"Pelangi indah" itu sentiasa menanti kita

Assalamualaikum. Hai!


Kadang kadang aku terfikir. Bile aku rasa hidup aku ni tak berapa nak ok, rupenya ada lagi orang yang hidupnye lagi sangat-sangat tak ok dari aku. Bile aku rasa diri aku terbeban dengan banyak masalah, rupenya ada lagi orang yang terhempuk dengan bermacam-macam masalah yang lebih dahsyat dari aku.


Bila aku rasa diri aku diduga dengan dugaan yang cukup hebat, ada lagi orang yang cukup hebat dugaan dihadapinya berbanding dengan apa yang aku alami. Itulah realiti kehidupan kan? Kita selalu nampak orang lain lebih bahagia dari kita sedangkan ada orang lain yang lebih sengsara dari kita.



~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~

Pengalaman Hidup Susah


Keluarga aku pernah hidup susah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dulu gaji arwah abah bukan besar. Nak bayar macam-macam. Berapa sangat la yang tinggal untuk tampung hidup kami sekeluarga selama sebulan. Mak tak kerja. Kami pernah merasa makan nasi berlaukkan kicap dengan telur goreng je. Pernah makan nasi berkuahkan air dan berlaukkan garam.


Kadang-kadang makan ubi rebus je yang arwah abah tanam belakang rumah. Nak makan sedap sikit arwah abah pergi memancing ikan. Dapat la ikan talapia sekor dua buat masak lemak atau goreng. Susah tapi takde la sampai tak makan. Arwah abah akan usaha untuk bagi anak-anak die cukup makan.


Tapi alhamdulillah. Walaupun pernah hidup susah, anak-anak dia semua berjaya. Sekarang dah boleh hidup senang. Masing-masing dah ada kerjaya dan kehidupan sendiri. Dah tak susahkan mak walaupun arwah abah dah takde. Semua berkat yakin pada Allah dan tak pernah lupa mengadu pada Dia. Sebab tahu setiap ujian itu pasti ada balasannya.


Terima kasih untuk arwah abah sebab berjaya mendidik anak-anak abah dengan baik. Dengan kesusahan hidup yang pernah dialami dulu, anak-anak abah berjaya bangkit dan buktikan pada mereka yang suka mengeji keluarga kita. Terima kasih Allah kerana mendengar doa kami. Bersyukur dengan setiap dugaan yang pernah Kau beri.



~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~

Kenapa Allah menguji kita?


Aku selalu berpegang pada kata kata ini. "Allah takkan menguji hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu diharungi oleh mereka." Maknanya setiap dugaan, masalah, ujian yang menimpa kita tu, Allah beri dengan adanya kemampuan dari kita untuk menghadapinya. Setiap yang diuji adalah bertujuan untuk menilai tahap keimanan kita padaNya. Samada kita masih ingat dan berharap padaNya atau terus hilang arah dan tersasar dari landasan yang sepatutnya.


Tapi ramai dari kita yang suka merungut dan bersangka buruk terhadap Allah bila kita ditimpa sesuatu permasalahan. Betul tak? Kita selalu lupa yang mungkin dengan setiap permasalahan yang kita harungi itu, ada balasan yang sangat indah menanti kita di depan. Mungkin tidak di dunia, di akhirat sana kita akan dapat keindahan itu. Teringat satu madah. "Kita benci saat Allah turunkan hujan sedangkan kita tak tahu yang sebenarnya Allah nak bagi kita jaluran pelangi yang sangat indah selepas hujan untuk kita menikmati keindahannya."




Berpesan pada diri sendiri dan juga pada mereka yang aku sayang (korang la yang dok membaca ni). Bersangka baik la selalu pada Allah. Jangan bersungut jika ditimpa masalah. Muhasabah diri. Mungkin ada sebab kita diuji dengan sesuatu permasalahan. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat diri hamba-hambaNya. Ingat, "pelangi indah" itu sentiasa menanti kita.



Bisik-bisik :: Terasa insaf diri ini bila terkenangkan ada orang yang lebih susah hidupnya berbanding diri aku. Bersyukur dengan setiap kurniaan Allah. Alhamdulillah..

6 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. kte sebagai manusia ni selalu leka dgn keindahan tp ble terima dugaan baru teringat untuk pandang rumput menghijau yang kte pijak...dlm idup ni kne byk belajar harungi dugaan, insyaallah akan lebih kental~~
    GAMBATE~~~

    BalasPadam
  2. mmg betul sha...kekdg kite hanya rase diri kite yg di uji tetapi ade lg insan lain yg lagi hebat d uji..

    BalasPadam
  3. ujian hidup, kesususahan yang dialami dulu sebenrnya mengajar kita erti dewasa... tapi entah kenapa ada jugak yang diberi susah, makin menjauh pula dariNya... moga tabah sentiasa duhai hati..

    BalasPadam
  4. alhamdulillah...
    terima kasih kerana saling ingat-mengingati..

    (",)

    BalasPadam
  5. thanx cik sha. rasa insaf jugak. kadang2 selalu mengeluh bila ada masalah. kadang2 give up. tak sedar yang semua yg jadi ada hikmahnya.. huhu

    BalasPadam
  6. bagus la kalau ada rasa mcm tu...kita xtau apa yg org lain pikul, kita susah, ada org lagi susah


    gua tgk gambar pelangi teringat pulak gua kt lagu 'pelangi petang'

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan