan2 huruf. Ngeh3.



Hari ni topik kita pasal hari raya lagi. Aiseh! Mentang2 lagi berapa ari je dah nak raye kan. Biasa la tu. Orang lain semua sebok nak cerita pasal raye. Aku pun nak jugak la. Kan2? Meh kita selongkar ape yang tak kena raye kali ni. Sebab ape aku cakap tak kena? Sebab aku rase sejak akhir2 ni raye tu tak rase macam nak raye je. Raye sekarang dah tak macam raye dulu2 masa aku bebudak. Eh? Tetibe terasa diri semakin tua. Oh! Sedih. T_T



Haa. Mungkin aku terasa raye tahun ni tak berapa nak meriah salah satu sebabnye umur aku dah semakin meningkat le. Dah takleh merasa nak dapat duit raye dah. Oi, sedihnye! Last aku dapat duit raye, dua tahun lepas kot. Masa tu masih belajar lagi. Dah habes belajar tak dapat pun duit raye dah. Sekarang dah kerja, aku pulak yang kena keluar ongkos kasik duit raye. Huwaaaa. Owh, ok! Tak baik merungut. Sila ikhlaskan diri anda ye cik sha.




~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~




Pastu kan, raye kali ni satu kad raye pun haram aku tak dapat. Tahun lepas ade la jugak 2-3 keping. Tahun ni? Haram takde langsung. Orang dah makin lupe gamaknye tradisi kasik kad raye ni eh? Semua dah canggih. Main tag2 je kat pesbuk. Takpun nanti malam raye send sms raye berangkai-rangkai kat semua orang. Jimat kononnye. Takde keluar ongkos banyak. Kalau kasik kad raye nak beli kad raye dah beringgit, pastu nak pos setem dah mahal. Dah takde 30sen macam dulu. Ye dak?




*koleksi kad raye aku yang masih ade..yang lama2 dah kena buang dengan mak aku..sadis betoi!*




Biase la. Zaman teknologi. Ape guna teknologi kalau tak digunakan. Eh, aku masih mengamalkan kasik kad raye tau. Baru hari tu aku pos kad raye. Tapi aku kasik kat orang2 yang penting dalam hidup aku je la. Yang lain2 nanti aku sms eh. Kah3. Merungut tak hengat. Kau pun same je cik sha. Memilih nak kasik kad raye. Tapi betul weh. Dulu aku hanto kad raye kat kawan2, haram sorang pun tak balas. Sedih tau. Sebab tu tahun ni aku memilih. Sila jangan salahkan aku pulak tau. Haha.



Teringat lak pantun selalu tulis dalam kad raye mase zaman2 sekolah dulu. "Pecah Kaca Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas!" Cis! Sungguh tak ikhlas betul kasik kad raye nak harapkan balasan. Kui3. Dah beso2 ni takde la aku tulis cenggitu. Nak mampos?! Kire halal je la kad raye aku hanto kat mereka2 yang tidak membalas kad raye aku tu. Sekurang-kurangnye aku masih ingat kat mereka. Kan2?




~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~




Ok. Sebab seterusnye, aku rase raye ni maybe dah tak syok sebab arwah tok dah takde. Mesti adik beradik mak dah tak beraya kat sini lagi. Dulu masa arwah tok ade, depa mai la jugak jengok2 tok beraya dengan tok kat sini. Tapi tahun lepas sorang pun tak mai. Kami yang kena usung tok p raya rumah depa. Tahun ni? Sendiri faham je la cik sha ye.



Pastu kat rumah sekarang tinggal aku berdua je dengan mak. Adik kat Melaka. Kakak kat n9. Masing2 dah ada family sendiri. Tahun ni adik beraya kat Muar dengan family husband die. Lagipun tak dapat cuti raye sebab baru mule kerja. Kakak pulak nak beraya kali pertama sebagai suami isteri dan ibu ayah dengan husband die. Tu die p n9 rumah suami die.



Owh. Sebab tu mak nak turun rumah adik kot beraya sekali dengan mentua die. Aku? Aku ikut je kehendak mak sebab aku je yang masih bujang. Huhuhu. Berkorban untuk mak. Lagipun tak syok kot beraya kat sini. Family maksu pun ikut paksu balik beraya kat Kelantan. Maknanye kazen kesayangan aku ikut sekali la. Tak best la. Takde geng. Hmmm. Takpe la raye kat mane2 pun kan. Dah beso2 ni tak heran sangat pun. Kui3.



Lagi ape yang kurang best eh raye tahun ni? Hmm. Takde dah kot. Kalau ade pun dah malas nak bebel panjang2 pasal raye. Penat la. Haha. Nanti kite sembang pasal lain pulak eh? Aku nak p belajar tutorial jap nak wat webpage gune .asp. Dah lupe time study dulu belajar wat camne. Kalau setakat coding html tu kacang je kot. Aiseh! Cakap besor pulak die. Huwaa. Aku nak kena settle kerja aku cepat2 ni. Kang lambat lak nak konfem. Huk3!



bisik2:: Tak feel langsung nak raye tahun ni. Hmmmpphhhh..T_T


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 1 September 2010

~Raya..raya jugak..Zakat dah bayar belum??~



Diam tak diam dah 22 hari kita berpuasa eh? Tinggal lagi 8 hari je dah nak raya rupanya. Aku pun tak sedar masa berlalu dengan begitu pantas. Ish3. Alhamdulillah setakat ni aku masih berpuasa penuh. MC belum dapat lagi. Sehari dua lagi kot baru aku dapat MC tu. Harap2 sempat sambut raya dalam keadaan suci murni. Haha.



Hah?! Korang dah bayar zakat fitrah belum ni? Sape2 yang belum tu, sila p bayar secepat yang mungkin. Tinggal lagi berapa hari je Ramadhan dah nak melabuhkan tirai. Jangan buat2 lupa pulak kewajipan korang yang satu tu. Aku alhamdulillah. Dah bayar pun. Bersyukur sebab tahun ni aku dapat bayar sendiri guna duit titik peluh aku bekerja. Untuk mak pun aku bayarkan. Tak perlu nak beban mak macam dulu lagi. Sekarang dia tanggungan aku. Bukan aku tanggungan dia.




*bayo jangan tak bayo*




Bukan mahal mana pun bayaran zakat fitrah tu. Yang dah bekerja tu p la bayar sendiri ye. Jangan nak susahkan mak ayah lagi. Patutnya korang yang kena bayar untuk mak ayah bila dah bekerja. Murah je pun. RM7 sorang. Jangan bagi alasan tak mampu nak bayar pulak. Beli barang jenama mahal2 untuk sendiri boleh takkan nak bayar zakat tak boleh. Aku hempuk sorang2 kang. Hak3.



Persiapan raya aku macam mana? Hmm. Takde la prepare ape2 sangat pun sebab tahun ni aku pergi beraya di Melaka, rumah adik aku. Dia dan suami dia tak dapat nak balik raya tahun ni. Sebab adik aku baru mula bekerja. Jadi tak dapat cuti lama. Mungkin raya haji nanti baru depa dapat balik Penang. Tak kisah la mana2 pun. Mak aku rindu kat adik dan nak sangat beraya kat sana. Pastu dia nak beraya dengan besan dia kat Muar. Mak mentua adik aku la. Jadi aku ikutkan saje kehendak mak. Kakak pun tengah bercuti pantang kat N9 rumah suami dia. Alang2 semua beraya kat rumah adik je la senang.




*errkk?? nasib baik kat Malaysia takde situasi macam ni..gile betoi!!haha..*




InsyaAllah 8hb malam ni aku bertolak dengan mak ke Putrajaya dulu. Sebabnya adik aku posting kat sana. Sampai subuh 9hb tu baru bertolak ke Melaka. Aku dengan mak naik bas je. Nak drive sendiri aku belum punya kereta. Takkan aku nak rempit "kekasih gelap" aku dengan mak sampai ke sana. Mahu kengkang kot berjalan kalau dah sampai. Haha. Tak boleh nak bayangkan. Macam lawak je situasi tu kalau betul2 terjadi.



Tak lama pun kami kat sana nanti. Raya ke-3 dah bertolak balik Penang sebab hari Isnin aku dah kena kerja. Huhu. Kalau tak, mungkin aku masih bercuti lagi masa tu. Cadangan awalnye nak ke Melaka tu dengan family Maksu then terus lanjut ke Kelantan untuk pergi kenduri kahwin anak sedara Paksu raya ke-4. Tapi tak jadi sebab Paksu nak balik Kelantan sehari sebelum raya. Nak sambut raya kat sana mungkin. Jadi plan pun bertukar la.



Raya tahun ni aku buat kueh sendiri jugak macam tahun lepas. Ada la jugak beli 2 jenis kueh yang aku malas nak buat sebab tak reti. Haha. Kawan2 yang nak datang beraya kat rumah aku sila tunggu aku balik dari Melaka ye. Tak pun datang je masa 16hb. Masa tu kan cuti umum. 17hb mungkin aku akan ambil cuti. Cadangnye nak pergi kubur arwah tok, tokwan dan abah. Pergi lambat sikit la nampaknye. Takpe2. Janji pergi jugak kan? Hehe.



Eh? panjang berjela pulak aku membebel pasal preparation raya aku. Kalau dah dapat membebel tu memang tak hengat dunia aku ni. Ish3. Ok la. Aku nak pergi tengok Syurgamu Ramadan pulak lepas ni. Bye.



bisik2:: Tak rasa meriah mana pun raya kali ni. Mungkin sebab peningkatan umur kot. Tak2. Salah tu. Sebab tahun ni aku kena keluar belanja bagi duit raya. Huhuhu.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)





 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com