Misteri kehilangan aku

Selamat hari jumaat semua. Semoga hari ini membawa keceriaan dalam hidup korang. Hari jumaat kan ari kebesaran tuk kita semua umat islam. Hari ni cukup dah 4 hari aku balik dari persembunyian aku ari tu kan? Janji nak update. Tapi tak terbuat. Sedikit busy la. Ade je hal aku ni. Macam la busy sangat. Hek3. Sebenarnye nak update pasal ni semalam. Tapi tak larat. Ngantok. Jadi jawabnye tido je la. Keh3.


Ke mana aku bersembunyi selama 4 hari ye ari tu? Sebenarnye aku tak bersembunyi kat mana-mana pun. Aku pergi KL je. Jenjalan kat sana g jumpa 'cinta hati'. Sebab hari ahad 21 Mac yang lalu besday die. Maka harus la aku turun sana g jumpa die. 6 bulan tak jumpe weh. Masa besday die la peluang yang ade tuk aku p jumpa si jantung hati aku tu. Lagipun dapat izin mak. Hehe. Mekaseh mak. Lebiu la. (^_^)




~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Aku gerak p KL pagi hari jumaat 19 mac. Malam sebelum tu semangat gila buat kek nak bawa tuk 'cinta hati'. Wakaka. Nasib kek aku sedap dan menjadi. Maklum le buat dengan penuh kasih sayang. Uwekkk. Pagi tu mak angkat dengan anak dia yang hantar aku ke stesen bas. Mak angkat aku cakap.."Sayang sangat la tu kat abang dia sampai besday pun sanggup p jumpa..p elok2 na..kim salam kat abang tu.." Wakaka. Mak angkat aku bagi pesanan sambil memerli aku. Ki3. Ape-ape pun mekaseh la mak sebab sudi hantar tunggu bas. Hek3.


Aku sampai KL petang dalam pukul 2 lebih. Memula bas kata nak drop kat Jalan Duta sebab Pudu tutup. Alih-alih berhenti kat Pudu gak. Apo la bagi maklumat salah. Sian kat 'cinta hati' aku sampai sesat-sesat nak cari Jalan Duta kat mana. Keh3. Sori la sayang. Salahkan pakcik bas tu ye. Heh. Lepas 'cinta hati' dah jemput p jenjalan jap kat Times Square sebelum die anto aku p kat tempat aku nak stay.


Sampai KL p tengok wayang. Apo la. Macam kat penang takde. Hek3. Saje nak spend masa dengan encik CH sebenarnye. Selalu tengok wayang sensorang. Ini dapat le peluang tengok berdua. Kami tengok How To Train Your Dragon yang 3D punye. Sumpah best gile. 1st time aku tengok 3D weh. Hari tu tengok Alice yang biasa punye je. Ini kire macam balas dendam la. Lepas tengok wayang pergi melantak. Pastu 'cinta hati' hantar aku kat tempat aku stay. Dekat dengan UPM. Sebab 'cinta hati' stay dalam hostel kat UPM tu. Nanti senang sikit dia nak jemput aku. Tamat hari pertama.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Hari kedua..pepagi pukul 10 lebih 'cinta hati' mai jemput aku. Nak p jenjalan lagi la. Tapi takde la jenjalan mana sangat pun. Aku turun sana pun nak spend masa yang ada dengan 'cinta hati' je. Pergi mentekedarah pastu lepak kat Mines main bowling. Dah lama tak main sebab aku takde kawan nak ajak main kat penang ni. Sangat tak puas hati sebab aku kalah dengan 'cinta hati'. Tensen betol. Tengok la tu aksi 'cinta hati' maen bowling. Terer la tu konon. Ada bunyi kedengkian kat situ. Hoho..


Petang sikit gerak pergi Times pulak sebab janji nak jumpa dengan BFF aku, cik hanum..owh..sangat gembira dapat jumpa dengan dia. Lagi sorang BFF, cik leha jual mahal tak mau jumpa. Kering takda duit kata dia. Takpa la. Dapat jumpa hanum pun dah syok sesangat. Rindu ok! Dia mai dengan kawan dia, cik Z. Lepak-lepak minum jap kat Timeless Penang. Sembang macam tak hengat dunia. Maklum la lama tak jumpa. Alahai..lupa nak amek gambar pulak dengan hanum. Huhu. Then hanum ajak pergi PWTC. Ada 'Book Fair'. Aku yang hantu buku ni apa lagi. Tanpa banyak soal terus bersetuju nak ikut. Bodek-bodek 'cinta hati' lastly dapat pergi. Hehe..


Dah pergi bookfair tu, haruslah aku sambar buku. Dapat satu buku pun jadi la. Nak beli novel 'cinta hati' dah jegil mata. Dia tak kasi aku baca novel. Huhu. Jadi aku pun sambar la satu buku motivasi Dr. Tuah. Hek3. Yang ni 'cinta hati' tak marah. Kat atas tu la bukunya. Ada Bagus..Bagussss. Sebenarnye, aku cari buku lain tulisan Dr. Tuah. Lama dah cari buku tu. Tapi tak jumpa lak. Sambar je la apa yang ada depan mata. Lepas puas merayau kat bookfair tu kami pun gerak la balik. Tamat hari kedua.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Masuk hari ketiga pulak. Hari tu aku plan nak pergi rumah abang ngah 'cinta hati'. Jadi aku pujuk la 'cinta hati' suruh bawak aku pergi sana. Rumah abang ngah kat Shah Alam. Bukan senang aku nak turun KL kan. Jauh pun aku paksa jugak 'cinta hati' bawak. Hehe. Sebenarnye, aku nak main dengan anak abang ngah. Lama tak tengok. Dulu tengok masa dia baru lahir je. Ini dah besar dah sikit. Mesti la aku excited nak tengok dia lagi. Makin comel la dak Damia ni ha. Geram aku. Rasa macam nak picit-picit je. Keh3. Ini la budaknye. Damia dengan bakal makciknye.


Hari ketiga ni la besday 'cinta hati' aku. Selamat hari lahir sayang. Umor dah 24 dah. Kerja rerajin ye. Kumpul duit bebanyak. Nanti nak kawen. Hehe. Takda la celebrate sangat pun besday 'cinta hati' ni. Hadiah kek besday aku buat sendiri dengan sehelai t-shirt dari aku dan sehelai t-shirt dari maksu aku yang die beli kat Medan. Itu je hadiahnye yang mampu aku bagi. Hari tu lepak kat rumah abang ngah sampai petang. Masa nak balik pulak hujan turun mencurah-curah. Aduhai. Tamat hari ketiga.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Hari last aku kat sana. Hari aku nak balik dah le. Huhu..sedih. Pukul 10 lebih 'cinta hati' dah datang jemput. Gerak p KL Sentral. Pergi cari tiket train. Aku nak balik naik train la pulak. Saja nak tukar angin. Malas nak naik bas. Sebab kalau boleh nak spend sisa-sisa masa yang ada dengan 'cinta hati'. Kalau naik bas anytime je ada bas. Naek ketapi, kul 9.30 malam dengan kul 11 malam je yang ade. Jadi ada la alasan aku nak balik lambat sket.


Lepas dah dapat tiket train, kami p lepak je kat Times. Encik 'cinta hati' kena migrain lak masa tu. Aiyoyo. Jadi takleh la jenjalan sangat. Aku sian kat dia. Jadi duduk melepak je la. Tengok ragam orang. Macam-macam ragam ada. Pelik-pelik benor. Depan orang ramai pun selambe badak je cium-cium. Melayu lak tu. Agak-agak la. Haishh. 


Bile migrain 'cinta hati' dah kurang sikit kami pun gerak la pergi KL Sentral balik. Cari-cari makan dulu. Nanti aku lapo lak atas train tu. Pemalas nak pergi kantin dalam train tu. Pastu sampai la masa aku nak naik train dah. Uhuk2. Sedih gile masa tu. Nanti ntah bila masa lagi la aku dapat jumpa 'cinta hati' pulak. Beliau hantar aku naik train, tapi dia tak tunggu train gerak. Sebab dia tahu nanti aku nangis. Wakaka. Terer betul! Tahu je isi hati aku. Hampeh je. Bila die pergi tu aku tak jadi la nangisnye. Sebab aku tak nampak dia. Bye sayang. Nanti ada rezeki kita jumpa lagi ok.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Aku sampai stesen ketapi BM pukul 5 pagi hari selasa. Tunggu bas yang nak masuk taman aku. Kengkonon pukul 6 dah ade. Tapi hampeh takde pun. Sampai pukul 8 aku tunggu. Ngek betul la bas ni. Lastly aku tepon je kazen laki aku suruh datang ambik aku. Dah tak sanggup aku nak tunggu. Memula ingat nak naik bas je taknak susahkan sesape. At last terpaksa gak susahkan kazen aku. Dah le dengan perot aku meragam asyik letop-letop angin dalam tu sebab dah sampai masa aku p melabur. Wakaka. Sampai rumah terus cari 'bank', mandi, makan pagi dan terus terbungkang.


Itu la cerita nye misteri kehilangan aku. Pergi jumpa 'cinta hati' sempena besday dia. Mekaseh kat 'cinta hati' sebab sanggup luang masa untuk aku. Siap ambik cuti 2 hari sebab aku. Hehe. Lebiu la sayang.





Bisik2:: Bile dah lama tak jumpa, rasa happy gila walau dapat spend masa yang sekejap dengan insan tersayang kan?


5 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. wah 6 bulan x dating? aku paling lama pun 3 bulan je huhu..

    BalasPadam
  2. embun::

    best2..sebab dah lama tak jumpa..hehe..

    BalasPadam
  3. parkAir::

    lama kan??huhu..nasib bek aku ni jenis penyabar..kalo tak..lama dh nye2 kot gamaknye..huhu..harap2 idak le..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan