Kisah seram cik sha bersama patung hidup.

Wooo. Baru sudah tengok cite "SEED OF CHUCKY" kat tv3 tadi. Sumpah seram gile. Bapak ganas menatang alah ni. Huuu. Patung yang hidup, pastu membunuh. Dah la kejam semacam je cara membunuh nye. Wuu. Ada ke patung cenggini. Ni yang wat aku fobia dengan patung2 ni. Barbie doll ke menatang ape2 la yang sekaum dengan dorang ni. Nanti dah kawen ade anak, aku takmo la bagi anak2 pompuan aku main dengan patung2 ni. Kang tetiba lak idop macam menatang alah ni. Seram seh. Amboi! Hiperbola sungguh. Hehe.




Cakap pasal patung idop ni teringat lak aku kejadian dengan bear2 aku. Huk3. 2-2 dah kena buang. Ni bukan yang kecik2 punye. Yang kecik2 berlambak2 lagi. Aku ni gile bear2. Jangan tak tahu. Yang kena buang ni bear2 yang besarrr punye. Kirenye mengikut saiz badan aku la time tu. Wuuu. Tapi ade kesah di sebaliknye yang menyebabkan bear2 aku tu kena buang. Bile ingat2 balik seram pon ade. Aku tak pasti la betul2 kejadian atau mungkin mainan perasaan aku je. Nak tahu tak? Meh2. Aku cite kat korang. Sila jangan percaya sangat. Nanti nyimpang lak. Ini aku nak cite pengalaman aku je. Aku pon tak percaya sangat. Mungkin kebetulan je kot. Apapun, yang penting fikir yang tu semua berlaku dengan izin Allah.




Bear aku yg 1st. Maaf le takde gambarnye. Masa tu aku kecik lagi. Umo 6 tahun kot. Arwah abah belikan. Ntah ape nama dia aku bagi aku pun dah tak ingat. Dah lama tu. Skang aku dah meningkat tua (uiks??sedar pun diri cik sha ni..hehehe). Memang tak ingat le. Hik3. Nak tahu tak ape kesah yang terjadi pada aku dengan patung ni? Hmm. Dulu2 masa kecik2, aku ni penakot. Tapi imaginasi tu sangat tinggi. Suka fikir benda yang pelik2. Tambah2 pas tengok cite yang horror. Konpom2 pastu aku bayangkan yang bukan2 akan jadi kat aku macam dalam cite tu. Ntah ape2 je cik sha ni.




Pasal bear ni. Masa tu aku dok main sorang2 atas kusi malas yang leh gerak2 depan belakang macam buaian tu. Bear ni aku buh atas lemari tepi akuarium arwah abah. Tetibe masa aku terpandang kat bear ni. Aku terperasan bear ni kenyit2 sebelah mata die kat aku. Aku terkojut! Tapi aku diam je. Tak bagitau mak @ arwah abah. Mungkin khayalan aku. Kan aku cakap aku suke berimaginasi. Ngahahaha. Tapi aku membesar dengan bear ni lama la. Sampai umo aku 15tahun. Masa tu aku lagi beso dari die. Lastly aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kat bear aku ni sebab aku kena berpindah dari Kem PGA3 tu ke Penang lepas arwah abah meninggal. Mak tak bagi usung sebab aku dah beso. Terpaksa la aku sedekah kat anak jiran sebelah rumah. Huhu...




2nd bear ni pulak aku beli kat Labuan. Pergi beli dengan 'cinta hati' pas dapat duit PTPTN masa 2nd year. Konon2 nak wat kenangan. Ntah ape2 je aku ni. Kui3. Bapak besar la bear ni. Aku ni kan tak malu sket. Dulu masa balik cuti semester pun aku usung bear aku ni naik flight skali. Konon2 sayang nak tinggal die sekor2 dalam stor. Gile sewel. Encik 'cinta hati' slalu melarikan diri taknak duduk dengan aku kalo aku wat perangai pelik aku tu. Hahaha. Ada aku kesah.! Haa, ni gambar bear aku tu.






Besar kan? Yang ni memang besar aku. Kalau aku peluk die memang aku tenggelam. Haha. Wallpaper bilik aku kat hostel dulu pun siap gambar bear2 lagi. Kan aku dah cakap aku addicted dengan bear2 ni. Hik3. Bapak gile rajin aku balut dinding bilik aku tuh. Tapi kat kawasan aku je la. Tu tang katil aku tu. Wallpaper tu sebenarnye sekeping pembalut hadiah ye. Bukan wallpaper sebenar. Mana ada wallpaper macam tu. Berkeping2 aku beli se-mata2 nak balut dinding kat katil aku. Beli yang tu sebab berkenan dengan pembalut hadiah yang 'cinta hati' balut hadiah besday aku. Terus aku p cari dan beli berlambak2. Ngeh3..




Aku sayang gile kat bear ni. Aku bagi nama "mr. tone". Nama sempena 'cinta hati'. Hak3. Ntah ape2. Kesah di sebalik bear ni pulak. Masa balik cuti semester, aku saket misteri. Wuu. Ntah sape jahat wat kat aku ntah. Sampai hati orang tu. Sampai skang aku tak tahu dan taknak amik tahu sape orang tu. Mak bawak aku p berubat. Cara islam la ye. Aku p berubat dengan abang ipar pak ngah aku. Teruk gak la aku saket masa tu.




Al-kesahnye, rupe2nye kat bear aku ni ade 'benda' yang numpang. 'Benda' tu memang stay kat hostel aku. Pastu aku lak saket dan badan lemah. Jadi die p numpang kat bear aku tu. Kirenye nak berkawan dengan aku. Huh? Apakah? Aku tak percaya. Siap nanges2 bila pakcik tu suh buang bear aku tu. Huk3. Lastly, bear tu kena gak buang dalam sungai. Ntah sape la jumpa die dalam sungai aku pun tak tahu. Tapi aku memang nanges la. Sayang ooo. Nak wat camne. Nak tak nak terpaksa la ikut cakap dorang. Mak aku pun suh buang gak.




Tapi bukan nak kata la. Mungkin ni jugak perasaan aku je masa tu. Ada satu malam tu aku study sampai lewat malam. Masa tu 3rd year. Aku dapat single room. Tengah kushyuk study, tetiba aku p pandang katil. Aku terpelik jap masa tu. Sebabnye, rasa2 aku bear tu aku bagi duduk. Macam dalam gambar tu. Tapi masa aku kalih tengok tu, bear tu terbaring. Macam manusia baring ngiring. Ngadap kat aku lak tu. Tapi masa tu aku tak tahu aku saket. Aku pon wat bodo je. Mungkin perasaan aku je. Aku terlupe kot aku letak bear tu macam mana. Jadi aku pun teruskan sambung study sampai nak muntah. Huhu...


Itu la kisah seram aku dengan bear2 aku. Jangan percaya sangat ok. Aku pun tak pasti kejadian ni betul ke tak. Hanya Allah je yang tahu. Dah2. Jangan takot2. Ceh! Kemain lagi cik sha cakap. Macam la diri tu berani sangat. Hahaha.. Ok..tu saja sajian aku tuk malam ni. Lastly, ni gambar kenangan bear2 kecikku yang laen bersama "mr. tone". Sekian.







Bisik2:: Dah tua bangka pun suke bear2..ntah ape2 je cik sha ni...hoho..

9 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. salam kak sha>>
    huhuhu.. ptutla kat hostel atas katil tu duk balut bear2.. upanya peminat ooo.. untung mr tone tu erk. hikhikhik

    BalasPadam
  2. huwaaaaaaaaaaa
    meremang bulu roma..keke

    BalasPadam
  3. y allah takutnya..dah la umah akak byk bear pulak tu..kot ada yg numpang parah!!..

    mintak2 di jauhkan laa...

    BalasPadam
  4. ochie::
    hik3..bru thu ye..kaksha mmg suke bear2...(^_^)

    iqafi::
    meremang eh bulu roma??kui3...

    syahadah::
    harap2 xde la kak..sha sbb sakit ari tu..kot tu die numpang kot..wuuu..

    nadya::
    a'ah..ntah ape2 je..sebok numpang kat bear2 org..sedih tul..dh kena buang bear2 tu..T_T

    BalasPadam
  5. alallala.. kak sha (^_^) heheh
    akak bah itukan..
    sapa ndak kenal. heheheh
    hidup umi cik Ton. ngeeehhh

    BalasPadam
  6. salam...tumpang tanya...
    yg pic keluarga kecik ku tuh,lelaki yg berjanggut tuh keje utem ker?

    rase cam kenal je sbb dlu study utem.
    rase cam dier tu staff utem je...

    tanya je.....

    BalasPadam
  7. aini::

    wslm..betul dah tu..hehe..die keje utem..adik ipar saye sbb kawen dgn adik saye..^_^

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama4/2/13 7:09 PG

    Alamak bear saya baru buat benda yang sama malam tadi. Tetiba tidur mengiring, menghadap saya.Err seram :$

    BalasPadam
  9. sebenar nyaa memang kita tak bole simpan patung2 ney kat uma malaikat tak masuk ,tapi kes awk ney mmg betol ,ustaz sy penah marah sbb dlm blik kt hostel ney mmg byk patung , n da stu patung tu "berpenghuni" .patowt lhaa budak hostel kami kerap histeria .#cinta


    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan