Maulidur Rasul, Bolehkah Menyambutnya?


Pejam celik pejam celik dah masuk 12 RabiulAwal. Sekejap betul masa berlalu, kan?Rasa-rasanya pembaca blog aku yang beragama Islam mesti tahu 12 RabiulAwal ni hari apa. Betul ke tak?

Seperti yang kita tahu, 12 RabiulAwal adalah hari yang paling bersejarah bagi kita umat Islam, iaitu hari istimewa Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah. Allah masih panjangkan lagi umur kita semua untuk kita sama-sama mengingati dan berselawat ke atas baginda SAW.


Selawat Ke atas Baginda SAW

Oleh sebab tu, aku nak ajak korang semua untuk sama-sama berselawat ke atas baginda SAW. Meh ramai-ramai kita berselawat. Luangkan masa sekejap je. Klik play button kat video bawah ni eh.




Hukum Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW


Hukum berselawat ke atas Baginda SAW adalah wajib dan sunat muakkad (sunat yang dituntut) mengikut situasi. Wajib apabila dalam solat contohnya ketika bacaan tahiyat akhir. Sunat muakkad contohnya ketika terdengar nama Baginda SAW disebut orang lain. 

Masa aku sekolah dulu, ustazah ajar kalau terdengar sesiapa saja menyebut nama Baginda SAW, kita kena sahut dengan berselawat. Contohnya dengan menyebut 'Sallahu alaihi wassalam' (SAW). Seringkas itu dah cukup kata ustazah. 

Jadi, benda ni dah jadi habit aku. Korang pernah buat tak? Kalau tak pernah, boleh la cuba slowly. Semoga kita sama-sama dapat menghayati keindahan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. InsyaAllah.


MENARIK UNTUK DIBACA


Hukum Menyambut Maulidur Rasul

Setiap kali Maulidur Rasul, mesti ada sambutan kan? Tempat korang ada buat tak? Selalunya yang akan dibuat adalah perarakan sambil berselawat. 

Korang biasa tak join perarakan Maulidur Rasul? Boleh ke tak sebenarnya buat sambutan Maulidur Rasul? Apa hukum dia? 

Kalau korang tak pernah ikut perarakan, cubalah pergi. Takde yang salah pun sebenarnya. Malah harus dan berpahala lagi. InsyaAllah. Selagi takda pembaziran dan aktiviti-aktiviti yang melanggar hukum syariat, sambutan Maulidur Rasul tak jadi masalah. Cuma kena berpada-pada dan beringatlah. Jangan berlebih-lebihan sangat.

Sambutan Maulidur Rasul sebenarnya dapat memupuk rasa cinta dan kasih kepada Baginda Rasulullah SAW yang sentiasa menyayangi dan merindui umatnya. Sambutan tersebut juga tidak dianggap bidaah atau haram kerana bidaah yang diharamkan adalah apabila amalan tersebut bertentangan dengan al-Quran, sunnah, athar dan ijmak. Jika ia bertentangan, maka barulah dianggap bidaah dhalalah (sesat).

Macam yang aku tulis kat atas tadi, sambutan Maulidur Rasul tak jadi masalah andai pengisiannya baik dan tak langgar syariat. Selain berarak sambil berselawat boleh juga buat tazkirah dan ceramah. Paling penting sekali setiap acara yang di buat tiada percampuran lelaki dan perempuan, menutup aurat dan tiada unsur maksiat.


Sambutan Maulidur Rasul
Program Perarakan Maulidur Rasul dengan anak-anak istimewa Sindrom Down Terengganu


Fatwa Tentang Sambutan Maulidur Rasul 

Kalau korang nak tahu, sebenarnya ada fatwa tentang larangan membidaahkan sambutan Maulidur Rasul. Fatwa-fatwa antarabangsa dan di Malaysia bersepakat menyatakan bahawa hukum sambutan Maulidur Rasul adalah dibenarkan dan larangan membidaahkannya. 

Ini adalah senarai fatwa yang telah dinyatakan di Malaysia : 
  • Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada 25 Mei 2012
  • Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 22 April 2015 
  • Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang yang bersidang pada 4 Januari 2016
  • Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada 20 Mac 2016
  • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan yang bersidang pada 31 Mei 2016
  • Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah yang bersidang pada 23-24 Mei 2017

Jadi, kalau kat tempat korang ada buat sambutan Maulidur Rasul cubalah ikut serta. Dengar ceramah atau ikut perarakan. Seronok tau. Perasaan berarak sambil berselawat tu tak dapat nak ungkap dengan kata-kata. Rasa rindu pada Baginda SAW membuak-buak dan rasa semangat nak ajak orang lain mengingati Baginda SAW berkobar-kobar. Subhanallah. 


Kesimpulan

Tapi itulah, jangan masa Maulidur Rasul je kita ingat kat Baginda SAW. Ada je masa terluang amalkan lah berselawat selalu. InsyaAllah ganjaran pahala memang tidak terkira.

Cuma kena ingat pesan Baginda SAW yang melarang umatnya untuk terlalu mengagung-agungkan dirinya. Cukup sekadar mengingati Baginda SAW dengan melazimi selawat setiap masa. 

Lagipun berselawat merupakan terapi yang terbaik untuk ketenangan jiwa dan minda tau. Tak percaya, cubalah!

Bisik-bisik :: SALAM MAULIDUR RASUL..

1 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. salam maulidurrasul...
    sma2lakita mghidupkn sunah rasullulah...bkn utk hari ne je..tp seterusnya..=].amin

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan